Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

NAMA : RAIHAN BINTI ALIAS UNIT : PAI1

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

KESAN POSITIF
Penetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dapat
menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama (Abdul Rahman Talib,
2005). Menurut Abu Bakar Yusuf (2011), usaha untuk menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara telah bermula sejak sekian lama.
Pelbagai akta dan dasar seperti Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1982) telah dirancang, digubal dan dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961
memberikan fokus kepada usaha mengembangkan pendidikan di negara ini melalui bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut memperuntukkan pendidikan kepada
kanak-kanak warganegara yang berumur enam (6) tahun. Pihak KPM telah memastikan
kadar penyertaan murid dengan meningkatkan program orientasi alam prasekolah untuk
mengatasi masalah keciciran pelajar pada peringkat pendidikan rendah. Mereka juga ingin
meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah
dan Sarawak. Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah akan didenda
sehingga RM5000 kerana mengaibkan hak anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tidak
mampu untuk membiayai persekolahan anak mereka, bantuan akan diberikan dalam bentuk
KWAPM. Sememangnya tiada alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke
sekolah sebagaimana murid-murid lain (Ismail Raof, 2010). Hasilnya tidak ada murid yang
tercicir dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka. Semua ibu bapa harus
menghantar anak mereka tidak kira ke sekolah kerajaan mahupun swasta.
Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan
rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkat mulai Tahun
1 pada Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan pelbagai
perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin
baik dan antaranya ialah mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan (Rahman
Abdullah, 2005).

Program orientasi persekolahan dimasukkan dalam sukatan pelajaran diperingkat


awal pendidikan rendah iaitu semasa murid berada ditahun satu. Sukatan berkaitan orientasi
alam persekolahan digubal khas untuk kanak-kanak bagi menghadapi situasi alam
persekolahan diperingkat awal persekolahan. Pendedahan mengenai hubungan murid
dengan rakan sebaya serta bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran
sekolah dan bilik darjah. Orientasi alam persekolahan berlaku untuk minggu awal
persekolahan bagi membiasakan diri kepada kanak-kanak. Program ini memberikan hasil
yang baik di mana murid-murid lebih bersedia untuk belajar kerana masalah tidak mampu
sesuaikan diri dengan sekolah dan rakan sebaya dapat diatasi di peringkat awal
persekolahan. “Murid diajar untuk mematuhi peraturan sekolah, mengamalkan sikap hormat
menghormati antara rakan dan guru serta mereka dipupuk agar menjalani alam persekolahan
yang menyeronokkan.” (Utusan Online, 2017).
Antara kesan positif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia ialah pendidikan khas mula diberi perhatian. Perkara ini dapat disokong dengan
adanya peruntukan yang disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat juga
pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membantu golongan istimewa ini. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang
sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Sekolah harian yang berstatus
sekolah menengah kebangsaan juga turut menyediakan kelas bagi pelajar pendidikan khas.
“Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan
kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis
pendidikan yang sesuai untuk anak mereka” (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam
sejarah pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah
bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000
(1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang
disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM
dan pihak swasta. Pastinya terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran
tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah (Esah Sulaiman, 2003).
Pada tahun 2003, Kurikulum prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi
memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah
memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan
dengan baik. Di samping itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyediakan
kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan
langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah swasta.

Pendidikan prasekolah juga memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan
Malaysia. Kanak-kanak yang berumur enam tahun telah didedahkan dengan alam
persekolahan. Melalui kurikulum prasekolah, kanak-kanak telah diajar mengenai pendidikan
awal bagi membiasakan diri dengan alam persekolahan (Esah Sulaiman, 2003). Melalui
sukatan prasekolah, kanak-kanak telah diajar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.
Mereka telah diajar untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa
yang mudah kerana perkara ini akan memudahkan lagi proses penyesuaian diri antara kanak-
kanak apabila mereka meningkat umur 7 tahun dan telah memasuki alam persekolahan
rendah.
KESAN NEGATIF
Menurut Seksyen 20, seseorang yang ingin menubuhkan tadika perlu didaftarkan di
bawah Akta ini. Seseorang yang menubuhkan tadikan tetapi tidak didaftarkan dibawah akta
ini akan dikira sebagai satu kesalahan. Justeru itu,untuk mengelakkan sebarang masalah
berlaku sepanjang pembukaan premis ini,pihak berkenaan haruslah mendaftarkan terlebih
dahulu.

Selain itu,akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi
pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam
tahun. Pihak KPM telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1
pada 1 Januari 2003. Hal ini mengundang masalah pnyediaan guru yang tidak
mencukupiPenubuhan banyak sekolah memerlukan ramai guru yang kreatif dan inovatif bagi
membimbing pelajar supaya semua murid dapat belajar dengan baik

Di samping itu,usaha memartabatkan bahasa kebangsaan memlalui sistem


pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang agak
mengelirukan.Seksyen 2 mentafsirkan bahawa bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu
sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun
demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan
oleh Menteri.

Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi


memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan
swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan
penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik.Namun,penyelarasan
kurikulum menyebabkan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta dikehendaki
menggunakan kurikulum yang sama.

Secara kesimpulannya, dengan adanya akta ini juga para pelajar serta guru telah
mendapat banyak faedah samada dari segi fizikal ataupun mental.Seterusnya,ibu bapa yang
mempunyai anak yang istimewa tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak memberi ilmu
pengetahuan kepada anak mereka kerana sekolah-sekolah tertentu telah ditubuh khas bagi
anak-anak istimewa ini.Selain itu,bahasa kebangsaan iaitu bahasa yang menjadi kebanggaan
bangsa melayu tidak boleh diambil alih dengan sewenang-wenangnya kerana ianya telah
dijadikan bahasa pengantar di setiap sekolah.

Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia
yang sentiasa dinamik dan semua pihak mendapat faedah dari pelbagai segi.
RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Modul Unit 13 Akta Pendidikan 1996: Fungsi dan Implikasi KPF 3012 Perkembangan
Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar.
Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Prof.Dr. Othman Lebar & Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim &En.Omar Hisham Mohd
Baharin & En.Ismail Raof (2010), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.
Zaini b Abdullah & Mohmad Nor b Mohamad Taib & Iklhsan b Othman & Norila binti Md Salleh
& Abu Bakar b Yusuf & Abdul Talib b Mohamd Hashim (2011), KPF 3012
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafh dan Dasar.
Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM.

You might also like