Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bismillah…..

Assalamualaikum warohmatullahiwabarakatuh… dan Salam sejahtera.

Yang berusaha, En. Yusof bin Nayan, Pengetua SMKTP


Yang berusaha, En Azaham bin Abu Hassan, PK HEM
Yang berusaha, Pn Norzilawati Bt Mohamad, PK Kokurikulum
Yg Berusaha, Pn. Rosima Bt Rasalan, PK Tg 6
Yg Berusaha, Pn. Zalila Bt Ramli, PK pend. Khas
Barisan Guru-guru Kanan, Guru-guru, serta semua pelajar yang dikasihi.
Minggu ini minggu yg ke-35, saya Cikgu Umi Kalsom bersama 4 rakan guru yang lain iaitu
Cikgu Mohd Zukri, Cikgu Norafidzah, Cikgu Rokiah dan Cikgu Rusniza akan bertugas pada
minggu ini. Sebarang kesulitan boleh berjumpa dgn mana-mana guru tersebut.
Baiklah, Tema ucapan bagi minggu ini ialah KEPEDULIAN JIRAN TETANGGA

Siapa jiran tetangga.

Maksud jiran

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat samada di kiri,
dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat atau kondominium.

Imam Nawawi Rahmatullah Ta’ala ada menyatakan bahawa orang yang boleh dianggap sebagai
jiran itu adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita, orang yang tinggal dalam
lingkungan jarak empat puluh buah rumah daripada rumah kita dalam semua arah atau penjuru
sama ada dari arah utara, timur, selatan dan barat.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam mengingatkan bahawa memiliki jiran yang baik
merupakan salah satu antara tanda-tanda kebaikan dan kebahagiaan.

Imam Al-Ghazali Rahmatullah Ta’ala berkata bahawa menghormati jiran adalah tugas dan
kewajipan bagi setiap muslim. Kita dituntut untuk memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang
yang paling terdekat dengan kita. Sesungguhnya mengeratkan hubungan dengan jiran adalah
sangat penting kerana jiran umpama saudara yang dekat dan berada pada kedudukan yang
paling mudah untuk berhubung dan memohon bantuan, apatah lagi didokong dengan keakraban
dan kemesraan serta sikap pemedulian, ia dapat menjadikan kehidupan berjiran itu lebih mesra,
harmoni dan jauh daripada sifat hasad dengki, iri hati, persengketaan dan permusuhan.
Dalam konteks menjaga hubungan silaturahim sesama jiran, janganlah sekali-kali menyakiti hati
jiran dan ahli keluarga mereka, sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun tingkah laku
yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Bagi menjaga ketenteraman dan keharmonian hidup berjiran, kita hendaklah peka dan
mengamalkan sikap bertolak ansur. Begitu juga dalam menwujudkan keharmonian hidup
berjiran, elakkan berbuat kekacauan atau bising dengan acara-acara hiburan yang keterlaluan
sehingga larut malam yang boleh menyebabkan jiran berasa terganggu dan sukar untuk
beristirehat.

Imam Al-Ghazali Rahimatullah Ta’ala di dalam kitab Ihya Alumiddin ada menyebutkan beberapa
hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksana, antaranya:

Pertama: Memulakan memberi salam kepada jiran.

Kedua: Menziarahi jiran ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian.

Ketiga: Jangan terlalu bertanya tentang hal-hal peribadi jiran.

Keempat: Memaafkan segala kesalahan dan kesilapan jiran.

Kelima: Menutup keaiban yang berlaku pada jiran.

Keenam: Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jiran.

Ketujuh: Sentiasa membantu jiran apabila ditimpa musibah.

Kelapan: Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran sama ada dari segi perkataan, perbuatan
mahupun tingkah lalu.

Kesembilan: Janganlah terpengaruh dengan kata-kata orang yang cuba memburuk-burukkan


jiran.

Kesepuluh: Jangan menyempitkan perjalanan menuju ke rumah jiran.

Contoh :
Indah sulaman bercorak alam,
Kain dewangga halus sutera;
Manis senyuman berjabat salam,
Jiran tetangga ibarat saudara.

Si dara bersimpuh menyulam tekat


buat teruna jadi bekalan
jiran baik membawa berkat
hidup bermuafakat jadikan amalan.

Petang hari duduk di bendang


melihat murai terbang berkawan
tidak sempurna iman seseorang
jika jiran dijadikan lawan.

Jangan mudah berputus asa


hingga termenung berduka lara
jiran berbudi kita berbahasa
barulah hidup aman sejahtera.

You might also like