Jemputan Kejohanan Silambam Kebangsaan Ke-16 Tahun 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Ruj Kami: PSMNJ/41/2023

Tarikh: 11 JUN 2023


PENGERUSI
PERSATUAN NEGERI GABUNGAN DIBAWAH PERSATUAN SILAMBAM MALAYSIA
KELAB-KELAB GABUNGAN DIBAWAH PERSATUAN SILAMBAM MALAYSIA

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PENGLIBATAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SILAMBAM


KEBANGSAAN KALI KE-16 TAHUN 2023 KEPADA PERSATUAN/KELAB
GABUNGAN DIBAWAH PERSATUAN SILAMBAM MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Silambam Malaysia Negeri Johor dengan


kerjasama Persatuan Silambam Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Johor akan mengadakan
pertandingan Kejohanan Silambam Kebangsaan ke-16 tahun 2023. Maklumat tentang
pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023


Tempat : IOI Mall Kulai, Johor

3. Sehubungan dengan itu, Persatuan Silambam Malaysia Negeri Johor menjemput semua
persatuan/kelab untuk menyertai pertandingan berkenaan. Penglibatan pelajar dalam
pertandingan dapat memberi impak yang besar dari segi pembentukan disiplin, jati diri,
sahsiah, memupuk nilai sivik, patriotisme dan perpaduan.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi En.Rathanam A/L Marimuthu,
pengerusi kejohanan di talian 010-8880627.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

..........................................
( SIVAN KRISHNAN)
Pengerusi
Persatuan Silambam Malaysia Negeri Johor

s.k file Silambam Johor


KEJOHANAN SILAMBAM KEBANGSAAN KE-16
TAHUN 2023

1.0 Butiran
Kejohanan Silambam Kebangsaan ke-16 / Tahun 2023

2.0 Tarikh
25 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023 (Jumaat – Ahad)

3.0 Tempat
IOI Mall Kulai, Johor.
Lower Ground Floor, Lebuh Putra Utama, Bandar Putra Kulai,
81000 Kulai, Johor

4.0 Peraturan pertandingan


Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan dijalankan
mengikut Peraturan Pertandingan Persatuan Silambam Malaysia.
(‘Tournament Rules & Regulations for National & State Silambam
Competitions’)

5.0 Penyertaan
5.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri, daerah dan kelab
yang menjadi gabungan Persatuan Silambam Malaysia.

5.2 Had umur adalah terbuka dan mengikut acara dan kategori masing-
masing.

5.3 Had penyertaan satu pasukan

Peranan Lelaki Wanita


Pengurus pasukan 1
Jurulatih 1 1
Atlet 12 12
Jumlah besar 27
5.4 Seorang peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam
• 2 acara individu dalam acara A , B , C atau D
• 2 acara kumpulan dalam acara E dan F
• G bebas

6.0 Bayaran
RM 100 seorang atlet

7.0 Pendaftaran
• Pendaftaran melalui link google form
(seorang daftarkan bagi satu pasukan)

• Tarikh akhir pendaftaran 30 Julai 2023

• Sebelum tekan submit, pengurus pasukan sila muatnaik resit


bayaran
(satu resit sahaja bagi satu pasukan)

• Butiran diperlukan semasa pendaftaran


✓ Nama penuh atlet / pengurus / jurulatih
✓ No kad pengenalan
✓ Saiz t-shirt
✓ Gambar passport/gambar backgroud biru
✓ Kategori diambil bahagian
✓ Vegetarian (ya/tidak)

You might also like