Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Faktor dan Kesan Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )

Pengenalan :
o Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan
negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah
Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-
negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi
rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua
pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa).
Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang
diketuai oleh Jerman.

Isi-isi :
Sebab-Sebab Meletusnya Perang Dunia Pertama :
Kegagalan Sistem Pakatan :
o Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-
negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem
pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance
(Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan
Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai
oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece.
o Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada
lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam
kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900.
o Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan
negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar
Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan
kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara
peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.
o Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah.
Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang bebas
daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara
mengawal negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
o Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang
disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-
Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav
dan tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut
Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.

Imperialisme Ekonomi :
o Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan
Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk
mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
o Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan dengan
merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal
dan Perancis pada tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki
Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu
yang dikenali sebagai Libya.
o Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis terutamanya
apabila Jerman telah bertindak  memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut
memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan
antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan
Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900.
o Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat
kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-
negeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang
melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun
1908 hingga 1913.
o Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan Rusia
untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki
Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang
serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang
bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke
arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.

Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan :


o Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan Perancis yang telah
membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan
Coventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS
Dreadnought iaitu sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta
berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan
perbelanjaan yang besar.
o Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50%
perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan tentera
semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
o Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai
ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokongan
terhadap pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan
anggota tentera yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan
perang tidak dapat dielakkan lagi.

Idea dan Pendidikan :


o Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut meningkatkan semangat
patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman
memberi penekanan terhadap bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan
negara dalam kalangan generasi muda.
o Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan mengagungkan peperangan
dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan
pertempuran adalah lebih baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban
akan dipahat di tugu peringatan.
o Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan
rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan supaya membuat
persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara
Perancis.

Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand :


o Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang
merupakan ahli kongsi gelap Black Hand telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang
Dunia Pertama.
o Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan
Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat Austria yang berbangsa Serb supaya
membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan
sekutunya iaitu Jerman.
o Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi amaran kepada
Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang bimbang dengan
perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan
menuruti saranan Jerman telah menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap
Rusia dan sekutunya.

Termeterainya Perjanjian Versailles :

Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini
dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman
menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).

Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:


o Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.
o Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.
o Membayar ganti rugi dan pampasan  perang yang tinggi.
o Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada
200,000 menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.

Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman
begitu marah dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana Menteri Jerman, Philip Scheidemann
meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan
tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.

Terbentuknya Liga Bangsa :


o Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan
serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini
berharap sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat
diselesaikan melalui rundingan.
o Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan ini dan
taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal
pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata
tahun 1926.
o Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan
ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti
penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah
dibubarkan pada bulan April 1945.

Kesan-kesan  Perang Dunia Pertama


Kesan Politik
Rusia :
Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja :
o Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar
yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji
kemampuan kerajaan menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi
oleh Rusia khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar.
Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera
berbelah bagi.

Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan :


o Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan juga
kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka
dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.

Pejuang Revolusi Berpecah :


o Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah
berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil kesempatan
untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong rampasan tanah yang
dilakukan oleh golongan petani.

Kerajaan Komunis Terbentuk :


o Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin berjaya
menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.

Rusia Kehilangan Wilayah :


o Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian
Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan ¼ wilayahnya
di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan
tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.

Wujud Golongan Kapitalis :


o Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan berbanding dengan negara-
negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi
melibatkan diri dalam perniagaan.

Kemunculan Golongan Pekerja Industri :


o Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api. Situasi
ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja industri yang miskin dan persekitaran kerja
yang kurang memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk
Rusia pada tahun 1917.

Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial :


o Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik. Parti-parti
politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang
kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti ini
berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang
dipimpin oleh Lenin

Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :


o Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan
pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar
melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ” :


o Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta “tanah, roti dan
keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani  miskin manakala roti untuk diberikan
kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan
Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan,
khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara
iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit
pembaharuan politik dengan  menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma mempunyai kuasa
yang terhad.

Jerman dan Austria Hungary :


Keresahan Rakyat Bawahan :
o Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan
bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.

Tentangan Golongan Ahli Politik :


o Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun
sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.

Kaiser Wilhem II Turun Takhta :


o Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang
tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka politik di
Belanda.

Kerajaan Republik Terbentuk :


o Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik
yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan tentera dan
pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada
tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha
menguasai Eropah.

Dinasti Habsburg Tamat :


o Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa
yang pernah dikuasainya seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan
pemberontakan tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti
Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.

Kesan Ekonomi :
Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan :
o Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa
mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan
daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang
melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
o Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta buruh
dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan
pengeluaran pertanian terus berkurangan.

Kejatuhan Nilai Mata Wang :


o Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang
daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga
terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah
pengeluaran sebelum perang.
Sistem Pengangkutan Terganggu :
o Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan
memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal
dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.

Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar :


o Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan.
Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang
ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.

Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :


o Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta pekerja
terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap
pemerintahan Tsar.

Beban Hutang :
o Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis
merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat,
Perancis terpaksa menanggung hutang luar yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam
Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.

Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia :


o Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh
negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum ini menguasai
peratus perdagangan terbesar di dunia. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan
1/3 daripada perdagangan luarnya.

Kesan Sosial :
Korban Nyawa dan Kecederaan :
o Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan
12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan
kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9%
daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang
cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan
3.5 juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini
merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula,Perancis mengalami kadar
pertumbuhan penduduk yang rendah.

Pencemaran Udara/ Bumi :


o Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam
pertempuran sengit di Marne dan Somme.

 https://fastnote.wordpress.com/faktor-dan-kesan-perang-dunia-1/
Kesan Perang Dunia Pertama
Pasaran Dunia

 Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat & Jepun. -Perkembangan ini amat dirasai
oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain.
 -Sebelum Perang Dunia Pertama, Britain sebagai negara industri menguasai peratus
perdagangan dunia yang terbesar.
 -Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Peningkatan Harga Barang

 -Perang Dunia Pertama telah menyebabkan harga barang meningkat secara mendadak
 -Perkembangan ini menyebabkan berlaku inflasi.
 -Masalah kebuluran & kekurangan bekalan makanan juga berlaku di dunia.
 -Kerajaan telah mengambil langkah bagi mengawal harga barangan.

Peningkatan Cukai

 -Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi menampung perbelanjaan perang yang tinggi.
 -Mata wang kertas juga diperkenalkan.

Ekonomi

 Kos Perbelanjaan Perang yang Tingg


 -Perang Dunia Pertama merupakan peperangan yang memakan kos perbelanjaan yang amat
tinggi.
 -Menurut pakar ekonomi, dianggarkan US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara
yang terlibat sepanjang peperangan ini berlangsung.
 -Secara purata 8o juta rupees telah dibelanjakan oleh negara negara yang terlibat dalam
peperangan ini setiap hari.
 -Britain telah membelanjakan sebanyak 15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 & angka ini
mencecah kepada 6o lac pounds pada tahun 1917-1918.

Peningkatan Peranan Wanita


 -Semasa Perang Dunia Pertama ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekeriaan mereka
&menvertai tentera untuk mempertahankan negara
 -Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan &
pejabat.
 -Golongan wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan kerja dalam sektor perkilangan &
pengurusan.
 -Perkembangan ini menyebabkan skop pekerjaan wanita menjadi lebih luas & mereka mula
melibatkan diri dalam bidang pembangunan ekonomi &politik negara.

Perkembangan Nasionalime

 -Perang Dunia pertama juga telah melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-
negara bangsa.
 -Konsep nasionalisme menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa.
 -Pengumuman Presiden Woodrow Wilson mengenai hak menentukan nasib sendiri telah
mempengaruhi gerakan nasionalisme di lndia & Asia Tenggara.
 -Umpamanya Persatuan Pemuda-Pemuda Buddha di Myanma mula bersifat politik menjelang
tahuan 1916.

Perkembangan Semangat Antarabangsa

 -Perang Dunia Pertama meletakkan asas bag kemunculan semangat antarabangsa dalam
kalangan bangsa Eropah & di seluruh dunia. -Kesengsaraan & kemusnahan yang berlaku ekoran
daripada Perang Dunia Pertama telah memberi kesedaran tentang kerjasama antara negara bagi
memulihkan keamanan & keharmonian sejagat.

Kemunculan Negara-Negara Baharu

 -Perjanjian Versailles (1919) telah mengubah peta Eropah & menyaksikan kemunculan negara-
negara baharu.
 -Negara-negara baharu yang ditubuhkan daripada empayar Rusia ialah Poland, Finland, Estonia,
Latvia& Lithuania.
 -Perpecahan empayar Turki Uthmaniyah
 menyebabkan muncul negara baharu seperti Lebanon, Syria & lraq.
 -Keruntuhan empayar Austria-Hungary
 menyebabkan lahir negara-negara seperti Austria, Hungary, Czechoslovakia & Yugoslavia.

(kesimpulan)

*Dalam jangka masa yang pendek atau panjang,Perang Dunia Pertama telah memberi kesan yang amat
mendalam kepada negara-negara Eropah.Perang ini tercetus adalah berpunca daripada Jerman yang
mengisytiharkan perang ke atas Rusia yang menyebabkan negara lain turut terlibat dalam peperangan
ini dan selepas itu sistem pemerintahan beraja Jerman, Turki,Rusia telah berakhir.Kesan perangini akibat
rasa tidak puas hati terhadap perjanjian Versailles yang menjadi pencetus kepada Perang Dunia Kedua
https://www.slideshare.net/Noha_Fiq/perang-dunia-pertama-43128726

You might also like