Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

NAMA: RAIHAN BINTI ALIAS UNIT : PAI1

Bagaimanakah seorang guru boleh membuat penilaian yang seimbang terhadap


hasil kerja murid yang pelbagai aras?

Guru berautonomi sepenuhnya menentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti


kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya
menyampaikan kandungan subjek tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai
strategi mengikut kreativiti masing-masing. Guru seterusnya akan mentaksir tahap
penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan
menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara
yang ditaksir. Guru boleh melakukan pentaksiran sama ada secara formal atau tidak formal.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kedua-
dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2014). Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan
komitmen yang berterusan daripada semua pihak iaitu antara pihak pembuat dasar dan
pihak pelaksana. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan
tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata
dunia.

Memandangkan hasil pentaksiran memberi maklumat yang akan digunakan untuk membuat
keputusan yang berkaitan dengan masa depan murid maka satu sistem pentaksiran yang
menyeluruh (holistik) adalah sangat perlu supaya keputusan yang bakal diambil nanti adalah
keputusan yang terbaik (Juliana 2008; Muhammad Azhar, 2006). Justeru, perubahan
kepada pentaksiran ini merupakan cabaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara
di mana sejauh manakah pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru, amalan guru,
bebanan terhadap tugas tambahan dan tahap integriti guru mempengaruhi prosedur dalam
melaksanakan pentaksiran berasaskan guru (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011)

You might also like