Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

ARAHAN DAN SENARAI KEPERLUAN CALON BAGI

PROGRAM BERTEMU DUGA


LEPASAN SPM/SETARAF KE PROGRAM ASASI TESL SESI AKADEMIK
1 2023/2024

FAKULTI PENDIDIKAN
ASASI TESL

A. Sesi temu duga akan dibuat dalam 2 (dua) bahagian iaitu:

1. Sesi I (Ujian Dalam Talian) adalah mengikut ketetapan di bawah:

i. Ujian dalam talian akan dijalankan pada 10 Mei 2023, 2.00 petang.

ii. Tempoh menjawab ujian dalam talian adalah selama 30 minit.

iii. Calon hanya boleh menjawab ujian sebanyak SATU (1) kali sahaja.

iv. Pautan untuk ujian dalam talian akan diberikan melalui notifikasi SMS ke nombor
yang dididaftarkan dalam sistem UPU semasa permohonan UPU dibuat.

v. Peranti yang digunakan semasa menjawab ujian dalam talian mesti mempunyai
kamera. Kamera wajib dipasang sepanjang masa menjawab ujian dalam talian.

vi. Topik ujian dalam talian akan merangkumi subjek ’Reading’ dan ’Grammar’ dalam
format objektif.

vii. Calon WAJIB klik butang ’SUBMIT’ selepas selesai ujian dalam talian. Jika calon
tidak sempat menjawab kesemua soalan dalam tempoh 30 minit, calon masih WAJIB
menekan butang ’SUBMIT’ sebelum tempoh menjawab tamat.

viii. Kegagalan untuk klik butang ’SUBMIT’ sebelum tamat tempoh masa menjawab akan
menyebabkan markah tidak diambilkira dan calon akan mendapat markah KOSONG (0).

ix. Keputusan ujian dalam talian akan dihantar melalui notifikasi SMS ke nombor yang
didaftarkan di dalam sistem UPU semasa permohonan UPU dibuat. Hanya calon yang
berjaya ujian dalam talian sahaja yang akan menerima tawaran temuduga lisan secara
bersemuka dipusat temuduga yang akan dimaklumkan.

x. Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.
2. Sesi II (Temuduga lisan secara bersemuka)

i. Calon yang lulus ujian dalam talian akan menerima panggilan temuduga lisan secara
bersemuka.
ii. Notifikasi SMS untuk panggilan temuduga lisan secara bersemuka akan dihantar ke
nombor yang didaftarkan dalam sistem UPU semasa permohonan UPU dibuat.
iii. Calon yang hadir temuduga perlu mematuhi Sahsiah Rupa Diri yang ditetapkan
seperti berikut: -

Lelaki : Berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut sarung


Berambut pendek dan kemas

Perempuan: Baju kurung atau pakaian formal dan berkasut sarung


Berambut kemas dan tidak berwarna

Calon-calon yang menghadiri temu duga hendaklah mematuhi peraturan arahan


pakaian yang ditetapkan oleh fakulti atau berpakaian kemas dan sopan
(tidak dibenarkan memakai jeans dan t.shirt)

B. Dokumen Am Dan Peralatan Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga Lisan


Secara Bersemuka

1. Surat Panggilan Temu duga


2. Sijil SPM (Asal & Salinan yang telah disahkan)
3. Sijil kelahiran (Asal & Salinan yang telah disahkan)
4. Kad Pengenalan (Asal & Salinan yang telah disahkan)
5. Sijil kelahiran dan Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga (Salinan yang telah disahkan)
6. Dokumen-dokumen dan sijil-sijil asal yang berkaitan

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:

Dr Hamimah 03-3258 4921


Timbalan Dekan (Akademik)

Puan Zulfa Zainal Abidin 03-3258 4990


Penolong Pendaftar Kanan (Akademik & PJI)

En. Abd. Malek Hj. Kamarun 03-3258 4948


Pegawai Eksekutif Kanan (Akademik)

No. Tel. Pejabat Am Fakulti Pendidikan 03-3258 4900

Puan Nor Hashima Mohd Sukor 03-89245225

Encik Herry Amizan Hamdan (UiTM Kampus Dengkil) 03-89245217


Penolong Pendaftar Kanan

Pejabat HEA (UiTM Kampus Dengkil)/No.Faks 03-89245383 / 03-89245371


SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMU DUGA
PROGRAM DIPLOMA/ASASI, UiTM
MAKLUMAT CALON

NAMA : .............................................................................................................
...........
NO. MYKAD : ...............................................

MAKLUMAT TEMU DUGA

KOD PROGRAM UiTM / KOD PROGRAM : ....................../.........................


UPU
NAMA PROGRAM : .............................................................................................................
...........
KAMPUS : ........................................................ TARIK : ............................
.... H ..

Dokumen yang perlu dibawa semasa hadir temu duga adalah seperti berikut:
(Pastikan dokumen yang dibawa mengikut susunan senarai semakan)
● Dokumen Asal – sebagai semakan pihak UiTM sahaja
● Salinan dokumen yang telah disahkan
N DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN* SEMAKAN SEMAKAN
O. [SATU (1) SALINAN SAHAJA & TIDAK DIPULANGKAN] OLEH OLEH
Kegagalan menyediakan dokumen seperti berikut boleh menyebabkan CALON FAKULTI
calon TIDAK AKAN DITAWARKAN program pengajian yang dipohon. (sila (sila
tandakan tandakan
√) √)
Surat Panggilan Temu Duga
1.
(Dicetak dari laman web online.uitm.edu.my)
Kad Pengenalan Calon
2. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan anda perlu membuat Kad
Pengenalan sementara di Jabatan Pendaftaran Negara).
Kad Pengenalan ibu dan bapa Ibu
(Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan ibu/ bapa anda
3. Bap
perlu membuat Kad Pengenalan sementara Jabatan
Pendaftaran Negara). a
Sijil Kelahiran Calon
4. (Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran, anda perlu membuat cabutan sijil
kelahiran/ kad pengenalan yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara).
Sijil Kelahiran ibu dan bapa Ibu
(Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran ibu/ bapa, anda perlu
membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang baru di
5.
Jabatan Pendaftaran Negara). Bagi ibu/ bapa yang telah Bap
meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/ bapa PERLU a
dibawa semasa hari temu duga
SPM/ setaraf
6. (Sekiranya kehilangan sijil SPM/ setaraf anda perlu mendapatkan salinan
yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia).
7. Pengiktirafan Program Dari MQA (Calon lepasan O- Level)

* NOTA: Salinan Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru
Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri.

Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan
pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

You might also like