Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

PINEAPPLE QUAKE JUICE merupakan sebuah perniagaan berbentuk milikan perkongsian


yang dikongsi oleh Ahmad Nawfal bin Zainuddin bersama dua orang rakannya iaitu Muhammad
Imran bin Khairul Efffendy dan Alif Iskandar bin Mohd Nazri.Perniagaan ini telah mendaftar
pada 1 Julai 2022 dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2022.Perniagaan ini menawarkan jus
berkhasiat daripada buah tempatan iaitu buah nenas dan produk berkhasiat seperti madu.
Visi,Misi,Objektif perniagaan :

 Visi - Menjadi peneraju utama yang mengeluarkan minuman jus berkhasiat berasaskan
buah tempatan kepada semua lapisan masyarakat ke arah pembangunan generasi yang
kekal sihat.

 Misi - Mengeluarkan minuman jus berkhasiat kepada seluruh lapisan masyarakat agar
memenuhi dan memuaskan kehendak mereka di samping dapat menjaga kesihatan
mereka

 Objektif
- Mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Membantu dan menyediakan minuman manis yang tidak memberikan tindak balas
negatif kepada kesihatan seseorang
-Berdaya saing di peringkat tempatan dan nasional dalam menjual jus minuman
berkhasiat yang bermutu tinggi.

Perniagaan ini dikongsikan oleh Ahmad Nawfal bin Zainuddin dengan rakan saya iaitu
Muhammad Imran bin Khairul Efffendy dan Alif Iskandar bin Mohd. Nazri.Perniagaan ini juga
mempunyai 3 orang pekerja dia bahagian operasi bagi memastikan perniagaan dapat dijalankan
dengan lancar.
Perniagaan PINEAPPLE QUAKE JUICE menggunakan pelbagai teknik pemasaran untuk
mempromosikan dan menarik minat pelanggan.Antaranya termasuklah menggunakan media
massa seperti Instagram dan Facebook untuk menguar-uarkan jualan kami.Perniagaan kami juga
memberikan pelbagai jenis promosi kepada pelanggan termasuklah seperti Hari Ibu,Hari Bapa
dan Hari Pelanggan.
Selain itu,perniagaan ini mula beroperasi pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu pada jam 12:30
P.M sehingga jam 6:30 P.M kecuali hari Jumaat yang bermula pada jam 2:20 P.M-6:30
P.M.Oleh itu,kami hanya akan bercuti pada hari Ahad dan cuti-cuti umum yang ada.Perniagaan
kami terletak di Jalan Meranti Putih 5/KU10 Taman Desa Permai 40000 Shah Alam.

i
Seterusnya,kami juga akan memastikan kewangan perniagaan kami direkodkan pada setiap hari
dengan kaedah yang sistematik untuk memastikan urusan kewangan perniagaan kami berjalan
dengan lancar.Perniagaan kami juga akan menyediakan Penyata Aliran Tunai,Penyata
Pendapatan dan Penyata Kewangan bagi setiap tahun untuk merekodkan kedudukan kewangan
kami supaya urusan kewangan perniagaan kami dapat diurus dengan baik.
Bagi modal permulaan perniagaan kami,pada mulanya perniagaan ini dibiayai oleh modal
simpanan saya (Pekongsi A) berjumlah RM 20,000,sumbangan rakan kongsi kedua (Pekongsi B)
berjumlah RM 20,000 dan RM 40,000 iaitu daripada sumbangan rakan kongsi ketiga
(Pekongsi C).Kami juga meminjam sebanyak RM 20,000 daripada Skim Pembiayaan Perniagaan
Mudah Jaya agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jumlah keseluruhan modal kami ialah
sebanyak RM 100,000 yang membolehkan kami menjalankan perniagaan dengan lancar.Dengan
adanya modal ini,kami boleh membiayai kos sewaan kenderaan,pembelian bahan mentah dan
kos peralatan-peralatan yang kami akan gunakan untuk menjalankan perniagaan kami.
Akhir sekali,memandangkan terdapat persaingan yang tinggi dalam mengekalkan perniagaan
kami dalam industri,kami akan berusaha sepenuhnya untuk sentiasa meningkatkan strategi
pemasaran perniagaan kami agar jualan perniagaan kami meningkat.Tambahan daripada itu,kami
akan juga sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan premis perniagaan kami agar dapat
mengukuhkan jenama perniagaan kami di mata orang ramai.Tegaslah bahawa,kami akan
menggandakan usaha kami untuk memperluas pasaran perniagaan kami sehingga mendapat
sambutan yang lebih hebat daripada para pelanggan agar perniagaan kami dapat terus kekal
berdaya saing dalam industri.

ii

You might also like