Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Hari Arafah Diampunkan Dosa

dan Waktu Doa Mustajab

1 HARI 1 HADIS
Daripada Ibnul Musayyab ia
berkata, Aisyah berkata;

Sesungguhnya Rasulullah SAW


bersabda: Di antara hari yang
Allah banyak membebaskan
seseorang dari neraka adalah hari
Arafah. Allah mendekati mereka
lalu Allah membanggakan mereka
(menunjukkan keutamaan)
kepada para malaikat. Kemudian
Allah berfirman: Apa yang
diinginkan oleh mereka?”

[Sahih Muslim No. 3354].


Status: Hadis Sahih

1 HARI 1 HADIS
Pengajaran:

1.Antara keutamaan Hari Arafah


ialah mendapat keampunan Allah.
Ibnu Rajab Al Hambali
mengatakan, “Hari Arafah adalah
hari pembebasan dari api neraka.
Pada hari itu, Allah akan
membebaskan siapa saja yang
sedang wukuf di Arafah dan
penduduk negeri kaum muslimin
yang tidak melaksanakan wukuf.
Oleh kerana itu, hari setelah hari
Arafah iaitu hari Idul Adha adalah
hari raya bagi kaum muslimin di
seluruh dunia. Baik yang
melaksanakan haji dan yang tidak
melaksanakannya sama-sama
akan mendapatkan pembebasan
dari api neraka dan ampunan
pada hari Arafah.

1 HARI 1 HADIS
2.Selain daripada tuntutan
berpuasa sunat pada hari arafah
bagi yang tidak menunaikan
ibadat haji, digalakkan juga untuk
berdoa kerana hari Arafah antara
sebaik-baik waktu untuk berdoa.

‫َع ْن َع ْم ِرو ْبِن ُش َع ْي ٍب َع ْن َأِبيِه َع ْن َجِّدِه‬


‫َخ‬ ‫اَل‬ ‫َق‬ ‫َّل‬
‫ْي َوَس َم‬‫ِه‬ ‫َل‬ ‫َع‬ ‫ُهَّللا‬ ‫ىَّل‬ ‫ِبَّي َص‬ ‫َّن‬‫ال‬ ‫َّن‬‫َأ‬
‫ْي ُر‬
‫الُّد َع اِء ُد َع اُء َيْو ِم َع َرَف َة َو َخْي ُر َم ا ُقْلُت َأَنا‬
‫َو الَّنِبُّيوَن ِم ْن َق ْب ِلي اَل َلَه اَّل ُهَّللا َوْح َدُه اَل‬
‫ِإ ِإ‬
‫َش ِريَك َلُه َلُه اْلُم ْلُك َو َلُه اْلَحْم ُد َو ُه َو َع ىَل‬
‫ُكِّل َش ْي ٍء َق ِديٌر‬
n.

1 HARI 1 HADIS
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari
ayahnya dari datuknya, Nabi SAW
bersabda: Sebaik-baik doa ialah
doa yang dibaca pada hari Arafah
dan sebaik-baik ucapan yang aku
ucapkan serta nabi-nabi
sebelumku ialah: "LAA ILAAHA
ILLALLAHU WAHDAHUU LAA
SYARIIKALAHU LAHUL MULKU
WALAHUL HAMDU WAHUWA
'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR
(Tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah Yang
Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-
Nya kerajaan dan bagi-Nya
kepujian dan Dia berkuasa ke
atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi
no. 3509]. Status: Hadis Hasa

1 HARI 1 HADIS
3.Bagi mereka yang pergi
menunaikan ibadat Haji, antara
waktu dan tempat doa mustajab
adalah pada hari Arafah dan di
padang Arafah bermula selepas
gelincir matahari 9hb Zulhijjah
hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah.

4.Syaikh Sholih Al Munajjid:


Mustajabnya doa tersebut adalah
umum, sama ada yang
menunaikan ibadat haji ataupun
yang tidak menunaikan haji
disebabkan keutamaan yang ada
adalah keutamaan hari arafah.
Sedangkan yang berada di Arafah
(yang sedang wukuf pada tanggal
9 Dzulhijjah), ia berarti
menggabungkan antara
keutamaan waktu dan tempat.

1 HARI 1 HADIS
5.Antara zikir yang paling baik
dilafazkan dihari Arafah ialah

‫اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهَّللا َوْح َدُه اَل َش ِريَك َلُه َلُه اْلُم ْلُك‬
‫َو َلُه اْلَحْم ُد َو ُه َو َع ىَل ُكِّل َش ْي ٍء َق ِديٌر‬

Rebutlah peluang kelebihan hari


wukuf di arafah dengan puasa
sunat (bagi yang tidak
mengerjakan ibadat haji) dan
perbanyakan doa dan zikir.

Negara Rahmah Ummah


Sejahtera

1 HARI 1 HADIS

You might also like