Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

CARA MEMULAKAN PDPC

1) Video

Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu
dan boleh dilihat oleh murid.

2) Nyanyian lagu

Lagu dinyanyikan dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi
semangat dan rancak.

3) Perbualan audio

Audio dipasangkan dan murid kenal pasti mesej dan isi yang disampaikan.

4) Gambar/poster

Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti


objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

5) Objek/benda maujud

Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa
dengan deria sentuhan.

6) Entry Ticket

Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan
ditulis pada stickey notes (nota lekat). Kemudian mereka tampal pada dinding dan
semua pergi melihat nota itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada nota tersebut,
mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas.

7) Running Dictation

Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di


sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan
maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah
dan ringkas.
8) Who/What am I?

Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kotak dilubangkan cukup untuk
masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah
objek itu.

9) Jigsaw

Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan


akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

10) I have, Who has...(Loop)

Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan
dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon?
Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has
pineapple? Prinsip Loop...

11) Error Detection

Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenal pasti
kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah
(Problem Solving).

12) Puppet/Maskot

Perkenal satu watak puppet, maskot dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid
boleh berbual dengan watak tersebut.

13) Role Play/Simulasi

Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan


(guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

14) Spot the objects

Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan
sekolah, gambar, video dan sebagainya.

15) True or False

Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka sama ada beberapa kenyataan adalah
Betul atau pun Salah.
16) 2 Truths and A Lie

Tiga kenyataan diberikan dan murid meneka mana dua kenyataan yang betul dan
satu yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

17) PreTest

Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka
yang salah dan betul.

18) KWL

K: What I Know

W: What I want to know

L: What I learned

Fokus kepada What I Know. Murid sama ada tuliskan respon di atas sehelai kertas
secara individu atau ‘whole class approach’.

19) Jigsaw Puzzle

Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid


kongsikan dapatan mereka.

20) Buidling Blocks (dengan lego) atau bahan binaan, kraf

Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid
tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contohnya, rumah, kereta.

21) Take One Out

Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat atau sebarang bahan. Dalam
satu kategori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada
rangkaian atau kumpulan tersebut.

22) Grouping

Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut
mengikut kategori atau pengelasan.
23) Match or Place

Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan
di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi dalam
talian.

You might also like