Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT

NAMA: ________________________________________ KELAS: ______________

UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA)


2023/2024
TAHUN EMPAT

SET 2
SAINS
TAHUN EMPAT
1 Jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian utama: Bahagian A,


Bahagian B dan Bahagian C.
2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan dalam ketiga-
tiga bahagian ini.
3. Jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
4. Serahkan kertas ujian yang telah dijawab kepada guru yang bertugas pada
akhir ujian tersebut.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa :
BAHAGIAN MARKAH MARKAH
PENUH DIPEROLEH
A 10 soalan 10

B 2 soalan 8

C 4 soalan 32

JUMLAH 50

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

BAHAGIAN A
(10 markah)

1. Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang pelajar.

Rajah 1

Apakah kemahiran proses sains yang terlibat dalam aktiviti ini?


A Mentafsir data
B Membuat hipotesis
C Mengeksperimen
D Mengukur dan menggunakan nombor

2. Amnan menjalankan satu uji kaji di rumahnya. Dia menyediakan dua bekas ikan yang
sama saiz dan diisi dengan jenis ikan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2. Air di dalam bekas ikan A ditukar setiap sebulan manakala air di dalam
bekas ikan B ditukar setiap seminggu.

Ikan A Ikan B

Rajah 2

Apakah pemboleh ubah bergerak balas dalam uji kaji ini?


A Jenis ikan
B Ketumpatan air
C Saiz balang
D Jangka hayat ikan
3. Mengapakah perkumuhan dan penyahtinjaan penting kepada manusia?

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

A Untuk mengelakkan badan dari dehidrasi


B Untuk membantu manusia makan dan minum dengan baik
C Untuk menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan
D Untuk memastikan agar badan kelihatan kurus

4. Rajah 3 menunjukkan seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Rajah 3

Pilih penyataan yang bukan akibat dari perbuatan di atas.


A Menyebabkan kemalangan jalan raya
B Mengganggu pemanduan pemandu lain
C Lelaki itu akan menghidap penyakit berjangkit
D Menyebabkan gerak balas menjadi lambat

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

5. Rajah 4 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 4

Mengapakah haiwan ini dikelaskan sebagai haiwan invertebrata?


A Haiwan ini bernafas menggunakan spirakel
B Haiwan ini tidak mempunyai tulang belakang
C Haiwan ini merupakan sejenis serangga
D Haiwan ini mempunyai kepak

6. Rajah 5 menunjukkan dua ekor haiwan.

Platipus Itik

Rajah 5

Mengapakah platipus tidak dikelaskan dalam kumpulan burung walaupun mempunyai


paruh dan kaki berselaput seperti itik?
A Platipus mempunyai bulu dan mampu menghasilkan susu
B Platipus bersaiz besar manakala itik bersaiz lebih kecil
C Platipus bertelur lebih banyak berbanding dengan itik
D Platipus mempunyai empat kaki manakala itik hanya mempunyai dua kaki

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

7. Rajah 6 menunjukkan keadaan daun pokok perangkap lalat Venus setelah


menangkap seekor lalat.

Rajah 6

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan situasi di
atas?
A Pokok perangkap lalat Venus memerlukan lalat sebagai sumber nutrisi
B Pokok perangkap lalat Venus boleh bergerak
C Daun pokok perangkap lalat Venus bergerak balas terhadap rangsangan
D Daun pokok perangkap lalat Venus bergerak balas terhadap cahaya

8. Penyataan di bawah menerangkan maksud fotosintesis.

Fotosintesis merupakan satu proses di mana pembentukan zat makanan


atau tenaga yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan
klorofil, karbon dioksida, dan air serta bantuan tenaga cahaya matahari.

Apakah kepentingan proses fotosintesis kepada manusia?


A Membekalkan sumber tenaga kepada manusia
B Membekalkan sumber oksigen untuk pernafasan
C Membolehkan tumbuhan membuat makanan sendiri
D Menambah kandungan karbon dioksida dalam udara

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

9. Rajah 7 menunjukkan perubahan arah bayang-bayang pada waktu yang berbeza.

P Q R S

Rajah 7

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan perubahan arah bayang-bayang


dari pagi hingga petang?
A P,R,Q,S
B P,Q,R,S
C S,Q,R,P
D R,Q,S,P

10 Rajah 8 menunjukkan pantulan cahaya dari satu cermin satah.


.

K L

J M

Rajah 8

Manakah sudut yang betul yang dihasilkan oleh pantulan cahaya?


A J
B K
C L
D M

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

BAHAGIAN B
(8 markah)

1. (a) Apakah bahan yang disingkirkan dalam setiap situasi di bawah? Tulis jawapan dalam
ruang yang disediakan.

(2 markah)

(b) Apakah gerak balas yang dilakukan berdasarkan gambar dan rangsangan yang
dinyatakan?

Rangsangan: Tersentuh makanan panas Rangsangan: Makan lemon masam


Gerak balas: Gerak balas:

(2 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

2. (a) Padankan mengikut definisi yang sesuai.

Bahan yang memancarkan


Permukaan legap
sebahagian besar cahaya

Bahan yang sebarkan cahaya

Permukaan lutsinar ke semua arah untuk hasilkan


cahaya resap

Bahan yang halang laluan


cahaya dari bentuk bayang-
bayang di belakangnya

(2 markah)

(b) Tandakan () pada alat yang menggunakan prinsip pembiasan cahaya.

(2 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

BAHAGIAN C
(32 markah)
3. Rajah 9 menunjukkan dua tumbuhan yang sama jenis, tumbuhan X dan tumbuhan Y.
Tumbuhan X diletakkan di luar rumah manakala tumbuhan Y diletakkan di dalam bilik
dan terlindung dari cahaya matahari. Kedua-dua tumbuhan disiram dengan kuantiti
air yang sama banyak pada setiap hari.

Tumbuhan X Tumbuhan Y

Rajah 9

(a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan rajah di atas?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(1 markah)

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat.


i. Dimanipulasi
______________________________________________________________
(1 markah)
ii. Bergerak balas
______________________________________________________________
(1 markah)
iii. Dimalarkan
______________________________________________________________
(1 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

(c) Tulis satu hipotesis berdasarkan penyiasatan yang dijalankan.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(1 markah)

(d) Tumbuhan Y telah dipindahkan ke kawasan luar rumah dan diberikan baja tambahan.
i. Ramalkan keadaan tumbuhan Y setelah sebulan. Terangkan jawapan anda.
______________________________________________________________
(2 markah)
ii. Apakah kepentingan baja kepada tumbuhan?
______________________________________________________________
(1 markah)

4. Rajah 10 di bawah menunjukkan satu situasi.

Rajah 10

(a) Namakan situasi di atas.


____________________________________________________________________
(1 markah)

(b) i. Adakah situasi di atas memberi kesan buruk kepada pernafasan manusia?
______________________________________________________________
(1 markah)
ii. Berikan sebab bagi jawapan anda (b)i.
______________________________________________________________
(1 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

(c) Berikan dua contoh perkara yang memberi kesan buruk kepada pernafasan manusia.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Cadangkan satu perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan situasi atas
berlaku.
____________________________________________________________________
(1 markah)
(e)
Rajah 11 di bawah menunjukkan proses semasa menarik nafas.

Rajah 11

Terangkan secara ringkas pergerakan dada dan laluan udara semasa menarik nafas.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(2 markah)

5. (a) Rajah 12 menunjukkan dua ekor haiwan.

Badak sumbu Dugong

Rajah 12

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

i. Berikan dua persamaan bagi dua haiwan di atas.


______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
ii. Nyatakan satu perbezaan antara dua haiwan di atas.
______________________________________________________________
(1 markah)

(b) Rajah 13 menunjukkan seekor ikan lumba-lumba yang hidup di dalam laut.

Rajah 13

i. Berikan dua sebab mengapakah ikan lumba-lumba dikelaskan sebagai


haiwan mamalia dan bukannya ikan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
ii. Berikan satu contoh haiwan yang dikelaskan sebagai ikan.
______________________________________________________________
(1 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

(c) Rajah 14 menunjukkan empat ekor haiwan.

Siput Kerang Sotong Tapak sulaiman

Rajah 14
Jelaskan kumpulan bagi semua haiwan di atas.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(2 markah)

6. Rajah 15 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 15

(a) Nyatakan dua keperluan asas tumbuhan untuk tumbuh sihat.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Tumbuhan boleh membuat makanan melalui satu proses. Namakan proses tersebut.
____________________________________________________________________

Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

(1 markah)
(c) Tuliskan persamaan perkataan bagi proses fotosintesis.
____________________________________________________________________
(1 markah)

(d) Klorofil diperlukan untuk proses fotosintesis. Apakah itu klorofil?


____________________________________________________________________
(1 markah)

Bagaimanakah cahaya matahari membantu proses fotosintesis?


(e)
____________________________________________________________________
(1 markah)

Berikan dua kepentingan proses fotosintesis kepada hidupan lain.


(f)
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(2 markah)

Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like