Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

NAMA:………………………………… TINGKATAN:…………………………

SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG


43000 KAJANG SELANGOR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021


TINGKATAN LIMA

MATA PELAJARAN : EKONOMI KERTAS 1


MASA: 1 jam 15 minit KOD KERTAS: 3757/1

JANGAN BUKA BUKU INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan in imengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi taip-tiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan
yang baru.
5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1
1 Kewujudan asas ilmu ekonomi adalah disebabkan berikut?

A Usaha manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian
mereka
B Usaha manusia untuk menyumbangkan pelbagai keinginan dengan sumber ekonomi
yang ada
C Usaha manusia dalam menggunakan semua sumber ekonomi yang ada
D Usaha manusia untuk meningkatkan kesejahteraan hidup

2 Rajah di bawah menunjukkan unit-unit ekonomi.

Unit-unit ekonomi

G Firma Kerajaan

Apakah matlamat utama unit ekonomi H

A Maksimumkan Kebajikan
B Maksimumkan Keuntungan
C Maksimumkan Kepuasan
D Maksimumkan Kehendak

3 Jadual berikut menunjukkan kombinasi keluaran kilang elektrik Encik Samad.

Kombinasi keluaran Radio Televisyen


R 0 95
S 30 75
T 65 35
U 80 15

Jika kombinasi keluaran berubah dari R ke T, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan
65 unit radio?

A 15 buah televisyen C 65 buah televisyen


B 60 buah televisyen D 80 buah televisyen

2
4. Rajah di bawah menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran.

Pilih pernyataan yang benar menggambarkan kombinasi pengeluaran di titik P.

A Faktor pengeluaran tidak digunakan secara optimum


B Tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh
C Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum tanpa pembaziran
D Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat kekurangan faktor pengeluaran

5 Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis sumber ekonomi.

• Mempunyai Mobiliti Penggunaan


• Penawarannya adalah terhad

Apakah sumber ekonomi di atas?

A Tanah
B Modal
C Buruh
D Usahawan

6 Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.

Barang dikeluarkan berdasarkan teknik pengeluaran yang paling cekap

Apakah masalah asas ekonomi tersebut?

A Apa yang hendak dikeluarkan?


B Berapa yang hendak dikeluarkan?
C Bagaimana hendak dikeluarkan?
D Untuk siapa hendak dikeluarkan?

3
7 Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?

A Kestabilan penawaran
B Keadilan agihan pendapatan
C Tiada persaingan antara firma
D Keuntungan firma lebih tinggi

8 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.

Negara A Negara B
 Firma bebas bersaing mengeluarkan  Firma bebas bersaing tetapi dikawal
output oleh peraturan dan undang-undang
 Firma memaksimumkan keuntungan
 Firma memaksimumkan keuntungan manakala kerajaan memaksimumkan
kebajikan

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara A dan Negara B?

Negara A Negara B
A Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalis
C Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi campuran
D Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi perancangan pusat

9 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang hukum permintaan?


I Apabila harga naik, maka kuantiti diminta berkurang
II Apabila harga naik, maka kuantiti diminta bertambah
III Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta berkurang
IV Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta bertambah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4
10 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu.

Harga (RM)
D

0 Kuantiti yang diminta ( unit)

Pilih pernyataan yang benar tentang keluk permintaan individu tersebut.


I. Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
II. Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
III. Menunjukkan hubungan yang songsang antara harga dan kuantiti diminta
IV. Menunjukkan hubungan yang positif antara harga dan kuantiti

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

11 Jadual 1 menunjukkan hubungan antara harga sejenis ikan dengan kuantiti yang diminta
oleh pemborong W, S dan N.

Harga Kuantiti Permintaan (kg)


Ikan (RM) Pemborong Pemborong Pemborong
W S N

10 60 80 100
20 50 70 80
30 40 60 60
40 30 50 40
Jadual 1
Jika kuantiti penawaran pasaran ikan tersebut ialah 200 kg, berapakah tingkat harga
keseimbangan pasaran?
A RM 10 C RM 30
B RM 20 D RM 40

5
12 Mengapakah permintaan sesuatu barang dikatakan tidak anjal?

A. Kerajaan menaikkan cukai untuk barang tersebut


B. Barang tersebut tidak mempunyai permintaan yang tinggi
C. Barang tersebut tidak mempunyai pengganti yang hampir
D. Pengeluar membuat promosi besar-besaran untuk barang tersebut.

13 Rajah menunjukkan permintaan terhadap barang M.


Harga (RM)

D
6

0
X 120 Kuantiti (unit)

Berapakah kuantiti X jika nilai keanjalan harga barang tersebut ialah 1?


A 40 unit C 60 unit
B 50 unit D 80 unit

14 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran bagi Beg

Harga(RM)

D
S
50

S D

0 10 18 35 Kuantiti(unit)

Berdasarkan rajah di atas, apakah yang berlaku pada harga RM50?

A Keseimbangan pasaran
B Lebihan penawaran sebanyak 35 unit
C Lebihan penawaran sebanyak 25 unit
D Lebihan permintaan sebanyak 25 unit

6
15 Sesuatu komoditi boleh dijadikan sebagai wang jika

A diterima umum
B boleh disimpan dalam bank
C mempunyai nilai yang tetap
D mempunyai sifat tahan lama

16 Cik Siti membeli sebuah telefon pintar berharga RM2 500 dengan bayar ansuran bulanan sebanyak
RM160 sebulan.

Fungsi wang dalam pernyataan di atas ialah


I Alat ukuran nilai
II Alat simpanan nilai
III Alat bayaran tertunda
IV Alat perantaraan pertukaran

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

17 Antara yang berikut, yang manakah termasuk dalam pengiraan potongan wajib?
A Cukai pendapatan perseorangan
B Cukai pendapatan syarikat
C Insurans pendidikan
D Insurans nyawa

18 Maklumat di bawah mengenai pelaburan Encik Rafiqi

Encik Rafiqi telah membeli sebidang tanah di Batu Pahat


Johor

Mengapakah aktiviti di atas dianggap sebagai satu bentuk pelaburan?

A Melibatkan penggunaan wang


B Tidak melibatkan sebarang risiko
C Boleh mengurangkan bayaran cukai
D Meningkatkan keuntungan pada masa hadapan

7
19 Gambar di bawah merupakan sejenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan.

Pernyataan manakah berkaitan dengan gambar di atas


I Tetap wujud walaupun output sifar
II Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
III Wujud dalam jangka masa panjang sahaja
IV Kuantiti output meningkat, kuantiti input juga meningkat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

20 Jadual 3 menunjukkan input berubah dan jumlah keluaran suatu barang

Input Jumlah keluaran


berubah (unit)
0 -
1 9
2 17
3 23
4 29

Keluaran marginal adalah paling tinggi pada input berubah ke-


A 1
B 2
C 3
D 4

8
21 Apakah maksud produktiviti?
A Nisbah antara jumlah output dan jumlah input pengeluaran
B Perubahan jumlah input dalam mengukur perubahan jumlah keluaran
C Keupayaan meningkatkan sejumlah input daripada sejumlah output yang disediakan
D Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada penggunaan sejumlah input
pengeluaran

22 Apakah ciri yang berkaitan dengan monopoli semula jadi ?


A Lebih daripada seorang pengeluar
B Berkuasa untuk menentukan harga
C Persaingan bukan harga amat penting
D Kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran

23 Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran.


A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
B Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain.
C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran.

24 Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui


I kenaikan cukai
II penurunan cukai
III pertambahan perbelanjaan kerajaan
IV pengurangan perbelanjaan kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Jadual di bawah menunjukkan anggaran hasil kerajaan persekutuan bagi tempoh satu tahun.
Sumber Hasil RM (juta)
Cukai pendapatan individu 12 335
Duti eksport 863
Lesen / Permit 5 708
Cukai pendapatan koperasi 150
Duti import 2 355
Duti eksais 3 449

Jadual 1
Berapakah jumlah anggaran hasil kerajaan daripada cukai tidak langsung pada tahun tersebut ?
A RM 9 334 juta
B RM 8 725 juta
C RM 6 667 juta
D RM 5 567 juta

9
26 Apakah kesan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh Bank Negara terhadap ekonomi?

A Mengawal kenaikan harga barang


B Mengurangkan kuasa beli pengguna
C Menjejaskan aktiviti pengeluaran barangan
D Menurunkan kadar pengangguran dalam ekonomi

27 Pasangan manakah yang benar.

Perbelanjaan Pembangunan Perbelanjaan Mengurus


A Bayaran khidmat hutang Keselamatan
B Bekalan dan perkhidmatan Pentadbiran am
C Biasiswa bantuan kerajaan Perkhidmatan sosial
D Perkhidmatan ekonomi Emolumen, pencen dan ganjaran

28 Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi ?


A Kenaikan taraf perintis
B Perkembangan ekonomi
C Perkembangan teknologi maklumat
D Kenaikan kadar pertukaran asing

29 Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional?


A peningkatan modal insan
B peningkatan eksternaliti negatif
C kelonggaran menghantar balik dividen
D pembangunan dalam infrastruktur digital

30 Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?


A. Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung
B. Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
C. Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
D. Imbangan pembayaran memberi kesan positif

31 Antara berikut yang manakah merupakan import tak Nampak?


A Import susu segar dari New Zealand
B Penghantaran pelajar ke Jepun meningkat
C Kemasukan pelancong dari Timur Tengah meningkat
D Import barang modal dari Amerika

32 Manakah satu bukan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa?


A Sumber hasil kerajaan
B Melindungi industri tempatan
C Antilambakan
D Peningkatan Pelaburan Asing

Pilihan jawapan bagi Soalan 33 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
10
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

33 I Kehendak diperlukan untuk meneruskan kehidupan


II Isi Rumah merupakan unit ekonomi bermotifkan keuntungan

34 I Buruh menerima ganjaran dalam bentuk upah


II Contoh barang Modal ialah jentera.

35 I Harga getah tiruan yang meningkat menyebabkan permintaan terhadap getah asli
tempatan meningkat.
II Kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 5% menyebabkan permintaan terhadap kereta
import semakin meningkat

36 I Apabila harga ayam naik menyebabkan permintaan terhadap daging akan naik.
ayam dan daging merupakan barang pengganti
II Hubungan pendapatan dengan kuantiti diminta adalah positif

37 I Kemudahan menggunakan cek di beri kepada Pemegang akaun simpanan tetap.


II Cek adalah wang yang digunakan untuk pembayaran dalam urus niaga atas arahan
daripada pihak bank.

38 I Risiko pelaburan ialah kemungkinan menghadapi sesuatu yang tidak pasti pada masa
akan datang.
II Pelaburan dalam saham syarikat mempunyai risiko yang rendah maka pulangannya
tinggi.

39 I Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi.


II Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi.

40 I Barang Modal ialah import barang nampak.


II Barang Pengguna ialah eksport barang nampak.

KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH:

……………………….. ……………………….. ……………...............

Siti Mariam Wan Chek Nor Afizan Bt Badaruddin Pn.Rosnee Abd.Rahman


Guru Kanan Tekvo Ketua Panitia Ekonomi Penolong Kanan 1
Smkbbsl Smkbbsl Smkbbsl

11

You might also like