Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH
EDUP2122
Nama : AHMAD MOUSTAFA AMINUDDIN
BIN AZIEH
Angka Giliran : 2020202420021
No Kad Pengenalan : 950721065381
Program : KDC PDPP
Ambilan : OKROBER 2020
Kumpulan/Unit : KDC PDPP PI (SM) 1.01
Nama Pensyarah Kursus : PUAN HALIZA BIN HUSSIEN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Markah


Hantar Wajaran
1. KUIZ
12 .1 .2021 19 .1 .2021

2. LAPORAN PRESTASI 20 .1 .2021 5 .2 .2021

3. ANALISIS ARTIKEL 8 .2 .2021 25 .2 .2021


Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


ISI KANDUNGAN

PERKARA
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3

1.0 Pendahuluan 4

2.0 Pentaksiran Artikel (The Pros dan Cons of Take-Home Exam) 4

3.0 Isu Pentaksiran Yang Dihadapi Oleh Guru Disekolah 6

4.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Guru 7

5.0 Rubrik Untuk Menilai Pentaksiran Take-Home Exams 8

6.0 Kesimpulan 9

7.0 Bibiliografi 10

2
PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah rahmat serta kurniaan


nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya. Pertamanya, saya
ingin mendedikasikan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Haliza Binti Hussein
kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menjalankan tugasan
penulisan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah. Tunjuk ajar serta bimbingan daripada Puan
telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
projek ini. Sokongan dan dorongan daripada kedua ibu bapa juga memberikan
kekuatan untuk saya terus berusaha belajar sehingga mencapai kejayaan.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang memberikan kerjasama dan saling
berkongsi maklumat-maklumat berguna. Perkongsian anda sangat bermakna dalam
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua insan yang terlibat secara langsung ataupun
tidak langsung dalam melaksanakan tugasan penulisan. Semoga Allah menganjarkan
balasan kebaikan diatas setiap sumbangan kalian

3
PENDAHULUAN

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada


proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah Hal ini
menjadikan.penggunaan aplikasi teknologi menjadi tunjang utama penyebaran
maklumat dalam pendidikan. Segala pentaksiran dan penilaian pelajar juga turut
dilaksanakan melalui atas talian. Pelaksanaannya mendatangkan implikasi positif dan
negatif pada setiap peringkat. “Take-home exam” pelaksanaan peperiksaan di bawa
pulang ke rumah mempunyai makna yang spesifik dan kebiasaannya lebih fleksible.
Ia tidak seperti peperiksaan didalam kelas yang ditentukan pada sesuatu masa yang
tertentu.

Peperiksaan di bawa pulang ke rumah memerlukan persiapan yang cukup rapi.


Mempunyai asa maklumat yang untuk digunakan semasa peperiksaan membuatkan
pela jar dapat menjawab persoalan dengan fokus. Sering kali “Take-Home Exam”
dikaitkan dengan “Open Book Test”. Jawapan tiada dengan hanya kebergantungan
kepada pembacaan buku teks atau nota semata-mata. Hal ini memerlukan kepada
pemahaman dan berbentuk aplikasi. Buku dan nota hanya sebagai pembantu untuk
memeriksa perincian, fakta dan angka.

PENTAKSIRAN ARTIKEL (THE PROS DAN CONS OF TAKE-HOME EXAM)

Implikasi positif pelaksanaan peperiksaan dirumah


1. Mudah dilaksanakan

Sistem peperiksaan diatas talian memudahkan pelajar menjawab soalan


dengan lebih fleksible. Ia boleh dilakukan di rumah dengan akses nota kuliah, internet
dan sumber yang berguna. Pelajar akan menerima kertas soalan melalui aplikasi yang
mudah diakses sama ada Google Classroom atau email. Menyiapkan ujian sebelum
.tarikh akhir yang ditetapkan menjadikan pela jar tidak terburu-buru/

2. Tempoh masa yang anjal

Pelajar mempunyai kebebasan masa dan tempat yang sesuai dan selesa untuk
mengikuti peperiksaan. Fleksebiliti masa ujian masa bebas dan bergantung kepada
tarikh akhir yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran. Guru boleh menghantar soalan
melalui emel pada masa yang sesuai dengan keberadaan pelajar di dalam talian.
Dapat mengenal pasti aspek kecekapan pengurusan masa pelajar dalam menjawab

4
soalan mengikut masa yang ditetapkan. Pelajar dapat mengambil masa yang panjang
untuk menulis, menyiapkan dan menyemak semula jawapan.

3. Mengurangkan tekanan dan kegelisahan

Menurut penyelidikan oleh Rich (2011) pelaksanaan peperiksaan di rumah,


pelajar lebih kerap menyemak buku teks dan nota berbanding belajar untuk
pepeiksaan di dalam kelas. Disamping itu, pelajar lebih cenderung untuk
meringkaskan bahan-bahan dengan menggunakan ayat sendiri. Ini menjadikan pelajar
lebih bersedia dan mengurangkan tekanan semasa menjawab peperiksaan. Cara
memberikan soalan kepada pela jar di atas talian ini dapat mengurangkan kegelisahan
pela jar pada tahap minimum.

Kesan negatif pelaksanaan peperiksaan di rumah


1. Penipuan

Pelajar boleh mencari jawapan semasa peperiksaan dijalankan dengan


melayari laman web. Misalannya menggunakan ‘google translate’ dalam menjawab
peperiksaan bahasa inggeris. Tambahan, pelajar juga boleh mendapatkan bantuan
daripada sahabat-sahabat yang lain. Kerjasama diantara pelajar dalam
membincangkan jawapan sukar untuk dielakkan. Ini disebabkan tidak ada peraturan
yang menghalang pelajar untuk mendapatkan petunjuk jawapan daripada orang lain.
Maka, guru seharusnya memberikan tugasan atau soalan yang berbeza kepada setiap
pelajar sehingga dapat mengurangkan peluang untuk menipu.

2. Tempoh masa yang singkat

Peperiksaan di rumah mengambil tempoh masa yang agak singkat dan


terperinci. Menurut Haynie 2003 pelajar hanya menumpukan perhatian pada maklumat
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah peperiksaan semata-mata. Mereka
tidak cenderung untuk melihat kepada lebih banyak pandangan lain dalam
pembelajaran atau topik. Semasa peperiksaan di atas talian berlangsung, pelajar tidak
dapat mengemukakan persoalan terhadap soalan yang sukar difahami. Kehilangan

5
sambungan talian internet mengakibatkan konsentrasi pela jar dalam menjawab
peperiksaan terganggu.

3. Jadual yang padat

Pelaksanaan peperiksaan di rumah yang terlalu menjadikan jadual pelajar


padat dan membebankan. Keadaan mereka tidak sempat untuk melakukan aktiviti
kelaziman seperti mandi, solat, makan dan beriadah. Pelajar boleh hilang fokus
menjawab soalan peperiksaan apabila terlalu lama dihadapan komputer. Hal ini juga
akan menganggu masa guru dalam melakukan aktiviti lain. Guru terpaksa menunggu
pelajar menghantar jawapan dalam satu tempoh yang lama untuk disemak. Bebanan
guru bertambah dalam menanda disebabkan oleh kepelbagaian jawapan diantara
pelajar.

ISU PENTAKSIRAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DISEKOLAH

1. Kurang keyakinan guru dalam pentaksiran

Ketidaksediaan guru dalam melaksanakan PBS adalah disebabkan oleh


kekurangan pengetahuan, latihan dan sumber bahan pengajaran. Hal ini menjadikan
guru merasa kurang yakin dalam menaksir murid. Disamping juga faktor ibu bapa
sering campur tangan dan menyalahkan guru mata pelajaran membuat pentaksiran.

2. Ketidaksungguhan guru

Kualiti pentaksiran boleh dipertikai apabila guru bersikap acuh tidak acuh
semasa menaksir pelajar. Menurut (Tan Ai Mei, 2010) ia disebabkan oleh kurangnya
pemantauan dalam melakukan pentaksiran. Perkara ini juga berlaku apabila guru tidak
puas hati dengan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

6
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK GURU

1. Latihan Guru

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan kesahan dan


kebolehpercayaan yang tinggi (Khalil, 2016). Guru akan lebih bersedia dan
berkeyakinan untuk melaksanakan pentaksiran apabila mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang secukupnya. Menurut (Norismayati Aida Idris, 2013) guru-guru juga
dapat membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
berlansung di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung amalan ini dapat
meningkatkan pencapaian pelajar. Peranan pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri dalam memberikan penerangan dan pendedahan yang
secukupnya kepada guru-guru.

2. Pemantauan Bermatlamat

Pemantauan daripada pihak yang berwajib iaitu guru besar atau pengetua
seharusnya semasa proses pentaksiran berlaku. Pihak pentadbir dapat melihat sendiri
proses pentaksiran yang dilakukan dan mengetahui tahap keberkesanannya.
Sekiranya guru yang menjalankan PBS dipantau dan dibimbing dengan baik, ia akan
membantu guru ketika berhadapan dengan ibu bapa pelajar. Sokongan padu
pentadbir Sekolah dalam pelaksanaan PBS menjadikan ia sebagai satu sistem yang
amat relevam untuk dilaksanakan dan searas dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) yang sedang dilaksanakan sejak tahun 2011.

3. Kurangkan Beban Kerja Guru

Kebanyakan guru tidak dapat menghabiskan kurikulum pelajaran kerana masa


yang tidak mencukupi. Hal ini disebabkan oleh guru terbeban dengan tugasan yang
bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Tambahan guru
memegang jawataan-jawatan penting di sekolah dan terpaksa mengendalikan aktiviti
program di luar bilik darjah. Masa guru seharusnya diberikan lebih banyak bersama
murid di dalam kelas supaya guru dapat membuat penyedian yang rapi dalam PdP.

7
RUBRIK UNTUK MENILAI PENTAKSIRAN TAKE-HOME EXAMS

Gred Markah Kriteria Masa Pencapaian


A 80 - 100 Penghasilan penulisan Menjawab tepat Cemerlang
mengikut tema dan pada masa
penggunaan bahan yang diberikan.
media yang pelbagai.
Kemahiran yang sangat
kreatif dengan
menggunakan teknik
yang betul
B 60 - 79 Penghasilan penulisan Menjawab lebih Baik
mengikut tema dengan dari 10 minit
menggunakan bahan
media yang sesuai.
Mempunyai kemahiran
dan penggunaan teknik
yang betul serta
mempunyai kekemasan
yang baik.
C 40 - 59 Penghasilan penulisan Menjawab lebih Sederhana
yang memuaskan. 15 minit
Teknik kemahiran yang
betul.
D 0 - 39 Kemahiran dan teknik Menjawab lebih Lemah
penggunaan yang kurang 20 minit
memuaskan serta kurang
mengikut kehendak.

8
KESIMPULAN

Peperiksaan atas talian yang dilaksanakan memberikan implikasi positif dan


negatif kepada pihak sekolah, guru dan juga murid. Keberkesanan dan
kebolehpercayaaan peperiksaan atas talian ini bergantung kepada kaedah
peperiksaan ini dilaksanakan. Guru-guru dan pelajar terpaksa berhadapan dengan
pelbagai cabaran antaranya dari segi pengurusan masa yang padat. Ia memerlukan
kesediaan yang cukup rapi dari aspek pengetahuan dan penyediaan instrument.
Penambahbaikan dalam melaksankan peperiksaan ini dapat meningkatkan kualiti
pendidikan negara.

9
BIBILIOGRAFI

Khalil, F. A. (2016). Isu Kesediaan Guru dalam Amalan Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Journal of Social Science, 1-7.

Norismayati Aida Idris, A. S. (2013). Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam
Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak. Journal Bahasa dan Sastera Melayu, 116-142.

Tan Ai Mei. (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu dan
Panduan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Gerak Budaya Enterprise .

10

You might also like