Norpipah Binti Hassan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH REMBAU

DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

[KES NO.: 05002-057-0093 TAHUN 2018]

ANTARA

NORPIPAH BINTI HASSAN … PLAINTIF

DENGAN

ADNAN BIN LAZIM … DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN

A. PENDAHULUAN

[1] Kes ini merupakan kes tuntutan perceraian secara ta’liq yang
telah difailkan oleh Plaintif di Mahkamah Rendah Syariah
daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus pada
11/04/2018, berdasarkan Seksyen 50, Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (‘EUUKINS 2003’).

[2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 31/01/1968 di


Rembau, Negeri Sembilan; dan sepanjang tempoh perkahwinan,
Plaintif dan Defendan telah dikurniakan dengan 4 orang anak.

[3] Saman dan Pernyataan Tuntutan telah disempurnakan kepada


Defendan secara penyampaian ganti melalui tampalan di alamat
terakhir Defendan yang diketahui, iaitu di No. A-3-11,
Pangsapuri Rakyat Sri Perdana, Paroi, 70 400 Seremban, Negeri
Sembilan, pada 02/08/2018.

1
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

[4] Serahan Saman dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan


melalui penyampaian ganti secara tampalan ini adalah memenuhi
kehendak Seksyen 48(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (‘ETMMSNS 2003’), yang
menyatakan:-

„Seksyen 48 Penyampaian ganti

48(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-


apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen
lain itu tidak dapat disampaikan secara biasa,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman
atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara
menampalkan suatu salinannya di papan
kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat
yang mudah dilihat di bangunan tempat orang
yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak
disampaikan terakhir diketahui tinggal, atau
mengikut apa-apa cara lain yang difikirkan patut
oleh Mahkamah.

[5] Sejak Saman dan Pernyataan Tuntutan telah disempurnakan


kepada Defendan secara penyampaian ganti melalui tampalan
sehinggalah kes selesai dibicarakan, Defendan telah gagal, abai
atau ingkar untuk menghadirkan diri ke Mahkamah. Seterusnya,
Mahkamah telah membenarkan agar perbicaraan kes ini
dijalankan sebelah pihak tanpa kehadiran Defendan, selaras
dengan kehendak Seksyen 121(1)(b) ETMMSNS 2003, yang
menyatakan:-

„Seksyen 121 Ketidakhadiran pihak-pihak

121(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil


untuk pendengaran—

2
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

(b) Defendan tidak hadir, Mahkamah


boleh, tertakluk kepada bukti
penyampaian wajar, mendengar dan
memutuskan tindakan itu tanpa
kehadirannya;‟

[6] Nas Syara’ juga telah terlebih dahulu menyentuh berkenaan


perbicaraan kes yang dijalankan sebelah pihak tanpa kehadiran
Defendan, yang mana, di dalam kitab , Jilid 4, halaman
328, ada menyebutkan seperti berikut:-

Maksudnya:

„Dan penghakiman ke atas yang ghaib dalam negeri,


sekalipun jika yang ghaib itu berada di luar kawasan
wilayah Qadi itu, atau ghaib dari Mahkamah, atau
ghaib menyembunyi diri dari Mahkamah kerana takut
hadir, atau enggan menghadiri Mahkamah, adalah
harus pada dakwaan yang lain dari u‟qubati Allah,
dengan syarat dakwaan itu ada hujjah dan tidak ada
mendakwa mengatakan kena dakwa mengaku di atas
dakwaannya, bahkan dakwaan itu disangkal.‟

[7] Manakala, di dalam kitab , Jilid 4, halaman 308, ada


menyatakan, yang bermaksud:-

„Penghakiman ke atas yang ghaib adalah harus jika


dakwaan ke atasnya ada keterangan (bayyinah) dan
dakwaan itu disangkal, kalau ada mengatakan yang
ghaib itu mengaku, tidak boleh didengar keterangan
dakwaan, jika diiklankan iaitu tidak dikemukakan

3
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

dakwaan itu disangkal atau diakui, keterangan


dakwaan boleh didengar, kerana tidak diketahui
samaada dakwaan itu disangkal atau diakui, maka yang
ghaib itu dianggap seperti yang berdiam diri.‟

[8] Perkara 67, di dalam menyatakan seperti berikut:-

Maksudnya:-

„Diam seseorang itu merupakan bukti persetujuan ke


atas sesuatu tuntutan.‟

[9] Berpaksikan kepada otoriti-otoriti di atas, Mahkamah percaya


bahawa perbicaraan kes yang dijalankan sebelah pihak tanpa
kehadiran Defendan adalah bertepatan dengan kehendak Syara’,
seperti firman Allah S.W.T di dalam surah An-Naml, ayat 21,
iaitu:-

Maksudnya:-

“Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan


seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan
menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku
alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-
sebab dia tidak hadir).”

[10] Berpaksikan kepada otoriti-otoriti di atas, Mahkamah percaya


bahawa perbicaraan kes yang dijalankan sebelah pihak tanpa
kehadiran Defendan adalah bertepatan dengan kehendak Syara’
dan juga undang-undang; dan sama sekali tidak terjumlah
kepada pencabulan kepada hak Defendan untuk didengar yang

4
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

dijamin oleh prinsip ‘audi alteram patem’ serta Perkara 5(3)


Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan:-

„Perkara 5 Kebebasan diri

5(3) Jika seseorang ditangkap maka dia


hendaklah diberitahu dengan seberapa
segera yang boleh alasan-alasan dia
ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan
berunding dengan dan dibela oleh seorang
pengamal undang-undang pilihannya.‟

[11] Pada tarikh 14/08/2018, Plaintif telah memberikan keterangan


utama secara lisan; dan diikuti dengan keterangan bertulis saksi-
saksi Plaintif, Encik Ali bin Hassan (‘SP-1’), yang merupakan
adik lelaki kandung Plaintif, dan keterangan Puan Nor Hasimah
binti Salleh (‘SP-2’), yang merupakan adik ipar Plaintif.
Mahkamah kemudiannya telah menetapkan tarikh keputusan
pada 26/09/2018.

[12] Sepanjang perbicaraan, Plaintif hadir in person, manakala


Defendan, seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, tidak
pernah hadir ke Mahkamah dan tidak diwakili oleh mana-mana
Peguam Syarie,.

[13] Di dalam Penyata Tuntutannya, Plaintif menjadikan perkara


berikut sebagai alasan tuntutan ta’liqnya, iaitu, Defendan telah
meninggalkan Plaintif selama tempoh 4 bulan Hijrah berterusan
dengan sengaja tanpa nafqah.

B. ISU

[14] Dalam kes ini, Mahkamah perlu memutuskan lima (5) isu, iaitu:-

5
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

i. Sama ada Mahkamah ini berbidangkuasa bagi


mendengar, membicara dan memutuskan tuntutan
ta’liq oleh Plaintif; dan

ii. Sekiranya Mahkamah ini berbidangkuasa, sama ada


wujud pernikahan yang sah antara Plaintif dan
Defendan mengikut hukum Syara’ dan undang-
undang;

iii. Sama ada Defendan telah melafazkan ta’liq selepas


bernikah dengan Plaintif;

iv. Sama ada Defendan telah melanggar lafaz ta’liq, iaitu


Defendan telah meninggalkan Plaintif selama tempoh
4 bulan Hijrah berterusan dengan sengaja tanpa
nafqah; dan

v. Sama ada Plaintif telah membuat aduan berkenaan


pelanggaran ta’liq oleh Defendan.

C. TAKRIF DAN OTORITI BERKAITAN TA‟LIQ

[15] Sebelum Mahkamah meneroka lebih jauh lagi, Mahkamah


berpandangan adalah wajar bagi Mahkamah ini untuk meneliti
takrif ta’liq talaq; dan segala otoriti, baik dari sudut hukum
Syara’, undang-undang, mahupun keputusan kes yang
menyentuh keharusan ta’liq.

[16] Menurut kamus , dari sudut bahasa, ta’liq berasal


daripada perkataan yang bererti gantung,
bergantung, keadaan tergantung, seperti ungkapan:
iaitu menggantungkan sesuatu dengan sesuatu, dan digunakan
juga perkatatan tersebut bagi maksud mengikat atau menambat
binatang. Perkataan ini juga pernah digunakan bagi membawa

6
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

maksud melekat atau menyangkut, seperti ungkapan:


yang bererti duri terlekat atau tersangkut di kain.

[17] Dari sudut istilah pula, Imam Al-Nawawi, di dalam kitab


, Jilid 18, halaman 152, telah
mendefinisikan ta’liq seperti berikut:-

Maksudnya:-

„Apabila ditaliqkan talaq dengan sesuatu syarat yang


tidak mustahil boleh berlaku, seperti masuk ke dalam
rumah atau kedatangan awal bulan, maka,
tergantunglah talaq itu dengan syarat tersebut. Apabila
berlaku syarat itu, maka, jatuhlah talaq yang
disebutkan itu (tanpa berhajat kepada lafaz talaq yang
baharu, malah, kalau ada talaq baharu, maka jatuhlah
satu talaq, menambahkan talaq yang telah dijatuhkan
secara ta‟liq).‟

[18] Menurut Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily, di dalam ,


Jilid 7, halaman 378, ta’liq adalah talaq, seperti kenyataan
berikut:-

Maksudnya:-

„Logiknya, bahawa sebenarnya ta‟liq talaq itu adalah


talaq, dan talaq itu merombak ikatan perkahwinan dan
membatalkan hak milik sebagai suami.‟

7
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series
[19] Berkenaan keharusan ta’liq talaq, Mahkamah merujuk kepada
karya Imam Al-Nawawi, , Jilid 8, halaman 115, yang
menyatakan seperti berikut:-

Maksudnya:-

„Ta‟liq talaq itu hukumnya harus, jika telah dita‟liq


talaq, tidak harus menarik balik, sama ada dita‟liq
dengan sesuatu syarat yang diketahui boleh berlaku
atau berkemungkinan boleh berlaku, talaq ta‟liq
tersebut tidak serta merta, melainkan setelah berlaku
syarat yang ditentukan pada 2 jenis misal tadi.‟

[20] Berkenaan otoriti berkaitan ta’liq, Allah S.W.T telah berfirman


di dalam Surah Al-Maidah, ayat 1, iaitu:-

Maksudnya:-

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta


sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan
bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan
sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang
haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang
ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu
boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam
keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan
hukum apa yang Dia kehendaki.”

[21] Allah S.W.T juga telah berfirman di dalam Surah Al-Anaam,


ayat 152, iaitu:-

8
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

Maksudnya:-

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim


melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,
serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan
sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan
adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan
kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya dan
apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat
apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku
adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat
(dengan kamu) dan perjanjian (perintah-perintah)
Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
beringat (mematuhiNya).”

[22] Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Isra’, ayat 34,
iaitu:-

Maksudnya:-

“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim


melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,
serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan

9
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan


manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”

[23] Rasulullah S.A.W bersabda, yang diriwayatkan oleh Imam


Bukhari, iaitu:-

Maksudnya:-

„Seorang mu‟min terikat dengan perjanjiannya, kecuali


suatu perjanjian yang menghalalkan apa yang
diharamkan, dan mengharamkan apa yang dihalalkan.‟

[24] Rasululullah S.A.W juga telah bersabda, iaitu:-

Maksudnya:-

„Seorang mukmin itu terikat dengan perjanjiannya.‟

[25] Rasullullah S.A.W bersabda lagi, yang diriwayatkan oleh Imam


Muslim dan Imam Abu Dawood, dengan maksud:-

„Syarat yang lebih utama dan wajar ditunaikan ialah


yang menjadikan persetubuhan halal.‟

[26] Seksyen 50(1)dan (2) EUUKINS 2003 menyatakan seperti


berikut:-

‟Seksyen 50 Perceraian di bawah ta‟liq atau janji

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh,


jika berhak untuk mendapat perceraian
menurut syarat-syarat ta’liq yang dibuat
selepas berkahwin, memohon kepada

10
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

Mahkamah untuk menetapkan bahawa


perceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa


permohonan itu dan membuat suatu
penyiasatan mengenai kesahan perceraian
itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian
itu adalah sah mengikut Hukum Syarak,
hendaklah mengesahkan dan merekodkan
perceraian itu dan menghantar suatu salinan
rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar
yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar
untuk didaftarkan.‟

D. ANALISA MAHKAMAH

i. ISU 1-SAMA ADA MAHKAMAH INI


BERBIDANGKUASA BAGI MENDENGAR,
MEMBICARA DAN MEMUTUSKAN TUNTUTAN
PERCERAIAN TA‟LIQ PLAINTIF

[27] Isu bidangkuasa Mahkamah ini penting oleh kerana seseorang


Hakim itu adalah merupakan naib khalifah kepada khalifah
(penguasa negara) yang melantiknya. Sebagai naib khalifah,
kuasa yang diperolehi seseorang Hakim adalah setakat yang
diberi mandat kepadanya. Dari sinilah bidang kuasa seseorang
Hakim itu menerima taqyid (pembatasan), itlaq (tanpa had),
umum dan khusus dari segi masa, tempat, pihak yang bertikai
dan jenis-jenis pertikaian. Para fuqaha menggunakan istilah al-
taqlid al-„am wa al-taqlid al-khas bagi menunjukkan bidang
kuasa seseorang Hakim.

11
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

[28] Bidangkuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama


disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara’. Antaranya
sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di
dalam kitabnya, , yang mana pada halaman 54, telah
dinyatakan seperti berikut:-

Maksudnya:-

„Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah


mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim
semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan
dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu
mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi
bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri,
undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau
bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh
yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi
kes-kes yang dia diberi bidangkuasa sahaja, dan Hakim
itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang
tidak diberi kepadanya.‟

[29] Berkenaan dengan bidang kuasa Hakim (qadi), oleh Dr. Wahbah
Al-Zuhaily, di dalam karyanya , Juzu’ 6, halaman
750 hingga halaman 751, menyatakan terdapat sepuluh (10)
bidang kuasa hakim, iaitu:-

1. Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang


berselisih sama ada secara suka sama suka ( sulh),
atau secara paksaan melalui hukuman yang
diperkuat kuasakan;

12
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

2. Menghalang orang yang zalim daripada


melakukan perompakan, pencerobohan dan lain -
lain, serta menolong orang teraniaya dan
menyampaikan hak kepada tuannya;

3. Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak


Allah S.W.T;

4. Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-


luka;

5. Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta


anak yatim, orang gila dan melantik wasi untuk
menguruskan harta mereka;

6. Mengawasi harta waqaf;

7. Melaksanakan wasiat;

8. Mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau


yang walinya enggan mengahwinkannya;

9. Mengawasi kepentingan-kepentingan awam


seperti jalan raya dan lain-lain; dan

10. Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang


mungkar dengan perkataan dan perbuatan.‟

[30] Di dalam kitab , halaman 39 hingga 40, Dr.


Abdul Karim Zaidan menyatakan dengan maksud:-

„Apabila khalifah melantik seseorang Hakim untuk


satu-satu daerah bagi menghakimi penduduknya dalam
semua jenis pertikaian sama ada sivil mau pun jenayah
dalam semua waktu, maka Hakim yang sebegini
lantikannya mempunyai bidang kuasa umum. Dan

13
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

apabila khalifah melantik seseorang Hakim dengan


beberapa ikatan tertentu dari segi tempat atau masa
atau jenis-jenis kes dan pertikaian atau jenis-jenis
orang yang bertikai, maka Hakim yang sebegini
lantikannya mempunyai bidang kuasa khas atau
tertentu. Pembatasan kuasa Hakim yang dilantik dalam
bentuk tertentu sebegini dikenali di kalangan f uqaha
dengan istilah takhsis al-qada’ ( ).‟

[31] Mahkamah merujuk kepada karya Al-Imam Al-Mawardi di


dalam , halaman 72, yang menyatakan:-

Maksudnya:-

„Jika bidang kuasa yang diberikan kepada Qadhi itu


khusus maka ia terikat kepada bidang kuasanya
sahaja.‟

[32] Dr. Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Marzuki, di


dalam kitabnya , halaman 146, telah
memetik kata-kata Ibn Farhun, iaitu:-

Maksudnya:-

„Setengah negeri, para hakim hanya diberi kuasa untuk


mendengar dan membicarakan kes-kes yang berhubung
kait dengan urusan nikah kahwin sahaja.‟

[33] Begitu juga Imam Al-Syirazi telah menukilkan di dalam kitab


, Jilid 5, halaman 337, dan Al-Syeikh
Sulaiman Al-Jamal di dalam kitab , Jilid 5, halaman
232, telah menyatakan:-

14
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

Maksudnya:-

„Tidak boleh bagi seorang hakim memutuskan satu -satu


hukuman atau melantik seseorang mengendalikan kes
atau mendengar keterangan saksi, atau mengirimkan
surat di wilayah hakim lain yang bukan di bawah
bidang kuasanya, jika hakim melakukan salah satu
daripada perkara tersebut maka hukumnya tidak sah.
Ini adalah kerana dia tidak mempunyai bidangkuasa
pada yang lain daripada wilayahnya.‟

[34] Persoalan bidangkuasa Mahkamah Syariah juga disentuh di


dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan
telah memperuntukkan status Mahkamah Syariah; iaitu
Mahkamah yang diletakkan di bawah bidangkuasa negeri. Fasal
2 kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan:-

„Perkara 74 Hal perkara undang-undang


Persekutuan dan Negeri

74(2) Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang


diberi kepada Badan Perundangan Negeri
untuk membuat undang-undang oleh mana-
mana Perkara lain, Badan Perundangan
Negeri boleh membuat undang-undang
mengenai mana-mana perkara yang disebut
dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua
yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan)
atau Senarai Bersama.‟

15
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

[35] Jadual Kesembilan, Senarai (2) Perlembagaan Persekutuan


Butiran (1), memperuntukkan:-

„1 Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum
Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi
orang-orang yang menganut agama Islam,
termasuk Hukum Syarak berhubung dengan
mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat,
pertunangan, perkahwinan, perceraian,
maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat,
taraf anak, penjagaan anak, pemberian,
pembahagian harta dan amanah bukan khairat;
Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai
amanah khairat dan khairat agama, perlantikan
pemegang-pemegang amanah dan perbadanan
bagi orang-orang mengenai pemberian agama
Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan
yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya
sekali dalam negeri; adat istiadat Melayu: Zakat
Fitrah dan Bait-ul-mal atau hasil agama negeri
yang seumpamanya; masjid atau mana-mana
tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-
kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang
menganut agama Islam terhadap rukun-rukun
Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan;
keanggotaan, penyusunan dan acara bagi
mahkamah-mahkamah syar‟iah, yang akan
mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-
orang yang menganut agama Islam dan hanya

16
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

mengenai mana-mana perkara yang termasuk


dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai
bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan
kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang
persekutuan; mengawal pengembangan iktikad
dan kepercayaan antara orang-orang yang
menganut agama Islam; menentukan perkara-
perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat
istiadat Melayu.‟

[36] Pada pandangan Mahkamah, Plaintif sebagai isteri Defendan


mempunyai locus standi untuk memfailkan kes ini terhadap
Defendan, dan isu locus standi ini telah disentuh oleh Tun
Salleh Abas di dalam kes Kerajaan Malaysia lwn. Lim Kit Siang
[1988] 2 MLJ 12, seperti berikut:-

„Every legal system has a built-in mechanism to protect


its judicial process from abuse by busy-bodies, cranks
and other mischief-makers by insisting that a plaintiff
should have special interest in the proceedings which he
institutes. This special interest is a nexus between him
and the party against who he brings his complaints to
Court and is known as locus standi.‟

[37] Berkenaan bidangkuasa Mahkamah ini juga, Mahkamah percaya


bahawa Seksyen 4 EUUKINS 2003 juga adalah relevan; iaitu:-

„Seksyen 4 Pemakaian

4 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan


nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua
orang Islam yang tinggal di dalam Negeri
Sembilan dan bagi semua orang Islam yang

17
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

bermastautin di dalam Negeri Sembilan tetapi


tinggal di luar Negeri itu.‟

[38] Berkenaan pemastautinan Plaintif, Mahkamah yakin dan


berpuashati bahawa Plaintif telah memenuhi syarat yang
diberikan di bawah Seksyen 4 EUUKINS 2003 yang dinyatakan
di atas, berdasarkan kepada kad pengenalan Plaintif yang
menyatakan alamat kediaman Plaintif adalah di No. 40,
Kampung Masjid Tanah, 71 300 Rembau, Negeri Sembilan.
Justeru, Mahkamah sekali lagi berpuas hati bahawa Plaintif
adalah memenuhi kehendak Seksyen 4 EUUKINS 2003; dan
Seksyen 2(1) EUUKINS 2003 menakrifkan bermastautin
sebagai:-

„Seksyen 2 Tafsiran

2 “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada


kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang
tertentu.‟

[39] Di dalam kes Sharifah Laila binti Syed Shamdin lwn. Abdul Latif
bin Arshad [1994] 9 JH (I) 16, Mahkamah Rayuan Syariah
Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti
yang terdapat dalam Seksyen 2 Enakmen tersebut hanya
mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan
atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak
disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan
tersebut.

[40] Seksyen 4 EUUKINS 2003 ini harus dibaca bersama Seksyen 45


EUUKINS 2003 yang menyatakan seperti berikut:-

„Seksyen 45 Takat kuasa untuk membuat sesuatu


perintah

18
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

45 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan


selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam
Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat
sesuatu perintah perceraian atau perintah
mengenai perceraian atau membenarkan
seseorang suami melafazkan talaq kecuali-

(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau


disifatkan didaftarkan di bawah Enakmen
ini;

(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan


mengikut Hukum Syarak; atau

(c) jika permastautinan salah satu pihak kepada


perkahwinan pada masa permohonan itu
diserahkan adalah di dalam Negeri
Sembilan.‟

[41] Mahkamah mendapati bahawa pernikahan Plaintif dan Defendan


telah dilangsungkan pada 31/01/1968 di Rembau, Negeri
Sembilan, dan salinan Sijil Nikah No. 4882, Bilangan Daftar
26/68 yang ditandakan sebagai ekshibit P1 adalah bukti prima
facie fakta ini.

[42] Dalam menentukan bahawa Mahkamah ini adalah Mahkamah


yang berbidangkuasa dalam mendengar, membicarakan dan
memutuskan tuntutan ini, Mahkamah merujuk kepada Seksyen
62(2)(b) EPAINS 2003 memperuntukkan:-

„Seksyen 62 Bidangkuasa Mahkamah Rendah


Syariah

62(2)(b) Mahkamah Rendah Syariah, dalam


bidangkuasa Mal; boleh mendengar dan

19
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

memutuskan semua tindakan dan


prosiding yang Mahkamah Tinggi
dibenarkan mendengar dan
memutuskannya dalam mana jumlah
atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan tidak melebihi Seratus
Ribu Ringgit atau yang tidak dapat
dianggarkan dengan wang. „

[43] Seksyen ini dibaca bersama Seksyen 61(2)(b)(i) EPAINS 2003


yang memperuntukkan:-

„Seksyen 61 Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah

61(2)(b) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah


dalam bidangkuasa Mal mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan
prosiding dalam mana semua pihak
adalah orang Islam dan berkaitan
dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’,


perceraian, pembubaran perkahwinan
(fasakh), nusyuz, atau pemisahan
kehakiman (faraq) atau apa-apa
perkara yang berkaitan dengan
perhubungan antara suami dengan
isteri;‟

[44] Di dalam kes Kerajaan Negeri Sembilan dan 5 Yang Lain lwn.
Muhammad Juzaili bin Mohd. Khamis dan 2 Yang Lain [2015] 8
CLJ 975, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti
berikut:-

20
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

„It is trite that any proceeding heard without


jurisdiction or power to do so is null and void ab initio.‟

[45] Berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas, Mahkamah


berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa bagi
mendengar, membicara dan memutuskan tuntutan perceraian
ta‟liq Plaintif.

ii. ISU 2-SAMA ADA WUJUD PERNIKAHAN YANG SAH


ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN MENGIKUT
HUKUM SYARA‟ DAN UNDANG-UNDANG

[46] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif dan Defendan telah


bernikah pada 31/01/1968 di Rembau, Negeri Sembilan, dan
Ekshibit P1, yang merupakan salinan Sijil Nikah yang
dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam daerah Rembau, Negeri
Sembilan, adalah pembuktian kepada kewujudan nikah antara
Plaintif dan Defendan yang mengikut hukum Syara’ dan undang-
undang.

iii. ISU 3-SAMA ADA DEFENDAN TELAH


MELAFAZKAN TA‟LIQ SELEPAS BERNIKAH
DENGAN PLAINTIF

[47] Bagi menjawab isu 3 ini, Mahkamah telah meneliti Ekshibit P1,
dan Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang maklumat
yang menyatakan bahawa Defendan telah melafazkan ta’liq
selepas bernikah dengan Plaintif. Perkara ini, dijelaskan lagi
melalui Plaintif sendiri ketika memberikan keterangan utama
yang menyatakan seperti berikut:-

“Saya tak dengar Defendan baca ta‟liq selepas bernikah


sebab saya duduk dalam bilik.”

21
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

[48] Keterangan berkenaan sama ada Defendan melafazkan ta’liq


atau sebaliknya selepas bernikah dengan Plaintif juga tidak
disokong oleh keterangan saksi-saksi Plaintif.

[49] Bagi mendapatkan pencerahan, Mahkamah telah mengambil


langkah dengan mengeluarkan surat bertarikh 20/08/2018 kepada
Pejabat Agama Islam daerah Rembau, Negeri Sembilan, untuk
tujuan pengesahan berkenaan lafaz ta’liq Defendan.

[50] Pejabat Agama Islam daerah Rembau, Negeri Sembilan, melalui


surat bertarikh 28/08/2018, telah menyatakan seperti berikut:-

“Dimaklumkan bahawa maklumat terkini hasil dari


semakan dokumen, pentadbiran ini mengesahkan bahawa
tiada lafaz ta’liq direkodkan oleh suami pemohon .”

[51] Justeru itu, Mahkamah berpuashati bahawa Defendan tidak


melafazkan ta’liq selepas bernikah dengan Plaintif; dan dengan
itu, Mahkamah tiada pilihan lain, melainkan menolak tuntutan
Plaintif ini.

[52] Memandangkan isu 3 ini gagal dibuktikan oleh Plaintif, maka,


Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas isu seterusnya.

E. KEPUTUSAN

[53] Setelah Mahkamah meneliti Pernyataan Tuntutan Plaintif,


keterangan Plaintif dan keterangan saksi Plaintif, Mahkamah
mendapati bahawa Defendan tidak melafazkan ta’liq selepas
bernikah dengan Plaintif pada 31/01/1968, maka, Mahkamah
memerintahkan seperti berikut:-

22
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

a. Tuntutan Plaintif untuk pengesahan perceraian dengan


Defendan secara ta’liq di bawah Seksyen 50 EUUKINS
2003 ditolak oleh Mahkamah.

(WAN MOHAMAD HELMI MASRAN)


HAKIM SYARIE,
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH REMBAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tarikh Keputusan: 26 OGOS 2018

Tarikh Alasan Penghakiman: 26 OGOS 2018

KAUNSEL:

Bagi pihak syarie plaintif - In person

Bagi pihak syarie defendan - Tiada

Kes-kes yang dirujuk:

Kerajaan Malaysia lwn. Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12

Sharifah Laila binti Syed Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad [1994]
9 JH (I) 16

Kerajaan Negeri Sembilan dan 5 Yang Lain lwn. Muhammad Juzaili


bin Mohd. Khamis dan 2 Yang Lain [2015] 8 CLJ 975

Perundangan yang dirujuk:

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, ss.


2(1), 4, 45, 50(1), (2)

23
[2018] 3 LNS 6 Legal Network Series

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003,


ss. 48(1), 121(1)(b)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, ss.


61(2)(b)(i), 62(2)(b)

Perlembagaan Persekutuan, per. 5(3), 67, 74, Jadual Kesembilan

24

You might also like