Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://minaina-ilaaina.blogspot.com/2018/06/gambar-pada-wang-kertas-malaysia.

html

WANG KERTAS MALAYSIA 


SIRI BAHARU

Keunikan Malaysia

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi
sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan
Malaysia', siri keempat wang
kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam
semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga
kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk
tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi,
budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Wang kertas RM100


Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia'
oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan
pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung
Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu
batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di
Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya
satu pengalaman yang unik.

Wang kertas RM50


Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia
yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari
segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit
di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong
transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian,
perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara
Islam.

Wang kertas RM20


Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys
imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut
yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik
manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada
imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Wang kertas RM10


Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai
berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu
Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli
Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak
pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan
Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-
Lah.

Wang polimer RM5


Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan
paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok
kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara
tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang polimer RM1


Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan
Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian
yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang
polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan
popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

https://rnggt.com/202115939/

Rekaan Ringgit Malaysia – Papar Nilai Keunikan Dan Kebanggaan Negara

Apabila melihat wang kertas – sudah pasti individu akan meneliti nilai tunainya terlebih dahulu.
Namun sempena sambutan merdeka kali ini, penulis ingin mengamit perhatian pembaca bagi melihat
nilai rekaan yang terdapat pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Pengenalan siri rekaan wang kertas ini – mula dipamerkan pada 22 Disember 2011. Ini membawa erti
hampir 10 tahun usia rekaan ini bersama dengan rakyat negara. Siri wang kertas keempat Bank Negara
Malaysia (BNM) memliki dinamik rekaan tersendiri, ia seiring dengan konsep ‘Keunikan Malaysia’
memaparkan pelbagai simbolik khazanah dan nilai patriotik negara.
Tuanku Abdul Rahman – YDP Agong Pertama Negara

Sejak legasi pertama siri rekaan wang kertas negara, pasti menampilkan gambaran potret Tuanku
Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia.
Untuk makluman, peletakan gambaran YDP Agong Tuanku Abdul Rahman adalah sebagai lambang
kepada pimpinan utama negara sejak tahun 1957. Beliau telah ditabalkan pada 31 Ogos 1957 dan telah
mangkat pada tarikh 1 April 1960.

Memiliki latar belakang pendidikan Ijazah Undang-Undang di United Kingdom pada tahun 1930 dan
bertugas selaku peguam. Seterusnya pada 1933, setelah kemangkatan Tuanku Muhammad, baginda
ditabalkan selaku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Melalui pertabalan itu, menjadikan baginda sebagai satu-satunya Raja Melayu negara yang memiliki
kelayakan selaku peguam bela dan peguam cara.

Sehingga kini, potret baginda masih diterapkan pada penggunaan wang kertas negara. Ia adalah suatu
penghormatan dan kebanggaan Malaysia pada peranannya.

Songket

Sekiranya anda dapat teliti, pada setiap latarbelakang wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50
dan RM100 – terdapatnya peletakan rekaan songket pada asas wang kertas tersebut.

Perkataan songket ini berasal daripada gabungan songsong dan teket yang membawa erti Tenun dan
Sulam, dalam bahasa Palembang. Kemudian istilah itu disebutkan sebagai Sungkit atau Sangkut dalam
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Makna songket itu sendiri dihasilkan daripada cara pembuatannya seperti mengait, menyunggit dan
mencungkil – ini menjadikan ia diklasifikasikan sebagai kain tenunan, yang menggunakan peralatan
tradisional.

Melalui keunikan corak yang rumit beserta penggunaan benang material emas, perak – menjadikan
kain tenunan ini antara khazanah negara yang sering diterapkan pada pemakaian adat peradaban sejarah
negara.

Kehalusan seni corak songket turut membawa erti kemegahan hasil kreatif negara dalam
menggambarkan pangkat serta kedudukan individu tertentu, pada masa dahulu. Kini hasil seni tersebut
mula dimartabatkan dan penerapan corakknya tidak hanya tertumpu kepada pemakaian bahkan
pelbagai barangan kini boleh menggunakan fabrik warisan negara itu.

Peletakan corak songket pada wang kertas negara, tidak hanya mengiktiraf seni warisan tersebut –
namun turut membawa simbolik yang tinggi pada nilai antarabangsa.

Wau Bulan – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1, membawa konsep rekaan paparan sukan tradisional Malaysia. Berdasarkan rekaan,
permainan Wau Bulan dipilih mewakili simbolik tersebut.

Untuk makluman, permainan layang-layang atau lebih dikenali ‘Wau’ pada penduduk Pantai Timur –
memiliki keunikan sejarahnya tersendiri. Terdapat pengamatan mengatakan penggunaan permainan
tradisional ini mula terbina sejak awal sejarah Srivijaya dan Kerajaan Pattani. Malah ada juga
mengaitkan ia dengan lambang kemegahan penaklukan di ruang udara.

Namun Wau memiliki pelbagai jenis dan kategori – antaranya Wau Puyuh, Wau Jala Budi, Wau Kekek
tetapi rekaan RM1 Malaysia memilih penggunaan Wau Bulan, iaitu layang-layang yang memiliki saiz
lebih besar berbanding layang-layang lain. Rekaan hadapannya seakan bulan sabit dan separa bulat
pada bahagian belakang. Apabila diterbangkan – wau ini seolah-olah menyerupai bulan.

Lebih menarik, pemilihan istilah Wau itu turut digambarkan, dicetuskan oleh penghasilan bunyi
apabila busur layang-layang tersebut dinaikkan pada ruang udara dan menghasilkan irama Wau.
Meskipun telah wujudnya pelbagai permainan moden. Namun pembuatan rekaan Wau Bulan masih
kekal pada tradisi penduduk negara – khususnya kini ia dijadikan sebagai permainan temasya tahunan
buat penduduk di Pantai Timur.

Enggang Badak, Kenyalang – Hidupan Liar

Enggang Badak atau nama saintifiknya Buceros Rhinoceros adalah antara spesis burung yang dijumpai
di Sarawak pada tahun 1855 oleh Alfred Russel Wallace.

Penemuan hidupan liar ini menjadikan ia dikenali sebagai Kenyalang, burung rasmi negeri Sarawak.
Penerapan rekaan Enggang Badak ini pada wang kertas RM5 membawa cerminan ia suatu khazanah
yang sangat bernilai pada negara.

Umum ketahui hutan di Malaysia adalah beriklimkan khatulistiwa dan memiliki hutan hujan tebal.
Menerusi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, penjagaan setiap hidupan liar amat penting buat
negara dalam memastikan ekosistem hidupan ini kekal terjamin.

Selain Kenyalang di Sarawak, terdapat beberapa lagi hidupan liar di serata negeri di Malaysia.
Antaranya Heldang, Kijang, Pelanduk, Harimau Malaya, Badak Sumatera, Orang Utan dan beberapa
spesis lain.

Rafflesia Azlanii – Hidupan Flora Negara

Rekaan wang kertas RM10 secara khusunya meletakkan gambaran bunga Rafflesia, sementara Bunga
Raya pula kita dapat perlihat rekaannya pada setiap wang kertas negara.

Tumbuhan berbunga ini membawa simbolik bunga warisan negara dan antara hidupan flora yang
terdapat di Malaysia. Bagi Rafflesia atau dikenali sebagai Bunga Pakma, adalah tumbuhan berbunga
yang pernah ditemui terbesar di dunia, iaitu di bawah kategori Rafflesia Arnold.

Bagaimanapun, corak Rafflesia yang terdapat pada rekaan RM10 negara itu mewakili kategori bunga
Pakma, Rafflesia Azlanii. Mengapa ia dinamakan sedemikian?

Rafflesia Azlanii adalah antara spesis baharu yang ditemui penyelidik negara Abdul Latiff dan Mathew
Wong. Ia ditemui pada tahun 2003, di Hutan Lindung Temenggor-Perak. Melalui penemuan tersebut
kedua-dua individu memutuskan untuk menamakan Rafflesia ini atas nama Sultan Azlan Shah, Perak.
Ia adalah tindakan penghormatan dan gambaran Sultan Azlan selaku pelindung Heritage Expedition.
Maka, penghasilan itu menjadikan ia sebagai Rafflesia Azlanii.

Penyu Karah, Penyu Belimbing – Hidupan Laut

Seterusnya bagi nilai wang kertas RM20 pula menampilkan ikon Penyu Karah dan Penyu Belimbing
selaku cerminan hidupan laut di Malaysia.

Penyu Karah atau nama saintifiknya Eretmochelys Imbricata turut dikenali sebgai penyu sisik.
Manakala Penyu Belimbing atau nama saintifiknya Demochelys Coriacea, ia dikenali sebagai penyu
berkulit leather atau mudah difahami memiliki bentuk cangkerang seakan-akan buah belimbing.
Kedua-dua penyu ini diklasifikasikan sebagai spesis hidupan laut yang terancam oleh Kesatuan
Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN). Ini berikutan amalan memancing manusia telah
menjadi antara faktor ancaman dan penggunaan cangkerangnya dilaporkan turut dijadikan bahan utama
penghasilan barangan perhiasan.

Untuk makluman, penyu belimbing adalah spesis yang memilih kawasan pantai gelap, sunyi dan
berpasir bagi sesi bertelur. Antara destinasi yang menjadi pilihan adalah di Rantau Abang, Terengganu.
Manakala destinasi pilihan lain pula antaranya di persisiran pantai Amerika Selatan.

Menerusi pemaparan ikon kedua-dua penyu – ia tidak sekadar mengetengahkan simbolik hidupan laut
Malaysia bahkan turut memberi pendedahan kesedaran di peringkat dunia akan keperluan hidupan ini.

Kelapa Sawit – Kekayaan Hasil Bumi


Umum ketahui, Kelapa Sawit adalah antara segmen tanaman utama pertanian di Malaysia. Penampilan
kelapa sawit pada rekaan RM50 nyata menjadikan ia antara kekayaan hasil bumi negara yang berjaya
membentuk pasaran tersendiri di peringkat global.

Permulaan industri tanaman kelapa sawit secara komersial dapat diperlihat bermula tahun 1917, di
mana ketika itu Estet Tannamaran, Kuala Selangor dipilih selaku lokasi pengkomersialan. Setelah
memahami konsep bentuk buah tanaman, perluasan tanaman kacukan mula dilaksanakan dan
seterusnya tindakan Felda pada awal 1960-an membuka tanah rancangan secara meluas, memberi
peluang penerokaan baharu pada hasil tanaman ini.

Sehingga kini industri tanaman sawit telah menyumbang kepada pertumbuhan negara. Setakat data
tahun lalu, subsektor sawit telah menyumbang 56.8% kepada RM48.31 bilion untuk Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK).

Adanya pengukuhan sedemikian memberi peluang yang baik pada hasil negara. Melalui paparan kelapa
sawit pada mata wang negara – ia suatu kebanggaan pada pemain industri dalam penghasilan sumber
kekayaan negara di pasaran.

Lembah Gunung Api, Gunung Kinabalu – Keindahan Alam Semulajadi

Seterusnya bagi pemaparan keindahan alam semulajadi, Lembah Gunung Api dan Gunung Kinabalu
menjadi ikonik kepada khazanah alam Malaysia.

Gunung Api, ia adalah sebuah gunung batu kapur yang terletak di Taman Negara Mulu, Sarawak.
Memiliki ketinggian 1,750 meter ia menghimpunkan pelbagai hidupan alam semulajadi yang tinggi.
Bagaimanapun gunung ini begitu terkenal akan pemilikan 8 spesis pokok periuk kera yang terdapat
pada kapasitinya.

Sementara itu, Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang Ranau, Sabah ini pula memiliki
ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut dan ia adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Pemilihan nama Kinabalu itu diikaitkan dengan gabungan frasa bahasa Kadazandusun iaity Aki
Nabalu membawa erti nenek moyang。

Secara langsung, selain menitikberatkan kepentingan semula jadi pada paparan nilai RM100, simbol ini
turut membawa erti budaya dan semangat berzaman negara kekal utuh.

https://sunsuria.wordpress.com/2014/12/14/langkah-langkah-pemeliharaan-dan-pemuliharaan-warisan-
sejarah/

Langkah-Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Warisan Sejarah

Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Walaupun sejarah agak membosankan bagi
sesetengah orang, adalah amat penting untuk kita mengekalkan warisan sejarah tersebut. Usaha
pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan dengan memelihara dan memulihara bahan-bahan atau
perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah
amat penting kerana melalui kaedah ini, warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan dijadikan bahan
pengajaran untuk generasi akan datang sekiranya mereka berusaha untuk memahami dan mendalami
sejarah. Sesungguhnya, kita tahu pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting
tetapi, apakah langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah
tersebut?
Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan menjadikan mata
pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar
akan dapat belajar serta lebih memahami apa yang telah berlaku pada negara kita, Malaysia. Selain itu,
kaedah ini juga mampu menyedarkan masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang
kepentingan sejarah untuk terus diingati oleh semua lapisan masyarakat. Beberapa pengajaran boleh
didapati melalui mata pelajaran sejarah. Antara pengajaran-pengajaran tersebut adalah seperti berhati-
hati dengan kuasa asing sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu yang telah
berjaya dikuasai oleh kuasa asing kerana pihak negara kita yang kurang berwaspada dengan kuasa
asing pada ketika itu. Selain itu, sejarah juga mengajar masyarakat Malaysia untuk tidak bersikap
individualistik sebaliknya lebih bersikap bagai aur dengan tebing. Hal yang demikian membuktikan
betapa pentingnya sejarah untuk dipelajari dan dikekalkan untuk generasi akan datang.

Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan yang bersejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa dan Dutch Square di
Melaka. Bangunan tersebut merupakan bangunan peninggalan bagi penjajahan Inggeris, Portugis dan
Belanda di Malaysia yang berlangsung selama lebih dari 300 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah
seperti yang tersebut dapat memberikan bukti visual tentang sejarah silam negara. Bangunan-bangunan
bersejarah tersebut juga boleh membezakan negara kita dengan negara lain kerana bangunan-bangunan
tersebut boleh membekalkan ciri-ciri fizikal yang berbeza daripada negara-negara lain. Pemeliharaan
dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan pelancong
yang datang ke negara kita. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa sejarah bukan sahaja penting untuk
generasi akan datang malah sejarah juga penting untuk membangunkan dan memajukan negara dari
pelbagai bidang seperti bidang pelancongan.

Seterusnya, menggalakkan penyelidikan tentang cara terbaik untuk menjaga dan memulihara khazanah
bersejarah negara dengan mengadakan peruntukan khas. Contohnya negeri Kelantan telah menerima
anugerah “The Best Tourism City” daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
pada tahun 1990-an. Anugerah seperti ini mampu menggalakkan masyarakat yang agak bersifat
‘materialistik’ untuk terus memelihara dan memulihara harta bersejarah negara. Begitu juga di Pulau
Pinang. Terdapat beberapa khazanah yang bersejarah seperti Bangunan Cheong Fatt Tze yang telah
dianugerahi Pingat Unesco Heritage 2000 Award kerana usaha pemeliharaannya. Sebagaimana yang
dapat dilihat masyarakat pada hari ini agak mementingkan kebendaan walaupun sedikit. Dengan
mengadakan peruntukkan khas, pastinya banyak khazanah dan harta bersejarah negara dapat dipulihara
dan dipelihara. Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana melalui kaedah ini khazanah
bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara.

Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan hari ‘Sejarah Sedunia’ bagi setiap beberpapa tahun.
Hari Sejarah Sedunia perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati sejarah. Sejarah juga tidak
perlulah dijadikan membosankan. Antara kaedah untuk menjadikan sejarah lebih menarik adalah
dengan mengadakan lakonan semula seperti mengadakan filem atau lain-lain lagi. Filem tersebut
perlulah dijadikan menarik dan tidak terlalu mengikut fakta sejarah. Fakta sejarah memanglah agak
penting, tetapi filem yang terlalu mengikut fakta sejarah kadang-kadang boleh menjadikan filem
tersebut agak membosankan untuk ditonton. Oleh hal yang demikian, penerbit filem perlulah lebih
peka dengan minat semua lapisan masyarakat. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang lebih
berminat dengan cerita-cerita aksi ganas, mendebarkan, suspen dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini
bukan sahaja sejarah yang akan diingati semula malah perfileman negara juga mampu dibaikpulih.
Kaedah ini ibarat menyelam sambil minum kerana dua kerja dapat dilakukan dalam satu perkara.

Intihanya, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan
sejarah. Beberapa pihak juga perlulah berganding bahu dan mengembeling tenaga dalam usaha
mengekalkan peninggalan nenek moyang untuk ghenerasi akan datang. Sejarah negara amat penting
untuk generasi akan datang memandangkan terdapat beberapa faedah bagi mereka jika mereka
memahami dan mengetahui sejarah negara. Antara faedah tersebut adalah seperti generasi akan datang
akan mengenali asal usul negara, memahami pengajaran tentang sejarah negara dan lebih mengetahui
kepentingan-kepentingan sejarah. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mengekalkan warisan
sejarah negara. Usaha ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada kita malah kepada generasi akan
datang. Tambahan pula usaha tangga kejayaan, sekiranya kita sama-sama berusaha pastinya kejayaan
akan dicapai dan matlamat negara untuk mengekalkan sejarah negara kepada generasi akan datang
akan turut dicapai.

https://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/

TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA


Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia
mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara
tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian
daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis
keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang
diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik
terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.
Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan
satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut
budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek
Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti
Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam
dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan
harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatkuasaan-tegas-perlu-diambil-lindungi-alam-
sekitar-201101

Penguatkuasaan tegas perlu diambil lindungi alam sekitar

PENGUATKUASAAN tegas perlu diambil oleh semua agensi yang berkaitan bagi melindungi alam
sekitar dalam negara kita. Ini susulan pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan beberapa insiden
pencemaran yang berlaku di dalam negara kita semenjak kebelakangan ini seperti seperti pencemaran
bahan kimia yang berlaku di Pasir Gudang, Johor sehingga menjejaskan kesihatan para penduduk di
sana khususnya pelajar sekolah serta pencemaran yang berterusan berlaku di kawasan tanah tinggi
seperti di kawasan tanah tinggi Cameron Highland, Pahang sehingga mencemarkan keadaan sungai di
sana.

Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesan negatif
yang berpanjangan yang boleh dibawa melaluinya seperti kesan buruk terhadap tahap kesihatan
manusia sekeliling, kesan buruk terhadap haiwan-haiwan, kesan buruk terhadap keadaan tanah, kesan
buruk terhadap udara, kesan buruk terhadap kualiti air dan lain-lain lagi. Sekiranya kegiatan
pencemaran tidak dibendung dari sekarang, pencemaran yang berlaku ini boleh juga menjejaskan
reputasi negara kita di mata masyarakat antarabangsa. Adalah penting supaya proses penguatkuasaan
terhadap undang–undang sedia ada diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah
melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjerumus kepada proses pencemaran sama ada pencemaran
tanah, pencemaran udara ataupun pencemaran air.

Antara undang-undang perlindungan alam sekitar yang paling penting yang perlu digunakan bagi
melindungi alam sekitar dalam negara kita serta yang perlu digunakan secara tegas bagi membawa
yang pihak-pihak didapati bertanggungjawab melakukan sebarang kegiatan yang boleh membawa
kepada pencemaran ialah melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127] merupakan suatu akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Ia
telah dikuatkuasakan pada 15 April 1975 dan sejak itu ia telah mengalami beberapa proses pindaan.

Proses penguatkuasaan akan diambil oleh agensi yang berkaitan khususnya oleh pihak Jabatan Alam
Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim
(MESTECC). Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah untuk mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [127] dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya. Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 [Akta 127] memperuntukkan lima perkara yang menjadi tumpuan utama iaitu pencemaran udara,
pencemaran bunyi bising, pencemaran air, pencemaran tanah serta kawalan buangan terjadual. Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] juga menetapkan syarat-syarat atau kadar, bilangan, jumlah
serta kekerapan pelepasan bahan-bahan cemar sebelum sesuatu lesen dikeluarkan. Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127] juga menetapkan syarat untuk mendapat kebenaran pihak berkuasa yang
berkaitan sebelum sesuatu aktiviti dilakukan.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], mana-mana orang terlibat secara langsung
dengan sebarang aktiviti yang mencemarkan persekitaran yang berlawanan dengan segala peruntukan
undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] ini, jika
disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman yang keras. Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127] juga melibatkan konsep tanggungan pendudukan dan tanggungan beralih.
Melalui kedua-dua proses tanggungan ini terdapat kemungkinan pihak yang terlibat secara tidak
langsung terhadap proses pencemaran juga boleh dipertanggungjawabkan bersama terhadap kegiatan
pencemaran yang berlaku.
Selain memiliki satu bentuk peruntukan undang-undang, proses penguatkuasaan juga memainkan
peranan yang cukup penting. Tanpa adanya proses penguatkuasaan yang mantap, sebarang jenis
peruntukan undang-undang yang telah disediakan akan menjadi sia-sia belaka. Proses penilaian perlu
dilakukan terhadap semua agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi memastikan segala fungsi dan
tugas hakiki mereka dalam melindungi alam sekitar dalam negara kita telah dilaksanakan dengan baik.
Memandangkan keadaan muka bumi negara kita yang luas, pihak kerajaan perlu memastikan agensi
penguatkuasaan yang berkaitan memiliki jumlah pegawai penguatkuasa yang mencukupi bagi
memudahkan mereka menjalankan segala fungsi dan peranan mereka sebagai sebuah agensi
penguatkuasa yang lebih berkesan. Pihak agensi penguatkuasa yang terlibat perlu juga memastikan
mereka memiliki pegawai penguatkuasa yang benar-benar mahir dalam membendung masalah
pencemaran yang boleh berlaku dalam negara kita.
Setiap kerajaan negeri perlu mengetepikan segala perbezaan politik yang ada pada mereka serta perlu
menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan pusat bagi memastikan sebarang jenis pencemaran tidak
berlaku pada skala yang serius dalam negara kita. Semua pihak harus memberi keutamaan kepada
kebajikan serta kesihatan rakyat dalam usaha untuk membendung pencemaran. Pendidikan berterusan
harus diberikan kepada semua pihak mengenai kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Kerjasama
semua pihak adalah penting dalam memastikan alam sekitar dalam negara kita berada dalam keadaan
yang baik serta tidak membawa bahaya kepada mana-mana pihak.

You might also like