Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERMUAFAKATAN

TASKA KEMAS PARLIMEN PAGOH 2019

TEKS JURUACARA : PERASMIAN

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ___________________


Perasmi __________________________ Ahli Parlimen Pagoh/ selaku Wakil
Rasmi kepada Yang Berbahagia Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd
Yassin. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

2. Kata Alu- Bismillahirrahmanirrahim..


aluan & Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi.
Perarakan  Yang Berbahagia ____________________________________________
Masuk Ahli Parlimen Pagoh/ Wakil Rasmi kepada Yang Berbahagia Tan Sri
Kontijen Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin.
TASKA  Yang Berusaha, Encik Rosli bin Bakar, Pengerusi Permuafakatan TASKA /
TABIKA KEMAS Parlimen Pagoh.
 Yang Dihormati, Puan Rohasniza binti Abu Bakar, Pegawai KEMAS
Daerah Muar,
 Yang dihormati Encik Mohd Noor Tahrir bin Harun, Penyelia Bina insan
MT (menjalankan tugas Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pagoh,
 Yang Dihormati Puan Bariah Binti Haji Jamal, Penyelia Pendidikan Awal
Kanak-kanak KEMAS Parlimen Pagoh,
 Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Noor bin Haji Mohajin, Penghulu Mukim
Gersik,
 Yang Dihormati, Encik Halim bin Musa, Pengerusi MPKK Gersik,
 Yang Berbahagia, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Othman, Imam Masjid
Jamek Gersik,
 Yang Dihormati, Pengerusi2 Taska Permata KEMAS Parlimen Pagoh, AJK
Permuafakatan Taska Permata KEMAS Parlimen Pagoh,Pemaju-pemaju
Masyarakat pelbagai jurusan, Pemaju-pemaju Masyarakat, Taska
Permata KEMAS Parlmen Pagoh, , Ibu-ibu, bapa-bapa, anak-anak
permata kemas,seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt,


Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Permuafakatan
Taska Permata KEMAS Parlimen Pagoh 2019. Pihak majlis mengalu-
alukan kehadiran para jemputan, ibu bapa dan anak-anak permata ke
majlis pada hari ini. Sebagai pembuka tirai, marilah kita sama-sama
saksikan perarakan masuk kontijen2 Taska Permata KEMAS Parlimen
Pagoh.

****************perarakan masuk kontijen************


Demikian tadi perarakan masuk kontijen2 dari Taska Permata KEMAS
Parlimen Pagoh.

Menadah tangan tanda kerendahan,


3. Bacaan doa.
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh
Tuan Haji Mukhtar bin Haji Othman,/____________________________
Imam Masjid Jamek Gersik,
Dipersilakan.

********************************************************************************
*Aamiin, aamiin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4. Nyanyian Hadirin yang dikasihi,


lagu Sebagai tanda hormat dan cinta akan negara, marilah kita sama-sama
Negaraku, dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu Bangsa Johor, lagu
Bangsa Johor Negaraku dan lagu-lagu Patriotik iaitu lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31
dan lagu Tema Malaysia Bersih.

Ucapan Hadirin yang dihormati,


5.
Amanat Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Ketua Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,
Pengarah
KEMAS Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Malaysia Haslinda binti Othman, untuk menyampaikan amanat Ketua Pengarah
KEMAS Malaysia. Dipersilakan.

************Amanat Ketua Pengarah **************************************

**Demikian tadi amanat daripada Ketua Pengarah KEMAS Malaysia


yang telah dibacakan oleh Puan Haslinda binti Othman.Majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian membacakan
perutusan itu tadi.

6. Pergi ke kota beli selasih


Ucapan
Sayang si dara buat halwa
Pemimpin Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Setempat

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada
Encik Rosli bin Bakar Pengerusi Permuafakatan TASKA Permata
KEMAS Parlimen Pagoh, Dipersilakan tuan.

***************Ucapan Pengerusi Permuafakatan Taska**************

Demikian tadi amanat yang telah disampaikan oleh Encik Rosli bin
Bakar. Majlis merakamkan ucapan terima kasih .
7. Terbang di awan burung jentayu,
Ucapan
Di atas papan batang jerami,
Perasmian Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi
oleh
Ahli Parlimen Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar
ucapan perasmian dan gimik pelancaran program daripada Yang
Pagoh
Berbahagia ___________________________________, Ahli Parlimen
Pagoh.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

*******************UCAPAN & GIMIK PELANCARAN********************

Hadirin yang dihormati,


Rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia _____________
____________menyampaikan ucapan perasmian dan
menyempurnakan gimik pelancaran sebentar tadi.

8. Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda penghargaan, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ______________________________ untuk mengiringi
__________________________________ bagi menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan kepada _________________________
atas kesudian merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan TASKA
Permata KEMAS peringkat Parlimen Pagoh 2019. Dipersilakan tuan.

*********************penyampaian cenderamata*************
Terima kasih diucapkan.

9. Lawatan VIP Hadirin yang dihormati, bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis
ke Pusat dengan segala hormatnya mempersilakan para VIP untuk melawat ke
Pameran pusat pameran. Untuk makluman para tetamu jemputan, terdapat
pelbagai jenis hasil kreativiti kanak-kanak dan keluarga TASKA Permata
KEMAS yang dipamerkan di sini seperti kolaj keluarga, kad ucapan
kreatif dan gambar hiasan bangunan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
********************lawatan tetamu VIP***************

10.
Jamuan VIP Hadirin sekalian,
Demikian tadi lawatan para VIP ke Pusat Pameran.

Terbang sekawan si burung merbah,


Batang selasih di Tanjung Ara,
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para tetamu VIP untuk


menikmati juadah yang disediakan. Dipersilakan.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warhmatullahi


wa barakatuh....
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERMUAFAKATAN
TASKA KEMAS PARLIMEN PAGOH 2019

TEKS JURUACARA : PERTANDINGAN

BIL AGENDA TEKS

1. PERTANDINGAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt,


 Yang Berusaha, Encik Rosli bin Bakar, Pengerusi Permuafakatan
TASKA / TABIKA KEMAS Parlimen Pagoh.
 Yang Dihormati, Puan Rohasniza binti Abu Bakar, Pegawai KEMAS
Daerah Muar,
 Yang dihormati Encik Mohd Noor Tahrir bin Harun, Penyelia Bina insan
MT (menjalankan tugas Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pagoh,
 Yang Dihormati Puan Bariah Binti Haji Jamal, Penyelia Pendidikan Awal
Kanak-kanak KEMAS Parlimen Pagoh,
 Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Noor bin Haji Mohajin, Penghulu
Mukim Gersik,
 Yang Dihormati, Encik Halim bin Musa, Pengerusi MPKK Gersik,
 Yang Berbahagia, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Othman, Imam
Masjid Jamek Gersik,
 Yang Dihormati, Pengerusi2 Taska Permata KEMAS Parlimen Pagoh,
AJK Permuafakatan Taska Permata KEMAS Parlimen Pagoh,Pemaju-
pemaju Masyarakat pelbagai jurusan, Pemaju-pemaju Masyarakat,
Taska Permata KEMAS Parlmen Pagoh, , Ibu-ibu, bapa-bapa, anak-
anak permata kemas,seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan pertandingan Pakaian
Beragam Si Cilik Merdeka. Nampaknya, anak-anak permata ini sudah tidak
sabar2 untuk memperagakan pakaian masing-masing.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hakim untuk
mengambil tempat :

Baiklah, tanpa melengahkan masa, dipersilakan :-


 peserta yang mendapat giliran yang pertama iaitu adik
____________________________ mewakili
___________________________________________.
 Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

2.  Seterusnya, dipersilakan peserta yang mendapat giliran yang kedua


iaitu adik ____________________________ mewakili
___________________________________________.
Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

 Seterusnya, dipersilakan peserta yang mendapat giliran yang ketiga


iaitu adik ____________________________ mewakili
___________________________________________.
Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

 Seterusnya, dipersilakan peserta yang mendapat giliran yang


keempat iaitu adik ____________________________ mewakili
___________________________________________.
Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

 Seterusnya, dipersilakan peserta yang mendapat giliran yang kelima


iaitu adik ____________________________ mewakili
___________________________________________.
Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

 Seterusnya, tibalah giliran peserta yang mendapat giliran yang


terakhir iaitu adik ____________________________ mewakili
___________________________________________.
Ulas la sikit pasal pakaiannya..........

Demikian tadi pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik Merdeka daripada


anak-anak TASKA Permata KEMAS Parlimen Pagoh. Semuanya hebat2
belaka. Memang sukar para hakim untuk membuat pilihan. Namun
kepakaran mereka pastinya akan menemui yang terbaik antara yang baik.

3 Pertandingan Baiklah, tanpa melengahkan masa, dipersilakan :-


Koir

 Kumpulan Koir yang mendapat giliran yang pertama ,mewakili


TASKA Permata KEMAS ___________________________.
 Ulas la sikit.............

 Seterusnya, dipersilakan Kumpulan Koir yang mendapat giliran yang


kedua ,mewakili TASKA Permata KEMAS_____________________.
 Ulas la sikit.............

 Seterusnya, dipersilakan Kumpulan Koir yang mendapat giliran yang


ketiga ,mewakili TASKA Permata KEMAS_____________________.
 Ulas la sikit.............

 Seterusnya, dipersilakan Kumpulan Koir yang mendapat giliran yang


keempat ,mewakili TASKA Permata
KEMAS_____________________.
 Ulas la sikit.............

 Seterusnya, dipersilakan Kumpulan Koir yang mendapat giliran yang


kelima ,mewakili TASKA Permata KEMAS_____________________.
 Ulas la sikit.............

 Seterusnya, tibalah giliran peserta yang mendapat giliran yang


terakhir, iaitu kumpulan koir yang mewakili TASKA Permata KEMAS
_______________.

Demikian tadi pertandingan Koir Keluarga daripada TASKA2 Permata


KEMAS Parlimen Pagoh. Semuanya hebat2 belaka. Dengan berakhirnya
persembahan itu tadi maka berakhirlah pertandingan pada hari ini.

4 Persembahan Sementara menunggu para hakim mengira markah, marilah kita sama-sama
Pemaju saksikan Persembahan daripada Pemaju2 Masyarakat TASKA Permata
Masyarakat KEMAS Parlimen Pagoh.

*******************************persembahan************************************

Demikian tadi persembahan daripada Pemaju2 Masyarakat TASKA Permata


KEMAS Parlimen Pagoh,. Tidak kurang hebatnya berbanding Kumpulan2
Koir itu tadi.

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERMUAFAKATAN


TASKA KEMAS PARLIMEN PAGOH 2019

TEKS JURUACARA : PENYAMPAIAN HADIAH

BIL AGENDA TEKS

1. PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu..

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Peserta teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dipersilakan


___________________________________________________untuk
menjemput dan mengiringi____________________________ naik ke
pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik Merdeka,


Diumumkan pemenang tempat ketiga, dimenangi oleh
adik......................................................................................................
Mewakili TASKA Permata KEMAS ...................................

Tempat kedua disandang oleh,


adik......................................................................................................
Mewakili TASKA Permata KEMAS ...................................

Manakala Johan Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik Merdeka


TASKA Permata KEMAS Parlimen Pagoh 2019 disandang oleh,
adik...............................................................................................
mewakili TASKA Permata KEMAS .................................................

Tahniah diucapkan kepada adik2 yang berjaya.

Bagi Pertandingan Koir Keluarga


Diumumkan pemenang tempat ketiga, dimenangi oleh Kumpulan Koir
yang mewakili TASKA Permata KEMAS ...................................

Tempat kedua disandang oleh, kumpulan koir yang mewakili TASKA


Permata KEMAS .....................................

Manakala Johan Pertandingan Koir Keluarga TASKA Permata


KEMAS Parlimen Pagoh 2019 disandang oleh, kumpulan koir yang
mewakili TASKA Permata KEMAS .................................................

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya. Bagi yang


kurang bernasib baik, jangan kecewa, jangan berputus asa. Kalah
dan menang adat pertandingan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________


___________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Dengan itu berakhirlah sudah Sambutan Hari Kebangsaan TASKA


Permata KEMAS Parlimen Pagoh bagi tahun 2019. Saya mewakili
jawatankuasa pertandingan. memohon maaf andai terkasar bahasa,
tersalah senda, terlebih kata, maaf dipinta. Saya akhiri dengan dua
rangkap bicara buat bekalan pulang

Setiap tahun menyambut merdeka


Jalur Gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
Beratus tahun kita dijajah

Buah betik di dalam dulang


Buat hidangan di malam ini
Yang baik bawalah pulang
Yang kurang kuburlah di sini

Majlis mempersilakan semua hadirin untuk menikmati jamuan.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahhi wa barakatuh.

You might also like