Syarat Permainan Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

GALAH PANJANG

PEMAIN:

● Pemain terdiri daripada kumpulan iaitu lima orang pemain dalam satu kumpulan.

MASA:

● Masa permainan selama 3 minit.

LOKASI BERMAIN:

● Permainan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas lantai dewan dan rata.
Gelanggang yang dibuat mempunyai dua lajur dan empat baris.

CARA BERMAIN:

1. Panjang dan lebar satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 3.5 meter x 3.5 meter.
2. Setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan
mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang.
3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan
berpijak di atas garisan. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana
garisan depan atau belakang.
4. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang
dijaganya.
5. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tapa disentuh oleh
penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
6. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi
garisan permulaan. Permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

SISTEM PERTANDINGAN:

1. Pusingan pertama sebanyak tiga kali permainan bagi setiap pasukan. Penentuan pasukan
dilakukan secara undian. Pemenang akan pergi ke pusingan kedua.
2. Pusingan kedua secara liga dua kumpulan. Pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan A dan B. Penentuan kumpulan secara undian.
3. Johan A dan Johan B memasuki perlawanan akhir bagi menentukan kedudukan Johan dan
Naib Johan. Manakala Naib Johan A dan Naib Johan B akan ke perlawanan akhir bagi
menentukan kedudukan Ketiga dan Keempat.

SYARAT BERMAIN:

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah atau tamat gilirannya
bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran
dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.
MATA KEMENANGAN:

Mata untuk peserta yang melepasi penamat: 1

Mata untuk ketua kumpulan: 3


SEPAK RAGA BULATAN
PEMAIN

 Satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang peserta lelaki.

CARA BERMAIN

 Dalam permainan sepak raga, pemain secara berempat berdiri dan membentuk satu
bulatan.
 Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan.
 Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain.
 Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh kebumi.
 jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
BOLING KELAPA

PEMAIN

 Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta.

CARA BERMAIN

1. Cara permainan adalah sama seperti bermain boling.

2. Peserta haruslah berada di belakang garisan dan tidak dibenarkan melebihi garisan tersebut
semasa meleretkan buah kelapa.

3. Pemain menggolekkan kelapa untuk menjatuhkan botol mineral yang telah disusun.

4. Kemahiran meleret dan menggolek sahaja dibenarkan. Jika peserta menggunakan kemahiran lain,
peserta akan dikira batal dan tidak dikira markah.

5. Pasukan yang menjatuhkan botol mineral paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

PERATURAN PERMAINAN

 Setiap kelas hanya boleh menghantar 3 orang wakil sahaja.


 Setiap peserta akan diberi peluang menggolekkan dan meleretkan buah kelapa sebanyak 2
kali sahaja.
 Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang Berjaya dijatuhkan. 1 botol
bersamaan dengan 1 mata.
 Peserta tidak dibenarkan melontar atau membaling terus buah kelapa ke arah botol. Buah
kelapa hanya boleh digolekkan atau dileretkan sahaja.
 Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah mata yang tertinggi dari 2 orang wakil. Sekiranya
seri, balingan penentuan akan diadakan. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.
TARIK UPIH

PEMAIN

 Satu kumpulan terdiri daripada dua orang peserta.

CARA BERMAIN

 Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan
seorang lagi duduk di atas upih.
 Upih tersebut boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa sahaja asalkan
muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua
sahaja. Biasanya yang lebih tua atau kuat akan menjadi penarik, sementara yang kecil
menjadi penunggangnya.
 Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik
peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar
peranan.
 Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap
sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan
permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti.

PERATURAN

 Seorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk
atas upih.
 Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.
 Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih
sebelum sampai ke garisan penamat.
 Penunggang tidak dibenarkan untuk membantur penarik semasa pertandingan
 Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari
pertandingan.
 Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan.
 Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan.
 Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan

You might also like