Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TABIKA KEMAS PERAJURIT & TABIKA

KEMAS PERAJURIT BESTARI

CATATAN MINIT :
MESYUARAT KHAS PERLANTIKAN PEMBEKAL
MAKANAN BASAH DAN KERING(PBMT) BAGI
TAHUN 2021

BIL : 2 / 2020

UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAK)


PARLIMEN JOHOR BAHRU

TARIKH : 29 DISEMBER 2020

MASA : 2.00 PETANG

TABIKA KEMAS PERAJURIT


JALAN TENTERA
TEMPAT : KG MELAYU MAJIDEE
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

Berkhidmat Untuk Negara

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 1


“Luar Bandars Sejahtera”

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 2


MINIT MESYUARAT MESYUARAT KHAS PERLANTIKAN
PEMBEKAL MAKANAN BASAH DAN KERING(PBMT) BAGI
TAHUN 2021
BIL : 2/2020
UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAK)
KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU

TARIKH : 29 DISEMBER 2020

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : TABIKA KEMAS PERAJURIT

KEHADIRAN

1. En. Norazli Bin Nordin - Pengerusi


2. Pn. Siti Masitah Binti Abd Ghani - Setiausaha
3. Pn. Zarinaakmal Binti Md Zain - Bendahari Tabika KEMAS Perajurit
4. Pn Nor Malini Binti Maliki - Bendahari Tabika KEMAS Perajurit Bestari
5. Pn Azlinda Binti Addin - Pemeriksa Kira-kira 1
6. Pn Astuti Binti Abas - Pemeriksa Kira-kira 2
7. Pn Zainon Binti Zainuddin - AJK
8. Pn Noridayu Binti Hassan - AJK

TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1. SAZWANA - AJK
2. Pn Nabilah Binti Mohd Hatta - AJK
3. En. Muhd Nuraiman Mustafa Bin Mustar - AJK

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 3


1.0. AGENDA PERTAMA
Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang
sudi hadir dalam mesyuarat. Beliau juga berharap agar semua Ahli
Jawatankuasa pada tahun 2020 dapat bekerjasama dengan pihak TABIKA
Perajurit dan Perajurit Bestari dalam setiap perbincangan bagi kelancaran
aktiviti yang akan dilaksanakan

Tindakah : Semua

2.0. AGENDA KEDUA


Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 1/2020 dan disahkan oleh Pn Nor Malini Binti Maliki dan disokong oleh Pn Azlinda
Binti Addin
Makluman

3.0. AGENDA KETIGA


Pemilihan Pembekal Bagi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT)

3.1 Pendidik Masyarakat, Puan Zarinaakmal Binti Md Zain memaklumkan kepada


jawatankuasa PBMT Fasa 1 dan Fasa 2 bagi tahun 2021 akan dilaksanakan
secara kaedah perlantikan pembekal.Cadangan pembekal bahan basah dan
kering bermula bulan Januari hingga Disember (1 tahun). Pembekal yang dipilih
perlu membekalkan bahan basah, kering dan perencah mengikut tempahan
berdasarkan menu yang ditetapkan oleh Jabatan kepada TABIKA bermula 17hb
Januari 2021 dan pembayaran dibuat secara tunai pada setiap minggu.

Makluman

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 4


3.2 Pendidik Masyarakat, Puan Zarinaakmal Binti Md Zain menerangkan beberapa
perkara penting yang perlu di ambil maklum semasa pemilihan pembekal
dijalankan seperti berikut :

3.2.1 Kaedah perolehan boleh dilaksana melalui kaedah Pembelian


Terus adalah berdasarkan MANUAL PENGURUSAN PROGRAM
BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN (PBMT) TABIKA DAN TASKA
KEMAS (KEMAS/MP/TBK/TSK/10) pindaan tahun 2020 bertarikh :
02 Januari 2020

3.2.2 Pembelian terus secara runcit dengan melaksanakan seboleh-


bolehnya dua (2) perbandingan harga daripada pekedai atau
pembekal ke atas bahan basah dan kering yang diperlukan bagi
mendapatkan harga yang paling menguntungkan.

3.2.3 Had nilai pembelian bahan makanan/ masakan basah atau kering
tidak boleh melebihi RM500.00 untuk setiap pembelian/ satu (1)
resit pekedai atau pembekal mengikut keperluan kanak-kanak.
Pembelian bahan basah dan kering boleh dibuat melalui satu (1)
atau lebih pekedai atau pembekal yang berbeza mengikut
kesesuaian. Walau bagaimanapun, pembelian hendaklah tidak
melebihi jumlah peruntukan sebulan yang ditetapkan.

3.2.4 Pembelian bahan basah dan kering boleh dibuat secara mingguan
dan bayaran dibuat samada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

3.2.5 Pembelian bahan basah dan kering adalah TERMASUK kos


penghantaran ke TABIKA/ TASKA tertakluk:

i. Harga bahan basah dan kering adalah sama dengan harga semasa
atau lebih murah; atau

ii. Jika perkara i tidak dapat dilaksanakan maka Pemaju Masyarakat


dibenarkan mengambil sendiri bahan basah dan kering daripada
pekedai atau pembekal yang dipilih.

Makluman

3.3 Berikut adalah hasil pemantauan dan kajian pasaran yang telah dijalankan :

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 5


PEKEDAI / PEMBEKAL (1) PEKEDAI / PEMBEKAL (2)
KRITERIA
ASUAD ENTERPRISE FIDHA MAJU
8 km 1 km
1.Jarak dari kedai ke TABIKA Dimiliki oleh warganegara Dimiliki oleh warganegara
/ TASKA Malaysia Malaysia
Pekerja warganegara Malaysia Pekerja warganegara Asing
Ayam dan daging segar
Ayam dan daging sejuk beku
Sayur-sayuran dan buah-buahan
2.Kualiti,Keselamatan dan Sayur-sayuran dan buah-
yang segar
kebersihan makanan buahan tidak segar
Pekerja telah mendapatkan vaksin
typin
Terdapat beberapa barangan
Harga berpatutan dan mengikut
4. Harga yang mahal dan tidak menepati
harga dipasaran
harga pasaran
99% pilihan barangan untuk menu 60% pilihan barangan untuk
5. Pilihan Makanan tabika terdapat di kedai ini menu tabika terdapat di kedai ini
6.Mempunyai makanan Terdapat 10 jenis barangan Terdapat 5 jenis barangan
jenama tempatan jenama tempatan seperti : jenama tempatan seperti :
1. Saji 1. Saji
2. Jalen 2. Jalen
3. Faiza 3. Prai
4. Gardinea 4. Gardinea
5. Adabi 5. Adabi
6. Minyak masak alif
7. Ramly
8. Peelangi
9. Prai
10.Halagel

Makluman

3.4 Setelah dibincangkan, pengerusi dan ahli jawatankuasa bersetuju sebulat suara
melantik pembekal ASUAD ENTERPRISE sebagai pembekal bahan makanan
basah dan kering bagi TABIKA KEMAS Perajurit & TABIKA KEMAS Perajurti
Bestari .Pembekal perlu menghantar bekalan makanan basah dan kering ke
TABIKA secara mingguan dan kaedah pembayaran adalah secara mingguan
serta tunai kepada pembekal.
Tindakan : Bendahari
Makluman : Semua

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 6


4.0. AGENDA KE EMPAT
UNJURAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PBMT TAHUN 2021

4.1 Pendidik Masyarakat, Puan Zarinaakmal Binti Md Zain selaku Bendahari


TABIKA KEMAS Perajurit membentangkan unjuran peruntukan dari bulan
Januari sehingga Disember 2021 berdasarkan data permohonan kemasukan ke
TABIKA KEMAS Perajurit bagi sesi persekolahan tahun 2021 dan takwim
persekolahan pada tahun 2021 (KEMAS.Johor.100-01/04/02 Jld 3(3) bertarikh
23 Disember 2020 seperti berikut :

BIL KANAK- BIL HARI


FASA BULAN KADAR JUMLAH (RM)
KANAK SEKOLAH
Januari RM 3.00 28 Orang 8 hari 500.00
Februari RM 3.00 28 Orang 17 hari 500.00
Mac RM 3.00 28 Orang 19 hari 500.00
F1
April RM 3.00 28 Orang 20 hari 500.00
Mei RM 3.00 28 Orang 16 hari 500.00
Jun RM 3.00 28 Orang 14 hari 500.00
Julai RM 3.00 28 Orang 16 hari 500.00
Ogos RM 3.00 28 Orang 21 hari 500.00
September RM 3.00 28 Orang 17 hari 500.00
F2
Oktober RM 3.00 28 Orang 20 hari 500.00
November RM 3.00 28 Orang 19 hari 500.00
Disember RM 3.00 28 Orang 7 hari 500.00

Makluman

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 7


4.2 Pendidik Masyarakat, Puan Nur Malini Binti Maliki selaku Bendahari TABIKA
KEMAS Perajurit Bestari membentangkan unjuran peruntukan dari bulan
Januari sehingga Disember 2021 berdasarkan data permohonan kemasukan ke
TABIKA KEMAS Perajurit Bestari bagi sesi persekolahan tahun 2021 dan takwim
persekolahan pada tahun 2021 (KEMAS.Johor.100-01/04/02 Jld 3(3) bertarikh
23 Disember 2020 seperti berikut :

BIL KANAK- BIL HARI


FASA BULAN KADAR JUMLAH (RM)
KANAK SEKOLAH
Januari RM 3.00 28 Orang 8 hari 500.00
Februari RM 3.00 28 Orang 17 hari 500.00
Mac RM 3.00 28 Orang 19 hari 500.00
F1
April RM 3.00 28 Orang 20 hari 500.00
Mei RM 3.00 28 Orang 16 hari 500.00
Jun RM 3.00 28 Orang 14 hari 500.00
Julai RM 3.00 28 Orang 16 hari 500.00
Ogos RM 3.00 28 Orang 21 hari 500.00
September RM 3.00 28 Orang 17 hari 500.00
F2
Oktober RM 3.00 28 Orang 20 hari 500.00
November RM 3.00 28 Orang 19 hari 500.00
Disember RM 3.00 28 Orang 7 hari 500.00

Makluman

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 8


5.0 AGENDA KE LIMA
Penutup

5.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
kerana dapat bersama-sama berbincang bagi kelancaran pengurusan TABIKA .

Makluman

5.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 1.05 petang.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

Nama : Pn. Siti Masitah Bt Abd Ghani Nama : En. Norazli Bin Nordin
Jawatan : Setiausaha Jawatan : Pengerusi
TABIKA KEMAS Perajurit & TABIKA TABIKA KEMAS Perajurit & TABIKA
KEMAS Perajurit Bestari KEMAS Perajurit Bestari
Tarikh : Tarikh :

KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU 9

You might also like