Nota Pendidikan Keselamatan Pkes3093

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 92

MODUL

PEMBELAJARAN
PKES3093
PENDIDIKAN
KESELAMATAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESELAMATAN
PENSYARAH : DR MAZLINA BINTI MAHMOOD

i
Isi Kandungan

1 Pengenalan Pendidikan Keselamatan 6


1.1 Konsep dan definisi keselamatan 6
1.2 Definisi pendidikan kselamatan 6
1.3 Polisi keselamatan sekolah dan Standard Pengoperasian (SKPMg2) 6
1.4 Pendekatan pendidikan kesihatan dari aspek teori pendidikan 16
1.4.1 Teori Tingkah Laku @ Enviromentalis (Behavioralist 16
Theory)
1.4.2 Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Developmental 17
Theory)
1.4.3 Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) 18
1.4.4 Teori Sistem Ekologikal (Ecological Systems Theory) 18

2 Pendidikan Keselamatan Diri 20


2.0 Pengenalan 20
2.1 Aplikasi keselamatan diri melalui 6C 20
2.1.1 Persekitaran 20
o rumah
o tempat awam
o Kawasan rekreasi
o kawasan larangan
o keselamatan di jalan raya
2.1.2 Gejala sosial 23
o Keselamatan sosial (alam siber)
o Perhubungan sosial
o Penyalahgunaan bahan

3 Isu-Isu Terkini Pendidikan Keselamatan 27


3.0 Pengenalan 27
3.1 Penderaan dan pengabaian 27
3.1.1 Bayi/ Kanak-kanak 27
3.1.2 Remaja 28
3.1.3 Orang dewasa 28
3.1.4 Warga emas 29

ii
4 Tanggungjawab dan Akauntabiliti Terhadap Keselamatan Pelajar 32
4.0 Pengenalan 32
4.1 Pentadbir 32
4.1.1 Kawalan bahan bahaya 32
4.1.2 Laporan kemalangan 33
4.1.3 Penyiasatan kemalangan 34
4.1.4 Laporan pemeriksaan keselamatan 34
4.2 Guru 35
4.2.1 Akauntabiliti terhadap keselamatan 35
4.2.2 Garis panduan pematuhan standard operasi keselamatan 35

5 Pengurusan Krisis Dalam Pendidikan Keselamatan 38


5.0 Pengenalan 38
5.1 Prosedur kecemasan 38
5.2 Kesediaan kecemasan 38
5.3 Kebakaran 39
5.4 Banjir 40
5.5 Kemalangan 40
5.6 Komunikasi dengan pihak berkuasa 40
5.7 Carta alir / peta pergerakan semasa kecemasan 40
5.8 Pemantauan dan penambahbaikan 41
5.9 Organisasi program keselamatan 41
5.9.1 Perancangan program 41
5.9.2 Objektik / matlamat / rasional 41
5.9.3 Carta organisasi 42
5.9.4 Jawatankuasa Kerja 42
5.9.5 Pemantauan dan penambahbaikan 42

6 Pendidikan Keselamatan Dari Aspek Infrastruktur 44


6.0 Pengenalan 44
6.1 Dalam bangunan (indoor) – makmal / bilik darjah / kantin / kedai 44
buku / bilik-bilik khas /dewan / stor
6.1.1 Keselesaan Kawasan 46
6.1.2 Kesesuaian kawasan 46
6.1.3 Keluasan kawasan 47
6.1.4 Aspek keselamatan (pintu kecemasan,alat pemadan api, 47

iii
sprinkler)
6.1.5 Peralatan dan Perabut 47
6.1.6 Punca/ sumber elektrik 47
6.1.7 Punca/ air 47
6.1.8 Penyimpanan bahan berbahaya 48
6.2 Di luar bangunan (outdoor) - dewan terbuka / kawasan perhimpunan 48
/ padang / gelanggang permainan / kawasan pembinaan di sekolah /
tempat letak kereta / basikal / motosikal
6.2.1 Keselesaan kawasan 49
6.2.2 Kesesuaian kawasan 49
6.2.3 Keluasan kawasan 50
6.2.4 Aspek keselamatan peralatan 50
6.3 Keselamatan infrastruktur 50
6.3.1 Akauntabiliti keselamatan bangunan 50
6.3.2 Garis panduan pemeriksaan bangunan 51

7 Pengurusan Krisis Dalam Pendidikan Keselamatan Di Sekolah 53


7.0 Pengenalan 53
7.1 Panduan pengurusan keselamatan 53
7.2 Jenis kecemasan / kemalangan di sekolah 54
7.3 Prosedur kecemasan 55
7.4 Carta alir pengurusan kecemasan 56
7.5 Pemantauan dan penambahbaikan 62
7.6 Organisasi program keselamatan 66
7.6.1 Perancangan program 66
7.6.2 Objektik / matlamat / rasional 68
7.6.3 Carta organisasi 70
7.6.4 Kakitangan (agihan tugas) 70
7.6.5 Pemantauan dan penambahbaikan 71
7.7 Konsep sekolah selamat 74
7.7.1 Rasional 75
7.7.2 Objektif 75
7.7.3 Matlamat 76

iv
8 Akta, Perundangan dan Surat Pekeliling Ikhtisas untuk 77
Keselamatan
8.0 Pengenalan 77
8.1 Undang-undang Tort 77
8.2 Akta perlindungan kanak-kanak 81
8.3 Surat Pekeliling Ikhtisas 83
8.4 Hak Asasi Manusia 84
8.5 Rujukan 90

9 Rujukan

v
TAJUK 1
PENDIDIKAN KESELAMATAN

1.1 Konsep Dan Definisi Keselamatan


◆ Keselamatan bermaksud satu perihal selamat,kesejahteraan.

1.2 Definisi Pendidikan Keselamatan


◆ Pendidikan bermaksud sebagai suatu proses pembaharuan untuk mencari
pengalaman.Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka jilid 3,merupakan perihal
mendidik,ilmu atau pengetahuan mendidik,mengajar,latihan dan didikan.
◆ Pendidikan Keselamatan dapat didefinisikan dengan menyatakan tujuannya untuk
mendidik dan melatih murid-murid supaya sentiasamengutamakan keselamatan,
kesejahteraan, keharmonian dan sebagainya.

1.3 Polisi Keselamatan Sekolah Dan Standard Pengoperasian (SKPMg2)


Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah memerlukan
perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak
tidak peka. Keupayaan pihak sekolah menangani isu keselamatan diri murid pergi
dan balik adalah terbatas. Oleh kerana terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik
sekolah, maka tatacara telah dirangka bagi tujuan ini.

Objektif
◆ Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai tatacara dan pentingnya
keselamatan semasa pergi dan balik sekolah.
◆ Meningkatkan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang peraturan
penggunaan jalan raya.

Tatacara Murid
➢ Memastikan kenderaan yang dinaiki ke sekolah selamat.
➢ Mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan.
➢ Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam
perjalanan ke sekolah
➢ Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
➢ Tidak menumpang kenderaaan orang yang tidak dikenali.
➢ Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang
mencurigakan berlaku.

1
Tatacara Guru
➢ Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri.
➢ Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
➢ Merekodkan semua aduan.
➢ Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak yang berkenaan.
➢ Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat laporan di
kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan.
➢ Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan
pergi dan balik sekolah.
➢ Menyediakan tempat letak kenderaan yang sesuai dan selamat untuk
murid-murid.
➢ Menyediakan sistem lalu lintas dalam sekolah.
➢ Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaaan murid dengan kerjasama pihak
polis.
➢ Menyimpan dan mempamerkan nombor telefon pihak-pihak berkuasa untuk
berhubung jika berlaku sebarang kecemasan.
➢ Menyimpan rekod ibu bapa / penjaga murid-murid supaya mudah dihubungi
waktu kecemasan.

Tatacara Ibu Bapa


➢ Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
➢ Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
➢ Memastikan anak-anak pergi dan balik dalam kumpulan.
➢ Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik.
➢ Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak
dikenali.
➢ Memastikan anak-anak memiliki lesen memandu,insurans, cukai jalan dan
kenderaan dalam keadaan sempurna.
➢ Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah menghubungi pihak sekolah
sekiranya anak lewat balik.

2
Tatacara Pentadbir
➢ Memberi taklimat kepada guru, kaki tangan dan pelajar dengan cara
bermesyuarat, perhimpunan dan lain-lain.
➢ Menyebarkan risalah-risalah tentang keselamatan jalanraya atau menjemput
pihak polis untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya.
➢ Membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar dengan bantuan polis trafik serta
mengenakan tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan
dan undang-undang.
➢ Mengadakan pertandingan keselamatan jalan raya.
➢ Memastikan guru dan pengawas bertugas di pintu pagar dan sentiasa membuat
peraturan dari masa ke semasa.
➢ Menyediakan papan tanda amaran atau sebagainya secukupnya.

Tatacara Pejalan Kaki Melintas Jalan


➢ Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas.
➢ Hendaklah berdiri di atas kaki lima.
➢ Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan.
➢ Lihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas dan pastikan tiada kenderaan.
➢ Gunakan jejantas untuk menlintas jalan.
➢ Jangan beragurau-senda atau bermain-main dan sebagainya ketika di tepi jalan.

Berjalan Kaki Di Kawasan Awam


➢ Jika berjalan kaki di kawasan awam, gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
➢ Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
➢ Jangan jalan bergandingan.

Berjalan Kaki Pada Waktu Hujan


➢ Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
➢ Pakai baju hujan.
➢ Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat licin.
➢ Jangan bermain-main dalam hujan.
➢ Gunakan pakaian berwarna terang.
➢ Jika hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat yang selamat seperti pondok
atau bangunan dan jangan berteduh di bawah pokok.

3
Berjalan Kaki Di Tempat Sunyi / Semak
➢ Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
➢ Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahan kan diri.
➢ Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba
pertahankan diri/lari menyelamatkan diri.

Penggunaan Jejantas
➢ Gunakan sebelah kiri ketika naik atau turun jejantas.
➢ Jangan bergurau ketika menaiki tangga jejantas.
➢ Jangan bermain-main atau melepak di atas jejantas.
➢ Pastikan tidak keseorangan apabila menggunakan jejantas.

Tatacara Menggunakan Kenderaan Awam


➢ Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki.
➢ Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
➢ Berbaris dan tidak berebut-rebut semasa turun atau naik kenderaan awam.
➢ Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam
keadaan stabil.
➢ Jangan bergurau senda, bergaduh, bermain, melambai tangan keluar,
mengeluarkan atau menjengokkan kepada, mencampakkan barang keluar atau
lain-lain perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
➢ Sekiranya perlu menyeberang jalan, pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
➢ Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan tatacara Berlaku Kemalangan.

Tatacara Menggunakan Kenderaan Yang Dipandu Sendiri


➢ Memastikan kenderaan mempunyai insurans lengkap dengan cukai jalan dan
dalam keadaan sempurna.
➢ Mempunyai lesen memandu.
➢ Sentiasa memakai topi keledar/ tali pinggang keledar ketika memandu.
➢ Mematuhi peraturan di jalan raya.
➢ Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah.
➢ Sekiranya berlaku kemalangan, minta bantuan orang terdekat dan laporkan
segera kepad guru/guru bertugas/pentadbir.

4
Tatacara Menggunakan Basikal
➢ Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.
➢ Jangan membawa pembonceng.
➢ Jangan berlumba.
➢ Jangan bersaing-saing/bergandingan.
➢ Jangan bergurau senda.
➢ Setelah tiba di sekolah, ikut peraturan lalu lintas.

Tatacara Menggunakan Kenderaaan Yang Dipandu Ibu Bapa


➢ Berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat.
➢ Tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali waktu hujan.
➢ Berhati-hati ketika memandu di perkarangan sekolah.
➢ Dilarang menurunkan pelajar-pelajar di hadapan pintu pagar sekolah.
➢ Jangan menghalang laluan orang lain ketika menurunkan atau mengambil
anak-anak.

2.Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah


Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana persekitaran yang
kondusif yang mempunyai peraturan yang dapat membantu keselamatan semua. Ia
termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik di sekolah, kelas, bilik-bilik khas di
sekolah, tandas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan
sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.

Objektif
◆ Mewujudkan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga
sekolah.
◆ Bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan
kegunaannya.
◆ Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi dengan
baik.
◆ Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan
baik.

Tatacara Murid
➢ Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan.
➢ Menjauhi kawasan yang berbahaya.
➢ Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau yang membahayakan.

5
➢ Ikut peraturan dan cara penggunaan peralatan yang digunakan dengan betul.
➢ Dapatkan khidmat nasihat guru untuk menggunakan sesuatu peralatan.

Tatacara Guru
➢ Memaparkan dengan jelas peraturan yang telah dibuat di semua bilik khas.
➢ Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid.
➢ Menerima laporan kerosakan.
➢ Meletakkan papan tanda atau label di tempat-tempat yang berbahaya dan tidak
selamat.
➢ Mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak pengurusan.
➢ Memeriksa premis dan alatan dari semasa ke semasa.
➢ Buat laporan jika berlaku kemalangan.

Tatacara Ibu Bapa


➢ Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.
➢ Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakan kepakaran yang
ada.
➢ Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
➢ Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri.

3.Keselamatan Pendawaian Dan Peralatan Elektrik


Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa jua keadaan, ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan
peralatan elektrik di dalam kawasan sekolah.

Objektif
◆ Mewujudkan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga
sekolah.
◆ Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan
baik.
◆ Memastikan semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang
disediakan apabila melibatkan keselamatan diri pelajar dan kakitangan sekolah
semasa menggunakan peralatan elektrik.

6
Tatacara Murid
➢ Laporkan dengan kadar segera kepada pentadbir, guru / pekerja.
➢ Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
➢ Jangan cuba baiki/ menyentuh alatan elektrik yang terdedah dan berbahaya.
➢ Memaklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut sebagai
kawasan larangan sementara.
➢ Jangan hampiri tempat yang berlabel atau bertanda “BAHAYA AWAS”
➢ Patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetap dan dikeluarkan.

Tatacara Guru
➢ Melaporkan kepada pihak pentadbir supaya mengambil tindakan yang segera
untuk membaiki peralatan tersbut.
➢ Kalau perlu pindahkan murid-murid ke tempat lain / lebih selamat.
➢ Pemeriksaan berkala perlu dilakukan dan diperbaiki setiap 10 tahun sekali oleh
pihak pentadbir.
➢ Memaklumkan dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut kawasan
larangan.
➢ Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan.
➢ Jika berlaku kemalangan, patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan.

Tatacara Pemeriksaan Pendawaian Dan Peralatan Elektrik Pemeriksaan


➢ Guru-guru / Kakitangan dan murid-murid hendaklah mengetahui kedudukan suis
utama dan suis utama jangan terlindung.
➢ Pastikan semua peralatan elektrik yang memerlukan “earthing” disambung
dengan wayar bumi.
➢ Punca elektrik khususnya di makmal / bengkel hendaklah berkeadaan baik.
➢ Baiki dan ganti pendawaian dan alatan elektrik dengan segera.
➢ Elakkan penggunaan penyesuai untuk pelbagai jenis peralatan.
➢ Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil semasa bekerja dengan litar elektrik.
➢ Apabila bekerja pada papan suis hendaklah berdiri di atas tikar getah.
➢ Jangan menyambung peralatan elektrik kepada kuasanya apabila berdiri di atas
lantai lembab atau basah.
➢ Pastikan tangan adalah kering.
➢ Semua sambungan kepada radas-radas hendaklah dibuat sebelum memasang
plug kepada alir keluar kuasa elektrik ( power outlet ).
➢ Pastikan semua alat-alat ditebat dengan baik.

7
➢ Pastikan kuasa elektrik dimatikan sebelum menukar sambungan atau menyentuh
mana-mana kelengkapan elektrik.
➢ Litar ujikaji mesti diperiksa oleh guru sebelum arus elektrik dialirkan.
➢ Jangan memakai benda-benda logam semasa bekerja pada litar elektrik.
➢ Jaga punca-punca elektrik yang terbuka supaya ditutup atau dipitakan.
➢ Tentukan bahwa suis itu berada pada kedudukan “OFF” apabila memasang
peralatan pada alir keluar.
➢ Jangan paku dinding, di dalamnya kemungkinan ada pendawaian elektrik.
➢ Semua warga sekolah hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak
tertentu sekiranya terdapat pendawaian / peralatan elektrik yang rosak.
➢ Tatacara kerja menggunakan peralatan elektrik serta keselamatan yang perlu
diambil hendaklah dipamerkan di tempat-tempat belajar, seperti makmal dan
bengkel.
➢ Poster-poster dan gambarajah keselamatan hendaklah digantung di tempat yang
sesuai.
➢ Jika berlaku kejutan elektrik, matikan suis utama / punca elektrik dengan segera
SEBELUM menolong si mangsa.

4. Polisi Keselamatan Di Padang Dan Gelangang


Keselamatan pelajar di padang atau gelanggang didefinisikan sebagai kemalangan
sifar di mana pelajar atau pengguna akan selamat semasa di padang atau
gelanggang; ketika menggunakan alatan dan menjalankan aktiviti-aktiviti di sini
dengan mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

Objektif
◆ Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan
padang atau gelanggang.
◆ Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan
alatan semasa di padang atau gelanggang.
◆ Memastikan alatan, padang dan gelanggang boleh berfungsi dengan baik.
◆ Memastikan semua penglibatan pelajar/pengguna di padang atau gelanggang
dengan kebenaaran guru yang diberi tanggungjawab.
◆ Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar/pengguna bagi
memastikan kemalangan sifar.

8
Tatacara Am
➢ Menyediakan notis atau label.
➢ Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan.
➢ Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan.
➢ Mengetahui bantuan /latihan kecemasan.
➢ Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan.
➢ Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.

Tatacara Murid
➢ Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang.
➢ Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru.
➢ Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit.
➢ Menjaga alatan yang digunakan dengan baik.
➢ Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang
disediakan.
➢ Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta
kemalangan kepada guru.
➢ Mematuhi semua arahan guru.
➢ Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau
➢ gelanggang.
➢ Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan
dalaman.
➢ Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa.

Tatacara Guru
➢ Memastikan padanag dan gelanggang selamat digunakan.
➢ Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya menjaga
keselamatan diri di padang dan gelanggang.
➢ Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang
berisiko.
➢ Merekodkan penggunaan peralatan sukan.
➢ Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa.
➢ Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati
membahayakan pelajar /pengguna.
➢ Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko.
➢ Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan
yang berisiko.

9
➢ Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian
guru.
➢ Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan.
➢ Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.

Tatacara Ibu Bapa


➢ Membuat aku janji untuk memberi kebenaran dan menanggung risiko.
➢ Memaklumkan keadaan kesihatan anak jagaan kepada pihak sekolah.
➢ Melengkapkan kemudahan pakaian dan peralatan sukan anak jagaan.
➢ Memberi sumbangan sokongan untuk mempertingkatkan sukan dari segi tenaga,
kewangan, moral dan lain-lain.
➢ Menasihati anak tentang disiplin dan menjaga keselamatan ketika menjalankan
aktiviti sukan.
➢ Memberi sokongan dan dorongan kepada anak untuk aktif dalam aktiviti sukan.

Tatacara Pentadbir
➢ Memastikan segala peraturan keselamatan padang dan gelanggan yang
disediakan dipatuhi.
➢ Memantau keadaan keselamatan padang dan gelanggang.
➢ Sentiasa peka dan prihatin terhadap keselamatan padang dan gelanggang.
➢ Memaklumkan kepada awam supaya tidak mengganggu semasa aktiviti
dijalankan.
➢ Mendapatkan bantuan kawalan keselamatan semasa majlis sukan atau
kejohanan diadakan.

Standard Pengoperasian (Skpmg2)


Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan
berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah.

Kurikulum
❖ Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
❖ Pengurusan Mata Pelajaran
❖ Pengurusan Masa Instruksional
❖ Pengurusan Penilaian Murid

10
Kokurikulum
❖ Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
❖ Pengurusan Kelab / Persatuan
❖ Pengurusan Badan Beruniform
❖ Pengurusan Sukan / Permainan
❖ Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
❖ Pengurusan Sukan Untuk Semua
❖ Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid


❖ Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
❖ Pengurusan Disiplin Murid
❖ Pengurusan Keselamatan Murid
❖ Pengurusan Kesihatan Murid
❖ Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
❖ Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah


Langkah-langkah berikut hendaklah diambil oleh pihak pengurusan sekolah dalam
mengurus keselamatan diri murid serta warga sekolah keseluruhannya iaitu:

◆ Jawatankuasa Keselamatan Sekolah serta PIBG perlu memainkan peranan


dalam menjamin keselamatan murid.
◆ Utamakan keselamatan diri murid sentiasa didalam dan luar bilik darjah
◆ Maklumkan kepada ibubapa atau penjaga tentang jadual waktu dan aktiviti
sekolah dan sebarang perubahan.
◆ Sistem kawalan dan rekod keluar-masuk orang luar ke dalam kawasan sekolah
perlu diperkemaskan.
◆ Kawasan sekolah yang terselindung,tersembunyi dan gelap diawasi dengan
kerap dan dijadikan kawasan larangan
◆ Mempamerkan poster atau peraturan keselamatan murid di sekolah .
◆ Sentiasa menggalakkan murid agar sentiasa berkumpulan semasa pergi-balik
sekolah dan tidak berseorangan terutamanya di tempat yang sunyi dan
terselindung.
◆ Peraturan keselamatan dijadikan sebahagian peraturan sekolah yang perlu
difahami dan dipatuhi semua serta dilaksanakan secara tegas dan berterusan.

11
1.4 Pendekatan Pendidikan Kesihatan Dari Aspek Teori Pendidikan
1.4.1 Teori Tingkah Laku @ Environmentalis (Behavioralist Theory)
◆ mengkaji tentang tingkah laku manusia
◆ menekankan kepada pentingnya penukuhan menerusi ganjaran atau insentif
untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia
melakukan sesuatu termasuk bagaimana murid belajar.
◆ Skinner mengunakan pendekatan programmed instruction iaitu menggunakan
peneguhan positif dan negatif bagi menggalakkan seseorang bertindak
dengan berkesan.

Contoh:
memberitahu murid-murid mengenai bahayanya bermain dan berkejar-kejaran di
dalam stor sukan. Maka apabila terdapat murid yang bermain di stor sukan, guru
seharusnya mengambil tindakan terhadap murid tersebut dengan menghukum
mereka berdiri semasa pengajaran di dalam kelas. Hal ini akan menyebabkan murid
tersebut tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Manakala bagi murid yang tidak
bermain di dalam stor sukan itu, guru seharusnya memberikan peneguhan positif
kepada mereka seperti memuji dan memberikan hadiah. Kesimpulannya, Teori
Pengajaran Tingkah Laku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkah laku
seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal.

1.4.2 Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Developmental Theory)


◆ Kognitif Jean Piaget proses memperolehi ilmu secara menaakul ataupun
pemikiran melalui deria.
◆ manusia memilih.mengamal,memberi perhatian,menghindar atau merenung
kembali dan membuat keputusan tentenag peristiwa yang berlaku dalam
persekitaran untuk mencapai matlamat dengan tepat.
◆ Kognitif Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa sesuatu mata pelajaran
dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan
tahap-tahap perkembangan murid-murid serta untuk menjadikan aktiviti
pengajaran dapat disampaikan dengan efektif
◆ menunjukkan bahan-bahan mengajar yang sesuai supaya murid tersebut dapat
mencontohi dan mempelajari bahan itu sesuai dengan tahap kemajuan mereka
sendiri

12
Contoh:
semasa pengajaran di dalam kelas, guru boleh menayangkan video tentang kesan
bermain dengan alatan tajam seperti pisau, gunting dan sebagainya dan pada akhir
pengajaran, guru akan
mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid untuk mengetahui sama ada
mereka memahami mahupun sebaliknya tentang video tersebut. Sekiranya
murid-murid dapat memahami tentang maksud video tersebut, mereka tidak akan
bermain dengan alat-alat tajam tersebut. Ha ini adalah amat penting untuk guru
menunjukkan tentang kesan bermain tersebut demi keselamatan anak-anak murid
sama ada semasa di bilik darjah, luar bilik darjah mahupun rumah mereka sendiri.

1.4.3 Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory)


◆ memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh
persekitaran melalui peneguhan, cara memandang dan cara berfikir yang kita
miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya
◆ menekankan pembelajaran dan pengajaran di kelas melalui proses permodelan
iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan
Contoh:
⚫ untuk aktiviti memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita haruslah
membawa anak murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak
bagaimana cara melakukannya dengan betul dan selamat. Perhatian mereka
akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan
itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
⚫ aspek mengingat, guru-guru harus menunjukkan murid-murid langkah-langkah
untuk memasukkan benang ke lubang jarum dengan secara berperingkat supaya
anak murid dapat mengingati langkah tersebut.
⚫ proses reproduksi, anak murid haruslah berupaya melakukan semula
langkah-langkah yang selamat untuk memasukkan benang dan cara untuk
memegang jarum dengan selamat dan memerlukan kekerapan dalam latihan
supaya dapat diingat
⚫ proses peneguhan ataupun motivasi memainkan beberapa peranan dalam
pembelajaran pemerhatian dan proses ini adalah sangat penting untuk
mengekalkan pembelajaran di dalam kelas.

13
1.4.4 Teori Sistem Ekologikal (Ecological Systems Theory)
◆ teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan
individu dan menjelaskan bahawa perkembangan kanakkanak adalah sebagai
hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut
◆ interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran mereka dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
tersebut
◆ 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu
mikrosistem,mesosistem,eksosistem,kronosistem
Contoh:
memberikan panduan dan tunjuk ajar yang betul dalam menggunakan kemudahan
teknologi ini dengan menerangkan dengan lebih terperinci kesan dan akibat yang
boleh mengundang jika menggunakannya kepada perkara yang negatif seperti
wujudkan suasana kurang dalam bersosial dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

14
TOPIK 2
PENDIDIKAN KESELAMATAN DIRI

2.0 Pengenalan
Pendidikan Keselamatan merupakan satu proses mendidik masyarakat untuk
menghindari kemalangan dalam pelbagai situasi. Keselamatan diri boleh didefinisikan
sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang untuk melindungi diri daripada mendapat
kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara
yang boleh mengancam dirinya dan di sekitarnya.

2.1 Aplikasi Keselamatan diri melalui 6C


2.1.1 Persekitaran
Persekitaran merangkumi beberapa kawasan yang sering dikunjungi atau di duduki
oleh manusia. Antara kawasan persekitaran ialah:

A. Rumah
Rumah merupakan kediaman yang menjadi tempat tinggal. Terdapat juga
bahagian-bahagian dalam rumah yang sering menjadi tempat kemalangan. Kawasan
kemalangan yang sering berlaku kemalangan dalam rumah ialah:
• Bilik Mandi
➢Awasi anak-anak terutamanya yang masih kecil semasa mandi sama
ada di dalam tub mandi ataupun menggunakan air dalam baldi.
Kemalangan seperti lemas berpotensi berlaku apabila adanya
takungan air yang banyak.
➢Lantai yang licin dan juga tub mandi boleh menyebabkan seseorang
tergelincir dan terjatuh.
• Halaman Rumah
➢Kebiasaan halaman rumah terdedah dengan binatang-binatang
terutamanya binatang berbisa seperti ular, lipan dan juga serangga
berbisa.
➢Selain itu, bahan kimia yang dikenakan kepada pokok juga menjadi
bahaya kepada kanak-kanak yang terdedah apabila mereka
memegang pada pokok yang dikenakan racun.
➢Peralatan berkebun juga mestilah disimpan dalam keadaan yang baik
bagi
mengelakkan sebarang kemalangan berlaku

15
• Dapur
➢Bahagian ini yang selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang
berpunca dari peralatan dalam dapur.
➢Antara perkara-perkara yang perlu di awasi ialah seperti minyak masak
yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan juga pisau boleh
mewujudkan persekitaran yang sangat merbahaya bagi kanak-kanak
• Tangga
➢Ini merupakan tempat yang boleh dikatakan paling bahaya di dalam
rumah yang bertingkat.
➢Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil,
pintu kecil perlu dipasang untuk keselamatan.
➢Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga
kerana ini boleh menyebabkan seseorang tersebut jatuh.

B. Kawasan rekreasi
Kawasan rekreasi ialah kawasan untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan,
yang boleh menyegarkan tubuh badan dan melapangkan fikiran seperti beristirehat
serta riadah. Contoh kawasan-kawasan rekreasi ialah:
• Taman Permainan
➢Skru/Pepaku
Risiko yang berkaitan dengan skru/pepaku ialah seperti tersangkut
pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tersadung yang boleh
mengakibatkan luka pada badan dan mata
➢Pengawasan kanak-kanak
Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan, untuk
memerhatikan tingkah laku seperti tolak-menolak atau penggunaan
peralatan yang tidak sesuai digunakan
➢Struktur alat permainan
Memastikan alatan yang digunakan tidak tajam dan tiada bucu bagi
mengelakkan kecederaan. Bahagian alatan yang berbucu mestilah
ditutup dengan sesuatu

• Pergunungan
➢Kesihatan
Pastikan diri tiada masalah kesihatan fizikal seperti masalah jantung,
kecederaan kaki dan mempunyai mental yang baik dan kuat

16
➢Menggunakan pakaian yang sesuai
Berkasut dan memakai pakaian yang ringan dan bersesuaian bagi
memudahkan pendakian dan pergerakan
➢Iklim atau cuaca
Rancang pendakian berdasarkan cuaca bagi mengelakkan masalah
seperti jalan licin sekiranya hujan dan jarak pandangan terbatas

• Air terjun/ Sungai/ Pantai


➢Sentiasa menggunakan jaket keselamatan atau pelampung sekiranya
tidak pandai berenang
➢Mengetahui kedalaman air
➢Berhati-hati ketika melakukan aktiviti dalam air

C. Kawasan Larangan
Kawasan larangan merupakan kawasan yang tidak membenarkan sesiapa masuk
atau mengambil gambar, kawasan larangan merokok, kawasan larangan mengambil
gambar dan sebagainya. Kebanyakan kawasan larangan mempunyai sebab
tersendiri berbuat demikian. Terutamanya bagi memastikan keamanan,
kesejahteraan dan keselamatan. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan di
kawasan larangan ialah:
• Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan atau arahan yang telah diberikan
semasa berada di kawasan larangan
• Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti mengambil gambar
atau video
• Jangan menyentuh barangan di kawasan larangan
• Tidak makan dan minum di kawasan terlarang

D. Keselamatan Di Jalan Raya


Jalan raya merupakan laluan utama bagi kenderaan seperti kereta, motor, lori dan
sebagainya. Penunggang motosikal merupakan pengguna yang paling ramai
mengalami kemalangan jalan raya.
• Pemandu Kereta
➢ Memastikan kereta dalam keadaan baik
➢ Pakai tali pinggang keselamatan dan gunakan tempat duduk khas
kanak-kanak sekiranya bawa kanak-kanak.

17
• Pejalan Kaki
➢Jangan berlari dan bermain-main semasa ingin melintas
➢Gunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas untuk melintas
➢Memakai pakaian yang cerah agar dapat dilihat dari jauh oleh
pemadu-pemandu di atas jalan raya
• Penunggang motosikal
➢Memakai topi keledar yang bersesuaian dengan saiz kepala dan
berkualiti.
➢Memakai jaket pantul cahaya jika menunggang motosikal pada waktu
malam
➢Gunakan laluan motosikal
• Pengguna bas
➢Tunggu bas di tempat perhentian bas dan jangan menghampiri jalan
raya untuk menunggu bas
➢Tunggu bas betul-betul berhenti semasa hendak manaiki atau turun dari
bas
➢Tidak berdiri di bahagian belakang bas

2.1.2 Gejala Sosial


A. Keselamatan sosial (Alam Siber)
Alam siber merupakan alam digital dengan penggunaan internet sebagai alat
komunikasi dan menyimpan pelbagai data dan informasi. Alam siber boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
• Privasi
➢Penggunaan wifi terbuka dan telefon pintar yang disambungkan ke
rangkaian yang tidak selamat akan menyebabkan orang lain dapat
mengakses maklumat peribadi.
• Ketagihan Internet
➢Permainan dalam internet merupakan salah satu punca ketagihan.
Waktu yang dihabiskan untuk permainan Internet yang berlebihan
sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara
normal dalam aktiviti harian.
• Pembulian Siber
➢Gangguan yang berterusan dalam bentuk penghinaan yang dilakukan
dalam alam siber
➢Menimbulkan tekanan kepada mangsa

18
➢Mangsa buli yang tidak mendapat bantuan atau galakan boleh terdorong
untuk mencederakan diri sehingga membunuh diri
• Penggodam/Hacking
➢ Dilakukan oleh yang ada bakat dan pengetahuan dalam IT.
➢ Bakat dan pengetahuan disalah guna untuk melakukan penggodaman
dengan tujuan seperti mencuri wang dalam akaun bank dan mengakses
akaun sosial media

Cara-cara Menjaga Keselamatan Sosial


• Gunakan kata laluan yang kreatif (huruf, nombor dan simbol)
• Elak berkongsi kata laluan dengan sesiapa
• Lengkapkan computer dan gajet dengan perisian keselamatan terkini seperti
anti-virus dan anti-spyware
• Elakkan daripada terus mempercayai kandungan laman web, blog, e-mel
yang diragui atau daripada orang yang tidak dikenali
• Elakkan berkongsi maklumat peribadi dan maklumat berkaitan tugas rasmi di
internet dan media sosial
• Jangan klik pada e-mel, pautan atau lampiran yang mencurigakan

B. Perhubungan Sosial
Hubungan sosial terjalin apabila seorang individu dengan individu lain saling
meluangkan masa bersama. Hubungan sosial adalah interaksi sosial antara
seseorang dengan orang lain, dan saling bertukar informasi dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain.

Ciri-ciri dari hubungan sosial


• Memiliki maksud dan tujuan yang jelas
Setiap perhubungan yang terjalin pasti ada maksud dan tujuan yang jelas.
Sebagai contoh, Alia mendekati Siti kerana Siti merupakan pelajar terbaik dan
ingin mempelajari sesuatu daripadanya

• Dilakukan oleh lebih dari satu individu


Minimum bagi satu perhubungan ialah melibatkan dua individu bagi membentuk
komunikasi. Setiap individu memainkan peranan sama ada bercerita atau
pendengar

19
Jenis hubungan sosial
• Sosial Asosiatif
➢ Kerjasama
➢ Akomodasi
➢ Akulturasi
• Sosial Disosiatif
➢ Persaingan
➢ Kontroversi
➢ Konflik

Kesan buruk perhubungan sosial yang tidak baik


• Pengambilan Bahan Terlarang
Hal ini terjadi disebabkan pengaruh buruk rakan sebaya serta mempunyai
keinginan mencuba yang terlalu tinggi. Contohnya seperti dadah.
• Pergaulan Bebas
Hubungan antara lelaki dan perempuan yang tiada batas boleh menyebabkan
perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya ‘sexual harassment’

C. Penyalahgunaan Bahan
Menyalahgunakan bahan bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan
ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.
Perbuatan menyalahgunakan bahan adalah salah dari segi agama dan
undang-undang.

Faktor-faktor yang mendorong penyalahgunaan bahan


• Diri sendiri
• Persekitaran
• Masyarakat
• Pengaruh rakan sebaya
• Ibu bapa
• Tekanan yang dihadapi
Contoh bahan yang disalahgunakan
• Dadah
• Rokok
• Vape
• Minuman beralkohol

20
Kesan buruk penyalahgunaan bahan
• Menyebabkan ketagihan
• Berhalusinasi
• Hilang minat terhadap tanggungjawab
• Mementingkan keseronokan
• Sukar untuk fokus
• Merosakkan kesihatan tubuh

21
TAJUK 3
ISU-ISU TERKINI PENDIDIKAN KESELAMATAN

3.0 Pengenalan
Penderaan adalah satu pencabulan atau pelanggaran hak kremaja untuk terus
membesar dan berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah. Disamping itu ia
mengakibatkan remaja menjadi lebih berisiko dalam kehidupan seterusnya.
Penderaan ini mungkin berlaku secara fizikal, emosi atau seksual. Pengabaian sering
terjadi terhadap remaja atas kurang kepekaan dalam memberi perhatian pada setiap
gerak-geri mereka yang boleh mengundang kepada kesan buruk yang boleh
membawa kemudaratan.

3.1 Penderaan Dan Pengabaian


3.1.1 Bayi/ Kanak-Kanak
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang
dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun.

Jenis Penderaan
1) Penderaan Fizikal
-tumbukan,tamparan,sepakan,gigitan
2) Penderaan Seksual
-aktiviti yang mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau
remaja
-memaksa kanak-kanak terlibar dalam aktiviti seksual
3) Penderaan Emosi
-Kasmini (1998) satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan
perlindungan minda sehingga seseorang terganggu untuk jangka masa yang lama
atau singkat berdasarkan trauma yang berlaku
-Contoh: ibu bapa gagal memberi kasih saying dan penjagaan secara berterusan
4) Pengabaian
-Apa-apa perbuatan atau kegagalan yang berlaku pada bahagian ibu bapa atau
penjaga yang membayangkan risiko membahayakan kanak-kanak yang serius.

22
3.1.2 Remaja
Awal (10-14 tahun) , Tengah (15-17 tahun) , Akhir (18-19 tahun)
1. George Town, Penang (25 Ogos 2019) [ Harian Metro ]
- Pelajar 13 tahun meninggal dunia selepas ditemui tergantung dengan kain tuala di
bilik air rumahnya kira-kira jam 10:55 malam di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri
Relau.
- Bapa mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital
dan mangsa dikatakan muntah. Remaja kemudiannya, dibawa ke Hospital Pulau
Pinang dan disahkan meninggal dunia.
-Sebab kejadian: kurang berminat untuk belajar , prestasi pelajaran lemah dan kerja
sekolah yang terlalu banyak.
-Pada Hari Ibu Mei yang lalu, mangsa sempat menulis sepucuk surat yang
meluahkan perasaan saying dan terima kasih kepada ibunya.

2. Bukit Beruntung, Rawang (12 Mei 2021) Facebook


- Pelajar dibantai separuh mati
-Kes buli disebabkan salah faham dan pelaku ingin menunjukkan diri mereka hebat
sehingga bertindak ganas terhadap pelajar yang lemah

3.1.3 DEWASA
Awal (20-30 tahun) , Tengah (30-60 tahun)
1. Kes penipuan dalam talian di Negeri Sembilan
- Meningkat kepada 2,170 kes sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dari 13 Mac 2020 hingga 30 Jun tahun ini berbanding 1,424 kes bagi tempoh
sama tahun sebelumnya.

23
◆ Sebanyak 12,092 kes jenayah kewangan penipuan dalam talian dengan nilai
kerugian RM414.8 juta dilaporkan sejak Januari hingga Julai tahun ini.
◆ Dalam tempoh 2019 hingga Julai 2022, sebanyak 33,147 suspek kes penipuan
jenayah siber ditangkap dengan 22,196 kes berjaya dituduh di mahkamah.
sebanyak 33,147 suspek kes penipuan jenayah siber ditangkap dengan 22,196
kes berjaya dituduh di mahkamah.
◆ Kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi dan kreatif dalam
menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi yang baharu selain
kesedaran masyarakat mengenai jenayah itu yang berada pada tahap sederhana,
dikenal pasti antara punca peningkatan kes jenayah

2. Julai 2012, seorang wanita Bernama Tan Kim Chuan, 60 tahun telah menjadi
mangsa ragut dua penunggang motosikal di Pulai Pinang dan disahkan meninggal
dunia. Beliau terbaring di tengah jalan tanpa dihiraukan penduduk yang lalu-lalang
sekitar jam 6 pagi pada hari tersebut.

3. Pada 8 julai 2012, Tang Mui Choo,35 tahun yang bekerja sebagai kerani akaun
koma dan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas 23 jam bertarung dengan maut
akibat cedera parah diragut.

3.1.4 Warga Emas


Perkara paling merbahaya yang boleh mengancam mobilitiseorang warga emas ialah
terjatuh. Kejatuhan boleh mengakibatkan patah tulang, lebam dan rasa takut
yangberterusan kerana khuatir kejadian akan berulang. Tulangwarga emas mudah
patah berbanding orang muda, disamping mengambil masa yang lama untuk sembuh,
tetapi mungkin tidak sepenuhnya.

Faktor kemalangan warga emas


-Pencahayaan
-Permukaan yang licin
-Kurang tempat memegang
-Kekuatan
- Masalah pendengaraan

24
Buli
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, buli ialah perbuatan mendera atau
mempermainkan seseorang biasanya orang yang lemah dengan tujuan menggertak
atau menakutkan individu tersebut bagi menyesuaikan diri dengan suasana baharu.
Terdapat pelbagai jenis buli yang memberi kesan kepada fizikal mahupun mental
seseorang.
-Buli fizikal esktrem
-Buli psikologi

Punca
-Tekanan/desakan rakan sebaya untuk Bersama-sama membuli
-Ingin membalas dendam
-Mendapat kepuasan yang paling optima melihat kesengsaraan yang dialami oleh
orang lain

Kesan
-Kehadiran merosot disebabkan kerap ponteng sekolah
-Gangguan emosi
-Wujud perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri

Gangsterisme
-Aktiviti bersifat jenayah yang dijalankan oleh individua tau sekumoulan individu yang
bermula dari sekolah seperti mengasari guru, pergaduhan kongsi gelap, ponteng
kelas dan lain-lain lagi.
-Gangsterisme dan buli ialah bersifat delikuen.

Punca
-Kurang kasih saying dan perhatian ibu bapa
-Faktor persekitaran
-Pengaruh rakan sebaya

Kesan
-Suasana di sekolah menjadi tidak selamat
-Sekolah menjadi pusat aktiviti gang
-Merosakkan harta benda sekolah

25
Jenayah Samun
-Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di teempat awam atau di premis terutamanya
golongan wanita dan warga emas

Punca
-Pengangguran
-Kehadiran ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
-Pengaruh dadah

Kesan
-Menjejaskan industry pelancongan
-Kerugian harta benda
-Menjejaskan ekonomi penduduk

26
TAJUK 4
TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI TERHADAP
KESELAMATAN

4.0 Pengenalan
Keselamatan merupakan satu keadaan atau persekitaran yang selamat sejahtera,
harmonis, dan kurang risiko semasa aktiviti harian atau aktiviti anjuran sekolah
dilaksanakan agar terhindar daripada sebarang gangguan dan kemalangan. Oleh itu
ia akan membawa kepada persekitaran yang selamat kepada warga di sekolah dan
tiada gangguan berlaku kepada mereka dari mana-mana pihak.Oleh yang demikian,
seorang guru haruslah bertanggungjawab atau merujuk kepada rasa tanggungjawab
kepada seseorang atau rasa bertanggungjawab terhdap sesuatu yang lebih dikenali
sebagai akauntabiliti. Konsep akauntabiliti ini adalah satu cara untuk memberikan
jawapan atau penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka
yag berhak untuk mendapat penjelasan.

PENTADBIR : Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan


ketulusan,mudah dihubungi,menggunakan piawai disiplin yg adil,pengharapan yg
tinggi terhdap tingkah laku para pelajar dan kakitangan, inovatif, mengadakan Latihan
dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar
menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik.

4.1 Pentadbir
Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketulusan,mudah
dihubungi,menggunakan piawai disiplin yg adil,pengharapan yg tinggi terhdap tingkah
laku para pelajar dan kakitangan, inovatif, mengadakan Latihan dalam perkhidmatan
dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan
menghapuskan konflik.

4.1.1 Kawalan Bahan Bahaya


1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja iaitu
para guru dan kakitangan sekolah
2. Melindungi orang lain iaitu para pelajar daripada aktiviti mereka yang bekerja
(guru dan kakitangan sekolah)
3. Mengadakan persekitaran kerja (pejabat, makmal, bilik darjah, kantin, tandas,

27
asrama, padang dll) yang bersesuaian dengan kehendak psikologi dan fisiologi
mereka yang bekerja (guru, kakitangan dan para pelejar)
4. Mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan menyeronokan dengan
mengurangkan amalan dan keadaan yang kurang selamat
5. Tingkat kefahaman mengenai KKP (OSH) kepada guru dan bukan guru
6. Meningkatkan tahap kesedaran KKP dikalangan pihak terlibat termasuk Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), pengurusan sekolah, kakitangan dan guru-guru yang
telibat

4.1.2 Laporan Kemalangan


1. Pelajar cedera parah akibat letupan (Berita Harian 20/10/1999)
2. Murid cedera ditimpa kipas (Utusan Malaysia 18/6/2003)
3. Pelajar cedera jatuh bangunan (7/8/2003)
4. 19 orang pelajar cedera akibat paip gas makmal di sekolah meletup (Utusan
Malaysia (2/7/2004)
5. Sejumlah murid dilanggar oleh kereta dalam kawasan sekolah di Kepala Batas, P.
Pinang. Guru mati terjatuh akibat terpijak lantai reput (Utusan Malaysia
12/09/2005)
6. Murid mati ditimpa tiang gol.

28
4.1.3 Penyiasatan Kemalangan
1. Aduan atau laporan yang diterima oleh Unit Persekitaran,Keselamatan dan
Kesihatan murid akan dipanjangkan kpd jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan murid sekolah.
2. Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan murid sekolah akan menjalakan
siataan berhubung kejadian/aduan tersebut sebaik sahaja menerima aduan atau
laporan tersebut dan seterusnya Langkah susulan serta Tindakan akan diambil.
3. Ahli jawtaankuasa keselamatan dan kesihatan murid sekolah juga akan
mengambil gamba0gambar dan bahan-bahan bukti di tempat kejadian untuk
dikaji.
4. Maklumat serta keterangan daripada mangsa kemalangan,saksi
kemalangan,pentadbir atau mereka yang berkenaan akan diambil dan diisi ke
dalam boring laporan kemalangan.

4.1.4 Laporan Pemeriksaan Keselamatan


1. Hasil penyiasatan kemudian akan dilaporkan dan dibincangkan pada mesyuarat
jawatankuasa keslematan dan kesihatan murid yang akan dating untuk Tindakan
selanjutnya/sebagai maklumat dan Tindakan seterusnya oleh ahli jawatankuasa
keselamtan dan kesihatan murid dan pihak dari bahagian atau unit yang terlibat.
2. Laporan seterusnya akan dihantar kepada jawatankuasa keselamtan dan
kesihatan murid di sekolah terssebut serta guru besar.
3. Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara
memerhati dan menilai sejauh mana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah
sekolah bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan warganya
beradapada tahap yang dikehendaki.
4. Mendapatkan data-data pentadbiran di sekolah yang dilawati.
5. Menjalankan penilaian secara kuantitatif dalam memastikan aspek keselesaan
warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakandalam borang
penilaian.
6. Menjalankan penilaian secara kualitatif dalam memastikan aspek keselamatan
dan kesihatan warga sekolah dipatuhi berdasarkan format yang disediakan dalam
borang penilaian.
7. Mengemukakan nasihat dan syor penambahbaikan atau pembetulan yangperlu
dilakukan oleh pihak sekolah.
8. Mempelajari prosedur-prosedur membuat laporan aktiviti pemeriksaanseko lah
untuk diserahkan kepada pihak atasan.
9. Memberi pendidikan kesihatan kepada semua warga sekolah termasuklah

29
guru-guru, kakitangan-kakitangan serta pelajar-pelajar amnya

4.2 Guru
4.2.1 Akauntabiliti Terhadap Keselamatan
1. Sentiasa mengingati pelajar agar berhati-hati semasa berada di Kawasan sekolah
dan diluar sekolah.
2. Memastikan persekitaran kondusif
3. Guru perlu sentiasa menegur pelajar yang membuat keslahan atau lakuan yang
tidak sepatutnya
4. Memastikan keselamatan murid Ketika di luar bilik darjah
5. Keprihatinan guru terhadap perubahan persekitaran dr segifizikal atau emosi
pelajar
6. Mengambil Tindakan segera bg memastikan keselamatan pelajar
7. Guru berbincang dlm kelas dan setiap program dalam menerapkan kesedaran
dan keselmatan di sekolah

4.2.2 Garis Panduan Pematuhan Standard Operasi Keselamatan


1. Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai
awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu
kenderaan untuk pulang di sebelah petangselepas sesi persekolahan perlu di
sediakan oleh pihak sekolah.
2. Membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan
seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka danselamat

30
3. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan
pelajar diantara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan
sistem kawalan terhadap khabarangin dalam kawasan sekolah
4. Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah,
mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko
berlakunyakemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau
pondok bacaan runtuh dansebagainya
5. menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada
Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk
guru-guru, pekerja.

31
TAJUK 5
PENGURUSAN KRISIS DALAM PENDIDIKAN
KESELAMATAN

5.0 Pengenalan
• Pengurusan krisis ialah proses di mana organisasi menangani kejadian yang
mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk membahayakan
organisasi atau pihak berkepentingan.
• Krisis adalah satu masalah besar yang muncul tiba-tiba (Lerbinger, 1997).

5.1 Prosedur Kecemasan


Prosedur kecemasan semasa kebakaran.
Sekiranya anda mendengar bunyi penggera kebakaran, yang perlu anda lakukan:

1. Berhenti melakukan apa sahaja kerja dengan serta-merta;


2. Matikan semua punca elektrik yang berdekatan dan cabutkan plug;
3. Kosongkan ruangan/bilik yang sedang diduduki;
4. Sekiranya anda berada di tingkat atas, bergerak ke tangga terhampir dan turun
ke aras bawah;
5. Cari pintu keluar selamat terhampir dan keluar daripada bangunan;
6. Bergerak ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.

Semasa dalam situasi cemas, sila:

1. Jangan panik, berlari atau menolak-nolak orang lain ketika keluar bangunan.
2. Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal.
3. Tidak menyorok di mana-mana ruangan di dalam bangunan.

5.2 Kesediaan Kecemasan


Kesediaan:
• Pasukan Bertindak Kecemasan ditubuhkan untuk setiap Zon
- satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku
kecemasan)

• Pengurusan Risiko Kebakaran


- Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di

32
tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah
keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang
kemungkinan berlakunya kebakaran :
- Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri
(mean of escape);
- Mengadakan pelan pengunsian bangunan;
- Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan;
- Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala;
- Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan;
- Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi;
- Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus;
- Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara
berkala

• Pelan Tindakan Keselamatan


- Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila
adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah
kemalangan. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan
tindakan kecemasan. Bersama ini juga disertakan link bagi dokumen yang
disediakan oleh Jawatankuasa Induk mengenai Standard Operating
Procedures (SOP) Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan Ketika
Kecemasan/Bencana bagi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (Zon Bahagian
Khidmat Pengurusan) khususnya.

5.3 Kebakaran
Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran
tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh jadi
sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan cidera atau
kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut
kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.

• Alat pemadam api


- Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api
dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi
setiap kelas api yang dapat dipadam

33
5.4 Banjir
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau
tempat luas yang biasanya kering

5.5 Kemalangan
Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan
tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku
melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak
selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu,
kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan
sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti
dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku.

5.6 Komunikasi dengan pihak berkuasa


-Menelefon talian kecemasan 999
-Memberi kerjasama dengan ahli bomba
-Memberi tahu bomba tentang butiran yang diketahui

5.7 Carta alir/ peta pergerakan semasa kecemasan

34
5.8 Pemantauan Dan Penambahbaikan
• Melihat kawasan sekolah dalam membuat anak panah untuk laluan
kecemasan
• Memastikan alat pemadam api tidak melepasi tarik luput dan menukur alat
pemadam api yang telah melepasi tarik luput dengan yang baharu.
• Pemastikan insfrastruktur di sekolah lengkap.

5.9 Organisasi Program keselamatan


5.9.1 Perancangan Program
Perancangan program keselamatan dilancarkan untuk memberi kesedaran tentang
aspek keselamatan agar dapat menjamin suasana pembelajaran berjalan dengan
baik.

5.9.2 Objektif/ Matlamat/ Rasional


Objektif
1. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan, kecemasan dan kemalangan
2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti- aktiviti.
3. Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan menyeronokkan. Memastikan hak
setiap individu dipertahan dan dijaga.
4. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5. Memujudkan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil

Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti.

Rasional
Dalam banyak kesan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan
fizikal, scaial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu
diwujudkan. .Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat
dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. Keupayaan dalam menangani
isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

35
5.9.3 Carta Organisasi

5.9.4 Jawatankuasa Kerja


Ketua Insiden
-Mengetuai keseluruhan operasi dan menghubungi pihak Bomba
Penolong Ketua Insiden
-Membantu dan memberi maklumat perkembangan operasi kepada Ketua Insiden

Ketua Pemadam Dan Penyelamat


- Jalankan penyelamatan dan pemadaman di peringkat awal
- Serahkan kepada pihak Bomba apabila pihak Bomba sampai
- Tinggalkan tempat kebakaran api tidak dapat dikawal

Pasukan Pengungsian
- Mengarahkan membuat pengungsian bangunan
- Memeriksa bangunan telah dikosongkan
- Membuat pemeriksaan baris di tempat berkumpul
- Melapurkan kepada Ketua Insiden

Ketua Juruteknik Pusat Kawalan


- Siap sedia di bilik kawalan
- Beri bantuan yang diperlukan oleh ketua Insiden
- Pastikan bekalan elektrik dimatikan
- Pastikan sistem penggerak kebakaran dan alat komunikasi berjalan dengan lancar

36
Ketua Panggilan Baris
- Memastikan semua anggota hadir apabila berkumpul
- Memeriksa kehadiran anggota yang ada
- Membantu Pasukan Pengungsian dalam kerja berkaitan

5.9.5 Pemantauan Dan Penambahbaikan


• Melihat kawasan sekolah dalam membuat anak panah untuk laluan
kecemasan
• Memastikan alat pemadam api tidak melepasi tarik luput dan menukur alat
pemadam api yang telah melepasi tarik luput dengan yang baharu.
• Pemastikan insfrastruktur di sekolah lengkap.

37
TAJUK 6
PENDIDIKAN KESELAMATAN DARI ASPEK
INFRASTRUKTUR

6.0 Pengenalan
- Keselamatan dapat didefinisikan sebagai kesejahteraan atau keamanan. Juga
dapat ditakrifkan sebagai keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial,
kewangan, politik san perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau
kejadian yang tidak diingini.
- Infrastruktur pula merujuk kepada kemudahan asas termasuk perkhidmatan,
pembangunan serta peralatan.
- Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaran fizikal bangunan
sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, tempat letak basikal, kantin,
padang, bilik darjah dan sebagainya.

6.1 Keselamatan dalam bangunan (INDOOR)- Makmal/ Bilik Darjah/ Kantin/


Kedai Buku/ Bilik-Bilik Khas/ Dewan/ Stor
Indoor atau dalam bangunan membawa maksud satu Kawasan atau tempat yang
berada di sesuatu tempat yang tertutup dan terlindung dari cahaya matahari.

1. Kantin
• Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan
yang rosak dibaiki.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat
- Ada guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi

• Langkah mencegah kebakaran


- Pastikan alat-alat dan pendawaian elektrik sentiasa dalam keadaan
sempurna.
- Urusan sambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletak jauh dari dapur masak.
Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar mestilah dilabelkan dan
ditutup dengan ketat.

38
- Murid-murid tidak dibenarkan masuk atau bermain di Kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
- Alat pemadam api hendaklah disediakan di Kawasan dapur:
i. diletakkan di tempat yang sesuai
ii. mencukupi
iii. berada dalam keadaan baik
iv. berfungsi dan disahkan oleh bomba.

• Langkah mencegah kecederaan


- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau berlari di kanti n.
- Bahan-bahan yang boleh menyebabkan kecederaan hendaklah diletakkan di
tempat yang sesuai dan selamat.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.
- Poster atau cogan kata keselamatan yang sesuai hendaklah ditampal di
tempat-tempat yang strategik.
- Bahan-bahan yang beracun hendaklah disimpan di luar kawaasan dapur dan
berasingan daripada tempat menyimpan makanan.

• Langkah-langkah mencegah renjatan atau kejutan elektrik


- Peralatan dan pendawaian elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan
sempurna dan selamat untuk digunakan.
- Sebarang sambungan elektrik hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak
berkenaan.
- Tangan hendaklah kering semasa mengendalikan peralatan dan suis elektrik.
- Pengetua hendaklah dimaklumkan secepat mungkin tentang sebarang
kerosakan elektrik.

• Alat-alat pertolongan cemas


- Sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap dengan bahan asas
pertolongan cemas hendaklah disediakan.
- Ciri-ciri pertolongan cemas:
I. Jenis yang bertutup.
II. Diperbuat daripada bahan yang licin.
III. Dicat putih luar dan dalam.
IV. Ditanda dengan terang perkataan “pertolongan cemas” atau symbol.

39
2. Keselamatan di bengkel
• Ruang
- Ruang kerja yang selesa perlu untuk memudahkan pergerakan murid semasa
menjalankan aktiviti. Kerusi dan meja perlu disusun dan diteratur.
- Keadaan tempat kerja sentiasa bersih dan selamat.
- Makmal atau bilik khas perlu mendapat cahaya yang cukup dan pengedaran
udara yang sempurna.
- Tempat mengendalikan enjin haruslah mendapat ruang udara yang baik.
- Kawasan larangan untuk mesin yang merbahaya seperti mesin gerudi dan
mesin

• Alatan dan bahan


- Semua alatan dan bahan hendaklah sentiasa tersusun serta diselenggarakan
dalam buku stok yang kemaskini.
- Hanya alatan yang berkenaan sahaja ditempatkan di meja kerja atau rak
khas.
- Alatan yang berat dan tajam diletakkan di paras yang rendah dan selamat.
- Tempat khas untuk menempatkan bahan yang bahaya seperti racun, serpihan
logam dan agen pencuci harus ada.

• Lengkapan
- Setiap makmal mesti ada peraturan keselamatan.
- Postr, ilustrasi dan peringatan tentang keselamatan mudah difahami,
diamalkan dan diletakkan di tempat yang terlindung.
- Tempat pembuangan sisa disediakna mengikut jenis.
- Pendawaian elektrik perlu berada dalam keadaan baik dan selamat.

6.1.1 Keselesaan Kawasan


• Keselesaan, kesesuaian, keluasan Kawasan
- Dilarang bising, bermain-main, bergurau dan mengganggu ketenteraman
kelas.
- Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam kelas
- Pastikan murid menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.

40
6.1.2 Kesesuaian Kawasan
• Keselesaan, kesesuaian, keluasan Kawasan
- Dilarang bising, bermain-main, bergurau dan mengganggu ketenteraman
kelas.
- Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam kelas
- Pastikan murid menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.

6.1.3 Keluasan Kawasan


• Keselesaan, kesesuaian, keluasan Kawasan
- Dilarang bising, bermain-main, bergurau dan mengganggu ketenteraman
kelas.
- Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam kelas
- Pastikan murid menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.

6.1.4 Aspek Keselamatan


- Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di
dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan.

6.1.5 Peralatan Dan Perabot


- Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.
- Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata
pelajaran yang berikutnya
- Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas
rehat serta sebelum balik.
- Tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam kelas tanpa
kebenaran guru.

6.1.6 Punca/ Sumber Elektrik


- Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan
yang basah.
- Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas,
suis dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan
segera.

41
6.1.7 Punca/ Sumber air
- Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang
basah.
- Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas,
suis dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan
segera.

6.1.8 Penyimpanan bahan berbahaya.


- Dilarang membawa marker dan cecair pemadam
- Dilarang membawa peralatan yang tajam seperti gunting, pisau dan sebagainya.
- Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, apabila menggunakan peralatan
yang berbahaya murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru.
- Murid dilarang bergurau senda semasa menggunakannya.

6.2 Di Luar Bangunan (Outdoor)- Dewan Terbuka/ Kawasan Perhimpunan/


Padang/ Gelanggang Permainan/ Kawasan Pembinaan Di sekolah/ Tempat
Letak Kereta/ BAsikal/ Motosikal
Infrastruktur di luar bangunan ialah kawasan yang meliputi luar bangunan (outdoor)
termasuklah dewan terbuka, kawasan pembinaan di sekolah, kawasan perhimpunan,
padang, gelanggang permainan dan tempat letak kereta/basikal/motorsikal.

1. Keselamatan Di Padang
- Beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.
- Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang berharga ke
padang untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.
- Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesuai
sahaja ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di
padang.
- Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
- Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti yang lasak serta
tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan.
- Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa
objek-objek seperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.
- Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pendidikan
jasmani,aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
- Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.

42
- Sila kembalikan dan susun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor Peralatan Sukan’
sekolah setelah digunakan.
- Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau
kecemasan untuk tindakan seterusnya.

2. Keselamatan Di Tempat Letak Kenderaan


• Mempunyai ruang yang cukup
• Ada garisan khusus untuk kenderaan
• Garisan bas dan kereta perlu berasingan
• Mempunyai papan tanda keselamatan

3. Keselamatan Di Taman Permainan


- Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
- Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
- Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan
diluar kawasan permainan yang disediakan.
- Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan
permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
- Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan
untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan
peralatan.
- Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam
atau bergeriji.
- Tiada tapak permukaan yang terbiar.
- Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.
- Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.
- Permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.
- Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.

6.2.1 Keselesaan Kawasan


- Memerlukan kawasan yang luas dan bagi memudahkan pelbagai aktiviti
dijalankan.
- Kawasan bebas dari bau asap-asapayal tercemar.
- Jauh dari kawasan lebuhraya atau tempat lalu-lalang kenderaan.

43
6.2.2 Kesesuaian Kawasan
• Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak-kanak.
• Peralatan mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak berkarat.
• Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau permukaan
yang kemik.
• Lubang pasir ditutup bagi menggelakkan daripada najis haiwan.
• Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan yang
ringan.
• Alat mainan tiada lubang antaryang boleh memerangkap kepala kanak2.
• Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan bahan2 buangan seperti kaca,
batu, sampah dan lain-lain.

6.2.3 Keluasan Kawasan


• Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.
• Meletakkan papan tanda.
• Kawasan sekitar bebas dari bahan-bahan buangan.
• Ruang kawasan yang lapang, besar dan luas.
• Saiz, bentuk, ketinggian yang sesuai.
• Kawasan sekitar bebas dari risiko elektrik.

6.2.4 Aspek Keselamatan Peralatan


1. Kemudahan peralatan yang mencukupi.
2. Peralatan berada dalam keadaan yang baik
3. Peralatan sentiasa diselenggara
4. Membaiki dan menggantikan peralatan yang rosak
5. Komponen peralatan dipasang dengan sempurna
6. Peralatan bahava disimpan ditempat yang selamat
7. Tidak menggunakan cat bertoksik
8. Meletakkan papan tanda amaran atau peraturan

6.3 Keselamatan Infrastruktur


6.3.1 Akauntabiliti Keselamatan Bangunan
Menurut kamus dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akauntabiliti didefinisikan
sebagai sifat bertanggungjawab kepda seseorang atau terhadap sesuatu Tindakan,
keputusan serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan.

44
• Sudut keselamatan bangunan
- Sesebuah bangunan adalah perlu dititik beratkan dari segi aspek keselamatan
yang meliputi bangunan-bangunan seperti sekolah, bangunan kerajaan,
gadung dan sebagainya.
- Bangunan yang selamat perlu diselenggara dengan baik supaya tidak
berlakunya sebarang kecelakaan kepada individu.

• Arahan keselamatan
- Cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian, penempatan dan
pemindahan pejabat-pejabat dirujuk kepada pegawai keselamatan kerajaan.
- Keselamatan bangunan dapat membuah mengisytiharkan sesuatu tempat
yang merbahaya sebagai Kawasan larangan atau tempat larangan.
- Memasang pagar dan lampu keselamatan serta menghadkan pintu akses.
- Wujudkan pegawai keselamatan sama ada menpunyai kuasa khas atau tidak
dibawah undang-undang.
- Memasang papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan
Kawasan itu sebagai tempat larangan.
- Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.
- Menyediakan tempat atau bilik bilik khas untuk pelawat-pelawat.
- Pemasangan alat-alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh kad akses, CCTV,
dan lain-lain alatan.

6.3.2 Garis Panduan Pemeriksaan Bangunan


Garis Panduan Untuk Pemeriksaan Berkala Bangunan 1997
Tujuan
- menerangkan semua aspek dalam pemeriksaan berjadual yang perul dijalankan
ke atas bangunan berketinggian melebihi 5 tingkat

Objektif
- Memastikan sema bangunan di Malaysia adalah kukuh sturukturnva dan selamat
untuk diduduki

Isi Kandungan
- Jenis bangunan, tempoh masa, notis pemberitahuan, perlantikan jurute ra,
kebebasan dan tanggungjawab jurutera, kaedah pemeriksaan

45
Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada
(2014)
Tujuan
- Menjelaskan penggunaan garis panduan pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian
bagi tujuan penarafan bangunan sedia ada

Objektif
- Memastikan pelaksanaan pem eriksaan bagi tujuan penarafan bangunan oleh
pemeriksa bangunan mematuhi kaedah dan prosedur yang ditetapkan

Isi Kandungan
- Bahagian A - skop, kaedah, proses pemeriksaan bangunan
- Bahagian B - manual penggunaan garis panduan

46
TAJUK 7
PENGURUSAN KRISIS DALAM PENDIDIKAN
KESELAMATAN DI SEKOLAH

7.0 Pengenalan
Sekolah yang selamat dapat menjamin keselamatan dan keseronokan pelajar di
sekolah dan seterusnya memperkembangkan pelajar dari segi fizikal, emosi, rohani
dan intelek. Warga sekolah lain juga turut dapat menikmati keselasaan dan
keselamatan bekerja di sekolah. Dengan itu, sistem pengurusan keselamatan di
sekolah haruslah dijalankan dengan sistematik bagi menjamin keselamatan setiap
warga sekolah sepanjang berada di sekolah mahupun di luar sekolah. Antara strategi
pengurusan keselamatan yang boleh diaplikasikan adalah seperti kawalan keluar
masuk sekolah, menyediakan prasanara dan kawasan yang selamat, mewujudkan
sistem pelaporan dan aduan serta banyak lagi. Selain itu, setiap sekolah harus ada
prosedur dan tatacara menangani kes-kes kemalangan dan bencana alam yang patut
diketahui oleh semua warga sekolah. Di samping itu, pihak sekolah perlu
bekerjasama dengan pihak pelajar, ibu bapa dan pihak luar seperti polis, bomba,
JPAM untuk bersama-sama dalam memastikan keselamatan di sekolah berada pada
tahap yang tinggi.

7.1 Panduan pengurusan keselamatan


Objektif
1. Membentuk murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan,
sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan
2. Mewujudkan persekitaran sekolah selamat.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program
Keselamatan Sekolah

47
Kerja Pengurusan Keselamatan
Bil. Tugas Kerja Masa Diambil Jumlah Unit Boleh
Dijalankan
1. Menubuhkan jawatankuasa 30 minit
2. Mengadakan mesyuarat 1 jam
3. Menyediakan senarai aktiviti dan 1 jam
projek
4. Pemeriksaan dan pemantauan Jan – Nov.
5. Mendapat maklumbalas Jan – Nov.
6. Penambahbaikan /pemulihan Jan – Nov.
7. Merekod atau memfail Jan – Nov.

7.2 Jenis kecemasan / kemalangan di sekolah

a. Kemalangan
b. Kebakaran
c. Banjir
d. Ribut
e. Tanah runtuh
f. Pencolekan

48
7.3 Prosedur kecemasan
Tatacara Apabila Berlaku Kemalangan

Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua 1. Menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan untuk


memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang
masa.
PK(HEM) 2. Menghubungi ibu bapa/penjaga, jika perlu
3. Memastikan pelajar mendapatkan rawatan dengan
kadar segera
4. Sediakan Laporan Kemalangan yang berlaku.
Guru Bertugas 5. Menghantar pelajar ke hospital terdekat atau
menelefon ambulans memberitahu tentang sesuatu
kemalangan atau kecemasan dan menyediakan
surat rawatan perubatan
6. Mencatat laporan dalam buku laporan harian

Guru Keselamatan 7. Meminta pelajar mengisi borang kemalangan


Guru Kebajikan 8. Membantu pelajar membuat tuntutan Insurans
Takaful

49
7.4 Carta alir pengurusan kecemasan

i i

i
i

i i

i i i
i

i i
i

Tatacara Jika Berlaku Kebakaran


Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua /Penolong 1. Bunyikan loceng jika kebakaran berlaku/dikesan


Kanan/Guru
2. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat terdekat.
3. Semua warga sekolah mengosongkan bangunan dan
berkumpul di stesen yang ditetapkan.
Guru Kelas 4. Membuat pemeriksaan untuk menentukan tidak ada

50
pelajar yang masih berada dalam bangunan.
Guru kelas 5. Mendapat arahan daripada pihak Jabatan Bomba dan
mengarahkan warga sekolah untuk mengikut arahan
pihak yang berkenaan.
6. Membuat laporan

Carta Aliran Tatacara Guru Menghadapi Kebakaran

i
i i i
i

i i

i
i

51
Tatacara Jika Berlaku Banjir
Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua /Penolong 1. Tutup semua suis elektrik


Kanan/Guru 2. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat terdekat.

Guru Kelas/Guru Mata 3. Pastikan semua warga berpindah ke tempat tinggi yang
Pelajaran lebih selamat mengikut arahan guru.
4. Membuat pemeriksaan untuk menentukan tidak ada
pelajar yang masih berada di tempat rendah.
Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya banjir
membahayakan pada hari yang berikutnya

PK HEM 5. Jika keadaan banjir sangat membahayakan, semua murid


hendaklah berada di tempat yang selamat di sekolah
sehingga mendapat bantuan daripada pihak tertentu
seperti polis/tentera/pasukan penyelamat
6. Membuat laporan kepada Pengarah Pelajaran
Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah secepat mungkin.

52
Carta Aliran Tatacara Apabila Berlaku Banjir

53
Tatacara Keselamatan Fizikal Sekolah
Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua 1. Mengadakan mesyuarat dan membentuk AJK


Keselamatan
PK HEM 2. Memastikan siistem perparitan, alat pemadam api, alatan
elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan
baik dan bangunan sekolah selamat untuk diduduki oleh
semua warga sekolah
Penyelaras 3. Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan atau
Keselamatan kerosakan
Guru Bertugas 4. Melaporkan segala kerosakan alatan dengan segera

Carta Aliran Tatacara Keselamatan Fizikal Sekolah

54
Tatacara Keselamatan Persekitaran/Lokasi Sekolah
Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua 1. Mengadakan mesyuarat dan membentuk AJK


Keselamatan
PK HEM 2. Memohon bantuan pihak luar dan PIBG
3. Membuat penilaian dan tindakan penambahbaikan
Penyelaras 4. Mengadakan taklimat
Keselamatan
Guru Bertugas 5. Melabel kawasan/ tempat bahaya

Carta Aliran Tatacara Keselamatan Persekitaran/Lokasi Sekolah

55
7.5 Pemantauan Dan Penambahbaikan
Senarai Semak
BIL ASPEK ITEM CATATAN
1.1. Jawatankuasa
1.2. Perancangan Tahunan
1.3. Sistem Fail
1.3.1. Panggilan Mesyuarat
Pengurusan 1.3.2. Minit Mesyuarat
1.
Organisasi 1.3.3. Pelantikan Jawatankuasa
1.3.4. Maklumat Jawatankuasa
1.4. Sistem Pemantauan
1.4.1. Fizikal Sekolah
1.4.2. Kawalan Keselamatan
2.1. Bangunan
2.1.1. Pendawaian/Lampu/Kipas
2.1.2. Tangga
2.1.3. Tembok/Koridor
2.1.4. Tingkap/Pintu
2.1.5. Perabot/Kelas
2.2. Bilik-bilik Khas
2.2.1. Pendidikan Khas
2.2.2. Pemulihan
2.2.3. Makmal Sains
Fizikal 2.2.4. Bilik PPSMI
2.
Sekolah 2.2.5. Bilik Bimbingan Kaunseling
2.2.6. Dapur Pra Sekolah
2.2.7. Bilik BOSS
2.2.8. Stor Sukan
2.2.9. Dewan
2.2.10. Bilik J-Qaf
2.2.11. Pusat Sumber/Perpustakaan
2.2.12. Pejabat
2.2.13. Bilik Cetak
2.2.14. Bilik Guru/Rehat
2.2.15. Klinik Pergigian

56
BIL ASPEK ITEM CATATAN
2.2.16. Stor Pejabat
2.2.17. Kantin Sekolah
2.2.18. Stor Pekerja
2.2.19. Bilik Komputer
2.2.20. Pondok jaga
2.2.21. Tandas
2.3. Padang dan Gelanggang Permainan
2.3.1. Permukaan Padang
2.3.2. Peralatan Padang
2.4. Sistem Perparitan /Kumbahan
2.4.1. Longkang
2.4.2. Tangki Septik
2.5. Pagar dan Pintu Pagar
2.5.1. Pagar Sekeliling Sekolah
2.5.2. Pintu Pagar
Utama/Ke-2/Ke-3/Ke-4/Ke-5
2.6. Papan Tanda Keselamatan
2.6.1. Bilik Kelas
2.6.2. Bilik Khas
2.6.3. Padang dan Gelanggang
Permainan
2.6.4. Kawasan Larangan
3.1. Pengajaran dan Pembelajaran
3.1.1. Tatacara Bilik Kelas
3.1.2. Tatacara Bilik Khas
3.1.3. Tatacara PJK
3.1.4. Tatacara Kokurikulum
3.2. Pergi dan Balik Sekolah
3. Aktiviti Murid
3.2.1. Tatacara Menaiki Kenderaan
3.2.2. Tatacara Pejalan Kaki
3.2.3. Sistem Lalu Lintas di Dalam
Sekolah
3.2.4. Sistem Lalu Lintas di Luar
Sekolah

57
BIL ASPEK ITEM CATATAN
3.3. Kelab Pencegahan Jenayah
3.3.1. Organisasi
3.3.2. Aktiviti
3.3.3. Data Keahlian
3.3.4. Laman Web
4.1. Kawad Kebakaran
4.1.1. Pelan Mengosongkan
Bangunan
4.1.2. Tatacara Pergerakan
4.2. Bencana Alam
4.2.1. Tatacara Menghadapi Banjir
4.2.2. Tatacara Menghadapi Ribut
4.2.3. Tatacara Menghadapi Tanah
Runtuh
4.2.4. Tatacara Menghadapi
Gempa Bumi
4.3. Nombor Telefon Penting Pihak
Terlibat
4.3.1. Pentadbir dan Kakitangan
Penggunaan Sekolah
4.
Krisis 4.3.2. Polis, Bomba, Hospital,
JPA3
4.3.3. Majlis Tempatan, JKR,
Elektrik dan
Air
4.4. Tatacara Ketika Kemalangan
4.4.1. Dalam Sekolah
4.4.2. Luar Sekolah
4.4.3. Rekod
4.5. Alat Bantuan Kecemasan
4.5.1. Alat Pemadam Api
4.5.2. Pili Bomba
4.5.3. Kotak Ubat
4.5.4. Gegelung Air
4.5.5. Pengusung
58
BIL ASPEK ITEM CATATAN
4.5.6. Selimut Kebakaran
4.5.7. ‘Eye Wash’/Pencuci Muka
5.1. Buku Peraturan Sekolah
5.2. Pekeliling/Surat Siaran Disiplin
5.3. Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM)
5.4. Buku Rekod Disiplin
5.5. Program & Aktiviti Berasaskan
Sekolah
5.5.1. Anti Buli
5.5.2. Ponteng Sekolah
5.5.3. Pergaduhan
5.5.4. Vandalisme
5.5.5. Merokok dan Anti Dadah
5.6. Buku-buku Panduan
5.7. Pemantauan Disiplin
5.8. Hukuman/Denda
5.9. Adu Disiplin
Pengurusan 5.9.1. Peti Aduan
5.
Disiplin 5.9.2. Jawatankuasa Aduan
Disiplin
5.10. Kerjasama Badan Luar
5.10.1. Pegawai Perhubungan
Sekolah
5.10.2. Yayasan Pencegahan
Jenayah
5.10.3. Majlis Keselamatan Jalan
Raya
5.10.4. Jabatan Kebajikan
Masyarakat
5.10.5. PEMADAM
5.10.6. PIBG
5.10.7. Jabatan Agama Islam
5.10.8. NGO Berkaitan
5.11. Penurunan Kuasa Merotan

59
BIL ASPEK ITEM CATATAN
5.11.1. Pelantikan
5.11.2. Rekod

Peraturan dan pekeliling yang berkaitan


• Surat Pekeling Ikhtisas Bil 6/1983: Larangan Bermain Bahan-bahan Letupan
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988: 1 Mac 1988, Keselamatan Diri Pelajar Di
Sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/1989: Garispanduan dari segi pencegahan
kebakaran bagi bangunan dormitori dan asrama
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1991: Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1993: Lapor kepada polis salahlaku yang berbentuk
jenayah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1995: Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1999: Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan
Pergi Dan Balik
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan Dadah dan
Gengster
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di Sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2000: Membanteras jenayah di kalangan murid
sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2001: Peringatan mengenai pengaruh negatif
cybercafé dan pusat permainan video terhadap murid-murid sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2001: Penglibatan Pelajar dengan kegiatan negatif
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
• Konsep dan Manual Sekolah Selamat, 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia

Borang Yang Berkaitan Keselamatan


a) Borang kemalangan
b) Borang Akuan Tanggungan
c) Buku Laporan Harian
d) Borang Keluar Masuk Pelawat
e) Borang Meninggalkan Kawasan Sekolah/Pulang Awal
f) Borang Aduan Pelanggan

60
7.6 Organisasi program keselamatan
7.6.1 Perancangan Program Keselamatan
1) Penglibatan Warga Sekolah
• Menyediakan guru bertugas harian iaitu bertugas di pintu masuk dan
kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
• Guru berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti sekolah.
• Guru mengawasi dan makan di kantin sekolah.
• Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan
memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi
kecemasan.

2) Latihan Dalam Perkhidmatan


• Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan
tanggungjawab ke arah ke sekolah selamat.
• Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan
untuk warga sekolah bagi memastikan tidak berlaku keganasan di sekolah.

3) Kerjasama Pihak Luar


• Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi
menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.
• Koordinasi pelan kecemasan antara agensi- polis, bomba dan pegawai
perubatan.

4) Kelab Pencegahan Jenayah


• Kelab ini merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi
mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta
keselamatan. Tujuan kelab ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran
pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah serta menukar
pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan
melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.

5) Kawalan Keselamatan
• Setiap sekolah perlulah menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan
supaya persekitarannya rasa bebas dari ancaman keselamatan iaitu dengan
cara mewujudkan perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem

61
komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran,tanda
nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.

6) Peranan Ibubapa Dan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)


• Ibubapa menyokong Program Sekolah Selamat dengan secara sukarela
melibatkan diri dalam aktiviti rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan
program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran
menolong, menerima khidmat kaunseling dan belajar berkenaan akibat
tingkahlaku keganasan di sekolah.

7) Pegawai Personel
• Pegawai personel ialah seorang yang di tugaskan bertanggungjawab untuk
memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran
sekolah selamat wujud.
• Pengawal keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan
dalam semua program sekolah.

8) Jawatankuasa
• Setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat yang
keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau
keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti
masalah, mencadang program / polisi sekolah selamat dan membantu dalam
pengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku.

9) Pelan Pengurusan Krisis (PPK)


• PPK merupakan pelan khusus dan komprehensif yang digunakan dlm
menghadapi suasana kecemasan dan langkah-langkah yg perlu selepas
insiden.
• Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan,
penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian,
bunuh diri, tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya.
(i) Senarai nombor-nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa
kecemasan
(ii) Langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar
(iii) Polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media

62
(iv) Tanggungjawab menyimpan rekod kejadian
(v) Pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan

7.6.2 Objektif/ Matlamat/ Rasional


Objektif
a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b) Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif
kepada sekolah.
h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan,kecemasan, kemalangan dan mala petaka.

Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.

Rasional
• Aspek keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam
membuat pertimbangan.
• Warga sekolah kini ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi
dan teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
• Kekurangan kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dalam persoalan keselamatan.
• Tanpa sokongan keluarga dan komuniti, keupayaan sekolah dalam menangani
isu-isu keselamatan amat terbatas.

63
7.6.3 Carta Organisasi

Pengerusi
GB

Timbalan Pengerusi
GPK HEM

Setiausaha Keselamatan
GURU Penyelaras 3K

AJK KESELAMATAN AJK KESELAMATAN AJK KESELAMATAN


Kemalangan Kebakaran Banjir

AJK KESELAMATAN AJK KESELAMATAN


Fizikal sekolah Persekitaran sekolah

7.6.4 Kakitangan (Agihan Tugas)


1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan
Keselamatan Sekolah.
2. Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan
keselamatan di sekolah.
3. Menyediakan pelan tindakan kontigensi bagi menghadapi krisis dan
bencana alam.
4. Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid
dan sekolah.
5. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam
Pendidikan
Keselamatan.
6. Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran
64
menghadapi kecemasan.
7. Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang berkaitan.
8. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan
murid dan sekolah.
9. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.
10. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan
keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan
sekolah.
11. Mengendalikan Latihan Kecemasan Kebakaran.

7.6.5 Pemantauan Dan Penambahbaikan


Senarai Semak
BIL ASPEK ITEM CATATAN
1.1. Jawatankuasa
1.2. Perancangan Tahunan
1.3. Sistem Fail
1.3.1. Panggilan Mesyuarat
Pengurusan 1.3.2. Minit Mesyuarat
1.
Organisasi 1.3.3. Pelantikan Jawatankuasa
1.3.4. Maklumat Jawatankuasa
1.4. Sistem Pemantauan
1.4.1. Fizikal Sekolah
1.4.2. Kawalan Keselamatan
2.1. Bangunan
2.1.1. Pendawaian/Lampu/Kipas
2.1.2. Tangga
2.1.3. Tembok/Koridor
2.1.4. Tingkap/Pintu
Fizikal 2.1.5. Perabot/Kelas
2.
Sekolah 2.2. Bilik-bilik Khas
2.2.1. Pendidikan Khas
2.2.2. Pemulihan
2.2.3. Makmal Sains
2.2.4. Bilik PPSMI
2.2.5. Bilik Bimbingan Kaunseling
65
BIL ASPEK ITEM CATATAN
2.2.6. Dapur Pra Sekolah
2.2.7. Bilik BOSS
2.2.8. Stor Sukan
2.2.9. Dewan
2.2.10. Bilik J-Qaf
2.2.11. Pusat Sumber/Perpustakaan
2.2.12. Pejabat
2.2.13. Bilik Cetak
2.2.14. Bilik Guru/Rehat
2.2.15. Klinik Pergigian
2.2.16. Stor Pejabat
2.2.17. Kantin Sekolah
2.2.18. Stor Pekerja
2.2.19. Bilik Komputer
2.2.20. Pondok jaga
2.2.21. Tandas
2.3. Padang dan Gelanggang Permainan
2.3.1. Permukaan Padang
2.3.2. Peralatan Padang
2.4. Sistem Perparitan /Kumbahan
2.4.1. Longkang
2.4.2. Tangki Septik
2.5. Pagar dan Pintu Pagar
2.5.1. Pagar Sekeliling Sekolah
2.5.2. Pintu Pagar
Utama/Ke-2/Ke-3/Ke-4/Ke-5
2.6. Papan Tanda Keselamatan
2.6.1. Bilik Kelas
2.6.2. Bilik Khas
2.6.3. Padang dan Gelanggang Permainan
2.6.4. Kawasan Larangan
3.1. Pengajaran dan Pembelajaran
3. Aktiviti Murid 3.1.1. Tatacara Bilik Kelas
3.1.2. Tatacara Bilik Khas

66
BIL ASPEK ITEM CATATAN
3.1.3. Tatacara PJK
3.1.4. Tatacara Kokurikulum
3.2. Pergi dan Balik Sekolah
3.2.1. Tatacara Menaiki Kenderaan
3.2.2. Tatacara Pejalan Kaki
3.2.3. Sistem Lalu Lintas di Dalam Sekolah
3.2.4. Sistem Lalu Lintas di Luar Sekolah

3.3. Kelab Pencegahan Jenayah


3.3.1. Organisasi
3.3.2. Aktiviti
3.3.3. Data Keahlian
3.3.4. Laman Web
4.1. Kawad Kebakaran
4.1.1. Pelan Mengosongkan Bangunan
4.1.2. Tatacara Pergerakan
4.2. Bencana Alam
4.2.1. Tatacara Menghadapi Banjir
4.2.2. Tatacara Menghadapi Ribut
4.2.3. Tatacara Menghadapi Tanah
Runtuh
4.2.4. Tatacara Menghadapi Gempa Bumi
4.3. Nombor Telefon Penting Pihak Terlibat
Penggunaan 4.3.1. Pentadbir dan Kakitangan Sekolah
4.
Krisis 4.3.2. Polis, Bomba, Hospital, JPA3
4.3.3. Majlis Tempatan, JKR, Elektrik dan
Air
4.4. Tatacara Ketika Kemalangan
4.4.1. Dalam Sekolah
4.4.2. Luar Sekolah
4.4.3. Rekod
4.5. Alat Bantuan Kecemasan
4.5.1. Alat Pemadam Api
4.5.2. Pili Bomba
4.5.3. Kotak Ubat

67
BIL ASPEK ITEM CATATAN
4.5.4. Gegelung Air
4.5.5. Pengusung
4.5.6. Selimut Kebakaran
4.5.7. ‘Eye Wash’/Pencuci Muka
5.1. Buku Peraturan Sekolah
5.2. Pekeliling/Surat Siaran Disiplin
5.3. Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM)
5.4. Buku Rekod Disiplin
5.5. Program & Aktiviti Berasaskan Sekolah
5.5.1. Anti Buli
5.5.2. Ponteng Sekolah
5.5.3. Pergaduhan
5.5.4. Vandalisme
5.5.5. Merokok dan Anti Dadah
5.6. Buku-buku Panduan
5.7. Pemantauan Disiplin
5.8. Hukuman/Denda
Pengurusan 5.9. Adu Disiplin
5.
Disiplin 5.9.1. Peti Aduan
5.9.2. Jawatankuasa Aduan Disiplin
5.10. Kerjasama Badan Luar
5.10.1. Pegawai Perhubungan Sekolah
5.10.2. Yayasan Pencegahan Jenayah
5.10.3. Majlis Keselamatan Jalan Raya
5.10.4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5.10.5. PEMADAM
5.10.6. PIBG
5.10.7. Jabatan Agama Islam
5.10.8. NGO Berkaitan
5.11. Penurunan Kuasa Merotan
5.11.1. Pelantikan
5.11.2. Rekod

68
7.7 Konsep Sekolah Selamat
• Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar dapat
belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan.
• Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak
seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar,
membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek
keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah.
• Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996)
sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang
selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Sekolah yang selamat juga adalah
sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang
keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi.
• Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula
menghuraikan sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha
memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang
bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat
keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula
meliputistruktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin,
dan tingkah laku.
• Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu
mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai
dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam
memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

7.7.1 Rasional
• Aspek keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam
membuat pertimbangan.
• Warga sekolah kini ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi
dan teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
• Kekurangan kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dalam persoalan keselamatan.
• Tanpa sokongan keluarga dan komuniti, keupayaan sekolah dalam menangani
isu-isu keselamatan amat terbatas.

69
7.7.2 Objektif
a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b) Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif
kepada sekolah.
h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan,kecemasan, kemalangan dan mala petaka.

7.7.3 Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.

70
TAJUK 8
AKTA , PERUNDANGAN DAN SURAT PEKELILING
IKHTISAS UNTUK KESELAMATAN

8.0 Pengenalan
Perundangan (Bahasa Inggeris:Legislation) peraturan perundang-undangan dan
pembuatan undang-undang untuk pelembagaan sesebuah peraturan
"undang-undang bertulis" merupakan undang-undang yang telah digubal
oleh legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Sebelum item
perundangan menjadi undang-undang, ia mungkin dikenali sebagai rang
undang-undang, dan secara umum boleh dirujuk sebagai "perundangan". sementara
ia masih dalam pertimbangan untuk membezakannya daripada perniagaan lain.
Perundangan boleh mempunyai banyak tujuan: untuk mengawal selia, untuk
memberi kuasa, untuk mengharamkan, untuk menyediakan (dana), untuk
membenarkan, untuk memberikan, untuk mengisytiharkan, atau untuk menyekat. Ia
mungkin berbeza dengan akta bukan perundangan oleh badan eksekutif atau
pentadbiran di bawah kuasa akta perundangan juga digunakan untuk merujuk kepada
satu undang-undang khusus.

8.1 UNDANG - UNDANG TORT


- Tort berasal daripada perkataan laitn yang membawa maksud SALAH.

❖ PENGENALAN
- Undang-undang tort pada asasnya bertujuan bagi memberikan remedi kepada
mereka yang tercedera atau kerugian akibat perbuatan orang lain.
- Oleh itu ia juga sering dirujuk sebagai undang-undang kecederaan peribadi
(Personal Injury Laws).

❖ DEFINISI
- Dalam rujukan “Handbook of the Law of Torts”, William Prosser telah menakrifkan
tort ni adalah istilah yang digunakan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang
tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali
berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah
undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan
dalam menuntut ganti rugi

71
❖ SUMBER UNDANG- UNDANG TORT
- Tidak seperti kebanyakkan undang-undang lain di Malaysia yang menggunakan
peruntukan statut sebagai sumber utama
- Prinsip undang-undang tort boleh dilihat pada “common law” Inggeris dan
keputusan-keputusan mahkamah atau “judicial precedent”.
- Cabang-cabang pada undang-undang ini terus berkembang dengan
mahkamah-mahkamah di negara ini telah cuba menyesuaikan pemakaian
common law pada situasi di negara kita yang sedikit berbeza dari negara asal
common law ini berkembang.

❖ CABANG – CABANG UNDANG-UNDANG TORT

SECARA AMNYA
DIKATEGORIKAN KEPADA
3

N UN N
N J U I

- Kalau ada tindakan kesalahan secara sengaja atau cuai, Jika mangsa itu boleh
tercedera maka satu tuntutan tort boleh dilakukan kepada pesalah tersebut.
- Tanggungan keras pula tidak melihat pada niat seseorang, sebaliknya
meletakkan tanggungjawab kepada setiap individu yang mana sebarang
kecederaan / kerugian yang berlaku akibat perlanggaran tanggungjawab itu akan
mewujudkan satu tuntutan yang sah.
- Contohnya, perlanggaran tanggungjawab berlaku apabila seseorang menjual
tembakau yang tidak baik biarpun dia tidak tahu akan keadaan tembakau itu.

❖ UNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG JENAYAH


- Dalam banyak hal, undang-undang tort ini adalah bertindihan dengan
undang-undang jenayah.
- Misalnya, kalua ade pelanggaran kereta, pesalah akan dikenakan hukuman di
bawah akta yang berkaitan berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.
- Lalu, pesalah akan dikenakan denda, boleh penjara atau gantung sehingga mati
jika mangsa mati dan pendakwa dapat membuktikan bahawa pesalah bersalah
mengikut seksyen yang tertentu.
- Tetapi undang ii tort ini tidak dapat membantu mangsa dalam memulihkan diri
72
dari kerugian yang dialami seperti kecederaan. Oleh itu, mangsa perlu melihat
pada cabang-cabang yang ada dalam undang-undang sivil bagi mendapatkan
ganti rugi.
- Apa yang perlu dibuat oleh mangsa adalah menyaman pesalah dan membuktikan
di mahkamah bahawa kemalangan adalah berlaku akibat dari kecuaian
(undang-undang tort kecuaian terpakai) pesalah. Oleh itu, kerugian yang di alami
oleh mangsa hendaklah di tanggung oleh pesalah.

❖ TANGGUNGAN TORT
- Tanggungan dalam maksud lain ialah Liability
- Terdapat undang-undang yang melarang seseorang dari memfitnah, cuai
dijalanraya, menceroboh harta benda dan sebagainya.
- Maka, jika pesalah melanggari undang-undang seperti yg telah disebut. Pesalah
boleh dikenakan hukuman di bawah Undang – undang :
I. JENAYAH
II. SIVIL
III. TORT
- Berbeza pula dengan undang-undang kontrak yang merupakan satu lagi cabang
undang-undang sivil. Hal ini kerana, tanggungan yang dikenakan di bawah
undang-undang kontrak ditentukan di bawah kontrak yang diikat oleh pihak-pihak
terlibat.

❖ REMEDI
- Bertujuan mengurangkan kerosakan / kerugian yang dialami
- Ianya dicapai dalam 2 cara iaitu :
I. INJUKSI
II.PAMPASAN

- INJUKSI membolehkan pihak-pihak yang tertentu menghalang pihak yang satu


lagi meneruskan tindakan mereka yang mendatangkan kerugian atau
kerosakkan pada mereka.
- Pesalah wajib memberhentikan tindakan mereka sehingga perintah tersebut
dibatalkan menerusi satu prosiding mahkamah yang lain.
- Injuksi adalah bentuk remedi yang sering dimohon oleh mangsa dalam kes kacau
ganggu.
- Cara kedua adalah menerusi PAMPASAN yang bertujuan membuatkan pihak
yang bertanggungjawab menukar sikap mereka agar tidak terus membuat
73
perbuatan yang menyakitkan atau merugikan orang lain.

❖ PENYEBAB DAN KESALAHAN DALAM TORT


- Undang-undang tort pada asasnya bertujuan bagi memberikan remedi kepada
mereka yang tercedera atau kerugian akibat perbuatan orang lain. Oleh itu dua
konsep penting yang wajar anda semua ketahui adalah konsep penyebab dan
kesalahan dalam tort.

❖ TUNTUTAN TORT
- Perbuatan (act) atau Peninggalan(omission) + Penyebab (causation) + Kesalahan
(Fault) + Kepentingan Dilindungi (protected interest) Kerosakkan (damage) =
Tanggungan ( liability )
- Oleh itu, untuk berjaya dalam sesuatu tuntutan tort, Plantiif hendaklah
menunjukkan Perbuatan oleh Defendan telah menyebabkan Kepentingan Plantiif
yang Dilindungi Mengalami kerosakkan dan Kerosakkan itu adalah disebabkan
kesalahan Defendan. Baru boleh defendan diberi tanggungan undang-undang.

- Contoh SITUASI 1 ,

A N B = B (lumpuh)

- Jadi berdasarkan rujukan di atas menunjukkan bahawa A yang menyebabkan B


mengalami kerosakan iaitu lumpuh.
- Memandangkan tubuh badan adalah kepentingan dilindungi, maka bag ink
jatuhkan tanggungan/remedi, B perlu membuktikan ini adalah disebabkan A.

- Contoh SITUASI 2,

I. Katakan A terminum racun dan beliau muntah-muntah. Beliau dihantar ke hospital,


namun pihak hospital gagal merawatnya dengan betul. A pun meninggal dunia.
II. Tetapi waris A tidak boleh menuntut dari hospital atas kematian A kerana
penyebab kematiannya adalah racun dan bukannya pihak hospital.

O N JI U
U UJU N N N
J NI -J NI O
I N I :

74
8.2 AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
❖ PENGENALAN
- Akta mula dikuatkuasa pada 1 Ogos 2002
- Ianya merupakan suatu akta yang meminda, menyatukan dan memasukkan
peruntukan-peruntukan baru daripada 3 akta utama iaitu :
I. Akta Mahkamah Juvana 1947
II. Akta Wanita dan Gadis 1973
III. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
- Akta ini mendefinisikan kanak-kanak sebagai seorang yang berumur di bawah 18
tahun.

❖ TUJUAN
1) Memberi perlindungan kepada kanak-kanak
2) Menangani masalah remaja yang terlibat dengan jenayah
3) Menangani masalah remaja bagi kegiatan maksiat yang tidak terkawal

❖ SEBAB KANAK-KANAK MEMERLUKAN PERLINDUNGAN


1) Kanak – kanak besar kemungkinan akan dicederakan.
2) Ibubapa / penjaga tahu tentang kecederaan atau kemungkinan, tidak melindungi
/ tidak mungkin melindungi kanak-kanak.
3) Ibubapa / penjaga tidak layak/ telah abai/ tidak upaya mengakibatkan
kanak-kanak terlibat dalam pergaulan tidak sihat.
4) Ibubapa / penjaga keberatan mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan
tempat berteduh yang cukup.
5) Kanak – kanak tiada ibubapa / penjaga / dibuang.
6) Kanak – kanak yang berkelakuan memudaratkan diri dan ibubapa yang tidak
berupaya memperbaiki keadan.
7) Pertelingkahan antara ibu dan bapa sehingga hubungan kekeluargaan
ternganggu dengan serius sehingga menyebabkan kanak-kanak alami
kecederaan emosi
8) Kanak – Kanak yang disuruh untuk mengemis di jalan-jalan.

❖ TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL


1) Perlu melaporkan kepada polis atau pihak bertanggungjawab
2) Memberi jagaan sementara, pemeriksaan kesihatan dan rawatan
3) Pegawai polis boleh mengambil kanak-kanak tersebut untuk berada dalam jagaan
sementara
75
4) Pegawai polis boleh mengambil kanak-kanak tersebut dan mebawa kepada
pegawai perubatan untuk pemeriksaan
5) Pegawai polis boleh mengarahkan orang yang memelihara kanak-kanak tersebut
untuk mendapatkan rawatan dalam masa 48 jam. Jika tidak pegawai polis sendiri
boleh mengambil kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan.

❖ KUASA MAHKAMAH
1) Boleh mengarahkan ibubapa / penjaga menyempurnakan bon (ikatan jaminan)
bagi menjalan pemeliharaan dan penjagaan
2) Meletakkan kanak-kanak di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai
3) Meletakkan kanak-kanak di bawah pengawasan mereka atau di rumah kanak -
kanak
4) Menyuruh ibubapa/penjaga mengikuti bengkel interaktif

❖ KESALAHAN DAN HUKUMAN


KESALAHAN HUKUMAN ATAU HUKUMAN
Menganiayai,
mengabai, Bon berkelakuan baik-
membuang, Didenda tidak lebih RM 20 pelanggaran bon akan
mendedahkan K @ penjara 10 tahun atau ATAU didenda tidak lebih RM 10
kanak ii mungkin keduanya K atau 5 tahun penjara
menyebabkan atau keduanya
cedera fizikal
dan emosi serta
segi seks
Menyebabkan /
mengakibatkan
kanak ii Didenda tidak lebih RM 5 K ATAU Penjara tidak lebih 2
mengemis, tahun atau keduanya.
meminta
sedekah atau
memudaratkan
kesihatannya.

76
Membiarkan
kanak ii tanpa Didenda tidak lebih RM 5 K ATAU Penjara 2 tahun atau
pengawasan keduanya
yang berpatutan
JENIS KESALAHAN LAIN HUKUMAN
1) Jual,sewa,beri,beli kanak ii dengan maksud
pelacuran.
2) Mengiklan/notis/pamer kanak ii dengan tujuan
menawarkan pelacuran. Didenda tidak lebih RM 50
3) Menahan kanak ii dimana – mana tempat untuk K atau penjara tidak lebih
pelacuran. 15 tahun atau keduanya.
4) Membawa masuk ke Malaysia, terima, sorok kanak (Kali kedua) : sebatan
ii untuk pelacuran. 10x
5) Menahan kanak ii di rumah perlacuran
bertentangan dengan kemahuan kanak – kanak.
1) Bertindak sebagai pengantara bagi kanak ii / Didenda tidak lebih RM 50
menjalankan kawalam / pengaruh atas K atau dipenjara 3-15
pergerakan kanak ii / melacur kanak ii tahun, tidak lebih 6 kali
2) Melanggan / sewa bagi apa-apa alasan berharga sbeatan
untuk perkhidmatan nafsu seks (Kali kedua : sebatan
tidak lebih 10x)

8.3 SURAT PEKELILING IKHTISAS


❖ PENGENALAN SPI
- Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan
garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.
- Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam .

❖ TUJUAN SPI
I. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.
II. Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna.
III. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan.
IV. Sebagai satu peraturan dan perlindungan.

77
❖ SASARAN SPI
I. Pelajar
II. Guru
III. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN)
IV. Ibubapa
V. Agensi Luar (NGO & GO)

❖ CONTOH SURAT PEKELILING KHAS


1) SPI.BIL.4 / 75Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku&quot:

I. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadu-suarakan tetapi


sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara
sahaja.
II. SPI yang berkaitan :
a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan'
bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
b. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan " Negaraku",
bertarikh 20hb. Mei, 1975.
c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan
Mengibar Bendera.Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah /
Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.

2) SPI. Bil 3/1984


- Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah Kandungan:
i. Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian ,nilai
bahasa ,pakaian maupun perlakuan, harus ditanam dijiwa pelajar.

8.4 HAK ASASI MANUSIA


❖ PENGENALAN
- Hak asasi manusia adalah prinsip moral atau norma yang menggambarkan
standard tingkah laku manusia tertentu dan dilindungi secara berkala sebagai hak
semula jadi dan undang-undang dalam undang-undang perbandaran dan
antarabangsa.
- Hak ini biasanya difahami sebagai tidak boleh diberi milik, hak asasi "yang haknya
dimiliki seseorang hanya kerana dia adalah manusia" dan yang "wujud dalam
semua manusia", tanpa mengira umur, asal etnik, lokasi, bahasa, agama, etnik,
atau status lain.
78
- Maksud mudahnya, hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh
semua insan. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa
semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki
indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan
kewarganegaraan.

❖ CABANG – CABANG HAK ASASI MANUSIA


I. Melindungi Hak Kanak-Kanak
a. DEFINISI : membela,memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak
bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

b. Keperluan asas kanak-kanak agar mereka hidup sempurna :


➢ Mendapat makanan yang berkhasiat.
➢ Mendapat pakaian dan tempat tinggal yang selesa.
➢ Mendapat perlindungan dan kasih sayang.
➢ Mendapat pendidikan dan merasai hidup berkawan.

c. Kepentingan keperluan asas kepada kanak-kanak:


➢ Dapat melahirkan masyarakat yang penyanyang dan bertanggungjawab.
➢ Melahirkan masa depan kanak-kanak yang cemerlang.
➢ Kesihatan mereka lebih terjamin.
➢ Menjadi insan yang berguna dan berkualiti.

d. Kesan jika mereka tidak dapat hak makanan yang secukupnya :


➢ Merencatkan tumbesaran badan dan otaknya.
➢ Boleh mendapat pelbagai penyakit berbahaya.
➢ Hidup tidak gembira.
➢ Sukar menumpukan perhatian ketika belajar kerana lapar.

II. Menghormati Hak Wanita


a) DEFINISI : melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

b) Cara memberikan layan yang baik kpd wanita :


➢ Menyediakan rawatan khas untuk golongan wanita.
➢ Memberi peluang pendidikan yang luas kepada golongan wanita.
➢ Mengiktiraf peranan wanita dalam aktiviti sosial.
79
➢ Mengiktiraf peranan wanita dalam kerjaya.

c) Sebab wanita diberi perlindungan :


➢ Untuk mengelakkan mereka dari dianiayai.
➢ Fizikal semulajadi wanita yang lemah.
➢ Meletakkan wanita sebagai golongan yang perlu dihormati.

d) Kepentingan memberi layanan yang baik :


➢ Dapat merapatkan jurang dengan kaum lelaki dalam bidang kerjaya.
➢ Kaum wanita dapat membantu membangunkan ekonomi negara.
➢ Kaum wanita dapat membantu menguruskan keluarga tanpa bergantung
kepada suami.
➢ Kaum wanita dapat melontarkan idea dalam mencorak dasar kerajaan.

III. Melindungi Hak Pekerja


a) DEFINISI: Bermaksud menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,
jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara

b) Hak Perkerja :
➢ Hak mendapat cuti.
➢ Hak mendapat gaji yang setaraf dengan kelulusan akademik.
➢ Hak mendapat persekitaran kerja yang selamat.
➢ Hak mendapat rawatan apabila mengalami kemalangan di tempat kerja.

c) Tanggungjawab majikan terhadap pekerja


➢ Prihatin terhadap isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
➢ Menyediakan tempat beristirehat dan rekreasi.
➢ Memberi peluang meningkatkan kerjaya.
➢ Memberi peluang meningkatkan kerjaya.

d) Tanggungjawab pekerja terhadap majikan :


➢ Bekerjasama melakukan semua tugas dengan betul dan selamat

e) Jenis-jenis cuti pekerja:


➢ Cuti rehat mingguan
➢ Cuti kelepasan am
80
➢ Cuti tahunan
➢ Cuti sakit
➢ Cuti bersalin

f) Kepentingan melindungi hak pekerja di tempat kerja :


➢ Pekerja merupakan sumber tenaga untuk menghasilkan produk bagi sesebuah
syarikat
➢ Pekerja dapat merasai mereka dihargai oleh majikan
➢ Dapat mengelakkan golongan pekerja membuat mogok yang boleh
melumpuhkan operasi sesuah syarikat
➢ Dapat menunjukkan keprihatinan majikan terhadap pekerjanya
➢ Dapat mengurangkan perbelanjaan syarikat jika berlaku kemalangan di tempat
kerja

g) Kesan kemalangan ke atas pekerja :


➢ Mengambil masa untuk sembuh
➢ Mengakibatkan penderitaan kewangan menanggung kos rawatan
➢ Menjejaskan produktiviti Negara

IV. Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya


a) DEFINISI : Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya
supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan
Tuhan.

b) Kategori orang kurang upaya :


➢ Kurang upaya penglihatan - tidak boleh melihat langsung atau penglihatan
terhad
➢ Kurang upaya pendengaran - pekak
➢ Kurang upaya pertuturan - bisu
➢ Kurang upaya anggota - mengalami kecacatan badan termasuklah kudungm
berpenyakit polio, lumpuh dan spastik

c) Orang kurang upaya merupakan ahli masyarakat yang istimewa dan boleh
membantu membangunkan Negara.

d) Di antara punca-punca kecacatan golongan kurang upaya:


➢ Kelahiran
81
➢ Kemalangan
➢ Penyakit

e) Di antara usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu orang kurang upaya:


➢ Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat latihan dan institusi
perlindungan khas
➢ Memberi peluang pendidikan hingga ke peringkat tertinggi
➢ Menyokong penglibatan mereka dalam bidang ekonomi dan kraftangan
➢ Menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU

f) Kepentingan menghormati golongan kurang upaya adalah seperti berikut :


➢ Dapat mengelakkan golongan ini merasa terpinggir dalam masyarakat
➢ Dapat menaikkan semangat mereka untur menunjurkan kelebinan yang ada
pada mereka
➢ Mereka dapat menunjukkan bakat masing-masing tanpa rasa rendah diri
➢ Mereka dapat merasakan golongan seperti mereka dihargai

V. HAK PENGGUNA
a) DEFINISI: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah
diekploitasi.
b) Hak sebagai pengguna untuk mendapat keperluan asas :
➢ Hak untuk mendapatkan pendidikan
➢ Hak untuk mendapatkan makanan
➢ Hak untuk mendapatkan pakaian
➢ Hak untuk mendapat tempat tinggal
➢ Hak untuk mendapatkan kesihatan
➢ Hak untuk mendapatkan sanitasi

c) Selain itu, pengguna berhak untuk :


➢ Menyuarakan pendapat apabila barangan yang dibeli tidak seperti yang
dipamerkan
➢ Mendapat ganti rugi kerana kecuaian pihak pengeluar
➢ Membuat pilihan agar perkhidmatan yang diberikan memuaskan
➢ Mendapatkan maklumat agar perkhidmatan yang diberikan memuaskan

82
d) Antara contoh tanggungjawab kita sebagai pengguna :
➢ Melaporkan kepada pihak bertanggungjawab melakukan kerja pengutipan
sampah untuk mendapat persekitaran yang bersih
➢ Memeriksa tarikh tamat/tarikh luput apabila membeli barang makanan.
➢ Memeriksa bahan-bahan yang terkandung dalam barang makanan yang dibeli.
➢ Merancang pembelian iaitu memilih, dan membuat perbandingan barangan
dan perkhidmatan yang diperlukan.

83
Rujukan

Aida Fizleen Follow Working at Kementerian Pengajian Tinggi (n.d.). Surat pekeliling
ikhtisas 1. Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved January 18,
2023, from https://www.slideshare.net/aidafizleen/surat-pekeliling-ikhtisas-1

Alya Aqilah (2019). Pendidikan Keselamatan dari aspek infrastruktur di luar bangunan
(outdoor).
https://www.scribd.com/presentation/327007997/Keselamatan-Assignment-PKE
K3023

Amin, S. M., Ghani, S. A., & Ab Latif, A. (2005). Konsep dan pelaksanaan sekolah
selamat. In Persidangan Seminar Pendidikan 2005. (PDF) KONSEP DAN
PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT Oleh | kiu kevin - Academia.edu

Aslamiah (2022). Prosedur Kecemasan Semasa Kebakaran.


https://sgs.upm.edu.my/artikel/prosedur_kecemasan_semasa_kebakaran-64598

Attunz Anthony (2014). Pengenalan Pendidikan Keselamatan.


http://jezatun.blogspot.com/2014/10/pengenalan-pendidikan-keselamatan.html

Eksa Zon Bhg Khidmat Pengurusan (2015). Tindakan Kecemasa.


http://zonbkpjkspk.blogspot.com/p/aktiviti.html

FernyelizaStephen. (2021, January 30). Pengurusan Keselamatan Sekolah


(Kumpulan 10). Slideshare.
https://www.slideshare.net/FernyelizaStephen/pengurusan-keselamatan-sekolah
-kumpulan-10

Hamid, S. S., & Ahmad, N. K. L. (2022). PENUNJUK SEKOLAH SELAMAT


(PSS). Journal of Engineering and Health Sciences, 5(1), 129-137.

Ismail NISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal


daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee. (2016, February
9). Undang-Undang tort di Malaysia. Dulu Lain Sekarang Lain. Retrieved January
18, 2023, from https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undan
g-undang-tort-di-malaysia
84
Isu Terkini Pendidikan Keselamatan (2016). Presentations and videos with engaging
visuals for hybrid teams. Prezi. Retrieved January 16, 2023 from
https://prezi.com/7depcjho9kjz/isu-isu-terkini-pendidikan-keselamatan/.

Jessca Primus (2018). Pendidikan Keselamatan Dari Aspek Infrastruktur (INDOOR).


https://www.scribd.com/embeds/517724605/content?start_page=1&view_mode=
scrll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

Jezy Leniz (2017). Pendidikan Keselamatan. https://pdfcoffee.com/pendidikankesela


matan-5-pdf-free.html#Jezy+Leniz

Kementerian Kesihatan Malaysia (2023). Keselamatan Di Taman Permainan.


http://www.myhealth.gov.my/keselamatan-di-taman-permainan/

Keselamatan diri di persekitaran (2020). Course Hero.


https://www.coursehero.com/file/76074802/KESELAMATAN-DIRI-DI-PERSEKI
TARANdocx/

Khoo Mei Fong (2020). Pendidikan Keselamatan dari aspek infrastruktur (kantin dan
bengkel). https://www.scribd.com/presentation/320338406/Pendidikan-Ke
selamatan-Dari-Aspek-Infrastruktur-Kantin-dan-Bengkel

12,092 kes jenayah kewangan penipuan dalam talian dilapor tahun ini | The Merdeka
Times. The Merdeka Times | Berani. Benar. Bebas. (n.d.). Retrieved January 16,
2023 from 12,092 kes jenayah kewangan penipuan dalam talian dilapor tahun ini
| The Merdeka Times.

Nabilah Norzaidi(2017). Pendidikan keselamatan dalam hubungan sosial. SlideShare.


https://www.slideshare.net/FatinNabilahNorzaidi/pkes3023-pendidikan-keselama
tan-dalam-hubungan-sosial

Nurul Atirah Abd Rahim Follow Working at Universiti Sains Malaysia. (n.d.). Akta
Kanak-Kanak 2001. Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved
January 18, 2023, from
https://www.slideshare.net/nurulatirahabdrahim/akta-kanakkanak-2001
85
Pheng. (n.d.). Pn Lok Yim Pheng NUTP. Retrieved January 17, 2023, from
https://www.dosh.gov.my/index.php/list-of-documents/aktiviti-jkkp/program-kese
daran-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-di-sekolah-2014/1211-isu-dan-cab
aran-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-kkp-di-sekolah/file

Rosdi, U. (2016, December 23). Undang Undang tort. Academia.edu. Retrieved


January 18, 2023, from https://www.academia.edu/30595534/UNDANG_UNDAN
G_TORT

Rozman. (n.d.). Format Laporan Kes Kemalangan Murid. Pdfcoffee.com. Retrieved


January 17, 2023, from
https://pdfcoffee.com/format-laporan-kes-kemalangan-murid-pdf-free.html

Sally. (2021, September 9). NOTA RINGKAS (TANGGUNGJAWAB DAN


AKAUNTABILITI GURU) - Membalik Buku Halaman 1-3 | AnyFlip. Anyflip.com.
https://anyflip.com/fbybc/aecx/basic

Scribd. Discover the Best eBooks, Audiobooks, Magazines, Sheet Music, and More |
Scribd. (n.d.). Retrieved January 16, 2023 from Scribd

Sue sha Follow teacher at smkm. (n.d.). NOTA pendidikan moral ting.1 Bagi bidang 5 :
Hak Asasi manusia. Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved
January 18, 2023, from
https://www.slideshare.net/suesmktbb/bidang-5-hak-asasi-manusia

Tius. (2018, May 21). (PDF) Penyiasatan Kemalangan Dan Laporan Pemeriksaan
Keselamatan. Dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/penyiasatan-kema
langan-dan-laporan-pemeriksaan-keselamatan.html?page=2

Vickneswari Pandian (2015). Pengenalan Pendidikan Keselamatan.


https://www.academia.edu/43668838/BAB_1_PENGENALAN

86
Wikimedia Foundation. (n.d.). Hak Asasi manusia. Wikipedia. Retrieved January 18,
2023, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia#:~:text=Hak%20as
asi%20manusia%20adalah%20prinsip,undang%2Dundang%20perbandaran%2
0dan%20antarabangsa

87

You might also like