Laporan Kejohanan Bola Sepak 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 2017

MSSD PENAMPANG

MSS BAHAGIAN

DISEDIAKAN OLEH:

EN FREDOLIN BIANUS

1
LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEKOLAH RENDAH DAERAH
PENAMPANG

Pada tahun 2017 merupakan tahun yang kurang bernasib baik bagi pasukan bola
sepak SK. Kibabaig. Ini kerana perjalanan pasukan ini tersekat di peringkat separuh
akhir. Kekecewaan jelas ternyata bagi skuad ini dan barisan jurulatih kerana mereka
bertekad untuk bermain pada peringkat akhir perlawanan. Ia berikutan keputusan yang
memberangsangkan dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan mejaringkan gol
yang banyak tanpa bolos. Namun kekecewaan bermain pada peringkat akhir terubat
setelah memenangi tempat ke tiga di mana membelasah pihak lawan 5-2 yang mana
pada awalnya ketinggalan 2-0. Kejohanan ini telah diadakan pada 8 mac 2017 (rabu) di
padang SMK Tansau. Tiga orang pemain SK.Kibabaig telah terpilih menyertai skuad
Penampang ke peringkat bahagian iaitu Lienell Owen, Mohd Refqie dan Hafizwan
Arrysandy. Dalam kejohan ini pasukan bahagian penampang telah mendapat tempat ke
tiga. Dengan itu telah memperbaiki pencapaian selama ini selaku pasukan belasahan di
peringkat bahagian.

2.0 KEKUATAN

Skuad ini mempunyai pemain-pemain yang pernah menyarung jersi sekolah pada tahun
lepas. Selain itu pemain juga aktif dalam sukan olahraga, bola baling dan bola tampar.
Antaranya ialah lienell owen, Mohd Ammar, Mohd Rifqie dan Hafizwan Arrysandy.
Tanpa mereka pasti mendatangkan kesukaran kepada pasukan.

3.0 KELEMAHAN

Kelemahan utama yang dikesan bagi pasukan ini ialah pemainnya yang masih takut
untuk bermain bola. Selain itu, mutu kawalan bola pemain juga masih ditahap
sederhana. Hantaran bola masih dalam kategori lemah serta disiplin pemain yang
kurang dimana tidak mendengar arahan jurulatih untuk berehat bagi mengumpul
tenaga semasa menunggu perlawanan berikutnya.

Kelemahan yang dikesan pada perlawanan separuh akhir yang menyebabkan tewas
kepada SK. Penmpang ialah murid terlalu memberi ruang kepada pasukan lawan untuk
melakukan asakan depan gawang gol serta kesilapan penjaga gol menghantar bola
betul-betul depan musuh diluar kotak penelti menyebabkan musuh mudah menolak
masuk bola ke gawang gol.

2
4.0 PELUANG

Pasukan ini masih mempunyai pemain daripada tahun 5, ini adalah peluang kepada
pemain yang sedia ada untuk membuktikan keupayaan mereka pada tahun hadapan.
Sasaran pasukan pada tahun 2018 ialah mahu memperbaiki tempat ke tiga dan ingin
bergelar juara walaupun dianggap mustahil.

5.0 ANCAMAN

Masalah utama yang dikesan ialah ketiadaan bakat bagi murid berumur 12 tahun.
Berbeza pada tahun ini, murid-murid tahun 6 lebih menyerlah dan mempunyai
kelebihan dari segi fizikal dan mental. Keadaan ini bukan sahaja mendatangkan
masalah kepada skuad bola sepak tetapi kepada kesemua jenis sukan di sekolah.
Walaubagaimanapun, barisan jurulatih sekolah pasti akan mencari jalan penyelesaian
bagi menghadapi ancaman ini.

6.0 PERANCANGAN

1. Melakukan latihan bermula awal tahun 2018


2. Mencari kelemahan yang mesti diatasi
3. Mengadakan latihan teknikal dan kecergasan
4. Mengadakan perlawanan antara kelas bagi mencari pemain baru yang berbakat

7.0 REKOD PENCAPAIAN SKUAD BOLA SEPAK SK. KIBABAIG DARI TAHUN
2015-2017

TAHUN 2015 2016 2017


PENCAPAIAN Suku Akhir Separuh Akhir Ke 3

8.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D


SK PETAGAS SK PEKAN PUTATAN SK TOGUDON SK PENAMPANG
SK KEM LOK KAWI SK BAHANG SK TANSAU SK TOMBOVO
SK ST.PAUL SJK (C) HWA SK KIBABAIG SK KG.CONTOH
SK ST THERESA SHIONG SK ST. ANTHONY SK ST.ALOYSIUS

3
9.0 PERLAWANAN DALAM PERINGKAT KUMPULAN

1. SK.KIBABAIG (3) VS SK TOGUDON (0)


2. SK.KIBABAIG (2) VS SK ST. ANTHONY (0)
3. SK. KIBABAIG (4) VS SK TANSAU (0)

10.0 SUKU AKHIR

SK KIBABAIG (0) VS SK ST. PAUL (0)

Sepakan penelti (4) (0)

11.0 SEPARUH AKHIR

SK KIBABAIG (1) VS SK PENAMPANG (2)

12.0 PENENTUAN TEMPAT KE TIGA

SK KIBABAIG (5) VS SK PETAGAS (2)

13.0 Anggaran perbelanjaan

PERKARA BILANGAN JUMLAH


Makan dan minum pemain Rm 5.00 x 13 murid x 2 Rm 260
Yuran penyertaan Hari x 2 Rm 150
Pengangkutan Rm 150 Rm 100
Rm 100
Jumlah keseluruhan Rm 560

4
14.0 KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PENAMPANG

Kejohanan ini telah diadakan pada 8 mac 2017 (rabu) di padang SMK Tansau. Tiga
orang pemain SK.Kibabaig telah terpilih menyertai skuad Penampang ke peringkat
bahagian iaitu Lienell Owen, Mohd Refqie dan Hafizwan Arrysandy. Dalam kejohan ini
pasukan bahagian penampang telah mendapat tempat ke tiga. Dengan itu telah
memperbaiki pencapaian selama ini selaku pasukan belasahan di peringkat bahagian.

15.0 JADUAL DAN PENGADIL PERLAWANAN SERTA BORANG RO2

(sila rujuk lampiran)

5
LAMPIRAN

SK KIBABAIG VS SK ST PAUL (SEPARUH AKHIRA)

6
SK KIBABAIG VS SK PETAGAS (PENENTUAN TEMPAT KE TIGA)

7
8

You might also like