Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KARANGAN

BAHAGIAN A
Objektif Pengajaran
Pada akhir pengajaran pelajar akan dapat :
1. Menulis untuk mengolah maklumat daripada pelbagai
bahan dan sumber .
2. Menulis untuk menghubung kait maklumat daripada
pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan
bahan grafik.
3. Menulis dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan semangat


kejiranan. Huraikan pendapat anda tentang semangat kejiranan.
Panjang huraian hendaklah anntara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1

SEMANGAT
KEJIRANAN
• ERAT SILATURAHIM
• PUPUK PERPADUAN
• MEMBANTU
SEMASA
KECEMASAN
Bahan 2

Pantun Semangat Kejiranan

Pokok bunga menghias dewan,


Berwarna-warni di tepi batu,
Kenali jiran hidup berteman,
Moga ukhwah menjadi satu.

Pergi ke sungai memancing ikan,


Ikan dibawa di dalam raga,
Bersatu padu marilah amalkan
Hidup sejahtera rukun tetangga.

Sumber : Internet
TEKNIK MENGANALISIS KEHENDAK
SOALAN ( BAKATFF)
Ba Baca Baca soalan dengan telitii sambal menganalisis
perkara di bawah
Ka Kata Nama/ Analisis kata nama atau siapa yang terlibat dalam
Siapa pelbagai bahan. Jika tiada dalam soalan (pelajar
boleh guna teknik DikeMaseN)
T Kenal pasti Kesihatan
tema dalam
bahan
F Fokus soalan Teknik PukeLangC Kepentingan dan
Langkah
F Format Tiada
PERENGGAN 1 : PENDAHULUAN

AYAT Jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal AYAT DEFINISI
TOPIK berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

ISU Hubungan sesama jiran sangatlah penting kerana AYAT SEMASA


merekalah yang akan membantu kita apabila
menghadapi sebarang kesusahan. Pepatah Melayu
ada mengatakan Jiran Sepakat Membawa Berkat.
AYAT Persoalannya , apakah kepentingan semangat AYAT TANYA
ARAHAN kejiranan dan langkah-langkah memupuk semangat
kejiranan?
Cadangan Isi 1:
Kepentingan semangat kejiranan
(fokus 1)
AYAT TOPIK/ ISI Kepentingan semangat kejiranan adalah dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

AYAT HURAIAN Hal ini demikian kerana hubungan yang erat antara jiran amat
( MENGAPA) + UM pentingkan bagi mewujudkan sebuah kehidupan masyarakat yang
harmoni . Jiran yang baik apabila mereka sangat memerlukan
antara satu sama lain . Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.

AYAT CONTOH Contohnya apabila mengetahui ada jiran yang ditimpa musibah,
( BAGAIMANA) ketika itulah mereka perlu bertanya khabar jiran lantas dapat
mengeratkan lagi hubungan sesama jiran tetangga.

AYAT PENEGAS Jelaslah bahawa kepentingan semangat kejiranan dapat


mengeratkan hubungan silaturahim .
Cadangan Isi 2:
Langkah memupuk semangat kejiranan
(fokus 2 )
AYAT TOPIK/ ISI Langkah memupuk semangat kejiranan juga adalah setiap
anggota masyarakat hendaklah saling mengenali jiran tetangga.

AYAT HURAIAN Hal ini demikian kerana apabila kita mengenali jiran pasti akan
( MENGAPA) + UM dapat merapatkan lagi hubungan tatkala kita sering bertegur sapa
dan mengetahui latar belakang mereka.

AYAT CONTOH Contohnya apabila diadakan sesebuah majlis kenduri atau aktiviti
( BAGAIMANA) kemasyarakatan setempat , ini akan dapat membuka ruang kepada
setiap anggota masyarakat untuk mengenali jiran dengan lebih
rapat bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
AYAT PENEGAS Jelaslah bahawa langkah untuk memupuk semangat kejiranan
adalah setiap anggota masyarakat hendaklah saling mengenali jiran
tetangga mereka.
Perenggan Penutup
Ulasan Berdasarkan huraian-huraian di atas jelaslah bahawa
semangat kejiranan haruslah dipupuk dalam kalangan
masyarakat.
Syor/ cadangan Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha
memupuk semangat kejiranan kerana hendak seribu
daya , tak hendak seribu dalih.
Harapan Kesimpulannya, semangat kejiranan yang erat dan
kukuh akan mewujudkan sebuah negara yang aman
dan harmoni.

You might also like