Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.

2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

MODEL Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema


JAWAPAN novel tersebut.
1

Novel yang telah saya kaji ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.

Tema novel Jendela Menghadap Jalan adalah kecekalan seorang gadis menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan hidup.

Lili cekal menghadapi kerenah sikap ibunya yang m enyuruhnya m enghabiskan


cuti persekolahan di kampung datuknya di Kampung Sentosa, Dungun Terengganu. Lili mempunyai
rancangannya tersendiri untuk meghabiskan cuti persekolahan bersama kawan-kawannya tetapi
perkara ini tidak diketahui oleh ibunya. Lili cekal mematuhi suruhan ibunya dengan bercuti di
kampung datuknya. Berkat kecekalan Lili, dia berjaya menggembirakan ibunya walaupun terpaksa
mengorbankan kepentingan dirinya.

Lili cekal menghadapi dugaan dan ancaman daripada Rafik dan Haziq. Rafik dan
Haziq menjadikan Lili sebagai tebusan, menculik Lili dan mengurungnya di sebuah pondok usang di

pinggir hutan. Lili cekal menghadapi suasana cemas ini dengan tenang dan tidak berasa panik atau
takut. Lili juga cekal berfikir mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri sebelum diselamatkan
oleh Danel.

Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak sepakat dalam isu

pemasangan kubah pada bumbung surau. Cabaran kepada Lili ialah golongan tua ingin
mengekalkan surau lama dengan memasang kubah baharu manakala golongan muda pula inginkan
sebuah masjid baharu. Berkat kecekalan Lili, dia berjaya memujuk datuknya untuk membatalkan
rancangan pemasangan kubah. Lili juga cekal memujuk dan menyakinkan penduduk kampung
untuk menerima cadangan pembinaan masjid baharu di kampung itu.
Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

1
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
tiga persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.
JAWAPAN
2

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin.

Salah satu persoalan yang terkandung dalam novel Jendela Menghadap Jalan
adalah persoalan berhubung keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga
masih berlaku walaupun undang-undang telah digubal bagi menangani jenayah tersebut.
Keganasan rumah tangga juga berlaku di kampung yang dihuni oleh datuk Lili. Seman,
suami Che Jah yang buruk tingkah lakunya iaitu panas baran, kaki judi, pemalas
dan pencuri sering menzalimi anak-anak dan isteri. Anak -anaknya iaitu Haziq dan
Rafik menjadi liar, menagih dadah dan keciciran dalam pengajaran akibat didikan yang
tidak sempurna dan selalu dibelasah oleh bapanya.

Pengarang novel turut mengetengahnya persoalan taat pada ajaran agama sebagai
satu persoalan penting dalam novelnya. Penduduk kampung taat akan ajaran
agama. Apabila sampai waktu solat, mereka pergi ke surau tanpa
menghiraukan rancangan televisyen. Disebabk an ram ai yang pergi k e surau
untuk bersolat, surau juga dijadikan tempat pertemuan untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, Pak Sahar meminta datuk supaya pergi ke surau disebabkan pemaju dari
bandar telah datang memujuk orang kampung supaya menjual tanah kepada mereka.
Datuk berzikir menggunakan tasbih setiap kali selepas solat dan memberikan tazkirah
kepada Lili dan nenek.

Persolan seterusnya adalah persoalan ketaatan anak terhadap ibu bapa. Sebagai
contohnya Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang mahu dia pulang bercuti di
kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Lili tidak m em bantah
cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian. Lili mempunyai rancangannya tersendiri
bersama-sama kawan-kawannya pada masa cuti sekolah nanti tetapi demi ketaatan pada
ibunya Lili sanggup mematuhi arahan beliau supaya bercuti di rumah datuknya
di Dungun, Terengganu. Lili m enaik i bas dari K uala Lum pur k e Dungun untuk
bercuti di rumah datuknya atas permintaan ibunya.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

2
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan


MODEL
dua nilai murni.
JAWAPAN
3

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu nilai murni yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah nilai kasih

sayang. Nilai kasih sayang ini dapat dilihat dengan jelas pada diri Lili. Hal ini dem ikian

kerana, Lili amat menyayangi ibunya. Lili tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya

untuk pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu walaupun hatinya

begitu berat untuk berbuat demikian. Lili m em punyai rancangannya tersendiri bersma

kawan-kawannya pada masa cuti sekolah nanti tetapi demi kasih sayang terhadap ibu, Lili sanggup

mematuhi arahan ibunya untuk bercuti di rumah datuknya dengan mengorbankan kepentingan

dirinya.

Selain itu, pengarang novel Jendela Menghadap Jalan turut mengetengahkan nilai

kerajinan. N ilai kerajinan ini dapat dilihat pada diri Lili. Lili amat rajin menolong

neneknya di dapur. Setiap kali jika ada tetam u datang ke rum ah datuknya Haji Abdul

Rahman, Lili akan membantu neneknya Aisyah Tan Abdullah untuk membuat minuman kepada

tetamu. Sebagai contoh, sew aktu Pak Sahar dan Pak Sanusi berkunjung ke rum ah

datuk untuk membincangkan isu pemasangan kubah surau, Lili membantu neneknya di dapur

untuk menyediakan minuman kepada Pak Sahar dan Pak Sanusi.


Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

3
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan


MODEL
dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
JAWAPAN
4

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah

kita hendaklah taat akan suruhan dan arahan ibu bapa. Sebagai contoh, Lili taat
dan akur akan suruhan ibunya yang mahu dia pulang bercuti di kampung

halaman ibunya di Dungun, Terengganu. Lili tidak m embantah cadangan ibunya

yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya walaupun hatinya begitu berat

untuk berbuat demikian. Lili mempunyai rancangannya tersendiri bersama kawan-

kawannya pada masa cuti sekolah nanti tetapi demi ketaatan pada ibunya Lili

sanggup mematuhi arahan beliau untuk bercuti di rumah datuknya.

Selain itu, pengarang novel Jendela Menghadap Jalan turut mengetengahkan

pengajaran kita hendaklah membantu seseorang yang berada dalam kesusahan atau

masalah. Che Jah yang m erupak an jiran k epada datuk Lili sering m enjadi

mangsa keganasan rumah tangga suaminya, Seman. Lili membantu menyelesaikan

masalah rumah tangga Che Jah dengan mendapatkan bantuan Puan Hamimah yang

merupakan seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berkat bantuan yang

diberikan oleh Lili berjaya menyelamatkan Che Jah daripada terus menjadi mangsa
keganasan dan penderaan suaminya kerana Seman telah ditahan oleh polis manakala

Rafik dan Haziq pula telah ditempatkan di pusat pemulihan dadah.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

4
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
tiga latar masyarakat dalam novel tersebut.
JAWAPAN
5

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin.

Salah satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah
masyarakat kampung yang masih mengamalkan perubatan tradisional. Datuk Lili
iaitu Hj. Abd Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang terkenal di
Kampung Sentosa. Beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan kaedah rawatan tradisional
iaitu menggunakan akar-akar kayu campuran herba dan berurut. Hj. Abd Rahman merawat
penyakit kencing manis dan darah tinggi William Ng serta Letchumi dengan menggunakn
kaedah rawatan tradisional. Malah, Pn.Hamimah dari Kuala Lumpur turut menemui Hj. Abd
Rahman untuk mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit goutnya.

Masyarakat kampung yang mengalami masalah keganasan rumah tangga


turut dijadikan sebagai satu latar masyarakat oleh pengarang novel. Hal ini dikatakan demikian
kerana Che Jah merupakan mangsa keganasan suaminya, Seman. Seman seorang suami yang
cepat panas baran, pemabuk dan penjudi. Seman sering memukul dan mendera isterinya
lebih-lebih lagi kalau Che Jah menuntut cerai daripadanya. Mujurlah Che Jah diselamatkan oleh
Lili yang mendapatkan bantuan Pn. Hamimah yang merupakan seorang pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat.

Satu lagi latar masyarakat yang turut diketengahkan oleh pengarang novel ini ialah
masyarakat yang baik hati dan prihatin. W alaupun R afik dan Haziq telah m enculik
Lili dan mengurungnya di sebuah pondok usang namun Lili bersikap baik hati apabila
memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq serta tidak membuat laporan polis. Lili juga amat
prihatin terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah sehingga bercadang
untuk membantunya. Lili mendapatkan bantuan Puan Hamimah seorang pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah daripada keganasan dan penderaan
suaminya.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

5
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
dua latar masa dalam novel tersebut.
JAWAPAN
6

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu latar masa yang terdapat dalam Novel Jendela Menghadap Jalan ialah

waktu pagi. Sebagai contoh, pada waktu pagi, Danel telah membawa bapanya

William Ng untuk menemui Hj. Abdul Rahman. Danel m em ak lumkan kepada Hj

Abdul Rahman bahawa bapanya William Ng tidak akan meneruskan rawatan tradisional

daripada Hj Abdul Rahman kerana mereka ingin mecuba rawatan moden pula. Menurut

Danel rawatan perubatan tradisional yang diterima oleh bapanya selama ini tidak memberi

sebarang kesan positif.

Seterusnya pengarang novel turut menggunakan waktu malam sebagai salah satu

latar masa. Hal ini terbukti apabila Danel keluar mencari Lili yang telah diculik oleh Rafik

pada waktu malam. Danel berani m eredah kegelapan malam sehingga k e

pinggir hutan untuk menjejaki dan menyelamatkan Lili. Danel berjaya selamatkan Lili pada

waktu malam.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

6
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan


MODEL
dua latar tempat.
JAWAPAN
7

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah

Kedai Runcit Letchumi. K edai runcit ini terletak di Pekan Sentosa. P ada suatu

hari nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi. Di kedai tersebut Lili bertemu dengan

Geetha iaitu anak gadis I ndia yang kali pertam a telah ditem ui oleh Lili di dalam

bas ekspres semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Sewaktu berada di kedai runcit

tersebutlah Lili mendapat tahu Geetha ialah anak kepada Letchumi dan Letchumi pula

merupakan pesakit kepada datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman yang

mengamalkan rawatan perubatan tradisional untuk raw atan penyak it k encing

manis Letchumi.

Selain itu, pengarang turut memilih Rumah datuk Lili di Kampung Sentosa, Dungun

sebagai satu latar tempat dalam novelnya. Pada suatu hari, Danel bersama bapanya

William Ng datang ke rumah datuk Lili untuk memaklumkan kepada datuk bahawa

bapanya bercadang untuk berhenti menerima rawatan perubatan tradisional

daripada datuk kerana ingin mencuba perubatan moden pula. Sew ak tu berada

di rumah datuk Lili, Danel telah bertemu Lili kali kedua dan tidak menyangka Lili ialah cucu

kepada Haji Abdul Rahman.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

7
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
tiga perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
JAWAPAN
8

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin.

Watak utama dalam novel ini digambarkan sebagai seorang anak yang patuh akan suruhan
ibunya. Sebagai contoh, Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang mahu dia pulang
bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Lili tidak m m bantah cadangan
ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya walaupun Lili mempunyai
rancangannya tersendiri bersama kawan-kawannya pada masa cuti sekolah nanti
tetapi demi ketaatan pada ibunya, Lili sanggup mematuhi arahan ibunya untuk bercuti
di rumah datuknya. Lili tidak mahu melukakan perasaan ibunya kerana dia terlalu
menyayangi ibunya.

Selain itu, watak utama juga digambarkan sebagai seorang anak gadis yang prihatin dan
pemaaf. Sebagai buktinya, Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang menculik
dan menyembunyikannya di sebuah pondok usang di pinggir hutan kerana sedar
bahawa mereka terdesak pada masa itu untuk menyelamatkan diri mereka daripada ditangkap oleh
penduduk kampung. Selepas Lili diselamatkan oleh Danel, Lili tidak mahu membuat laporan polis
terhadap Rafik dan Haziq kerana memikirkan masa depan mereka. Lili juga
mendapatkan bantuan dua orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu Puan Hamimah dan
Nadia untuk menyelamatkan Rafik dan Haziq serta menyelamatkan Che Jah daripada terus menjadi
mangsa keganasan rumah tangga suaminya, Seman.

Malah, watak utama dalam novel ini turut digambarkan sebagai seorang anak gadis yang
rajin. Sebagai contoh, Lili rajin menbantu neneknya menyediakan minuman di dapur
setiap kali ada tetamu datang berkunjung ke rumah datuknya. Lili m em bantu
neneknya menyediakan minuman sewaktu Pak Sahar dan Pak Sanusi berkunjung ke rumah datuk
untuk membincangkan isu kubah di kampung. Lili bukan sekadar rajin membatu neneknya di dapur
malah menghidangkan minuman kepada tetamu.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

8
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
dua perwatakan watak sampingan dalam novel tersebut.
JAWAPAN
9

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin.

Watak sampingan novel ini ialah Danel. Terdapat beberapa perwatakan watak sampingan

dalam novel ini.

Perwatakan watak sampingan ialah seorang anak muda yang berani. Sebagai

contoh, Danel berani bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung oleh

Haziq dan Rafik di dalam sebuah pondok buruk pada waktu malam. Danel sanggup

menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan Lili daripada tahanan Haziq dan Rafik.

Seterusnya, watak sampingan merupakan seorang yang bertanggungjawab.

Sebagai contoh, Danel ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya, William

dan Danel serta abangnya telah bersama-sama mencapai kata sepakat untuk merawat

bapanya dengan rawatan moden menggantikan rawatan tradisional daripada datuk Lili.

Di samping itu, watak sampingan juga merupakan seorang yang gigih berusaha.

Sebagai contoh, Danel gigih menulis rencana berkaitan lebah madu, pisang dan

sebagainya kerana dia meminati bidang penulisan tentang hasil pertanian untuk dimuatkan

dalam blog.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

9
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
bahagian permulaan plot.
JAWAPAN
10

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Di bahagian permulaan cerita, watak utama novel ini iaitu Lili digambarkan sebagai seorang

pelajar Tingkatan 5 yang tinggal bersama ibunya di bandar Kuala Lumpur. Lili

bercadang untuk menghabiskan cuti sekolahnya tidak lama lagi bersama kawan-kawannya. Walau

bagaimanapun ibu Lili pula meminta Lili untuk pulang bercuti di rumah datuknya di Kampung

Sentosa, Dungun. Sebenarnya ibu Lili tidak mengetahui rancangan anaknya itu. Manakala Lili pula

mematuhi suruhan ibunya itu kerana tidak mahu menyinggung perasaan ibunya memandangkan

Lili terlalu menyayangi ibunya.

Oleh sebab Lili seorang anak yang patuh dan penyayang maka dengan hati yang berat dia

terpaksa mengorbankan keinginan peribadinya dan bersetuju untuk menghabiskan cuti sekolahnya

bersama datuk dan nenek di Kampung Sentosa. Sew aktu berada di dalam bas ekspres

dalam perjalanan ke rumah datuknya, Lili telah berkenalan dengan seorang anak gadis India

bernama Geetha yang merupakan seorang pelajar universiti. Lili turut terserem pak

dengan seorang pemuda berbangsa Cina bernama Danel di dalam bas yang sama. Sewaktu

menuruni bas, Lili telah tercicir bukunya tetapi telah dikembalikan oleh Danel. Mereka tidak sempat

berkenalan kerana Lili terpaksa menaiki kenderaan Abang Rashid dan pulang ke rumah datuknya

Haji Abdul Rahman.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

10
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam
JAWAPAN
novelnya.
11

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin.

Salah satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah teknik imbas sekali. Teknik imbas kembali ialah peristiwa lampau yang mempunyai
kaitan dengan peristiwa semasa disampaikan kepada pembaca melalui penceritaan watak atau
kenangan watak. Antara peristiwa yang dipaparkan menggunakan teknik imbas kembali ialah,
datuk Lili menceritakan asal usulnya iaitu dia berasal dari keturunan pelaut dari
Kalimantan. Dia, bapa dan beberapa orang lain m enum pang kapal m ilik orang I nggeris
kemudian terdampar di sebuah pantai. Di situ dia bertemu jodoh dengan nenek Lili. Nenek pula
bercerita bahawa dia berasal dari negara China. Dia m engikut bapanya belayar
kemudian membantu datuk yang terdampar di pantai. Nenek berkahwin dengan datuk setelah
sebulan berkenalan. Nenek bercerita bahawa arwah Haji Salihin yang berasal dari Jawa Barat ialah
bekas ketua kampung itu. Haji Salihin yang warak itu bersama rakan-rakan telah merintis kampung
itu. Disebabkan susah payah membuka kampung mereka menetapkan bahawa kampung itu tidak
boleh menerima sebarang perubahan dalam tempoh seratus tahun selepas pembukaannya.
Kemudian arwah ayah datuk telah menyingkatkan menjadi lima puluh tahun sahaja.

Pengarang novel turut menggunakan teknik saspens sebagai salah satu teknik plot dalam
novelnya. Pengarang mededahkan sedikit cerita untuk menimbulkan tanda tanya pembaca tentang
sebab dan akibat daripada peristiwa yang dipaparkan. Teknik ini dijadikan umpan oleh pengarang
untuk memancing pembaca supaya terus membaca hasil karyanya. Antara peristiwa yang
menggunakan teknik saspens ialah, Datuk menyebut-nyebut tentang jendela menghadap
jalan yang menyimpan pelbagai nostalgia tetapi enggan menyatakan rahsia dan
nostalgia itu. Pem baca tertanya-tanya di dalam hati kenapa jendela rumah-rumah di
kampung itu menghadap jalan. Datuk melakukan pelbagai perbuatan pelik iaitu masuk ke hutan
sepanjang malam, menyusun kayu api yang sudah disusun pada waktu malam,
memunggah barang-barang lama di dalam almari yang telah kemas tersusun dan
menyusunnya kembali. Pembaca tertanya-tanya kenapa datuk berbuat demikian?
Apakah masalah datuk? Begitulah unsur saspens yang digunakan oleh pengarang
untuk menarik perhatian pembaca.

Teknik plot seterusnya ialah teknik kejutan. Teknik kejutan ialah pengarang memaparkan
peristiwa yang di luar jangkaan pembaca iaitu peristiwa sesudah itu bertentangan dengan peristiwa
sebelumnya. Antara peristiwa yang menggunakan teknik kejutan dalam novel ialah, Lili
membonceng motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang oleh Danel untuk ke rumah
Che Jah. Sebelum ini, Lili amat menjaga maruahnya. Dia juga enggan menaiki teksi
bersama-sama Danel ketika pulang dari pekan. N am un, tindakan Lili m em bonceng
motosikal Danel ke rumah Che Jah benar-benar mengejutkan pembaca. Selain itu, tindakan Lili
berani keluar dan berjalan-jalan dengan Danel juga mengejutkan pembaca kerana di awal cerita
pengarang menggambarkan Lili begitu berhati-hati dalam tindakannya.
Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

11
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
dua kepincangan masyarakat yang diketengahkan oleh
JAWAPAN
pengarang novel.
12

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini adalah masalah

keluarga atau keganasan rumah tangga dalam kalangan penduduk kampung.

Sebagai contoh, Seman digambarkan sebagai seorang bapa dan suami yang tidak

bertanggungjawab. Sem an cepat panas baran, kaki judi dan pemabuk. Dia

sering membelasah isteri dan anak-anaknya. Ak ibatnya, k edua-dua anak lelakinya

iaitu Haziq dan Rafik telah menjadi pencuri dan penagih dadah. Malah, Che Jah sendiri

sudah tidak bahagia hidup bersama Seman dan menuntut cerai daripada suaminya.

Selain itu, pengarang novel turut menjadikan peristiwa perpecahan dalam kalangan

masyarakat kampung atau ketiadaan permuafakatan sebagai salah satu

kepincangan. Sebagai contoh, penduduk Kampung Sentosa khususnya golongan muda dan

tua tidak sepakat dalam isu pemasangan kubah surau di kampung. Golongan

muda mencadangkan supaya dibina masjid baharu di kampung itu tetapi dibantah oleh

golongan tua. Golongan tua pula mencadangkan supaya surau sedia ada dipasang kubah.

Konflik yang berlaku ini mengakibatkan kampung tersebut tidak mengalami sebarang

pembangunan.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

12
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
dua peristiwa menarik dalam novel tersebut.
JAWAPAN
13

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini

Matdarin.

Salah satu peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili dijadikan

tebusan dan diculik oleh Rafik untuk menyelamatkan dirinya daripada ditangkap oleh

penduduk kampung atas kesalahan mencuri. Peristiw a ini m enarik kerana peristiw a

inilah yang telah mendorong Lili kemudiannya untuk mengunjungi dan berbual dengan Che Jah

untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah keluarga Che Jah. Sebagai tindakan

susulannya, Lili berjaya mendapatkan bantuan dua orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat

iaitu Pn. Hamimah dan Nadia untuk menyelamatkan Rafik dan Haziq sehingga meraka dihantar ke

pusat pemulihan akhlak dan pada waktu yang sama berjaya menyelamatkan Che Jah daripada

menjadi mangsa keganasan suaminya, Seman.

Peristiwa menarik seterusnya ialah kunjungan Lili bersama neneknya ke kedai runcit

Letchumi. Peristiw a ini m enarik kerana kunjungan ini telah m em beri peluang kepada

Lili untuk bertemu dengan Geetha sekali lagi. Kunjungan ini telah membuka peluang kepada Lili

dan Geetha menjadi kawan rapat. Selepas itu, Geetha banyak membantu Lili

khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. M alah, Geetha juga

menemani Lili melihat keindahan matahari terbit pada waktu subuh di samping bersiar-siar di

beberapa lokasi di kampung itu.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

13
1. PUSAT TUISYEN DO RE ME.
2. INSTITUT TAIPING.

BAHASA MELAYU
SPM TAHUN 2020

JAWAPAN CONTOH EKSKLUSIF NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan


MODEL
dua peristiwa yang menyayat hati anda.
JAWAPAN
14

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin.

Satu peistiwa yang menyayat hati saya ialah peristiwa Rafik dan Haziq dibelasah oleh
penuduk kampung kerana dituduh mencuri kubah surau. Hal ini demikian kerana Rafik
dan Haziq sebenarnya tidak tersalah. Orang yang bertanggungjawab mencuri kubah tersebut ialah
Seman. Rafik dan Haziq menjadi mangsa fitnah bapa mereka sendiri. Saya berasa amat sedih
melihat keadaan Rafik dan Haziq yang cedera dipukul. Walaupun mereka berulang kali merayu
kepada penduduk kampung supaya tidak dipukul namun penduduk kampung masih
bersikap kasar terhadap mereka.

Peristiwa seterusnya yang menyayat hati saya ialah peristiwa Danel mambawa bapanya
William Ng ke rumah datuk Lili untuk memaklumkan kepada datuk bahawa bapanya
akan berhenti daripada menerima rawatan perubatan tradisional daripada datuk
kerana ingin mencuba perubatan moden pula. Saya berasa sedih kerana seorang demi
seorang pesakit mula meningggalkan datuk dan bilangan pesakit datuk semakin hari

semakin berkurangan. M alah, datuk sendiri m ula m engalam i tekanan lebih -lebih lagi
bapa Danel iaitu William Ng sudah lama berubat dengan datuk, tiba-tiba mengambil keputusan
untuk berhenti menerima rawatan perubatan tradisional daripada datuk kerana dipaksa oleh

anak-anaknya untuk mencuba rawatan moden. Malah, tindakan datuk masuk seorang diri ke dalam
hutan untuk mencari akar dan herba pada waktu malam turut membuatkan hati saya pilu melihat
keadaan datuk yang nyata sekali mengalami tekanan.

Jawapan Contoh Eksklusif NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2020 Ini Disediakan
Oleh CIKGU T.MARAN Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Setia PUSAT TUISYEN DO RE ME DAN INSTITUT TAIPING.

14

You might also like