Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SULIT*

SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
946/2
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKiSMKAMINUDDINBAKITAHUN 2021
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
PENGAJIAN PERNIAGAAN
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
KERTAS 2
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
( Satu jam empat puluh lima minit )
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI
SMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKISMKAMINUDDINBAKI

SMK AMINUDDIN BAKI

UJIAN PENTAKSIRAN PRESTASI SEMESTER 2

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.

Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab kedua-dua soalan ini
tetapi, hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa.

__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.
@SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru 2021

STPM - 946/2 [Lihat Halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*

BAHAGIAN A
[50 Markah]

Jawab semua soalan.

1. Huraikan dua jenis kemahiran pengurusan. [4]

2. Terangkan perbezaan dua jenis perancangan mengikut peringkat pengurusan dalam sesebuah [6]
organisasi mengikut jangka masa, dan kegunaannya.

3. [6]
Encik Halim ialah pemilik dan Pengurus Besar kilang pembuatan pakaian. Beliau telah
menceburkan diri dalam bidang ini selama 20 tahun. Tiga orang pengurus kilangnya
sering meminta pandangan, nasihat, dan bimbingan tentang pengurusan kilang daripada
Encik Halim. Beliau mengaji ramai pekerja am dan penyelia kilang. Pekerja yang
menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan bonus.

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan dua kuasa yang dimiliki oleh Encik Halim.

4. Seseorang yang berkontrak mesti merupakan seorang dewasa. Di Malaysia, seseorang yang [6]
berusia 18 tahun dan ke atas dianggap dewasa. Oleh itu, mana-mana kontrak yang dibuat oleh
mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah batal. Namun, wujud pengecualian
terhadap syarat ini.

Huraikan tiga pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan berkontrak
menurut Akta Kontrak 1950.

5. Huraikan perbezaan antara syarat tersurat dengan syarat tersirat dari aspek maksud dan contoh [4]
mengikut Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan).

6. Nyatakan empat jenis media komunikasi. [4]

7. Huraikan tiga kaedah mendengar secara berkesan yang perlu diamalkan oleh seseorang [6]
penyelia semasa menerima sesuatu laporan daripada pekerjanya.

8. Huraikan dua prinsip berunding antara pengurus pengeluaran dengan pembekal. [4]

9. Jelaskan konsep keputusan rutin dan keputusan tak rutin. [6]

10. Berikan maksud statistik deskriptif dan hitungkan nilai min, median dan julat berdasarkan [4]
data berat gula (dalam unit ribu tan) yang diproses oleh sebuah kilang pemprosesan gula di
Perlis.

89 87 88 83 86 82 84

2
SULIT*

BAHAGIAN B
[50 Markah]

Baca soalan kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutiya.

Merpati Logistik Sdn Bhd


11. Syarikat Merpati Logistik Sdn Bhd (SMLSB) ialah sebuah syarikat kurier yang telah beroperasi
bermula tahun 2014. Syarikat ini memasarkan perkhidmatan kurier yang pantas sesuai dengan perkembangan
dan ledakan jualan atas talian seperti Zalora, Shoopee dan Lazada. Merpati mempunyai ibu pejabat di Shah
Alam, Selangor bagi operasi di Malaysia. Syarikat mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara seperti
Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Lee Chan Wen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) yang berperanan untuk menentukan hala tuju dan perancangan strategik syarikat. Tan Xer Xian
merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) mengurus dari segi pembangunan operasi dan startegi perniagaan.
Syarikat ini juga memiliki cawangan di Pulau Pinang untuk kawasan utara dan Johor Baharu bagi selatan dan
Kelantan bagi pantai timur serta cawangan di Sabah dan Sarawak. Semua cawangan diketuai oleh seorang
pengurus cawangan.

Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Encik Gary Yap. Beliau mempunyai seramai 25 staf di
bawahnya. Beliau ialah seorang yang bersikap tegas, sentiasa membuat keputusan sendiri, dan suka
mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung tidak diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau pendapat
mereka. Hal ini menyebabkan pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif. Encik Gary Yap
terlalu mengawal pekerjanya dan kurang memberi kebebasan kepada pekerjanya sehingga menyebabkan
hubungan interpersonal terganggu. Dia mengandaikan semua pekerjanya kurang mempunyai kepakaran dan
pengetahuan. Oleh sebab sikap Encik Gary Yap yang tegas itu, pekerjanya berasa tidak berpuas hati dan kadar
lantik henti pekerja di cawangannya adalah tinggi. Keadaan ini juga mendorong kepada kadar ponteng kerja
yang semakin meningkat dan akhirnya prestasi kerja menurun.

Cawangan Merpati Logistik di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Simon Ong. Beliau seorang
yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Seramai 20 orang pekerja bekerja
bawah kendalian beliau. Encik Simon memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menyuarakan idea dan
pandangan serta sentiasa bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat keputusan yang terbaik bagi
cawangannya. Encik Simon juga senang didampingi oleh pekerja apabila mereka mengalami sesuatu masalah.
Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan tanggungjawabnya kepada pekerjanya kerana dia percaya ini dapat
mengurangkan beban tugasnya dan membolehkan beliau menumpukan pada hal-hal yang lebih penting
selain menjimatkan masanya. Selain itu, pekerja Encik Simon juga berpeluang untuk meningkatkan
kemahiran, kecekapan dan memudahkan laluan kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk
sikap positif dalam kalangan pekerjanya, sekali gus meningkatkan keyakinan dan komitmen pekerjanya. Beban
Encik Simon dapat dikurangkan dan beliau berasa kurang tertekan dan lebih berfokus. Oleh itu, pekerjanya
amat produktif dan bermotivasi tinggi menyebabkan hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.

Cawangan Pantai Timur diketuai oleh Puan Wan Norazurani. Pekerja seramai 15 orang bekerja di
cawangan Pantai Timur. Beliau seorang yang sangat tegas terhadap pekerja dan sangat komited tentang
pencapaian syarikat. Diluar waktu kerja sikap beliau pula sangat berbeza kerana sering mengambil berat dan
kadang kala makan bersama pekerja dan membawa mereka makan di restoran. Hal ini menyebabkan
pekerjaan amat menghormati beliau. Karektor ini memudahkan pekerja menyuarakan pandangan bagi
kemajuan syarikat.

(Disesuaikan daripada Ninjavan www.http//Ninjavan.blogspot. September 2018)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Lakarkan carta organisasi bagi Syarikat Merpati Logistik Sdn Bhd (SMLSB) di Malaysia dan huraikan
jenis penjabatan yang diamalkannya. [15]
(b) Jelaskan gaya kepimpinan pengurus cawangan Syarikat Merpati Logistik Sdn. Bhd [15]

3
SULIT*

Jawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12. Jelaskan lima tahap perundingan yang boleh dilakukan dalam sesebuah organisasi. [20]

ATAU

13. (a) Berikan maksud pembuatan keputusan. [2]


(b) Jelaskan proses pembuatan keputusan rasional dalam sesebuah organisasi. [18]

You might also like