Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KAEDAH MEMAHAMI MAKSUD PETIKAN PEMAHAMAN

 Apabila calon sudah membaca petikan pemahaman, kenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang


berkaitan dengan soalan.
 Gariskan pembolehubah yang dikenalpasti termasuk nilainya sekali.

Keyword-keyword untuk memahami kehendak soalan:

1. Selalunya (bukan wajib) ayat dalam perenggan pertama petikan pemahaman hanyalah ayat untuk
mengelirukan pelajar (perangkap). Kadangkala pula perenggan tersebut hanyalah satu pengenalan
umum sahaja. Jadi, pelajar perlu berhati-hati dan sentiasa fokus pada kehendak soalan.

2. Contoh beberapa keyword yang perlu diketahui daripada petikan :

“bertambah kepada/ bertambah menjadi” bermaksud (itulah nilai sebenar

pada tahun tersebut, tidak perlu ditambah atau ditolak)

a). Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang bertambah kepada/bertambah menjadi 16, 859 ribu orang
pada tahun berikutnya..

# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang


Tahun 2006 = 16,859 ribu orang

b). Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang berkurang kepada/berkurang menjadi 16, 222 ribu orang
pada tahun berikutnya..

# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang


Tahun 2006 = 16,222 ribu orang

3. “bertambah sebanyak” bermaksud (nilai tahun sebelum + nilai tambahan diberi)

Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang bertambah sebanyak 376 ribu orang pada tahun berikutnya.

# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang


Tahun 2006 = (16, 483 + 376 ) = 16,859 ribu orang

4. “berkurang sebanyak” bermaksud (nilai tahun sebelum - nilai diberi)

Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang berkurang sebanyak 376 ribu orang pada tahun berikutnya.

# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang


Tahun 2006 = (16, 483 - 376 ) = 16,107 ribu orang

9
5. “sebanyak” bermaksud (jumlah nilai pada tahun itu)

Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 1,187 ribu orang dan
bertambah kepada 1, 232 300 orang pada tahun 2008 dan terus meningkat sebanyak
54 ribu orang pada tahun 2009.

# Tahun 2007 = 1,187 000 orang


Tahun 2008 = 1,232 300 orang
Tahun 2009 = (1,232 300 + 54 000) = 1,286, 300 orang

6. Mengira peratusan.

Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8,876,200 orang, iaitu 32 % daripada
jumlah keseluruhan penduduk pada tahun berkenaan.

# Tahun 2018 = 8,876,200 orang @ 32 peratus jumlah keseluruhan penduduk

Jumlah keseluruhan = 8,876,200 X 100 = 27,738,125 orang


32
7. Mengira peratusan.

Kes warganegara yang masih hilang dilaporkan sebanyak 828 kes pada tahun 2010 dan berkurang sebanyak
5.31% pada tahun 2011.

# Tahun 2010 = 828 kes Tahun 2011 = berkurang sebanyak 5.31%

Tahun 2011 = 5.31 X 828 = 43.97 @ 44 kes


100
Tahun 2011 = 828 – 44 = 784 kes

10
Latihan 1
Objektif Pembelajaran Pelajar dapat;

1) Membezakan antara ‘meningkat kepada...’ dengan ‘meningkat sebanyak...’ dan


‘menurun kepada...’ dengan ‘menurun sebanyak...’
2) Membuat pengiraan tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi ()
3) Menukarkan nilai peratus () kepada nilai mutlak
4) Menentukan UNIT yang betul bagi setiap jawapan

1. Bilangan pengikut Lionel Messi di Instragram pada tahun 2021 ialah 1,360,366
pengikut. Setelah memenangi Piala Dunia 2022, pengikut Lionel Messi di
Instragram telah meningkat sebanyak 1 239 019 pengikut. Berapa pengikut
Lionel Messi di Instragram pada tahun 2022?

Jawapan: 2599385 pengikut

2. Jumlah pasangan dari Negara X yang berkahwin di Thailand pada tahun 2018
ialah 50 pasangan. Pada tahun 2019 jumlah pasangan dari Negara X yang
berkahwin di Thailand meningkat kepada 20 pasangan. Berapa pasangan dari
Negara X yang berkahwin di Thailand pada tahun 2019?

Jawapan: 20 pasangan

3. Pada tahun 2019 Tealive berjaya menjual 10 000 000 cawan di seluruh Malaysia,
Pada tahun 2021, Tealive telah berjaya meningkatkan jualan sebanyak 30 000
cawan. Berapa cawan yang berjaya dijual oleh Tealive pada tahun 2021?

Jawapan: _10030000_cawan___________________________________

4. Bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia pada tahun 2020 ialah 80 500 orang.
Dijangka bilangan pesakit penyakit ini meningkat sebanyak 100 000 orang pada
tahun 2021. Berapakah jangkaan pesakit Covid-19 di Malaysia pada tahun 2021?

Jawapan: 180500_pesakit_________________________________________________

11
5. Pada tahun 2001, jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil ialah seramai 350
000 orang. Pada tahun 2002 pula jumlah penonton ini meningkat sebanyak 100 000
orang. Berapakah jumlah penonton di Studium Nasional Bukit Jalil pada tahun
2002?

Jawapan: 450000 penonton

6. Bilangan pelancong dari China yang melawat Malaysia pada tahun 2007 ialah
seramai 96 790 orang. Bilangan ini meningkat sebanyak 20 990 orang pada tahun
2008. Berapakah jumlah pelancong dari negara China yang melawat Malaysia?

Jawapan: 214570 pelancong

7. Kes Kemalangan di Sabah semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010, kes
kemalangan maut yang dicatatkan di negeri Sabah ialah sebanyak 307 kes,
manakala pada tahun 2011 jumlah kemalangan maut yang dicatatkan meningkat
sebanyak 34 kes. Berapakah jumlah kes kemalangan maut yang dicatatkan di negeri
Sabah pada tahun 2011?

Jawapan: 341 kes


8. Syifa Ilham banyak memelihara kucing. Pada tahun 2003, jumlah kucing peliharaan
Syifa Ilham ialah sebanyak 23 ekor. Pada tahun 2004 pula, jumlah kucing syifa
meningkat sebanyak 43 ekor. Berapakah jumlah kucing Syifa Ilham pada tahun
2004?

Jawapan: 66 ekor

9. Usaha memulihara alam sekitar semakin giat dijalankan oleh pihak kerajaan. Hal ini
terbukti dengan peningkatan jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula. Pada
tahun 2007, jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula ialah sebanyak 250 ribu
batang. Jumlah ini terus meningkat kepada 320 ribu batang pada tahun 2008.
Berapakah jumlah pokok kayu balak yang ditanam semula pada tahun 2008?

Jawapan: 320 ribu pokok kayu balak

10. Bilangan pendatang asing yang masuk secara haram ke Malaysia semakin meningkat
setiap tahun. Pada tahun 2010, seramai 920 ribu pendatang asing yang masuk
secara haram ke negara kita. Pada tahun 2011 pula berlaku peningkatan seramai
120 ribu orang berbanding tahun 2010. Berapakah jumlah pendatang asing yang
masuk ke Malaysia secara haram pada tahun 2011?
12
Jawapan: 1040000 pendatang asing

13
11. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, seramai 25 867 orang
pelajar lepasan STPM telah ditawarkan menyambung pengajian ke
universiti awam pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2010 pula, jumlah
ini telah meningkat kepada 26 523 orang. Berapakah jumlah pelajar
lepasan STPM yang ditawarkan menyambung pengajian di universiti awam
pada tahun 2010?

Jawapan: __26523 orang pelajar____________________________________

12. Mangsa banjir di Kelantan pada tahun 2001 seramai 3 321 orang, jumlah
ini berkurangan sebanyak 1 120 orang pada tahun 2002. Berapakah
jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan pada tahun 2002?

Jawapan: 2201 orang mangsa banjir________________________________________

13. Dengan pelbagai kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak kerajaan
melalui pelbagai medium perhubungan menjadi faktor utama jumlah
penurunan perokok di Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah perokok di
Malaysia ialah sebanyak 23 456 orang dan jumlah ini menurun sebanyak 3
456 orang pada tahun 2006. Berapakah jumlah perokok di Malaysia pada
tahun 2006?

Jawapan: 20000 orang perokok

14. Malaysia mendapat pengikhtirafan negara ke 19 di dunia yang selamat


untuk dilawati. Hal ini terbukti dengan penurunan kadar jenayah di
Malaysia. Pada tahun 2009, kadar jenayah di Malaysia mencatatkan
sejumlah 2 123 kes. Manakala pada tahun 2010, jumlah jenayah di
Malaysia menurun sebanyak 321 kes. Berapakah jumlah jenayah yang
dicatatkan pada tahun 2010 di Malaysia?

Jawapan: 1802 kes jenayah________________________________

15. Bilangan pengguna Nokia semakin menurun akibat peralihan pengguna


kepada jenama Apple dan Samsung. Pada tahun 2006, bilangan pengguna
Nokia adalah seramai 9 754 orang. Pada tahun 2007 pula, bilangan
pengguna Nokia menurun sebanyak 1 897 orang berbanding tahun 2006.
Berapakah bilangan pengguna Nokia pada tahun 2007?

Jawapan: 7857 orang pengguna__________________________________

14
16. Jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur Ermila Amara Auliya Bidadari
Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali di Bank Islam pada bulan April adalah
sebanyak RM900, tetapi pada bulan Jun jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur
Ermila Amara Auliya Bidadari Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali telah berkurang
menjadi RM 400. Berapa jumlah duit simpanan Puteri Aura Nur Ermila Amara
Auliya Bidadari Nawal Al Zendradi Zetty Bin Ali pada bulan Jun?

Jawapan: RM400

17. Jumlah hutang negara pada tahun 2009 ialah sebanyak RM1506 bilion.
Jumlah hutang negara ini telah berkurang kepada RM1499 bilion pada
tahun 2010. Berapakah jumlah hutang negara pada tahun 2010?

Jawapan: RM1499 bilion

18. Zee mempunyai 20 biji guli berwarna biru. Bilangan guli merah melebihi
20 peratus daripada bilangan guli biru. Berapakah bilangan guli merah?

Jawapan: 24 biji guli

19. Bilangan guli hijau Zee berjumlah 50 biji. Bilangan guli hitam
melebihi 35 peratus daripada bilangan guli hijau. Berapakah bilangan guli
hitam?

Jawapan: 68 biji guli

20. Guli putih melebihi 60 peratus daripada bilangan guli hijau yang
berjumlah 50 biji. Berapakah bilangan guli putih?

Jawapan: 80 biji guli

21. Bilangan guli merah jambu ialah 78 biji. Guli coklat kurang 77 peratus
daripada bilangan guli merah jambu. Berapakah bilangan guli coklat?

Jawapan: 18 biji guli

22. Guli berwarna oren berjumlah 90 biji. Bilangan guli ungu kurang 57
peratus daripada bilangan guli berwarna oren. Berapakah bilangan guli
ungu?

Jawapan: 39 biji guli


15

You might also like