PDF 20230111 223201 0000

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya


dapat menyiapkan folio sejarah ini. InshaAllah folio ini dapat memberikan
banyak manfaat kepada saya di samping menambah ilmu pengetahuan saya.

Pertama sekali,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
sejarah iaitu,Encik Mohd Natasha Bin Mohd Jusoh kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan - rakan seperjuangan yang sama sama menolong saya dalam
menyiapkan projek ini .

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan moral.
PENGENALAN
Kesatuan Melayu Muda 1938 dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya.
Idea ini merupakan penyatuan bangsa dan dunia melayu. Idea Melayu
Raya terus diperjuangkan oleh (KRIS) dan (PKMM) selapas KKM
diharamkan.

Seterusnya, pada tahun 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dipimpin oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.parti inin
menetapkan matlamat politik untuk menanam semangat Kebangsaan dan
kejersama dengan kaum lain. PKMM berhasrat mendaulatkan hak rakyat melalui
slogan 'merdeka'. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam
pada tahun 1946 dengan slogan 'mereka dengan darah'. Pertubuhan ini menekankan
pemerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat serta
keadilan sosial. Pendebatan dan imej radial ini menyebabkan API diharamkan oleh
British

Selain itu, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di bawah pimpinan Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah mempelopori gerakan yang menentang penyerahan Sarawak
kepada British. Pertubuhan ini mahu Sarawak merdeka di bawah pemerintahan Raja
Brooke dan ingin berkerajaan sendiri. Justeru itu, kontroversi penyerahan Sarawak
kepada British melahirkan (PPM).Anggota PPM menubuhkan pakatan sulit Rukun 13
yang nekad membunuh GABENOR. Penubuhan Rukun 13 membuktikan kebencian
PPM terhadap kolonial. Akhir sekali, UMNO yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar
berusaha menyatukan orang Melayu dengan slogan "HIDUP melayu". Pada tahun
1951,slogan UMNO diubah kepada "merdeka" untuk memperjuangkan kemerdekaan
tanah melayu.
PERANAN JAWATANKUASA HUBUNGAN
ANTARA KAUM

ISU

Persediaan ke arah
POLITIK berkerajaan sendiri

PERANAN CLC

Mencadangkan peralihan ke arah


berkerajaan sendiri dilakukan dengan
memberikan pengalaman pilihan raya
secara berperingkat kepada penduduk
Tanah Melayu.

KESAN KE ARAH PERPADUAN KAUM

Pilihan raya diadakan pada peringkat


majlis bandaran , majlis negeri dan juga
Majlis Perundangan Persekutuan
PERANAN JAWATANKUASA HUBUNGAN
ANTARA KAUM

ISU

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

Orang Melayu menuntut diperakui


kedudukan istimewa sebagai penduduk
asal rantau Alam Melayu

PERANAN CLC
Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai
kedudukan istimewa kerana menunjukkan taat
setia yang tidak berbelah bahagi dan
mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air
mereka.

KESAN KE ARAH PERPADUAN


KAUM
Kedudukan istimewa orang Melayu di
negara ini diperakui dan kepentingan sah
kaum lain diiktirafkan
PERANAN JAWATANKUASA HUBUNGAN
ANTARA KAUM

ISU

Orang Melayu tidak memperoleh peluang


yang sama seperti kaum bukan Melayu
KEDUDUKAN EKONOMI dlam sektor perniagaan dan peruasahan
ORANG MELAYU

PERANAN CLC
Mencadangkan penubuhan agensi untuk
meningkatkan ekonomi Dan pendidikan
orang melayu

KESAN KE ARAH PERPADUAN


KAUM
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada
tahun 1950 merupakan tuntutan daripada Dato' Onn Jaafar.
Beliau berpendapat bahawa bantuan ekonomi dan kemajuan
luar bandar perlu sebagai tolak ansur terhadap persetujuan
orang Melayu melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada
kaum bukan melayu.
PERANAN JAWATANKUASA
HUBUNGAN ANTARA KAUM

ISU
KEWARGANEGARAAN BUKAN MELAYU
Ketegasan orang Melayu terhadap
pemberiaan syarat kewarganegaraan
kepada kaum bukan melayu

PERANAN CLC
Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum
bukan melayu penting bagi memupuk taat
setia kepada tanah melayu dan kerja sama
dalam kalangan penduduk

KESAN KE ARAH PERPADUAN KAUM


Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk
memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan
melayu dan melahirkan semangat patriotik serta
bertanggungjawab kepada negara
PERANAN JAWATANKUASA HUBUNGAN
ANTARA KAUM

ISU

Sistem persekolahan yang berbeza -


beza mengikut kaum,menggunakan
PENDIDIKAN
bahasa pengantar , buku teks dan
sukatan pelajaran yang berlainan

PERANAN CLC
Mencadangkan sistem pendidikan yang
seragam untuk memupuk kesetiaan dan
perpaduan kaum di Tanah Melayu

KESAN KE ARAH PERPADUAN


KAUM
Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk
mengkaji sistem pendidikan bagi melahirkan
pendidikan yang seragam dan diterima oleh
semua kaum.
1.Ahli bertaraf "menteri" dan
bertanggungjawab menjaga portfolio yang
mengandungi jabatan dan agensi kerajaan

2. Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya


Tinggi British dengan persetujuan
majlis raja-raja

CIRI - CIRI SISTEM


AHLI

3. Ahli bertanggungjawab mencadangkan


undang-undang yang berkaitan dengan
jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP

4. Ahli diletakkan di bawah kuasa


Pesuruhjaya Tinggi

5. Satu sistem kabinet bayangan yang


terdiri daripada beberapa pegawai tadbir
dan tokoh masyarakat
KEPENTINGAN SISTEM AHLI
KE ARAH KEMERDEKAAN

Menyediakan asas penting untuk melatih orang


tempatan ke arah berkerajaan sendiri

Memberikan pendedahan kepada penduduk


tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui
kerajaan menjelang kemerdekaan

Merupakan proses memupuk perpaduan kaum


kerana ahlinya terdiri daripada gabungan
pemimpin pelbagai kaum

Menentukan kemerdekaan yang diperolehi


mendapat sokongan seluruh penduduk
Persekutuan Tanah Melayu
SISTEM PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan
melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu ,
Sarawak dan Sabah

1
Laporan Barnes
1951

Jawatankuasa pelajaran Melayu dipengerusikan


oleh L.J. Barnes

Menekankan kepentingan sekolah rendah ntuk


membina satu rupa bangsa penduduk yang
menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal
yang kekal dan tumpuan taat setia .

ANTARA KANDUNGAN
LAPORAN BARNES
TERMASUKLAH SEPERTI YANG
BERIKUT:
Sekolah rendah menggunakan bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar

Sekolah menengah menggunakan bahasa


Inggeris sebagai bahasa pengantar
2 LAPORAN FENN-WU
1951

Diterbitkan berikutan dengan bantahan daripada


masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes.

Mengkaji pendidikan Cina


Mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah
Cina sebagai institusi yang memberikan faedah kepada
penduduk Tanah Melayu

ANTARA KANDUNGAN
LAPORAN FENN-WU
TERMASUKLAH SEPERTI YANG
BERIKUT:
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di
bawah sistem Kebangsaan.
Pendidikan sekolah Cina haruslah
berorientasikan Tanah Melayu
ORDINAN PELAJARAN
3 1952

Diluluskan selepas jawatankuasa penasihat pusat pelajaran


meneliti laporan Barnes dan laporan Fenn-wu
Ordinan ini bertujuan membentuk sistem pendidikan yang
menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
Semua murid daripada pelbagai bangsa disatukan dalam
satu sistem berorientasikan Tanah Melayu
ANTARA PERKARA YANG TERMAKTUB DALAM ORNINAN
PELAJARAN 1952 , TERMASUKLAH SEPERTI YANG
BERIKUT :
Tanah Melayu mempunyai dua jenis iaitu sekolah
yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar
Bahasa Cina dan bahasa tamil diajar sebagai bahasa
ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang
murid dalam kumpulan yang sama
Sekolah menengah menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar
4 LAPORAN WOODHEAD DI
SARAWAK SAN SABAH 1955

E.W. Woodhead, ketua pegawai pelajaran dari Britain


diundang untuk meninjau perkembangan pendidikan
dan seterusnya membuat cadangan tentang
pendidikan di Sarawak dan Sabah
ANTARA CADANGAN LAPORAN WOODHEAD
TERMASUKLAH SEPERTI YANG BERIKUT:

Memperkasakan pendidikan peringkat


rendah dan menengah
Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar
Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang
teratur
5 PENYATA JAWATANKUASA
PELAJARAN 1956

Jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato' Abdul


Razak Hussein selaku menteri pelajaran,ditubuhkan untuk mengkaji
semula sistem pendidikan sedia ada. Jawatankuasa ini
mencadangkan satu sistem pelajaran Kebangsaan yang baharu.

Penyata jawatankuasa pelajaran 1956 mengemukakan


teras pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan
dengan has rat memupuk integrasi dan perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum,iaitu melalui:

Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua


bangsa
bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

PENYATA JAWATANKUASA INI


ANTARA LAIN MENCADANGKAN:
Sekolah umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
sekolah jenis umum ( rendah) menggunakan sama ada
bahasa inggeris,bahasa cina,bahasa tamil.
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata
pelajaran wajib di semua sekolah.
sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar,manakala bahasa
Inggeris menjadi mata pelajaran
Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam
mengekalkan perpaduan kaum sejak kemerdekaan sehingga kini.

Malaysia membangunkan dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai


begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi
kunci kepada keutuhan kemerdekaan yang telah dilalui. Antara kejayaan yang telah
dicapai oleh Malaysia dalam mengekalkan perpaduan kaum sejak kemerdekaan
sehingga kini ialah membentuk perpaduan kaum. perpaduan kaum juga dapat
dipupuk melalui aktiviti ke masyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan Saling bantu- membantu di antara satu sama lain di dalam
masyarakat Malaysia. Kemajuan kegiatan ekonomi juga meningkatkan taraf hidup
penduduk. Antara petunjuk taraf hidup termasuklah jumlah pendapatan
keluarga,kos hidup,perumahan,pendidikan,kesihatan dan kemudahan kemudahan
yang lain.secara amnya, taraf hidup penduduk Malaysia adalah tinggi. Selain
itu,perkembangan kegiatan ekonomi juga telah berjaya mengekalkan perpaduan
kaum kerana dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang
melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara
Kembar Petronas dan sebagainya. Menara - Menara yang dihasilkan daripada
teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Seterusnya
,menghormati budaya seperti penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam
aktiviti harian. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan
India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh
mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain
dari aspek seperti pemakanan, pemakaian dan peradaban.oleh itu, penerapan nilai-
nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat
antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalm
negara. Akhir sekali,kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan. Contoh-contoh
kerjasama ialah jawatankuasa hubungan antara kaum (CLC). Anggota wakil dari
setiap kaum iaitu UMNO Dato Onn Jaafar, MCA Tun Tan Cheong Lock dan
pengerusi Dato E.E.C Thuraisingan

jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada masa
kini untuk menjamin perpaduan kaum

Secara tuntas,pelbagai cabaran yang timbul dalam mengekalkan perpaduan kaum


dalam negara kita. Pelbagai usaha telah diambil tetapi belum cukup untuk
mengekalkan perpaduan kaum yang mudah untuk dimusnahkan. Terdapat beberapa
faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat Patriotisme di
kalangan masyarakat majmuk. Pertama ialah nilai-nilai individualism. Sikap ini merujuk
kepada mementingkan diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat.
Sikap ini semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui
perkembangan sikap 'individu autonomi' atau individu berdaulat . Kedua ialah era
globaliasi dan liberalisme merujuk kepada negara tanpa sempadan , perdagangan
bebas dan kemasukan budaya asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan
melahirkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang
negatif , ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinational dan sektor pelaburan
dimonopoli oleh negara maju. Isu -Isu sensitif pula membawa erti Isu-Isu yang
melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak
keistimewaan melayu,status bumiputera dan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan. Isu -Isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara
terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan
kurang senang dan tidak berpuas hati. Kontroversi melibatkan kaum di negara ini
sering berpunca daripada daripada salah faham, hal ini kerana tiada maklumat yang
tempat diberikan berhubung sesuatu perkara yang menyebabkan timbul rasa tidak
puas hati sehingga membawa kepada perpecahan kaum. Punca konflik perpaduan
antara agama dan kaum menjadi kemuncak apabila isu perbezaan kepercayaan,
pegangan agama dan perkauman disentuh. Melalui tugasan ini, punca - punca yang
mendorong kepada timbulan isu isu perpaduan seperti pengaruh media sosial dikaji.
Cabaran mengekalkan perpaduan kaum ini sebenarnya merupakan tugas kita sendiri
dalam memastikan pemimpin yang adil dipilih, amalan sikap toleransi.
Bincangkan langkah bagi mengatasi masalah tersebut

Setiap golongan masyarakat mempunyai peranan tersendiri dan harus


mengutamakan perpaduan dan keharmonian sekiranya mahukan kedamaian
berkekalan. Pelbagai cara atau langkah untuk mengatasi masalah tersebut .
Antaranya adalah mengamalkan toleransi budaya dan agama, kita perlu
memberi ruang kepada semua kaum untuk mengamalkan budaya dan agama
masing-masing tanpa gangguan atau campurtangan antara satu sama lain.
Sebarang masalah yang wujud hendaklah diselesaikan secara bijak dan
toleransi agar perpaduan dan integrasi nasional terus dipelihara. Selain itu
memupuk perpaduan, antara yang boleh dilakukan ialah memberi ruang
kepada dialog yang sihat supaya dapat dikurangkan prasangka dan dipupuk
semangat perpaduan serta ke bersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia .
Perlu ada penjelasan dari perspektif keagamaan mengenai prinsip
kepelbagaian kepada masyarakat kepada masyarakat bagi memberi
kefahaman yang baik bahawa pentingnya memastikan perpaduan dan
kehidupan yang harmoni agar dapat diwariskan kepada generasi masa
hadapan. Seterusnya, kita perlu mengamalkan sikap menghormati kaum lain.
Menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini
perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu teras utama perpaduan
negara.sikap Saling menghormati antara rakyat pelbagai kaum dan agama ini
merupakan kekuatan utama perpaduan yang telah lama terjalin . Justeru itu,
pemupukan nilai murni dalam kalangan masyarakat juga penting. Hal ini
kerana, budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan
sekadar perlu di pertahankan bahan perlu diperkayakan lagi agar ia tidak
mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi
daripada generasi ke generasi seterusnya. Malaysia memerlukan
pembangunan nilai dan budaya yang betul . Nilai- nilai yang terlibat adalah
seperti ketulusan, kejujuran,integriti,adil dan amanah. Dengan ini, kita bukan
sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata - mata , akan
tetapi perlu juga memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek
keperibadian untuk menjadikan masyarakat kita sebagai suatu masyarakat
yang benar-benar bertamadun.
Iktibar yang anda peroleh daripada jawatankuasa
hubungan antara kaum
Iktibar daripada peristiwa penjajahan negara kita ialah kita mestilah memantapkan
perpaduan. Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum,
perpaduan yangmantap merupakan kunci utama untuk mengekalkan kemerdekaan di
negara kita. Antara usaha untuk memantapkan perpaduan di negara kita ialah sentisa
berfikiran rasional, perkataan rasional berasal dari akar ratio yang merujuk kepada
akal atau minda. Berfikiran rasional bermakna menggunakan akal untuk mendapat
jawapan atau pedoman tentang sesuat perkara. Ikhtiar yang dilakukan, pertimbangan
yang diberi, keputusan yang dibuat, andaian yang dirumuskan mengambil
pertimbangan akal sebagai sumber rujukan. Selain itu ,setiap kaum mempunyai
keperibadiaan budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu di atas satu
ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja
berpelembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Kewujudan
pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang
unik. Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti
agama,kepercyaan dan adat resam tersendiri. Setiap kaum diberi kebebasan untuk
mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping menghormati kebudayaan
kaum-kaum lain. Seterusnya, utamakan perpaduan .perpaduan itu penting bagi
memastikan negara ini keluar daripada permasalahan ekonomi . Justeru itu, amalan
tolak ansur dan toleransi dalam masyarakat menjamin keharmonian sejagat .
Bertolak ansur ialah tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah
pihak semasa-mata , baik dalam menghadapi apa jua masalah kehidupan ,
tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan atau dengan lain perkataan lagi, tidak
terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain. Semangat perpaduan perlu
dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi sering dengan
mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata
pelajaran sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak
untuk mengekalkan perpaduan kaum.
RUMUSAN

Perpaduan kaum adalah penting bagi sesebuah negara.


keamanan dan perpaduan antara kaum amatlah penting
untuk negara kita yang sedang menuju kewawasan 2023.
segala peristiwa pahit haruslah dijadikan iktibar untuk kita
terus memupuk perpaduan kaum. Malaysia merupakan
sebuah negara yang a man dan damai dengan rakyatnya
yang berbilang kaum. keamanan ini hanya dapat
dikekalkan Apabila semua kaum be kerja sama dan Saling


menghormati antara satu sama lain.

Justeru itu , kita seharusnya bersyukur dengan keamanan


dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu
sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini
perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara
kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat perpaduan di antara kita .

Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus


mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang
bangsa di mana kta hidup dalam sebuah komuniti. Oleh
demikian, walaupun ada perbezaan idealogi politik , kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta
menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan
keharmonian yang telah terbina sekian lama.

You might also like