Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kata nama am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum [2] seperti dalam
contoh di bawah:

Gambar rajah kata nama am.

benda: sekolah, kereta, cakerawala


perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am
konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua
kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:

1. Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis,


jurujual
2. Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau, malaikat,
ikan, bidadari
3. Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan, perpustakaan,
hospital, pejabat pos, stesen bas
4. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: rumah, lautan, langit,
cakerawala, kereta, pekan
5. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman,
bayangan, pendapat, cadangan
6. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim,
keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

You might also like