BM Ulasan CG Jack 27 April

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

9

BH

MARI BELAJAR BAHASA MELAYU.


BERSAMA CIKGU JACKRYSON

Selamat pagi murid-murid cikgu.


Semoga dalam keadaan yang
sihat ya.

Pertama sekali, cikgu ingin


mengucapkan tahniah untuk
murid yang berjaya menyiapkan
kerja yang diberi minggu lalu.

Cikgu berharap bagi murid yang


lain, ada usaha untuk
menyiapkan tugasan supaya anda
tidak ketinggalan.
9
BH

Baiklah, hari ini kita akan belajar


penulisan bahagian B iaitu ulasan.
Cikgu berharap, anda merujuk
kepada nota yang telah cikgu berikan
dulu.

Murid-murid sudah bersedia?


9
BH

Baiklah, murid-murid sila baca


contoh ulasan di bawah.
Rumusan tersebut merupakan
ulasan mengenai “cara-cara”.
Teliti cara untuk menulis ulasan
dengan betul.
9
BH

CARA-CARA MENJAGA BUMI

Menghalang Mengadakan Menanam pokok Menyiarkan


pencemaran udara kempen Hari Bumi dokumentasi Hari
Jawapan: Bumi
Gambar menunjukkan cara-cara menjaga bumi. Bumi

ialah ciptaan Tuhan yang indah untuk manusia. Terdapat cara-cara

untuk kita menjaga bumi. Antaranya ialah pihak kerajaan

haruslah menghalang pencemaran udara dengan menguatkuasakan

undang-undang bagi mengelakkan kegiatan yang mencemarkan

udara. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan Kempen Hari

Bumi supaya dapat menyemai nilai Sayangi bumi kita dalam

kalangon warga sekolah. Seterusnya murid-murid juga boleh

menanam pokok seperti pokok bunga untuk mengindahkan alam

sekitar. Akhir sekali, media massa seperti televisyen boleh

menyiarkan dokumentari Hari Bumi bagi menambah kesedaran

para penonton tentang Hari Bumi. Kesimpulannya, kita mestilah

menjaga dan menyayangi bumi kita kerana bumi tempat tinggal

kita.
9
BH

Ayat berwarna biru –


pendahuluan perlu ada sekurang-
kurangnya 2 ayat. Ayat kedua
merupakan keterangan.
Ayat berwarna hitam – isi
tersurat(terdapat dalam gambar
yang mempunyai contoh (isi
tersirat- idea sendiri iaitu
“mengapa?”)
Ayat berwarna merah-
penutup/kesimpulan (merupakan
nasihat anda untuk pembaca).
9
BH

Baiklah, murid-murid. Senang


tak?
Ulasan tersebut menerangkan
cara-cara menjaga bumi.
Antara penanda wacana yang
sesuai digunakan bagi rumusan
“cara-cara” ialah:

Antaranya,…
Selain itu,…
Seterusnya,…
Akhir sekali,…
9
BH

Baiklah. Tanpa melengahkan


masa, murid-murid bolehlah
menyelesaikan latihan
seterusnya.

Sila baca soalan dan teliti


gambar dengan baik ya.
9
BH

Gambar menunjukkan cara-cara berbelanja secara bijak. Tulis


ulasan tentang cara-cara berbelanja secara bujak dalam perenggan.
Panjang ulasan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.

Menyenaraikan barang
keperluan

Merancang Membuat
perbandingan
perbelanjaan. harga

Merekod
perbelanjaan.
9
BH

Baiklah. Cikgu berharap agar


murid-murid dapat
menyelesaikan tugasan yang
diberi ini ya.
Latihan tersebut hendaklah
dibuat dalam buku penulisan dan
dihantar melalui whatsapp/GC.
Jika ada soalan, jangan jemu
untuk menghubungi cikgu
sepanjang masa BM.
Sekiranya tugasan dihantar pada
waktu malam, cikgu akan
memeriksa keesokan harinya.

Selamat menjawap,
Terima kasih.

You might also like