Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023 LAMPIRAN I

PANDUAN PENCALONAN
DARJAH KEBESARAN,
BINTANG DAN PINGAT
KEHORMATAN
NEGERI SABAH
(DKBPKNS)

Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [0]


“SABAH MAJU JAYA”
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

SUSUNAN KEUTAMAAN DKBPKNS

Pencalonan DKBPKNS yang lebih tinggi daripada yang pernah diterima oleh calon
berdasarkan susunan DKBPKNS seperti berikut:

BIL DKBPKNS RINGKASAN GELARAN

1. Seri Panglima Darjah Kinabalu S.P.D.K Datuk Seri Panglima


(DSP)

2. Panglima Gemilang Darjah P.G.D.K Datuk


Kinabalu

3. Jasa Pendamai J.P (J.P)

4. Ahli Setia Darjah Kinabalu A.S.D.K -

5. Ahli Darjah Kinabalu A.D.K -

6. Bintang Setia Kinabalu B.S.K -

7. Bintang Kinabalu B.K -

8. Perkhidmatan Terpuji P.P.T -

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [1]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

MAKLUMAT RINGKAS DKBPKNS

1. SERI PANGLIMA DARJAH KINABALU (S.P.D.K)

(i) Darjah Kebesaran ini merupakan darjah yang tertinggi di Negeri Sabah
yang dikurniakan kepada individu yang mempunyai taraf kedudukan yang
tinggi serta terkenal atas jasa dan khidmat yang amat cemerlang
khususnya kepada Negeri Sabah dan Negara amnya dan mempunyai
pengaruh yang kuat dan memberi kesan dalam apa jua lapangan.

(ii) Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Datuk Seri


Panglima kepada penyandang.

2. PANGLIMA GEMILANG DARJAH KINABALU (P.G.D.K)

(i) Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada individu yang berpengaruh dan
tinggi taraf kedudukannya, mempunyai pencapaian cemerlang dari segi
ekonomi, sosial, politik, teknologi serta terkenal dengan khidmat cemerlang
dan jasa kepada Negeri Sabah dan Negara amnya dalam apa jua
lapangan.

(i) Pengurniaan Darjah Kebesaran ini akan membawa gelaran “Datuk”


kepada penyandang. Gelaran ini merupakan gelaran kedua tertinggi
mengikut susunan keutamaan.

(ii) Bagi penjawat awam, penerima Darjah Kebesaran ini sesuai dikurniakan
kepada individu yang menyandang gred jawatan Jusa atau setaraf
dengannya atau pun ketua jabatan.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [2]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

3. AHLI SETIA DARJAH KINABALU (A.S.D.K)

(i) Darjah ini dikurniakan kepada individu yang tinggi taraf kedudukan dan
telah memberikan jasa cemerlang kepada Negeri Sabah dan Negara
amnya.

(ii) Bagi penjawat awam, penerima Darjah ini adalah sesuai dikurniakan
kepada individu yang berkhidmat di dalam gred jawatan 52 atau setaraf
dengannya, telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dan mencapai
purata markah prestasi 90% ke atas selama tiga tahun berturut-turut.
Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu calon yang
berkhidmat kurang daripada 20 tahun boleh dipertimbangkan.

4. AHLI DARJAH KINABALU (A.D.K)

(i) Darjah ini dikurniakan kepada individu yang telah berjasa tinggi kepada
Negeri Sabah dan Negara amnya dalam apa jua lapangan.

(ii) Bagi penjawat awam, penerima Darjah ini adalah sesuai dikurniakan
kepada individu di dalam gred jawatan 41 atau setaraf dengannya, telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dan mencapai purata markah
prestasi 90% ke atas selama tiga tahun berturut-turut. Walau
bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu calon yang berkhidmat
kurang daripada 20 tahun boleh dipertimbangkan.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [3]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

5. BINTANG SETIA KINABALU (B.S.K)

(i) Bintang ini dikurniakan kepada individu yang telah memberi jasa-jasa bakti
di dalam hal-hal seperti berikut :-

a. Telah menunjukkan jasa kejayaan yang lebih dari kejayaan biasa;


b. Telah memberi perkhidmatan yang tinggi mutunya;
c. Telah menjalankan tugas-tugas bahaya dan sukar dengan sangat
cemerlang; dan
d. Telah menjalankan tugas-tugas berlebihan daripada tugas-tugasnya.

(ii) Bintang ini adalah sesuai bagi mereka yang berkhidmat di dalam gred
jawatan 41 dan setaraf dengannya, telah berkhidmat sekurang-kurangnya
20 tahun dan mencapai purata markah prestasi 90% ke atas selama tiga
tahun berturut- turut. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan
tertentu calon yang kurang daripada 20 tahun boleh dipertimbangkan.

6. BINTANG KINABALU (B.K)

(i) Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan


perkhidmatan taat setia dan berbakti kepada Negeri Sabah dan Negara
secara amnya dalam apa juga lapangan.

(ii) Bagi penjawat awam, bintang ini adalah sesuai dikurniakan kepada individu
yang berkhidmat dalam gred jawatan 40 - 19, berumur 40 tahun ke atas
dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun. Walau bagaimanapun
dalam keadaan-keadaan tertentu calon yang berkhidmat kurang daripada
20 tahun boleh dipertimbangkan.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [4]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

6. PINGAT PERKHIDMATAN TERPUJI (P.P.T)

(i) Pingat ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan taat setia
dan berbakti kepada Negeri Sabah dan Negara dalam apa juga lapangan.

(ii) Bagi penjawat awam, Pingat ini sesuai dikurniakan kepada individu-individu
dalam gred jawatan 14 - 11 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20
tahun, berumur 45 tahun ke atas dan mencapai purata markah prestasi
90% ke atas selama tiga tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun dalam
keadaan-keadaan tertentu calon yang berkhidmat kurang daripada 20
tahun boleh dipertimbangkan.

8. ASAS - ASAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN

(i) Setiap pencalonan hendaklah dibuat berdasarkan atau mengambil kira


kedudukan calon termasuk jawatan, umur, jasa, khidmat masyarakat dan
sumbangan kepada negeri serta negara.

(iii) Seseorang yang dicalonkan hendaklah dipastikan mempunyai rekod


perkhidmatan yang bersih dan bebas daripada sebarang tindakan
tatatertib. Calon juga tidak terlibat dengan apa-apa tuduhan di bawah
Kanun Keseksaan atau Akta Jenayah lain, tidak terlibat dengan apa-apa
tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
tidak terlibat di bawah Akta Kebankrapan.

(iv) Pencadang hendaklah memastikan bahawa individu yang dicalonkan


belum dikurniakan dengan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan
Pingat Kehormatan Negeri Sabah yang dicadangkan. Sekiranya calon
yang pernah dikurniakan anugerah, adalah digalakkan agar pencalonan
seterusnya dibuat selepas lima (5) tahun daripada pengurniaan
sebelumnya.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [5]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

9. SALURAN MENGEMUKAKAN PENCALONAN

(i) Pencalonan bagi Kategori Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

(a) Pencalonan bagi Kategori Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah


seperti berikut:-

Bil Jawatan Pencadang Penyokong

Disokong / Dicadang oleh berlainan individu


Pengurusan
1. yang lebih tinggi pangkatnya daripada
Tertinggi
pegawai tersebut.
Kumpulan
Pengurusan Dicadangkan oleh
2. berlainan individu yang
dan
Professional lebih tinggi pangkatnya Ketua Jabatan
daripada pegawai
Kumpulan tersebut.
3.
Pelaksana

(b) Pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-


masing untuk tapisan dan sokongan.

(ii) Pencalonan bagi Kategori Badan-Badan Berkanun Negeri Sabah

(a) Pencalonan bagi Kategori Badan-Badan Berkanun Negeri adalah


seperti berikut:-

Bil Jawatan Pencadang Penyokong

Disokong / Dicadang oleh berlainan individu


Pengurusan
1. yang lebih tinggi pangkatnya daripada
Tertinggi
pegawai tersebut.
Kumpulan
Pengurusan Dicadangkan oleh
2. berlainan individu yang
dan
Professional lebih tinggi pangkatnya Ketua Agensi
daripada pegawai
Kumpulan tersebut.
3.
Pelaksana

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [6]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

(b) Pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Setiausaha Tetap


Kementerian di mana agensi berkenaan bernaung untuk tapisan
dan rekomendasi.

(iii) Pencalonan bagi Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

(c) Pencalonan bagi Kategori Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa


Tempatan adalah seperti berikut:-

Bil Jawatan Pencadang Penyokong

Disokong / Dicadang oleh berlainan individu


Pengurusan
1. yang lebih tinggi pangkatnya daripada
Tertinggi
pegawai tersebut.
Kumpulan
Pengurusan Dicadangkan oleh
2. berlainan individu yang
dan Mayor / Pegawai
Professional lebih tinggi pangkatnya
Daerah / Presiden
daripada pegawai
Kumpulan tersebut.
3.
Pelaksana

(c) Pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Setiausaha Tetap


Kementerian di mana agensi berkenaan bernaung untuk tapisan
dan rekomendasi.

(iv) Pencalonan bagi Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan / Badan-


Badan Berkanun Persekutuan

(a) Pencalonan bagi Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan /


Badan-Badan Berkanun Persekutuan adalah seperti berikut:-

Bil Jawatan Pencadang Penyokong

Disokong / Dicadang oleh berlainan individu


Pengurusan
1. yang lebih tinggi pangkatnya daripada
Tertinggi
pegawai tersebut.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [7]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

Bil Jawatan Pencadang Penyokong


Kumpulan
Pengurusan Dicadangkan oleh
2. berlainan individu yang
dan Ketua Jabatan /
Professional lebih tinggi pangkatnya
Agensi
daripada pegawai
Kumpulan tersebut.
3.
Pelaksana

(b) Pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Setiausaha


Persekutuan Negeri Sabah untuk tapisan dan rekomendasi.

(v) Pencalonan bagi Persatuan / Sukan / Sukarela (NGO) / Swasta

(a) Untuk pencalonan daripada agensi di bawah Kategori Persatuan /


Sukan / Sukarela / Swasta hendaklah dikemukakan melalui
Pertubuhan / Badan Induk mereka ataupun melalui Kementerian
yang bertanggungjawab ke atas Persatuan / Sukan / Sukarela /
Swasta tersebut untuk tapisan dan rekomendasi.

(b) Jika seseorang calon itu adalah Penjawat Awam yang bergiat aktif
dalam pertubuhan profesional, sukan, kebajikan, sukarela sosial,
agama dan lain-lain, calon ini wajib mendapat sokongan daripada
Ketua Jabatan / Agensi masing-masing terlebih dahulu.

(vi) Pencalonan bagi Kategori Parti Politik

(a) Untuk pencalonan daripada Kategori Parti Politik, hendaklah terlebih


dahulu disokong oleh Menteri atau Pembantu Menteri atau Wakil
Rakyat dan dikemukakan melalui Setiausaha Agung Parti masing-
masing untuk tapisan dan rekomendasi.

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [8]
PANDUAN PENCALONAN DKBPKNS TAHUN 2023

(b) Seseorang penjawat awam yang didapati memegang jawatan dalam


parti politik mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
Setiausaha Kerajaan Negeri / Setiausaha Kerajaan Persekutuan
Sabah atau pihak berwajib sebelum dicalonkan.

(vii) Pencalonan bagi Kategori Warganegara Asing

(a) Untuk pencalonan daripada Kategori warganegara asing, hendaklah


melalui Kementerian / Jabatan yang mana individu tersebut terlibat
secara langsung dalam memberi khidmat, sumbangan dan jasa untuk
tapisan dan rekomendasi.

(b) Maklumat penting seperti Nombor Pasport / nombor pemastautin


tetap dan negara asal warganegara asing tersebut hendaklah
disertakan dengan lengkap dan tepat untuk membolehkan urusan
pencalonan dilaksanakan sewajarnya.

Disediakan Oleh :-

Urusetia Jawatankuasa Tetap


Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah
Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan
Jabatan Ketua Menteri

“SABAH MAJU JAYA”


Urusetia Jawatankuasa DKBPKNS [9]

You might also like