Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERTANDINGAN ONE PAGE EXHIBIT

PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022


Kisah Hidup Burung Tekukur

Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang


biasanya terdiri daripada kepingan kertas berbentuk segi empat
kecil yang dilekat pada sampul surat.
Setem pilihan saya pada hari ini ialah setem yang
memaparkan imej burung tekukur. Nama saintifiknya ialah
Spotted Dove atau Streptopelia chinensis. Setem ini dikeluarkan pada
tahun 2020. Harga setem ini ialah RM0.20 sen. Setem bergambar
burung banyak terdapat di negara kita. Burung tekukur
merupakan burung pembiak tempatan yang terdapat di India, Sri
Lanka, Asia Selatan tropika, China selatan dan Asia Tenggara di
timur. Spesis burung tekukur Merbuk Balam banyak dijumpai di
Malaysia.
Makanan spesis burung ini terdiri daripada jenis biji-bijian,
buah rumput, pasir dan buah-buahan bersaiz kecil. Burung
tekukur boleh dijumpai di kawasan yang terbuka, semak, belukar
dan kawasan pertanian. Bentuk burung tekukur adalah tirus
dengan ekor yang selalunya agak panjang. Burung ini lebih aktif
untuk membiak pada bulan September hingga bulan Januari.
Burung ini adalah dilindungi oleh kerajaan Malaysia melalui
Jabatan Perhilitan untuk menghalang kepupusannya.
Kesimpulannya, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat
yang menarik tentang burung tekukur dengan meletakkan
gambar burung ini pada setem.

You might also like