SKP2101 - Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

SKP 2101: KENEGARAAN MALAYSIA

Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian


Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia
Semester 2, 2019/2020

TAJUK 6 : SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI


MALAYSIA
(KUMPULAN 6)

NAMA PENSYARAH : DR. NUR AYUNI MOHD ISA

NO. KUMPULAN : 7

NAMA NO. MATRIKS


ANIS WAHIDAH BINTI MD ALI 191853
NURUL IZZAH BINTI ZAINAL ABIDIN 192040
SITI KHADIJAH BINTI RAHMAT 192583
AHMAD SAFIUDDIN BIN SAHARRUDIN 193045
AMIRA BINTI NOR AIN 194812

1
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 3-5

2. Objektif Kajian 5

3. Sorotan Literatur 6

4. Metodologi 7-8

5. Analisis Data daripada Borang Kaji Selidik 9-18

6.  Rumusan 19
 Kesimpulan 20
 Cadangan 21

7. Rujukan 22

8. Lampiran 23-24

2
PENGENALAN
Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian
kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia
bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan
konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,


seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang
telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada
perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai
sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4 Raja-raja.
Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas
mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Parlimen Persekutuan
mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan
Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen
untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau
membubarkan Parlimen.

3
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk
memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir
dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua
Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap
penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun,
Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari
masa ke semasa. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di
Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama
lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung
tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari
tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan
Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang
tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Hanya setelah 16 September 1963 apabila Singapura, Sabah dan Sarawak mencapai
kemerdekaan daripada British dan bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu baharulah
nama Persekutuan Malaysia muncul di persada dunia. Kewujudan Persekutuan Malaysia
menandakan berakhirnya penjajahan British di wilayahwilayah ini walaupun kekal sebagai
anggota Komanwel — merupakan antara syarat British memberikan kemerdekaan — serta
menerima pakai sistem demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen ala-British
atau lebih dikenali sebagai model Westminster telah dapat disesuaikan dengan keadaan
geografi dan sistem sosiopolitik di negara ini hingga kini. Memandangkan masyarakat
Malaysia bersifat majmuk, usaha mengadaptasikan sistem demokrasi berparlimen ini
bukanlah semudah yang disangka.

Bukan mudah untuk mewujudkan keamanan, kestabilan, kemakmuran, perpaduan


kaum, persefahaman dan sebagainya dalam masyarakat majmuk di Malaysia kerana wujud
pelbagai permintaan, keperluan, tuntutan dan kehendak yang berbeza antara satu sama lain.
Justeru itu, setiap dasar, keputusan, tindakan dan peraturan yang dibuat perlu mengambil kira
kepentingan dan keperluan setiap kaum walaupun kumpulan minoriti. Demikian juga apabila
proses penggubalan perlembagaan negara dilaksanakan, ia dipersetujui dan diluluskan setelah
mengambil kira kesemua aspek ini untuk mewujudkan sebuah negara yang aman damai.

4
Sebagai seorang warganegara Malaysia, adalah penting setiap daripada rakyat
Malaysia mengambil bahagian terhadap proses demokrasi ini dengan mengambil tahu sejarah
serta inti pati sistem demokrasi berparlimen selain daripada menunaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang pengundi dengan mengundi mana-mana calon yang difikirkan sesuai
untuk menjadi wakil rakyat mereka. Umpama sebelum kita menduduki sesebuah rumah,
semestinya latar belakang, keadaan rumah dan kriteria tertentu perlu diselidiki dahulu. Begitu
juga situasinya dalam memilih pemimpin atau wakil rakyat untuk mengemudi negara.

Dalam memilih mana-mana calon pilihanraya, adalah penting para pengundi untuk
memilih calon pilihanraya yang betul-betul berkualiti bagi memberi khidmat terbaik kepada
mereka selepas tamatnya proses pilihanraya kelak. Para pengundi tidak boleh menggadai
nasib mereka dengan memilih calon-calon yang tidak mempunyai kualiti yang sepatutnya
dimiliki oleh seseorang wakil rakyat, calon yang perasan diri mereka bagus ataupun hanya
berdasarkan populariti yang dimiliki oleh calon-calon terbabit. Sikap acuh tidak acuh dalam
perkara ini tidak wajar dilakukan. Para pengundi tidak boleh memperjudikan nasib mereka
serta nasib anak-anak mereka dengan memberi undi kepada mana-mana calon pilihanraya
yang sememangnya tidak layak untuk mewakili diri mereka untuk mentadbir negara bagi
tempoh lima tahun yang akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Memerihalkan peranan institusi utama dalam sistem demokrasi berparlimen


2. Memahami amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
3. Mengenal pasti tahap kefahaman umum tentang amalan demokrasi berparlimen di
Malaysia

5
SOROTAN LITERATUR

Demokrasi merupakan satu idealogi penting yang menjadi pegangan sebahagian besar
negara di dunia. Demokrasi merujuk kepada satu sistem kerajaan di mana rakyat dibenarkan
untuk menyertai proses menggubal undang-undang. Merujuk kepada asal usul perkataan
demokrasi itu sendiri : asal perkataan Greek “demos” dan “kratos.” Demos merujuk kepada
rakyat atau warganegara manakala kratos kepada kuasa. Kuasa rakyat atau people‟s power.
Dalam perjalanan sejarah kehidupan manusia terdapat pelbagai bentuk demokrasi. Demokrasi
langsung merujuk kepada penyertaan warganegara secara langsung dalam proses
penggubalan undang-undang. Dalam sistem demokrasi berperwakilan, rakyat memilih
seorang wakil untuk mewakili mereka dalam hal ehwal politik dan perundangan. Ini
merupakan amalan demokrasi di Malaysia. Di sini letaknya kuasa rakyat iaitu memilih wakil
untuk memperjuangkan hak mereka, Justeru itu, kajian ini ingin meninjau sejauh mana rakyat
yang mempunyai kuasa memilih cakna akan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Seramai 50 responden dengan sukarela telah menjawab 10 soalan tentang sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia. Soalan-soalan yang disediakan bertujuan untuk menilai tahap
pengetahuan umum tentang sistem demokrasi berparlimen yang dipraktikkan di Malaysia.

6
METODOLOGI

Metodologi atau kaedah kajian yang digunakan sepanjang melakukan penyelidikan ini adalah
seperti berikut:

a) Reka Bentuk Kajian


Soalan-soalan yang berkaitan penyelidikan ini dapat mengetahui pilihan jawapan
daripada responden tatkala mereka menjawab. Soalan yang mempunyai beberapa
pilihan jawapan dapat menunjukkan peratusan pilihan jawapan daripada responden.

Soalan-soalan yang telah direka akan disemak oleh Dr. Nur Ayuni binti Mohd Isa
iaitu pensyarah bagi Subjek SKP 2101 Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra
Malaysia (UPM) sebelum diberikan kepada orang awam.

b) Kajian Perpustakaan
Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan sumber daripada
bahan bercetak dan juga bahan elektronik seperti buku-buku rujukan dan juga sumber
daripada internet.

Banyak kajian daripada buku-buku yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini
telah diselidiki oleh penyelidik. Ini bagi mendapatkan lebih banyak sumber informasi
dan juga maklumat-maklumat tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan input
bagi menyempurnakan kajian ini.

Bagi tujuan ini, penyelidik telah mendapatkan sumber-sumber rujukan bercetak


seperti buku-buku rujukan dan kajian-kajian lepas di perpustakaan.

7
c) Soal Selidik
Borang soal selidik diedarkan secara “online” bagi memudahkan responden untuk
menjawab soalan selidik yang diberikan. Borang soal selidik ini diedarkan secara
terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, agama atau
pekerjaan. Soal selidik ini juga hanya boleh dijawab oleh warganegara Malaysia
sahaja.

Borang soal selidik ini mempunyai sepuluh soalan pelbagai pilihan dengan disediakan
tiga hingga empat pilihan jawapan. Soalan yang disediakan diperolehi daripada
sumber-sumber berkaitan tajuk penyelidikan ini.

d) Pengumpulan maklumat dan analisis data


Dalam mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat kajian, penyelidik telah
melakukan beberapa perkara yang dirasakan penting bagi tujuan ini. Antaranya ialah,
penyelidik membuat kajian-kajian rintis seperti melakukan kajian terhadap
penyelidikan-penyelidikan lepas.

Selain daripada itu, penyelidik juga menjalankan kajian yang bersumberkan internet
dan laman sesawang (website) untuk mendapatkan maklumat tambahan. Analisis data
dapat dijalankan melalui peratusan jawapan yang dipilih. Oleh itu, penyelidikan ini
dapat mengenalpasti tahap pengetahuan responden tentang penyelidikan ini.

8
ANALISIS DATA DARIPADA BORANG KAJI SELIDIK

Berdasarkan survei yang telah dijalankan, terdapat 50 orang responden iaitu 18 orang
lelaki dan 32 orang perempuan yang terdiri daripada golongan pelajar, pekerja dan juga tidak
bekerja sebanyak 68%, 30% dan 2% masing-masing. Majoriti responden ialah dalam
lingkungan umur 20 hingga 29 tahun seramai 42 orang, dan bagi linkungan umur 15 hingga
19 tahun dan 30 tahun dan ke atas, responden ialah seramai 1 orang dan 7 orang masing-
masing (sila rujuk Rajah 1, 2 dan 3).

Rajah 1: Jantina responden

Rajah 2: Umur responden

9
Rajah 3: Status pekerjaan responden

Soalan pertama yang diajukan untuk tinjauan tahap pengetahuan orang awam tentang
sistem demokrasi berparlimen di negara kita ialah ciri-ciri Malaysia sebagai negara
demokrasi dan perlembagaan adalah salah satu ciri-ciri tersebut. Responden dikehendaki
untuk memilih jawapan yang tiada kaitan mengenai perlembagaan Malaysia iaitu Malaysia
pernah dijajah. Berdasarkan analisis jawapan, 76% responden memahami kehendak soalan
dan mengetahui perlembagaan Malaysia. Jumlah peratusan responden yang tidak
memberikan jawapan yang betul adalah sebanyak 24% yang terdiri daripada golongan pelajar
dan juga yang telah bekerja.

Rajah 4: Analisis soalan pertama

10
Soalan kedua adalah mengenai bidang-bidang tugas atau kuasa bagi Kuasa Negeri.
Sebanyak 36% atau 18 daripada 50 orang responden dapat menjawab dengan betul. Majoriti
golongan yang bekerja dapat menjawab dengan betul manakala majoriti golongan pelajar
didapati masih kurang cakna mengenai perbezaan bidang-bidang kuasa di antara Kuasa
Persekutuan, Kuasa Negeri dan Kuasa Bersama dan juga peranan Majlis Raja-raja (MRR).

Rajah 5: Analisis soalan ke-2

Seterusnya, soalan ketiga adalah mengenai cara pemilihan dan perlantikan bagi ahli
badan perundangan, ketua kerajaan dan ahli badan eksekutif. Cara atau kaedah pemilihan
bagi jawatan-jawatan ini adalah berbeza untuk sistem demokrasi berparlimen dan demokrasi
berpresiden. Berdasarkan Gambar rajah 6, kebanyakkan responden (46%) telah memilih
jawapan „rakyat boleh mengundi ahli badan perundangan sahaja ketika pilihan raya‟ sebagai
kenyataan yang salah mengenai sistem demokrasi berparlimen. Pilihan jawapan ini tidak
tepat kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat hanya ada hak sebagai pengundi
untuk mengundi ahli badan perundangan sahaja ketika pilihan raya, berbeza dengan sistem
demokrasi berpresiden di mana rakyat di negara-negara tersebut akan mengundi ahli badan
perundangan dan ketua kerajaan ketika pilihan raya. Manakala, jawapan yang tepat untuk
soalan ini iaitu „ketua kerajaan melantik ahli badan eksekutif‟ adalah pilihan jawapan yang
paling rendah peratus dipilih. Hal ini mungkin kerana responden tidak dapat membezakan
perkataan memilih dan melantik dalam konteks ayat tersebut. Sepatutnya, ketua kerajaan
memilih ahli badan eksekutif dan ketua negara yang melantik ahli badan eksekutif tersebut.

11
Rajah 6: Analisis soalan ke-3

Selain itu, soalan keempat adalah mengenai calon pilihan raya dan faktor-faktor yang
menyebabkan calon akan hilang hak untuk bertanding. Majoriti responden seramai 36
daripada 50 orang (72%) telah memilih jawapan yang tepat iaitu „bermastautin tetap di dalam
kawasan pilihan raya‟ bukan antara faktor-faktor yang menyebabkan calon pilihan raya
hilang hak untuk bertanding. Bagi pilihan-pilihan jawapan yang lain, hanya 28% daripada
responden iaitu majoritinya yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun dan pelajar.
Hal ini menunjukkan kebarangkalian yang tinggi bahawa generasi muda rakyat Malaysia
masih lagi tidak arif mengenai sistem pilihan raya dan ciri-ciri calon yang layak bertanding.

Rajah 7: Analisis soalan ke-4

12
Berdasarkan Rajah 8, pilihan jawapan „Badan Perundangan‟ dan „Sultan‟ mendapat
undian yang hampir sama iaitu 46% dan 48% masing-masing. Soalan kelima adalah
berkenaan ciri-ciri demokrasi berparlimen di mana Badan Perundangan atau Dewan Rakyat
berkuasa memecat Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya yang diluluskan oleh
kelebihan undi majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya dengan kelebihan satu undi. 6%
daripada 50 orang responden telah menjawab rakyat yang berkuasa memecat Perdana
Menteri, merupakan satu pilihan jawapan yang salah kerana rakyat hanya ada hak mengundi
ahli badan perundangan ketika tempoh pilihan raya.

Rajah 8: Analisis soalan ke-5

Soalan ke-6 adalah soalan berkaitan pihak terlibat dalam memilih ahli perundangan
melalui pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali. Bagi soalan ini, rakyat yang memilih ahli
badan legislatif iaitu badan perundangan. Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri
dan ahli badan eksekutif. Menteri pula akan diantik oleh Perdana Menteri.

Berdasarkan Rajah 9, 88% daripada 50 responden telah menjawab dengan jawapan


yang betul iaitu Rakyat. Peratus yang tinggi ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan
rakyat Malaysia cakna tentang hak rakyat dalam menentukan corak pemerintahan.

13
Namun demikian, masih terdapat peratus yang rendah dari kalangan responden
memilih jawapan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri. Kemungkinan perkara ini berlaku
kerana terdapat kekeliruan pihak yang berhak memilih ahli badan legislatif. Terdapat juga
seorang responden yang memilih orang luar sebagai jawapan dimana perkara ini sepatutnya
tidak berlaku kerana orang luar sememangnya tidak berhak dalam memilih ahli badan
perundangan di Malaysia. Perkara ini menunjukkan masih terdapat sebahagian kecil rakyat
yang kurang cakna dengan demokrasi berparlimen di negara kita.

Rajah 9: Analisis soalan ke-6

Soalan ke-7 adalah berkaitan tiga pihak yang terlibat secara lansung semasa proses
pilihan raya berlaku bagi kelancaran pilihan raya tersebut. Pihak yang terlibat adalah calon
yang bertanding, Pengundi yang cukup syarat dan badan pengendali pilihan raya iaitu
Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).

Berdasarkan Rajah 10, 66% bersamaan 33 orang daripada 50 reponden menjawab


dengan jawapan yang betul. Soalan ini memberikan sedikit kekeliruan kepada responden
yang tidak pernah terlibat dengan secara langsung dalam pilihan raya di Malaysia.
Kebanyakan umur yang memilih jawapan yang salah adalah dalam kalangan yang berumur
20-29 tahun tetapi terdapat juga responden dalam kalangan berumur 30-39 tahun yang
memilih jawapan calon bertanding. Calon akan semestinya terlibat dalam proses pilihan raya.

14
Badan pengendali pilihan raya (SPR)
20 - 29
Calon bertanding
20 - 29
30 - 39
Jabatan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan
15 - 19
20 - 29
30 - 39
40 - 49
50 - 59
Pengundi yang cukup syarat
20 - 29
Jadual 1: Kategori umur mengikut setiap jawapan responden

Rajah 10: Analisis soalan ke-7

Soalan ke-8 merujuk tentang individu yang dibenarkan berada di tempat pengiraan
undi semasa proses pengundian undi berlangsung. Empat individu yang terlibat iaitu, ahli dan
pegawai SPR, Pegawai lain yang dilantik oleh SPR, kerani mengira undi dan calon atau wakil
calon dan ejen mengira undi. Selain yang disenaraikan tidak dibenarkan berada di tempat
mengira undi semasa proses mengira undi berlaku.

15
Berdasarkan Rajah 11, 64% daripada 50 responden memilih jawapan yang betul, iaitu
kerani mengira undi. Peratus yang agak sedikit rendah ini menunjukkan tidak semua rakyat
cakna dengan proses pengiraan undi itu berlaku di Malaysia. 16% responden telah menjawab
pegawai daerah yang berkelayakan sementara 14% responden menjawab pegawai
penguatkuasa tempatan. Pegawai daerah merupakan pegawai yang hanya telibat dalam
pentadbiran negeri tetapi tidak terlibat dalam proses pengundian undi. Pegawai daerah pula
ialah pegawai yang menguruskan pentadiran daerah. 6% responden telah menjawab
wartawan sebagai individu yang dibenarkan. Kemungkinan kekeliruan berlaku kerana
wartawan menjadi penyampai situasi yang berlaku tetapi tidak terlibat dan tidak benarkan
juga berada di tempat pengiraan semasa proses pengiraan undi berlaku.

Rajah 11: Analisis soalan ke-8

Soalan ke-9 berkaitan pilihan raya yang akan diadakan jika berlaku kekosongan wakil
kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Pilihan Raya Kecil adalah
pilihan raya yang dijalankan apabila berlaku kekosongan kerusi wakil rakyat atau ahli DUN
atau Parlimen atau keputusan tidak sah.

16
Berdasarkan Rajah 12, 78% responden telah menjawab dengan betul iaitu Pilihan raya
kecil. Perkara ini menunjukkan bahawa kebanyakkan rakyat mengetahui tentang Pilihan Raya
Kecil di Malaysia. Walaubagaimanapun, 14% responden menjawab Pilihan Raya Khas
sebagai jawapan. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kekeliruan antara kecil atau khas.
Secara kebiasaan dalam perbualan seharian, rakyat memanggil Pillihan Raya Kecil sebagai
PRK dan sebahagian mereka tidak mengetahui huruf „K„ tersebut mewakili perkataan Kecil.
Terdapat 4% responden menjawab Pilihan Raya Umum, dimana pilihanraya ini berlaku 5
tahun sekali bukan disebabkan berlaku kekosongan wakil.

Rajah 12: Analisis soalan ke-9

Soalan ke-10 iaitu soalan terakhir merupakan soalan yang berkaitan institusi tertinggi
kuasanya dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah paling
tertinggi kuasanya dalam pemerintahan di Malaysia kerana ia menjadi garis panduan cara
pemerintahan, sistem politik dan proses pentadbiran.

17
Berdasarkan Rajah 13, sebanyak 70% responden telah menjawab soalan dengan betul
dimana jawapannya ialah Perlembagaan Persekutuan. 22% daripada 50 responden telah
memilih parlimen sebagai jawapan. Hal ini menjelaskan bahawa sebahagian reponden
melihat parlimen adalah institusi tertinggi dalam pemerintahan. Kuasa parlimen juga terletak
dibawah kuasa perlembagaan itu sendiri. Mahkamah dan kabinet adalah badan-badan yang
terletak dibawah Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Rajah 13: Analisis soalan ke- 10

18
RUMUSAN

Setelah menjalani penyelidikan ini, terdapat 50 orang responden iaitu 18 orang lelaki
dan 32 orang perempuan yang terdiri daripada golongan pelajar, pekerja dan juga tidak
bekerja sebanyak 68%, 30% dan 2% masing-masing. Majoriti daripada responden memilih
jawapan yang tepat bagi soalan-soalan yang diberikan, tetapi bagi responden yang memilih
jawapan yang kurang tepat juga agak ramai.

Hal ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang masih kurang pengetahuan
tentang Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pengetahuan ini sangat penting kerana
melibatkan struktur pemerintahan di negara ini.

Berdasarkan analisa data yang dibuat, penyelidikan ini merumuskan majoriti


responden dapat memahami dan memilih jawapan yang tepat berkaitan dengan ciri-ciri
perlembagaan
diadakan, mengenai calon pilihan raya dan faktor-faktor yang menyebabkan calon akan
hilang hak untuk bertanding, pihak terlibat dalam memilih ahli perundangan melalui pilihan
raya, pihak yang terlibat secara langsung semasa proses pilihan raya, pilihan raya yang
dijalankan apabila berlaku kekosongan kerusi wakil rakyat atau ahli DUN atau Parlimen atau
keputusan tidak sah dan institusi tertinggi kuasanya dalam sistem pemerintahan di Malaysia.

Selain itu, penyelidikan ini menunjukkan responden kurang memahami berkaitan


bidang-bidang tugas atau kuasa bagi Kuasa Negeri, cara pemilihan dan perlantikan bagi ahli
badan perundangan, ketua kerajaan dan ahli badan eksekutif dan ciri-ciri demokrasi
berparlimen.

19
CADANGAN

Beberapa cadangan yang dapat dilakukan bagi meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia
tentang Sistem Demokrasi Berparlimen adalah seperti berikut:

a) Penekanan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan di


sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Menggunakan pendekatan guru dan pelajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi
dapat melancarkan penyampaian pengetahuan tentang sistem pemerintahan di
Malaysia seperti sistem demokrasi yang dilakukan secara memilih ahli perundangan
melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

b) Media massa menjadi pendekatan utama dalam menyampaikan tentang sistem


demokrasi berparlimen.

Rakyat Malaysia kini amat rapat dengan penggunaan media sosial. Hampir setiap hari
rakyat Malaysia melayari media sosial bagi mengikuti pekembangan semasa. Pihak
yang berkenaan perlu menggunakan pendekatan ini bagi memastikan rakyat
mengetahui sistem yang digunakan di Malaysia.

c) Mengadakan lawatan di Parlimen

Dengan mengadakan lawatan di Parlimen, pelajar dapat mengetahui dengan lebih


mendalam tentang sistem demokrasi berparlimen ini. Pelajar dapat menyaksikan ahli
parlimen bersidang secara langsung justeru dapat mengetahui fungsi-fungsi ahli
parlimen.

20
KESIMPULAN

Hasil daripada analisis kajian mendapati majoriti terdapat 50 orang responden iaitu 18
orang lelaki dan 32 orang perempuan yang terdiri daripada golongan pelajar, pekerja dan juga
tidak bekerja sebanyak 68%, 30% dan 2% masing-masing. Majoriti responden ialah dalam
lingkungan umur 20 hingga 29 tahun seramai 42 orang, dan bagi linkungan umur 15 hingga
19 tahun dan 30 tahun dan ke atas, responden ialah seramai 1 orang dan 7 orang masing-
masing.

Selain itu, peranan institusi utama dalam demokrasi berparlimen dapat diperihalkan.
Amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dapat difahami oleh responden. Hasil daripada
analisis ini juga dapat mengenalpasti kefahaman umum tentang amalan demokrasi
berparlimen di Malaysia.

Sebagai rumusan penyelidikan ini, responden dapat memahami dan memilih jawapan
yang tepat berkaitan dengan ciri-ciri perlembagaan diadakan, mengenai calon pilihan raya
dan faktor yang menyebabkan calon akan hilang hak untuk bertanding, pihak terlibat dalam
memilih ahli perundangan melalui pilihan raya, pihak yang terlibat secara langsung semasa
proses pilihan raya, pilihan raya yang dijalankan apabila berlaku kekosongan kerusi wakil
rakyat atau ahli DUN atau Parlimen atau keputusan tidak sah dan institusi tertinggi kuasanya
dalam pemerintahan di Malaysia.

Selain itu, penyelidikan ini menunjukkan responden kurang memahami berkaitan


bidang-bidang tugas atau kuasa bagi Kuasa Negeri, cara pemilihan dan perlantikan bagi ahli
Badan perundangan, ketua kerajaan dan ahli badan eksekutif dan ciri-ciri demokrasi
berparlimen.

Cadangan bagi menambah keperihalan terhadap sistem demokrasi berparlimen adalah


menambah penekanan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan di
sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi, menjadikan media massa sebagai pendekatan utama
dalam menyampaikan tentang demokrasi berparlimen dan mengadakan lawatan di Parlimen.

21
RUJUKAN

1. Brahim, M. (2012). Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Malaysia: IBS Buku


Sdn. Bhd.
2. Zainuddin, R., Ismail, M. M., & Othman, Z. (2010). Kenegaraan Malaysia. Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

22
LAMPIRAN

1) Soalan- soalan soal selidik di ‘Google Form’

23
24

You might also like