Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia


yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut
di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN


1 PEGAWAI TADBIR N41 1
2 PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 2
3 PEMBANTU AKAUNTAN W19 1
4 PEMBANTU TADBIR N19 2

Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Disember 2022


Tarikh Permohonan Ditutup : 15 Disember 2022
1. a) JAWATAN : PEGAWAI TADBIR
b) GRED : N41
c) TARAF PERKHIDMATAN : TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan


Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji :
Kadar Kenaikan Gaji
Gaji Minimum Gaji Maksimum
Tahunan
RM 2,080.00 RM 9,546.00 RM 225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya, atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya, atau
i) Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Ekonomi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(d) Pengalaman di dalam bidang perancangan dan/atau bidang ekonomi adalah


diberi keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. a) JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
b) GRED : N29
c) TARAF PERKHIDMATAN : TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan


Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji :
Kadar Kenaikan Gaji
Gaji Minimum Gaji Maksimum
Tahunan
RM 1,493.00 RM 5,672.00 RM 145.00

SYARAT LANTIKAN :

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan, atau
ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan, atau
iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya, atau

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. a) JAWATAN : PEMBANTU AKAUNTAN
b) GRED : W19
c) TARAF PERKHIDMATAN : TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan


Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji :
Kadar Kenaikan Gaji
Gaji Minimum Gaji Maksimum
Tahunan
RM 1,353.00 RM 4,005.00 RM 100.00

SYARAT LANTIKAN :

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan
prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut, atau
ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-
Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya, atau
iiv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. a) JAWATAN : PEMBANTU TADBIR
b) GRED : N19
c) TARAF PERKHIDMATAN : TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan


Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji :
Kadar Kenaikan Gaji
Gaji Minimum Gaji Maksimum
Tahunan
RM 1,352.00 RM 4,003.00 RM 100.00

SYARAT LANTIKAN :

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan,atau
ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
atau
iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

You might also like