Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

2.

2(i) Persertiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya


Saya berjanji dan bersetia
Yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya
Akan taat kepada Tuhan ,Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang- undang pengakap

(ii)Undang -undang Pengakap

1.Boleh dipercayai
2.Taat setia kepada Raja dan Negara
3.Berguna dan menolong orang pada setiap masa
4.Bersahabat dengan semua orang
5.Baik dan berbudi Bahasa
6.Kasih kepada binatang
7.Menurut perintah
8.Sentiasa bersabar
9.Berjimat cermat
10.Bersih dan suci fikiran
Page 8

2.3 Lima Prinsip Rukun Negara


1. Kepercayaan kepada Tuhan
2.kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluruhan Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang -Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

2.4 (a) Hormat Pengakap


(b) Cara perlakuan Hormat Pengakap
1. Tangan kanan = Diangkat dan diletakkan disebelah kanan atas kening
2. Tiga Jari = Diluruskan dan rapat ke kening mata kanan
3. Ibu Jari = Tindih Jari Kelingking.

(c) Masa dan bila Hormat Pengakap digunakan :


1. Apabila menemui pengakap yang lain
2. Bertemu Pemimpin,Penolong Pemimpin pengakap dan ketua Petrol
3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia ,bendera negeri dan bendera
Pengakap.
4. Apabila lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan
5. Dalam istiadat – istiadat menerima anugerah dan sijil pengakap.

(d) Cogankata Pengakap


Buat Habis Baik
Page 9

2.5 Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-
Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada
22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell
adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama
W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan
yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti
berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu
pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah
ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876,
kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana.
Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati
terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam
tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau
telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS
(Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol
Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke
Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan
orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah
bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam
peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan
tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan
orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi
peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai
yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika
Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau
Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-
Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”.
Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,
mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di
Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya
berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau
Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun
sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di
seluruh dunia.

Page 10

You might also like