Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PELAPORAN RINGKAS KAJIAN TINDAKAN

Nama : Ahmadi Abidin Bin Muhammad


Sekolah : SK Parit Haji Adnan
Tajuk : Teknik Permainan Kayu Aiskrim KVK

A. Maklumat daripada RPH/ e-RPH

Tarikh : 12/6/2022
Waktu : 10.30-12.00 tengah hari
Tahun : 1 Asy-Syafie
Tajuk PdPc : Hadiah untuk Sahabat
Objektif PdPc : 1. Murid boleh menulis & menyebut lapan daripada sepuluh perkataan KVK
dengan betul tanpa kesalahan.

A. Refleksi PdPc

10 / 27 murid di dapati mempunyai masalah dalam menulis dan membatangkan


perkataan yang mempunyai suku kata tertutup KVK manakala 17 murid berjaya menulis
dan membatang perkataan dengan baik. Pengajaran dan pembelajaran topik ini (suku
kata KVK) dibuat pengulangan dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dan
sewajarnya.
B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :
 Menggunakan Teknik Permainan Kayu Aiskrim KVK .
Penyelesaian:
i. Murid diberikan Flash Card bergambar.
ii. Murid dibimbing membaca dan membatang suku kata menggunakan Flash Card
bergambar.
iii. Setiap suku kata KVK dalam perkataan diwarnakan dengan warna terang (merah) untuk
meningkatkan minat dan perhatian murid.
iv. Murid diberikan Kayu Aiskrim Vokal, murid menyebut secara fonik setiap vokal yang
disentuh pada batang aiskrim.
v. Murid diedarkan lembaran kerja pola perkataan konsonan K_K.
vi. Murid duduk secara berpasangan, AB. Murid A meletakkan kayu aiskrim pada perkataan
konsonan K_K, dan murid B meneka bunyi perkataan tersebut.
vii. Murid yang meneka bunyi perkataan K_K diberikan peneguhan positif.
viii. Murid menyalin perkataan KVK yang betul menggunakan buku garis 1, Bahasa Melayu.
C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :
i. Hasil aktiviti ini menunjukkan mereka lebih berminat & seronok untuk menyebut
perkataan KVK berbanding pdp sebelumnya.
ii. Selepas menggunakan kaedah ini, sekurang – kurangnya 6/10 murid berjaya menulis dan
menyebut 8 perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK dengan betul.
iii. Mencetuskan elemen kecerdasan pelbagai, iaitu interpersonal, spiritual dan verbal
linguistik melalui aktiviti pdp berunsur permainan.

You might also like