Cara Pemakaian Dan Rambut

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

3.

PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di
sekolah.Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

3.1.Pakaian Pelajar Lelaki:


3.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. Baju putih berlengan pendek.
3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak
dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya
atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali)
atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.1.3 Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal
daripada buku lali
3.1.4 Lencana dilekatkan atas poket baju sebelah kiri dada.
3.1.5 Kedudukan tanda nama ( name tag ), dilekatkan di bawah
lencana sebelah atas,1/2 inci dari kedudukan lencana sekolah.
(name tag di atas, lencana di bawah )

LENCANA

NAMA
ZAFREEL IKHWAN

POKET

Baju kemeja putih

Seluar Panjang
Biru Gelap

Kasut dan Stokin


Hitam
3.2.Pakaian Pelajar Perempuan:
3.2.1 Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih, leher Teluk
Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi
paras lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.Tidak
dari jenis kain yang jarang.
3.2.3 Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku
lali) dan terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
3.2.5 Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”.
3.2.6 Tudung mesti melepasi paras dada untuk bahagian hadapan,
dan menutup hingga tengah belakang untuk bahagian
belakang.
3.2.7 Murid bukan Islam boleh memilih berbaju pinafor atau kurung.
3.2.8 Pinafor mesti melebihi paras lutut dan warna biru tua..
3.2.9 Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran
sejengkal daripada buku lali.
3.2.10 Pelajar dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa
corak sahaja di bahagian dalam baju sekolah.
3.2.11 Pelajar hendaklah memakai “tanda nama” yang diletakkan di
sebelah kiri baju/ pinafor atau tudung dan tanda nama mestilah
mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.
3.2.12 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa
persekolahan, menghadiri kelas tambahan, dan sepanjang
masa peperiksaan.
3.3.Pakaian Pendidikan Jasmani:
T-shirt rumah sukan atau t-shirt sekolah atau T-shirt putih tanpa tulisan atau
iklan. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna blue black
yang tidak bercorak. Semua murid perempuan wajib memakai tudung hitam/
putih yang tidak bercorak semasa pendidikan jasmani.

Baju T-shirt
sekolah/ t-shirt
putih

Seluar trek
bottom sekolah/
trek bottom
hitam/ blue black

Kasut dan Stokin


Hitam
4.KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
4.1 Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah
sentiasa pendek iaitu :
4.1.1 Di belakang : Rambut tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis
keseluruhannya serta kemas.

4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.

4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn”


hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.
4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci.
4.1.5 Berfesyen : tidak dibenarkan membuat fesyen rambut ‘’ stylo, petak
dan sebagainya.
4.1.6 Fesyen rambut pelajar perempuan : tidak dibenarkan menyanggul
terlalu tinggi.
4.2 Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen
tertentu.
4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang
sama sekali.
4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
4.5 Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang,
rantai leher dan rantai kaki.
4.6 Pelajar tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata
berbentuk luar biasa.
4.7 Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan
memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.
4.8 Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak
bewarna-warni, pakaian jeans, semasa waktu Pdp dan kelas tambahan
serta pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
4.9 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi
peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di
kawasan sekolah.

You might also like