Perlembagaan BSMM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN EMAS,


JOHOR BAHRU, JOHOR.

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)


1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan
Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia, Sekolah Kebangsaan Taman
Impian Emas, Johor Bahru yang selepas ini disebut sebagai “BSMM” sahaja.

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas.

1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas,


Jalan Impian Emas 10,
Taman Impian Emas,
81300 Johor Bahru, Johor

PERATURAN 2: TUJUAN PERSATUAN

2.1 Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepemimpinan.

Untuk membantu program


2.2

peningkatan kurikulum, motivasi


dan
mengurangkan masalah disiplin
murid
Untuk membantu program
2.2

peningkatan kurikulum, motivasi


dan
mengurangkan masalah disiplin
murid
Untuk membantu program
2.2

peningkatan kurikulum, motivasi


dan
mengurangkan masalah disiplin
murid
Untuk membantu program
peningkatan kurikulum, motivasi
dan
mengurangkan masalah disiplin
murid 2.2 Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan
masalah disiplin murid.

2.3 Memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti
yang disediakan.

PERATURAN 3: KEAHLIAN

3.1 Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

3.2 Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

3.3 Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli
persatuan.

PERATURAN 4: GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

4.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.

PERATURAN 5: TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

5.1 Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil


bahagian dalam semua aktiviti persatuan.

5.2 Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang
jawatan dalam persatuan.

PERATURAN 6: MESYUARAT

6.1 Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal
tahun untuk:
6.1.2 memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.
6.1.2 kewangan.
6.1.3 ucapan penangguhan.
6.1.4 cadangan-cadangan.

6.2 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-


6.2.1 Pengerusi.
6.2.2 Naib Pengerusi.
6.2.3 Setiausaha.
6.2.4 Naib Setiausaha.
6.2.5 Bendahari.
6.2.6 Naib Bendahari
6.2.7 Juruaudit (2 orang)
6.2.8 Ahli Jawatankuasa (5 orang setiap aliran)

6.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun

dan pada akhir tahun berkenaan.

6.4 Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.

6.5 Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah
keseluruhan ahli.

PERATURAN 7: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala


mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

7.1.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit

dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan


menyediakan laporan tahunan persatuan.

7.3.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.4 Naib Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada

kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli
terlibat kepada Guru Penasihat.

7.5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.6 Naib Bendahari

7.6.1 Membantu bendahari dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.6.2 Menjalankan tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.

7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.7 Juruaudit

7.7.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan


bertanggungjawab ke atasnya.

7.7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

7.8 Ahli Jawatankuasa

7.8.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.8.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

PERATURAN 8: KEWANGAN

8.1 Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :


8.1.1 wang SUWA (Kokurikulum).
8.1.2 sumbangan PIBG.
8.1.3 derma daripada ahli dan orang ramai.

8.2 Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu

mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti


disediakan.

PERATURAN 9: PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN

9.1 Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung.

9.2 Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan
Guru Besar.

PERATURAN 10: PEMBUBARAN PERSATUAN

10.1 Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau
Pentadbir Sekolah.

PERATURAN 11: TAFSIRAN


11.1 Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan

ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan


Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

...............................................................
Ketua Penyelaras

Nama: Sairee Binti Sainel

Tarikh: 21 Mac 2022

...............................................................
Setiausaha

Nama:

Tarikh: 12 April 2022

...............................................................
Pengerusi

Nama:

Tarikh: 12 April 2022

...............................................................
Guru Besar

Nama: Rafiah Binti Abdullah

Tarikh: 12 April 2022

You might also like