Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 97

TABURAN DAN KEPELBAGAIAN SERANGGA

AKUATIK DI SUNGAI MOYOG, PENAMPANG,


SABAH

MOHD. SYAFIQ BIN SHABRI

PROGRAM BIOLOGI PEMULIHARAAN

FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2019
TABURAN DAN KEPELBAGAIAN SERANGGA AKUATIK DI SUNGAI MOYOG,
PENAMPANG, SABAH

MOHD. SYAFIQ BIN SHABRI

DISSERTASI INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA


SYARAT UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN
KEPUJIAN

PROGRAM BIOLOGI PEMULIHARAAN

FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2019
PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa disertasi ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali petikan,
nukilan, ringkasan dan rumusan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

Tarikh Tandatangan

ii
PENGESAHAN

TANDATANGAN

1. PENYELIA

(DR. ARMAN HADI MOHMAD@FIKRI) ___________________

2. PEMERIKSA 1

(PROF. MADYA DR. HOMATHEVI A/P RAHMAN) ____________________

3. PEMERIKSA 2

(DR. NAZIRAH MUSTAFFA) ____________________

4. DEKAN

(PROF. DR. BABA MUSTA) ____________________

iii
PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberikan peluang untuk
menyiapkan disertasi ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada penyelia saya,
Dr. Arman Hadi, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
sepanjang proses penyiapan disertasi ini. Begitu juga kepada pensyarah dan staf
yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang tempoh
penyiapan disertasi ini. Tidak dilupakan Encik Leonardo, Cik Vi Vian dan Encik
Andrew yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membantu saya. Di
samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan terutamanya Amiruddin dan Muhammad Ridzuan yang banyak
memberikan pertolongan. Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada ibu bapa,
adik-beradik serta saudara-mara saya yang banyak memberikan sokongan kepada
saya.

iv
ABSTRAK

Komuniti serangga akuatik dan kualiti air adalah saling berkait rapat antara
satu sama lain. Walau bagaimanapun kajian ini masih kurang dilakukan di
Sabah. Oleh itu, satu kajian ke atas komuniti serangga akuatik dan kualiti
air telah dijalankan di Sungai Moyog, Penampang, dengan objektif untuk
mengkaji (i) kepelbagaian dan komposisi komuniti serangga akuatik
berdasarkan tiga habitat yang berbeza, (ii) status terkini kualiti air melalui
pemonitoran beberapa paramater fiziko-kimia dan (iii) kesan guna tanah
yang berbeza terhadap taburan dan kepelbagaian serangga akuatik.
Sebanyak 6766 individu serangga akuatik daripada 35 famili daripada
sembilan order telah dikumpulkan dari Sungai Moyog. Habitat jeram atau
balan menyumbang 77 peratus daripada jumlah keseluruhan serangga
akuatik yang berjaya dikumpulkan. Kawasan hulu iaitu Kampung Kibunut
mencatatkan jumlah famili yang paling tinggi iaitu 33 famili. Parameter in-
situ kualiti air direkodkan menggunakan YSI Multi-parameter Model C657.
Parameter ex-situ dikira menggunakan Kaedah Gravimetrik. Integriti dan
kualiti air di Sungai Moyog boleh dikatakan bersih dengan pencemaran yang
berskala kecil. Kedua-dua parameter fiziko-kimia dan indeks biotik
dipengaruhi oleh kualiti air di persekitaran. Jenis guna tanah yang berbeza
turut mempengaruhi kepelbagaian serangga akuatik dan kualiti air sungai.

v
ABSTRACT

DISTRIBUTION AND DIVERSITY OF AQUATIC INSECTS IN MOYOG


RIVER, PENAMPANG, SABAH.

Aquatic insect communities and water quality are closely related to each other.
However, this study is still lacking in Sabah. Therefore, a study on the aquatic insect
community and water quality was conducted in the Moyog River, Penampang, with the
objective of studying (i) the diversity and composition of the aquatic insect community
based on three different habitats, (ii) the latest status of water quality through the
monitoring of several physico-chemical parameters and (iii) the effects of different land
uses on the distribution and diversity of aquatic insects. A total of 6766 individuals of
aquatic insect from 35 families of nine orders were collected from the Moyog River.
Riffle habitat accounts for 77 percent of the total aquatic insect population collected.
The upstream area, Kampung Kibunut, contributes the highest total number of families
which is 33 families. In-situ water quality parameters were recorded using the YSI
Multi-parameter Model C657. Ex-situ parameters were calculated using the Gravimetric
Method. The integrity and quality of the water in the Moyog River can be said to be
clean with small scale pollution. Both the physico-chemical parameters and the biotic
index are influenced by the water quality of the environment. Different types of land
use also affect aquatic insect diversity and river water quality.

vi
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat
PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI FOTO x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Kajian 1

1.4 Justifikasi Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Sungai 7

2.2 Habitat Dalam Sungai 8

2.3 Kualiti Air Sungai 14

2.4 Komuniti Serangga Akuatik 20

2.5 Penggunaan Serangga Akuatik Dalam Pemonitoran Biologi 22

2.6 Kesan Aktiviti Antropogenik Terhadap Ekosistem Air Tawar 23

vii
BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.1 Kawasan Kajian 25

3.2 Kaedah Pengumpulan Sampel 26

3.3 Analisis Data 30

BAB 4 HASIL KAJIAN

4.1 Kelimpahan Serangga Akuatik Di Sungai Moyog 38

4.2 Taburan Serangga Kautik 41

4.3 Kualiti Air Sungai 45

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1 Kelimphan Serangga Akuatik Di Sungai Moyog 51

5.2 Taburan Serangga Akuatik 52

5.3 Kualiti Air Sungai 54

BAB 6 KESIMPULAN 58

RUJUKAN 60

LAMPIRAN

Lampiran A 71

Lampiran B 73

Lampiran C 82

viii
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

2.1 Tahap kemasinan dan jenis air. 17


3.1 Penilaian FBI menurut Hilsenhoff (1988). 32
3.2 Nilai toleran bagi famili arthropoda sungai (Hilsenhoff,1988). 33
3.3 Jadual Tafsiran Skor BMWP ASPT (Armitage et al., 1983) 34
3.4 Skor BMWP dan kategori. 34
3.5 Skor ASPT dan kategori kualiti air. 35
4.1 Komposisi serangga akuatik di Sungai Moyog, Penampang. 37
4.2 Senarai famili serangga akuatik yang berjaya direkodkan. 39
4.3 Perbandingan komposisi serangga akuatik dalam tiga jenis habitat. 40
4.4 Komposisi serangga akuatik dalam jenis habitat yang berbeza. 41
4.5 Persamaan komposisi serangga dalam ketiga-tiga jenis habitat. 42
4.6 Bilangan individu bagi setiap famili mengikut kawasan pensampelan. 43
4.7 Persamaan bagi sungai yang melalui Ketiga-tiga kampung. 44
4.8 Nilai indeks biotik bagi tiga kampung yang berbeza. 44
4.9 Parameter kualiti air pada pensampelan pertama. 45
4.10 Parameter kualiti air pada pensampelan kedua. 45
4.11 Korelasi antara parameter kualiti air. 46
4.12 Korelasi antara serangga akuatik dan parameter kualiti air. 47
4.13 Jenis guna tanah di lokasi pensampelan. 48
4.14 Klasifikasi kualiti air di Sungai Moyog, Penampang. 49

ix
SENARAI FOTO

Foto Muka Surat

2.1 Habitat jeram atau balan dalam sungai. 11

2.2 Habitat larian dalam sungai. 12

2.3 Habitat kolam dalam sungai. 13

3.1 Radas yang digunakan untuk menapis pepejal terampai. 29

x
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

3.1 Peta negeri Sabah dan kawasan pensampelan. 25

3.2 Reka bentuk pensampelan 26

3.3 Carta alir kaedah kajian 34

xi
SENARAI SIMBOL

% Peratus

°C Darjah Celsius

& dan

xii
SENARAI SINGKATAN

Fr Froude number

pH Potential of Hydrogen

TDS Total Dissolved Solid

TSS Total Suspended Solid

DO Dissolved Oxygen

FBI Family Biotic Index

BMWP Biological Monitoring Work Party

ASPT Average Score Per Taxon

NTU Nephelometric Turbidity Units

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

INWQS Interim National Water Quality Standards

NQWS National Water Quality Standards

YSI Yellow Springs Instrument

xiii
SENARAI LAMPIRAN

Muka surat

LAMPIRAN A Klasifikasi 71

LAMPIRAN B Korelasi 73

LAMPIRAN C Kawasan Pensampelan 82

xiv
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Kajian


Ekosistem merupakan sebuah komuniti organisma hidup, iaitu komponen biotik, yang
berinteraksi dengan komponen abiotik (bukan hidup) dalam persekitaran mereka dan
membentuk sebuah sistem yang mana kedua-dua komponen ini dikaitkan melalui
kitaran nutrien dan aliran tenaga (Odum, 1971). Transley (1935) mencipta istilah
ekosistem untuk menekankan kepentingan pertukaran bahan di antara komponen
organik dan bukan organik di samping pertukaran dalam kalangan organisma.
Ekosistem adalah dikawal oleh faktor luaran dan faktor dalaman.

Faktor-faktor luaran seperti iklim, bahan induk yang membentuk tanah dan
tofografi, mengawal keseluruhan struktur sesebuah ekosistem tetapi faktor ini tidak
dipengaruhi oleh ekosistem (Chapin et al., 2002). Berdasarkan kajian Chapin et al.
(2002), ekosistem dalam persekitaran serupa yang terletak di tempat yang berbeza di
seluruh dunia boleh jadi sangat berbeza hanya disebabkan ekosistem tersebut memiliki
takungan spesies yang berbeza. Faktor-faktor dalaman bukan sahaja mengawal
proses-proses dalam ekosistem malahan turut dikawal oleh ekosistem dan selalu
terdedah kepada kitaran maklum balas (Chapin et al., 2002).

Ekosistem biodiversiti dunia terbahagi kepada ekosistem daratan dan ekosistem


akuatik. Menurut Elmqvist et al. (2010), ekosistem akuatik merangkumi marin, air
tawar dan habitat akuatik yang lain. Air dan zon akuatik meliputi tiga perempat
daripada permukaan Bumi dan lautan mendominasi biosfera. Ekosistem akuatik
menyediakan tempat bagi pelbagai spesies termasuklah fitoplankton, zooplankton,
tumbuhan akuatik, serangga, ikan, burung, mamalia, reptilia dan amfibia (Bruce,
2013). Biodiversiti akuatik boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian hidupan dan
ekosistem yang membentuk air tawar dan kawasan marin serta interaksi antara
mereka (Bruce, 2013). Biodiversiti ini terbentuk pada pelbagai tahap, bermula daripada
peringkat sel sehinggalah kepada ekosistem yang lengkap, yang terdiri daripada
komuniti, populasi, spesies, dan peringkat genetik (Bruce, 2013).

Secara singkatnya, biodiversiti akuatik merangkumi semua spesies dan habitat


yang unik serta interaksi antara mereka. Biodiversiti akuatik mempunyai nilai ekonomi
dan nilai estetik yang tinggi dan berperanan besar dalam mengekalkan dan menyokong
kesihatan ekosistem secara keseluruhannya (Bruce, 2013). Menurut (Alexander, 1999),
terdapat dua ekosistem utama bagi ekosistem akuatik iaitu ekosistem marin dan
ekosistem air tawar. Ekosistem air tawar secara umumnya terbahagi kepada dua
kategori utama iaitu ekosistem lotik dan lentik (Wetzel, 2001).

Ekosistem lotik merujuk kepada sistem sungai yang mempunyai pergerakan


atau pengaliran seperti sungai, mata air dan jeram. Sistem lotik menggabungkan
pelbagai tahap yang terjadi pada skala spatio-temporal yang berperingkat (Ziglio et
al., 2006). Sistem ini merangkumi keseluruhan tadahan, daripada yang mempunyai
kestabilan temporal yang tinggi kepada mikrohabitat yang hanya mampu bertahan
sehingga sebulan atau kurang (Ziglio et al., 2006).

Ekosistem lentik pula merujuk kepada sistem pergerakan atau pengaliran air
yang statik seperti tasik, kolam dan lopak air. Kebanyakan taksa cenderung untuk
dikekang oleh habitat lotik dan lentik. Limnologi merupakan subjek kajian ekosistem
air tawar (Kumar, 2005). Kajian subjek limnologi melibatkan ciri-ciri biologi, kimia,
fizikal dan geologi serta fungsi-fungsi air di daratan termasuklah tasik, tadahan, kolam,
sungai, mata air, paya dan air bawah tanah (Wetzel, 2001).

Komponen abiotik boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu faktor iklim dan
faktor edafik. Faktor iklim merangkumi hujan, suhu, cahaya, angin, dan kelembapan.
Manakala faktor edafik merangkumi tanah, pH, tofografi mineral dan sebagainya.
Faktor-faktor ekologi seperti suhu, cahaya, pH, kandungan oksigen terlarut, garam
terlarut dalam air, kekeruhan, kealkalian, kedalaman dan saiz kawasan, serta aliran
(Loeb, 1994) merupakan faktor utama yang menentukan biodiversiti dalam sesebuah
sistem akuatik (Elmqvist et al., 2010).

2
Ekosistem akuatik turut menyediakan perkhidmatan ekologi dan ekonomi yang
sangat penting. Khidmat ekologi ini termasuklah pengawalan iklim, penyerapan karbon
dioksida, kitaran nutrien, pengurangan kesan ribut, habitat, sumber genetik,
biodiversiti dan sebagainya. Khidmat ekonomi pula merangkumi sumber makanan,
perubatan, pengangkutan, rekreasi, habitat, peluang pekerjaan bagi manusia dan
banyak lagi (Sangeetha et al., 2019).. Oleh hal yang demikian, keperluan kajian dan
pendedahan ke atas ekosistem air tawar perlu diperincikan dan dilaksanakan secara
berterusan.

Ekosistem air tawar merupakan habitat penting bagi pelbagai spesies terancam
dan turut memberi manfaat kepada manusia sejagat (Butcher et al., 1997). Biodiversiti
air tawar, pada tahap spesies, termasuklah hidupan yang sangat ketara tinggal dalam
air tawar dan juga hidupan yang telah beradaptasi untuk hidup di dalam atau di sekitar
habitat air tawar (Coates & Grekin, 2010). Biodiversiti organisma akuatik yang pelbagai
ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem alam sekitar yang lebih
produktif dan sihat.

Berdasarkan kelangkaan habitat air tawar yang hanya meliputi 0.8% daripada
jumlah keseluruhan permukaan Bumi (Hitt et al., 2015), seseorang mungkin
menganggap ekosistem air tawar hanya menampung 0.8% biodiversiti air tawar
namun anggapan ini tersangatlah rendah (McAllister et al., 1997) sedangkan berpuluh
ribu spesies dalam air tawar telah direkodkan termasuklah serangga, ikan, amfibia,
siput, kepah dan lain-lain (Hitt et al., 2015). Meningkatkan pemahaman kita tentang
ekosistem akuatik boleh meningkatkan kesedaran tentang kepentingannya agar kita
dapat meminimumkan kesan-kesan negatif terhadap persekitaran akuatik. Di samping
itu, pelaksanaan strategi pemuliharaan khusus perlu ditingkatkan untuk melindungi
dan memulihara ekosistem akuatik serta mengekalkan kestabilan dan keseimbangan
alam sekitar agar dapat menyokong ketersediaan sumber untuk generasi kini dan akan
datang.

Ciri-ciri fizikal ekosistem akuatik ditentukan oleh kombinasi haba, arus,


gelombang dan taburan musim yang berlainan (Horne & Goldman, 1994). Morfometri
sesebuah jasad air bergantung kepada ciri-ciri (seperti tasik, sungai, paya, muara dan
sebagainya) dan struktur Bumi yang mengelilingi jasad air tersebut. Tasik, sebagai
contoh, dikelaskan berdasarkan pembentukan tasik, dan pembentukan zon-zon tasik

3
ditentukan oleh kedalaman air (Welch, 1935). Sistem morfometri sungai didorong oleh
geologi asas kawasan tersebut dan juga halaju air (Horne & Goldman, 1994).

Komposisi kimia dalam air di dalam ekosistem akuatik dipengaruhi oleh ciri-ciri
dan proses-proses semula jadi termasuklah pemendakan, tanah asas dan batuan dasar
di dalam lembangan, hakisan, penyejatan dan pemendapan (Horne & Goldman,
1994). Kesemua jasad air mempunyai komposisi tertentu bagi kedua-dua elemen
organik dan bukan organik. Tindak balas biologi turut memberi kesan terhadap sifat-
sifat kimia dalam air. Di samping proses-proses semula jadi, aktiviti manusia turut
mempengaruhi komposisi kimia dalam sistem akuatik serta kualiti air di situ (Boyd,
2015).

Secara umumnya, bagi penilaian untuk pemonitoran kualiti air sesebuah jasad
air tawar, pengukuran adalah melibatkan parameter fiziko-kimia. Parameter fiziko-
kimia seperti suhu, kekeruhan, nutrien, kealkalian, pH, pepejal terampai dan oksigen
terlarut adalah diantara komponen utama kualiti air (Hitt et al., 2015) yang penting
dalam pertumbuhan organisma hidup di dalam sesebuah jasad air tawar. Pemonitoran
biologi pula boleh didefinisikan sebagai pemerhatian dan penilaian yang berterusan
terhadap keadaan serta sebarang perubahan dalam ekosistem, komponen biodiversiti
dan landskap, termasuklah jenis-jenis habitat semula jadi, populasi dan spesies
(Bondaruk et al., 2015).

Kaedah pemonitoran dan penilaian biologi merupakan elemen yang penting


untuk menyokong keputusan dalam pengurusan sungai. Teknik pemantauan biologi
air tawar yang terkini tertumpu terutamanya pada struktur komuniti, tetapi terdapat
juga penggunaan penunjuk fungsi seperti biokimia, permintaan oksigen, permintaan
oksigen mendapan dan oksigen terlarut (Friberg et al., 2011)). Struktur komuniti
makroinvertebrata biasanya dipantau kerana kelimpahan taksonomi, pensampelan
yang mudah, kesensitifan terhadap julat tekanan yang pelbagai dan nilai
keseluruhannya kepada ekosistem (Johnson et al., 1993). Di samping struktur
komuniti, tindak balas terhadap tekanan air tawar dikaji melalui eksperimen yang
mengukur perubahan tingkah laku organisma, perubahan kadar pertumbuhan,
pembiakan atau kematian.

4
1.2 Justifikasi Kajian

Kajian tentang kualiti air adalah sangat penting untuk menilai kesihatan aliran dan
sungai bagi memastikan sumber air bersih yang berterusan. Sekiranya jasad air
mengalami gangguan yang ekstrem, ia bukan sahaja mempengaruhi hidupan akuatik
bahkan ekosistem persekitarannya juga akan terjejas. Berdasarkan situasi tersebut,
maka suatu kajian yang lebih bersifat menyeluruh dan mendalam seperti kajian ini
amatlah diperlukan bagi menjelaskan keadaan atau gambaran yang sebenar di tapak
kajian.

Ini selaras dengan pendekatan yang disyorkan oleh Vesilind (1994) yang
menjelaskan bahawa pencemaran air boleh difahami dengan lebih baik, dengan cara
menghuraikannya dalam konteks ekosistem dan kemudian mengkaji satu aspek khusus
daripada ekosistem tersebut. Sebagai contoh, aspek kesan guna tanah untuk kawasan
kediaman (residensi) ataupun bagi tujuan pertanian. Kajian ini turut memberi fokus
terhadap kesan guna tanah di tiga buah kampung yang berbeza terhadap kualiti air
Sungai Moyog, memandangkan masalah tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap
keselesaan atau kualiti hidup manusia. Hubung-kait antara kesan guna tanah dan
kepelbagaian serangga akuatik di Sungai Moyog akan turut dikaji.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan perbandingan terhadap kajian-kajian


terdahulu untuk menentukan sama ada air sungai di tempat kajian mengalami
gangguan pencemaran atau semakin bersih. Melalui hasil kajian ini pihak pengurusan
bagi sungai yang dikaji boleh menentukan keputusan yang tepat dalam pengurusan
dan perancangan bagi sungai tersebut. Hasil kajian ini turut boleh dijadikan rujukan
untuk melihat kesan guna tanah terhadap taburan dan kepelbagaian serangga akuatik.
Penilaian ini juga boleh membantu dalam projek pemuliharaan ataupun untuk
membantu memastikan piawaian alam sekitar tercapai. Piawaian alam sekitar
membantu matlamat perlindungan alam sekitar menjadi kuantitatif dan boleh
dikuatkuasakan. Aktiviti alam sekitar yang berlainan mengakibatkan kebimbangan
yang berbeza maka mempunyai piawaian yang berbeza (Pinkau, 1998).

Komuniti serangga akuatik boleh digunakan dalam pemantauan biologi sebagai


penunjuk biologi. Kehadiran dan kelimpahan makroinvertebrata yang pelbagai ini
mampu memberikan maklumat yang tepat tentang kesihatan sesebuah sungai dan
lembangan (Aweng et al., 2012). Hal yang demikian adalah disebabkan oleh ciri-ciri

5
sebahagian serangga akuatik yang sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran
seperti perubahan fizikal dan kandungan kimia dalam air sungai dan serangga akuatik
dalam order Ephemeroptera, Plecoptera dan Trichoptera adalah serangga yang selalu
digunakan untuk menentukan kualiti air secara kualitatif (Lenat, 1988). Terdapat
banyak kajian yang memfokuskan komuniti serangga akuatik dalam kawasan
pensampelan namun bukan pada habitat serangga akuatik yang berbeza. Oleh itu,
kajian ini turut mampu memberikan pemahaman terhadap komposisi komuniti
serangga akuatik dalam tiga habitat utama yang berbeza, yang terdapat dalam
sesebuah jasad sungai.

1.3 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah:

1) Untuk menilai kepelbagaian dan komposisi komuniti serangga akuatik berdasarkan


tiga habitat yang berbeza iaitu:
a) habitat jeram (riffle),
b) habitat larian air (run),
c) habitat kolam (pool).
2) Untuk pemonitoran beberapa paramater fiziko-kimia bagi penilaian tahap dan
status terkini kualiti air berdasarkan jenis kesan guna tanah berbeza di sungai yang
mengalir melalui:
a) Kampung Kibunut (5.896084, 116.221179),
b) Kampung Notoruss (5.899622, 116.195526),
c) Kampung Babagon (5.902796, 116.183571).
3) Untuk mengkaji kesan guna tanah yang berbeza terhadap taburan dan
kepelbagaian serangga akuatik.

6
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Sungai

Sungai yang merupakan sebahagian daripada ekosistem air tawar merupakan nadi
kehidupan bagi kebanyakan penduduk di seluruh dunia dan merupakan antara sumber
air yang penting bagi kebanyakan organisma hidup (Chapman et al., 1996). Sistem
sungai boleh didefinisikan sebagai sistem yang teratur secara hierarki yang
menggabungkan, dari peringkat yang lebih rendah, keratan sungai, capaian,
kolam/jeram, dan subsistem mikrohabitat. Sungai-sungai boleh dikaji berdasarkan
pelbagai skala spatial (Frissell et al., 1986). Pada setiap tahap di dalam hierarki, sistem
terlihat boleh membangun dan berterusan terutamanya pada skala spatio-temporal
yang tertentu.

Air yang mengalir hanya meliputi pecahan yang sangat kecil daripada
keseluruhan air tawar yang terdapat di Bumi ini dengan aliran tahunan sekitar 47 7000
km3 (Postel et al., 1996) atau 0.003% daripada jumlah keseluruhan isi padu air di
Bumi. Oleh itu, air tawar merupakan satu sumber yang terhad. Walaupun di kawasan
yang mempunyai taburan hujan yang banyak dan di kawasan lembangan sungai,
penggunaan dan pengurusan sumber air yang tidak cekap boleh menyebabkan
kekangan terhadap ketersediaan air.

Permasalahan utama yang timbul dalam pengurusan sungai pada masa yang
lalu adalah sumber air, pencemaran, penjanaan kuasa dan kawalan banjir namun
peningkatan ilmu pengetahuan tentang kerumitan alam sekitar dan perhubungan di
antara sebab dan akibat antara gangguan ke atas tadahan dan keadaan sungai telah
mewujudkan satu pandangan ekologi yang lebih holistik terhadap pengurusan sungai
(Ziglio et al., 2006). Hal ini telah menyebabkan terhasilnya kajian antara disiplin yang
benar-benar kolaboratif, terutamanya dalam bidang pengawal aturan aliran, di mana
sejak tahun 1979 telah diadakan satu siri simposium tiga tahunan yang dikhususkan
untuk penyatuan sains berkaitan isu-isu pengurusan (Lane, 2001).

Kepentingan pengurusan habitat sungai bermula dengan tiga objektif utama


(Ziglio et al., 2006). Pertama, hubungan antara pembuangan dan habitat basah boleh
guna merupakan asas kepada penentuan aliran yang boleh diterima secara ekologi dan
hubungan ini telah disingkap dalam perkembangan IFIM (Instream Flow Incremental
Methodology) (Boove, 1995). Seterusnya, pemulihan dan rehabilitasi bahagian-
bahagian sungai untuk tujuan rekreasi, alam sekitar dan estetik (Brookes & Shields,
1996; Boon & Raven, 1998; Lane, 2001) memerlukan ilmu tentang hubungan di antara
morfologi alur dan taburan habitat. Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan
biodiversiti memerlukan maklumat yang terperinci terhadap pensyaratan habitat bagi
komuniti biotik dalam lingkungan yang lebar (Logan & Furse, 2002).

2.2 Habitat Dalam Sungai

Habitat sangat penting dalam penentuan biosenosis sungai (Ziglio et al., 2006).
Menurut Frissell et al. (1986), peristiwa geologi pada frekuensi yang rendah dan
magnitud tinggi menyebabkan perubahan evolusi asas dalam sungai dan sistem
keratan, manakala proses geomorfik pada frekuensi yang agak tinggi dan magnitud
rendah boleh mengubah kapasiti potensi capaian, sistem kolam dan jeram, dan
mikrohabitat dan menyebabkan evolusi pada skala yang kecil ini. Saiz substrat dalam
sungai serta corak aliran apabila digabungkan boleh mempengaruhi pembentukan
habitat dalam sungai seperti kolam dan jeram (Frissell et al., 1986).

Menurut Lake (2000), di samping kebolehubahan spatial yang tinggi, aras


kebolehubahan temporal dalam faktor-faktor seperti nyahcas dan suhu juga
merupakan ciri habitat sungai dan anak sungai. Keadaan yang didorong oleh
kebolehubahan temporal yang ekstrem selalunya dirujuk sebagai “gangguan”.
Gangguan merupakan asas penentu struktur komuniti dalam sungai (Lake, 2000).
Pengelasan atau klasifikasi habitat akuatik tidak selalunya mudah.

Penilaian habitat dan cara pengelasan telah diwujudkan disebabkan oleh


keperluan untuk melindungi dan memulihara persekitaran melalui pemonitoran kesan-

8
kesan gangguan dan meramalkan akibat-akibat yang mungkin akan berlaku (Ziglio et
al., 2006). Pelbagai pengelasan sistem akuatik telah diorak di seluruh dunia (Higgins
et al., 2005; Hitt et al., 2015). Kebanyakan sistem adalah hierarki dan jatuh dalam dua
kategori iaitu pendekatan ‘top-down’ dan pendekatan ‘bottom-up’. Pendekatan ‘top-
down’ bermula dari yang besar, kawasan pebagai ekologi, dan dibahagikan kepada
tahap homogen yang lebih rendah.

Pendekatan ‘bottom-up’ pula bermula dari tahap hierarki yang paling rendah
dan dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri yang dikongsi (Ricklefs & Miller, 2000; Hitt et al.,
2015). Jenis-jenis habitat dan jenis organisma dalam ekosistem air tawar yang boleh
didapati di kawasan tersebut bergantung kepada jumlah air di dalam sistem dan
kelajuan aliran (Markgraf, 2018). Sistem yang diwujudkan oleh Frissell et al., (1986)
membentuk satu rangka kerja yang sesuai untuk perbincangan bagi ekologi habitat.
Apabila memfokuskan taburan dalam habitat yang berbeza, perbandingan boleh
dilakukan antara habitat penghakisan dan pendepositan, seperti kawasan kolam dan
jeram.

Pada skala yang lebih lebar, perubahan dalam corak ekologi boleh direkodkan
di sepanjang sungai dan juga dalam lembangan sungai yang berbeza. Corak biologi
di dalam sungai diselaraskan dan dikawal oleh corak fizikal (Frissell et al., 1986).
Habitat wujud secara temporal dan juga spatial, dan disebabkan itu data tentang ciri-
ciri habitat adalah penting untuk direkodkan secara tahunan atau sekurang-kurangnya
secara bermusim (Ziglio et al., 2006). Sebarang gangguan terhadap struktur atau
fungsi sesebuah badan sungai mampu mempengaruhi habitat yang sedia ada untuk
biota dalam sungai (Ziglio et al., 2006).

Kitaran hidrologi tahunan secara semula jadi menyebabkan perubahan


bermusim terhadap kedalaman, halaju, lapisan hidraulik dan morfometri alur di mana
komuniti biotik telah teradaptasi. Peristiwa semula jadi yang ekstrem seperti banjir dan
kemarau, ditambah lagi dengan gangguan antropogenik, akan mengubahsuai keadaan
habitat (Ziglio et al., 2006). Jelas bahawa kebanyakan gangguan ke atas sistem lotik
melibatkan perubahan terhadap kuantiti dan kualiti habitat tepian dan dalam sungai,
sama ada secara langsung atau tidak langsung,.

Antara habitat utama yang menjadi tumpuan dalam pensampelan serangga


akuatik untuk penilaian kualiti air adalah habitat jeram atau balan, lubuk atau kolam

9
dan larian sungai kerana habitat-habitat ini mudah didapati dalam hampir kesemua
ekosistem lotik seperti sungai dan anak sungai (Ziglio et al., 2006). Ahli biologi sering
menggunakan habitat jeram, larian sungai dan kolam sebagai unit pensampelan dalam
sesebuah sungai (Allen 1951; Pridmore & Roper, 1985) atau untuk membincangkan
penggunaan habitat (Glova & Duncan, 1985). Pengenalpastian habitat-habitat ini telah
menjadi masalah yang rumit sejak dahulu lagi. Kebanyakan penyelidik hanya mengenal
pasti kolam, larian dan jeram tanpa menjelaskan kriteria yang ada.

Kriteria-kriteria dan perihal yang khusus telah dicadangkan dan ini termasuklah
saiz bahan dasar (Leopold et al. 1964; Mosley 1982), cerun permukaan air (Yang
1971), julat kedalaman dan halaju (Allen 1951), tofografi dasar (Richards 1976),
nombor Fraude (Wolman 1955) dan perihal tentang ciri-ciri permukaan (Mosley 1982).
Ahli morfologi bersepakat bahawa definisi berdasarkan tofografi dasar adalah lebih baik
kerana ia berubah sedikit dengan keluaran berbanding definisi hidraulik (Richards
1976); mereka memberi maksud kolam dan jeram sebagai pengalunan dalam tofografi
dasar (O'Neill & Abrahams 1984).

Jowett (1993) menyatakan bahawa ahli biologi yang menggunakan jenis-jenis


habitat ini untuk pemetakan varians sampel di sepanjang sungai selalu menghadkan
sampel kepada satu jenis habitat (biasanya jeram), atau berdasarkan prosedur
pensampelan berstratum terhadap jenis habitat, dengan menganggap keadaan fizikal
dalam jenis habitat dan perbezaan mereka akan konsisten. Oleh itu, definisi seperti
berdasarkan kedalaman dan halaju air atau ciri-ciri permukaan sangat berguna bagi
ahli biologi kerana perkara tersebut dapat menerangkan aspek keadaan fizikal itu
(Jowett, 1993).

Dalam hidraulik, nombor Froude ialah nisbah halaju/kedalaman Fr = Vm/


√(gY), di mana Vm ialah min halaju turus air, Y kedalaman air, dan g ialah pecutan
disebabkan oleh graviti (9.81 ms−2 ). Henderson (1966) menerangkan nombor Froude
sebagai penunjuk universal terhadap permasalahan dalam pengaliran permukaan
bebas, yang mengaitkan daya inersia dengan daya graviti dan penting bilamana graviti
mendominasi, sebagai contohnya dalam dinamik gelombang dan aliran alur terbuka.

Nombor ini juga digunakan untuk menerangkan aliran tenang atau separa
kritikal (di mana Fr < 1) dan aliran cepat atau amat kritikal (di mana Fr > 1) (Chow,
1959). Nombor Froude telah diiktiraf sebagai satu kriteria untuk membezakan kolam

10
dan jeram (Wolman 1955; Bhowmik & Demissie 1982); potensi penggunaannya telah
ditunjukkan oleh persamaan nombor Froude yang dikira bagi habitat yang dinyatakan
dalam kajian Allen (1951) dan perhubungannya terhadap kelimpahan invertebrata
bentik untuk beberapa spesies (Orth & Maughan 1983; Jowett et al. 1991).

Jowett (1993) juga telah membuat perbandingan hidraulik bagi ciri-ciri habitat
kolam, jeram dan larian, dan menerbitkan pengelasan objektif yang mudah dan boleh
digunakan untuk menilai sama ada lokasi pensampelan biologi adalah tipikal untuk
jenis habitat yang mereka wakili. Habitat kolam dan jeram adalah mudah untuk
dibezakan namun habitat larian dan jeram sukar untuk ditentukan. Penggunaan kriteria
seperti itu dapat dibayangkan akan mengarah kepada penyeragaman ciri-ciri habitat
yang lebih baik untuk pensampelan berstratum dan sebuah cara yang mana data
biologi akan dapat dikumpulkan untuk analisis habitat (Jowett, 1993).

Kolam, jeram dan larian bukanlah unit yang diskret tetapi satu kelanjutan yang
mana sebarang pengelasan adalah arbitrari dan mengakibatkan terdapat pertindihan
dalam sebarang kaedah subjektif untuk penilaian. Penilaian habitat juga berbeza dari
sungai ke sungai, dan selalunya pemerhati akan mengkategorikan bahagian cetek yang
deras sebagai jeram dan bahagian dalam yang perlahan sebagai kolam, tanpa mengira
magnitud kedalaman dan halaju air (Jowett, 1993). Bahagian atas cabang sungai juga
biasanya membentuk siri kolam, balan dan lata yang mana setiap satunya
menyediakan habitat yang berbeza seterusnya menyokong komuniti invertebrata yang
berlainan (Yule & Yong, 2004).

2.2.1 Habitat Jeram (Riffle)

Jeram merupakan satu bentuk lahan yang cetek dalam sesebuah alur yang mengalir
(Leopold & Wolman, 1957) dan mempunyai tofografi, enapan dan penunjuk hidraulik
yang tertentu. Jeram sentiasa dinilai pada kadar keluaran yang sangat rendah
berbanding aliran yang memenuhi sesebuah sungai (Wyrick et al., 2014) (kira-kira 10–
20%), dan sebagai hasilnya air yang mengalir melalui sebuah jeram menjadi cetek dan
laju, disertai dengan permukaan air yang berkocak (Foto 2.1).

Permukaan air yang melalui jeram pada aliran yang rendah juga mempunyai
cerun yang lebih curam berbanding bentuk lahan yang lain yang terdapat di dalam
sungai. Bahagian alur yang mempunyai purata cerun permukaan air sekitar 0.1 hingga

11
0.5% mempamerkan jeram walaupun jeram boleh berlaku dalam alur yang lebih curam
dengan bahan dasar yang lebih kasar atau dalam alur yang lebih landai dengan bahan
dasar yang lebih halus. Enapan di dasar sungai dalam jeram selalunya lebih kasar
berbanding enapan di bahagian lain dalam bentuk lahan alur kecuali pada waktu
selepas banjir.

Ahli-ahli sains telah membuat pemerhatian untuk jangka masa yang lama dan
memberi kesimpulan bahawa apabila kawasan yang lain sama, jeram cenderung untuk
lebih lebar berbanding bentuk lahan yang lain di dalam alur (Richards, 1976), namun
hanya baru-baru ini terdapat peta sungai berkualiti tinggi untuk membuktikan bahawa
perkara tersebut adalah benar (Brown & Pasternack, 2017). Mekanisma fizik yang
menjelaskan kejadian ini disebut sebagai penghalaan aliran penumpuan (flow
convergence routing) (MacWilliams et al., 2006; Sawyer et al., 2010).

Mekanisma ini boleh digunakan dalam kejuruteraan sungai untuk mereka-


bentuk jeram-jeram yang bertahan dengan sendiri serta mapan (Wheaton et al., 2010;
Brown et al., 2016), dengan bekalan enapan dan regim aliran yang sesuai. Jeram
adalah amat penting secara biologi kerana terdapat banyak spesies yang bergantung
terhadapnya dan jeram juga berfungsi untuk mengudara air serta meningkatkan
jumlah oksigen terlarut (Chapman, 1986).

Foto 2.1 Sebuah habitat jeram atau balan di Sungai Kibunut.

12
2.2.2 Habitat Larian Sungai (Run)

Habitat ini selalunya merangkumi 70 % daripada keseluruhan sungai dan perantaraan


kolam dan balan (Jowett, 1993). Dalam erti kata yang lain, larian air bermaksud aliran
air yang tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat (Foto 2.2). Menurut Jowett (1993),
habitat perantaraan larian air merangkumi julat kedalaman dan halaju yang luas,
namun terdapat kecenderungan untuk bertindih dengan habitat jeram atau balan. 80
% habitat larian mempunyai nombor Froude yang lebih besar daripada 0.23 dan 65 %
nisbah halaju/kedalaman adalah melebihi 1.85 (Jowett, 1993). Pengelasan habitat
sungai lebih baik dengan menggunakan nombor Froude atau nisbah halaju/kedalaman
berbanding cerun permukaan (Jowett, 1993).

Foto 2.2 Salah satu contoh habitat larian atau jalanan sungai.

2.2.3 Habitat Kolam (Pool)


Kolam sungai dalam hidrologi merujuk kepada bahagian sungai atau anak sungai yang
mempunyai kedalaman melebihi purata dan halaju yang lebih rendah daripada purata
keseluruhan sungai atau anak sungai tersebut (Chasse, 2007). Kolam merupakan
sebuah badan air yang kecil yang terbentuk dalam sesebuah aliran sungai (Foto 2.3).
Kolam sungai ini boleh dilapisi dengan enapan atau dilitupi dengan batuan, dan dalam
beberapa kes boleh terbentuk sebagai lembangan dalam pembentukan batuan dasar.
Bahagian sungai ini selalunya menyediakan ekosistem habitat yang khusus untuk
organisma yang mempunyai kesukaran untuk mencari makanan atau navigasi dalam
rantau sungai deras.

13
Foto 2.3 Sebuah habitat kolam atau lubuk di Sungai Moyog.

2.3 Kualiti Air Sungai

Menurut Smith et al. (2007), ekosistem akuatik adalah sangat kompleks dan
merangkumi interaksi fizikal, kimia dan entiti biologi. Kualiti air sungai masa kini
semakin menurun ekoran pelbagai faktor terutamanya aktiviti antropogenik. Penilaian
kualiti adalah sangat penting untuk menunjukkan perbezaan data yang diperoleh dan
untuk membuat keputusan berkaitan dengan pengurusan sumber air, isu-isu
pemonitoran, kualiti biologi dan sebagainya (Ziglio et al., 2006). Aktiviti-aktiviti seperti
pembangunan bandar, pertanian, pembinaan empangan dan pencemaran telah
menyebabkan kualiti air sungai semakin merosot.

Juzuk air sungai merangkumi jisim terampai bukan organik, ion major terlarut,
nutrien terlarut, jisim organik terampai dan terlarut, gas dan surih logam (Allan, 1995).
Oleh itu, banyak kajian yang dilaksanakan untuk menilai kesan-kesan perubahan
parameter fiziko-kimia ke atas komuniti serangga akuatik. Kajian oleh Lewin et al.
(2013) menunjukkan bahawa suhu air, pH, dan kekonduksian merupakan parameter
yang amat berkait rapat dengan taburan taksa makroinvertebrata bentos. Halaju air,
kedalaman, kekeruhan dan oksigen terlarut di samping tekstur dan komposisi substrat
mempunyai pengaruh penting terhadap taburan dan kepadatan serangga akuatik
(Sharma et al., 2006). Di samping itu, kelimpahan taksa dan indeks kepelbagaian nyata
sekali berkorelasi dengan oksigen terlarut, sulfat, nitrat-nitrogen, dan ammonia-
nitrogen (Prommi & Payakkan, 2015).

14
2.3.1 Parameter Fiziko-Kimia dan Kesan Terhadap Komuniti Serangga
Akuatik
a) Oksigen Terlarut

Oksigen merupakan elemen penting yang diperlukan oleh semua benda hidup. Oksigen
masuk ke dalam air melalui pembauran daripada udara dalam persekitaran,
pengudaraan dan hasil daripada fotosintesis. Jumlah kepekatan gas di dalam air tidak
seharusnya melebihi 110 % kerana ini akan membahayakan hidupan akuatik. Oksigen
terlarut disebut dalam miligram per liter air (mg/L). Oksigen terlarut yang mencukupi
penting untuk kualiti air yang baik (Rounds et al., 2013). Sekiranya tahap oksigen
terlarut jatuh di bawah 5.0 miligram per liter, hidupan akuatik akan mengalami tekanan
dan semakin rendah kepekatan oksigen maka semakin tinggi tekanan tersebut.

Mengukur oksigen terlarut merupakan salah satu ujian bagi kualiti air untuk
menentukan kesesuaian sungai terhadap organisma akuatik. Namun, pengukuran
tersebut hanya memberikan nilai tahap oksigen yang diukur pada masa itu. Tahap
oksigen terlarut turun naik setiap hari dalam setiap tahun. Tahap oksigen terlarut di
dalam sungai dipengaruhi oleh faktor-faktor semula jadi dan aktiviti antropogenik
(USU, 2018). Oksigen dikeluarkan dari air melalui tindak balas kimia, proses pereputan
dan pernafasan organisma hidup dan pengoksidaan bahan buangan (Ahmad & Ahmad,
1992).

Suhu air dan tekanan atmosfera mempengaruhi kapasiti air untuk menampung
oksigen terlarut. Air yang sejuk pada tekanan atmosfera yang tinggi mampu
menyimpan lebih banyak oksigen terlarut berbanding air bersuhu tinggi pada tekanan
atmosfera yang rendah (Chen, 1985). Tahap oksigen juga dipengaruhi oleh darjah
penembusan cahaya dan kocakan air atau gelora (WAV, 2006). Organisma akuatik
yang berbeza memiliki keperluan oksigen yang berbeza.

Sebilangan memerlukan oksigen terlarut yang tinggi melebihi 6 mg/L dan ada
juga organisma yang boleh bertahan dengan tahap oksigen terlarut kurang daripada 1
mg/L. Keperluan oksigen juga berbeza mengikut suhu air (WAV, 2006). Sebagai
contohnya ikan trout hidup dalam air yang mempunyai tahap oksigen terlarut melebihi
6 mg/L dan ikan ini menggunakan lima kali ganda oksigen ketika berehat pada suhu
26.7˚ C berbanding ketika berehat pada suhu 4.4˚ C (WAV, 2006).

15
b) Suhu

Suhu merupakan kuantiti fizikal untuk membandingkan panas atau sejuk (Beattie &
Oppenheim, 1979) dan diukur menggunakan termometer yang telah ditentu-ukur
dalam satu atau lebih skala suhu. Skala yang biasa digunakan ialah skala Celsius
(ditandai °C), skala Fahrenheit (ditandai °F) dan skala Kelvin (ditandai K). Kelvin (dieja
dengan huruf kecil k) merupakan unit suhu dalam Sistem Unit
Antarabangsa (International System of Units), di mana suhu merupakan salah satu
daripada asasi kuantiti asas. Skala Kelvin digunakan secara meluas dalam sains dan
teknologi.

Suhu berperanan penting dalam menentukan organisma yang boleh hidup dalam
sesebuah jasad air dan peningkatan keterlarutan mineral (Tchobanoglus & Schroeder,
1987). Peningkatan suhu mempengaruhi struktur komuniti serangga akuatik kerana
proses penghasilan telur semasa pembiakan akan terganggu (Lehmkuhl, 1979; Ward,
1992; William & Feltmate, 1992). Perubahan suhu juga mampu mempengaruhi tindak
balas kimia dan kadar keterlarutan gas seperti oksigen (Menson, 2006). Suhu air yang
melebihi 30 °C menunjukkan bahawa badan air tersebut tercemar dan hidupan akuatik
juga berkurangan (Menson, 2006).

c) pH

Keasidan atau kealkalian ditentukan melalui pengukuran pH, iaitu ukuran bagi
menentukan kepekatan ion hidrogen (Allan, 1995). pH didefinisikan sebagai logaritma
perpuluhan bagi timbal balik aktiviti ion higrogen dalam sesuatu larutan. (Covington et
al., 1985). Dalam kimia, pH ialah skala yang digunakan untuk menyatakan keasidan
atau kealkalian sesuatu larutan berasaskan air. Pada suhu bilik (25 °C), air tulen bukan
asid dan bukan alkali, dan memiliki pH 7. Air yang mempunyai pH di bawah 7 dianggap
asid manakala air dengan nilai pH melebihi 7 dianggap sebagai alkali (Hulawale, 2018).
pH merupakan skala logaritma dan menghampiri logaritma asas 10 daripada kepekatan
molar (diukur dalam unit mol per liter) ion hidrogen dalam sesuatu larutan.

Lebih tepat lagi, pH merupakan negatif bagi logaritma asas 10 untuk aktiviti ion
hidrogen (Bates, 1973). Pada 25 °C, larutan yang mempunyai pH kurang daripada 7
adalah asid dan larutan yang mempunyai pH lebih daripada 7 adalah alkali. Kealkalian
ialah ukuran bagi kapasiti penimbal atau kapasiti air untuk meneutralkan asid dan

16
menahan perubahan pH. Nilai neutral bagi pH bergantung pada suhu dan menjadi
kurang daripada 7 jika suhu meningkat. Bertentangan dengan pendapat yang popular,
nilai pH boleh jadi kurang daripada 0 bagi asid yang sangat kuat atau lebih daripada
14 bagi alkali (Lim, 2006).

Skala pH adalah boleh dikesan kepada satu set larutan piawai yang mana nilai
pH ini ditentukan dengan persetujuan antarabangsa (Covington et al., 1985). Standard
nilai pH yang utama ditentukan menggunakan satu kepekatan sel dengan pemindahan,
dengan mengukur perbezaan potensi di antara satu elektrod hidrogen dan satu
elektrod standard. pH larutan berair boleh diukur dengan elektrod kaca dan meter pH,
atau dengan penunjuk perubahan warna. Pengukuran pH amat penting dalam pelbagai
bidang seperti bidang kimia, agronomi, perubatan dan rawatan air.

d) Komponen Terlarut Dalam Air


i) Kemasinan dan Kekonduksian

Saliniti ialah kemasinan atau jumlah garam terlarut dalam sesebuah badan air.
Kemasinan merupakan faktor penting dalam penentuan pelbagai aspek kimia bagi air
semula jadi dan proses biologi yang terdapat di dalamnya, dan merupakan pemboleh
ubah keadaan termodinamik, berserta dengan suhu dan tekanan, mengawal ciri-ciri
fizikal seperti ketumpatan dan kapasiti haba bagi air. Kemasinan dalam sungai, tasik,
dan laut secara konseptual adalah mudah namun secara teknikalnya mencabar untuk
dihuraikan dan diukur secara tepat. Garam merupakan sebatian seperti natrium
klorida, kalium nitrat dan natrium bikarbonat yang melarut menjadi ion.

Kepekatan ion klorida yang terlarut ada kalanya dirujuk sebagai keklorinan. Ahli
limnologi dan ahli kimia selalu menakrifkan kemasinan dalam terma berat garam per
unit isi padu, dinyatakan dalam unit miligram per liter atau gram per liter (Wetzel,
2001). Ianya tersirat, tidak selalu dinyatakan yang nilai ini tertakluk secara tepat hanya
pada beberapa suhu rujukan. Nilai-nilai yang dibentang menggunakan cara ini tepat
secara tipikal pada tertib satu %. Ahli limnologi juga menggunakan kekonduksian
elektrik sebagai proksi untuk kemasinan.

Pengukuran ini boleh diselaraskan dengan kesan haba dan biasanya


ditunjukkan dalam unit μS/cm. Sungai atau tasik yang mempunyai kemasinan sekitar
70 miligram per liter biasanya mempunyai kekonduksian tertentu antara 80 hingga

17
130 μS/cm pada suhu 25 °C. Nisbah yang sebenar bergantung pada kehadiran ion
(van Niekerk et al., 2014). Kekonduksian yang sebenar berubah sekitar 2% per darjah
Celsius, oleh itu kekonduksian yang diukur pada 5 °C mungkin hanya berada pada julat
50 hingga 80 μS/cm.

Pengukuran ketumpatan secara langsung juga digunakan untuk


menganggarkan kemasinan, terutamanya dalam tasik yang mempunyai kemasinan
yang tinggi (Anati, 1999). Kadangkala ketumpatan pada suhu yang tertentu juga
digunakan sebagai proksi kepada kemasinan. Pada masa yang lain perhubungan
empirikal kemasinan/ketumpatan diolah untuk sesetengah badan air bagi menganggar
kemasinan sampel daripada ketumpatan yang diukur.

Kemasinan merupakan satu faktor ekologi yang agak penting, mempengaruhi


jenis organisma yang hidup dalam sesebuah badan air di samping mempengaruhi jenis
tumbuhan yang akan tumbuh sama ada dalam badan air atau di atas daratan yang
dilimpahi oleh air (atau oleh air bawah tanah) (Kalcic et al., 2010). Pengelasan air
berdasarkan % kandungan garam dinyatakan dalam Jadual 1.

Jadual 2.1 Tahap kemasinan air dan jenis air.

Kemasinan Air
Air Tawar Air Payau Air Masin
<0.05% 0.05 – 3% 3 – 5%
< 0.5% 0.5 – 30% 30 – 50%

Kekonduksian merupakan ungkapan angka bagi larutan akua yang


menunjukkan kapasiti untuk mengalirkan arus elektrik. Kebolehan ini bergantung
kepada kehadiran ion, jumlah larutan ion, pergerakan, valensi dan kepekatan relatif
serta suhu cecair. Larutan bagi kebanyakan asid bukan organik, alkali dan garam
merupakan pengalir yang baik (Hulawale, 2018).

ii) Jumlah Pepejal Terlarut (TDS)

Kandungan jumlah pepejal terlarut dalam air tawar adalah jumlah kepekatan ion major
(Allan, 1995). Menurut Welch et al. (1998), TDS mengukur juzuk yang sama dengan
kekonduksian namun merangkumi bahan-bahan terlarut tidak bercas. Kedua-duanya
merupakan pengukuran tidak spesifik bagi pepejal terlarut termasuklah juzuk semula

18
jadi dan juga pencemar (Welch et al., 1998). TDS juga boleh menjadi ancaman
terhadap haiwan akuatik jika tahapnya menghampiri tahap air payau. Walau
bagaimanapun, tiada standard kualiti air yang spesifik bagi kandungan ion, atau TDS,
dan juzuk ini tidak membawa masalah yang serius terhadap kualiti air.

e) Pepejal Terampai
i) Kekeruhan

Kekeruhan ialah kemendungan cecair yang disebabkan oleh sejumlah besar zarah
individu yang umumnya tidak terlihat oleh mata kasar, sama seperti asap di udara.
Kekeruhan dinyatakan dalam Nephelometric Turbidity Units (NTU) dan diukur
menggunakan perkaitan cahaya yang dipantulkan daripada sampel yang diberi (EPA,
2001). Pengukuran kekeruhan merupakan ujian penentu bagi kualiti air. Cecair boleh
mengandungi jisim pepejal terampai yang terdiri daripada zarah yang pelbagai saiz.

Sebahagian bahan terampai akan menjadi cukup besar dan berat seterusnya
tenggelam ke dasar manakala zarah-zarah yang sangat kecil termendap secara
perlahan atau langsung tidak jika sampel sentiasa tergoncang. Zarah-zarah yang kecil
ini menyebabkan cecair kelihatan keruh. Kekeruhan dalam air yang terbuka boleh
disebabkan oleh pertumbuhan fitoplankton. Aktiviti antropogenik yang mengganggu
tanah, seperti pembinaan, perlombongan dan pertanian, boleh menyebabkan tahap
mendakan yang tinggi memasuki badan air semasa hujan.

Kawasan yang terdedah kepada hakisan tebing dan juga kawasan bandaran
turut menyumbang sejumlah besar kekeruhan kepada air yang berdekatan, melalui
pencemaran air hujan yang menghakis permukaan seperti jalan raya, jambatan dan
tempat letak kereta (EPA, 2005). Sebahagian industri seperti kuari, lombong dan
pengambilan arang mengakibatkan tahap kekeruhan yang tinggi hasil daripada zarah
koloid batuan.

ii) Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

Jumlah pepejal terampai (TSS) ialah bahan pepejal yang terampai di dalam air
termasuklah bahan organik dan bukan organik (Verma & Singh, 2013). Zarah-zarah
pepejal yang halus yang kekal terampai dalam air atau koloid disebabkan oleh

19
pergerakan air. Kepekatan pepejal terampai yang tinggi boleh menyebabkan kualiti air
merosot disebabkan penyerapan cahaya matahari. Hal yang demikian akan
menyebabkan peningkatan suhu air seterusnya mempengaruhi kebolehan air untuk
menyimpan oksigen yang mana sangat diperlukan oleh hidupan akuatik.

Peningkatan pepejal terampai boleh mempengaruhi organisma akuatik scara


langsung dan tidak langsung (Ward. 1992). Antara kesan langsung pepejal terampai
ke atas serangga akuatik adalah lelasan epithelia pernafasan, menyumbat struktur
pernafasan, mengurangkan kadar pemakanan, mengurangkan kecekapan pemakanan,
pendedahan kepada toksin (zarah sedimen menyediakan tapak penyerapan di mana
toksin boleh terkumpul), mengurangkan julat penglihatan dan aruhan hanyutan. Selain
itu Ward (1992) juga menyatakan bahawa aras pepejal terampai yang tinggi secara
tidak langsung boleh mengubahsuai habitat akuatik dengan mengurangkan
penembusan cahaya, struktur trofik, dinamik nutrien, keadaan terma, aras oksigen,
corak tingkah-laku, interaksi pemangsa-mangsa dan hasil akhir persaingan.

2.4 Komuniti Serangga Akuatik

Air tawar mengandungi pelbagai organisma kecil dan kebanyakan organisma ini aktif
pada waktu siang dan ini menyebabkan mereka mudah ditangkap dan dipelajari (Fikri
et al., 2005). Dalam air tawar, komuniti makroinvertebrata merangkumi beberapa ratus
spesies daripada pelbagai filum termasuklah Arthropoda ( Hauer & Hill, 1996; Fikri et
al., 2005) dan Insekta merupakan kumpulan yang paling penting dalam kalangan
Arthropoda (Fikri et al., 2005). Serangga merupakan organisma yang berjaya dalam
kawasan daratan dan persekitaran air tawar, dengan jumlah menghampiri beberapa
juta bagi serangga daratan dan lebih 30 000 bagi serangga yang hidup di kawasan air
tawar (Williams & Feltmate, 1992; Fikri et al., 2005).

Peringkat akuatik bagi serangga berlaku di mata air panas dan sejuk, lopak
pasang surut, kolam kekal dan sementara, lubang pokok yang berair, sungai jeda, tasik
masin dan juga dalam air deras dan air pegun (Ward, 1992). Walaupun kebanyakan
serangga akuatik tinggal di daratan apabila berada di peringkat dewasa namun mereka
bertelur dan hidup di dalam air sebelum dewasa (Hitt et al., 2015). Pengelasan utama
haiwan adalah berdasarkan Filum, Kelas, Order, Famili, Genus dan Species (Yule &
Yong, 2004).

20
Serangga akuatik merupakan kumpulan makroinvertebrata yang paling
pelbagai dalam ekosistem air tawar dan menghabiskan sebahagian atau keseluruhan
jangka hayat di dalam air (Rosenberg & Resh, 1993; Mona et al., 2015). Jangka masa
bagi kitaran hidup serangga akuatik selalunya dalam julat kurang dua minggu
sehinggalah ke beberapa tahun. Bilangan kitaran yang boleh dilengkapkan dalam satu
tahun ditunjukkan dengan istilah seperti “univoltine” (satu kitaran setahun), “bivoltine”
(dua kitaran setahun), “trivoltine” (tiga kitaran setahun), “multivoltine” (lebih tiga
kitaran setahun), “semivoltine” (satu kitaran dalam dua tahun), dan “merovoltine”
(satu kitaran dalam tiga tahun dan ke atas) (Merritt et al., 2008).

Komuniti serangga yang mempunyai peringkat akuatik, menurut Daly (1984),


merangkumi 3% daripada keseluruhan serangga dan mungkin mencapai 95% daripada
jumlah individu serangga akuatik yang menghuni sesebuah biotop air tawar (Ward,
1992; Fikri et al., 2005). Serangga akuatik memeinkan peranan yang penting dalam
fungsi ekosistem air tawar, seperti mengatur kadar penguraian daun-daun (Graça,
2001) dan kitaran nutrien (Vanni, 2002). Di samping itu, serangga ini juga merupakan
sumber makanan penting bagi ikan (Wallace & Webster, 1996) dan bagi haiwan-
haiwan lain yang tinggal di dalam atau di persekitaran sungai (Baxter et al., 2005)
seperti katak dan burung (Hershey & Lamberti, 1998; Payakka & Prommi, 2014).

Order serangga air yang boleh dijumpai dalam ekosistem air tawar adalah
daripada order Ephemeroptera, Plecoptera, Trichoptera, Odonata, Hemiptera,
Coleoptera, Diptera, Lepidoptera, Megaloptera, Neuroptera, Collembola, Hymenoptera,
Orthoptera dan Blattodea (Ward, 1992; Hershey & Lamberti, 1998; Fikri et al., 2005;
Nair et al., 2015). Menurut Ward (1992), order Hymenoptera, order Orthoptera dan
order Blattodea turut dikelaskan sebagai makroinvertebrata akuatik kerana beberapa
taksa famili dalam order ini merupakan separa akuatik dan parasit. Lima daripada
empat belas order ini, iaitu order Ephemeroptera, Plecoptera, Trichoptera, Odonata
dan Megaloptera, merupakan order akuatik yang mana hampir kesemua spesies
mempunyai larva akuatik (Fikri et al., 2005).

Berdasarkan Becker & Lucansky (2016), setiap individu yang mewakili taksa
masing-masing mempunyai sejarah hidup dan pemakanan yang berbeza dan ini
membolehkan mereka menggambarkan kedudukan mereka dalam piramid tropika.
Kumpulan pemakanan yang berfungsi telah diberikan kepada setiap famili untuk
memberikan kaedah alternatif bagi sesuatu nisbah status ekologi (Becker & Lucansky,

21
2016). Serangga akuatik merupakan antara makroinvertebrata yang sering digunakan
untuk pemonitoran dalam piawaian pengurusan air (Woodiwiss, 1980; Helawell, 1986;
De Pauw et al., 1992; Rosenberg & Resh, 1993; Metcalfe-Smith, 1994; Hering et al.,
2004). Serangga akuatik merupakan penunjuk kualiti air yang sangat penting dan kunci
kepada pemuliharaan sistem sungai serta alam sekitar (Fikri et al., 2005).

2.5 Penggunaan Serangga Akuatik Dalam Pemonitoran Biologi

Pelbagai kaedah untuk menilai kualiti biologi air menggunakan organisma yang
berbeza telah dilaksanakan sejak Kolwitz & Marsson (1902) merumuskan perhubungan
di antara organisma akuatik terhadap kebersihan dan pencemaran air (Ziglio et al.,
2006). Walau bagaimanapun, kebanyakan kaedah tersebut adalah berdasarkan
makroinvertebrata (Helawell, 1986; De Pauw et al., 1992; Rosenberg & Resh, 1993;
Ghetti, 1997). Disebabkan serangga akuatik merupakan kumpulan terbesar dalam
makroinvertebrata yang menghuni dasar sungai, sebarang perubahan terhadap dasar
sungai yang disebabkan enapan terkumpul akan memberi kesan yang ketara ke atas
komuniti bentik ini (Fikri et al., 2005).

Oleh itu, serangga yang mendominasi kawasan bentik merupakan penunjuk


yang bernilai terhadap keadaan persekitaran di sungai (Mona et al., 2015) dan
penunjuk ekosistem akuatik yang baik. Pensampelan serangga akuatik sangat penting
dalam menentukan kesihatan sungai dan saliran. Hal yang demikian kerana serangga
sangat sensitif terhadap banyak faktor biotik dan abiotik di dalam persekitaran namun
berbeza bagi setiap kumpulan (Mona et al., 2015) dan serangga akuatik daripada taksa
yang berbeza mempunyai pemilihan habitat dan toleransi terhadap pencemaran yang
berbeza. Oleh itu, ketiadaan taksa yang sensitif dan kehadiran taksa yang toleran
mampu menunjukkan status kualiti air (Susmita et al., 2013).

Penggunaan serangga akuatik sebagai penunjuk kesihatan sungai juga


disebabkan oleh kepelbagaian mereka yang hampir boleh didapati dalam setiap sungai
serta mampu menunjukkan julat tindak balas yang luas terhadap pencemaran namun
memiliki kesensitifan yang berbeza (Fikri et al., 2005). Menurut Susmita et al. (2013),
hal ini menyebabkan ramai penyelidik yang menggunakan komuniti serangga akuatik
sebagai penunjuk biologi bagi keadaan sesuatu sistem akuatik.

22
Tambahan pula, serangga akuatik boleh digunakan sebagai penunjuk bagi
pencemaran air dan analisis bagi pengumpulan serangga akuatik adalah lebih mudah
berbanding menggunakan parameter fizikal dan kimia dalam penilaian kualiti air (Bode
et al., 1995; EEA, 2007). Kawasan yang tercemar teruk atau persekitaran lotik yang
ekstrem selalunya mempunyai beberapa wakil daripada kumpulan organisma yang
penting dan pelbagai ini (Hauer & Resh, 1996; Fikri et al, 2005).

Hasil kajian Hilsenhoff (1977) membuktikan pengelasan status kualiti air sama
ada berada dalam kategori bersih atau kotor dapat diketahui melalui pengiraan indeks
biotik serangga akuatik. Manakala faktor bagi tahap kejernihan dan skor pencemaran
air boleh dipelajari berdasarkan kepelbagaian serangga akuatik dan habitatnya
(Lehmkuhl, 1979). Julat dan jumlah serangga yang hidup dalam badan air yang
berbeza juga boleh dijadikan satu petunjuk yang sangat penting bagi kualiti air dalam
badan air tersebut (Becker & Lucansky, 2016).

2.6 Kesan Aktiviti Antropogenik Terhadap Ekosistem Air Tawar


Terdapat pelbagai persoalan yang timbul apabila membincangkan tentang kesan
aktiviti antropogenik terhadap air yang mengalir kerana kesannya kepada proses-
proses ekologi yang disebabkan oleh perubahan aliran, penggaraman, pencemaran
organik, spesies eksotik dan seumpamanya amat sukar untuk dinilai (Downes et al.,
2002). Tekanan terhadap sumber air global boleh dilihat dalam statistik perkadaran
aliran dan sungai yang digunakan oleh manusia (Downes et al., 2002). Manusia
menggunakan dan memberi kesan yang dalam perkadaran yang tinggi terhadap air
(Downes et al., 2002).

Pembendungan buatan menyebabkan pengaruh yang besar terhadap aliran


dan ekologi kebanyakan sungai, yang mana membendung sekitar 14 % (5500 km3 )
daripada keseluruhan larian sungai (Downes et al., 2002). Penggunaan air tawar oleh
manusia semakin meningkat disebabkan oleh pertambahan populasi dan taraf hidup
yang semakin meningkat (Downes et al., 2002). Jumlah penggunaan air tawar di
seluruh dunia termasuk pengairan dan kegunaan industri adalah sekitar 1800 liter
seorang dalam sehari (Pimentel et al., 1997; Downes et al., 2002). Tahap penggunaan
air tawar semakin meningkat disebabkan pengairan dan industri memerlukan jumlah
air yang banyak (Newson, 1994; Pimentel et al., 1997; Downes et al., 2002).

23
Keperluan ini walaupun dikekang dengan perancangan yang wajar, yang
ditujukan untuk mencapai tahap tertentu kelestarian ekologi, telah pun meletakkan
dan akan meningkatkan tekanan yang tinggi terhadap ekosistem air tawar
terutamanya sistem lotik (Postel et al, 1996; Pimental et al., 1997; Downes et al.,
2002). Di samping tekanan oleh penggunaan air oleh manusia, air yang mengalir turut
menghadapi pelbagai tekanan yang lain yang akan meningkat dalam skala spatial dan
kekuatan seiring dengan peningkatan populasi manusia (Downes et al., 2002).
Peningkatan pembangunan dan aktiviti ke atas tadahan aliran akan menambah
penggaraman, pengenapan, eutrofikasi dan pencemaran dari sumber titik dan sumber
bukan titik (Downes et al., 2002).

Kehilangan habitat dan fragmentasi disebabkan aktiviti seperti saliran,


pengaluran, pencatuan sungai dan penyingkiran tumbuhan dalam dan riparian sungai
akan membawa kepada kehilangan biodiversiti (Downes et al., 2002). Proliferasi biota
eksotik seperti patogen (virus, bakteria, fungi), pesaing dan pemangsa juga boleh
mengancam spesies asli dan pada skala yang besar, terdapat perubahan
memudaratkan yang terjadi ke atas sungai dan tadahan disebabkan oleh perubahan
iklim, termasuklah peningkatan suhu air, turun naik luahan sungai serta peningkatan
frekuensi banjir dan kemarau (Houghton et al, 1996; Karl et al, 1997).

Berhadapan dengan tekanan yang disebabkan oleh manusia bukan sahaja


meningkatkan kesulitan untuk melindungi dan mengekalkan biodiversiti sungai dan
saliran bahkan urut meningkatkan kesulitan untuk melindungi dan memelihara sumber
air sungai untuk kegunaan manusia. Pemonitoran persekitaran yang rapi dan
berterusan, yang membolehkan pengesanan, penilaian dan pengurusan dampak
manusia secara sistematik, adalah sangat penting (Downes et al., 2002). Namun
aktiviti antropogenik yang diberi tumpuan dalam kajian ini adalah kesan guna tanah
yang berbeza terhadap kualiti air dan kelimpahan serangga akuatik di kawasan kajian.

Kaedah klasifikasi dan pemonitoran kualiti air di Malaysia boleh dikatakan agak
ekstensif (Zainudin, 2010). Menurut Zainudin (2010), terdapat dua kaedah utama yang
digunakan untuk memantau kualiti air sungai, (i) Indeks Kualiti Air (Water Quality
Index, WQI) yang berasaskan (ii) Interim National Water Quality Standards (INWQS).
INWQS merupakan satu set piawai yang diorak berdasarkan penggunaan bermanfaat
air (Zainudin, 2010). INWQS mengkategorikan air permukaan di Malaysia kepada enam
kelas iaitu kelas I, IIA, IIB, III, IV, dan V. (Fulazzaky et al., 2010).

24
BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di sungai yang mengalir melalui jenis kesan guna tanah yang
berbeza di tiga buah kampung yang berbeza iaitu Kampung Kibunut (5.896084,
116.221179), Kampung Notoruss (5.899622, 116.195526) dan Kampung Babagon
(5.902796, 116.183571). Semua kampung terletak berhampiran dengan Sungai Moyog
kecuali Kampung Kibunut (Sungai Kibunut) (anak sungai) yang mengalir memasuki
sungai utama (Sungai Moyog).

Dua stesen telah dipilih bagi setiap kampung dan Sungai Kibunut dijadikan
sebagai kawalan. Stesen yang dipilih bagi setiap kampung adalah di bahagian hulu dan
hilir kampung tersebut.
Rajah 3.1 Peta negeri Sabah dan kawasan pensampelan.

3.2 Kaedah Pengumpulan Sampel

3.2.1 Kaedah Pengumpulan Sampel Serangga Akuatik

Pensampelan serangga akuatik dilakukan pada waktu siang dengan menggunakan


jaring tendang atau “kick net”. Sebanyak enam lokasi pensampelan telah ditentukan
iaitu dua lokasi pensampelan bagi setiap kampung. Tempat atau stesen kajian
dihampiri dari arah hilir sungai untuk mengelakkan gangguan ke atas organisma di
dalam lokasi pensampelan. Jaring tendang diletakkan di bahagian hilir kawasan
pensampelan sambil bukaan jaring melawan arah aliran sungai (Jalil & Mohamed,
2004) untuk membolehkan organisma-organisma di dalam air dibawa arus dengan
mudah ke dalam jaring.

26
Batu-batu yang bersaiz besar diangkat dan digosok dengan berhati-hati di
hadapan jaring untuk memastikan hidupan yang melekat di batu tersebut masuk ke
dalam jaring sebelum batu-batu tersebut dialihkan dari kawasan pensampelan dan
selepas batu-batu dialihkan dalam keluasan satu kaki persegi, kawasan tersebut
dikocak menggunakan kaki selama dua minit (Chaw et al., 2018). Kemudian jaring
tersebut dikeluarkan dari air secara melawan arus seterusnya direndam untuk
memastikan hidupan akuatik yang ada akan tertumpu di bahagian hujung jaring (Jalil
& Mohamed, 2004).

Sampel ini kemudiannya dipindahkan ke atas dulang berwarna putih untuk


proses pengasingan dan pengisihan. Setiap sampel serangga akuatik yang telah
diasingkan akan dimasukkan ke dalam botol universal berisi alkohol dengan kepekatan
90 peratus, yang telah dilabelkan mengikut habitat dan lokasi. Proses pengisihan
dilakukan dengan menggunakan forsep. Berdasarkan Parker (2017), 70-80% alkohol
digunakan untuk menyimpan sampel di kawasan kajian namun alkohol tersebut harus
ditukar dalam masa 24 jam ke 48 jam selepas pensampelan untuk memastikan
spesimen benar-benar diawet dan sampel diletakkan di tempat yang dingin. Tiga
replikat bagi tiga habitat utama iaitu jeram, larian air dan kolam telah disampelkan.
Spesimen yang telah diasingkan diawet dalam 95% etanol dan dikenal pasti hingga
tahap famili berdasarkan kekunci taksonomi oleh Morse et al. (1994), Yule & Yong
(2004) dan Merritt et al. (2008).

27
Rajah 3.2 Reka bentuk pensampelan

Setiap habitat bagi satu lokasi pensampelan digandakan sebanyak tiga replikat dan di
setiap kampung terdapat dua lokasi pensampelan iaitu seratus meter di bahagian hilir
dan seratus meter di bahagian hulu kampung.

28
3.2.2 Kaedah Pengumpulan Sampel Air

Parameter kualiti air di lokasi pensampelan diambil menggunakan YSI Multi-parameter


Model C657. Sampel air diambil dari beberapa lokasi pensampelan yang telah
ditentukan dan disimpan di dalam botol HDPE (High Density Polyethylene) yang
mempunyai isi padu sebanyak 250 mililiter (Chaw et al., 2018). Botol-botol terlebih
dahulu direndam menggunakan asid dalam tempoh 24 jam, kemudian dibilas dengan
air suling dan dikeringkan terlebih dahulu dan semasa di lokasi pensampelan botol
tersebut juga dibilas menggunakan air yang akan disampelkan sebelum penggunaan
untuk memastikan bahantara homogen (Nasrabadi et al., 2016). Sampel-sampel
kemudiannya disimpan dalam peti ais bertebat sebelum analisis makmal untuk
memastikan sampel-sampel tidak tercemar oleh persekitaran (Oksel et al., 2009).

f) Parameter in-situ

YSI digunakan untuk mengukur parameter in-situ di lokasi kajian. Terdapat enam
parameter in situ yang diambil kira termasuklah oksigen terlarut (Dissolve Oxygen),
kekeruhan (turbidity), kemasinan (salinity), kebolehaliran atau kekonduksian
(conductivity), suhu dan pH. YSI mesti ditenggelamkan sepenuhnya dalam air untuk
mendapatkan bacaan yang tepat (Chaw et al., 2018). YSI diletakkan di tengah sungai
dan dibiarkan stabil sebelum bacaan diambil (Harun et al., 2010). Tiga replikat untuk
parameter in-situ dicatat di setiap stesen.

g) Parameter ex-situ

Parameter ex-situ diambil bagi mengukur jumlah pepejal terampai (TSS). Jumlah
pepejal terampai dikira menggunakan Kaedah Gravimetrik (Harun et al., 2015).
Sebelum proses penapisan, penapis kertas mikrogentian dikeringkan terlebih dahulu di
dalam ketuhar selama satu hingga dua jam pada suhu 100°C hingga 105°C. Kemudian
penapis tersebut disejukkan dalam pengering/desikator selama satu jam (Chaw et al.,
2018). Berat awal penapis di ambil sebelum digunakan. Sampel air yang diambil
kemudiannya ditapis dan penapis tersebut dikeringkan semula dan berat akhir penapis
diambil. Radas yang digunakan untuk menapis pepejal terampai ditunjukkan dalam
Foto 3.1.

29
a−b
Jumlah pepejal terampai (TSS)= c
× 106

Di mana, a=berat akhir penapis (dalam gram, g)

b= berat awal penapis (dalam gram, g)

c= isi padu sampel yang ditapis (dalam mililiter, mL)

Foto 3.1 Radas yang digunakan untuk menapis pepejal terampai.

3.3 Analisis Data

3.3.1 Indeks Kepelbagaian (Diversity Indices)

a. Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (Shannon-Wiener Diversity


Index, H’)

Penggunaan indeks kepelbagaian Shannon-Weiner (H’) adalah untuk mendapatkan


data tentang kepelbagaian famili. Indeks ini digunakan kerana mengambil kira
kekayaan serta kesetaraan (Magurran, 1988).

H′ = Ʃ Pi (ln Pi )

ni
H′ = −Ʃ ( ) log(ni /N)
N

30
n
Di mana, Pi= Ni

ni
N
= Anggaran kadar individu dari 1 famili dalam 1 komuniti

ni = Bilangan individu bagi famili i

N= Jumlah keseluruhan individu yang berjaya disampel

b. Indeks Kesaksamaan (Evenness Index, E’)

Indeks Kesaksamaan merupakan versi gubahan indeks kepelbagaian Shannon-Weiner


(H’). Indeks ini menilai ketersamaan bagi setiap individu merentang spesies bagi
komuniti serangga akuatik (Help et al., 1998). Indeks ini adalah berdasarkan rumus:

E= H’/ ln S

Di mana, H’ adalah Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener,

S adalah bilangan spesies.

c. Indeks Kuantitatif Sørensen (Sørensen’s Quantitative Index, 𝐂𝐍 )

Indeks Kuantitatif Sørensen digunakan untuk membandingkan kepelbagaian serangga


akuatik dalam setiap jenis habitat. Indeks ini juga dikenali sebagai indeks Bray-Curtis
(Magurran, 2005). Julat nilai bagi indeks ini adalah dari 0 (menunjukkan
ketidaksamaan) hingga 1 (menunjukkan persamaan) (Martin et al., 1993). Formula
bagi indeks ini dalah seperti berikut:

CN = 2(jN)/(Na + Nb)

Di mana, Na =jumlah famili yang ditemui dalam habitat A

Nb= jumlah famili yang ditemui dalam habitat B


jN=hasil tambah terendah bagi dua diversiti yang direkodkan
bagi famili dalam kedua-dua habitat

31
3.3.2 Indeks Biotik

Penilaian kualiti air permukaan berdasarkan kaedah biologi telah bermula lebih kurang
170 tahun yang lalu apabila Kolenati (1848), Hassal (1850) dan Cohn (1853) mendapati
bahawa organisma yang hidup dalam air bersih berbeza dengan organisma yang hidup
dalam air yang tercemar (Aschalew & Moog, 2015). Semenjak itu, pelbagai kaedah
bagi penilaian biologi kualiti air telah diorak (Birk et al., 2012). Indeks yang pertama
hampir diorak serentak di Amerika dan Eropah sekitar tahun 1950 (Beck, 1954; Pantle
& Buck, 1955). Biotik Indeks Trent (Woodiwiss, 1964) boleh dilihat sebagai asalan
kebanyakan skor dan indeks biotik moden. Skor biotik mempunyai sejarah
perkembangan yang panjang di Eropah (Armitage et al., 1983; Hering et al., 2003,
2004; Birk et al., 2012) dan Amerika Utara (Hilsenhoff, 1988). Lama-kelamaan skor
biotik juga turut diadaptasi di negara-negara Asia (Sharma & Moog, 1996; Ofenboeck
et al., 2010).

Skor yang diberi bagi organisma penunjuk yang spesifik pada aras taksonomi
tertentu adalah berdasarkan atas syarat tertentu dari segi keadaan fizikal dan kimia
(Armitage et al., 1983; Hilsenhoff, 1988). Walau bagaimanapun, skor ini memerlukan
adaptasi bagi penerapan di kawasan yang lain bukan sahaja disebabkan oleh
kemungkinan bagi ketiadaan organisma tersebut dan diganti oleh taksa lain, tapi juga
disebabkan terdapat taksa yang mempamerkan toleran pencemaran yang berbeza dari
satu kawasan ke satu kawasan yang lain (Buss & Salles, 2006). Kelebihan skor biotik
ini ialah hanya pensampelan kualitatif diperlukan tanpa perlu menghitung kelimpahan
per taksa (Armitage et al., 1983) dan hasil juga boleh terus ditafsirkan kepada kelas
kualiti air (Aschalew & Moog, 2015). Selain itu, sistem skor ini digunakan secara meluas
disebabkan Kawasan yang besar boleh dipantau dengan kos yang rendah dalam masa
yang singkat (Rosenberg & Resh, 1993) tanpa memerlukan tenaga pakar.

a. Famiy Biotic Index (FBI)

FBI merupakan skala untuk menunjukkan kualiti persekitaran dengan menilai jenis
organisma yang terdapat di sesebuah kawasan dan selalunya digunakan untuk
menentukan kualiti air di dalam sungai. FBI diukur dari skala 1 hingga 10 berpadanan
dengan empat kualiti asas air iaitu sangat baik, baik, sederhana dan tidak baik. Indeks

32
biotik berfungsi dengan cara menetapkan tahap-tahap toleransi terhadap pencemaran
yang berbeza bagi jenis organisma yang berbeza.

FBI dikira dengan mendarabkan jumlah individu bagi setiap Famili dengan nilai
toleransi Famili tersebut, kemudian menambahkan hasil seterusnya dibahagikan
dengan jumlah keseluruhan organisma yang ada di dalam sampel (Hilsenhoff, 1988).

FBI = (Ʃni × ai ) ÷ N

Di mana, 𝑛𝑖 =bilangan individu dalam takson i

𝑎𝑖 =Nilai toleransi individu dalam takson i

N= Jumlah keseluruhan individu yang berjaya disampel

Jadual 3.1 Penilaian FBI menurut Hilsenhoff (1988).

FBI Kualiti Air Kelas


0.00 - 3.75 Sangat-sangat bersih I
3.76 - 4.25 Sangat bersih II
4.26 - 5.00 Bersih III
5.01 - 5.75 Sederhana bersih IV
5.76 - 6.50 Sederhana kotor IV
6.51 - 7.25 Kotor IV
7.26 - 10.00 Sangat kotor V

33
Jadual 3.2 Nilai toleran bagi famili arthropod sungai (Hilsenhoff,1988).

Order Famili Nilai Toleran


Plecoptera Perlidae 1
Ephemeroptera Baetidae 4
Caenidae 7
Heptageniidae 4
Leptophyphidae 4
Odonata Aeshnidae 3
Calopterygidae 5
Coenagrionidae 9
Libellulidae 9
Megaloptera Corydalidae 0
Lepidoptera Pyralidae 5
Coleoptera Elmidae 4
Diptera Ceratopogonidae 6
Chironomini (darah merah) 8
Chironomidae (lain-lain) 6
Empididae 6
Psychodidae 10
Simuliidae 6
Tabanidae 6
Tipulidae 3
Amphipoda Gammaridae 4
Isopoda Asellidae 8

b. Biological Monitoring Work Party (BMWP)

Sistem skor BWMP telah diperkenalkan pada tahun 1980 untuk menyediakan satu
indeks kualiti air berdasarkan makroinvertebrata akuatik Skor yang diperuntukkan bagi
setiap takson telah ditetapkan oleh pakar biologi sungai berdasarkan kolektif
pengalaman kesensitifan takson terhadap pencemaran organik (Paisley et al., 2013).
Keseluruhan skor BMWP bagi sesebuah kawasan adalah hasil tambah semua skor bagi
setiap famili yang ada di kawasan tersebut (Barman & Gupta, 2015). Indeks ini
berdasarkan skala sifar hingga 100. Skor yang lebih tinggi menunjukkan kualiti air yang
baik, manakala skor yang rendah menunjukkan kualiti air yang rendah.

34
Jadual 3.3 Jadual Tafsiran Skor BMWP ASPT (Armitage et al., 1983)

Famili Skor

Siphlonuridae, Heptageniidae, Leptophlebiidae, Ephemerellidae,


Potamanthidae, Ephemeridae, Taeniopterygidae, Leuctridae,
Capniidae, Perlodidae, Perlidae, Chloroperlidae, Aphelocheiridae, 10
Phryaneidae, Molannidae, Beraidae, Odontoceridae, Leptoceridae,
Goeridae, Lepidostomatidae, Brachycentridae, Sericostomatidae

Astacidae, Lestidae, Agriidae, Gomphidae, Cordulegastridae,


8
Aeshnidae, Corduliidae, Libellulidae, Psychomyiidae, Philopotamidae

Caenidae, Nemouridae, Rhyacophilidae, Polycentropodidae,


7
Limnephilidae

Neritidae, Viviparidae, Ancylidae, Hydroptilidae, Unionidae,


6
Corophiidae, Gammaridae, Platycnemididae, Coenagriidae

Mesoveliidae, Hydrometridae, Gerridae, Nepidae, Naucoridae,


Notonectidae, Pleidae, Corixidae, Haliplidae, Hygrobiidae, Dytiscidae,
5
Gyrinidae, Elminthidae, Hydropsychidae, Tipulidae, Simuliidae,
Planariidae, Dendrocoelidae
Baetidae, Sialidae, Piscicolidae 4
Viviparidae, Hydropbiidae, Lymnaeidae, Physidae, Planorbidae,
3
Sphaeriidae, Glossosomatidae, Hirudidae, Erpobdellidae, Asellidae,
Chironomidae 2
Oligochaeta (semua kelas) 1

Kesemua famili yang berkemungkinan memiliki nilai-nilai penunjuk yang


diklasifikasikan di atas skor skala 1 hingga 10 berdasarkan pemilihan mereka terhadap
kualiti air (Pradhan et al., 2003). Jadual 3.5 menunjukkan hubungan di antara skor
BMWP dan kategori sungai.

Jadual 3.4 Skor BMWP dan kategori.

Skor BMWP Keterangan Kualiti Air


0 - 10 Kualiti air teruk
15 - 50 Kualiti air sederhana
51 - 100 Kualiti air baik
101 - 150 Kualiti air yang tinggi
>150 Kualiti air yang sangat baik

35
c. Average Score Per Taxon (ASPT)

Skor ASPT dikira dengan cara membahagikan Skor BMWP dengan bilangan famili yang
terdapat dalam sampel (Barman & Gupta, 2015). Skor ASPT yang tinggi selalunya
menggambarkan kawasan bersih yang mempunyai jumlah taksa berskor tinggi. Jadual
3.5 memberikan gambaran kualiti air dan situasi sungai berdasarkan julat skor.

Jadual 3.5 Skor ASPT dan kategori kualiti air.

Indeks Biotik Kualiti Air Darjah Pencemaran Organik


0.00-3.50 Sangat Lemah Pencemaran yang parah
3.51-4.50 Lemah Pencemaran yang sangat membimbangkan
4.51-5.50 Lemah Sederhana Pencemaran yang membimbangkan
5.51-6.50 Sederhana Pencemaran sederhana
6.51-7.50 Baik Mungkin terdapat pencemaran
7.51-8.50 Sangat Baik Mungkin terdapat sedikit pencemaran
8.51-10.00 Cemerlang Mungkin tiada pencemaran

3.3.3 Korelasi Pearson dan Spearman

Korelasi di antara parameter kualiti air diuji menggunakan parametrik pekali korelasi
Pearson untuk menentukan perkaitan di antara kedua-duanya (Hoang, 2009). Rumus
bagi indeks ini adalah seperti berikut:

n(Ʃxy) − (Ʃx)(Ʃy)
r=
√[n(Ʃx 2 ) − (Ʃx)2 ][n(Ʃxy 2 ) − (Ʃy)2 ]

Di mana, n= bilangan pasangan skor

Ʃxy=hasil tambah bagi hasil darab x dan y

Ʃx=hasil tambah skor x

Ʃy=hasil tambah skor y

Ʃx 2 =hasil tambah skor x kuasa dua

Ʃy 2 =hasil tambah skor y kuasa dua

36
Korelasi Spearman menilai seberapa baik hubungan antara dua pembolehubah
boleh dijelaskan menggunakan fungsi berekanada (monotonic function). Korelasi
Spearman di antara dua pembolehubah adalah sama dengan korelasi Pearson di antara
nilai tingkat dua pemboleh ubah tersebut. Korelasi Pearson menilai hubungan linear
manakala korelasi Spearman menilai perhubungan ekanada sama ada linear atau tidak.
Sekiranya tidak ada pengulangan nilai data, korelasi Spearman yang sempurna iaitu
+1 atau -1 berlaku apabila setiap pemboleh ubah merupakan fungsi ekanada yang
sempurna terhadap yang lain.

3.3.4 Carta Alir Kaedah Kajian

Rajah 3.3 Carta alir kaedah kajian.

37
BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Kelimpahan serangga akuatik di Sungai Moyog, Penampang, Sabah

Sebanyak 6766 individu serangga akuatik yang mewakili 35 famili daripada 9 order
yang berbeza telah direkodkan pada bulan Mac 2019 hingga bulan Mei 2019. Order
serangga akuatik yang berjaya di kumpul adalah Coleoptera (8 famili), Diptera (3
famili), Ephemeroptera (9 famili), Hemiptera (4 famili), Lepidoptera (1 famili),
Megaloptera (1 famili), Odonata (3 famili), Plecoptera (1 famili) dan Trichoptera (5
famili). Jadual 4.1 menunjukkan komposisi komuniti serangga akuatik dari Sungai
Moyog, Penampang. Order serangga akuatik yang dominan di kajian adalah order
Trichoptera dengan bilangan individu sebanyak 4299 diikuti oleh order Ephemeroptera
yang terdiri daripada 1146 individu. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H’) bagi
Sungai Moyog adalah 0.84 manakala Indeks Kesaksamaan (E’) adalah 0.38.

Jadual 4.1 Komposisi serangga akuatik di Sungai Moyog, Penampang.


Order Bilangan Bilangan % Famili % Individu
Famili Individu
Coleoptera 8 641 22.86 9.47
Diptera 3 298 8.57 4.40
Ephemeroptera 9 1146 25.71 16.94
Hemiptera 4 29 11.43 0.43
Lepidoptera 1 13 2.86 0.19
Megaloptera 1 24 2.86 0.35
Odonata 3 20 8.57 0.30
Plecoptera 1 296 2.86 4.37
Trichoptera 5 4299 14.29 63.54
Jumlah Besar 35 6766 100.00 100.00
Indeks Diversiti Shannon-Wiener (H') 0.84 0.50
Indeks Kesaksamaan (E') 0.38 0.14
Order serangga akuatik yang mempunyai kepelbagaian yang paling tinggi
adalah order Ephemeroptera dengan 9 famili. Namun order yang mencatatkan jumlah
individu yang paling banyak adalah order Trichoptera dengan bilangan individu
sebanyak 4299 manakala order Lepidoptera pula mencatatkan jumlah individu yang
terendah iaitu 13 individu. Bilangan individu daripada order Trichoptera meliputi
63.54% daripada jumlah keseluruhan sampel serangga akuatik. Bilangan individu
dalam order Lepidoptera pula hanya merangkumi 0.19% daripada jumlah keseluruhan
sampel. Senarai famili serangga akuatik yang berjaya dikumpulkan sepanjang
pensampelan ini dipaparkan dalam Jadual 4.2.

Order Trichoptera (Hydropsychidae dan Philopotamidae) merupakan order


yang paling dominan di Sungai Moyog. Bilangan individu dari famili Hydropsychidae
melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan sampel serangga akuatik dengan
bilangan individu sebanyak 3414 iaitu 50.46% daripada 6766 individu diikuti oleh famili
Philopotamidae yang mengandungi 827 individu, 12.22%. Jumlah individu yang
terendah dicatatkan daripada famili Dytiscidae, Gyrinidae, Scirtidae (Coleoptera), dan
Helotrephidae (Hemiptera) yang masing-masing hanya mengandungi satu individu.

Famili yang dominan dalam order Coleoptera adalah Elmidae dengan bilangan
individu sebanyak 350 (5.17%). Dalam order Diptera pula, Chironomidae adalah famili
yang paling dominan dengan bilangan individu sebanyak 183 (2.70%). Famili
Leptophlebiidae mendominasi order Ephemeroptera dengan bilangan individu
sebanyak 315 (4.66%). Famili Naucoridae mendominasi order Hemiptera dengan
bilangan individu sebanyak 15 (0.22%). Dalam order Odonata, famili yang
mencatatkan bilang individu terbanyak adalah Euphaeidae dengan jumlah 14 individu
(0.21%). Bagi order Lepidoptera, Megaloptera, dan Plecoptera pula masing-masing
hanya mengandungi satu famili dengan bilangan individu sebanyak 13 (0.19%) bagi
Crambidae (Lepidoptera), 24 individu (0.35%) bagi Corydalidae (Megaloptera) dan 296
individu (4.37%) bagi Perlidae (Plecoptera).

39
Jadual 4.2 Senarai famili serangga akuatik yang berjaya direkodkan.

Bilangan Jumlah % Jumlah %


Order Famili Individu Individu Individu Individu
Coleoptera Psephenidae 156 641 2.31 9.47
Elmidae 350 5.17
Eulichadidae 4 0.06
Lampyridae 15 0.22
Scirtidae 1 0.01
Hydrophilidae 113 1.67
Dytiscidae 1 0.01
Gyrinidae 1 0.01
Diptera Simulidae 27 298 0.40 4.40
Tipulidae 88 1.30
Chironomidae 183 2.70
Ephemeroptera Teloganodidae 75 1146 1.11 16.94
Leptophlebiidae 315 4.66
Ephemerellidae 168 2.48
Potamanthidae 6 0.09
Heptageniidae 193 2.85
Baetidae 309 4.57
Caenidae 50 0.74
Neoephemeridae 11 0.16
Euthyplociidae 19 0.28
Hemiptera Naucoridae 15 29 0.22 0.43
Gerridae 11 0.16
Veliidae 2 0.03
Helotrephidae 1 0.01
Lepidoptera Crambidae 13 13 0.19 0.19
Megaloptera Corydalidae 24 24 0.35 0.35
Odonata Euphaeidae 14 20 0.21 0.30
Gomphidae 3 0.04
Corduliidae 3 0.04
Plecoptera Perlidae 296 296 4.37 4.37
Trichoptera Hydropsychidae 3414 4299 50.46 63.54
Philopotamidae 827 12.22
Polycentropodidae 12 0.18
Ecnomidae 27 0.40
Psychomyiidae 19 0.28
Jumlah Besar 6766 100.00

40
4.2 Taburan Serangga Akuatik

4.2.1 Komposisi serangga akuatik dalam habitat yang berbeza.

Terdapat perbezaan yang ketara bagi bilangan individu di antara habitat kolam, larian
dan jeram. Habitat jeram mencatatkan bilangan individu serangga akuatik yang paling
banyak iaitu sebanyak 5211 (77%), diikuti oleh habitat larian dengan bilangan individu
sebanyak 1167 (17%). Manakala habitat kolam pula hanya menyumbang sebanyak
388 (6%) individu serangga akuatik. Perbandingan ini ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Perbandingan komposisi serangga akuatik dalam tiga jenis habitat.

Habitat Bilangan Famili Bilangan Individu % Individu


Kolam 28 388 6
Larian 29 1167 17
Jeram 28 5211 77
Jumlah Besar 35 6766 100

Jumlah tertinggi serangga akuatik yang direkodkan dalam habitat kolam adalah
96 individu daripada famili Leptophlebiidae (Ephemeroptera). Famili Hydropsychidae
daripada order Trichoptera merekodkan bilangan individu yang tertinggi di habitat
larian dan jeram. Min bagi bilangan individu serangga dalam habitat kolam, larian dan
jeram ialah 11.08, 33.34 dan 148.89. Bilangan individu bagi setiap famili serangga
akuatik dipaparkan dalam Jadual 4.4. Habitat larian mencatatkan jumlah famili yang
paling tinggi manakala habitat kolam dan jeram menunjukkan bilangan famili yang
sama.

Berdasarkan Jadual 4.4, habitat jeram merupakan habitat yang memiliki


kepelbagaian serangga akuatik yang paling tinggi di antara ketiga-tiga jenis habitat di
samping memiliki bilangan individu yang paling banyak berbanding habitat larian dan
kolam. Bahkan boleh dikatakan hampir keseluruhan serangga akuatik yang berjaya
direkodkan dikumpulkan dari habitat jeram (77%). Habitat kolam menyumbangkan
5.7% dan habitat larian pula menyumbangkan sebanyak 17.3% daripada 6766 individu
serangga akuatik yang berjaya dikumpulkan.

41
Jadual 4.4 Komposisi serangga akuatik dalam jenis habitat yang berbeza.
Order Famili Habitat
Kolam Larian Jeram
Coleoptera Dytiscidae 0 1 0
Elmidae 15 98 237
Eulichadidae 1 0 3
Gyrinidae 0 1 0
Hydrophilidae 2 10 101
Lampyridae 1 6 8
Psephenidae 28 68 60
Scirtidae 0 1 0
Diptera Chironomidae 48 33 102
Simulidae 0 0 27
Tipulidae 7 23 58
Ephemeroptera Baetidae 37 59 213
Caenidae 12 18 20
Ephemerellidae 8 36 124
Euthyplociidae 1 2 16
Heptageniidae 28 74 91
Leptophlebiidae 96 154 65
Neoephemeridae 4 1 6
Potamanthidae 4 2 0
Teloganodidae 10 15 50
Hemiptera Gerridae 10 0 1
Helotrephidae 0 1 0
Naucoridae 1 6 8
Veliidae 2 0 0
Lepidoptera Crambidae 0 0 13
Megaloptera Corydalidae 2 4 18
Odonata Corduliidae 0 0 3
Euphaeidae 3 4 7
Gomphidae 1 2 0
Plecoptera Perlidae 17 84 195
Trichoptera Ecnomidae 15 8 4
Hydropsychidae 26 330 3058
Philopotamidae 2 116 709
Polycentropodidae 6 1 5
Psychomyiidae 1 9 9
Jumlah Besar 388 1167 5211
Indeks Shannon-Wiener (H') 2.62 2.42 1.52
Indeks Kesaksamaan (E') 0.79 0.72 0.46

42
Berdasarkan hasil kajian, 23 daripada 35 famili boleh didapati dari ketiga-tiga
jenis habitat. Terdapat satu famili yang hanya ada dalam habitat kolam iaitu Veliidae,
dua famili yang dikongsi oleh habitat kolam dan larian iaitu Potamanthidae dan
Gomphidae, dua famili yang dikongsi oleh habitat kolam dan jeram iaitu Eulichadidae
dan Gerridae, empat famili yang hanya terdapat dalam habitat larian iaitu Dytiscidae,
Gyrinidae, Scirtidae, dan Helotrephidae, dan tiga famili yang hanya terdapat dalam
habitat jeram iaitu Simuliidae, Crambidae dan Corduliidae.

65.7% daripada keseluruhan famili yang berjaya dikumpul boleh didapati dalam
ketiga-tiga jenis habitat. Terdapat 24 famili yang lebih banyak dijumpai di dalam
habitat jeram, tiga famili yang lebih banyak dijumpai dalam habitat larian dan lima
famili yang lebih banyak dijumpai dalam habitat kolam. Persamaan bagi komposisi
serangga dalam ketiga-tiga jenis habitat ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5 Persamaan komposisi serangga dalam ketiga-tiga jenis habitat.

Kolam
Larian 0.4673
Jeram 0.4717 0.4466
Habitat Kolam Larian Jeram

4.2.2 Komposisi serangga akuatik di kawasan pensampelan yang berbeza.

Perbandingan berdasarkan kawasan yang dilalui oleh sungai mendapati bahawa


kawasan Kampung Kibunut mempunyai bilangan individu serangga akuatik yang paling
banyak (42.12%), diikuti oleh sampel dari Kampung Babagon (33.80%) dan akhir
sekali Kampung Notoruss (24.08%). Perbandingan ini dipaparkan dalam Jadual 4.6.

43
Jadual 4.6 Bilangan individu bagi setiap famili mengikut kawasan pensampelan.

Order Famili Kg. Babagon Kg. Notoruss Kg. Kibunut


Coleoptera Dytiscidae - - 1
Elmidae 98 73 179
Eulichadidae 1 1 2
Gyrinidae 1 - -
Hydrophilidae 17 12 84
Lampyridae 6 3 6
Psephenidae 22 20 114
Scirtidae - - 1
Diptera Chironomidae 109 36 38
Simulidae 11 4 12
Tipulidae 26 30 32
Ephemeroptera Baetidae 64 92 153
Caenidae 5 17 28
Ephemerellidae 35 48 85
Euthyplociidae 1 1 17
Heptageniidae 70 63 60
Leptophlebiidae 127 114 74
Neoephemeridae 2 5 4
Potamanthidae 6 - -
Teloganodidae 9 20 46
Hemiptera Gerridae 8 1 2
Helotrephidae - - 1
Naucoridae 11 2 2
Veliidae - 1 1
Lepidoptera Crambidae 4 3 6
Megaloptera Corydalidae 3 7 14
Odonata Corduliidae - - 3
Euphaeidae - 2 12
Gomphidae 1 - 2
Plecoptera Perlidae 112 72 112
Trichoptera Ecnomidae 9 6 12
Hydropsychidae 902 802 1710
Philopotamidae 618 183 26
Polycentropodidae 3 2 7
Psychomyiidae 6 9 4
Jumlah Besar 2287 1629 2850
Indeks Diversiti H' 1.93 1.97 1.76
Indeks Kesaksamaan E' 0.57 0.59 0.50

Sungai yang melalui ketiga-tiga kampung ini mempunyai komposisi serangga


akuatik yang hampir sama. Sungai yang merekodkan bilangan famili yang tertinggi

44
adalah sungai di Kampung Kibunut (33 famili) manakala sungai yang melalui Kampung
Notoruss merekodkan bilangan famili yang paling rendah (28 famili). Persamaan bagi
ketiga-tiga kawasan pensampelan ditunjukkan dalam Jadual 4.7. Stesen di Kampung
Notoruss juga merekodkan bilangan individu yang terendah.

Jadual 4.7 Persamaan bagi sungai yang melalui Ketiga-tiga kampung.

Kg. Babagon
Kg. Notoruss 0.4771
Kg. Kibunut 0.4655 0.4786
Kawasan Pensampelan Kg. Babagon Kg. Notoruss Kg. Kibunut

4.3 Kualiti Air Sungai

4.3.1 Parameter Biologi Kualiti Air

Tiga indeks biotik iaitu Family Biotic Index (FBI), Biological Monitoring Work Party
(BMWP) dan Average Skor Per Taxon (ASPT) telah digunakan untuk menilai kualiti air
di Sungai Moyog, Panampang (Jadual 4.8). Nilai yang diperoleh daripada indeks ini
membantu menentukan status integriti air dengan keterangan standard bagi setiap
julat apabila dibandingkan dengan julat skor standard.

Jadual 4.8 Nilai indeks biotik bagi tiga kampung yang berbeza.

Indeks Kg. Babagon Kg. Notoruss Kg. Kibunut


Biotik Nilai Kelas Nilai Kelas Nilai Kelas
FBI 3.56 Cemerlang 3.49 Cemerlang 3.59 Cemerlang
BMWP 186 Sangat Baik 176 Sangat Baik 212 Sangat Baik
ASPT 6.20 Sederhana 6.29 Sederhana 6.42 Sederhana

Nilai FBI bagi setiap kampung berada dalam kategori cemerlang. Nilai BMWP
juga menunjukkan bahawa sungai yang mengalir melalui ketiga-tiga kampung berada
dalam kategori sangat baik. Nilai ASPT pula menunjukkan sungai dalam kategori kualiti
sederhana. Berdasarkan keputusan ini, sungai yang mengalir melalui Kampung Kibunut
mempunyai kualiti air yang paling tinggi manakala air sungai yang melalui Kampung
Notoruss mempunyai kualiti air yang paling rendah.

45
4.3.2 Parameter Fiziko-Kimia

Jadual 4.9 dan 4.10 menunjukkan parameter kualiti air yang direkodkan semasa
pensampelan pertama dan pensampelan kedua. Lapan parameter kualiti air telah
diambil iaitu suhu, kekonduksian, saliniti, jumlah pepejal terlarut (TDS), oksigen
terlarut (DO), pH, turbiditi dan jumlah pepejal terampai (TSS). Bacaan parameter yang
diperoleh pada pensampelan pertama dan kedua hampir sama dan ini membuktikan
kekukuhan hasil kajian.

Jadual 4.9 Parameter kualiti air pada pensampelan pertama.

Kampung Kampung Kampung


Parameter Babagon Notoruss Kibunut
Hilir Hulu Hilir Hulu Hilir Hulu
Suhu (°C) 27 28 26.6 27.4 26.3 27.3
Kekonduksian
(µS/cm) 65.8 63.8 62.8 94.5 49.9 57.6
Saliniti 0.04 0.04 0.04 0.04 0.04 0.04
TDS 59 52 54 58 53 53
pH 7.73 8.32 7.84 7.48 7.77 7.66
DO (mg/l) 8.06 8.4 8.37 7.45 8.36 7.94
Turbiditi (FNU) 1.82 1.88 3.17 3.21 1.83 1.68
TSS (mg/l) 5.07 2.27 3.33 3.00 4.00 3.07

Jadual 4.10 Parameter kualiti air pada pensampelan kedua.

Kampung Kampung Kampung


Parameter Babagon Notoruss Kibunut
Hilir Hulu Hilir Hulu Hilir Hulu
Suhu (°C) 26 27.5 25.93 27.4 27.77 23.93
Kekonduksian
(µS/cm) 63.1 64 62.87 83.6 57.63 49.2
Saliniti 0.03 0.03 0.03 0.04 0.02 0.02
TDS 40 40 40.3 53.08 36.4 32.5
pH 7.66 7.83 6.83 6.65 6.76 6.95
DO (mg/l) 8.1 8.34 7.27 5.45 7.07 7.64
Turbiditi (FNU) 2.22 2.87 3.2 3.32 2.01 1.75
TSS (mg/l) 2.00 5.60 0.40 1.20 2.13 1.60

Korelasi di antara parameter in-situ dan ex-situ bagi kualiti air telah ditentukan
menggunakan Korelasi Pearson dalam pakej perisian SPSS (Statistical Package for the
Social Sciences). Saliniti, pH, turbiditi dan TSS mempunyai korelasi positif dengan suhu,
manakala DO mempunyai korelasi negatif dengan suhu. TSS dan pH mempunyai

46
korelasi negatif dengan kekonduksian dan TDS. Saliniti mempunyai korelasi positif
dengan pH dan korelasi negatif dengan DO dan TSS. DO juga mempunyai korelasi
negatif dengan turbiditi. TSS juga mempunyai korelasi negatif dengan TDS. Korelasi
ini dipaparkan dalam Jadual 4.11.

Jadual 4.11 Korelasi antara parameter kualiti air.

Korelasi di antara serangga akuatik dan parameter fiziko-kimia (Jadual 4.12)


juga ditentukan menggunakan pakej perisian SPSS. Korelasi ini dinyatakan sama ada
korelasi positif atau korelasi negatif. Korelasi positif bermaksud apabila satu daripada
pemboleh ubah meningkat, yang lain juga akan meningkat. Korelasi negatif pula
bermaksud apabila salah satu pemboleh ubah meningkat, yang lain akan menurun.
Korelasi ini turut ditunjukkan dalam Lampiran B.

47
Jadual 4.12 Korelasi antara serangga akuatik dan parameter kualiti air.
Famili Suhu Kekonduksian Saliniti TDS pH DO Turbiditi TSS
Teloganodidae Korelasi Negatif - Korelasi Negatif - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Negatif
Philopotamidae Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Positif
Hydrophilidae Korelasi Positif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif Korelasi Positif
Chironomidae Korelasi Positif Korelasi Negatif - Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Negatif
Leptophlebiidae Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif - - - -
Tipulidae Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif -
Perlidae Korelasi Positif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Positif
Hydropsychidae Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Positif
Polycentropodidae Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Positif
Ephemerellidae Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif - - - Korelasi Positif
Potamanthidae Korelasi Positif - - - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Negatif
Heptageniidae Korelasi Negatif - - - Korelasi Positif Korelasi Positif - Korelasi Positif
Elmidae Korelasi Positif Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Positif - Korelasi Negatif
Psephenidae Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif - - Korelasi Positif -
Baetidae Korelasi Negatif - - - - - - Korelasi Negatif
Gerridae Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif
Crambidae - Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Positif -
Simulidae Korelasi Positif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif Korelasi Negatif
Lampyridae Korelasi Positif - - - Korelasi Positif Korelasi Positif - Korelasi Positif
Eulichadidae Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Positif
Naucoridae Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif -
Caenidae Korelasi Positif - Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif -
Corydalidae Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - Korelasi Positif Korelasi Positif - Korelasi Positif
Ecnomidae Korelasi Positif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif - - Korelasi Negatif Korelasi Negatif
Euthyplociidae - Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Positif Korelasi Positif - -
Neoephemeridae Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif Korelasi Positif - - Korelasi Positif Korelasi Negatif
Psychomyiidae Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif Korelasi Negatif
Dytiscidae - - - - - - - -
Helotrephidae - - - - - - - -
Corduliidae - - - - - - - -
Euphaeidae - - - - - - - -
Gomphidae - - - - - - - -

48
4.3.3 Jenis Guna Tanah

Terdapat beberapa jenis guna tanah yang boleh dilihat di sekitar kawasan
pensampelan seperti penempatan penduduk, pertanian, pelancongan dan jalan raya
yang menyeberang sungai (Jadual 4.13). Penempatan, pertanian dan pelancongan
boleh didapati di ketiga-tiga kawasan pensampelan. Hanya kawasan hulu Kampung
Kibunut yang mempunyai jenis guna tanah yang kurang. Klasifikasi air berdasarkan
perbandingan dengan NWQS juga dilakukan (Jadual 4.14).

Jadual 4.13 Jenis guna tanah di lokasi pensampelan.

Lokasi Kod Jenis Guna Tanah Ulasan Stesen


Pensampelan Stesen

Stesen ST 6 Kesan guna tanah Penduduk setempat bergantung


Kampung kurang pada sungai dalam kehidupan
(Hulu)
Kibunut seharian

ST 5 Penempatan Penduduk setempat bergantung


(Hilir) penduduk (dekat pada sungai dalam kehidupan
dengan sungai) dan seharian
kawasan
pelancongan di tepi
sungai

Stesen ST 4 Pertanian, Kawasan Kualiti air sungai dalam kawasan


Kampung (Hulu) Pelancongan dan pertanian dan pemprosesan
Notoruss Kilang Tauhu (Sisa tauhu di mana terdapat sisa
kilang dialirkan ke organik dan kimia
sungai)

ST 3 Pertanian, Kilang Kualiti air sungai dalam kawasan


(Hilir) Tauhu (sisa kilang pertanian dan pemprosesan
dialirkan ke sungai) tauhu di mana terdapat sisa
organik dan kimia

Stesen ST 2 Penempatan, Kualiti air sungai dalam kawasan


Kampung (Hulu) Pertanian dan penempatan, pertanian di mana
Babagon Pelancongan terdapat sisa organik dan kimia
yang dibawa oleh larian
permukaan

ST 1 Penempatan, Kualiti air sungai dalam kawasan


(Hilir) Pertanian, Jalan penempatan, pertanian di mana
Raya dan terdapat sisa organik dan kimia
Pelancongan yang dibawa oleh larian
permukaan

49
Jadual 4.14 Klasifikasi kualiti air di Sungai Moyog, Penampang.

Parameter Pensampelan Pertama Julat INWQS Penampelan Kedua Julat INWQS

Suhu (°C) 26.3-28.0 Normal - 23.93-27.77 Normal -

Kekonduksian (µS/cm) 49.9-94.5 1000 I 49.2-83.6 1000 I

Saliniti (%) 0.04 0.5 I 0.02-0.04 0.5 I

TDS (mg/l) 52-59 500 I 32.5-53.8 500 I

pH 7.48-8.32 6.5-8.5 I 6.65-7.83 6.5-8.5 I

DO (mg/l) 7.45-8.37 7 I 5.45-8.34 7 I

Turbiditi (NTU) 1.68-3.21 5 I 1.75-3.32 5 I

TSS (mg/l) 2.27-5.07 25 I 0.4-5.6 25 I

50
BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Kelimpahan serangga akuatik di Sungai Moyog, Penampang.

Serangga akuatik digunakan secara meluas sebagai indeks biotik untuk menilai integriti
ekologi sesebuah sungai. Serangga sungai memiliki sifat unik dalam ekosistem sungai,
perilaku yang pelbagai, ciri ekologi dan morfologi, serta variasi struktur komuniti yang
tinggi walaupun di antara sungai yang berdekatan (Heino & Peckarsky, 2014). Oleh
itu, perkara ini memberikan anggapan bahawa komposisi serangga akuatik adalah
berbeza bagi sungai yang berlainan. Dalam kajian ini, serangga akuatik dikumpulkan
dari Sungai Moyog dan Sungai Kibunut. Sungai Kibunut merupakan anak sungai yang
mengalir memasuki Sungai Moyog. Terdapat 35 famili daripada sembilan order
serangga akuatik berjaya dikumpulkan. Ini menunjukkan bahawa Sungai Moyog dan
Sungai Kibunut mempunyai komposisi serangga akuatik yang agak banyak.

Berdasarkan hasil kajian, Order Trichoptera merupakan taksa yang


mendominasi populasi serangga akuatik di Sungai Moyog di mana keseluruhan sampel
didominasi oleh famili Hydropsychidae, diikuti oleh famili Philopotamidae (Jadual 4.1).
Hal yang demikian menunjukkan bahawa taburan order Trichoptera adalah meluas di
Sungai Moyog. Kehadiran serangga akuatik dari order Trichoptera boleh dikaitkan
dengan kewujudan kualiti makanan yang tinggi, aliran air yang stabil dan substrat
biasa yang stabil dalam habitat (Prommi et al., 2014). Order serangga akuatik yang
merekodkan jumlah individu yang kedua terbanyak adalah order Ephemeroptera yang
mana di dominasi oleh famili Baetidae. Order Coleoptera pula merekodkan bilangan
famili yang kedua terbanyak iaitu lapan famili dengan bilangan individu sebanyak 641
(Jadual 4.1).
Jumlah serangga akuatik yang berjaya dikumpulkan mungkin turut dipengaruhi
oleh musim atau cuaca semasa kajian dilaksanakan. Kajian yang dijalankan oleh
Suhaila et al. (2014) di Hutan Simpan Gunung Jerai membuktikan bahawa serangga
daripada order Ephemeroptera lebih pesat pada musim basah manakala Trichoptera
pula lebih banyak pada musim kering. Hujan juga turut mempengaruhi bilangan
serangga akuatik di kawasan pensampelan. Hal yang demikian kerana hujan turut
memberikan gangguan terhadap persekitaran (Suhaila et al., 2014). Hujan
mempengaruhi kedalaman dan halaju sungai yang mana boleh menyebabkan
kebanyakan serangga akuatik dihanyutkan dari habitat mereka (Mohd Rasdi et al.,
2012) seterusnya menyebabkan bilangan serangga akuatik di sungai-sungai cenderung
untuk berkurang dari segi kelimpahan pada musim hujan.

5.2 Taburan Serangga Akuatik

5.2.1 Komposisi komuniti serangga akuatik dalam habitat yang berbeza.

Habitat jeram mempunyai nilai indeks Shannon-Wiener (H’) yang lebih tinggi
berbanding habitat larian dan kolam. Daripada sembilan order yang berjaya
dikumpulkan, hanya order Hemiptera yang merekodkan bilangan individu yang lebih
banyak dalam habitat kolam berbanding habitat jeram dan larian. Hal ini mungkin
dipengaruhi oleh pengaliran sungai yang tinggi disebabkan tapak pensampelan
dilakukan di kawasan yang agak tinggi. Fizikal sungai yang berbatu dan aliran air yang
agak laju menyebabkan perbezaan antara habitat kolam, jeram dan larian kurang
ketara (Logan & Brooker, 1981). Namun perbezaan habitat ini boleh dilihat secara terus
di kawasan Kampung Babagon yang mana mempunyai sungai yang lebih lebar dan
berarus lebih perlahan.

Berdasarkan Jadual 4.4, hanya famili Veliidae daripada order Hemiptera yang
terhad di habitat kolam manakala famili Simuliidae (Diptera), Corduliidae (Odonata)
dan Crambidae (Lepidoptera) terhad di habitat jeram. Taburan serangga daripada
famili ini mungkin dipengaruhi oleh halaju air sungai seperti mana yang dinyatakan
oleh Logan & Brooker (1981). Tiga famili daripada order Coleoptera iaitu Dytiscidae,
Gyrinidae dan Scirtidae serta satu famili daripada order Hemiptera iaitu Helotrephidae
pula hanya direkodkan dari habitat larian. Kajian Logan & Brooker (1981)
mendedahkan bahawa serangga daripada order Coleoptera dan Hemiptera ini lebih

52
terhad di kawasan habitat kolam. Famili serangga yang selebihnya boleh ditemui sama
ada dalam dua atau ketiga-tiga habitat. Hasil kajian menunjukkan kepelbagaian dan
kesaksamaan serangga akuatik di ketiga-tiga jenis habitat hampir sama (Jadual 4.4).
Namun berbeza dengan hasil yang dijangka, habitat larian merekodkan jumlah famili
yang paling banyak (29) manakala 28 famili bagi habitat kolam dan jeram.

Perbezaan hidraulik dan struktur habitat mempengaruhi taburan serangga


akuatik. Ini membuktikan bahawa taburan serangga akuatik bukan sahaja dipengaruhi
oleh kualiti air dan jenis guna tanah namun turut dipengaruhi oleh pemboleh-ubah
hidrologi dan hidraulik (Munoz-Mas et al., 2019). Kelimpahan serangga akuatik dalam
habitat jeram boleh jadi disebabkan oleh ciri fizikal yang unik dan merupakan sumber
makanan, tempat berlindung daripada pemangsa serta menjadi pembawa yang
menyalurkan makanan kepada organisma. Semua ini menyebabkan habitat jeram
tapak yang sesuai bagi kebanyakan serangga akuatik untuk hidup.

Lampert & Sommer (1997) menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang


ketara bagi kepekatan oksigen terlarut dalam habitat serangga terutamanya pada
habitat lentik. Perbezaan kepekatan oksigen terlarut ini boleh memberi kekangan
kepada sesetengah serangga akuatik (Hirayama & Kasuya, 2008) terutamanya bagi
serangga separa akuatik. Banyak serangga akuatik seperti Hydropsychidae, Baetidae,
Philopotamidae, Perlidae, Ephemerellidae dan Elmidae dominan di habitat jeram
kerana serangga ini memerangkap makanan di kawasan kawasan air berarus deras
(Dodds & Whiles, 2010).

5.2.2 Komposisi serangga akuatik di kawasan pensampelan yang berbeza.

Ciri-ciri persekitaran mempengaruhi kepelbagaian dan komposisi spesies serangga


akuatik pada skala habitat. Komuniti serangga akuatik di hulu sungai biasanya lebih
banyak berbanding di hilir. Kawasan hulu dalam kajian ini adalah Kampung Kibunut,
yang mana turut dijadikan sebagai kawalan. Kawasan hulu dan hilir mencatatkan
bilangan famili yang sama iaitu 28 famili namun komposisi famili yang sedikit berbeza.
Kawasan hulu memiliki jumlah serangga akuatik yang lebih banyak disebabkan dasar
sungai yang berbatu yang mana dapat menyokong lebih banyak organisma. Kesan
kocakan di sekitar batu-batu tersebut terlibat dalam pencetusan kandungan oksigen
terlarut yang tinggi seterusnya menyediakan habitat yang sesuai bagi populasi

53
serangga akuatik (Jayaratne & Suranghe, 2010). Famili Chironomidae dari order
Diptera lebih banyak ditemui di kawasan hilir iaitu di Kampung Babagon. Hal ini kerana
famili Chironomidae hidup di kawasan air beraliran perlahan dan berlumpur atau
berpasir yang mempunyai kandungan zarah sedimen halus yang tinggi (Wahizatul et
al., 2011). Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kawasan hilir sungai yang mempunyai
dasar berpasir lebih sesuai bagi famili Chironomidae berbanding kawasan hulu yang
mempunyai dasar yang berbatu-batu. Order Hemiptera juga lebih banyak ditemui di
kawasan Kampung Babagon. Hal ini disebabkan kebanyakan serangga dari order ini
lebih memilih kawasan air yang tenang dan tidak sesuai untuk mendiami ceruk jeram
(Subramaniam & Sivaramakrishnan, 2005).

Indeks Shannon-Wiener (H’) bagi komuniti serangga akuatik di Sungai Moyog


menunjukkan bahawa kawasan Kampung Notoruss mempunyai kepelbagaian yang
paling tinggi manakala kawasan Kampung Kibunut mempunyai kepelbagaian yang
paling rendah. Oleh itu Kampung Kibunut juga mempunyai indeks kesaksamaan yang
paling rendah. Hal ini disebabkan perbezaan bilangan individu serangga akuatik yang
direkodkan bagi setiap famili yang ada seperti famili Elmidae, Psephenidae, Baetidae,
Perlidae dan Hydropsychidae yang mencatatkan bilangan individu yang sangat tinggi
jika dibandingkan dengan famili yang lain.

5.2 Kualiti Air

5.2.1 Parameter Biologi

Komuniti biotik selalunya beradaptasi terhadap keadaan ekologi yang spesifik dan akan
menunjukkan pelbagai tahap toleransi ke atas pengubahsuaian pada persekitaran.
Terdapat banyak spesies yang sensitif terhadap perubahan persekitaran, hasil ciri-ciri
biologi seperti keperluan habitat mikro, yang mana secara semula jadinya rendah dari
segi kelimpahan atau memerlukan kawasan yang agak luas untuk menubuhkan
populasi mereka (Junior et al., 2015). Oleh itu, spesies atau himpunan spesies boleh
digunakan sebagai alat untuk menilai kualiti persekitaran. Serangga akuatik lazimnya
digunakan untuk menilai keadaan ekologi bagi kebanyakan jasad air, terutamanya
sungai (Moslem et al., 2016) dengan cara mengira nilai indeks biotik.

Nilai FBI dan BMWP bagi ketiga-tiga kawasan pensampelan menggambarkan


kualiti air yang sangat baik namun nilai ASPT menunjukkan sungai hanya dalam

54
kategori sederhana (Jadual 4.9). Kawasan Kampung Kibunut mencatatkan nilai FBI,
BMWP, dan ASPT manakala Kampung Notoruss mencatatkan nilai skor yang paling
rendah. Ini disebabkan Kampung Kibunut terletak di kawasan hulu di mana hanya
terdapat sedikit gangguan ke atas jasad air. Di Kampung Notoruss pula terdapat
pencemaran yang disebabkan oleh pelepasan sisa dari kilang tauhu. Walau
bagaimanapun, nilai indeks biotik yang diperoleh mungkin tidak sepenuhnya
menggambarkan situasi di Sungai Moyog kerana terdapat banyak famili yang tidak
ditentukan nilainya.

Tambahan pula, indeks biotik yang digunakan adalah pada aras famili yang
mana mungkin terdapat ralat bagi famili yang mempunyai banyak spesies (Aschalew
& Moog, 2015). Famili seperti Baetidae dan Hydropsychidae sesuai menggunakan
sistem yang lebih fleksibel kerana famili ini mempunyai kelimpahan dan kepelbagaian
taksa yang tinggi (Aschalew & Moog, 2015) dan merangkumi kecerunan pencemaran
yang luas (Beketov, 2004). Pendekatan ini meningkatkan kecekapan diskriminasi famili
Baetidae dan Hydropsychidae dalam kalangan kelas-kelas kualiti air (Aschalew &
Moog, 2015).

5.2.2 Parameter Fiziko-Kimia

Bacaan parameter fiziko-kimia sepanjang pensampelan boleh dikatakan agak stabil dan
tidak banyak berubah. Perubahan suhu pula disebabkan oleh perubahan masa dari
pagi ke tengah hari. Pensampelan di hilir dilakukan pada waktu pagi. Oleh itu, bacaan
suhu di hilir lebih rendah berbanding di hulu kawasan pensampelan. Parameter kualiti
air di Kampung Notoruss mungkin dipengaruhi oleh pelepasan sisa dari kilang tauhu
yang menyebabkan bacaan bagi kekonduksian, saliniti dan jumlah pepejal terlarut agak
tinggi berbanding di Kampung Babagon dan Kampung Kibunut.

Pada pensampelan pertama, pH bagi setiap stesen kajian adalah alkali


(Hulawale, 2018) namun pada pensampelan kedua hanya stesen di Kampung Babagon
yang mendapat bacaan pH alkali. Hal ini disebabkan oleh hujan yang mengakibatkan
sedikit perubahan ke atas air sungai (Suhaila et al., 2014). TSS, pH, saliniti dan
kekeruhan mempunyai korelasi yang positif terhadap suhu. Ini bermaksud keempat-
empat parameter ini mempengaruhi suhu. Sekiranya keempat-empat parameter ini
meningkat, suhu juga akan turut meningkat. Penting juga untuk diketahui bahawa

55
suhu dan kekonduksian juga saling berkait yang mana kekonduksian akan meningkat
pada kadar dua peratus bagi setiap kenaikan satu darjah Cesius (EPA, 2001). Menurut
Prommi & Payakka (2015), suhu merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
taburan Hydropsychidae. Mahazar et al. (2013) menyatakan bahawa pH merupakan
parameter yang paling stabil dengan perbezaan yang kecil dan juga kekal stabil selama
tiga bulan tanpa perubahan yang terlalu drastik. Namun demikian, sungai yang
tercemar tidak mempunyai pH yang stabil (Mahazar et al., 2013). Oleh itu, boleh dibuat
kesimpulan bahawa Sungai Moyog masih dalam kategori sungai yang bersih.

Oksigen terlarut pula mempunyai korelasi negatif dengan suhu, saliniti dan
turbiditi. Turbiditi merupakan penyebab yang penting bagi kemerosotan kualiti air dan
turut menyebabkan isu-isu estetik, kos rawatan air yang lebih tinggi, kemerosotan
sumber perikanan dan kerosakan ekologi persekitaran akuatik yang serius (Bilotta &
Brazier, 2008). Turbiditi yang tinggi boleh menyebabkan kandungan oksigen terlarut
dalam sungai rendah. Hal ini disebabkan air lebih keruh akan menyerap tenaga haba
daripada cahaya matahari seterusnya menyebabkan suhu air menjadi lebih tinggi
(Shen et al., 2019). Bacaan bagi parameter saliniti di Sungai Moyog adalah sekata.
Hal ini turut menyumbang kepada kestabilan kepekatan oksigen terlarut kerana saliniti
mempengaruhi keterlarutan oksigen dalam air. Kandungan oksigen terlarut yang tinggi
amat sesuai bagi komuniti serangga akuatik untuk hidup.

5..2.3 Kesan Guna Tanah

Perubahan persekitaran yang disebabkan oleh aktiviti antropogenik boleh membawa


kepada pelbagai ciri kimia dan fizikal dalam ekosistem akuatik, mempengaruhi
kelimpahan dan biojisim organisma akuatik dan menyebabkan kemerosotan rantai
makanan (Bilotta & Brazier, 2008). Aktiviti penduduk yang berlaku seperti pembukaan
tanah berdekatan dengan sungai menyebabkan perubahan fizikal ke atas sungai.
Perubahan ini termasuklah peningkatan sedimen yang disebabkan oleh hakisan dan
bawaan larian air permukaan pada waktu hujan. Peningkatan sedimen ini
menyebabkan pertambahan nilai bacaan bagi parameter fiziko-kimia terutamanya TSS
dan DO.

Air di sungai yang melalui Kampung Babagon merupakan air yang paling keruh
antara ketiga-tiga kawasan pensampelan. Hal ini disebabkan oleh kegiatan pertanian,

56
perumahan dan pelancongan yang berlaku berdekatan dengan sungai. Aktiviti ini turut
mempengaruhi komposisi serangga akuatik dan kualiti air. Perubahan kimia pula
termasuklah pelepasan sisa seperti racun rumpai dan racun serangga dalam aktiviti
pertanian serta peningkatan kandungan nutrien ke dalam sungai dari tapak
penyerapan di dalam sedimen (Shen et al., 2019). Hal ini berlaku di Kampung Notoruss
di mana terdapat kilang pemprosesan tauhu yang melepaskan sisa ke sungai
(Lampiran C). Ini menyebabkan bacaan bagi parameter kekonduksian di Kampung
Notoruss lebih tinggi berbanding di Kampung Babagon dan Kampung Kibunut.

Hasil kajian menunjukkan serangga lebih banyak ditemui di kawasan yang


kurang gangguan (Jadual 4.6). Ini membuktikan bahawa aktiviti antropogenik
mempunyai kesan yang negatif terhadap kelimpahan dan taburan komuniti serangga
akuatik. Pengutipan hasil sungai seperti ikan juga boleh mempengaruhi taburan
serangga akuatik kerana ikan merupakan pemangsa bagi ikan (Williams & Feltmate,
1992; Fikri et al., 2005). Penangkapan ikan akan mengurangkan populasi pemangsa
dan menyebabkan serangga akuatik boleh membiak dengan lebih banyak.

57
BAB 6

KESIMPULAN

Sejumlah 6766 individu serangga akuatik telah berjaya dikumpulkan sepanjang kajian
dilakukan. Serangga akuatik ini merangkumi sembilan order yang terdiri daripada 35
famili. Kelimpahan tertinggi direkodkan oleh order Trichoptera manakala yang
terendah pula dari order Lepidoptera. Kepelbagaian tertinggi pula direkodkan dari
order Ephemeroptera yang mencatatkan sembilan famili. Kawasan hulu iaitu sungai
yang mengalir melalui Kampung Kibunut mencatatkan kelimpahan serangga akuatik
yang tertinggi manakala Kampung Notoruss mencatatkan kelimpahan yang terendah.
Walau bagaimanapun, bilangan tertinggi bagi famili Chironomidae dicatatkan di
bahagian hilir iaitu Kampung Babagon.

Indeks Kuantitatif Sørensen (CN ) yang diperoleh menunjukkan terdapat


persamaan yang agak tinggi bagi ketiga-tiga jenis habitat. Walau bagaimanapun,
habitat jeram mempunyai kepelbagaian yang agak tinggi berbanding habitat kolam
dan larian. Persekitaran heterogen jeram menawarkan lebih banyak tempat bagi
serangga akuatik di samping kemasukan oksigen yang terus menerus disebabkan oleh
kocakan yang berlaku. Indeks persamaan bagi ketiga-tiga kawasan pensampelan iaitu
sungai yang mengalir melalui Kampung Babagon, Kampung Notoruss dan Kampung
Kibunut juga menunjukkan terdapat persamaan yang agak tinggi.

Integriti Sungai Moyog juga boleh dikatakan sangat baik. Indeks biotik yang
digunakan untuk menentukan tahap kesihatan sungai menunjukkan kualiti air sungai
dalam kategori yang bersih. Di samping itu, tidak terdapat perbezaan yang tinggi bagi
bacaan parameter kualiti air pada pensampelan pertama dan kedua. Ini menunjukkan
bahawa keadaan Sungai Moyog agak stabil. Walau bagaimanapun, bacaan parameter
kualiti air di kawasan Kampung Notoruss bagi kekonduksian agak tinggi disebabkan
terdapat pencemaran yang berlaku akibat pelepasan sisa dari kilang tauhu. Walaupun
demikian kualiti air di Sungai Moyog masih dalam kategori Kelas I jika dibandingkan
dengan kelas sungai NWQSSerangga akuatik juga mempunyai korelasi dengan
parameter kualiti air yang ditunjukkan dalam nilai positif dan negatif.

Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang lebih kukuh
bagi meningkatkan pemahaman terhadap pemonitoran kualiti air berdasarkan
penggunaan parameter biologi seperti serangga akuatik. Penggunaan skor indeks
biotik perlu dipertingkatkan bukan sahaja pada aras famili malahan pada aras spesies
untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat dan jitu.

59
RUJUKAN

Ahmad, I. & Ahmad, B. M. (1992). Ekologi Air Tawar. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Alexander, D. E. (1999). Encyclopedia of Environmental Science. Springer. ISBN 0-


412-74050-8.

Allen, K. R. (1951) The Horokiwi Stream. New Zealand Marine Department,


Wellington. p. 231

Anati, D. A. (1999). "The salinity of hypersaline brines: concepts and


misconceptions". Int. J. Salt Lake. Res. 8: 55–70

Armitage, P. D., Moss, D., Wright, J. F., Furse, M. T. (1983). The performance of a
new biological water quality score system based on macroinvertebrates over
a wide range of unpolluted running-water sites. Water Res. 17: 333–347

Aschalew, L. & Moog, O. (2015). Benthic macroinvertebrates based new biotic score
“ETHbios” for assessing ecological conditions of highland streams and rivers
in Ethiopia. Limnologica. 52: 11-19

Aweng, E. R., Suhaimi, O., & Nur Izzati, S. (2012). Benthic macroinvertebrate
community structure and distribution in Sungai Pichong, Gunung
Chamah, Kelantan, Malaysia. American International Journal of Contemporary
Research. 2:163-167

Azmi, W. A., Hussin, N. H., & Mat Amin, N. (2018). Monitoring of water quality using
aquatic insects as biological indicators in three streams of Terengganu.
Journal of Sustainability Science and Management. 13:67-76

Barman, B. & Gupta, S. 2015. Aquatic Insects as Bio-Indicator of Water Quality- A


Study on Bakumari Stream, Chakras hila Wildlife Sanctuary, Assam, North
East India. Journal of Entomology and Zoology Studies. 3(3):178-186

Bates, R. G. (1973). Determination of pH: theory and practice. Wiley.

Baxter, C. V., Fausch, K. D., Saunders, W. C. (2005). Tangled webs: reciprocal flows
of invertebrate prey link streams and riparian zones. Freshw Biol 50(2):201–
20

Beattie, J. A. & Oppenheim, I. (1979). Principles of Thermodynamics, Elsevier


Scientific Publishing Company, Amsterdam, ISBN 978-0-444-41806-7, pp.29.

Beck, W.M., (1954). Studies in stream pollution biology. I: A simplified ecological


classification of organisms. J. Fla. Acad. Sci. 17: 211–227.

Becker, E. & Lucansky, L. (2016). The Aquatic Insect Community Structure and
Accompanying Physiochemical Parameters of Powers Creek at Loyola

60
University Retreat and Ecology Campus, McHenry County. Loyola University
Chicago. pp.1-32

Bhowmik, N. G., Demissie, M. (1982). Bed material sorting in pools and riffles.
Proceedings of the American Society of Civil Engineers, Journal of the
Hydraulics Division 108(10): 1227-1231.

Bilotta, G. S., Brazier, R. E. (2008). Understanding the influence of suspended solids


on water quality and aquatic biota. Water Res. 42: 2849–2861.
https://doi.org/10.1016/j.watres.

Birk, S., Bonne, W., Borja, A., Brucet, S., Courrat, A., Poikane, S., Solimini, A., van
de Bund, W., Zampoukas, N., Hering, D. (2012). Three hundred ways to
assess Europe’s surface waters: an almost complete overview of biological
methods to implement the Water Framework Directive. Ecol. Indic. 18:31–
41.

Bondaruk, J., Janson, E., Wysocka, M., & Chalupnik, S. (2015). Identification of
hazards for water environment in the Upper Silesian Coal Basin caused by
the discharge of salt mine water containing particularly harmful substances
and radionuclides. Journal of Sustainable Mining. pp. 179-187

Boon, P. J. & Raven, P. J. (Eds), (1998). The Application of Classification and


Assessment Methods to River Mangement in UK, Special Issue, Aquatic
Conservation: Marine and Freshwater Systems, 8:383-644

Bovee, K. D. (1995). A Comprehensive Overview of the Instream Flow Incremental


Methodology. National Biological Services: Fort Collins, CO, USA.

Boyd, C. E. (2015). Water Quality: An Introduction. 2nd Edition. Switzerland:


Springer. ISBN 978-3-319-17445-7

Brookes, A. & Shields, Jr, F.D. (Eds), (1996). River Channel Restoration: Guiding
Principles for Sustainable Projects. Wiley: Chichester, UK

Brown, R. A., Pasternack, G. B., Lin, T. (2016). "The Topographic Design of River
Channels for Form-Process Linkages". Environmental Management. 57 (4):
929–942.

Brown, R. A., Pasternack, G. B. (2017). "Bed and width oscillations form coherent
patterns in a partially confined, regulated gravel–cobble-bedded river
adjusting to anthropogenic disturbances". Earth Surface Dynamics. 5 (1):
1–20.

Bruce, C. (2013). Aquatic Biodiversity. Random Export, New Delhi. ISBN 978-93-
82220-96-1

Buss, D. F., Salles, F. F. (2006). Using Baetidae species as biological indicators of


environmental degradation in a Brazilian river basin. Environ. Monit. Assess.
130: 365–372.

61
Butcher, E., Castro, G. & Floris, V. (1997) Freshwater Ecosystem Conservation:
Towards a Comprehensive Water Resources Management Strategy.
Washington, D. C.

California Environmental Protection Agency (2019). The Five Basic Water Quality
Parameters. Retrieved on:
https://www.waterboards.ca.gov/publications_forms/publications/factsheets
/ 22 February 2019

Chapin, F. A., Mooney, H. A., & Matson, P. A. (2002). Principles of Terrestrial


Ecosystem Ecology. Springer

Chapman, D., Meybeck, M., Friedrich, G., & Thomas, R. (1996). Water Quality
Assessments: A Guide to Use of Biota, Sediments and Water in Environmental
Monitoring, 2nd Edition.

Chapman, G. (1986). Ambient Aquatic Life Water Quality Criteria for Dissolved
Oxygen. U.S. Environmental Protection Agency, Office of Water Regulations
and Standards. p. 3.

Chasse, M. (2007). Riffle characteristics in stream investigations. Wayback Machine.

Chaw, V. V., Harun, S., Kueh, B. H., Wong, B. H., & Fikri, A. H. (2018). Aquatic
Insects and Water Quality Study at Kimanis River, Crocker Range National
Park, Sabah, Malaysia. Journal of Tropical Biology and Conservation 15:
223–245

Chellaiah, D. & Yule, C. M. (2018) Effect of riparian management on stream


morphometry and water quality in oil palm plantations in Borneo.
Limnologica. 69:72–80

Chow, V. T. (1959). Open channel hydraulics. McGrawHill, Kogakusha, Japan. pp.


680.

Cohn, F. (1853). Über lebendige Organismen im Trinkwasser. Z. klin. Medizin. 4:


229–237

Covington, A. K., Bates, R. G., & Durst, R. A. (1985). "Definitions of pH scales,


standard reference values, measurement of pH, and related
terminology". Pure Appl. Chem. 57 (3): 531–542.

De Pauw, N., Ghetti, P. F., Manzini, P. & Spaggiari, R. (1992). Biological assessment
methods for running water quality. In River Water Quality. Ecological
Assessment and Control, Newman. P.J. Piavaux, P.A. and Sweeting, R.A.
(Eds), EUR 14606 EN-FR. Commission of the European Communities;
Brussels, Belgium.

Dodds, W. & Whiles, M. (2010). Freshwater Ecology: Concepts & Environmental


Applications of Limnology. Second Edition. United States of America: Elsevier
Inc.

62
Downes, B. J., Barmuta, L. A., Fairweather, P. G., Faith, D. P., Keough, M. J., Lake,
P. S., Mapstone, B. S. & Quinn, G.P. (2002). Monitoring Ecological Impacts:
Concepts and practice in flowing water. Cambridge University Press, UK.
ISBN 0 521 77157 9

Elmqvist, T., Maltby, E., Barker, T., Mortimer, M., Perrings, C., Aronson, J., de Groot,
R., Fitter, A., Mace, G., Norberg, J., Sousa Pinto, I., Ring, I. (2010).
Biodiversity, ecosystems and ecosystem services. In: Kumar, P. (Ed.), The
Economics of Ecosystems and Biodiversity: Ecological and Economic
Foundations. Earthscan, pp. 41–111.

Environmental Protection Agency (2001). Parameters of Water Quality. Interpretation


and Standards. Environmental Protection Agency, Ireland. ISBN 1-84096-
015-3

Environmental Protection Agency (U.S.) (2005). Washington, D.C. "National


Management Measures to Control Nonpoint Source Pollution from Urban
Areas." Chapters 7 & 8. Document No. EPA 841-B-05-004.

Fikri, A. H., Mohamed, M. & Takahashi, A. (2005). Aquatic Insects Identification


Guide. BBEC Publication No. 41. ISBN 983-3108-11-3

Friberg, N., Bonada, N., Bradley, D. C., Dunbar, M. J., Edwards, F. K., Grey, J.,
Hayes, R. B., Hildrew, A. G., & Lamouroux, N. (2011), "Biomonitoring of
Human Impacts in Freshwater Ecosystems", Advances in Ecological
Research, Elsevier, pp. 1–68

Frissell, C. A., Liss, W. J., Warren, C. E. & Hurley, M. D. (1986) A hierarchical


framework for stream habitat classification: viewing streams in a watershed
context. Environmental Management, 10(2):199-214.

Fulazzaky, M. A. Teng, W. S. Masirin, M. I. M. Assessment of Water Quality Status for


the Selangor River in Malaysia. Water Air Soil Pollut. 205:63-77 in Chaw, V. V.
(2016). The use of aquatic insects communities as bioindicator at Ulu
Kimanis, Crocker Range Park, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Glova, G., & Duncan, M. J. (1985). Potential effects of reduced flows on fish habitats
in a large braided river, New Zealand. Transactions of the American
Fisheries Society 114:165-181.

Graça M. A. (2001). The role of invertebrates on leaf litter decomposition in streams


- a review. Int Rev Hydrobiol. 86(4–5):383–93.

Hassal, A. A. (1850). A Microscopic Examination of the Water Supplied to the


Inhabitants of London and Suburban Districts, London

Hauer, F. R. & Hill, W. R. (1996). Temperature, Light and Oxygen. In Methods in


Stream Ecology. (Hauer, F. R. & Lamberti, G. A., eds). Academic Press. 93-
108

63
Hauer, F. R. & Resh, V. H. (1996). Benthic Macroinvertebrates. In Methods in Stream
Ecology. (Hauer, F. R. & Lamberti, G. A., eds). Academic Press. 339-370

Helawell, J. M. (1986). Biological indicators of freshwater pollution and environmental


management. Elsevier: London, UK.

Henderson, F. M. (1966) Open channel flow. Macmillan, New York. p.522

Hering, D., Moog, O., Sandin, L., & Verdonschot, P. (2004). Overview and application
of the AQEM assessment system. Hydrobiologia, 516:1-20

Hershey, A. E. & Lamberti, G. A. (1998) Stream Macroinvertebrate Communities. In


River Ecology and Mangement Lessons from the Pacific Coastal Ecoregion
(Naiman, R. J. & Bilby, R. E., eds) America: Springer. Verlag New York, Inc.

Higgins, J. V., Bryer, M. T., Khoury, M. L. & Fitzhugh, T. W. (2005). A freshwater


classification approach for biodiversity conservation planning. Conservation
Biology 19:432-445.

Hilsenhoff. W. R. (1977). Use of arthropods to evaluate water quality of streams.


Tech. Bul. No. 100. Dept. Nas. Res. Madison. Wisconsin, pp.1-15.

Hilsenhoff, W. L. (1988). Rapid Field Assessment of Organic Pollution with a Family-


Level Biotic Index. Journal of the North American Benthological Society.
7:65-68.

Hirayama, H. & Kasuya, E. (2008). Factors affecting submerged oviposition in a water


strider: level of dissolved oxygen and male presence. Animal Behaviour. 76:
1919-1926

Hitt, N. P., Bonneau, L. K., Jayachandran, K. V. & Marchetti, M. P. (2015) Freshwater


Ecosystems and Biodiversity. Lesson in Conservation. 5:5-16

Hoang, T. H. (2009). Monitoring and assessment of macroinvertebrate communities


in support of river management in northern Vietnam. PhD thesis, Ghent
University, Gent, Belgium. 235pp

Horne, A. J. & Goldman, C. R. (1994). Limnology. 2nd Edition. United States of


America: McGraw-Hill. ISBN 978-0-07-023673-8

Hulawale, N. R. (2018). Assessment of water quality by physico-chemical parameters.


Int. Res. J. of Science & Engineering. 63628: 203-207

Jalil, M. F. & Mohamed, A. H. (2004). Manual for Entomology Course (1): Freshwater
Macroinvertebrates. Research & Education Component of the BBEC
Programme c/o Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC), Sabah,
Malaysia.

Johnson, R. K., Wiederholm, T., & Rosenberg, D. M. (1993). Freshwater


biomonitoring and benthic macroinvertebrates. pp. 40–158.

64
Jowett, I. G. (1993). A method for objectively identifying pool, run, and riffle habitats
from physical measurements, New Zealand Journal of Marine and
Freshwater Research, 27(2): 241-248, DOI:
10.1080/00288330.1993.9516563

Kalcic, M., Turowski, M., & Hall, C. (2010). "Stennis Space Center Salinity Drifter
Project. A Collaborative Project with Hancock High School, Kiln,
MS". Stennis Space Center Salinity Drifter Project. NTRS. Retrieved on
https://en.wikipedia.org/wiki/Salinity 01 May 2019

Kolenati, F. A. (1848). Über Nutzen und Schaden der Trichopteren. Stettiner entomol.
Ztg., pp. 9

Kumar, A. (2005). Fundamentals of Limnology. APH Publishing.

Lake, P. S. (2000). Disturbance, patchiness, and diversity inn streams. J.M. Am.
Benthol. Soc. 19:573-592

Lampert, W. & Sommer, U. (1997). Limnoecology: The Ecology of Lakes and


Streams. New York: Oxford University Press.

Lane, S. (2001). ‘Foreword: Eighth International Symposium on Regulated Streams’.


Regulated Rivers: Research and Management, 17:301

Lehmkuhl, D. M. (1979). How To Know Aquatic Insects, The Picture Key Nature Series.
Dubuque, IA.

Lenat, D. R. (1988). Water quality assessment of streams using qualitative collection


methods for benthic macroinvertebrates. J. North Am. Benthol. Soc. 7:222-
233.

Leopold, L. B., & Wolman, M. G. (1957). "River channel patterns: Braided,


meandering, and straight". Professional Paper 282-B. United States
Geological Survey: 50.

Leopold, L. B., Wolman, M. G., & Miller, J. P. (1964). Fluvial processes in


geomorphology. W. H. Freeman, San Francisco. p.522

Lewin, I., Czerniawska-Kusza, I., Szoszkiewcz, K., Lawniczak, A. E. & Jusik, S. (2013).
Biological Indices Applied to Benthic Macroinvertebrates at Reference
Conditions of Mountain Streams in Two Ecoregions (Poland, the Slovak
Republlic). Hydrobiologia. 709:183-200

Lim, K. F. (2006). "Negative pH Does Exist". Journal of Chemical


Education. 83 (10): 1465

Loeb, S. L. (1994). Biological Monitoring of Aquatic Systems. CRC Press. ISBN 0-


87371-910-7.

65
Logan, P. & Furse, M. T. (2002). Preparing for the European Water Framework
Directive- making the links between habitat and aquatic biota. Aquatic
Conservation: Marine and Freshwater Ecosystems, 12:425-437

MacWilliams, M. L., Wheaton, J. M., Pasternack, G. B., Street, R. L., & Kitanidis, P.
K. (2006). "Flow convergence routing hypothesis for pool-riffle
maintenance in alluvial rivers". Water Resources Research. 42 (10):
W10427.

Mahazar, A., Shuhaimi-Othman, M., Kutty, A. A. & Mohamed Desa, M. N. (2013).


Monitoring Urban River WaterQuality Using Macroinvertebrate and Physico-
Chemical Parameters: Case Study of Penchala River, Malaysia. Journal of
Biological Sciences. 13(6):474-482
Markgraf, B. (2018). What kinds of animals are found in freshwater ecosystems?
Retrieved on: https://sciencing.com/kinds-animals-found-freshwater-
ecosystems-8633691.html 21 February 2019

Magurran, A. E. 2005. Measuring Biological Diversity. Blackwell Publishing Company

Martin, D., Ballesteros, E. G., Gili, J. M., & Palacin, C. (1993). Small-scale structure
of infaunal polychaete communitiesin an estuarine environment.
Estuarine, Coastal and Shelf Science, 36(1):47-58

McAllister, D. E., Hamilton, A. L. & Harvey, B. (1997). Global freshwater biodiversity:


striving for the integrity of freshwater ecosystems. Bulletin of Ocean
Voice International 11(3):1-14.

Menson, F. M. (2006). Kajian kepelbagaian serangga akuatik di sepanjang Sungai


Papar. BSc Thesis. Universiti Malaysia Sabah.

Merritt, R. W., Cummins, K. W., & Berg, M. B. (2008). An introduction to the aquatic
insects of North America. 4th Edition. Kendall Hunt, pp. 55-103. ISBN 978-0-
7575-6321-8

Metcalfe-Smith, J. L. (1994). Biological Water Quality Assessment of rivers: use of


macroinvertebrate communities. In The Rivers Handbook, Calow, P. and
Petts, G.E. (Eds). Blackwell Scientific Publications: Oxford, UK. 2:144- 170

Mona, M. H., El Husseiny, I. M., Seif, A. I., & Yassin, M. T. (2015). Aquatic Insects
as Bio Indicators for Pollution in Some Egyptian Streams. Sci-Afric Journal of
Scientific Issues, Research and Essays. 3:607-615

Morse, J. C., Yang, L., & Tian, L. (1994) Aquatic insects of China useful for monitoring
water quality. Hehai University Press. Nanjing, China. pp. 570-572.

Mosley, M. P. (1982). A procedure for characterising river channels. Water and soil
miscellaneous publication 32, Ministry of Works and Development,
Wellington, pp. 90

66
Nair, G. A., Morse, J. C., & Marshall, S. A. (2015). Aquatic insects and their societal
benefits and risks. Journal of Entomology and Zoology Studies, 3(3):171- 177

Nasrabadi, T., Ruegner, H., Sirdari, Z. Z., Schwientek, M., & Grathwohl, P. (2016).
Using total suspended solids (TSS) and turbidity as proxies for evaluation
of metal transport in river water. Applied Geochemistry. 68:1-9

Newson, M. (1994). Hydrology and the River Environment. Oxford, UK: Clarendon
Press.

O'Neill, M. P., Abrahams, A.D. (1984). Objective identification of pools and riffles.
Water Resources Research 20: 921-926.

Odum, E. P. (1971). Fundamentals of Ecology. 3rd Edition. Saunders, New


York. ISBN 978-0-534-42066-6.

Ofenboeck, T., Moog, O., Sharma, S., Korte, T. (2010). Development of the HKH
bios: a new biotic score to assess the river quality in the Hindu Kush-
Himalaya. Hydrobiologia. 651:39–58

Oksel, O., Razali, N., Yusoff, M. K., Ismail, M. Z., Pa’ee, K. F., & Ibrahim, K. N. (2009).
The Impacts Of Integrated Farming To Water Quality: Case Study On
Langgas River, Kunak, Sabah, Malaysia. International Journal of
Engineering & Technology IJET-IJENS. 9(9):55-58

Orth, D. J., & Maughan, O. E. (1983). Microhabitat preferences of benthic fauna in a


woodland stream. Hydrobiologia 106: 157-168.

Ouyang, Y. (2005). Evaluation of river water quality monitoring stations by principle


component analysis. Water Resources. 39:2621–2635.

Paisley, M. F., Trigg, D. J., Walley, W. J. (2013). Revision of the Biological Monitoring
Working Party (BMWP) score system: Derivation of present‐only and
abundance‐related scores from field data. River Research & Applications.
30(7): 887-904

Pantle, K. & Buck, H. (1955). Die biologische Überwachung der Gewässer und die
Darstellung der Ergebnisse. Gas Wasserfach Wasser Abwasser 96: 609–620.

Parker, D. (2017). Life Cycles, Collecting & identifying Aquatic “Bugs”. Retrieved on:
www.aquatax.ca/collect.html 22 February 2019

Payakka, A. & Prommi, O. (2014). Aquatic Insects Biodiversity and Water Quality
Parameters of Receiving Water Body. Current World Environment, 9(1):53

Pimentel, D., Houser, J., Preiss, E., White, O., Fang, H., Mesnick, L., Barsky, T.,
Tariche, S., Schreck, J. & Alpert, S. (1997). Water resources: agriculture,
the environment, and the society. BioScience. 47:97-106

67
Pinkau, K. (1998). Environmental Standards: Scientific Foundations and Rational
Procedures of Radiological Risk Management. Springer Science & Business
Media B.V.pp.XVII- XXXIII, 1-45. ISBN 978-1-44419-5027-7.

Postel, S. L., Daily, G. C., & Ehrlich, P. R. (1996). Human appropriation of


renewable fresh water. Science. 271(8):785

Pradhan, P., Mishra, S. S., Majumbar, R. & Chakraborty, S. K. (2003). Environmental


Monitoring with Special Emphasis on Biomonitoring- A Prequisite for
Sustainable Environmental Management: A Case Study in Dwarkeswar River
of South West Bengal, India. In Kumar, A., Bohra, C. & Singh, L. K. (eds).
Environmental, Pollution and Management. New Delhi: A. P. H. Publishing
Corporation, pp.87-103

Pridmore, R. D., & Roper, D. S. (1985). Comparison of the macroinvertebrate


faunas of runs and riffles in three New Zealand streams. New Zealand
Journal of Marine and Freshwater Research 19: 283-291.

Prommi, T. & Payakka, A. (2015). Aquatic Insects Biodiversity and Water Quality
Parameters of Streams in Northern Thailand. Sains Malaysiana. 44(5): 707-
717

Richards, K. S. (1976). "Channel width and the riffle-pool sequence". GSA


Bulletin. 87 (6): 883–890.

Richards, K. S. (1976). The morphology of riffle-pool sequences. Earth Surface


Proceedings 1: 71-88.
Ricklefs, R. E. & Miller, G. L. (2000). Ecology. W.H. Freeman and Company, New
York, USA.

Rosenberg, D. M., & Resh, V. H. (1993). Freshwater Biomonitoring and Benthic


Macroinvertebrates. Chapman and Hall, New York, USA. pp.486

Rounds, S.A., Wilde, F.D., and Ritz, G.F. (2013). Dissolved oxygen (ver. 3.0): U.S.
Geological Survey Techniques of Water-Resources Investigations, book 9,
chap. A6.2, https://doi.org/10.3133/twri09A6.2.

Sangeetha, J., Thangadurai, D., Hong, C. G., Islam, S. (2019). Biodiversity and
Conservation: Characterization and Utilization of Plants, Microbes, and
Natural Resources for Sustainable Development and Ecosystem Management.
Apple Academic Press. ISBN- 978-0-42942-579-0. pp.21-35

Sawyer, A. M., Pasternack, G.B., Moir, H.J., & Fulton, A.A. (2010). "Riffle-pool
maintenance and flow convergence routing observed on a large gravel-bed
river". Geomorphology. 114 (3): 143–160.

Sharma, S. & Moog, O. (1996). The applicability of biotic indices and scores in water
quality assessment of Nepalese rivers. In: Proceedings of the Ecohydrology
Conference on High Mountain Areas, Kathmandu, Nepal, pp. 641–657.

68
Shen, X., Sun, T., Su, M., Dang, Z., Yang, Z. (2019). Short-term response of aquatic
ecosystem metabolism to turbidity disturbance in experimental estuarine
wetlands. Ecological Engineering. 136: 55–61

Subramaniam, K. A. & Sivaramakrishnan, K. G. (2005). Habitat and Microhabitat


Distribution Of Stream Insect Communities of the Western Ghats. Current
Science. 89(6): 976-987

Smith, J., Samways, M. J., & Taylor, S. 2007. Assessing Riparian Quality Using Two
Complementary Sets of Bioindicators. Biodivers Conserv. 16:2695-2713

Tong, S. T. Y., Chen, W. (2002). Modelling the relationship between land and surface
water quality. Journal of Environmental Management. 66:377–393.

Tansley, A. G. (1935). The use and abuse of vegetational concepts and terms.
Ecology 16:284–307.

Utah State University Extension (2018). Dissolved Oxygen in Water Quality.

van Niekerk, H., Silberbauer, M., & Maluleke, M. (2014). "Geographical differences in
the relationship between total dissolved solids and electrical conductivity in
South African rivers". Water SA. 40 (1): 133.

Vanni, M. J. (2002). Nutrient cycling by animals in freshwater ecosystems. Annu Rev


Ecol Syst 33:341–70.
Verma, A. K. & Singh, T. N. (2013). Prediction of Water Quality from Simple Field
Parameters. Environ Earth Sci. 69: 821-829 DOI.1007/s12665-012-1967-6.

Vesilind, P. A. (1994). The role of water in sludge dewatering. Water Environ Res.,
66:4-11

Wallace, J. B. & Webster, J. R. (1996). The role of macroinvertebrates in stream


ecosystem function. Annu Rev Entomol 41(1):115–39.

Ward, J. V. (1992). Aquatic Insect Ecology: 1. Ecology and habitat. John Wiley &
Sons, Inc.

Water Action Volunteers (2006). Dissolved Oxygen: Aquatic Life Depends on It. In
Volunteer Monitoring Factsheet Series. pp.1-4

Welch, E. B., Jacoby, J. M. & May, C. W. (1998). Stream Quality. In: Naiman, R. J. &
Bilby, R. E. (eds). River Ecology and Management: Lessons from the Pacific
Coastal Ecoregion. USA: Springer-Verlag New York, Inc., pp: 69-94

Welch, P. S. (1935). Limnology (Zoological Science Publications). United States of


America: McGraw-Hill. ISBN 978-0-07-069179-7.

Wetzel, R. G. (2001). Limnology: Lake and river ecosystems. San Diego: Academic
Press.

69
Wheaton, J. M., Brasington, J., Darby, S. E., Merz, J., Pasternack, G. B., Sear, D., &
Vericat, D. (2010). "Linking geomorphic changes to salmonid habitat at a
scale relevant to fish". River Research and Applications. 26 (4): 469–486.

Williams, D. D. & Feltmate, B. W. (1992). Aquatic Insects. CAB International.

Woodiwiss, F. S. (1964). The biological system of stream classification used by the


Trent River Board. Chem. Ind. 83: 443–447

Wolman, M. G. (1955). The natural channel of Brandywine Creek, Pennsylvania.


United States Geological Survey Professional Paper, pp.271.

Wong, S. R., Chars, B., Jainih, L., Fikri, A. H., Harun, S. & Moh, P. Y. (2018)
Comparative Assessment of Moyog River Watershed and Malaysia Water
Quality Index. SANREM. pp.29-35

Woodiwiss, F. S. (1980). Biological Monitoring of Surface Water Quality. Summary


Report, ENV/787/80-EN. Commission of the European Communities: Brussels,
Belgium.

Wyrick, J. R., Senter, A. E., & Pasternack, G. B. (2014). "Revealing the natural
complexity of fluvial morphology through 2D hydrodynamic delineation of
river landforms". Geomorphology. 210: 14–22.

Yang, T. C. (1971). Formation of riffles and pools. Water Resources Research 7:1567-
1574.

Yule C. M., & Yong H. S. (2004) Freshwater invertebrates of the Malaysian Region.
Akademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur, pp.861-863.

Zainudin, E. Z. (2010) Benchmarking river water quality in Malaysia. Jurutera. pp.12-


15 in Chaw, V. V. (2016). The use of aquatic insects communities as bioindicator
at Ulu Kimanis, Crocker Range Park, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Ziglio, G., Siligardi, M., & Flaim, G. (2006). Biological Monitoring of Rivers:
Applications and Perspectives. John Wiley & Sons, Ltd

70
LAMPIRAN

LAMPIRAN A KLASIFIKASI

Jadual 1 Kelas-kelas air dan kegunaan (DOE Malaysia, 2011)

Kelas Kegunaan
Kelas I Konservasi alam semula jadi
Bekalan Air I - Tiada rawatan yang diperlukan
Perikanan I - Species akuatik yang sangat sensitif
Kelas IIA Bekalan Air II - Rawatan lazim diperlukan
Perikanan II - Spesies akuatik yang sensitif
Kelas IIB Kegunaan rekreasi dengan sentuhan fizikal
Kelas III Bekalan Air III - Rawatan ekstensif diperlukan
Perikanan III - Nilai ekonomi biasa dan spesies toleran; minuman
ternakan
Kelas IV Pengairan
Kelas V Tiada di atas

71
Jadual 2 National Water Quality Standards

Parameters Unit Classes


I IIA IIB III IV V
Ammoniacal Nitrogen mg/l 0.1 0.3 0.3 0.9 2.7 >2.7
BOD mg/l 1.0 3.0 3.0 6.0 12.0 >12.0
COD mg/l 10.0 25.0 25.0 50.0 100.0 >100.0
5.0-
DO mg/l 7.00 5.0-7.0 7.0 3.0-5.0 <3.0 <1.0
6.0-
pH - 6.5-8.5 6.0-9.0 9.0 5.0-9.0 5.0-9.0 -
Colour TCU 15.00 150.00 150.00 - - -
Electrical Conductivity* umhos/cm 1,000.0 1,000.0 - - 6,000.0 -
Floatables - n n n - - -
Odour - n n n - - -
Salinity % 0.5 1.0 - - 2.0 -
Taste - - n n n - -
Total Dissolved Solid mg/l 500.0 1000.0 - - 4000.0 -
Total Suspended Solid mg/l 25.0 50.0 50.0 150.0 300.0 300.0
Temperature °C - Normal +2°C - Normal +2°C - -
Turbidity NTU 5.0 50.0 50.0 - - -
Faecal Coliform** counts/100 ml 10.0 100.0 400.0 5,000.0 (20,000.0)a 5,000.0 (20,000.0)a -
Total Coliform counts/100 ml 100.0 5000.0 5000.0 50,000.0 50,000.0 >50,000.0
Iron mg/l 1.0 1.0 1.0 1.0(Leaf) 5.0(Others)
Manganese mg/l 0.1 0.1 0.1 0.2
Nitrate mg/l 7.0 7.0 - 5.0
Phosphorus mg/l 0.2 0.2 0.1 -
Oil & Grease mg/l Natural levels or absent 0.04;N 0.04;N N - Levels above IV

72
LAMPIRAN B KORELASI

Jadual 3 Ujian Kenormalan pensampelan pertama.

73
Jadual 4 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

74
Jadual 5 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

75
Jadual 6 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

76
Jadual 7 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

77
Jadual 7 Ujian Kenormalan pensampelan kedua.

78
Jadual 8 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

Jadual Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

79
Jadual 9 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

80
Jadual 10 Korelasi parameter air dan serangga akuatik.

81
LAMPIRAN C KAWASAN PENSAMPELAN

Foto 1 Anak sungai ini membawa bahan buangan dari kilang tauhu ke Sungai Moyog.

Foto 2 Jalan raya yang menyeberangi sungai di Kampung Babagon.

82

You might also like