Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1

Ulasan Instrumen Job Satisfaction Survey

Paul E. Spector merupakan individu yang membina instrumen Job Satisfaction Suvey

(1985). Beliau merupakan seorang professor kelahiran New York City, membesar di

Florida dan mempunyai pengalaman mendalam dalam dua bidang iaitu psikologi dan

pengurusan perniagaan di mana telah banyak penyelidikan mengenai pengurusan

organisasi dan metodologi penyelidikan yang digunakan telah dibuat oleh beliau.

Instrumen Job Satisfaction Survey (JSS) ini biasanya digunakan dalam

penyelidikan untuk menentukan tahap kepuasan kerja. Pembangunan JSS pada dasarnya

adalah terarah kepada setting organisasi yang tertumpu kepada perkhidmatan manusia

(Spector, 1985). Namun, ia telah banyak digunakan ke atas sampel yang bekerja dalam

pelbagai sektor, sama ada kerajaan atau bukan kerajaan. Antara responden yang sering

kali diukur tahap kepuasan kerja mereka adalah dalam kalangan jururawat, guru,

pensyarah, juruteknik, polis, pekerja khidmat sosial dan sebagainya.

Terdapat 36 item yang terkandung dalam instrumen ini mewakili sembilan sub

skala. Item terdiri dari 17 item positif dan 19 item negatif. Nombor-nombor bagi item

positif dan negatif adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 1: Pembahagian Item Positif Dan Negatif Instumen Kepuasan Kerja (JSS)

JENIS ITEM NOMBOR ITEM CONTOH ITEM JUMLAH

Positif 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15,1. Saya berasa dibayar adil 17

17, 20, 22, 25, 27, 28, dan bersesuaian dengan

30, 33 dan 35 kerja yang saya lakukan.

2. Ketika saya melakukan


2

kerja dengaan baik, saya

menerima penghargaan

yang berpatutan.

3. Saya suka dengan orang

yang berkerja bersama

saya.

Negatif 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 1. Saya tidak berpuas hati 19

16, 18, 19, 21, 23, 24, dengan faedah yang saya

terima.
26, 29, 31, 32, 34 dan
2. Banyak peraturan dan
36
prosedur kerja

menyusahkan saya untuk

melakukan kerja dengan

baik.

3. Penyelia saya tidak adil

dengan saya.

JUMLAH ITEM 36

Sub skala dan senarai item-item bagi sub skala Job Satisfaction Survey (JSS)

diletakkan dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Sub Skala dan Senarai Item Kepuasan Kerja (JSS)


3

Sub Skala No Item

Pembayaran Upah 1, 10, 19, 28

Kenaikan Pangkat 2, 11, 20, 33

Penyeliaan 3, 12, 21, 30

Faedah 4, 13, 22, 29

Ganjaran 5, 14, 23, 32

Prosedur Operasi 6, 15, 24, 31

Rakan Sekerja 7, 16, 25, 34

Persekitaran Kerja 8, 17, 27, 35

Komunikasi 9, 18, 26, 36

Jumlah Kepuasan Kerja 1-36

Responden hanya perlu menandakan jawapan berdasarkan kepada nilai Skala

Likert 1 hingga 6 yang telah ditentukan untuk setiap jawapan item dalam soal selidik.

Nilai Skala Likert 1 mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili sederhana tidak setuju, 3

mewakili sedikit tidak setuju, 4 mewakili sedikit setuju, 5 mewakili sederhana setuju dan

6 mewakili sangat setuju.

Kaedah pemarkatan bagi skor tahap kepuasan kerja telah dikelompokkan

kepada 3 bahagian iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Sebagai contoh, sekiranya

responden mendapat markah sebanyak 150, ini bermakna responden mempunyai

kepuasan kerja yang tinggi. Sebaliknya jika markah yang diperolehi responden adalah

sebanyak 60 markah, ini bermakna responden mempunyai kepuasan kerja yang rendah.

Jika responden mendapat markah sebanyak 120, responden mempunyai kepuasan kerja
4

yang sederhana sahaja. Jadual di bawah merupakan kaedah pemarkatan bagi tahap

kepuasan kerja.

Jadual 3: Kaedah Pemarkatan Bagi Tahap Kepuasan Kerja

HAD KELAS NILAI

36-108 Kepuasan kerja yang rendah

108-144 Kepuasan kerja yang sederhana

144-216 Kepuasan kerja yang tinggi

Jika terdapat item yang tercicir maka penyesuaian harus dilakukan jika tidak nilai

skor akan menjadi sangat rendah. Kaedah yang sesuai ialah mengira min skor untuk

setiap skor untuk setiap individu. Kaedah yang lebih mudah tetapi kurang tepat ialah

dengan mengganti item yang tercicir dengan meletakan nilai tengah skor sama ada 3

atau 4. Pengkaji harus memastikan skor yang hendak dipilih untuk menggantikan item

yang tercicir (Spector, 1983 dalam Adey & Bahari, 2014).

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan memperoleh

nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi dan jika nilai yang sama

diperolehi pada pengukuran kali kedua (dan seterusnya), maka kajian dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chua Yan Piaw, 2014).

Berdasarkan dari laman web paulspector.com (2019), kebolehpercayaan bagi

instrumen Job Satisfaction Survey ini adalah dari skala Cronbach Alpha 0.70 hingga

0.74. Dalam kajian-kajian yang terdahulu. Ibrahim, Ohtsuka, Dagang, dan Bakar (2014)
5

melaporkan bahawa kebolehpercayaan instrumen JSS yang digunakan berada pada nilai

Cronbach Alpha 0.76.

Instrumen JSS telah banyak digunakan untuk menilai kepuasan kerja dalam

pelbagai jenis kerja namun begitu ia tidak pernah disahkan dalam konteks kakitangan

anggota tentera, maka sifat psikometrik JSS versi Melayu telah dilakukan menggunakan

data dari kakitangan tentera Malaysia (Chin-siang, Talib, Juhari, & Madon, 2014).

Mereka melaporkan kebolehpercayaan bagi instrumen JSS versi Melayu yang digunakan

dalam kajian mereka mempunyai bacaan Cronbach Alpha 0.86 melalui ujian ketekalan

dalaman bagi setiap skala dan sub-skala.

Joppe (2000) menyatakan bahawa kesahan menentukan sama ada sesuatu

penyelidikan itu benar-benar mengukur apa yang ingin diukur atau setepat manakah

sesuatu keputusan penyelidikan itu adalah benar. Dalam erti kata lainnya, sejauh

manakah instrumen kajian yang digunakan dalam sesuatu kajian mampu mengarah

kepada sasaran target (the bull’s eye).

Wainer dan Braun (1998) pula mentakrifkan kesahan dalam kajian kuantitatif

sebagai suatu ‘kesahan konstruk/binaan’. Binaan tersebut adalah merupakan konsep

permulaan, idea, soalan ataupun hipotesis yang menentukan data mana yang harus

dikumpul dan bagaimanakan ianya akan dikumpul. Dalam konteks ini, sebarang

penglibatan penyelidik dalam proses kajian akan mengurangkan kesahan bagi sesebuah

kajian.

Menurut Chua Yan Piaw (2014) pula, kesahan dalam penyelidikan kuantitatif

dapat didefinisikan sebagai “nilai korelasi di antara pengukuran dan nilai sebenar
6

sesuatu variabel. Jika pengukuran yang dibuat tepat pada nilai sebenar sesuatu variabel,

nilai korelasinya adalah tinggi dan penyelidikan tersebut mempunyai kesahan yang

tinggi”.

Edinborough (1994) dalam tulisannya telah membincangkan lima jenis kategori

kesahan dalam sesuatu penyelidikan iaitu, kesahan awal (face validity), kesahan

kandungan (content validity), kesahan hubungan kriteria (criterion relationship) yang

terbahagi kepada kesahan ramalan (predictive validity) dan kesahan serentak

(concurrent validity), serta kesahan konstruk (construct validity).

Kesahan serentak instrumen adalah tahap persamaan antara skor instrumen itu

dan perkara-perkara lain mengenai instrumen tersebut yang sepatutnya mengukur

konsep yang sama dengan instrumen lain. Oleh itu, korelasi yang sederhana dan tinggi

harus dijangkakan antara kedua-dua instrumen. Kriteria kesahan serentak adalah

dianggap sebagai boleh diterima pada 0.50 atau lebih tinggi, atau jurang korelasi sub-

skala sekurang-kurangnya 0.50.

Kesahan serentak telah dibuat ke atas instrumen JSS dengan multimetod pelbagai

ciri dan instrumen Job Discription Index telah digunakan sebagai alat kesahan. Kesahan

serentak antara sub-skala adalah tinggi hingga sederhana (0.61-0.80). Tidak ada bukti

responsif untuk berubah (Spector, 1985).

Kesahan diskriminasi ditakrifkan sebagai sejauh mana skor sesuatu instrumen itu

berbeza dari alat ukur yang berkaitan, tetapi berbeza konsep. Kriteria untuk tahap yang

mencukupi kesahan diskriminasi ditentukan berdasarkan kolerasi 0.50 atau kurang.

Sekiranya JSS memang mengukur aspek kepuasan kerja secara konseptual, melalui
7

kesahan diskriminasi kolerasinya adalah di antara 0.11-0.59 (Spector, 1985). Manakala

van Saane et al., (2003) mendapati bahawa kesahan diskriminasi antara sub-skala adalah

sederhana hingga rendah (0.19-0.59).

van Saane et al., (2003) menguji kesahan konstruk untuk melihat kesahan item,

di mana tahap penyertaan faktor kerja dalam instrumen diperiksa dan mendapati

sekurang-kurangnya 9 dari 11 faktor kerja terkandung di dalam instrumen JSS. 11 faktor

yang dilihat adalah berdasarkan subskala yang terdapat dalam lima instrumen yang

dikaji iaitu EPJS (Emergency Physician Job Satisfaction Survey), MMSS

(McCloskey/Mueller Satisfaction Scale), MJS (Measure of Job Satisfaction) dan NSS

(Nurse Satisfaction Scale). 11 faktor tersebut adalah merangkumi autonomi, kandungan

kerja, komunikasi, ganjaran kewangan, pembangunan/pertumbuhan, promosi, rakan

sekerja, makna kerja (meaningfulness), penyeliaan, beban kerja dan penawaran kerja. 9

faktor kerja yang terkandung dalam item JSS adalah kandungan kerja, komunikasi,

ganjaran kewangan, promosi, rakan sekerja, meaningfulness, penyeliaan, beban kerja

dan penawaran kerja.

Melalui analisis faktor penerokaan (EFA), keputusan menghasilkan model lima

sub skala dengan 28 item, iaitu: pengiktirafan, kasih sayang, keadilan, jangkaan, dan

beban kerja menunjukkan kesahan instrumen JSS versi bahasa melayu setelah

menggugurkan 8 item disebabkan oleh taburan loading factor untuk setiap item adalah

tidak menentu. Keadaan ini didapati oleh kerana terdapat item yang loading pada dua

atau tiga faktor secara serentak. Item-item yang digugurkan adalah “Terdapat imbuhan

yang sepatutnya kami terima tidak diberikan oleh organisasi ini”, “Kehendak birokrasi

dalam organisasi jarang menghalang usaha saya untuk melakukan kerja dengan baik”,
8

“Saya suka bekerja dengan pihak atasan saya”, “Pihak atasan saya agak cekap dalam

mengendalikan kerja mereka”, “Saya berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat

saya”, “Perhubungan (interpersonal) dalam organisasi ini agak bagus”, “Peluang

kenaikan pangkat di sini adalah sama seperti di pasukan keselamatan lain”, dan

“Imbuhan yang diterima adalah sepertimana yang ditawarkan oleh kebanyakan

pasukan keselamatan lain”. Di samping itu, kesahan dan kestabilan lima dimensi

struktur skala telah terbukti dalam kajian ini menggunakan analisis faktor pengesahan

(CFA) (Chin-siang et al., 2014). Kajian ini membuktikan bahawa JSS versi bahasa

melayu yang mempunyai 28 item lebih reliable digunakan oleh pengkaji-pengkaji untuk

mengukur kepuasan kerja anggota tentera di Malaysia.

Seterusnya, Ibrahim et al., (2014) mereka melaporkan analisis faktor JSS bahawa

terdapat perbezaan budaya dalam kefahaman dan persetujuan tentang struktur skala

kepuasan kerja. Kajian yang dibuat ke atas 1165 responden dalam kalangan rakyat

Malaysia dalam sektor perkilangan. Analisis faktor menunjukkan 36 item JSS telah

dimuatkan dalam lapan dimensi dan item-item penyeliaan telah dimuatkan dalam seven

factor.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa data dari responden Malaysia boleh

dipersembahkan dalam four factor dan three factor solutions seperti yang dicadangkan

oleh Spector dan Vimalsari (1986). Factor loading bagi data Malaysia menunjukkan

bahawa item-item negatif dimuatkan secara berlainan dari item-item positf dalam three

factors dan four factors solutions. Pekerja-pekerja Malaysia kurang untuk menunjukkan

persetujuan mereka di mana tidak bersetuju dengan perkataan-perkataan negatif yang

terkandung dalam item, dan bersetuju dengan item-item positif. Keadaan ini membawa
9

kepada terdapat perbezaan perkonsepsian terhadap konstruk dalam kumpulan

collectivism dan individualism (Ibrahim et al., 2014).

Kebolehcapaian Instrumen

Instrumen Job Satisfaction Survey (Spector, 1985) versi asal dan versi bahasa Melayu

yang telah diterjemahkan oleh Tan Soo Luan (2010), boleh dimuat turun dari laman

sesawang paulspector.com secara percuma, Laman sesawang statisticssolutions.com

juga membolehkan instrumen ini dimuat turun secara percuma.

Penterjemahan dan Adaptasi Instrumen

Instrumen Job Satisfaction Survey (Spector, 1985) versi Bahasa Inggeris merupakan

versi asal dan telah diterjemahkan ke dalam hampir 40 bahasa secara global. Ia juga

telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu menerusi kaedah “back to back translation”

di mana setelah diterjemahkan instrumen diperiksa dari segi kesetaraan dalam

perundingan dengan dua pakar bebas.

Kedua-dua proses terjemahan telah dijalankan dengan perundingan dengan staf

dari Universiti Malaysia Terengganu di jabatan-jabatan Psikologi dan Kaunseling; dan

bahasa Inggeris. Tiada ralat terjemahan yang dikesan yang boleh mengubah maksud

item penting, menunjukkan keserasian antara soal selidik Bahasa Inggeris yang asal

dengan versi terjemahan kembali (Ibrahim et al., 2014). Ia juga telah diterjemahkan

dalam Bahasa Melayu oleh Tan Soo Luan pada tahun 2010.
10

Skala JSS diterjemahkan ke bahasa Melayu menggunakan kaedah Brislin

(Willgerodt et al., 2005). Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan digunakan

secara meluas di tempat kerja ketenteraan di negara ini. Dalam proses penterjemahan,

lima langkah, yang merangkumi terjemahan ke hadapan, penilaian terjemahan ke

hadapan, terjemahan ke belakang, penilaian terjemahan ke belakang, dan mesyuarat

dalaman dengan profesional, telah dilakukan. Pakar kedua-dua bahasa (Inggeris dan

Melayu) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses terjemahan. Dengan

bantuan profesional ini, versi yang disesuaikan telah dibina dengan tatabahasa dan

kandungan yang betul. Selepas selesai, instrumen tinjauan telah diuji ke atas 30 anggota

tentera di Lumut (Chin-siang et al., 2014).

Jesteru, untuk menjalankan kajian rintis ke atas sampel, tiada sebarang

perubahan atau penterjemahan semula dibuat oleh pengkaji kerana telah banyak

pengkaji-pengkaji lepas telah menggunakan JSS versi Bahasa Melayu dalam kajian

mereka. Walaupun JSS pada asalnya dibangunkan untuk digunakan dalam organisasi

bagi perkhidmatan manusia, ia boleh juga digunakan untuk semua organisasi bagi

mengukur tahap kepuasan pekerja.

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian

sebenar dilakukan (Chua, 2006). Ia dijalankan bertujuan untuk menguji

kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar

dijalankan. Menurut Borg dan Gall (1993), kajian mereka menjelaskan perlunya kajian
11

rintis dijalankan bagi menentukan kesesuaian dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen

kajian di samping mendapatkan maklumat awal tentang kesahan instrumen yang

digunakan.

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan

ketekalan dalaman item soal selidik (Creswell, 2010). Ujian Cronbach’s Alpha

digunakan untuk menentukan ketekalan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik.

Menurut Sekaran (2000), Cronbach’s Alpha adalah nilai angka kebolehpercayaan yang

mana jika nilai tersebut menghampiri nilai 1 bermakna kebolehpercayaan item soal

selidik tersebut adalah tinggi dan baik. Kebolehpercayaan item soal selidik tersebut

adalah rendah jika nilai Cronbach’s Alpha di bawah 0.60. Nilai Cronbach’s Alpha yang

boleh diterima untuk kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah 0.70 hingga 0.80.

Instrumen dengan pekali konsisten dalaman 0.80 (jumlah skala) atau lebih tinggi

dianggap memadai (van Saane et al., 2003)

Selain itu juga, kajian rintis adalah untuk mengkaji masalah-masalah yang akan

timbul sewaktu proses soal selidik berlangsung. Kajian rintis juga digunakan adalah

untuk menguji tahap sejauh manakah responden memahami item-item yang terdapat

dalam instrumen kajian terutamanya mengenai kekurangan, kekeliruan, dan kekaburan

bahasa dalam instrumen tersebut (Wiersma, 2000)

Pemilihan responden bagi kajian rintis adalah dibuat secara persampelan mudah

dalam kalangan 115 orang guru sekolah menengah yang mengajar di Kolej Vokasional

Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. Pengkaji telah menghubungi kaunselor

sekolah yang terlibat dan mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah untuk membuat

pungutan data bagi tujuan kajian rintis. Pengkaji telah menghantar sebanyak 35 salinan
12

instrumen soal selidik dan meminta mengembalikan semula instrumen tersebut dalam

jangka masa satu minggu. Dari 35 soal selidik yang diedarkan, pengkaji menerima

semula sebanyak 32 soal selidik dan menganalisa soal selidik tersebut dengan bantuan

perisian ”Statistical Package For The Social Sciences” (SPSS) versi 24 bagi menilai

kebolehpercayaan instrumen Job Satisfaction Survey versi Bahasa Melayu.

Dapatan Kajian

Kebolehpercayaan instrumen kajian

Tujuan pengkaji adalah untuk melihat dan mendapatkan kebolehpercayaan instrumen

JSS melalui ujian ketekalan dalaman. Ujian ketekalan dalaman yang dijalankan

menunjukkan bahawa soal selidik Job Satisfaction Survey (JSS) yang mengukur tahap

kepuasan kerja, mencatat bacaan Cronbach’s Alpha pada nilai 0.84 seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan

instrumen JSS adalah tinggi dan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa instrumen ini

sangat sesuai digunakan dalam penyelidikan.

Jadual 4: Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Job Satisfaction

Survey (JSS)

Cronbach's Alpha Jumlah Item

0.844 36

Tahap kepuasan kerja guru Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Terengganu


13

Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah mendapati seramai 8

orang guru Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Terengganu (25%) mempunyai tahap

kepuasan kerja yang tinggi. Seramai 22 orang guru Kolej Teknik Wakaf Tembesu

Terengganu (68.75%) mempunyai tahap kepuasan kerja yang sederhana manakala hanya

dua orang guru Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Terengganu (6.25%) mempunyai

tahap kepuasan kerja yang rendah. Bacaan min bagi tahap kepuasan kerja adalah

136.928. Jadual di bawah menunjukkan tahap kepuasan kerja guru Kolej Vokasional

Wakaf Tembesu Terengganu secara keseluruhan.

Jadual 5: Tahap Kepuasan Kerja Guru Kolej Vokasional Wakaf

Tembesu Terengganu

Tahap Kepuasan Kerja Kekerapan Peratus %

Rendah 2 6.25
Sederhana 22 68.75
Tinggi 8 25
Jumlah 32 100
Min 136.928 Sisihan Piawai 17.119

Dapat dirumuskan bahawa tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru Kolej

Vokasional Wakaf Tembesu adalah pada tahap sederhana.


14

Rumusan

Penggunaan instrumen atau inventori dalam pelbagai lapangan khususnya dalam kajian

atau penyelidikan pada asasnya adalah sangat penting dan perlu bagi mengukur sesuatu

variable yang ingin dilihat. Ia menjadi bukti yang sah dan boleh dipercayai dengan

dapatan hasil atau data yang dibuat secara statistik.

Sepanjang menjalankan kajian rintis menggunakan instrumen Job Satisfaction

Survey (Spector, 1985) versi bahasa Melayu ke atas guru-guru di Kolej Vokasional

Wakaf Tembesu Terengganu, tiada sebarang kesukaran yang pengkaji tempuhi untuk

mendapatkan responden. Kerjasama yang baik diberikan oleh kaunselor kolej berkenaan

dan maklumbalas yang saya perolehi dari pihak sekolah sangat memuaskan. Guru-guru

tidak sukar untuk menjawab soal selidik kerana laras bahasa yang digunakan dalam

inventori berkenaan adalah sangat mudah untuk difahami.

Responden juga mengambil masa yang singkat untuk menjawab soalan. Pengkaji

dapat mengumpulkan semula kesemua soal selidik dalam masa 3 hari sahaja. Dan

kesemua responden menjawab dengan baik di mana semua item ditandakan dengan
15

jelas. Tiga puluh dua borang soal selidik telah diterima oleh pengkaji dari tiga puluh

lima soalan yang diedarkan.

Meskipun pada mulanya pengkaji mengalami kesukaran untuk memahami

konsep-konsep kesahan instrumen, namun adalah menjadi inisiatif pengkaji untuk

menelaah dan membuat ulangkaji melalui jurnal-jurnal, buku dan laman sesawang bagi

memastikan pengkaji dapat memahaminya dengan lebih jelas. Bukan lah satu perkara

yang mudah untuk kita mencapai kejayaan, namun perlu ada usaha yang sepadan untuk

sebuah kemanisan.
16

Rujukan

Adey, N. H., & Bahari, F. H. (2014). Hubungan antara kecerdasan emosi , kepuasan

kerja dan komitmen terhadap organisasi, (January 2010).

Chin-siang, A., Talib, M. A., Juhari, R., & Madon, Z. (2014). SOCIAL SCIENCES &

HUMANITIES Psychometric Properties of the Malay Version of the Job

Satisfaction Survey among Malaysian Military Personnel, 22(1), 285–306.

Ibrahim, R. Z. A. R., Ohtsuka, K., Dagang, M. M., & Bakar, A. A. (2014). Job

satisfaction among Malaysian employees: An application of spector’s job

satisfaction survey in the South East Asian context. Jurnal Pengurusan, 41, 69–79.

Spector, P. E. (1985). Measurement of H u m a n Service Staff Satisfaction :

Development of the Job Satisfaction Survey 1, 13(6).

van Saane, N., Sluiter, J. K., Verbeek, J. H. A. M., & Frings-Dresen, M. H. W. (2003).

Reliability and validity of instruments measuring job satisfaction - A systematic

review. Occupational Medicine, 53(3), 191–200.

https://doi.org/10.1093/occmed/kqg038
17

You might also like