Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hadirin diminta berdiri untuk mengalu-alukan perarakan masuk, penceramah jemputan,

Pengetua MRSM Pengkalan Hulu, Timbalan-timbalan pengetua , kaunselor-kaunselor


dan para guru.

Semua hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Amanah
Rakyat

Bissmillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera diucapkan


kepada semua hadirin,

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang dihormati penceramah jemputan, Ustaz Muhammad Hafizudin bin Ishak

Yang berusaha, Tuan Hj Rizalmi bin Dahaman, ayahanda Pengetua MRSM


Pengkalan Hulu

Yang berusaha, Pn Shazarina binti Soeib, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

Encik Khairol Anuar bin Mohammad, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik

Encik Md Jefri bin Abu Bakar, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat

Ketua-ketua Jabatan, Kauselor-kaunselor, Guru-Guru dan para pelajar sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Nuzul Qur'an Dan Hari bumi MRSM Pengkalan
Hulu 2022.Ahlan wasahlan wa marhaban bikum
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput saudara Danish Irfan
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

---------------bacaan doa---------------

Amin amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang majlis sekalian, sebelum majlis diteruskan lagi, saya akan bacakan sedikit
biodata tentang penceramah jemputan kita pada hari ini.
Nama beliau ialah Muhammad Hafizudin bin Ishak. Beliau memegang jawatan
sebagai Timbalan Pengetua Pembagunan Bakat di MRSM Kuala Klawang Beliau telah
mendapat Ijazah Sarjana Muda di University Mu'tah di Jordan. Untuk pengetahuan
semua hadirin Ustaz Muhammad Hafizudin merupakan bekas tenaga pengajar di
MRSM Pengkalan Hulu yang kita cintai ini.

Tanpa melengahkan masa lagi dijemput dengan segala hormatnya Encik Muhammad
Hafizudin bin ishak, untuk memberikan ceramah sempena Majlis Sambutan Nuzul
Qur'an.
Wal ya tafaddhal masykura
.
----------- ceramah-----------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Muhammad Hafizudin bin ishak
di atas ceramah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Ustaz Muhammad


Hafizudin bin Ishak. Dengan ini, majlis mempersilakan ayahanda pengetua Tuan Haji
Mohd Rizalmi bin Dahaman untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-
kenangan kepada Ustaz Muhammad Hafizudin.

Terima kasih tuan pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.


Para pelajar diminta berdiri untuk mempersilakan Ustaz Muhammad Hafizudin bin Ishak
meninggalkan majlis dengan diiringi oleh Ustaz Mohd Khadafi.

Dengan ini saya akan menyerahkan majlis ini kepada pengacara majlis Sambutan Hari
Bumi 2022. Sekian terima kasih.

You might also like