Buku Falsafah Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 69

FALSAFAH

PENDIDIKAN

i
TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

Pengertian Falsafah
Perkataan falsafah dalam bahasa Inggeris ialah philosophy. Mengikut kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) falsafah bermakna pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar
kepada ilmu lain. Dari sudut etimologinya, perkataaan falsafah berasal
daripada perkataan philien yang bermakna cinta dan sophia yang bermakna
kearifan atau kebijaksanaan. Cantuman dua perkataan tersebut akhirnya
memberi erti cinta kepada kearifan atau kebijaksanaan. Perkataan falsafah
mula digunakan oleh ahli matematik terkenal suatu masa dahulu iaitu
Pythagoras (582-496 SM). Sehubungan itu Pythagoras pada zamannya
dikenali ramai sebagai a lover of wisdom iaitu pencinta kebijaksanaan atau
kebenaran.

Ahli falsafah klasik yang terkenal seperti Herakleitos (535-475 SM), Socrates
(469-399 SM), Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM) juga telah
memberi pengertian atau penjelasan tentang falsafah. Menurut Herakleitos,
falsafah ialah cinta kepada kebijaksanaan. Socrates pula menyatakan
bahawa falsafah bermula dengan pencarian (wonder) untuk mendapat
kebenaran.  Bagi Plato, falsafah tidak lain daripada pengetahuan tentang
segala yang ada. Falsafah menurut Aristotles sebagai usaha menyelidik
sebab serta asas kepada segala benda. Menurut Cicero (106-43 SM) falsafah
ialah pengetahuan tentang sesuatu yang maha agung. Tegasnya pengertian
falsafah menurut ahli-ahli falsafah tersebut, adalah selaras dengan maksud
asal perkataan falsafah iaitu cinta kepada kearifan atau kebijaksanaan.

Perkembangan tentang pengertian falsafah pada selepas masehi, masih


seperti sebelumnya. Al-Khindi (801-873) mengatakan antara usaha manusia
yang tertinggi perikemanusiaan lagi mulia merabatnya ialah pembinaan
falsafah. Al-Farabi (872-950) pula mengatakan falsafah sebagai pengetahuan
tentang alam maujud. Tujuan falsafah menurut beliau ialah untuk menyelidiki
hakikat atau kebenaran alam maujud. Al-Farabi juga mengatakan falsafah
ialah pokok kepada segala ilmu.

Lain-lain pengertian falsafah seperti yang diutarakan oleh ahli-ahli falsafah


yang terkemudian juga masih berkisar tentang kebenaran, kearifan dan
kebijaksanaan. Usaha untuk mencapainya pula ialah dengan menggunakan
akal fikiran; selaras dengan Harold Titus (1888-1967); yang mengatakan
bahawa untuk memahami falsafah, seseorang perlu merujuk kepada sikap
tentang kehidupan serta alam semesta; pemikiran reflektif dan akliah
menggunakan pemikiran. Menurut John Hospers (1918-2011) falsafah
sebagai pencarian tentang sesuatu yang benar. Emanuel Kant (1724-1804)
seperti juga Al-Farabi mengatakan falsafah ialah pengetahuan yang menjadi
pokok kepada semua ilmu. Bertrand Arthur William Russel (1872-1970), juga

1
turut berpendirian bahawa falsafah mengandungi penakulan dalam
membuktikan kebenaran sesuatu perkara.

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa falsafah membawa


pengertian sebagai suatu usaha untuk mencari sesuatu kebenaran atau
keyakinan berhubung dengan suatu perkara, secara arif dan bijaksana
dengan menggunakan kekuatan minda atau akal fikiran. Falsafah juga boleh
difahami sebagai pertimbangan yang dilakukan terhadap sesuatu perkara
yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang
sesuatu secara arif dan bijaksana.

Seseorang adalah bijaksana sekiranya memilih kebenaran sebagai asas


kepada pemikiran, perasaan dan tindakannya. Sebaliknya seseorang
dianggap tidak bijaksana kiranya memilih kepalsuan sebagai asas kepada
pemikiran, perasaan dan tindakannya. Kepalsuan boleh membawa kepada
kesusahan seterusnya kemudharatan. Sehubungan itu kebenaranlah yang
perlu terlebih dahulu dicari atau dikenal pasti untuk dijadikan asas kepada
sesuatu keputusan atau tindakan.

Dalam konteks bidang falsafah, kebenaran dapat dikenal pasti dengan


menggunakan akal fikiran yang waras dan cerdas. Walau bagaimanapun
kemampuan otak manusia untuk menjana akal fikiran adalah terbatas kerana
otak manusia adalah bersifat biologis seperti anggota badan yang lain.
Sehubungan itu, dalam kalangan orang Islam ilmu wahyu daripada Al-Quran
dan hadis diperlukan bagi membantu meninggikan tahap kewarasan dan
kecerdasan dalam mencari dan mengenal pasti kebenaran tersebut.

Ahli Falsafah
Terdapat ramai ahli falsafah yang terkemuka yang harus diketahui oleh para
pengkaji dalam bidang ini. Setiap ahli falsafah mungkin mempunyai
pengertian dan pandangan yang kadangkala tidak serupa antara satu dengan
yang lain berkaitan pemikiran falsafah mereka. Walau bagaimanapun secara
umumnya ketidaksamaan tersebut bukanlah dari segi konsep atau pengertian
asas berkaitan dengannya. Sehubungan itu, ada yang mengenali ahli falsafah
mengikut fahaman ahli falsafah tersebut. Ada juga yang mengenali ahli
falsafah mengikut kategorinya, seperti sama ada kategori klasik dan kategori
kontemporari. Namun untuk mudah, buku ini menjelaskan tentang ahli-ahli
falsafah mengikiut tiga kumpulan iaitu ahli falsafah Barat, ahli falsafah timur
dan ahli falsafah Islam.

Ahli Falsafah Barat

Pythagoras (582-496 S.M.) ialah ahli falsafah dan pendidik di zaman sebelum
masihi yang terkenal pada zaman tersebut; walaupun tidak dinafikan bahawa
di zaman sekarang mungkin ideanya ada yang tidak relevan lagi. Sebagai
contoh; menurut beliau semua manusia cenderung ke arah kejahatan. Oleh
yang demikian manusia perlu dididik dengan keagamaan, seni suara dan ilmu

2
agar kecenderungan ke arah kejahatan tersebut dapat diimbangi atau
dikurangkan. Idea Phytagoras seterusnya daripada beliau nampak lebih
benar dan bijaksana untuk diikuti. Menurutnya, keharmonian perlu ada di
alam ini bagi mengurangkan ketegangan yang boleh membawa kepada
kejahatan. Keharmonian antara tuhan dan manusia; keharmonian antara
rakyat dan pemerintah; keharmonian antara suami dan isteri; keharmonian
antara jiwa dan raga; keharmonian antara perasaan dan kemahuan; serta
lain-lain lagi.

Sebagai yang telah dibincangkan dalam perenggan di atas, seseorang itu


adalah bijaksana, jika ia memilih kebenaran sebagai asas kepada pemikiran,
perasaan dan tindakannya. Bagi Socrates (469-399 S.M.), beliau amat
menyintai pengetahuan dan kebenaran. Kebenaran dicari menggunakan
kaedah falsafah kerana falsafah adalah selari dengan pemikiran yang benar.
Falsafahnya adalah berpusatkan kepada pemikiran yang benar. Beliau
memikirkan alam dan cakerawala dengan menggunakan logik akal dan
seterusnya membuat kesimpulan tentang adanya pencipta kepada alam dan
cakerawala ini. Socrates tidak setuju dan mengkritik raja atau pemerintah
yang memerintah negeri secara zalim atau secara yang tidak benar. Oleh
yang demikian beliau dianggap sebagai pemberontak oleh rajanya dan
Socrates telah dipenjara sehingga beliau meninggal dunia.

Plato (427-347 SM) terkenal sebagai ahli falsafah, ahli fikir, ahli sains dan
juga pelukis. Dalam buku falsafahnya yang terkenal iaitu The Republic, Plato
memperjuangkan tentang keadilan. Iaitu keadilan individu dan keadilan dalam
negara. Di dalam buku tersebut juga terhimpun pelbagai hasil pemikiran Plato
yang dimanfaatkan oleh generasi pada zamannya. Plato ialah anak kepada
Aristo. Plato bermazhab falsafah idealisme yang berfokus kepada akal, jiwa
dan rohani. Menurut Plato, manusia dijadikan tuhan dengan kebolehan untuk
belajar. Pengetahuan sebenar ialah hasil taakulan kerana melalui proses
taakulan, seseorang akan dapat melihat bentuk kerohanian sebenar sesuatu
benda ataupun perkara. Plato juga berpendapat bahawa idea ialah saripati
pemikiran dan terdapat secara bebas. Konsep yang diketengahkan oleh Plato
ini telah banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di dunia Barat terutamanya
dalam bidang pendidikan. Plato telah berjaya mendirikan pusat pendidikannya
yang bernama Acadamus dan meninggal dunia pada tahun 347 SM.

Aristotle yang hidup antara 384-322 SM, pernah belajar daripada Plato
selama dua puluh tahun. Sehubungan itu ia dianggap sebagai anak murid
kepada Plato walaupun bila diamati nanti dapat dikenal pasti ada
pemikirannya yang sedikit kurang selari dengan gurunya itu. Aristotle ialah
guru kepada Alexander The Great apabila King Philip bapa kepada Alexander
The Great dari Macedonia meminta beliau berbuat demikian. Menurut
Aristotle falsafah adalah tentang kebenaran. Tidak seperti gurunya Plato yang
berpegang kepada idealisme, Aristotle berpegang kepada mazhab falsafah
realisme. Mahzab falsafah ini lebih berasaskan kepada objek, benda atau
material. Semua pengetahuan diperolehi seseorang daripada objek atau
benda di persekitaran melalui pancainderanya. Walau pun fahaman Aristotle
agak berbeza dengan fahaman yang dipunyai oleh gurunya iaitu Plato,

3
namun masing-masing juga berusaha ke arah yang sama iaitu mencari
kebenaran. Organon ialah buku tulisan Aristotle yang terkenal.

Cicero (106-43 SM) ialah ahli falsafah Romawi yang mengatakan falsafah
berpunca daripada segala pengetahuan yang luhur. Falsafah juga menurut
beliau ialah ibu kepada semua seni. Selain itu, falsafah ialah pengetahuan
tentang sesuatu yang maha agung dan usaha untuk mencapainya adalah
bersifat murni. Pemikiran yang disebarkan oleh Cicero banyak memberi
dorongan kepada manusia untuk mempelajari pelbagai pengetahuan bagi
melahirkan warganegara yang cekap.

Pythagoras Socrates Plato Aristotle Cicero


(582-496 SM) (469-399 SM) (427-347 SM) (384-322 SM) (106-43 SM)

Pada kurun masihi pula, ahli falsafah Barat yang terkenal antaranya ialah
seperti, Francis Bacon (1561-1626), Immanuel Kant (1724-1804), John Stuart
Mill (1806-1873), Karl Marx (1818-1883) dan John Dewey (1859-1926).
Fahaman mereka lebih kepada fahaman falsafah moden berbanding falsafah
tradisional. Karl Marx umpamanya banyak mempersoalkan isu sosial,
ekonomi dan politik. Bukunya yang terkenal bertajuk Das Capital banyak
menerangkan tentang keadaan sosial dalam kalangan golongan pekerja.
Walaupun pemikiran beliau kurang mendapat perhatian ketika beliau hidup,
namun setelah beliau meninggal dunia isu sosial, ekonomi dan politik seperti
yang banyak diutarakan beliau telah diterima dalam pergerakan sosialis.

4
John Dewey
(1859-1952)

John Dewey ialah ahli falsafah Amerika Syarikat yang mengusulkan bahawa
falsafah seharusnya dilihat sebagai usaha manusia dalam membuat
penyesuaian antara yang lama dengan yang baru. Aliran pragmatisme dan
rekonstruksionisme yang didokong oleh Dewey banyak membuat
pembaharuan kepada pemikiran manusia. Menurut Dewey, budi pekerti terdiri
atas tiga unsur. Pertama ialah fikiran yang jernih yang dapat diperolehi
dengan bekerja sendiri. Kedua ialah kehalusan perasaan yang dapat
dibangkit dan disuburkan dengan memberi latihan secara bekerjasama dan
bergaul dengan orang lain. Ketiga ialah gaya kemahuan yang akan terbentuk
jika individu digalakkan bekerja menurut kehendak jiwa atau batinnya. Dalam
erti kata yang lain individu itu sendiri yang perlu bersifat aktif atau pragmatis
dalam kehidupannya walaupun pada masa yang sama individu tersebut juga
perlu mendapat pendidikan untuk menjadi warganegara yang berguna bagi
menunaikan kewajipan sosial.

Ahli Falsafah Timur

Ahli falsafah Timur juga tidak kurang terkenalnya. Sebagai contoh dari negeri
China ialah Confucius (551-479 SM), Mensius (372-289 SM), Mo Tzu (470-
391 SM). Perkembangan dan kemajuan kebudayaan orang Cina pada zaman
sebelum masihi banyak dipengaruhi oleh fahaman dan ajaran ahli-ahli
falsafah tersebut selain daripada para pendita agama Buddha. Nama
Confucius ialah ringkasan kepada Kung Fu Tze yang bererti Master Kung
atau The Philosopher. Kedatangan ajarannya sesuai dengan watak bangsa
Cina pada masa itu yang mengutamakan keduniaan dan juga kesusilaan
berbanding dengan keagamaan. Zaman Confucius dianggap zaman falsafah
yang sistematik di China berbanding dengan zaman sebelumnya. Zaman
Confucius juga dianggap sebagai zaman kegemilangan pemikiran dan
kegemilangan ilmu. Confucius berpendapat, manusia perlu memiliki satu garis
panduan tentang tingkah laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak untuk

5
menjadikan manusia mempunyai keperibadian dan pekerti mulia. Lima nilai
abstrak yang dimaksudkan itu ialah keserasian, perikemanusiaan,
kebolehpercayaan, amanah dan kebijaksanaan. Aliran pemikiran falsafah
Confucius akhirnya dikenali sebagai Confucianism.

Selain dari China, ahli falsafah Timur ialah ahli falsafah dari India, iaitu
Rabindranath Tagore (1861-1941). Ia lahir di Culcatta. Rabindranath Tagore
ialah orang bukan Eropah yang pertama menerima Noble Prize. Selain beliau,
ahli falsafah India yang lain ialah Mahatma Ghandi (1867-1948). Mahatma
Ghandi banyak berfikir dan berjuang untuk bangsanya yang akhirnya
membawa kemerdekaan kepada India daripada penjajahan Inggeris.
Satyagraha ialah buku yang terkenal ditulis oleh Mahatma Ghandi. Buku
tersebut banyak mempengaruhi pemikiran dan menjadi ikutan rakyat India.
Asas perjuangannya yang dikagumi ialah perdamaian secara aman tanpa
pertumpahan darah iaitu ahimsa.

Ternyata selain Barat, negeri-negeri di Timur seperti China dan India juga
pernah mencipta nama dan keagungan dalam bidang falsafah. Asas
pemikiran para ahli falsafahnya telah memberi impak yang mendalam dalam
kalangan rakyat yang hidup di zamannya; menjadi ikutan hingga mampu
merubah gaya kehidupan; mahupun menjadi asas perjuangan mendapat
kemerdekaan.

Ahli Falsafah Islam

Ahli falsafah Islam yang terkenal ialah seperti Al-Khindi, Al-Farabi, Ibnu Sina,
Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Al-Khindi (871-873) hidup pada zaman khalifah
Al-Muktasim Billah, yang mana beliau ialah pegawai tinggi kepada khalifah
tersebut. Nama Al-Khindi yang sebenar ialah Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq bin
As-Sabah Al-Khindi. Beliau berketurunan suku Kindah di Arab Selatan. Al-
Khindi dilahirkan daripada keluarga golongan ternama pada akhir abad ke-8
di Kufah, belajar di Baghdad dan meninggal dunia pada tahun 873. Beliau
pernah menjelaskan tentang falsafah kepada khalifah iaitu antara usaha
manusia yang tertinggi perikemanusiaannya dan yang mulia martabatnya
ialah berfalsafah. Beliau banyak mengkaji falsafah Aristotle dan mengaitkan
keesaan tuhan yang maha pencipta. Para pujangga Barat akhirnya mengakui
Al-Khindi ialah ahli falsafah Arab pertama sebelum Al-Farabi berdasarkan
karangan dan tulisannya termasuk yang berkaitan dengan soal ketuhanan,
walaupun Al-Farabi lebih mula dikenali ramai berbanding Al-Khindi. Perkara
ini disebabkan tulisan Al-Khindi kurang disiarkan kerana beliau bukan
seorang penulis sebaliknya terkenal sebagai pegawai kerajaan.

Al-Farabi (872-951) berasal dari Farab di Transoxania. Ayahnya berasal dari


Persia. Al-Farabi mentakrifkan falsafah sebagai cintakan kebijaksanaan yang
mana falsafah menjadi pokok kepada segala ilmu. Idea ini sejajar dengan
keperibadian beliau yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Beliau memiliki
ilmu yang mendalam dalam bidang sejarah, perubatan, sains, matematik dan
juga muzik. Falsafah juga menurut beliau ialah pengetahuan tentang alam
yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya. Beliau juga

6
banyak menjalankan usaha mentafsir dan mengkaji fahaman Aristotle
sebagaimana juga Ibnu Rusyd. Ibnu Rusyd mempunyai banyak pengaruh dari
sudut keilmuan yang dipunyai dan disebarkannya terutama di sekitar Eropah.
Orang Eropah menggelarnya sebagai Averros. Beliau antara lain telah
mengintegrasikan antara agama dan akal.

Ibnu Sina (980-1036) ialah ahli falsafah, ahli perubatan, astronomi, jurutera
dan juga pemuzik. Beliau dilahirkan di Afsyanah, tidak jauh dari Bukhara di
Transoxania (Persia Utara). Bapanya yang bertugas sebagai gabenor berasal
dari Balkh, manakala ibunya berbangsa Parsi. Selepas kelahirannya,
keluarga Ibnu Sina berpindah ke Bukhara. Bukunya yang terkenal ialah Al-
Qanun dan Al-Syifa. Buku Al-Qanun telah diterjemahkan ke beberapa bahasa
Eropah dan dijadikan rujukan penting di beberapa universiti di Eropah. Di
Eropah beliau lebih terkenal dengan nama Avicenna. Ibnu Sina mempelajari
logika, geometri dan astronomi daripada gurunya Abu Abdullah yang berasal
dari Natili iaitu seorang ahli falsafah yang terkemuka pada masa itu.
Daripada buku tulisan Al-Farabi, beliau juga mempelajari ilmu logika dan
metafizika. Ibnu Sina mengakui Al-Farabi ialah guru kepadanya. Beliau juga
terkenal dengan ilmu mantik. Pada pendapat beliau ilmu mantik dapat
mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong sewaktu
berfikir. Ilmu ini juga mencari dalil dan bukti serta menjadi peraturan kepada
manusia ketika berfikir.

Tokoh falsafah dan ilmuan Islam agung yang lain ialah Al-Ghazali (1058-
1111). Beliau menguasai banyak bidang ilmu. Orang Barat memanggil Al-
Ghazali dengan panggilan Agazel. Buku tulisan Al-Ghazali yang terkenal ialah
Ihya’ Ulumuddin. Buku falsafah lainnya yang terkenal ialah Maqasid Al-
falasiah iaitu tentang tujuan ilmu falsafah, Tahafut Al-falasiah iaitu kritikan
tentang ilmu falsafah yang silap dalam membincangkan soal ketuhanan; dan
Al-Ma’rif Al-aqaliah yang berkaitan dengan pengetahuan yang rasional. Al-
Ghazali juga terkenal dengan ilmu mantik. Beliau mengatakan ilmu mantik
dapat membezakan antara ilmu yang membawa kepada kebenaran dan
keyakinan dengan ilmu yang membawa kepada kesamaran dan kesalahan.
Antara kata-kata hikmah daripada Al-Ghazali yang berkaitan dengan ilmu dan
kebahagiaan ialah pertama, kebahagiaan akan dicapai bagi sesiapa yang
dapat mengalahkan nafsunya; dan kecelakaan akan menimpa bagi sesiapa
yang dikalahkan oleh nafsunya. Kedua, semua manusia akan binasa kecuali
orang yang berilmu; semua orang yang berilmu akan binasa kecuali orang
yang beramal; semua orang yang beramal juga akan binasa kecuali orang
yang ikhlas; beramal tanpa ilmu ialah perkara sia-sia.

Ahli falsafah Islam yang lain ialah Ibnu Khaldun (1332–1406). Ia dilahirkan di
Tunisia dengan nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Muhammad. Ibnu
Khaldun ialah ahli falsafah dan ahli sejarah yang agung. Bukunya yang
terkenal ialah The Science of Logic, Geometrical Science, The Science of
Methaphysics dan lain-lain lagi. Antara ajaran beliau tentang pendidikan ialah,
“Barang siapa yang mendidik dengan cara yang keras dan menggunakan
kekerasan, nescaya sifat yang demikian akan menguasai diri dan jiwa kanak-
kanak yang dididik; kanak-kanak itu akan hilang kecerdasannya dan
menjadikan ia malas dan lesu. Pada akhirnya kanak-kanak itu akan pandai

7
berbohong dan berkelakuan jahat kerana takut dirinya dikuasai atau ditekan
oleh orang lain”. Ini selaras dengan pandangan Al-Ghazali tentang kanak-
kanak yang mengatakan, “The training of a child’s character and conduct is of
supreme importance: God entrusted the children in the hands of their parents.
The heart of a child is bright like a jewel and soft like a candle and free from
all impression. It is soft like the soft clay in which any seed can grow. If he is
given good training of character and conduct, he grows in that condition and
acquires fortunates both in this world and the next. If he goes to commit sins
and lives a life of a beast he is doomed to failure and destruction.”

Zaman keagungan pendidik, para ilmuan serta ahli falsafah Islam mula pudar
apabila orang Turki menakluki negara Arab. Keagungan Turki dalam bidang
ketenteraan pada masa itu juga telah melunturkan perkembangan
pengetahuan dan pemikiran dari kalangan pemikir Islam.

Peranan Ahli Falsafah


Ahli falsafah ialah orang yang cinta kepada kebenaran dan kearifan ke arah
kebijaksanaan. Ahli falsafah yakin pendekatan mereka ialah pendekatan yang
tertinggi dalam pemikiran manusia. Mereka berusaha menganalisis dan
menilai seluruh pengalaman manusia dan memberi intepretasi kepadanya,
kemudian mencari rumusan yang boleh membawa tafsiran secara
keseluruhan terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan
dan pengalaman manusia. Rumusan ini akan menjadi pedoman untuk
kehidupan yang sempurna baik untuk individu, masyarakat atau negara.

Menurut Sufean Hussin (1996) ahli falsafah bukanlah ahli sains kerana ahli
falsafah tidak berkecimpung secara langsung dalam penyelidikan sains yang
perlu dilakukan secara empirikal. Kebenaran yang dicari dalam falsafah
adalah dengan menggunakan akal manusia. Proses mencari kebenaran
dalam falsafah ialah melalui tinjauan, analisis, sintesis atau penilaian secara
menyeluruh berdasarkan fakta dan ilmu yang yang ditemui dari pelbagai
bidang secara sistematik dan logik. Selain itu, kebanyakan ahli falsafah
menerima hakikat bahawa falsafah ialah penilaian kehidupan yang sistematik
dan logik untuk menghasilkan sistem idea yang umum bagi menilai
keseluruhan pengalaman manusia.

8
Tajuk 2 :CABANG ILMU FALSAFAH

Cabang Falsafah
Terdapat pelbagai disiplin ilmu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan
kelangsungan kehidupan seseorang manusia. Falsafah adalah salah satu
disiplin ilmu yang menjadi asas kepada kepada disiplin ilmu yang lain kerena
disiplin ilmu yang lain ternyata kesemuanya akan mengarah kepada
pencarian kebenaran. Kebenaran ialah perkara yang asas untuk
kebijaksanaan. Seseorang yang berasas kepada kepalsuan tentulah tidak
bijaksana kerana kepalsuan boleh membawa kepada kesesatan, kesusahan
mahupun kemusnahan. Dalam bab yang terdahulu pun telah disebutkan
bahawa falsafah sebagai ’the mother of science’ iaitu ibu kepada segala ilmu
kerana bila dikatakan ilmu di situlah ada kebenaran yang boleh memberi
manfaat kepada seseorang.

Bidang falsafah meliputi segala pengetahuan manusia dan segala sesuatu


yang ingin diketahui oleh manusia. Immanuel Kant mengatakan bahawa
persoalan falsafah termasuk dalam empat persoalan utama iaitu apakah yang
dapat kita ketahui? (persoalan metafizik); apakah yang sebenarnya kita
kerjakan? (persoalan etika); sampai manakah harapan kita? (persoalan
agama); dan apakah yang dinamakan manusia? (persoalan antropologi).
Walau bagaimanapun buku ini akan mengupas falsafah daripada cabang
utamanya iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.

Metafizik

Cabang falsafah metafizik memberi fokus kepada pemikiran tentang


kewujudan sesuatu. Tumpuannya ialah kepada penerokaan akal dalam
mencari sifat-sifat serta hakikat realiti kewujudan hakiki seterusnya membawa
kepada zat dan keagungan tuhan. Metafizik umumnya bermaksud kebenaran
di sebalik keadaan fizikal yang ada (beyond the physical) atau yang di luar
alam biasa yang tidak kelihatan. Ia adalah usaha mencari hakikat atau
kebenaran di sebalik alam fizikal yang nyata yang dapat diserap oleh
pancaindera seperti hakikat alam, hakikat manusia, hakikat ketuhanan dan
sebagainya.

Metafizik adalah suatu cabang falsafah yang berkaitan dengan prinsip dan
kewujudan sesuatu. Pada umumnya, metafizik melibatkan kepercayaan
kepada tuhan dan kewujudan alam semesta. Sehubungan itu diharapkan
seseorang dapat mendekatkan diri mereka dengan tuhan sebagai
penciptanya. Ilmu berkaitan metafizik juga penting untuk memberi kesedaran
tentang kewujudan alam semesta yang bersifat luas dan kompleks ini.
Perkembangan ilmu berkaitan metafizik berlaku secara berperingkat-

9
peringkat. Ahli fikir pada zaman silam banyak menyumbangkan pemikiran
mereka kepada usaha untuk perkembangan ilmu tentang metafizik. Akhirnya
metafizik berubah menjadi suatu cabang falsafah apabila dikaji dengan lebih
mendalam berdasarkan bukti yang dapat dijelaskan.

Metafizik sebagai cabang falsafah, juga memberi penjelasan tentang realiti


yang muktamad dengan persoalan ‘Apakah dia alam?’, ‘Apakah dia
kehidupan?’ dan ‘Apakah dia fikiran dan pemikiran?’. Metafizik juga sering
dikaitkan dengan persoalan tentang realiti sesuatu kewujudan. Sebagai
contoh, realiti kewujudan alam semesta ini adalah disebabkan adanya
pencipta yang merujuk kepada benda-benda ghaib yang tidak dapat
dibuktikan dengan nyata walaupun kewujudannya ialah suatu hakikat. Pada
umumnya, metafizik melibatkan kepercayaan kepada tuhan serta kewujudan
alam semesta. Dari sini kita dapat mengetahui serta sedar tentang kewujudan
alam yang kompleks dan meluas seterusnya dapat mendekatkan diri kepada
tuhan yang maha pencipta.

Epistemologi

Cabang falsafah seterusnya ialah epistemologi. Epistemologi ialah cabang


falsafah yang memberi penekanan kepada ilmu. Epistemologi juga dikenal
sebagai teori ilmu dan berteraskan kepada kebenaran. Persoalan yang difikir
dalam epistemologi ialah termasuk sifat serta proses mental atau kognitif dan
juga kaedah mengesahkan kebenaran sesuatu idea bagi dijelmakan menjadi
ilmu. Plato, memperkenalkan soalan atau masalah asas tentang epistemologi
seperti “Apakah itu pengetahuan?” dan ”Yang manakah pengetahuan
umumnya ditemukan?”. Beliau juga memperkenalkan soalan tentang “Apakah
itu hakikat?”.

Dari sini jelas bahawa epistemologi memberi perhatian kepada sifat dan
batasan pengetahuan manusia kerana akal manusia sifatnya terbatas (nisbi).
Cabang falsafah ini juga membicarakan asal-usul atau sumber ilmu, budaya
ilmu, batas-batas ilmu kemanusiaan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai aliran teori pengetahuan. Namun, umumnya, boleh


dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang mempersoalkan asal-
usul atau sumber pengetahuan dan golongan yang mempersoalkan hakikat
pengetahuan manusia (Endang Saifuddin, 1982). Golongan pertama iaitu
yang mempersoalkan asal-usul atau sumber pengetahuan terdiri daripada
golongan rasionalisme, empirisme dan kritisme. Golongan rasionalisme
berpendapat sumber pengetahuan manusia ialah fikiran dan jiwa. Golongan
empirisme pula berpendapat pengetahuan manusia berasal daripada
pengalaman dari dunia luar atau persekitaran, yang diterima oleh
pancaindera. Mengikut golongan kritisme pula, pengetahuan manusia berasal
daripada gabungan dunia luar dan dari jiwa atau fikiran. Golongan kedua
ialah golongan yang mempersoalkan hakikat pengetahuan manusia.
Golongan ini terdiri daripada golongan idealisme dan realisme.

10
Menyentuh tentang jenis ilmu pula, ilmu dapat dikategorikan kepada ilmu
wahyu, intuitif, empirikal, autoritatif dan rasional. Ilmu wahyu ialah ilmu yang
diperturunkan daripada tuhan kepada manusia melalui orang perantaraan
yang dipilih iaitu nabi atau rasul. Dalam Islam ilmu wahyu ialah seperti yang
terdapat dalam Al-Quran dan hadis. Ilmu wahyu bersifat mutlak kerana ilmu
wahyu ialah ilmu yang diperturunkan daripada tuhan kepada manusia.
Kekuatan ilmu wahyu ialah terkandung di dalamnya perkara benar yang di
luar jangkauan manusia biasa untuk memikirkannya. Mempelajari ilmu wahyu
hukumnya fardhu ain iaitu wajib dipelajari oleh semua orang.

Pengetahuan jenis intuitif ialah pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang


dari dalam dirinya sendiri secara celik akal. Tidak dinafikan bahawa manusia
memang mempunyai keupayaan untuk mendapat ilham mahupun idea secara
celik akal. Celik akal ialah cetusan sesuatu idea secara tiba-tiba dan tidak
disedari. Contohnya jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dapat
dikenal pasti secara tiba-tiba walaupun sebelum ini banyak usaha telah
dilakukan untuk mendapatkannya.

Pengetahuan jenis empirikal pula ialah pengetahuan yang diperoleh daripada


pengalaman yang melibatkan deria manusia daripada pancaindera yang ada
iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan hidu. Pada mulanya,
hipotesis, fakta, prinsip, hukum dan sebagainya dibina berasaskan apa yang
dikesan melalui pemerhatian oleh pancaindera secara berulang-ulang. Dari
sini usaha dilakukan seterusnya bagi mengesahkan apa yang dapat dikesan
melalui pemerhatian itu. Ujikaji yang dilakukan dalam bidang sains biasanya
menghasilkan pengetahuan jenis empirikal.

Pengetahuan jenis autoritatif pula ialah pengetahuan yang diperoleh daripada


individu atau kumpulan individu yang berkuasa atau berautoriti dalam sesuatu
bidang pengetahuan tertentu. Bagi mengetahui jumlah bilangan penduduk
sesebuah negara, jabatan perangkaan bagi sesebuah negara ialah pihak
yang berautoriti untuk memberikan maklumat. Biasanya pengetahuan yang
diterima akan dipercayai sepenuhnya tanpa memeriksa kesahannya terlebih
dahulu. Contohnya, individu atau kumpulan individu dalam sesuatu bidang
diyakini lebih mengetahui tentang bidangnya berbanding dengan orang lain.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang laut, nelayan ialah orang yang
lebih berautoriti berbanding dengan pemburu.

Pengetahuan jenis rasional pula adalah berdasarkan andaian bahawa


pengetahuan dapat diperolehi daripada penaakulan semata-mata. Kebenaran
yang terdapat dalam ilmu rasional ini berdasarkan kepada pemikiran logik.
Oleh kerana pengetahuan jenis ini hanya berdasarkan logik semata-mata,
ada kalanya ia boleh terpesong daripada hakikat sebenar. Antara kelima-lima
jenis ilmu seperti tersebut di atas, ilmu wahyu ialah ilmu yang lebih tinggi
kedudukannya kerana ilmu wahyu mempunyai ketepatan yang mutlak
berbanding dengan jenis ilmu yang lain. Ilmu wahyu ialah daripada tuhan
yang maha mengetahui sedangkan jenis ilmu yang lain banyak bergantung
kepada manusia, iaitu makhluk tuhan yang mempunyai banyak kelemahan.

11
Aksiologi

Aksiologi ialah salah satu daripada beberapa cabang falsafah yang ada.
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan axios bermaksud kelayakan
atau kepantasan dan logos bermaksud ilmu pengajian tentangnya.
Sehubungan itu aksiologi ialah cabang falsafah yang memberi perhatian
terhadap persoalan nilai dan sistem nilai. Harold Titus mengatakan bahawa
falsafah ialah suatu usaha untuk memahami alam semesta, makna dan juga
nilainya. Usaha yang dilakukan ialah untuk menentukan apakah yang bernilai.
Rasionalnya aksiologi sebagai salah satu daripada cabang falsafah ialah
kerana persoalan tentang nilai ialah persoalan kebenaran. Sesuatu itu akan
bernilai jika ada kebenarannya dan akan sebaliknya jika tiada kebenaran.

Cabang falsafah aksiologi boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu etika dan
estetika. Etika berasal dari perkataan ethos iaitu sifat, watak, kebiasaan atau
kedudukan yang biasa atau benar merujuk kepada seseorang manusia. Ia
menumpu perhatian terhadap isu dan persoalan tentang nilai moral dan
peraturan kelakuan manusia yang betul atau yang benar. Sehubungan itu
kiranya seseorang itu bersikap atau bertindak kurang betul atau kurang benar
maka dikatakan seseorang tersebut sebagai kurang beretika. Immanuel Kant
merumuskan konsep etika dengan persoalan, apakah yang kita boleh lakukan
dan tidak boleh lakukan? Ia memberi perhatian terhadap isu dan perhatian
terhadap moraliti dan persoalan tentang isu peradaban yang mengawal
integriti kemanusiaan.

Perkataan estetika pula berasal daripada perkataan aisthesis; yang memberi


pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual kepada sesuatu
material atau kebendaan serta kejadian. Ia memberi perhatian kepada seni
dan keindahan sesuatu objek, benda atau kejadian yang kebanyakannya
dipengaruhi oleh pancaindera manusia. Melalui pemerhatian oleh
pancaindera, seni dan keindahan sesuatu objek, benda atau kejadian, dapat
dikenalpasti dan dihayati nilai dan kebenaran nilainya. Sebagai contoh,
sebentuk cincin emas dikatakan lebih bernilai kerana melalui pancaindera
manusia dapat dikenal pasti akan keanggunan kilauannya yang memancar
berbanding cincin besi yang kalaupun berkilau, hanyalah sementara sifatnya
kerana akan kian pudar dan karat. Persoalan ini pun sebenarnya akan
membawa kepada persoalan metafizik tentang wujud dan kewujudan yang
juga akan menyentuh konsep ketuhanan dan tuntutan untuk beribadat
kepadaNya, sebagai contoh mensyukuri akan keindahan ciptaan atau
kurniaan tuhan.

Logik

Satu lagi cabang falsafah ialah logik. Ia sebagai salah satu daripada cabang
falsafah kerana logik adalah berkaitan pemikiran serta hujah tentang
kebenaran atau sebaliknya. Logik juga melibatkan pertimbangan berkait
dengan perkara yang membentuk penaakulan yang betul dan
membezakannya dengan penaakulan yang tidak betul atau penaakulan yang
tidak rasional. Melalui pertimbangan logik, sebab-musabab dapat diberi

12
kepada sesuatu kejadian dengan menyatakan alasan yang boleh diterima
atau sebaliknya secara tidak bias. Dalam konteks masyarakat, jika timbul
prasangka terhadap sesuatu perkara, maka perlulah dikenal pasti dan diteliti
perkara tersebut untuk seterusnya cuba diberi suatu alasan yang munasabah
dan boleh diterima oleh semua pihak dalam masyarakat. Dalam hal ini logik
dapat memainkan peranannya. Logik menjadikan suatu perkara itu tanpa rasa
syak wasangka dan sebaliknya mendatangkan kebaikan kepada umum.

Pertimbangan secara logik juga terdapat dalam ketiga-tiga cabang falsafah


yang tersebut di atas; iaitu dalam metafizik, epistemologi dan aksiologi. Logik
dikategorikan kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif. Logik induktif
bermula daripada perkara, kejadian atau contoh yang khusus membawa
kepada kesimpulan atau generalisasi yang berbentuk am. Logik deduktif pula
berlawanan dengan logik induktif. Logik deduktif berkaitan dengan
penggunaan kesimpulan atau generalisasi am ke dalam perkara atau
kejadian yang khusus.

Walaupun begitu tahap kebenaran yang ada pada cabang falsafah logik
dikatakan rendah kerana di suatu situasi tertentu, sesuatu perkara itu ada
kebenarannya, tetapi di suatu situasi yang lain kebenaran mungkin adalah
sebaliknya. Contohnya bila makan nasi, logiknya itu adalah baik dan benar
untuk kebaikan kesihatan seseorang, tetapi mungkin kurang benar untuk
seseorang yang lain contohnya kepada pengidap diabetis di tahap yang
serius.

Kepentingan Cabang-cabang Falsafah


Terdapat empat tahap pemikiran manusia iaitu tahap pemikiran emosi,
pemikiran fakta, pemikiran teori dan pemikiran falsafah. Daripada keempat-
empat tahap tersebut pemikiran falsafah ialah yang tertinggi tahapnya kerana
tahap pemikiran falsafah bukan sahaja terhindar daripada unsur emosi atau
sekadar berasaskan fakta dan teori sahaja, namun tahap pemikiran falsafah
adalah melibatkan kebijaksanaan dalam menguruskan fakta atau teori.
Sehubungan itu falsafah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan
manusia. Setiap individu secara tidak langsung mempunyai falsafah dalam
kehidupannya kerana falsafah berhubung kait dengan kebenaran dan fitrah
manusia ke arah kebenaran. Sepintas lalu kita katakan falsafah ialah
landasan kepada kehidupan manusia kerana setiap manusia yang selama ini
memikirkan tentang kehidupan adalah berfikir secara falsafah walaupun ia
bukan ahli falsafah. Ini kerana ahli falsafah berfikir secara lebih tersusun
mengikut langkah tertentu dengan hasil pemikiran yang boleh diterima.

Falsafah membantu manusia dalam usaha membangunkan kebolehan


mengatasi masalah yang timbul bagi mendapatkan jawapan yang lebih
rasional, bijaksana dan jelas. Usaha mengatasi masalah jenis ini memerlukan
pemikiran yang tekal, jelas dan berobjektif. Aktiviti mentafsir atau menilai
keseluruhan pengalaman manusia secara komprehensif melibatkan aktiviti
menganalisis makna, membuat interpretasi, meletakkan kepentingan dan
mempertimbangkan fakta bagi tujuan kehidupan.

13
Falsafah mampu membantu manusia dalam membentuk suatu pandangan
yang sistematik ke atas setiap sesuatu yang terdapat di alam semesta ini.
Daripada pandangan yang sistematik ini, manusia seterusnya akan menghala
dan mendekati pemerolehan kebenaran. Menurut Aboebakar Acheh, falsafah
membawa manusia kepada usaha untuk mengerti, memahami dan
menyelidiki kebenaran seterusnya beramal denganya.

Falsafah mementingkan proses berfikir dan proses menaakul. Melalui proses


ini manusia mendapat gambaran yang jelas lagi bersistem tentang
pengetahuan yang dicari dan yang dipunyainya. Kepentingannya ternyata
kerana pengetahuan ialah asas kepada amalan. Beramal disertai dengan
berfikir sudah tentu lebih baik daripada beramal tanpa berfikir atau berfikir
tanpa amal. Pemakaian pengetahuan dalam amalan adalah ditentukan oleh
falsafah. Contoh yang jelas ialah seperti yang diberi oleh Abd Fatah Hasan
iaitu, ahli sains telah berjaya mengemukakan teori sains tentang tenaga atom
daripada pengetahuan yang dipunyainya. Namun untuk apa tenaga atom itu
digunakan, ialah persoalan yang berkait dengan falsafah yang berhakikatkan
kebenaran dan kebijaksanaan. Adakah penggunaan tenaga atom bertujuan
untuk keamanan, keselamatan, peperangan atau pembunuhan? Sehubungan
itu dapat dilihat bahawa pemakaian pengetahuan dalam amalan perlu
ditentukan oleh falsafah.

Kemuliaan hidup manusia banyak bergantung kepada keputusan yang perlu


dibuat secara benar dan bijaksana bagi menjalani kehidupan. Umpamanya
keputusan tentang ke mana taat setia hendak ditumpahkan, kepada siapa
cinta hendak dicurahkan, apa kepercayaan yang dipilih sebagai anutan dan
sebagainya. Falsafah membantu manusia berfikir secara lebih teratur, cermat,
berhati-hati, teliti dan penuh dengan kejujuran. Dari sini jelas kepada kita
akan kepentingan falsafah dalam kehidupan manusia yang mana falsafah
ialah asas bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Sehubungan itu
terdapat penggunaan perkataan falsafah yang digabung dengan perkataan-
perkataan lain sehingga menjadi ungkapan seperti falsafah kehidupan,
falsafah pendidikan dan sebagainya.

Aplikasi Bersepadu PRAMLE


Secara tidak disedari dalam kehidupan harian, seseorang melaksanakan
aktiviti yang tidak menyimpang daripada aspek-aspek pragmatika (P), retorika
(R), aksiologi (A), metafizika (M), logika (L) dan epistemologi (E) secara
bersepadu. Aspek-aspek tersebut secara nemoniknya ialah PRAMLE.
Hubungan antara keenam-enam aspek tersebut teradun secara bersepadu
dapat digambarkan secara kasarnya seperti Rajah 2.

14
P

R E

A L

Rajah 1
Kesepaduan PRAMLE

Aktiviti harian seseorang yang lebih berjaya bukan sekadar retorik atau
cakap-cakap lisan sahaja, sebaliknya perlu secara pragmatik yang lebih
praktikal pelaksanaannya. Seseorang misalnya tidak boleh pergi ke mana-
mana jika dia hanya meletakkan idea-ideanya secara lisan atau secara literal
di atas kertas tanpa secara praktikal bergerak ke destinasi yang
dimaksudkan. Sesungguhnya kehidupan adalah dinamik. Pragmatik dan
retorik mesti selari.

Selain itu elemen metafizik juga mesti diadunkan secara sepadu. Seperti
yang dijelaskan di atas metafizik adalah sesuatu yang menghubungkan
kebenaran dengan pencipta. Apa-apa pun tidak akan berlaku tanpa
persetujuan daripada pencipta yang merupakan persoalan antara potensi dan
hakikatnya. Logik sebagai yang telah dibincang dalam paragraf di atas
menyentuh tentang logik, baik secara induktif mahupun secara deduktif.
Pemikiran, perasaan dan tindakan wajar berlangsung secara logik.
Epistemologi yang menjadi asasnya keilmuan juga tidak boleh
dikesampingkan. Ilmu ialah maklumat yang benar atau pengetahuan yang
memberi manfaat kepada seseorang. Al-Ghazali pernah menyatakan
bahawa, semua manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu; semua
orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal; semua orang
yang beramal juga akan binasa kecuali orang yang ikhlas; beramal tanpa
ilmu ialah perkara sia-sia.

Secara tegasnya, aplikasi PRAMLE secara teradun dan bersepadu dalam


kehidupan harian seseorang lebih mengarah kepada yang lebih bermakna
berbanding terlaksananya secara picisan atau terasing antara satu dengan
yang lain.

15
.

16
Tajuk 3 : ALIRAN PEMIKIRAN FALSAFAH

Falsafah Umum Barat


Berdasarkan tinjauan literatur berkaitan falsafah Barat, didapati terdapat
banyak aliran pemikiran atau mazhab falsafah. Bagi membincangkannya kita
tidak boleh lari daripada membincangkan mazhab falsafah umum tersebut.
Buku ini hanya membincangkan empat mazhab falsafah umum Barat iaitu
idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Idealisme dan
realisme boleh digolongkan dalam kategori falsafah tradisional manakala
pragmatisme dan eksistensialisme tergolong dalam kategori falsafah moden
atau kontemporari.

Idealisme
Mazhab idealisme ialah mazhab falsafah umum yang terawal terdapat di
Barat. Ia dikesan sejak dari zaman India purba di Timur dan di zaman Plato di
Barat. Fahaman klasik ini adalah daripada tokohnya iaitu Plato dalam
bukunya yang terkenal bertajuk The Republic. Pengikut mazhab falsafah ini
ialah seperti Rene Descartes, Baruch Spinoza, Immanuel Kant, George
Berkeley, Friedrich Froebel, Friederich Hagel dan lain-lain.

Mazhab falsafah idealisme tergolong di bawah kategori mazhab falsafah


tradisional. Mazhab idealisme memberi fokus kepada akal, jiwa dan
kerohanian. Semua perkara yang dialami oleh akal, jiwa dan kerohanian
adalah hasil kepintaran mutlak. Justeru akal, jiwa dan kerohanian adalah
penting dalam kehidupan kerana kebenaran menurut mahzab ini hanyalah
bergantung kepada tiga perkara tersebut. Kebenaran, keindahan dan
keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan
penuh kesedaran bukan daripada kebendaan. Walau bagaimanapun idealis
tidaklah menafikan tentang kewujudan alam fizikal seperti kewujudan bumi,
matahari, bukit-bukau, laut, sungai dan sebagainya; sebaliknya mereka
menganggap benar wujud kerana kesemua tersebut dapat difikir atau dirasai
melalui akal fikiran, jiwa dan perasaan.

Dari sudut metafizik, mazhab idealisme percaya semua realiti dapat


ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran, jiwa atau kerohanian (spirit) bukan
dalam bentuk material. Umpamanya, benda-benda yang ada di persekitaran,
tidak perlu dibawa ke sana dan ke mari bagi memperlihatkan kewujudan atau
kebenarannya. Sebaliknya cukuplah jika benda-benda tersebut berada dalam
pemikiran dan boleh dinyatakan secara lisan sahaja bagi menjelaskannya.
Persoalan realiti yang dicari oleh mazhab idealisme ialah realiti yang
muktamad termasuk persoalan dalam menentukan sama ada wujud tuhan
ataupun tidak.

Berkaitan epistemologi pula, mazhab idealisme berpendapat kebenaran ialah


idea yang berada dalam alam pemikiran yang boleh bebas daripada

17
pengalaman deria. Sesuatu pengetahuan wujud dalam bentuk fikiran seperti
ingatan, kefahaman, penaakulan dan sebagainya. Sehubungan itu, aktiviti
mental perlu aktif. Manusia boleh mendapat pengetahuan secara intuitif atau
celik akal dan tidak semestinya melalui pengalaman atau pancaindera sahaja
baru mengetahui akan sesuatu perkara.

Mengikut mazhab ini, nilai dan etika adalah mutlak sifatnya kerana ia adalah
daripada tuhan. Sehubungan itu, apa yang dikatakan bernilai seperti baik,
cantik, benar, hodoh, jahat dan sebagainya adalah dari segi asasnya tidak
akan berubah dari satu generasi ke satu generasi yang lain ataupun dari satu
masyarakat ke satu masyarakat yang lain.

Pendidikan ialah untuk melahirkan individu bermoral yang boleh berperanan


dalam masyarakatnya. Bagi tujuan ini, pelajar hanya dibolehkan menerima
sepenuhnya apa yang telah diajar oleh guru. Guru memainkan peranan yang
amat besar dan penting sebagai orang yang membentuk atau melatih akal,
roh dan perasaan para pelajarnya. Pelajar menggunakan kaedah belajar
melalui guru seratus-peratus. Walau apa yang guru beri, hanya itu sahaja
akan dipelajari. Mazhab falsafah idealisme juga berpendapat pengetahuan
adalah rasional dan sistematik, maka pengetahuan tentang kewujudan adalah
benar dan juga bersistematik.

Realisme
Falsafah realisme juga dikenali sebagai materialisme atau naturalisme kerana
fokusnya lebih kepada kebendaan. Seperti idealisme, realisme dikatakan
mazhab falsafah tradisional. Bapa kepada mazhab falsafah ini ialah Aristotle.
Walaupun Aristotle ialah pelajar kepada Plato, tetapi beliau tidak setuju
dengan idealisme. Dalam banyak perkara realisme adalah tidak selari dengan
idealisme. Ahli-ahli dalam mazhab realisme yang lain ialah seperti Thomas
Aquinas, Bertrand Arthur William Russel, Harry S. Broudy, Johann Heinrich
Festalozzi, Francis Bacon, John Locke, John Stuart Mill dan lain-lain.

Dilihat daripada sudut metafizik, mahzab realisme mengenali dunia daripada


objek dan jirim melalui pancaindera, seterusnya mencari sebab musabab
yang berkaitan dengan objek atau jirim tersebut. Kebenaran menurut mazhab
realisme adalah agak bebas dan bukan daripada penggunaan akal semata-
mata. Manusia menemui sesuatu benda atau objek melalui deria yang ada
padanya. Walaupun sesuatu perkara wujud dalam alam fikiran, namun
pemikiran tersebut perlu selaras dengan kewujudannya dalam alam nyata.

Secara epistemologinya pula, mazhab realisme berpendapat pengetahuan


sebenar ialah sesuatu perkara yang bersesuaian dengan perkara itu sendiri
bukan sekadar teori, kefahaman atau ingatan tentangnya. Manusia dilahirkan
dengan fikiran, ingatan atau kefahaman yang kosong. Pengalaman dalam
perjalanan hidupnyalah yang menyebabkan tertanamnya pelbagai perkara
atau pengetahuan dalam mindanya. Dalam erti kata yang lain pengetahuan
ialah hasil daripada interaksinya dengan alam kebendaan dan persekitaran.

18
Dari segi aksiologinya, sesuatu nilai dirujuk kepada sejauh mana ia diterima
dan tidak bertentangan dengan sesuatu masyarakat. Contohnya jika
masyarakat menerima sesuatu itu sebagai bernilai, maka itulah nilainya bagi
sesuatu masyarakat itu walaupun hakikatnya mungkin tidak sedemikian.
Walau bagaimanapun ada juga dalam kalangan ahli-ahli mazhab ini yang
mengatakan bahawa nilai adalah sesuatu yang telah ditentukan daripada
tabii; iaitu walaupun bersifat tabii, namun masih dapat diakses melalui
pancaindera akan kewujudannya.

Dalam konteks pendidikan, guru ialah orang yang memainkan peranan dan
inisiatif penting bagi menentukan perkara yang akan diterima atau dipelajari
oleh para pelajarnya. Matlamat mendidik ialah untuk mengajar pengetahuan
serta nilai-nilai yang benar-benar jelas yang dipilih oleh guru. Antaranya para
pelajar mesti belajar mengenai hasil-hasil ciptaan tuhan di muka bumi ini.
Sehubungan itu, tidak timbul soal sama pelajar berminat atau sebaliknya
terhadap sesuatu itu, pelajar pasti akan belajar. Minat pelajar akan timbul
berdasarkan kaedah atau strategi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru
yang selaras dengan pelajar dan tidak bertentangan. Para pelajar akan
belajar dengan menggunakan deria mereka untuk diproses dan disimpan
dalam otak.

Pragmatisme
Falsafah pragmatisme lahir selepas kewujudan idealisme dan realisme.
Falsafah ini diasaskan oleh ahli-ahli falsafah dari Amerika Syarikat seperti
Charles Sanders Peirce (ahli fizik & matematik), William James (ahli psikologi
& teologi) dan John Dewey (ahli sains sosial & biologi). Pada asalnya
kemunculan pragmatisme di Amerika Syarikat pada abad ke-19 adalah
mempunyai matlamat ke arah keuntungan. Ahli falsafah pragmatisme
berpendapat, kebenaran bergantung kepada hasil terakhir sesuatu tindakan
kepada idea yang mampu membawa kepada keuntungan.

Falsafah pragmatisme telah memberi perubahan kepada bidang falsafah di


Barat kerana falsafah ini bertentangan dengan falsafah yang tradisional iaitu
idealisme dan realisme. Pragmatisme adalah tergolong dalam mahzab
falsafah kontemporari. Falsafah pragmatisme juga dikenal sebagai
empirisme, fungsionalisme, eksperimentalisme dan instrumentalisme.
Pragmatisme merujuk kepada eksperimentalisme yang berasaskan
perubahan, proses, relativiti serta pembinaan semula. Fokus falsafah ialah
kepada pengalaman kerana kebenaran ialah sesuatu yang boleh dialami atau
dipraktikkan.

Menurut mahzab falsafah pragmatisme, alam semesta bersifat dinamik serta


mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Manusia pula, menjalani
proses, iaitu mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Bagi tujuan ini
manusia perlu menyelesaikan masalah yang ditempuhi atau mendapat
pengalaman semasa melalui proses tersebut. Sehubungan itu, secara
pemikiran sahaja tanpa pengalaman, realiti tidak dapat ditentukan. Sebagai
contoh, kebenaran berkaitan dengan perkara selepas kematian sukar

19
dipastikan kesahannya kerana tiada siapa yang mempunyai pengalaman
berkaitan dengan perkara tersebut. Perkara inilah yang mendorong fahaman
falsafah pragmatisme menolak konsep metafizik.

Dari sudut epistemologi pula, pengetahuan ialah proses dalam mana


kebenaran akan sentiasa berubah kerana persekitaran yang sentiasa
berubah. Sebagai contoh statistik bilangan penduduk di sesebuah negeri
tentu tidak sama antara yang terdahulu dengan sekarang. Sehubungan itu,
pengetahuan yang baru perlu dari semasa ke semasa diperoleh.
Pengetahuan lahir daripada perhubungan atau pengalaman antara manusia
dengan persekitaran; dan pembelajaran berlaku apabila manusia
menyelesaikan masalah dan mendapatkan pengalaman dalam kehidupannya
semasa berinteraksi dengan persekitaran.

Realiti dicipta melalui interaksi individu dengan alam sekelilingnya. Dalam


konteks pendidikan, pendidikan mestilah belajar mengenai alam apabila
mendatangkan kepada dirinya. Pelajar mudah mendapatkan pengetahuan,
kemahiran atau nilai jika mereka diberi peluang mendapatkan pengalaman
sendiri. Oleh yang demikian kaedah ekperimen, inkuiri penemuan dengan
sebanyak mungkin penglibatan pelajar adalah cara pembelajaran yang
terbaik mengikut fahaman pragmatisme. Pelajar ialah pihak yang sepatutnya
lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu
sekolah dikatakan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan dan alam
sekelilingnya.

Dari sudut aksiologi, fahaman falsafah ini berpendapat bahawa, persoalan


tentang nilai bergantung kepada situasi, dari sudut mana ia dilihat atau
bagaimana ia hendak dipraktikkan. Nilai adalah bersifat relatif yang berubah-
ubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah. Nilai yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat juga akan tidak sama antara sesuatu masyarakat
dengan masyarakat yang lainnnya mengikut masa, keadaan dan lokasi.

Eksistensialisme
Mazhab eksistensialisme yang muncul selepas Perang Dunia Kedua di
Eropah. Falsafah ini tergolong dalam mahzab falsafah yang kontemporari.
Jika falsafah pragmatisme dikenali sebagai falsafah orang Amerika Syarikat,
falsafah eksistensialisme ialah falsafah orang Eropah. Mahzab falsafah
eksistensialisme diasaskan oleh Soren Kierkegaad dan kemudiannya oleh
Friedrich Wilhelm Nietzsche pada abad ke-19. Usaha yang dimulakan oleh
mereka disambung pula pada abad ke-20 oleh Martin Buber, Karl Jaspers,
Jean Paul Satre dan lain-lain lagi.

Falsafah eksistensialisme juga bertentangan dengan idealisme mahupun


realisme kerana eksistensialisme lebih mengutamakan pengalaman yang
diperoleh daripada deria seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan
sebagainya. Kebanyakan idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal
daripada pengalaman bebas atau laissez faire. Mengikut mazhab

20
eksistensialisme, keputusan, pilihan dan pembelajaran adalah bebas kepada
individu untuk menentukannya. Justeru falsafah ini dikatakan bersifat
individualistik dan terlalu bergantung kepada faktor-faktor subjektif seperti
intuisi, penghayatan emosi dan perasaan seseorang secara eksklusif atau
persendirian. Tegasnya asas falsafah ini ialah bahawa individulah yang
bertangjawab terhadap dirinya sendiri untuk membuat keputusan dan
menetapkan matlamat secara bebas dan tidak semestinya dipengaruhi oleh
luaran. Tujuan fahaman dalam mazhab eksistensialisme adalah untuk
membolehkan setiap individu memperkembangkan sepenuhnya potensi yang
dimiliki demi kesejahteraan diri.

Dari sudut metafiziknya, falsafah ini percaya bahawa realiti ialah suatu
kewujudan yang ditetapkan dan bersifat individu. Perkembangan seterusnya
iaitu kemenjadian individu adalah selepas kewujudannya. Perkembangan
adalah bergantung kepada persekitaran yang dengan bebas boleh ditetapkan
oleh individu. Umumnya tiadalah kriteria yang bersifat objektif yang boleh
menentukan samaada sesuatu itu betul atau salah secara mutlaknya maka
kebenaran sentiasa bersifat relatif dan mengikut pertimbangan seseorang
secara bebas.

Dari sudut epistemologinya eksistensialisme juga berpendapat bahawa


pengetahuan individu adalah berpunca daripada pengalamannya dengan
persekitaran. Oleh yang demikian, ia adalah bersifat relatif dan berubah-ubah
mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Ia juga berubah-ubah antara
seorang individu dengan individu yang lain mengikut minat, kecenderungan
atau kebolehan masing-masing.

Menyentuh tentang nilai baik dari sudut etika mahupun estetika,


eksistensialisme berpendapat bahawa nilai juga sifatnya relatif kepada
individu dan tidak muktamad. Etika dan estetika adalah lebih bersifat peribadi
dan agak bebas mengikut keperluan masing-masing. Lain orang lain
keperluannya. Oleh yang demikian soal nilai adalah berlainan antara seorang
individu dengan seorang individu yang lain. Individu A mungkin menganggap
sesuatu benda atau perkara itu sangat bernilai walaupun individu B tidak
menganggap demikian. Individu tidak terikat kepada nilai atau norma sosial
seperti yang telah ditetapkan dan diterima oleh masyarakat. Masyasrakat pula
tidak boleh menentukan kepada seseorang akan sesuatu nilai yang mesti
dikuti.

Dari sudut pendidikan, oleh kerana setiap individu mempunyai keperluan


serta minat yang spesifik dan berbeza berkaitan dengan usaha
mempertingkatkan pencapaian diri, maka tidak ada kurikulum yang tetap,
sistematik mahupun berstruktur. Sebaliknya, pelajar menggunakan
pengalaman, bahan yang berkaitan dengan subjek tertentu dan kemahiran
intelektualnya bagi mencapai matlamat kesejahteraan diri seperti yang dicita-
citakan. Pelajar digalakkan menjalankan projek-projek yang boleh
menajamkan lagi kemahirannya serta berkaitan dengan ekspektasi masa
hadapan mereka. Pendidik mengikut mazhab ini akan menilai untuk

21
menghormati dan menghargai kebebasan dan perbezaan dalam kalangan
para pelajarnya.

Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara mazhab-mazhab falsafah umum


serta hubungannya dengan cabang falsafah.

Jadual 1
EGORI Falsafah Umum Barat

MAHZAB Metafizik Epistemologi Aksiologi


FALSAFAH
KAT

Idealism Akal, jiwa Kebenaran Kepatuhan kepada


e dan sebagai yang mutlak daripada
Ahli: Rene kerohanian Idea, perasaan tuhan
Descartes, Baruch dan kepercayaan
Spinoza, yang mutlak
Immanuel Kant,
George Berkeley,
Friedrich Froebel,
Friederich Hagel

Realisme Berasaskan Kebenaran Refleksi tabii yang


Tradisional

Ahli: Aristotles, material atau sebagai yang dapat diakses


Thomas Aquinas, kebendaan dapat dilihat pancaindera
Bertrand Arthur secara maujud
William Russel, melalui
Harry S. Broudy, pancaindera
Johann Heinrich
Festalozzi, Francis
Bacon, John
Locke, John Stuart
Mill

Pragmati Peng Kebenaran Nilai bersifat boleh


sme alaman dan adalah sesuatu diterima oleh umum
Ahli: Charles interaksi yang berlaku
Sanders Peirce, dengan secara praktikal
William James, persekitaran
John Dewey.

Eksisten Kewu Kebenaran Kebenaran bergantung


sialis-me judan yang diperoleh kepada individu selaras
bersifat daripada pilihan dengan cita rasa
Moden

Ahli: Soren
Kierkegaad, individu individu individu
Friedrich Wilhelm
Nietzsche, Martin
Buber, Karl
Jaspers, Jean
Paul Satre.

22
Lain-lain Mazhab Falsafah
Selain daripada mazhab falsafah idealisme, esensialisme, pragmatisme dan
eksistensialisme, terdapat banyak lagi fahaman falsafah yang kurang popular
serta kurang mendapat sambutan. Mazhab logik analisis umpamanya kurang
mendapat sambutan kerana gagal membuat pembuktian secara empiris dan
dianggap lebih kepada emosi. Selain daripada itu, mazhab logik analisis
menolak falsafah idealisme dan realisme kerana fahaman yang terdapat pada
kedua-dua falsafah tradisional tersebut dianggap tekaan semata-mata.

Mazhab falsafah yang lain seperti eksperimentalisme lebih menyerupai


mazhab pragmatisme sehingga dalam banyak perkara kedua-dua mazhab ini
dianggap sebagai satu mazhab iaitu pragmatisme. Eksperimentalisme lebih
memberi tumpuan kepada pemikiran saintifik. Dalam eksperimentalisme,
penemuan sesuatu idea yang menjadi ilmu adalah melalui ujian-ujian yang
dilakukan secara sistematik dan saintifik.

Mazhab liberalisme pula serupa dengan eksistensialisme. Aliran falsafah


liberalisme berpendapat manusia seharusnya diberi peluang seberapa luas
yang mungkin bagi membina kekuatan rohani. Melalui usaha ini manusia
akan terhindar daripada perkara yang negatif. Melalui pendidikan manusia
dapat menjana pemikiran.

Falsafah Tradisional dan Falsafah Moden


Mazhab falsafah umum Barat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
falsafah tradisional dan falsafah moden. Idealisme dan realisme tergolong
dalam kategori falsafah tradisional manakala pragmatisme dan
eksistensialisme tergolong dalam kategori falsafah moden. Mazhab falsafah
idealisme dan mazhab falsafah realisme dianggap tradisional memandangkan
ia adalah antara mazhab falsafah yang tertua dan diasaskan ketika sebelum
masihi lagi. Iaitu idealisme oleh Plato (427-347 SM) dan realisme oleh
Aristotles (384-322 SM).

Selain daripada itu, perbezaan yang dapat dilihat antara falsafah


moden dan falsafah tradisional ialah dari segi matlamat dan juga caranya. Dari
segi matlamatnya, falsafah tradisional telah menetapkan bahawa sesuatu
matlamat dalam kehidupan manusia adalah ditentukan oleh kuasa atau
autoriti luar yang lebih tinggi tanpa soal. Manusia hanya berusaha untuk
mencapai matlamat tersebut. Keadaan ini berlainan bagi falsafah moden
kerana dalam falsafah moden, kelonggaran diberi kepada manusia dalam
membuat ketentuan tentang apakah matlamat yang hendak dicapai dalam
kehidupannya; begitu juga dengan cara bagi mencapai matlamat tersebut.
Individu diberi kelonggaran dalam menentukan cara-cara yang difikirkan lebih
sesuai.

23
Gaya dan Pendekatan Falsafah
Menurut ahli falsafah Kneller (1971) dalam bukunya Introduction to the
Philosophy of Education, terdapat tiga gaya falsafah seperti yang diamalkan
oleh ahli falsafah iaitu gaya spekulatif, gaya preskriptif dan gaya analitik. Gaya
spekulatif menumpu kepada satu pemikiran yang sistematik tentang semua
yang wujud. Gaya falsafah ini melihat sesuatu perkara secara total atau
keseluruhan seterusnya melihat hubungan atau susunan antara satu aspek
dengan yang lain. Gaya ini tidak terhad kepada sesuatu pengetahuan atau
pengalaman tertentu sahaja, sebaliknya melibatkan semua pengetahuan dan
pengalaman yang ada. Dalam erti kata lain, gaya spekulatif adalah untuk
melihat kesepaduan, keselarian dan keselarasan dalam keseluruhan
pemikiran, pengetahuan dan pengalaman.

Gaya preskriptif pula mempertimbangkan nilai dalam membuat penetapan


sesuatu piawai. Gaya falsafah ini juga berusaha melihat persoalan tentang
apa yang dikatakan bernilai seperti baik atau buruk, betul atau salah, cantik
atau hodoh dan sebagainya. Gaya falsafah ini juga mempersoalkan, adakah
perkara yang bersangkutan dengan nilai ini wujud secara fizikal atau sekadar
dalam fikiran serta bersifat maya.

Gaya analitik pula memberi tumpuan pada perkataan dan maknanya.


Perkataan dipertimbangkan maknanya dalam konteks yang berbeza-beza.
Sesuatu perkataan tidak akan memberi makna yang sama dalam situasi
yang berbeza. Makna-makna tertentu tersebut perlu ditafsir dan difahami
untuk melihat kebenaran yang tersirat disebaliknya. Oleh yang demikian
keperihatinan kepada perkara yang seperti ini perlu sentiasa diambil kira agar
sesuatu kebenaran sentiasa berada dalam keadaan difahami dan tekal. Ahli
falsafah yang menggunakan gaya analitik ini juga mengkaji sebab musabab,
fikiran, kebebasan, dan peluang agar makna perkataan-perkataan dapat dikaji
dalam pelbagai konteks.

Sufean Hussin (1996), pula mengistilahkan gaya ini sebagai pendekatan dan
menurutnya terdapat tiga pendekatan falsafah bagi memahami apa sahaja
cabang disiplin ilmu. Tiga pendekatan tersebut ialah pendekatan deskriptif,
pendekatan normatif dan pendekatan analitik. Pendekatan deskriptif memberi
perhatian kepada perkembangan pemikiran ahli falsafah dari sejak dahulu
kala lagi hingga ke masa kini. Perhatian adalah ke arah memahami dan
menyatakan apa yang telah diperkatakan dan apa yang telah dilakukan oleh
ahli falsafah.

Pendekatan normatif pula memberi fokus kepada nilai atau aksiologi yang
melibatkan etika mahupun estetika. Pendekatan ini lebih kepada menjawab
persoalan ‘apa yang sepatutnya?’. Pendekatan normatif adalah seperti gaya
preskriptif. Pendekatan analitik pula berkaitan dengan bahasa yang sering
digunakan untuk berhujah bagi mencari pertalian dan mendapatkan
gambaran kebenaran menyeluruh melalui analisis bahasa (etimologi).

Sungguhpun terdapat pelbagai gaya atau pendekatan dalam aktiviti


berfalsafah, namun tiada satu-satu gaya yang boleh diterima seperti yang

24
komprehensif yang boleh diguna pakai untuk kesemua perkara dan dalam
kesemua cara. Perkara ini bergantung kepada keadaan dan keperluan.

Falsafah dalam Islam


Islam ialah satu cara hidup (addin). Konsep addin adalah komprehensif
sifatnya, menyeluruh dan meliputi semua perkara secara sepadu dan tidak
melihat sesuatu perkara dari satu-satu sudut tertentu sahaja. Bila disebut
falsafah dalam Islam, maka ia hanya sebahagian daripada addin tersebut.
Dalam Islam, perkataan falsafah membawa pengertian yang mirip kepada
hikmah, walaupun konsep hikmah sebenarnya membawa kefahaman yang
lebih luas berbanding dengan falsafah.

Berbeza dengan di Barat, di kebanyakan negara timur, keagamaan adalah


dititikberatkan kerana ia adalah keperluan atau sebahagian dalam kehidupan.
Bagi umat Islam pula agama adalah keseluruhan kehidupan iaitu sebagai
cara hidup. Agama menjelaskan tentang erti kehidupan dan tujuan atau
maksud manusia di atas muka bumi ini. Falsafah dalam Islam adalah
berlandaskan kepada Al-Quran dan wahyu sebagai panduan kepada akal
manusia dengan memberatkan akhlak agar dapat melahirkan manusia yang
sempurna. Manusia perlu mempunyai sifat ini memandangkan peranan
manusia ialah sebagai khalifah tuhan di muka bumi ini. Pegangan konsep
tentang manusia adalah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian;
manusia dilahirkan dalam keadaan suci (tiada dosa warisan); manusia
sebagai khalifah Allah; dan manusia dikurniakan akal fikiran tidak seperti
makhluk ciptaan tuhan yang lain.

Islam yakin keseimbangan alam adalah menerusi hukum atau ketetapan


tuhan (sunatullah) yang bersifat fitrah yang ternyata begitu sistematik dan
patut disyukuri dan diikuti. Persoalan metafizik secara totalnya tidak boleh
dilihat hanya dengan rasional akal atau pancaindera semata-mata kerana
akal atau pencaindera mempunyai keupayaan yang begitu terbatas.
Sehubungan itu kepentingan serta peranan wahyu daripada Allah adalah
begitu signifikan.

Dari sudut epistemologinya, Islam membina tamadun menerusi integrasi


antara ilmu agama dan ilmu akal seperti ilmu sains di samping cara hidup
yang menyeluruh. Melalui ciri kesepaduan antara agama dengan akal maka
manusia dapat memahami peraturan alam seperti yang dicipta oleh tuhan.
Sehubungan itu, gabungan antara ilmu, amal dan iman akan meningkatkan
lagi ketaqwaan manusia terhadap penciptanya. Ilmu agama merujuk kepada
penghayatan wahyu daripada Yang Maha Pencipta seperti yang terdapat
dalam Al-Quran dan hadis.

Islam jelas dalam persoalan aksiologi. Dalam Islam nilai yang mutlak dan
bersifat abadi bukanlah ketentuan manusia semata-mata, sebaliknya ialah
urusan yang Maha Pencipta yang seterusnya disampaikan kepada manusia
secara wahyu. Namun ketetapan ini tidak pernah bercanggah dengan apa
yang terfikir oleh manusia. Nilai yang mutlak dan bersifat abadi tidak

25
ditetapkan secara perbandingan. Contohnya apa yang dikatakan sebagai
baik, sempurna, cantik dan sebagainya tidak akan berubah mengikut tempat,
masa dan keadaan. Ia bersifat tekal dan tetap. Nilai adalah hakiki dan Allah
ialah sumber kepada semua bentuk nilai. Oleh sebab Allah ialah sumber
kepada semua bentuk nilai, maka manusia hanya dianggap berakhlak mulia
apabila mereka hidup mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh
Allah. Menurut pendekatan Islam, nilai mutlak yang menjadi asas kepada
semua nilai da1am kehidupan manusia ialah keimanan (kepercayaan dan
kepatuhan) kepada Allah. Daripada nilai inilah lahirnya nilai mutlak yang lain
yang menjadi ukuran kepada semua tindakan dan operasi yang dijalankan
oleh manusia serta menjadi teras bagi pembinaan peribadi orang yang
beriman.

Secara keseluruhannya, terdapat konsep kesepaduan antara urusan dunia


dan keagamaan dalam kehidupan manusia. Manusia secara tabiinya tidak
boleh berdiri secara tersendiri. Dalam setiap pergerakan dan perbuatan,
manusia perlu merujuk kepada konsep ketuhanan. Manusia tidak boleh
seratus peratus menggunakan akal logik semata-mata dalam mengharungi
kehidupannya. Sungguhpun terdapat ketinggian martabat manusia
berbanding makhluk tuhan yang lain kerana manusia dikurniakan akal fikiran,
namun akal dan fikiran manusia adalah terbatas (nisbi). Akal fikiran manusia
adalah hasil janaan otak, sedangkan otak pula bersifat biologi seperti juga
anggota badan yang lain. Seperti juga anggota badan yang lain yang bersifat
biologi, otak manusia mudah terpengaruh. Oleh yang demikian fungsi otak
sebagai penentu atau ‘hakim’ adalah longgar sifatnya. Keterbatasan ini perlu
kepada bantuan daripada Allah dalam bentuk wahyu bagi memastikan
manusia sentiasa berada di landasan kebenaran. Perkara ini jelas
menerangkan bahawa agama amat perlu dihayati dan menjadi kehidupan
seseorang.

Dapatlah dikatakan bahawa falsafah adalah tidak bercanggah dengan


kehendak atau prinsip yang terdapat dalam ajaran Islam. Jika sains adalah
mencari kebenaran, falsafah adalah mendekati kebenaran; manakala agama
pula adalah kebenarannya. Malahan ia adalah keterangan akal fikiran yang
kukuh, bagi memperjelaskan lagi wahyu yang dipeturunkan oleh tuhan
kepada manusia. Falsafah dalam Islam mestilah berteraskan kepada garis
panduan atau ketetapan daripada Allah. Manusia perlu dididik dengan asas-
asas seperti yang telah ditentukan oleh Allah demi untuk kehidupan yang
sejahtera seterusnya melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab di
dunia.

Dalam kehidupan manusia, kebenaran adalah sesuatu yang perlu dicari untuk
menjadi landasan amal. Ini kerana kebenaran akan menjadikan kehidupan
mempunyai erti atau makna. Melalui erti atau makna ini, manusia akan
mendapat manfaat atau kebaikan daripadanya. Oleh yang demikian
kebenaran perlu menjadi landasan dalam segala aktiviti dalam kehidupan.
Sebaliknya, kepalsuan adalah bertentangan dengan kebenaran. Kepalsuan
tidak membawa erti atau makna dalam kehidupan. Kepalsuan tidak mampu
membawa manfaat mahupun kebaikan kepada kehidupan manusia. Jika
kepalsuan dijadikan pegangan, akhirnya akan membawa kepada

26
kemudharatan dan kesusahan. Falsafah ialah penaakulan secara arif serta
bijaksana untuk mendapatkan kebenaran. Bagi tujuan penaakulan yang
bijaksana ini, ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai adalah
sebagai prasyaratnya. Tanpa ada prasyarat tersebut pastinya kebenaran
yang dicari tidak akan dapat ditemui.

27
Tajuk 4 : PENDIDIKAN DAN FALSAFAH
PENDIDIKAN

Pendidikan
Pendidikan membawa maksud yang luas. Sehubungan itu pendidikan
dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada dari sudut
mana ia dilihat. Ada yang melihat pendidikan dari sudut bahasa, dari sudut
cirinya, dari sudut fungsinya, dari sudut proses pendidikan, dari sudut hasil
daripada proses pendidikan serta lain-lain lagi.

Pendidikan dari Sudut Bahasa


Pendidikan dalam bahasa Inggeris ialah education. Perkataan ini
berasal daripada perkataan educare yang mempunyai makna memelihara,
membimbing atau mengasuh kanak-kanak. Namun dalam penggunaannya
sebagai istilah, pendidikan adalah lebih luas daripada itu dan tidak terhad
hanya kepada asuhan kanak-kanak sahaja.

Selain daripada educare, perkataan educere juga digunakan bagi


perkataan education yang bermaksud pendidikan. Walau bagaimanapun
educere lebih sesuai digunakan untuk pertumbuhan fizikal, tanaman dan juga
haiwan. Namun akhirnya, perkataan ini juga digunakan untuk manusia.
Latihan fizikal kepada individu manusia, termasuk kemahiran-kemahiran
tertentu, juga dikatakan sebagai salah satu tujuan pendidikan kerana latihan
fizikal dan kemahiran-kemahiran tertentu tersebut adalah perlu dalam
kehidupan manusia.

Ada yang mengatakan pendidikan atau education sebagai cantuman


dua perkataan iaitu eex iaitu keluar dan ducereduce memimpin keluar (to lead
out) yang membawa maksud menzahirkan keupayaan diri melalui
pembelajaran. Melalui pendidikan, seseorang akan memperoleh kesedaran
dan pengetahuan tentang kewujudan diri sendiri, alam dan juga penciptanya.

Dalam bahasa Arab pula, pendidikan diistilahkan sebagai ta’lim, tadris,


tarbiyah atau ta’dib iaitu mengajar, memelihara atau memberi ilmu. Pendidikan
bertujuan memberi ilmu atau pengetahuan dalam bentuk teori dan praktis bagi
membentuk adab dan keperibadian individu. Pendidikan juga bertujuan
mencungkil dan memperkembangkan bakat. Tegasnya pendidikan boleh
membawa banyak maksud yang menggambarkan keluasannya. Namun
keseluruhannya menerangkan tentang usaha perkembangan manusia.

Pendidikan Dari Sudut Ciri dan Proses


Dari sudut cirinya, pendidikan adalah bersifat wajib dan perlu
berlangsung secara berterusan iaitu dari buaian hingga ke liang lahad.

28
Pernyataan tentang perkara ini memang terkandung di dalam Al-Quran dan
hadis. Konsep ini dikenal sebagai pendidikan sepanjang hayat (life long
learning) dan telah dikenal pasti perlu untuk kelangsungan kehidupan manusia
mengikut tingkat dan peringkat usia. Selain daripada untuk
memperkembangkan minat dan bakat individu dan dalam usaha untuk
membangunkan guna tenaga manusia atau modal insan.

Menurut Jean Jacques Rousseau pendidikan ialah suatu proses yang


berterusan bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Segala kebolehan yang
bersifat semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan
semula jadi; dan proses ini perlu berlangsung secara berterusan. Plato pula
mengatakan bahawa pendidikan ialah sesuatu proses yang berkeupayaan
membentuk individu manusia agar bersifat mulia ke arah melahirkan tiga
golongan manusia iaitu pemimpin (Lehr), pekerja (Nehr) dan tentera (Wehr).
Ketiga-tiga golongan ini pula yang akan membentuk struktur utama dalam
sesebuah masyarakat.

Dari sudut proses pula, John Dewey mentakrifkan pendidikan sebagai


satu proses psikologi iaitu pertumbuhan atau perkembangan yang mana
pendidikan ialah usaha mengatur pengetahuan bagi meningkatkan lagi
pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang. John Park pula
berpendapat pendidikan ialah seni atau proses menyampai atau memperoleh
ilmu dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengajian. Maria Montessori,
mentafsirkan pendidikan sebagai proses membentuk dan
memperkembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.
Pendidikan juga boleh difahami sebagai satu proses pemindahan baik secara
rasmi atau sebaliknya perkara yang berkait dengan pengetahuan, kemahiran,
nilai dan juga kebudayaan yang dipunyai oleh satu generasi kepada generasi
yang berikutnya ataupun dalam generasi yang sama bagi tujuan
kesinambungannya.

Dalam konteks pengertian yang lebih luas pula, pendidikan dapat


difahami sebagai satu proses dengan kaedah yang tertentu sehingga
seseorang memperolehi pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan
yang sesuai dengan keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan
pendidikan. Ditambah lagi pendidikan diharapkan sebagai usaha yang dapat
membentuk akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan
individu manusia.

Dari sudut proses, pendidikan juga dikaitkan dengan persekolahan


kerana amalan semasa, menunjukkan tugas mengajar dan mendidik telah
banyak berpindah daripada ibu bapa dan keluarga di rumah kepada guru di
sekolah. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang khusus serta terkini. Oleh yang demikian,
keperluan untuk menginstitusikan pendidikan semakin mendesak dan sering
dikaitkan dengan persekolahan.

Sistem pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan ini harus


bermula seawal mungkin dan kebiasaannya persekolahan bermula sejak
prasekolah lagi kerana di peringkat prasekolah inilah masa yang paling baik

29
bagi perkembangan potensi jasmani, intelek, rohani dan emosi. Sehubungan
itu, prasekolah ialah peringkat yang terbaik dalam meletakkan ’batu asas’ pada
diri kanak-kanak. Sebagai suatu proses yang berterusan, pendidikan perlu
juga mempunyai rancangan bagi keperluan semua peringkat individu bagi
tujuan memajukan diri mereka sama ada dari segi keperluan pekerjaan
mahupun bagi memupuk minat dan kecenderungan.

Pendidikan dari Sudut Hasil


Dari sudut hasilnya, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, pendidikan bererti menghasilkan warganegara yang
berpengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

John Milton menjelaskan hasil daripada pendidikan ialah manusia


bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja pada
setiap masa. Pestalotzi pula menjelaskan individu yang telah melalui
pendidikan mampu untuk memikul tanggungjawab dalam pekerjaan masing-
masing bagi tujuan kehidupan. Pendidikan juga dikatakan dapat membuka
mata seseorang daripada kegelapan kepada keadaan yang terang dan
mengubah sikap daripada jahil kepada berpengetahuan. Selain daripada itu,
pendidikan juga dapat menjadikan seseorang itu kaya dengan pengalaman.

Confucius pula menganggap seseorang yang terdidik ialah seseorang


yang akan mempunyai tingkah laku yang sempurna seperti bersopan-santun,
ikhlas, murah hati, rajin dan sebagainya. Seseorang yang terdidik juga akan
bersifat sederhana dan taat kepada ibu bapa, orang yang lebih tua serta taat
kepada negara.

Al-Syaibani berpendapat bahawa pendidikan ialah kehidupan di dunia


untuk persiapan di akhirat. Pendidikan akan menggabungkan rohani dan
jasmani; akidah dan syariah; serta dunia dan akhirat. Menurut Sufean Hussin
(1996), pengetahuan ialah hasil daripada pemikiran; dan kemahiran berfikir
pula dibina daripada proses pendidikan. Secara keseluruhannnya dapat dilihat
bahawa hasil daripada proses pendidikan ialah suatu yang bersifat mulia. Jika
hasil proses tidak bersifat mulia, maka proses tersebut tidak boleh dikatakan
pendidikan.

Pandangan Lain
Ramai lagi tokoh yang memberi pandangan masing-masing tentang maksud
pendidikan. Pendapat daripada tokoh klasik seperti Pythagoras mengatakan
bahawa pendidikan ialah proses memberi latihan untuk membentuk budi
pekerti yang baik yang mana perkara ini lebih penting daripada pengetahuan.
John Stuart Mill berpendapat bahawa pendidikan adalah aktiviti memahami

30
potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk
kesempurnaan tabii.

James Mill berpendapat bahawa pendidikan ialah proses memberi


pertolongan maksimum kepada setiap anggota bagi sesuatu masyarakat
supaya dapat hidup dengan penuh keselesaan dan kegembiraan. Selain
daripada tokoh Barat, terdapat ramai tokoh Islam yang memberi pendapat
tentang pendidikan. Al-Ghazali umpamanya telah memberi penjelasan tentang
pendidikan selaras dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu proses
pendidikan adalah berterusan bermula sejak lahir hinggalah ke liang lahad.
Pendidikan menurut Al-Ghazali merangkumi pemupukan budi pekerti yang
mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang lain selain daripada untuk
kecergasan jasmani.

Muhammad Qutb pula mengatakan bahawa pendidikan sebagai proses


membina manusia secara menyeluruh melibatkan jasad, intelek dan roh.
Pendidikan ialah perkembangan fitrah manusia seperti yang telah diciptakan
oleh tuhan. Khursid Ahmad menjelaskan, pendidikan menyediakan generasi
muda ke arah idealisme kehidupan melalui latihan dan kesedaran intelek bagi
memperolehi kemahiran dalam lapangan hidup selain daripada menyalurkan
warisan budaya.

Rabindranath Tagore, tokoh timur dari Culcatta, India mengatakan


bahawa pendidikan ialah proses yang bertujuan untuk melahirkan fikiran yang
cergas, saintifik, jelas, berani dan bebas. Pendidikan bersifat dinamik dan
berkaitan dengan kehidupan bukan sesuatu yang terhad kepada yang
terkandung di dalam buku atau sesuatu kitab sahaja.

Merujuk kepada tokoh tempatan pula, menurut Sufean Hussin (1996),


pendidikan bererti aktiviti pendidik mendidik dan melatih individu atau orang
yang hendak dididik iaitu pendidik atau guru mendidik dan melatih para
pelajarnya. Dari sini jelaslah bahawa pendidikan dapat diertikan dalam bentuk
yang pelbagai bergantung kepada individu dan dari sudut mana ia dilihat
kerana pendidikan membawa maksud yang luas. Ada yang ingin melihat
pendidikan dari sudut bahasa, fungsi pendidikan, ciri pendidikan, proses
pendidikan atau hasil daripada proses pendidikan. Namun kesemuanya ialah
ke arah mendapatkan gambaran keseluruhan tentang maksud pendidikan.

Fungsi Pendidikan
Intelek, rohani, emosi dan jasmani ialah potensi yang ada pada setiap
individu. Setiap potensi yang ada pada individu boleh berkembang ke tahap
maksimum jika peluang secukupnya diberi untuk perkembangannya.
Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi
yang ada pada individu. Pendidikan mampu melahirkan individu yang berilmu,
mulia, berbudi pekerti yang tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketerampilan
dan sebagainya yang secara umumnya bersifat positif. Pertumbuhan dan

31
perkembangan yang berlaku dengan sempurna perlu melibatkan potensi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Hasil daripada proses pendidikan dapat dilihat dalam dua jangka masa
iaitu jangka masa singkat dan jangka masa panjang. Dalam jangka masa
singkat umpamanya pendidikan mampu membekali individu dengan maklumat,
kefahaman, kesedaran mahupun sesuatu kemahiran. Dalam jangka masa
panjang pula maklumat, kefahaman, kesedaran dan kemahiran akan
terkumpul serta teradun untuk seterusnya membentuk sesuatu sikap yang
menjadi dasar kepada perlakuan, tingkah laku dan tindakan seseorang.
Sehubungan itu, sukar untuk meletakkan secara berasingan hasil jangka masa
singkat dan jangka masa panjang bagi sesuatu proses pendidikan.

Pendidikan menumpu kepada pembinaan fikiran bijaksana yang


rasional selain daripada usaha membina jiwa manusia yang murni dengan
kata ringkas, ia melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan
bukan sekadar untuk kehidupan, sebaliknya pendidikan itu sendiri ialah
kehidupan. Peranan pendidikan secara umumnya boleh dilihat daripada dua
dimensi yang utama iaitu dimensi intrinsik dan dimensi sosial.

Dimensi Intrinsik
Dari dimensi intrinsik, pendidikan berperanan memperkembangkan
individu dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani secara seimbang,
menyeluruh dan bersepadu. Dalam hal ini proses pendidikan perlu berterusan
dan berkesinambungan dari semasa ke semasa. Konsep pendidikan
sepanjang hayat (life long learning) seperti dijelaskan di atas, adalah yang
perlu berlangsung dalam setiap diri individu. Bagi tujuan ini, proses pendidikan
boleh berlangsung di mana-mana dan pada bila-bila masa dan tidak terhad di
sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan sahaja. Dalam erti kata lain,
proses pendidikan berlangsung secara merentasi masa, tempat dan situasi.

Dalam pembentukan sahsiah, pendidikan bertujuan melahirkan individu


yang seimbang pada domain kognitif, afektif dan psikomotor atau unsur
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Seseorang perlu mempunyai kemampuan
untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Selain
daripada itu, individu yang terdidik perlu mempunyai kemampuan untuk
berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai
keimanan dan kepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam
kehidupannya.

Dimensi Sosial
Dari dimensi sosial pula, pendidikan dilihat dari sudut apakah
sumbangan individu yang terhasil melalui proses pendidikan kepada

32
masyarakat, bangsa dan negara. Dalam konteks ini, pendidikan sering dikenal
pasti sebagai jentera dalam proses untuk menyediakan tenaga kerja yang
terlatih dalam pelbagai pengetahuan dan kemahiran di pelbagai peringkat
untuk pembangunan dan kemakmuran masyarakat, negara dan antarabangsa.

Bagi tujuan ini, individu akan dilatih dengan pelbagai pengetahuan,


disiplin dan kemahiran bagi membolehkannya mendapat dan melaksanakan
sesuatu kerjaya dengan baik di dalam kehidupannya. Pendidikan dalam hal ini
adalah bagi menyediakan individu ke arah memenuhi kehendak pasaran buruh
dan petak pekerjaan dalam masyarakatnya. Bagi sesebuah negara tertentu,
pendidikan ialah sebagai indoktrinasi bagi menanamkan sesuatu ideologi
negara secara tegas. Umpamanya, suatu ketika dahulu di negara blok
komunis, proses indoktrinasi dilakukan kepada rakyatnya bagi tujuan
membangunkan sistem pemerintahan negara. Pendidikan juga adalah bagi
tujuan pembangunan sesebuah negara dari sudut sosial, kestabilan politik,
perpaduan rakyat, pemeliharaan cara hidup demokrasi dan pencapaian dasar
wawasan negara.

Pendidikan dan Perubahan


Dari semasa ke semasa, bidang pendidikan terus mengalami
perubahan kerana bidang pendidikan adalah dinamik sifatnya baik dari segi
asas penegasannya membawa kepada kandungan, kaedah dan seterusnya
sumber serta cara penilaiannya. Perubahan ini sesuai dengan perubahan
nilai, fikiran, kehendak dan kemajuan teknologi yang diusahakan oleh
manusia. Di sekolah sebagai contoh, perubahan yang berlaku dalam
pelaksanaan pendidikan bukan sahaja dalam hal-hal berkait dengan
pentadbiran dan pengurusan, namun ia juga meliputi fokus dan kandungan
kurikulum; penegasan dalam pelaksanaan kurikulum; pendekatan, strategi dan
kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran; penilaian dan
penggunaan teknologi yang terkini.

Senario yang berlaku di peringkat semasa dan yang akan datang


menyebabkan penekanan adalah lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan pembangunan manusia dari segi fizikal, mental mahupun spiritualnya.
Ini kerana usaha bagi memajukan bangsa dan negara tidak hanya bergantung
kepada kekuatan fizikal dan mental semata-mata, tetapi juga melibatkan aspek
emosi dan rohani yang kesemuanya perlu dirangka secara strategik.

Kurikulum sekolah perlu mengambil kira perkembangan yang berlaku di


peringkat lokal dan global (glokal). Mata pelajaran seperti teknologi maklumat
umpamanya, kini menjadi begitu penting dan perlu diajar kepada para pelajar
baik di mana-mana peringkat pun. Begitu juga dengan mata pelajaran
vokasional. Pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin luas bagi melatih
para pelajar supaya lebih terdedah dengan alam sekeliling, perkembangan
semasa dan perkembangan masa hadapan. Pengenalan kepada mata
pelajaran bahasa lain sebagai bahasa kedua adalah perlu bagi memberikan
lebih banyak persediaan kepada generasi yang akan berada di pentas glokal.

33
Pendekatan pendidikan secara tradisional yang memberi penekanan
kepada penyampaian pengetahuan semata-mata melalui cara syarahan atau
penerangan guru secara sehala, tidak lagi dapat dianggap sebagai kaedah
yang memuaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini. Dalam
erti kata yang lain, guru bukan lagi sebagai ‘sage on stage’ sebaliknya guru
adalah ‘the guide by the side’ (Ibrahim Bajunid, 2000). Guru lebih sebagai
fasilitator yang banyak membantu perkembangan pelajar walaupun bentuk
peranan yang lain tidak boleh diabaikan.

Peranan sebagai fasilitator memerlukan seseorang guru menguasai


kemahiran dalam penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti
komputer, multimedia, internet dan sebagainya selain daripada berkebolehan
mengamalkan kaedah sedia ada dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Kejayaan penggunaan teknologi pendidikan dan penggunaan
pelbagai media dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada usaha gigih guru.

Guru merupakan orang yang paling banyak memainkan peranan dalam


menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Justeru itu, bagi
membolehkan pelajar belajar secara optimum, guru perlu menggunakan
kemahiran mengajar dengan teknik yang sesuai dan berkesan. Sikap dan
minat seseorang pelajar adalah tidak sama, namun ianya boleh dibentuk oleh
guru melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pengajaran yang menarik serta personaliti yang baik boleh menimbulkan minat
pelajar terhadap proses pembelajaran, seterusnya akan memberi kesan
terhadap pencapaian pelajar.

Cabaran yang dihadapi oleh guru menyebabkan peranan guru sentiasa


mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Guru tidak boleh mengambil
mudah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Seiring
dengan Wawasan 2020, guru perlulah peka dengan teknologi-teknologi baru
yang telah diperkenalkan dan tidak lagi menggunakan bahan bantu mengajar
tradisional.

Kesimpulannya, pendidikan memainkan peranan penting dalam


pembentukan generasi yang akan mengambil alih peranan dan
tanggungjawab generasi semasa. Pendidikan bukan sahaja
dipertanggungjawab untuk membekal generasi baru dengan pengetahuan dan
kemahiran tetapi juga untuk menyemai nilai hidup dan etika yang boleh
menentukan kejayaan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Menyedari hakikat ini, pendidikan perlu berada di atas tapak atau


landasan yang kukuh. Tanpa landasan yang kukuh, pendidikan adalah goyah
sifatnya dan akhirnya tidak mampu memainkan peranan. Kegagalan
pendidikan dalam memainkan peranan akan membawa kepada kehancuran
terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, usaha
mencari tapak atau landasan yang kukuh melalui pengenalan kepada falsafah
pendidikan adalah diharapkan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik
berbanding dengan yang sebelumnya.

34
Falsafah Pendidikan
Menurut Abd. Fatah Hasan, falsafah pendidikan ialah suatu sistem
kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal
mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di
bilik-bilik darjah. Al-Syaibani pula menyatakan, falsafah pendidikan ialah
usaha bagi melaksanakan teori dan kaedah berhubung pengalaman manusia.
Falsafah pendidikan juga mampu menilai, menyelaras dan menganalisis
masalah berhubung kehidupan.

Menurut John Dewey falsafah pendidikan ialah sebagai satu dasar yang
fundamental, intelektual dan fungsional ke arah menuju tabiat manusia yang
cemerlang dan bertamadun. Setiap falsafah pendidikan berasaskan kepada
satu atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme, pragmatisme atau
eksistensialisme. Falsafah pendidikan dibentuk kerana terdapat persoalan
yang saling berkaitan antara falsafah dengan pendidikan yang tidak terjawab
secara falsafah atau pendidikan semata-mata. Falsafah pendidikan ialah
pecahan daripada falsafah umum. Tidak dinafikan terdapat juga sarjana yang
menganggap falsafah pendidikan ini sebagai teori pendidikan. Namun kedua-
duanya membincangkan perkara tentang pendidikan.

Kepentingan Falsafah Pendidikan


Proses mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan
sistematik kerana tanpa ciri tersebut proses ini akan mengalami banyak
masalah dan halangan sehingga tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
Bagi mengadakan sistem pendidikan yang sistematik, ia perlu kepada asas
atau falsafah yang kukuh yang menjadi dasar pendidikan. Falsafah pendidikan
bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan,
malahan ia juga menjadi panduan yang amat penting dalam pelaksanaan
sesuatu sistem pendidikan tersebut. Ketiadaan suatu dasar yang jelas dan
mantap, sudah pasti sistem pendidikan dan pelaksanaannya tidak akan
mempunyai hala tuju yang tetap dan tidak berlangsung dengan lancar,
terutama sekali kerana terdapat pemboleh ubah lain di sekitarnya seperti
kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, kepesatan kemajuan teknologi,
sosial dan lain-lain lagi yang juga menjadi asas bagi pelaksanaan
pembentukan dan pelaksanaan sistem pendidikan. Dalam erti kata lain, sistem
pendidikan perlu berteras kepada falsafah pendidikan yang jelas lagi praktikal.

Ahli falsafah seperti Socrates, Plato, Aritotle dan lain-lain banyak mengaitkan
falsafah dengan pendidikan kerana terdapat hubungan yang jelas antara
falsafah dengan pendidikan. Penemuan dalam bidang falsafah sebenarnya
tidak boleh dipisahkan daripada bidang pendidikan kerana terdapat hubung
kait yang rapat antara satu sama lain. Kepentingan falsafah dalam sistem
pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Tanpa falsafah, bermakna sesuatu
sistem pendidikan itu tidak berlandaskan kepada suatu landasan yang kukuh

35
dan jelas. Falsafah pendidikan ialah sebagai langkah permulaan dalam proses
pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat
dalam pendidikan seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, strategi dan
kaedah pengajaran adalah juga perlu merujuk kepada falsafah pendidikan
yang ditetapkan.

Falsafah pendidikan akan menjelaskan makna kepada keputusan dan


tindakan dalam pendidikan. Ornstein & Hunkins (1993) menegaskannya
seperti berikut:

In the absence of a philosophy, the educator is vulnerable to


externally imposed prescriptions, to fads and frills, to autoritarian
schemes, and to other ‘isms’.

John Dewey dalam bukunya Democracy and Education menjelaskan


hubungan yang saling berkaitan antara falsafah dengan pendidikan. Beliau
merumuskan bahawa falsafah sebagai suatu teori umum mengenai
pendidikan. Dari sini jelaslah bahawa terdapat hubungan yang saling perlu
antara falsafah dan pendidikan. Perkara ini juga jelas dapat dilihat apabila
terdapatnya perkaitan antara falsafah dengan matlamat sesebuah sekolah.

Secara grafiknya, pandangan Tyler tentang hubungan antara falsafah dengan


matlamat sekolah ditunjukkan dalam Rajah 2. Oleh kerana falsafah
pendidikan ialah asas kepada aktiviti pendidikan yang mencerminkan
pemikiran dan falsafah sesebuah negara, maka dalam pembentukan sesuatu
kurikulum dalam sistem pendidikan, falsafah dan matlamat pendidikan negara
hendaklah turut diambil kira kerana falsafah pendidikan selain daripada
mempersoalkan perkara yang asas iaitu persoalan metafizik, epistemologi
dan aksiologi ia juga memberi fokus kepada pendidikan dari sudut konsep,
proses, peranan dan matlamatnya.

36
Rajah 2
Hubungan Falsafah Dengan Matlamat Sekolah
Sumber: Curriculum Foundations, Principles and Theory
(Ornstein & Hunskin, hal. 37)

Sebagai rumusannya, dapat disimpulkan beberapa rasional tentang


bagaimana falsafah pendidikan berperanan di dalam sistem pendidikan seperti
berikut:

 Memainkan peranan sebagai tumpuan kepada segala idea dan pemikiran


tentang pendidikan.
 Dapat menjelaskan hala tuju kepada segala usaha untuk memajukan
sistem pendidikan.
 Sebagai asas atau dasar dalam menentukan matlamat pendidikan
sesebuah negara
 Sebagai panduan dalam menentukan fokus dan kandungan kurikulum
pendidikan
 Menunjuk arah kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan institusi
pendidikan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
 Menjadi asas dan memberi arah kepada pembuat dasar pendidikan
menentukan corak sistem pendidikan negara.

37
Tajuk 5 :Mazhab Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Barat


Dalam bab sebelum ini telah dibincangkan tentang empat falsafah umum Barat
iaitu yang tradisional dan kontemporari. Daripada mahzab falsafah umum
Barat seperti yang dijelaskan di atas, lahirlah pula banyak falsafah pendidikan
yang berasaskan kepadanya. Bab ini akan membincangkan empat daripada
falsafah pendidikan yang terkenal ialah perenialisme, esensialisme,
progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme dan esensialisme adalah
tergolong dalam kategori tradisional, manakala progresivisme dan
rekonstruksionisme adalah tergolong dalam kategori moden.

Perenialisme
Perenialisme ialah falsafah pendidikan yang tertua, tradisional dan dikatakan
paling konservatif. Antara pendukung falsafah ini ialah seperti Robert
M.Hutchins dan Mortimore Adler. Falsafah pendidikan ini banyak dipengaruhi
oleh fahaman idealisme dan realisme yang berpunca daripada pemikiran
Plato, Aristotle dan lain-lain. Perenialisme berlandaskan kepada pegangan
bahawa ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia harus dijadikan
asas bagi pendidikan dan ilmu tersebut perlu disampaikan kepada generasi
berikutnya. Ini mungkin selaras dengan asal-usul perkataan perenialisme
daripada perkataan Latin iaitu perennis yang bermaksud kekal, selamanya
atau abadi.

Pendidikan mengikut aliran perenialisme ialah sebagai jalan kembali atau


proses mengembalikan keadaan yang ada kepada yang sebelumnya yang
bersifat lebih ideal. Ia menjawab persoalan ‘apakah tabii manusia?’. Menurut
falsafah pendidikan ini, tabii manusia adalah bersifat tetap. Oleh yang
demikian, prinsip pendidikan sewajarnya tetap dan berulang. Nilai moral dan
kemampuan rasional manusia semakin hari semakin merosot kerana
pengaruh materialisme, pragmatisme dan fahaman sains. Perkara ini perlu
diselamatkan melalui sistem pendidikan. Tujuan pendidikan ialah untuk
membantu pelajar mencari dan menghayati kebenaran yang berkekalan
sepanjang peradaban manusia. Oleh kerana kebenaran ini bersifat sejagat
dan tidak berubah, maka ia harus dijadikan matlamat pendidikan yang tulen.

Kebenaran tersebut boleh diperolehi pelajar melalui latihan intelek yang


bertujuan mendisiplinkan minda. Minda manusia adalah bersifat rasional dan
boleh dibentuk. Pembentukan dan latihan peribadi juga penting bagi
pembangunan dan perkembangan rohani. Menurut perenialisme lagi,
pendidikan ialah ke arah mendapatkan kebenaran seterusnya memahami
kebenaran tersebut. Sehubungan itu, pendidikan adalah juga latihan bagi
membentuk dan memperkembangkan mental dan intelektual. Pendidikan
adalah untuk menyelaraskan manusia kepada kebenaran kerana kebenaran
ialah untuk kehidupan semua manusia. Kebenaran juga boleh diperoleh

38
daripada pemikiran orang terdahulu tentang tamadun manusia. Kebenaran
yang dicari adalah bersifat sama dan sarwajagat yang tidak mengikut tempat,
masa dan keadaan.

Pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan seperti yang dicadangkan oleh


falsafah ini adalah berpusatkan kepada mata pelajaran dan sama untuk semua
pelajar sama ada suka atau tidak. Mata pelajaran pula tertumpu kepada unsur
ilmu kemanusiaan, kesusasteraan, matematik, sejarah, doktrin dan maklumat
daripada buku yang ternama atau buku orang yang terdahulu. Pemilihan mata
pelajaran secara elektif tidak digalakkan sama sekali memandangkan para
pelajar belum bersedia dan belum cukup matang dalam membuat pilihan
sendiri.

Dari sudut pengajaran pula, guru ialah orang yang mempunyai autoriti
sepenuhnya. Ilmu dan pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan. Kaedah
pengajarannya pula ialah secara Socratic dengan pendedahan secara lisan,
kuliah dan penghuraian. Pelajar adalah ibarat span yang menyerap semua
pengetahuan yang diberi oleh gurunya. Guru ialah pakar, menguasai bidang
ilmu dan pengetahuan serta kemahiran menyampaikan kebenaran kepada
generasi baru iaitu para pelajarnya. Fungsi sekolah pula adalah menyediakan
kanak-kanak supaya mereka berupaya hidup dalam masyarakat dewasa.

Tujuan pendidikan dalam perenialisme ialah termasuk mencari dan


menyebarkan kebenaran. Sehubungan itu, tujuan pengajaran bukanlah
semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga
membantu mereka untuk memberi makna, kebenaran, susunan dan
hubungannya dengan pengalaman lampau agar apa yang dipelajari akan
menjadi lebih bermakna pada diri pelajar.

Esensialisme
Falsafah pendidikan esensialisme ini muncul pada awal 1930 dengan
beberapa pelopornya iaitu William C. Bagley. Tokoh lain yang ada kaitan
dengan falsafah ini ialah seperti Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L.
Kandel. Seperti juga perenialisme, esensialisme termasuk dalam kategori
falsafah pendidikan yang tradisional dan konservatif. Falsafah pendidikan ini
mempunyai pegangan bahawa pendidikan adalah melalui pengetahuan,
kemahiran dan nilai teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama.
Pengetahuan dan nilai-nilai yang bersifat teras ini wajar disampaikan kepada
semua pihak terutama sekali kepada para pelajar kerana telah teruji
kejelasannya sekian lama. Pengetahuan ini, bersama-sama dengan
kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur yang
sangat diperlukan dianggap penting dan wajar diketengahkan.

Antara lain prinsip yang terkandung dalam esensialisme ialah bahawa


pendidikan bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah
mereka berpegang kepada ”education as cultural conservation”. Pengetahuan
yang diperoleh melalui pendidikan harus boleh diamalkan supaya menjadi ilmu
agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat.

39
Pembelajaran adalah usaha dan aplikasi yang bersungguh-sungguh dengan
guru lebih banyak peranannya berbanding para pelajar. Bahan pengajaran
yang diguna pakai dalam proses pendidikan adalah telah ditentukan.

Menurut esensialisme, fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai murni yang


sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk jadi insan yang baik atau sebaliknya,
adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat melalui
pendidikan. Tugas pelajar ialah menghayati dan mengamalkan unsur-unsur
nilai murni tersebut untuk ke arah menjadi warga yang baik.

Kurikulum yang dilaksana dalam pendidikan adalah berpusat kepada mata


pelajaran, namun esensialisme agak berbeza dengan perenialisme kerana
lebih memfokus kepada masa hadapan. Di peringkat sekolah rendah,
penekanan ialah kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Esensialisme yakin bahawa pengajaran adalah sebagai penyebaran
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang benar-benar diperlukan.

Di peringkat menengah pula, penekanan adalah lebih intensif dan


diperluaskan meliputi mata pelajaran yang berunsurkan matematik, sains, ilmu
kemanusiaan, bahasa dan kesusasteraan. Penguasaan unsur dalam bidang
ini dilihat sebagai asas yang perlu bagi pendidikan am untuk mencapai tahap
kehidupan yang memuaskan. Pembelajaran secara rapi dengan disiplin-
disiplin yang dimaksudkan akan membangun minda pelajar dan serentak
dengan itu, menyedarkan pelajar kepada persekitaran fizikalnya. Penguasaan
fakta dan konsep yang asas bagi setiap disiplin dianggap sangat mustahak.

Guru ialah individu yang berada ‘di tengah-tengah’ alam pendidikan yang
bermaksud guru dianggap sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai
role model yang harus dicontohi. Guru perlu diberi penghormatan kerana
penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya sebagai guru. Kelas atau bilik
darjah ialah di bawah pengaruh dan kawalan guru. Guru mestilah mempunyai
pendidikan liberal yang mengetahui pengetahuan dalam bidang pembelajaran
seperti psikologi kanak-kanak, proses pembelajaran, pedagogi dan lain-lain.
Oleh yang demikian, esensialisme lebih banyak meletakkan pendidikan di
bahu guru berbanding pelajar. Namun ilmu yang diperoleh dengan berkesan
juga bergantung kepada kerajinan pelajar.

Mengikut falsafah esensialisme, sekolah memainkan peranan sebagai badan


yang mengekal, memelihara, dan menyebarkan warisan budaya dan sejarah
melalui kebijaksanaan dan pengetahuan yang terkumpul dalam disiplin
berkaitan kepada kanak-kanak dan generasi yang berikutnya. Sekolah juga
sebagai tempat di mana setiap pelajar akan memperolehi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang akan membantunya menjadi anggota
masyarakat yang berguna di suatu masa kelak.

Progresivisme
Aliran pemikiran dalam progresivisme adalah bertentangan dengan aliran
pemikiran dalam perenialisme. Sebagai falsafah pendidikan, progresivisme

40
mengambil asas daripada falsafah umum pragmatisme yang dipelopori
Charles Pierce, Charles Darwin, William James, William Kilpatrick dan John
Dewey. Namun pemikiran dan penulisan John Dewey adalah yang banyak
mempengaruhi falsafah progresivisme ini.

Kelahiran individu manusia ke dunia ini bersifat suci serta semula jadi seperti
kain putih. Corak individu manusia pada masa hadapan adalah dipengaruhi
dan sangat bergantung kepada persekitaran dan masyarakatnya. Pendidikan
sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran yang ada.
Oleh yang demikian pendekatan yang diambil dalam pendidikan adalah perlu
secara semula jadi dan mengikut tabii pelajar serta alam sekitarnya. Para
pelajar seharusnya lebih banyak berperanan dalam aktiviti pembelajaran
sosialisasi mereka. Peranan guru ialah sebagai pembimbing atau
pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.
Sehubungan itu, sekolah ialah unit masyarakat yang sepatutnya bersifat
demokratik.

Kurikulum yang dipilih dan diaksanakan dalam sistem pendidikan berkisar


kepada pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. Kurikulum adalah
berteraskan kepada disiplin bahasa dan komunikasi, sains, sains sosial serta
kemanusiaan. Walau bagaimanapun, kurikulum yang bersifat merentas disiplin
adalah diperlukan kerana dalam kehidupan, aktiviti penyelesaian masalah
adalah melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan logik
matematik dan proses inkuiri saintifik. Sumber muktamad bukanlah daripada
buku sebaliknya, buku hanyalah sebagai bahan yang membantu pelajar dalam
proses pembelajaran.

Mengikut progresivisme, guru bukanlah sebagai pendita yang menguasai dan


seterusnya membekali pelajar dengan segala ilmu. Peranan guru berbeza
dengan yang terdapat dalam aliran lain. Guru ialah pembimbing atau
pemudahcara dalam proses pembelajaran pelajar kerana pelajar
berkeupayaan memikir, meninjau dan membuat penerokaan sendiri mengenai
keperluan dan minat masing-masing. Guru juga berperanan sebagai pemandu
kepada pelajar dalam aktiviti penerokaan atau projek penyelesaian masalah.
Guru membantu pelajar mendefinisi masalah yang bermakna, mengenal pasti
sumber data dan ilmu yang relevan, mentafsir dan menilai ketepatan data, dan
membantu membuat kesimpulan.

Rekonstruksionisme
Aliran rekonstruksionisme dikatakan pecahan daripada mazhab falsafah
pragmatisme yang muncul sekitar tahun 1920an seperti yang dicadang oleh
Dewey dalam bukunya Reconstruction in Philosophy. Mengikut fahaman ini,
masyarakat ialah sebagai matlamatnya. Tokoh seperti George S. Counts dan
Harold O. Rugg ialah penyokong kuat idea-idea John Dewey. Aliran
rekonstruksionisme dikatakan sebagai lanjutan kepada aliran progresivisme
kerana mengikut pendokong aliran ini, pembentukan semula masyarakat ialah
usaha yang perlu dilakukan dengan segera termasuk menerusi bidang
pendidikan. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi telah

41
mendesak akan perlunya perubahan baru dalam masyarakat. Justeru usaha-
usaha melalui bidang pendidikan perlu dilakukan.

Kesedaran dalam kalangan warga sekolah, guru dan pelajar tentang masalah
sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus-menerus berkembang dan
dihadapi manusia secara global adalah perlu. Para pelajar perlu dilatih supaya
memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi dan
menangani masalah tersebut. Guru dan pelajar ialah agen pembaharuan dan
agen penyelesai masalah sosial yang terdapat dalam masyarakat. Matlamat
pendidikan mengikut progresivisme ialah ke arah pembentukan masyarakat
baru, masyarakat global yang saling bergantung antara satu sama lain yang
ahli-ahlinya mampu menghadapi cabaran.

Prinsip yang terkandung dalam falsafah progresivisme ialah pendidikan


bertujuan untuk pembaharuan perkara-perkara yang terdapat dalam sistem
sosial. Pembaharuan perlu dilaksanakan segera bagi tujuan kepentingan
sosial. Sekolah sebagai permulaan kepada pembaharuan yang perlu dalam
sistem sosial. Masyarakat perlu mengamalkan prinsip demokrasi walaupun
ahlinya saling bergantung antara satu sama lain.

Kandungan kurikulum dalam pendidikan terdiri daripada pelbagai masalah


sosial, ekonomi, politik yang dihadapi manusia dan meliputi juga masalah
peribadi dan sosial yang dihadapi pelajar. Kurikulum ini menggunakan
organisasi berstruktur yang terdapat dalam disiplin sains sosial dan proses
siasatan atau penyelidikan saintifik sebagai kaedah bagi penyelesaian
masalah.

Guru hendaklah menyedarkan pelajar kepada masalah yang dihadapi


manusia, membantu mereka mengenal pasti masalah yang ingin diberi
tumpuan oleh pelajar dan memastikan bahawa pelajar mempunyai kemahiran
yang akan membolehkan mereka mengatasi masalah. Guru harus mempunyai
kemahiran membantu pelajar menghadapi kontroversi dan perubahan, kerana
kebanyakan masalah yang perlu diselesaikan adalah kontroversial. Guru
hendaklah menggalakkan pencapahan pemikiran sebagai kaedah untuk
menghasilkan penyelesaian alternatif. Di samping itu, guru hendaklah cekap
mengatur pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara serentak.

Mengikut mazhab falsafah pendidikan progresivisme, sekolah ialah agensi


utama bagi menggerakkan perubahan sosial, politik dan ekonomi dalam
masyarakat. Tugas sekolah ialah membangunkan jurutera sosial, iaitu warga
yang fungsinya untuk mengubah secara radikal bentuk masyarakat masa kini
dan membangunkan masyarakat baru yang sesuai untuk masa hadapan.

Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa pemikiran daripada mazhab-


mazhab falsafah pendidikan seperti yang dinyatakan di atas banyak
mempengaruhi bidang pendidikan dan perkembangan kehidupan manusia di
seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pembentuk sistem pendidikan dan
penggubal dasar tidak dapat mengikut cadangan atau pendirian yang
dikemukakan oleh satu-satu mazhab falsafah sahaja. Perkara ini disebabkan
mereka terpaksa menghadapi realiti yang semakin kompleks dalam

42
perkembangan peradaban dan pembangunan masyarakat. Sehubungan itu,
pembentuk sistem pendidikan dan penggubal dasar biasanya akan memilih
mana-mana unsur yang baik daripada beberapa mazhab.

Jadual 2
Perbandingan antara Falsafah Pendidikan

FALSAFAH FALSAFAH OBJEKTIF TUMPUAN


PENDIDIKAN UMUM YANG PENDIDIKAN KURIKULUM
BERKAITAN
Perenialisme Idealisme dan - Mendidik individu - Basmi buta huruf,
Tokoh: Robert M. Realisme yang rasional. menyerap
Hutchins, Mortimer - Menyemai pengetahuan,
Adler keintelektualan kurikulumya tetap.
individu.
Esensialisme Idealisme dan - Meingkatkan - Kemahiran asas
Tokoh: William C. Realisme perkembangan seperti membaca,
Bagley, Thomas intelektual individu. menulis dan mengira.
Briggs, Frederick - Mengekalkan
Breed dan Issac L. pengetahuan,
Kandel. kemahiran, nilai dan
kebudayaan.

Progresivisme Pragmatisme - Menggalakkan - Berasaskan minat,


Tokoh: Charles S. hubungan sosial dan kecenderungan dan
Pierce, William kehidupan bakat para pelajar.
James, John Dewey. demokratik.

Rekonstruksio- Pragmatisme - Guru dan pelajar - Penekanan kepada


nisme sebagai agen sains sosial, kajian-
Tokoh: George S. penyelesai masalah kajian sains sosial,
Counts, Harold O. masyarakat. ekonomi dan politik
Rugg - Menggalakkan dalam masyarakat
pembinaan semula dan isu
masyarakat. antarabangsa.

Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan dalam Islam adalah bersifat harmonis, seimbang, menyeluruh dan
bersepadu. Pendidikan adalah luas liputannya. Oleh yang demikian, bagi
membincangkan sebahagian daripadanya di sini akan disentuh tentang
pendidikan dalam Islam dari segi konsep, fungsi, sumber, kandungan dan
matlamatnya. Dalam Islam, pendidikan adalah wajib kepada semua umat
manusia. Pendidikan ialah suatu tindakan yang diambil oleh sesuatu
masyarakat, kebudayaan atau tamadun untuk memelihara kelangsungan
hidup (survival). Oleh yang demikian kegagalan pendidikan untuk
melaksanakan fungsinya akan membawa kepada kehancuran kelangsungan
manusia dan dunia amnya.

43
Proses pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat seperti yang jelas
dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Prosesnya bermula daripada dalam
kandungan hingga ke liang lahad. Malahan pendidikan sebenarnya
berlangsung lebih awal daripada itu. Fokus pendidikan pula ialah kepada
manusia iaitu pelajar. Pendidikan tidak berpusatkan guru, isi kandungan,
sumber mahupun proses, sebaliknya adalah kepada perkembangan individu
secara seimbang, harmonis, menyeluruh dan bersepadu meliputi unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan perlu mempunyai konsep yang jelas
kerana kegagalan pendidikan dalam memainkan peranannya akan membawa
kepada kehancuran.

Fungsi pendidikan dalam Islam antaranya ialah menyiapkan generasi untuk


memainkan peranan baik kepada diri, kepada manusia lain, kepada
persekitaran dan kepada Allah. Manusia ialah khalifah Allah di muka bumi.
Oleh yang demikian, hubungannya dengan diri sendiri, dengan manusia lain,
dengan persekitaran dan dengan Allah ialah bagi melaksanakan peranan
utama ini.

Pendidikan dalam Islam memindahkan nilai daripada satu generasi kepada


generasi yang berikutnya kerana salah satu tanggungjawab manusia sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini ialah mewujudkan kesejahteraan dan
kesinambungan. Nilai dalam Islam adalah bersumberkan Al-Quran, hadis dan
juga qiyas. Nilai yang baik ini sewajarnya berkesinambungan. Selain daripada
nilai, ilmu juga perlu dipindahkan.

Ilmu dibahagikan kepada dua kategori iaitu ilmu wahyu dan ilmu perolehan.
Kategori pertama iaitu ilmu wahyu ialah ilmu yang datang daripada yang Maha
Pencipta kepada hambanya iaitu manusia. Ilmu ini jelas terdapat di dalam Al-
Quran, hadis dan juga qiyas. Memandangkan potensi akal manusia adalah
terbatas, maka Allah yang bersifat maha pemurah lagi maha mengasihani
membekali manusia dengan ilmu ini. Ilmu perolehan pula ialah kategori ilmu
yang diperolehi manusia daripada usahanya menggunakan akal dan
pancaindera. Inkuiri, penyelidikan dan sebagainya digunakan dalam proses
untuk mendapatkan ilmu di bawah kategori ini.

Sumber pendidikan dalam Islam ada enam iaitu sumber utamanya Al-Quran;
diikuti dengan Sunnah Rasulullah s.a.w; kata-kata para sahabat Rasulullah
s.a.w; kemaslahadan masyarakat; nilai; dan kebiasaan-kebiasaan dalam
masyarakat. Al-Quran ialah kitab Allah yang diperturunkan kepada manusia
melalui perantaranya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran mengandungi
mukjizat dan hidayah yang mencakupi keseluruhan aspek yang terdapat
dalam kehidupan manusia. Sunnah pula adalah segala yang dilafazkan oleh
Rasullah s.a.w dalam bentuk perkataan, perlakuan atau persetujuannya.
Rasulullah s.a.w adalah uswatun hasanah iaitu sebaik-baik contoh, teladan
dan model bagi setiap muslim.

Kemaslahadan pula mengikut Al-Ghazali, bererti perkara-perkara yang


mendatangkan manfaat dan menghindari mudarat. Ia terdiri daripada lima
perkara iaitu menjaga ke arah menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta

44
benda. Nilai pula ialah nilai seperti yang diwahyukan dan mutlak sifatnya. Nilai
adalah sesuatu yang mendasari hukum, budaya dan gerak-geri manusia.
Kebiasaan dalam masyarakat pula ialah amalan baik kerana mana-mana
kebiasaan masyarakat yang bernilai dan boleh membawa kepada kebaikan
boleh dijadikan hukum.

Pendidikan dalam Islam perlu berfokus kepada manusia sebagai objek yang
utama. Dalam erti kata lain segala pertimbangan adalah ke arah kebaikan
pelajar. Prinsip yang perlu dipatuhi dalam pendidikan Islam iaitu bahawa
manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk
lain; manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan tidak membawa dosa
warisan seperti yang terdapat dalam sesetengah fahaman; peranan manusia
di muka bumi ini adalah sebagai khalifah Allah dan manusia adalah makhluk
yang diberi akal.

Selain daripada itu, aspek teologi (ketuhanan). ontologi (kejadian).


epistemologi (keilmuan) dan aksiologi (nilai) juga perlu diambil kira selain
daripada konsep kesepaduan antara pengetahuan, nilai dan keimanan.
Pemisahan antara pengetahuan, nilai dan keimanan akan menyebabkan
pendidikan menjadi tidak sempurna.

Matlamat terakhir pendidikan Islam ialah untuk melengkapkan setiap individu


manusia dengan pengetahuan Islam supaya dia dapat hidup sebagai seorang
yang beriman kepada Allah, berakhlak tinggi, berpengetahuan dan beramal
soleh.

45
TAJUK 6 : PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain
daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai
masyarakat. Ketiadaan dasar pendidikan yang sempurna dan mantap
dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan adalah tidak sempurna sifatnya
kerana mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus.
Implikasinya, akan tercetus pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan
yang menjejaskan usaha pembangunan dan keamanan sesebuah negara.
Berdasarkan kepada rasional ini, maka keperluan kepada falsafah pendidikan
yang bertulis dalam sistem pendidikan bagi sesebuah negara adalah jelas
sekali rasionalnya.

Dasar yang dibuat dalam sesuatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada
asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem
pendidikan kerana terkandung dalamnya matlamat yang hendak dicapai;
kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan; ciri yang hendak
dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan; dan liputan yang
terangkum dalam sistem pendidikan. Hanya pada tahun 1988 barulah sistem
pendidikan di Malaysia mempunyai falsafah pendidikan yang bertulis. Walau
bagaimanapun, ini tidak bermakna sebelum tahun 1988, Malaysia tidak
mempunyai falsafah pendidikannya.

Sebelum adanya falsafah pendidikan secara bertulis, sistem pendidikan


negara hanya mempunyai falsafah yang tersirat dan implisit yang ditafsir
daripada pelbagai dasar kerajaan termasuk dasar pendidikan negara, dasar
ekonomi, ideologi seperti Rukun Negara, rancangan pembangunan negara
seperti Rancangan Malaysia Pertama, Rancangan Malaysia Kedua dan
seterusnya.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara


Ditinjau dari sudut sejarah pendidikan negara, falsafah pendidikan di Malaysia
lahir setelah melalui proses yang berkesinambungan yang selari dengan
proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Proses pembentukan
falsafah pendidikan di Malaysia telah bermula sejak tanah air ini menuntut
untuk mendapat kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Umumnya, dapat
dikatakan bahawa semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, dasar pecah
dan perintah adalah menjadi asas kepada bentuk sistem pendidikan yang ada
pada masa itu. Tiada usaha penyatuan antara penduduk bandar dan luar
bandar lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain.
Selain daripada tiada usaha ke arah perpaduan, hala tuju pendidikan rakyat

46
juga sangat kabur. Sistem persekolahan vernakular yang diperkenal adalah
tidak bertapak di atas asas yang konkrit dalam pelaksanaannya pada masa
itu.

Namun sistem pendidikan yang ada pada ketika itu terus berkembang
tanpa mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan pembangunan
tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat; apalagi
pembangunan unsur kemanusiaan. Sistem pendidikan lebih kepada usaha
mendapatkan taat setia kaum pribumi terhadap penjajah. Selain itu, sistem
pendidikan juga berusaha mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang
dan keturunan masing-masing kepada negara asal mereka. Dalam erti kata
yang lain, tiada falsafah pendidikan yang khusus baik yang tersirat, apa lagi
yang tersurat bagi tujuan pendidikan pada masa itu. Oleh yang demikian, bagi
tujuan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan
tentang keseluruhan sistem pendidikan di tanah air ini. Langkah perlu diambil
bagi  menggubal satu sistem  pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk
negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri.

Perkara ini telah disedari oleh para pemimpin  tempatan dan rakyat tentang
betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi
mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara
yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Tunku Abdul Rahman
dan lain-lain ahli politik telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah
negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang
tersendiri adalah antara perkara yang diberi tumpuan dengan serius kerana
antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak
penjajah.

Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan


sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji
keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air
mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Abdul Razak
dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak
1956. Penyata ini telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957.

Selepas merdeka, satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa


Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam sistem pendidikan selepas merdeka.
Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib
1960.

Kementerian Pelajaran pada masa itu telah banyak berpandu kepada


Penyata Razak  1956  dan  Penyata  Rahman Talib  1960, dalam usaha
memberi pelajaran kepada rakyat di tanah air ini. Soal perpaduan kaum
adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
pada masa itu. Selain daripada itu, usaha pendidikan adalah juga bagi
membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek infrastruktur seperti
kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi
berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga

47
mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui
proses pendidikan.  
Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak dan Penyata
Rahman Talib 1960. Objektif dasar pendidikan seperti yang terkandung dalam
Akta Pelajaran 1961, antaranya seperti berikut:

"Bahawasanya  dasar  pelajaran  seperti  yang diisytiharkan


dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan  satu
sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi,
dan politiknya..."  

Pada ketika itu falsafah pendidikan masih belum tersurat melainkan masih
berasaskan kepada yang tersirat sahaja. Akta Pelajaran 1961 diguna pakai
sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan. Dalam
tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah dilakukan
dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada
September 1974, satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara yang
dilaksanakan sejak tahun 1961. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri pada
ketika itu. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut:

“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran


sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran
kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan
bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama
ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-
lebih lagi untuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.”

. . . Laporan Jawatankuasa Kabinet


Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Jawatankuasa telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979


dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa pindaan telah
dibuat ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada
pelaksanaan sistem pendidikan. Laporan jawatankuasa ini lebih banyak
memberi penegasan kepada keperluan pendidikan asas 3M (membaca,
menulis dan mengira). pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia.

Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialahpengenalan kepada


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988 bagi menggantikan
kurikulum sedia ada pada ketika itu yang didapati telah tidak sesuai lagi.
Selain daripada itu, Lapoaran Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan

48
Dasar Pelajaran juga merupakan permulaan kepada pembentukan falsafah
pendidikan negara yang lebih jelas.

Falsafah Pendidikan Negara


Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang
diterbitkan pada 1979 ialah permulaan kepada pembentukan falsafah
pendidikan negara yang lebih jelas dan tersurat. Falsafah pendidikan yang
bertulis dikenal sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN mula
diperkenalkan secara bertulis mulai tahun 1988. Pernyataan FPN adalah
seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988)

Asas Pembinaan FPN

Pembinaan FPN adalah berasaskan kepada pelbagai perkara termasuk


pembangunan insan, pembangunan negara, keadaan rakyat yang berbilang
kaum serta agama ke arah pengwujudan satu bangsa Malaysia yang maju,
berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada
ketuhanan.

FPN yang juga  diasaskan kepada  hasrat dan aspirasi negara dan


dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan  berakhlak, seimbang dan harmonis, yang
boleh mencapai  kesejahteraan  diri  dan memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

FPN juga mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan negara
yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga selaras
dengan kehendak agama rasmi negara dan pembangunan negara Malaysia.
FPN dibentuk berlandaskan syariah dan bukannya sekular.

49
“Berteraskan kepada di atas (FPN). hala tuju dan matlamat
pendidikan negara nampak semakin kukuh dari waktu
sebelumnya. Gabung jalin antara rohani emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan adalah menepati
dengan falsafah pendidikan Islam.”

. . . Dr. Mohd Nur Manuty, 1989

Falsafah pendidikan Islam ialah seperti yang telah diputuskan dalam satu
resolusi atau konsensus sedunia dalam persidangan dunia tentang
pendidikan muslim yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977
dan Muktamar Kaherah pada 1980. Falsafah Pendidikan Islam mengikut
mengikut resolusi tersebut adalah seperti berikut.

“Pendidikan berterusan ke arah perkembangan seimbang diri


individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa
kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak, bertakwa dan
beramal soleh untuk membina masyarakat, hormat-menghormati
dan bantu-membantu antara satu sama lain.”

Selain daripada itu, kerana FPN ialah himpunan aspek dan nilai yang terbaik,
maka FPN juga selaras dengan nilai baik seperti yang terdapat dalam
falsafah pendidikan Barat. Menurut Abd. Rahman Aroff & Zakaria Kasa
(1994), FPN bersifat eklektisisme, iaitu pilihan nilai baik daripada pelbagai
sumber dan falsafah. Nilai baik adalah bersifat sarwajagat, yang demikian
tiada mana-mana pihak yang menolaknya. Menurut Sufean Hussin (1996),
FPN merangkumi cabang falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan aksiologi
yang juga secara langsung meliputi falsafah idealisme, realisme,
progresivisme dan eksistensialisme.

Daripada hujah di atas jelas bahawa FPN bukan sahaja himpunan daripada
yang terbaik daripada pelbagai sudut, malahan ia boleh diterima oleh semua
pihak tanpa ada keraguan. Melalui FPN, hala tuju sistem pendidikan negara
adalah jelas dan dapat difahami semua pihak termasuk agen pelaksananya
iaitu guru sekolah. Melalui hala tuju yang jelas ini maka usaha yang lebih
mantap dapat dijayakan oleh semua pihak yang terlibat ke arah
membangunkan negara mengikut acuan Malaysia.

Unsur Integrasi Dalam Falsafah Pendidikan Negara

Salah satu daripada tujuan pendidikan adalah untuk mengadakan masyarakat


yang makmur dan sejahtera hasil daripada hubungan yang harmonis antara
manusia dengan manusia lain; manusia dengan tuhan; manusia dengan
persekitaran dan alam. Pendidikan mempunyai hasrat untuk melahirkan
rakyat yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan boleh menikmati
kebahagiaan hidup serta sedia berbakti kepada keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara. Bagi tujuan merealisasikan hasrat ini, usaha
secara bersepadu adalah perlu. Rajah 3 menunjukkan bahawa FPN adalah
himpunan strategi-strategi yang bersifat sepadu.

50
FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
MATLAMAT
PENDIDIKAN

OBJEKTIF MATA
PELAJARAN

INTELEK, ROHANI,
EMOSI DAN JASMANI

MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN


TERAS, INSAN TERAS,
TAMBAHAN YANG TAMBAHAN
ELEKTIF BAIK ELEKTIF

KANDUNGAN
BAHASA DAN NILAI KANDUNGAN

KOKURIKULUM

BUDAYA
SEKOLAH

Rajah 3
Strategi Bersepadu Falsafah Pendidikan Negara
Sumber: Malaysia Kita, INTAN, 1991

Berasaskan kepada FPN juga, matlamat pendidikan negara dapat dilihat dari
sudut merealisasikan perkara yang berkait dengan pembangunan sosial
manusia. Pertama, menyediakan peluang kepada semua rakyat Malaysia
menuntut ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka
membezakan yang mana benar dan yang mana salah serta boleh melakukan
kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Kedua,
memperluaskan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang tujuan dan
tanggungjawab seseorang warganegara dalam sesuatu sistem pemerintahan
yang demokratik. Ketiga, ialah memberi peluang pendidikan kepada semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan, umur dan keadaan
fizikal individu. Keempat, membolehkan seseorang itu menghayati prinsip
Rukun Negara. Menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat
setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu,

51
semua yang akan terlaksana dalam Akta Pendidikan 1996 adalah berasaskan
kepada FPN.

Seterusnya, definisi sistem pendidikan kebangsaan perlu dinyatakan dengan


jelas yang meliputi semua peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, pendidikan pascamenengah dan pendidikan tinggi.
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
kebangsaan perlu dimantapkan lagi.

52
TAJUK 7 : FALSAFAH KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


FPN dengan sifatnya yang mantap masih dikekalkan dalam Akta Pendidikan
1996 ini. Namun sedikit tambahan perkataan dilakukan bagi memantapkan
lagi falsafah ini. FPN seterusnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) selari dengan pengalanan Akta Pendidikan 1996 atau
Akta 550.

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia 1996)

Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Berasaskan kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan
sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu
yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengenepikan
kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan. Individu insan tersebut
perlu berilmu dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia,
berkeupayaan memberi sumbangan ke arah memakmurkan masyarakat dan
negara. Individu juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga hubungan
baik dan mesra antara sesama manusia bagi memupuk perpaduan rakyat
Malaysia.

 Konsep Pendidikan Berdasarkan FPK


Dilihat daripada konsepnya, pendidikan seperti yang dihasratkan dalam FPK
ialah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life
long education). Antara lain rasionalnya ialah kerana manusia mengalami
pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan
akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada
perubahan perlu kepada latihan kemahiran mahupun pendidikan. Selain

53
daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga
menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui
konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat
berlangsung dengan lancar.

 Matlamat Pendidikan Malaysia


Matlamat pendidikan di Malaysia dapat dihuraikan sebagai menyedia dan
memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia tanpa
mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya ialah memberi peluang
kepada warganegara Malaysia menuntut ilmu sepanjang hayat selaras
dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka
melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Pendidikan juga dapat memperkembangkan keupayaan individu dari segi


fizikal dan mental; membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun
Negara bagi menghasilkan warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara
yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Proses
pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi
untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan
antara satu sama lain. Selain daripada itu pendidikan dapat menghasilkan
tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi
mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan
budaya. Kurikulum yang dibentuk dalam pendidikan mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selaras dengan objektif pendidikan.

FPK adalah padat dengan konsep, proses dan kesan akhir pendidikan
kepada warganegara Malaysia. FPK perlu ditafsir supaya dapat dihuraikan
dengan jelas bagi tujuan pencapaian hasratnya.

 Proses Pendidikan Berdasarkan FPK


Proses pendidikan dalam FPK berlaku untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan seimbang melibatkan unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Ini bertujuan untuk pembangunan diri insan yang
seimbang dan harmonis dalam keempat-empat potensi tersebut.
Pembangunan diri insan dapat didefinisikan sebagai suatu proses
pembentukan individu manusia yang berlaku secara sengaja dan sistematis
yang mencakupi penggemblengan seluruh aspek potensi diri insan sama ada
secara fizikal, rohani, emosi dan intelek secara padu ke arah pemantapan diri
bagi melahirkan manusia sempurna dan seimbang yang mengenali diri dan
memahami erti kehidupan sebenar serta mampu kembali kepada hakikat
kejadian asal insan iaitu mengabdi kepada tuhan dan sekaligus memiliki
kualiti kepimpinan cemerlang.

54
 Pendidikan Bersepadu Berdasarkan FPK
Perkembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani yang tersebut dalam
FPK adalah tidak secara terasing (compartmentalised) antara satu sama lain.
Sebaliknya perkembangan perlu berlaku secara bersepadu (intergrated) dan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan hanya
kepada mana-mana satu unsur seperti yang terdapat dalam sistem
pendidikan sebelum ini hanya akan menjadikan individu yang tidak seimbang.
Ketidakseimbangan akan menggagalkan usaha untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

 Kesan Akhir Pendidikan Berdasarkan FPK


Kesan akhir pendidikan seperti yang dihasratkan oleh FPK dilihat dari dua
dimensi utama iaitu dimensi intrinsik dan dimensi instrumental. Bagi dimensi
intrinsik, kesan akhir pendidikan ialah bagi melahirkan individu rakyat
Malaysia yang mempunyai kepercayaan kepada tuhan; patuh kepada ajaran
agama; berpengetahuan; berketerampilan; berakhlak mulia;
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Usaha ini bagi membentuk generasi msa hadapan dengan peribadi dan
akhlak yang tinggi. Generasi yang terdidik ini nanti mestilah boleh bertoleransi
antara kaum dan agama. Selain daripada itu, mereka hendaklah menghormati
kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia dan menghargai
kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang dibentuk dalam diri
setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan
menjadi perintis dalam membangunkan negara. Pada usia yang muda,
mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah dan
terjebak dalam kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merokok,
melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibanteras dan
langkah perlu diambil untuk mengatasinya sebelum ia merebak dan menjadi
semakin berleluasa kerana kita tidak mahu negara lain memandang rendah
kepada Malaysia dan kepentingan untuk menjaga nama baik negara Malaysia
adalah perlu. Didikan agama yang secukupnya dan kesedaran diri juga perlu
untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang berlaku pada masa ini.
Apabila terbentuknya akhlak yang tinggi, diharapkan negara lain akan
memandang tinggi kepada Malaysia setanding dengan negara maju yang
lain.

Bagi dimensi instrumental pula, kesan akhir pendidikan ialah bagi melahirkan
individu rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FPK perlu
dijadikan teras ke arah melahirkan rakyat yang yang mempunyai kualiti
keterampilan diri yang tinggi. Pembangunan diri insan adalah mendasari

55
pembangunan kehidupan manusia itu sendiri yang seimbang, sepadu dan
harmonis secara mental, fizikal dan spiritual akan menentukan kesejahteraan
pembangunan negara dan ummah. Pembangunan yang semata-mata
merujuk kepada fizikal atau material tidak akan menjamin kelangsungan
tamadun manusia, sebaliknya akan diakhiri dengan kegagalan, kerana tiada
kemampuan daya tahan mahupun jati diri lantaran kehilangan komponen
penting iaitu jiwa murni, keimanan dan konsep ketuhanan yang menjadi
terasnya.

Terdapat pelbagai jenis serta kategori pekerjaan pada masa ini


memandangkan masyarakat dari semasa ke semasa semakin maju.
Kesemua petak pekerjaan ini perlu diisi demi kemakmuran negara. Selain
daripada itu tenaga kerja pada pelbagai peringkat pendidikan perlu
dikeluarkan bagi mengisi petak pekerjaan yang sesuai tidak kira dalam apa
bidang industri, perusahaan, ekonomi, sains dan teknologi. Malaysia pada
hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.
Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sains dan teknologi perlu
supaya setaraf dengan negara lain. Harapan diletakkan kepada para pelajar
lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) dalam mengaplikasikan pengetahuan serta pendidikan yang
mereka pelajari apabila berada di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini
dilatih terlebih dahulu sehingga menjadi professional dalam menguasai
penggunaan peralatanan teknologi seperti teknologi komputer dan ICT. Di
samping itu, kemahiran multilingual seperti penguasaan bahasa Inggeris perlu
bagi memudahkan komunikasi dalam pekerjaan terutamanya apabila
mengadakan hubungan atau kerjasama dengan negara luar. Kerajaan juga
telah mengadakan pelbagai program untuk siswazah yang menganggur bagi
mengatasi masalah siswazah yang menganggur. Ini salah satu program yang
baik supaya tiada antara bekas siswazah yang tercicir dalam
menyumbangkan idea, tenaga dan usaha untuk meningkatkan lagi mutu
pembangunan negara.

56
Tajuk 8: FPK DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan Kebangsaan
Falsafah pendidikan memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di
Malaysia iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha
yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu
pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem
pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang
unggul, kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

Keunggulan Dasar Pendidikan


Pendidikan ialah mekanisme bagi pembangunan serta perpaduan sesebuah
negara. Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan
terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna
sifatnya. Implikasi daripada itu negara akan mengalami pelbagai masalah
termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh yang demikian satu
bentuk dasar yang mampu menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak
pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar pendidikan kebangsaan ialah satu pernyataan yang bermatlamat
tentang sistem pendidikan negara. Dasar pendidikan kebangsaan ini dalam
konteks Malaysia menjadi amat perlu memandangkan negara mempunyai
rakyat yang berbilang kaum serta keturunan. Rakyat dengan pelbagai kaum
dan keturunan ini pula mempunyai nilai dan budaya yang pelbagai. Usaha
penyatuan pelbagai kaum dan keturunan wajib dilakukan bagi keamanan dan
kesejahteraan negara. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui pendidikan.

Pendidikan ialah salah satu daripada mekanisme penting negara didalam


mencapai Wawasan 2020. Menjelang tahun 2020 Malaysia akan menjadi
sebuah negara yang maju. Usaha ke arah ini memerlukan tenaga dan
kepakaran di pelbagai peringkat pengetahuan dan kemahiran dengan penuh
disiplin serta ketinggian etika. Melalui sistem pendidikan keperluan tenaga
serta kepakaran dapat diadakan. Mulai tahun 1981 contohnya, matlamat
utama pendidikan adalah untuk membentuk insan secara bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah pembangunan dan kemajuan
individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan


Terdapat kekuatan yang nyata pada Akta Pendidikan 1996 untuk mengarah
kepada pencapaian wawasan negara serta untuk kepentingan rakyat,

57
bangsa, negara dan agama. Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaannya
semestinya akan terdapat kekangan, halangan serta rintangan yang perlu
dihadapi dan ditangani.

Beberapa strategi untuk  mencapai matlamat dasar pendidikan yang telah


ditetapkan iaitu pertamanya menjadikan  bahasa kebangsaan  sebagai
bahasa pengantar yang utama. Selain daripada itu mengadakan  kurikulum
yang  sama  dan  berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Strategi
seterusnya ialah mengadakan sistem peperiksaan yang sama dan seragam
bagi semua.

Prosedur dalam pengurusan juga perlu kemas dan dapat dilaksanakan


dengan licin dan berkesan. Meningkatkan mutu pendidikan
keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang  menyeluruh,
seimbang  dan bersepadu. Konsep pendemokrasian pendidikan juga boleh
dilaksanakan dari segi peluang untuk dapat mengakses pendidikan, secara
adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib
baik baik dari segi fizikal seperti kawasan luar bandar atau kawasan
pendalaman.

Matlamat utama kurikulum yang digubal adalah untuk melahirkan  individu


yang seimbang dari segi pengetahuan dan  kemahiran  yang  sesuai  dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. Perluasan pendidikan teknik
dan vokasional adalah sejajar dengan perkara ini. Penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978 adalah perlu di samping
mempelbagai dan memperbanyakkan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah menengah harian biasa. Selain daripada mengurangkan masalah
sosial dan disiplin pelajar, MPV ialah persiapan untuk menampung
kekurangan sumber tenaga manusia di peringkat tersebut.

Pembangunan fizikal dan material perlu diimbangi dengan pembangunan


yang bercorak spiritual. Oleh yang demikian pendidikan  kerohanian, moral
dan disiplin ialah strategi yang perlu diambil bagi mencapai matlamat dasar
pendidikan. Ini selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 seperti
berikut.

'Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya


dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur'

Melalui aktiviti kokurikulum disiplin dapat dipupuk, proses sosialisai secara


yang sihat dan teratur dapat diadakan bagi kelangsungan proses
perkembangan diri pelajar. Kewujudan pasukan-pasukan pasukan unit
beruniform di sekolah seperti kadet  tentera, kadet polis, pengakap, puteri
Islam dan lain-lain di samping aktiviti berpersatuan, sukan dan permainan
perlu diteruskan bagi pencapaian matlamat dasar pendidikan.

Di  samping  strategi  ini, dasar pendidikan kebangsaan juga dilaksanakan


dengan  mengada  dan memperkembangkan  tenaga pengajar  yang  terlatih.

58
Sekolah baru juga didirikan selaras  dengan  kadar pertambahan pelajar yang
semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Walaupun banyak cabaran,
kekangan mahupun rintangan dalam pelaksanaan dasar pendidikan
kebangsaan ini namun dengan keyakinan dan usaha yang gigih, kejayaan
akan dapat dicapai.

Pembentukan Kurikulum Kebangsaan


Dalam konteks kurikulum, implikasi yang jelas falsafah pendidikan di Malaysia
kepada sistem pendidikan, adalah ke atas pembentukan kurikulum
kebangsaan. KBSR dan KBSM yang sentiasa mengalami perkembangan
sehingga kepada yang terkini, adalah hasil perubahan yang aspirasinya
berasaskan FPN serta FPK. Antara perubahan yang jelas ialah seperti
penegasan kepada aspek kesepaduan dan penyeluruhan termasuk
pendidikan asas serta pendidikan umum. Seterusnya tiga bidang utama diberi
penekanan iaitu bidang komunikasi; bidang manusia dan persekitarannya;
dan perkembangan diri. Penggabungjalinan kemahiran, penyerapan isi
kandungan pelajaran dan penerapan nilai murni secara merentas mata
pelajaran diberi penekanan. Begitu juga dengan penekanan kepada bahasa
dan komunikasi; penekanan kepada unsur-unsur sains dan teknologi;
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesai masalah turt serta disepadukan
dalam kurikulum.

Pemupukan Nilai
Falsafah pendidikan negara menganggap pendidikan sebagai suatu usaha
yang bersungguh-sungguh ke arah melahirkan generasi yang terdidik dalam
pelbagai segi agar pemikiran yang matang dan idea yang berkualiti dapat
dibentuk di samping penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar. Sesebuah
negara maju perlu mempunyai rakyat yang meletakkan nilai di tahap yang
teratas kerana selain daripada untuk keharmonian dalam kehidupan,
masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang teguh mampu menjamin
kesinambungan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraannya.

Dalam proses pendidikan, terdapat pelbagai ruang dan berpeluang


untuk memperkembangkan potensi individu sekaligus membentuk insan yang
seimbang dan harmonis dalam segala aspek kehidupan termasuk
pembentukan dan pemupukan sistem nilai yang positif. Proses ini juga
sentiasa menjadikan pendidikan sebagai sesuatu yang menyeluruh dan
bersepadu. Selain daripada melahirkan warganegara yang mempunyai
kepercayaan kepada tuhan dan patuh kepada ajaran agama, individu juga
diharap dapat menimba pengetahuan, kemahiran, keterampilan dan sikap
bertanggungjawab bagi mencapai kesejahteraan diri. Nilai murni dan akhlak
mulia perlu dikekalkan agar dapat memberi sumbangan besar terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 

59
Perubahan Institusi Pendidikan
Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat serta KBSR dan KBSM
yang dibentuk dan terus berkembang dari semasa ke semasa, beberapa
perubahan penting telah dan sedang berlangsung terutama dari sudut
institusi pendidikan itu sendiri. Perubahan ini perlu bagi tujuan keselariannya
dengan falsafah pendidikan dan kurikulum tersebut. Perubahan yang nyata
seperti peningkatan taraf prasarana sekolah seperti pertambahan bilangan
bilik darjah, makmal, bengkel dan sebagainya akibat daripada penstrukturan
semula nisbah bilangan pelajar bagi setiap kelas. Keduanya ialah
pertambahan kemudahan pembelajaran seperti komputer, talian telefon,
intranet dan internet diikuti dengan peningkatan kepakaran dalam kalangan
pentadbir pendidikan serta gurunya kerana penekanan individu pembelajar
bukanlah kepada aspek tertentu sahaja tetapi melibat semua aspek secara
menyeluruh dan bersepadu. Sekolah memainkan peranan yang penting bagi
menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi
berikutnya.

Di peringkat pendidikan tinggi pula, kerajaan telah berusaha untuk


memperbanyakkan lagi institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini IPTS
diperkenalkan bagi melengkapi IPTA yang ada di Malaysia untuk menampung
kekurangan tempat belajar akibat daripada pertambahan bilangan pelajar dari
semasa ke semasa.

Implikasi Falsafah Pendidikan kepada Guru


Implikasi FPK kepada para pendidik khususnya guru di sekolah adalah
sangat nyata. Guru perlu lebih beriltizam dalam usahanya untuk mendidik
para pelajar sebagai generasi pelapis yang akan menjadi pewaris dan
pemimpin negara di masa akan datang. Guru ialah orang yang kerjayanya
mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, dan tanggungjawabnya adalah
bersifat futuristik (Ibrahim Bajunid, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin,
1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid Nordin, 1994).

Bagi tujuan ini guru perlu meningkatkan usaha ke arah pertambahan ilmu
seluas dan seberapa dalam yang mungkin; mempertingkatkan kemahiran
profesional dan membina pembawaan yang positif termasuk nilai murni yang
bersifat sarwajagat. Selain daripada itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran para guru akan menggunakan pendekatan reflesi. Pendekatan
reflesi penting bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Melalui
pendekatan ini guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran
untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajarannya dan pembelajaran
para pelajarnya. Dari sini usaha akan terus dilakukan bagi memperbaiki dan
mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Di bawah konteks pendidikan, refleksi ialah proses yang mana seseorang


yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali perkara yang telah

60
difikir, dialami seterusnya menganalisis dan menilai kesannya termasuk
memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk
digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Konsep guru sebagai
pengamal refleksi seperti yang dikemukakan oleh Donald Schon diyakini
selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.

Melalui proses refleksi, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan


pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta
pembelajaran pelajarnya seterusnya membaiki dan mengubahsuai
rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di peringkat sekolah,
peranan guru dalam merealisasikan hasrat FPK meliputi tugas seperti
menganalisis objektif kurikulum dan juga isi kandungannya bagi menentukan
keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan juga penyediaan bahan pelajaran, merancang dan
melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat
penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya. Ia bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain
merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga perlu
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial
bagi kepentingan para pelajarnya.

Perubahan Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Falsafah pendidikan turut membincangkan persoalan tentang pemilihan ilmu,
sumber dan kaedah memperolehinya. Oleh yang demikian, dalam kurikulum
yang dibentuk, banyak memperlihatkan kepada tentang bagaimana untuk
mencapai tahap keilmuan melalui proses pembelajaran bersepadu, memilih
dan mencari sumber yang mutlak dengan menggunakan pendekatan yang
rasional atau kaedah yang bersesuaian. Sejajar dengan perubahan
paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang datang bertalu-talu, keadaan
memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa
menghadapi rintangan dan mengalami kesukaran.

Implikasi lain daripada falsafah pendidikan yang kini jelas tersurat dan cuba
direalisasikan dalam sistem pendidikan negara adalah dari sudut
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Proses
pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi
berpusatkan pelajar kerana fokus utama dalam pendidikan ialah
perkembangan pelajar baik secara individu ataupun secara kumpulan. Selain
daripada itu, kaedah lama pengajaran seperti yang biasa disebut sebagai
chalk and talk sudah tidak sesuai kerana guru kini dikatakan berperanan
sebagai fasilitator yang memudahkan cara pelajar belajar.

61
Implikasi lain daripada FPK ialah di mana penilaian tidak dilakukan terhad
kepada penilaian secara sumatif sahaja, sebaliknya penilaian juga melibatkan
penilaian secara formatif termasuk bagi tujuan diagnosis pencapaian pelajar
dari semasa ke semasa, selain daripada konsep pemulihan dan pengayaan
yang dilaksanakan dan diamalkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

Bahasa Kebangsaan Sebagai Pengantar Utama

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar


utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
kecuali sekolah jenis kebangsaan. Perkara ini terdapat dalam Akta
Pendidikan, 1996. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama dalam pendidikan diharapkan akan dapat mengekalkan
perpaduan dalam Malaysia. Pada masa yang sama penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua tidak diabaikan memandangkan desakan di
peringkat antarabangsa yang lebih tinggi yang menuntut penggunaan bahasa
Inggeris.

Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dengan
harmoni tanpa perselisihan maka keadaan ini perlu dikekalkan. Setiap kaum
mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing. Bahasa sebagai
salah satu daripada cara hidup dan kebudayaan setiap kaum. Oleh yang
demikian pengekalan penggunaan bahasa-bahasa di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan adalah berdasarkan kepada aspirasi ini.

“. . . dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu bahasa


kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memeliharakan akan
bahasa dan kebudayaan lain-lain bangsa yang diam dalam negeri
ini.”

. . . Penyata Razak, Perenggan (1a)

Selain daripada itu, walaupun bahasa kebangsaan bahasa pengantar utama


tetapi oleh kerana bahasa ialah ilmu dan boleh bebas dipelajari seterusnya
dipraktikkan oleh sesiapa pun maka bahasa-bahasa lain juga boleh dipelajari
di sekolah. Dengan ini sedikit sebanyak akan terjejas kedudukan dan
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama sistem
pendidikan negara.

Kesimpulannya walaupun secara idealnya bahasa kebangsaan sebagai


bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara dengan harapan
menjadi peralatan perpaduan seperti yang termaktub dalam akta, tetapi ini
tidak boleh terus dilaksanakan. Perlu difikirkan faktor lain secara mengikut
situasi atau keadaan seperti yang dihuraikan di atas.

Jenis-jenis Sekolah

62
Sekolah rendah di Malaysia mempunyai tiga bahasa pengantar yang berbeza
iaitu bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan (SK). bahasa Cina dan
bahasa Tamil untuk sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK). Sungguhpun
aspirasi negara begitu menebal bagi kewujudan rupa bangsa Malaysia yang
bersatu padu, namun pelaksanaan tiga bahasa pengantar yang berbeza tetap
dilakukan. Ini bagi pengekalan kebudayaan dan pengekalan bahasa ibunda.

Sungguhpun sekolah rendah mempunyai tiga bahasa pengantar yang


berbeza, namun di peringkat menengah hanya satu bahasa pengantar iaitu
bahasa Melayu digunapakai. Idealisme penggunaan satu bahasa pengantar
juga untuk menjamin perpaduan negara. Bukan sekadar bahasa pengantar
sahaja malahan sistem peperiksaan awam yang terdapat juga menggunakan
bahasa Melayu sahaja.

Selain daripada itu sistem aneka jurusan, pendidikan teknik dan vokasional,
pengenalan kepada mata pelalajaran vokasional (MPV) dan sebagainya ialah
usaha bagi memantapkan lagi keunggulan dasar pendidikan kebangsaan.

Pendidikan Tinggi

Di negara maju terdapat rakyatnya melanjut pelajaran di peringkat tinggi bagi


memenuhi masa lapang selain daripada untuk keperluan hobi dan
sebagainya. Walau bagaimanapun di Malaysia pendidikan tinggi adalah bagi
memenuhi permintaan tenaga kerja diperingkat profesional bagi tujuan
pembangunan negara. Kemudahan mendapat pelajaran di institusi
pendidikan tinggi di negara membangun seperti Malaysia adalah terhad.
Maka kemasukan ke institusi pendidikan tinggi mengikut sistem kuota perlu
dilaksanakan. Ini memandangkan keseimbangan jumlah penuntut mengikut
kaum perlu untuk kestabilan politik dan sosial negara. Isu peluang pendidikan
tinggi tanpa kuota kaum memang sering disebut-sebut, namun kestabilan dan
keamanan negara ialah teras kepada penyelesaian isu ini.

Pengenalan konsep penswastaan pendidikan tinggi ialah sebahagian


daripada penyelesaian kepada isu tersebut. Ini perlu dilaksanakan kerana
diyakini ini dapat menolong kerajaan mengadakan kemudahan bagi
pendidikan di peringkat tersebut. Kekurangan sumber tenaga manusia
peringkat profesional juga dapat diatasi Ini juga secara tidak langsung dapat
menyelesaikan isu pendemokrasian dalam pendidikan.

Umumnya sistem pendidikan di Malaysia adalah baik jika dilihat daripada


pelbagai sudut yang asasnya ialah bahawa Malaysia sedang membangun
dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum pula. Keunggulan sistem
pendidikan negara terbit setelah melalui proses kajian demi kajian yang
dilakukan diikuti pula dengan pengubahsuaian. Akta Pendidikan 1996 ialah
yang terakhir tentang dasar pendidikan negara. Keunggulan dan
kemantapannya memang tidak boleh dinafikan.

Buat masa ini, dasar  pendidikan yang ada, dapat memenuhi kehendak dan
keperluan negara, begitu juga untuk masa  hadapan. Selaras dengan  hasrat

63
negara  ke arah menjadi sebuah perindustrian adalah penting rakyatnya
diberikan pendidikan secocok dengan keperluan-keperluan swasta bagi
bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan
sebagainya.  Oleh  itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan
tenaga manusia dari segi jumlah tetapi  juga  dari segi kualiti. Dasar ini
seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai  rakyat  yang  terlibat secara
aktif  dalam   bidang keusahawanan   dan   tidak   bergantung semata-mata
kepada kerajaan untuk mencari  kerja. Ini   selaras  dengan dasar  kerajaan
semasa  yang  menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Masyarakat dan FPK


Pelbagai langkah boleh diambil untuk dilaksanakan bagi tujuan
menyebarluaskan kefahaman tentang FPK, kepada masyarakat dan pihak
lain bagi mendapat kerjasama dalam merealisasikan FPK. Tugas untuk
merealisasikan FPK tidak semata-mata terletak dibahu bidang pendidikan
sahaja khususnya kaum guru. Pihak lain dalam masyarakat terutama ibu
bapa perlu bersasama berganding bahu dan mengambil langkah positif
secara bersepadu dalam usaha ini.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan ahli dan mempunyai


orientasi berlainan adalah juga sebagai sumber ke arah kecemerlangan
bidang pendidikan. Oleh yang demikian interaksi antara masyarakat amat
penting dalam memahami FPK. Setiap individu masyarakat perlu berhubung
antara satu sama lain supaya dapat berlaku pertukaran pandangan dan
maklumat antara satu sama lain. Pelaksanaan konsep school home
patnership adalah baik untuk dilaksanakan. Dari sini, FPK dapat difahami oleh
semua lapisan masyarakat. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ialah antara
forum yang mana perkara ini dapat dilaksanakan.

Melalui mesyuarat agung, mesyuarat jawatankuasa, aktiviti PIBG atau lain-


lain perjumpaan ibu bapa atau masyarakat dapat didedahkan sedikit demi
sedikit kefahaman tentang FPK. Dari sini, masyarakat akan mendapat
pengetahuan serta kefahaman tentang FPK. Pihak sekolah juga dapat
menerangkan secara lebih terperinci tentang falsafah ini kepada ibu bapa
supaya mereka tidak ragu-ragu tentang dasar pendidikan negara yang
dijalankan di Malaysia. Rata-rata kebanyakan ibu bapa kini menganggap
sekolah sebagai tempat anaknya mencapai pencapaian akademik sahaja
tanpa melihat secara keseluruhan tentang perkembangan anak-anak secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Tanggapan ini adalah sempit dan
tidak selaras dengan aspirasi FPK.

Pihak media massa juga boleh memainkan peranan yang aktif dalam hal ini.
Media massa ialah salah satu daripada beberapa cara bagaimana hasrat
dasar dalam sistem pendidikan dapat disampaikan kepada pihak lain. Media
massa boleh dibahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik.
Kedua-dua media tersebut boleh memainkan peranannya dengan berkesan.
Media massa juga perlu selari dengan FPK dari segi kegiatan, konsep serta
perjuangannya. Media masa perlu mengurangkan perkara yang bertentangan

64
dengan pendidikan di sekolah yang diberikan kepada bakal generasi. Sebagai
contoh media masa tidak perlu memaparkan imej-imej yang kurang sesuai
dengan alam persekolahan seperti imej rambut panjang, pendedahan aurat,
kesopanan yang agak melampau dan sebagainya. Satu ketika dulu iklan
rokok pernah dipaparkan di media massa walaupun kegiatan merokok adalah
dilarang dengan sekeras-kerasnya di sekolah; namun kini keadaan adalah
lebih baik daripada itu.

Jika ada antara ahli dalam sesuatu lapisan masyarakat yang kurang faham
tentang FPK, mereka boleh bertanya kepada lapisan masyarakat yang lebih
arif tentang perkara ini. Ini menunjukkan setiap ahli masyarakat memainkan
peranan yang penting dalam membantu ahli masyarakat yang lain dalam hal
yang sedemikian. Setiap ahli masyarakat perlu tahu tentang FPK supaya
mereka mendapat gambaran yang jelas tentang asas pendidikan negara. Iaitu
satu asas yang diguna pakai untuk mendidik anak-anak mereka atau generasi
pewaris masa hadapan. Selain daripada itu, mereka juga dapat
menyumbangkan buah fikiran kepada peningkatan kualiti sistem pendidikan
yang sedia ada serta mengadakan persefahaman antara para pendidik
dengan masyarakat untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan
dinamik.

Usaha sama secara bersepadu antara para pendidik, sekolah masyarakat


serta pihak lain dalam usaha merealisasikan FPK diharap akan menghasilkan
kejayaan seperti yang diharapkan. FPK ialah rumusan yang mantap bagi satu
bangsa Malaysia yang memiliki impian, wawasan dan cita-cita yang besar
dan murni. Keunggulan ini menjadi pendorong dan perangsang kepada
semua rakyat untuk berjuang bagi mengangkat martabat bangsa Malaysia ke
puncak kejayaan dan kemuliaan di peringkat antarabangsa. Bagi menjayakan
hasrat murni ini, sistem pendidikan yang lengkap dan utuh perlu diadakan dan
difahami oleh semua peringkat warganegara. Rancangan yang rapi dan
menyeluruh perlu diadakan supaya pendidikan dapat berperanan untuk
menjayakan cita-cita ini. Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan secara
langsung mahupun pihak yang tidak terlibat secara langsung, perlu bergerak
secara kolektif dan bersepadu bagi menjayakan usaha ini. Semua pihak perlu
mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi dalam mempertingkatkan
martabat bangsa melalui tradisi kecemerlangan ilmu berasaskan teknologi
terkini di samping berakhlak murni untuk menyediakan asas yang kukuh
kepada generasi yang berdaya saing di peringkat globalisasi berlandaskan
FPK.

Kesimpulannya, FPK menjadi asas landasan atau teras kepada sistem


pendidikan kebangsaan. FPK juga ialah gambaran cita-cita serta hala tuju
kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses
pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada
prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan
kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya
mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa.

65
Tajuk 9: ISU-ISU PENDIDIKAN DAN FPK

Pendidikan di Malaysia wajar berlangsung berlandaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) secara menyeluruh melibatkan semua aspek meliputi
matlamat, objektif, kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penialaiannya.
Walau bagaimanapun secara realitinya mungkin terdapat pelbagai kekangan
sehingga pelaksanaan pendidikan sedikit melencung daripada hasrat atau
kehendak FPK.

Isu Keseimbangan Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Berdasarkan kepada FPK potensi intelek, rohani, jasmani dan emosi perlu di
kembangkan dalam diri murid-murid sekolah secara seimbang dan harmnois
secara bersepadu. Walau bagaimanapun dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran juga dalam proses pentaksiran, perkara ini
masih kurang jelas keberlansungannya.

Isu Melahirkan Warganegara Yang Berketrampilan


Perkara ini dapat dilihat apabila ramai para lulusan sekolah mahupun institut
pengajian tinggi yang masih tidak berkerjaya atau mempunyai pekerjaan yang
mantap bagi kelangsungan kehidupannya. Bila dikatakan warganegara yang
berketrampilan, tentunya mereka lebih kreatif dan dan kritis serta mampu
untuk membina kerjaya serta penghidupan sendiri tanpa perlu menunggu
atau bergantung kepada pihak-pihak tertentu untuk memberinya pekerjaan.

.
.

66
RUJUKAN

Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS


Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan
(Edisi 2). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan (Edisi 2).
Tanjong Malim: Quantum Books.
Azmi Aziz & Wan Ramli Wan Muhamad. (2002). Reformis dunia: Ahli falsafah
dunia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Educational Planning and Research Division, Ministry of Education Malaysia.
(1970). Education in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Federation of Malaya. (1957). Education Ordinance 1957. Singapore: Pejabat
Percetakan Pemerintah.
Federation of Malaya. (1957). Educational Policy, No. 67 of 1954. Kuala
Lumpur: Percetakan Kerajaan.
Gardner, H. (1984). Frames of mind: Theory of multiple intelligences. London:
Heinemann.
Hasan Langgulung. (1997). Asas-asas pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hutchins, R. M. (1953). The conflict in education in a democratic society. New
York: Harper & Brother.
Ibrahim Bajunid. (2000). Rethinking the Work of Teacher and School Leaders
in an Age of Change. Dlm. Day, C., Fernandez, A.’ Hauge, T. E. &
Moller, J. (Eds.). The life and work of teachers. London: Falmer Press,
175-194.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1971). Report on the Implementation of the
Recommendation of the Education Review Committee, 1960. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1980). Laporan jawatankuasa kabinet
mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Pembangunan pendidikan 2001-
2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kepemimpinan dan pengurusan
kurikulum sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kneller, G. F. (1971). Introduction to the philosophy of education. New York:
John Wiley & Sons.
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Daud Hamzah. (1993). Penerokaan teori kurikulum. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

67
Mohd. Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd Majzub. (2000). Kepimpinan profesional dan akademik. Dlm.
Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru
2000. Kota Kinabalu: UNIMAS. hal. 11 – 18.
Schofield, H. (1972). The philosophy of education: An introduction. London:
George Allen & Unwin Ltd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur:
Heinemann.
Sternberg, R. J. (1996). Successful intelligence: How practical and creative
intelligence determine success in life. New York: Simon & Schuster.
Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif makro dan
mikro. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan
manusia: Pendekatan besepadu. Bangi: As-Syabab Media.
Tajul Ariffin Noordin. (1993). Perspektif, falsafah dan pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Toffler, A. (1980). The third wave. New York: Bantam Books.
Wan Liz Ozman Wan Omar. (2000). Gagasan alaf baru: Mencetus
kebangkitan Malaysia membina keagungan. Batu Caves: Thinker’s
Library.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda
pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enteprise.
Wiles, J. and Bondi, J. (1998). Curriculum development: a guide to practice
(5th ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Zais, R. S. (1978). Curriculum: Principles and foundations. New York: Harper
and Row Publishers.

68

You might also like