Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

PENINGKATAN HUBUNGAN LGBT DALAM

KALANGAN MASYARAKAT

KOD KURSUS : CTU101


NAMA KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PROGRAM : DIPLOMA SAINS
KOD PROGRAM : AS120
NO. KUMPULAN : KUMPULAN 6
k 3 kali enter)

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR


1. NUR KHALILA KHALISAH BINTI MOHD ZAKI 2022849564

2. NUR AFIQAH BINTI KHAIRIZAN 2022451304


3. NURUL SYAKIRIN BINTI AHAMAD NORDDIN 2022885516
4. NUR HANNAN SAFIYYAH BINTI MOHD HUSAINI 2022878934

5. NUR SYAIDATUL NISHA BINTI ZULKARNAIN 2022465876

(jarak 3 kali
Nama Ketua Kumpulan: NUR KHALILA KHALISAH BINTI MOHD ZAKI
No. Telefon: 011 2421 3604
Tarikh Serahan: 18 DISEMBER 2022

DISEDIAKAN UNTUK: CIK NUR NABILA BINTI JAMRI

SESI 20224

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Abstrak Pendahuluan Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi Kajian Dapatan Kajian

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 4 3 2 1 8 6 4 2 4 3 2 1 4 3 2 1

Pembelajaran Sepanjang Hayat Komunikasi Bertulis


MARKAH
Rujukan Berautoriti /
Perbincangan Kajian Rumusan / Cadangan Rujukan Tepat
Sitasi

8 7 6 5 4 3 2 1 4 3 2 1 2 1.5 1 0 2 1.5 1 0.5 /40


PENINGKATAN HUBUNGAN LGBT DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Nur Khalila Khalisah Binti Mohd Zaki, Nur Afiqah Binti Khairizan, Nurul Syakirin Binti
Ahamad Norddin, Nur Hannan Safiyyah Binti Mohd Husaini, Nur Syaidatul Nisha
Binti Zulkarnain
Fakulti, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah

ABSTRAK
Berdasarkan apa yang telah dikaji, terlalu banyak perkara atau gejala yang
bercanggahan dengan hukum islam telah berlaku. Malah perkara ini semakin
berleluasa di dalam kalangan masyarakat kini. Fokus utama kajian ini adalah
mengenai peningkatan cara hidup LGBT dalam kalangan masyarakat. Kami telah
mengenalpasti objektif dalam kajian ini. Antaranya, mengenalpasti definisi LGBT dan
dalil pengharaman hubungan homoseksual. Selain itu, meninjau punca-punca
berlakunya hubungan LGBT dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, mengenalpasti
keburukan-keburukan dan bahaya hubungan LGBT daripada menjadi normalisasi
dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, mengkaji cabaran-cabaran untuk
mencegah hubungan LGBT daripada menjadi normalisasi dalam kalangan
masyarakat. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah penyelidikan
kualitatif. Selain itu, pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan
pendekatan kajian perpustakaan melalui analisis dokumentasi sepenuhnya. Sumber
rujukan seperti jurnal, artikel-artikel semasa dan kitab yang berkait dengan kajian ini
telah diselitkan dalam kajian sebagai rujukan primer. Dokumen yang digunakan
adalah dari sumber elektronik yang diambil dari laman-laman sesawang berautoriti
seperti Google Scholar dan sebagainya. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
peningkatan LGBT ini memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara kesan
buruknya adalah merosakkan institusi keluarga. Selain itu, meningkatkan risiko
jangkitan HIV atau AIDS. Dalam setiap masalah atau isu yang berlaku pasti ada
punca-punca yang menjadikan sesuatu masalah berlaku. Antara faktor berlakunya isu
LGBT ini adalah tidak mendapat didikan agama yang mencukupi. Selain itu,
mempunyai keluarga yang bermasalah dan kurang berkomunikasi sesama ahli
keluarga. Akhir sekali, tidak lain tidak bukan yang menjadi punca LGBT pada era ini
adalah pengaruh internet. Akhirnya, generasi muda juga akan terpengaruh dengan

1
budaya negatif LGBT ini. Pada masa yang sama, kajian juga menghuraikan cabaran-
cabaran yang dihadapi semasa menangani isu LGBT ini. Berdasarkan hasil kajian
cabaran yang di hadapi adalah melibatkan segelintir masyarakat yang menuduh
penguatkuasa undang-undang agama campur tangan dalam kehidupan peribadi dan
kebebasan mereka. Selain itu, hak asasi manusia dilihat sebagai agama baru (oleh
sekular), agama (Islam) di lihat sebagai penghalang yang tidak mencukupi untuk
kehidupan moden.

2
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Abstrak 1-2
2 Pendahuluan 3
3 Objektif Kajian 4
4 Metodologi Kajian 5
5 Kajian Literatur 6-8
6 Dapatan dan Perbincangan 9 - 16
7 Kesimpulan 17
8 Rujukan 18
1.0) PENDAHULUAN

Cabaran abad ke-21 merupakan perkara utama yang harus ditangani oleh masyarakat
zaman ini. Seperti apa yang telah dikaji, isu LGBT ialah antara masalah yang
dibimbangkan pada era ini. LGBT atau Bahasa melayu nya ialah hubungan songsang
merupakan hubungan yang dilakukan sesama sejenis iaitu bagi lelaki menjalinkan
hubungan dengan kaum adam sendiri ia juga turut berlaku bagi kaum wanita yang
mana turut melakukan hubungan sesama kaum hawa itu. Golongan ini juga dikenali
sebagai GLBT (Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual). Golongan ini jelas
melanggar konsep penciptaan jantina, iaitu lelaki dan perempuan seperti termaktub
dalam al-Quran.

Tidak semua negara membenarkan cara hidup ini dijalankan. Sesetengah negara juga
telah menentang habis-habisan cara hidup ini. Kebanyakan negara ini adalah negara-
negara islam seperti Malaysia. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual
(liwat), ia sememangnya masalah yang amat membimbangkan pada abad ini. LGBT
ini telah berleluasa dalam kalangan masyarakat kini. Walaupun cara hidup ini telah
sampai negara tersebut, namun segelintir masyarakat telah menolak untuk menerima
golongan ini daripada memasuki negara mereka. Tetapi dalam Malaysia, yang
mengutamakan agama islam, semestinya menolak keras golongan ini. Masih banyak
yang mengamalkan cara hidup LGBT ini mahupun yang beragama islam atau bukan.
Hal ini kita perlu membanteras daripada isu LGBT ini semakin meningkat di negara
ini. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan faktor yang berlakunya peningkatan isu
LGBT dan langkah yang perlu diambil bagi menghindari masalah ini berlaku.

3
2.0) OBJEKTIF KAJIAN

Umumnya, objektif kajian adalah menjurus kepada cadangan penyelidikan secara


terperinci mengenai peningkatan hubungan LGBT dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Justeru, penulisan kertas kerja adalah bertujuan untuk:

2.1) Mengenal pasti definisi LGBT dan dalil pengharaman hubungan homoseksual
2.2) Mengenal pasti keburukan-keburukan dan bahaya hubungan LGBT dalam
kalangan masyarakat
2.3) Meninjau punca-punca berlakunya hubungan LGBT dalam kalangan
masyarakat
2.4) Mengkaji cabaran-cabaran dalam menangani hubungan LGBT daripada
menjadi normalisasi dalam kalangan masyarakat

4
3.0) METODOLOGI KAJIAN

Bagi kertas kerja ini, kaedah penyelidikan kualitatif telah dipilih kerana lebih sesuai
berbanding keadah-kaedah yang lain. Proses pengumpulan data bagi kertas kerja ini
adalah dengan menggunakan pendekatan kajian perpustakaan melalui analisis
dokumentasi sepenuhnya. Sumber kajian seperti jurnal, artikel-artikel semasa, dan
kitab oleh penulis-penulis yang mengupas tajuk yang hampir dengan kajian ini telah
dipilih sebagai rujukan primer. Antara dokumen yang terlibat adalah dari sumber
rujukan bercetak dan elektronik yang diambil dari laman-laman sesawang berautoriti
seperti Google Scholar dan lain-lain.

Manakala pencarian sumber rujukan berasaskan kepada laman web seperti laman
web, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri, blog Mufti dan para ilmuan
Islam dan lain-lain juga dipilih sebagai sumber rujukan sekunder.

5
4.0) KAJIAN LITERATUR
Golongan LGBT adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti. Kebanyakan
golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap dalam fizikal jantina
yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. Keyakinan tersebut
mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad melakukan pembedahan menukar
jantina akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk menerima jantina sendiri. LGBT
juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikiatri atas faktor kecelaruan pemikiran
yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada jantina semata-mata tetapi turut
merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia dan lain-lain. (Irsyad Al-
Hukmi, 2019)

Menurut Irsyad Al-Hukmi, (2019) Di Malaysia, isu transeksual dianggap sebagai


fenomena yang kompleks kerana melibatkan pelbagai fator termasuk isu biologi,
psikologi, persekitaran dan sosial mereka yang terlibat. Secara umumnya, gambaran
masyarakat terhadap kelompok transeksual ini menjurus kepada lelaki yang bersifat
keperempuanan atau perempuan yang bersifat kelelakian dan sering dikaitkan
dengan homoseksualiti (lesbian/gay). Kajian ke atas kelompok golongan LGBT
mendapati 65% daripada transgender menjadikan aktiviti pelacuran sebagai salah
satu mata pencarian. 25% daripada mereka terlibat dengan kelab malam dan lain-lain
manakala sekitar 10% sahaja yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti seumpamanya
(sektor perniagaan dan lain-lain). Golongan yang terlibat dengan LGBT terbahagi
kepada dua kelompok utama iaitu pesakit yang memerlukan rawatan daripada pakar
psikiatri dan golongan yang berjuang menuntut hak asasi manusia untuk membela
golongan tersebut. Justeru, golongan ini dilabel sebagai menyimpang dari norma
masyarakat dan sering dipinggirkan. Atas faktor tersebut mereka berjuang menuntut
supaya masyarakat menerima dan mengiktiraf kehadiran mereka.

Menurut Mohamad Afandi Md Ismail, (2019), penularan kes-kes melibatkan LGBT


melibatkan generasi muda amat membimbangkan. Banyak kajian kajian lepas yang
dilakukan penyelidik barat berkait LGBT hanya berkisar cara hidup dan amalan seks
selamat dalam kalangan pengamal LGBT dan kesan persepsi negatif komuniti
terhadap anak anak golongan LGBT (Roslee, 2017: 180). Kajian penyelidik lepas
turut mendapati remaja yang terlibat dengan LGBT mempunyai risiko yang tinggi
6
untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan
mental berbanding remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan alcohol (Bell & Weinberg, 1978: 16).

Telah ditekankan dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang mengamalkan kehidupan


seperti kaum Nabi Luth AS iaitu perbuatan homoseksual akan dilaknat oleh Allah SWT
sepertimana yang berlaku kepada kaum ini. Peristiwa ini dieritakan di dalam Al-Quran
bagi membuktikan pengharaman amalan homoseksual serta menunjukkan Allah SWT
Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
Allah SWT berfirman:

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh
seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada
jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami selamatkan
dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia
dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan
hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang -
orang yang melakukan kesalahan.”

(Surah al-A'raf: 80-84)

Dalil di atas membuktikan perbuatan kaum Luth yang suka sesama jenis antara
lelaki dengan lelaki. “Perbuatan ini dianggap keji kerana bercanggah dengan
kebiasaan dan bertentangan dengan akal yang sihat. Seseorang yang mempunyai
masalah jiwa yang tidak normal sahaja yang kebiasaannya melakukan perkara
tersebut kerana tingkah laku ini boleh menjatuh maruah mereka sendiri, lebih rendah
daripada haiwan. Haiwan jantan mendatangi haiwan betina tidak hanya untuk
melepaskan nafsu syahwat sahaja tetapi juga untuk menjaga keturunannya,
manakala manusia yang suka sesama jenis hanya untuk memenuhi nafsu mereka
semata-mata.” (Tafsir al-Sya’rawi, 7/4228) 7
Firman Allah SWT:

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu
(melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri -isteri kamu? (Kamu orang-
orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan
kebanyakan haiwan)!"

(Surah al-Sy u’ara’: 165-166)

Menurut Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan
Sulaiman, Wan Azreena, J., Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S, (2015),
“Kelemahan dalam amalan agama turut menyumbang kepada masalah ini. Hal
sedemikian berlaku kerana mereka tidak mempunyai pegangan kukuh terhadap
larangan yang telah dinyatakan oleh agama masing-masing (Londicho et al. 2014).
Kelemahan ini menyebabkan kebanyakan lesbian mewujudkan persepsi bahawa ini
merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan dengan meneruskan perbuatan
terlarang, sebaliknya tidak berusaha melawan persepsi tersebut (Bergin & Smith
2002; Boyd 2000; Glaser 1996; Kader 1999; Kearney 1997; Rosser 1992) mereka
mendapati bahawa sebanyak 84% daripada responden yang dikaji mempercayai
dengan kewujudan tuhan. Walau bagaimanapun, penghayatan terhadap ciri-ciri
keagamaan yang kurang menyebabkan mereka terjebak dalam tingkah laku
sedemikian.”

Selain melaknat hubungan sesama jantina, Islam juga melarang keras lelaki yang
menyerupai wanita dan sebaliknya. Lelaki berlagak perempuan dan perempuan
berlagak lelaki adalah bibit-bibit yang bole mengundang perbuatan maksiat. Sabda
Nabi SWT.

"Daripada Ibm Abbas R.A berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat
golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan golongan perempuan yang
menyerupai lelaki"

(Riwayat al Bukhari)

8
5.0) DAPATAN DAN PERBINCANGAN

5.1) Keburukan-Keburukan Dan Bahaya Hubungan Songsang Dalam Kalangan


Masyarakat
Keburukan-keburukan hubungan songsang dalam kalangan masyarakat ialah akan
menimbulkan masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Di negara-negara
bukan Islam khususnya negara barat mereka membenarkan hubungan dan
perkahwinan sesama jenis. Hal ini akan menyebabkan kecelaruan perwarisan dalam
keluarga. Ini dikatakan demikian kerana wanita yang berkahwin dengan wanita tidak
akan melahirkan anak kerana tiada sperma untuk disenyawakan dengan ovum. Bagi
lelaki yang berkahwin dengan lelaki juga tidak dapat melahirkan anak kerana tiada
ovum untuk disenyawakan dengan sperma. Oleh kerana tidak dapat melahirkan anak,
mereka memilih untuk menjalankan permanian beradas. Cara permanian beradas
dilakukan dengan sperma yang aktif akan dimasukkan ke dalam rahim wanita dengan
menggunakan ‘catherer’. Kaedah ini merupakan kaedah yang bertentangan dengan
ajaran islam kerana kita tidak dapat menentukan nasab keturunan kita.

Seterusnya, masyarakat akan mudah terpengaruh dengan budaya hidup negatif yang
diamalkan oleh golongan LGBT ini. Budaya-budaya yang mereka lakukan boleh
menyebabkan golongan remaja khususnya mudah terpengaruh dengan budaya hidup
yang tidak berpaksikan agama. Hal ini kerana, golongan remaja merupakan golongan
di mana mereka berada di fasa ingin tahu dan ingin mencuba perkara yang tidak
pernah dilakukan. Bahkan pada peringkat umur ini, mereka lebih cenderung untuk
meneroka perkara baharu tanpa usul periksa jika sesuatu perkara itu adalah
bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar dek kerana
mahukan keseronokan semata-mata. Hal ini perlu diberi perhatian rapi oleh pihak
bertanggungjawab kerana ia boleh merosakkan generasi muda akan datang yang
juga merupakan bakal pemimpin negara serta khalifah yang sepatutnya membela
kesucian agama Islam.

9
(Kualiti) seorang Islam itu terletak pada orang Islam yang berasa selamat daripada
(kejahatan) lisan dan tangannya.
(Riwayat al-Bukhari, no. 10)

Zaman kini semakin maju apabila semua maklumat dapat kita peroleh di hujung jari
dengan menggunakan teknologi yang canggih. Lebih mudah untuk masyarakat dari
pelbagai peringkat umur mendapatkan maklumat yang mereka inginkan tanpa
memerlukan tenaga yang banyak serta kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan lebih
ramai aktivis liberal yang memperjuangkan nasib golongan homoseksual atau LGBT
dengan cara menyebarkan ideologi mereka tersendiri di dalam media sosial yang
dapat diakses oleh semua golongan masyarakat khususnya di Malaysia. Mereka
menggunakan media sosial ini sebagai platform untuk menghebahkan tentang LGBT
ini kepada seluruh lapisan masyarakat supaya mereka diterima dan mengajak
masyarakat sekeliling mereka untuk berfikiran lebih terbuka terhadap isu ini kerana
mereka mengatakan bahawa orang yang tidak dapat menerima kelompok LGBT
dalam masyarakat ini adalah orang yang berfikiran mundur, tidak sinonim dengan
fikiran komuniti negara maju seperti negara Barat yang menerima golongan ini dalam
masyarakat mereka. Hal ini yang akan merosakkan pemikiran generasi muda akan
datang kerana mereka tidak mahu dilabel sebagai orang yang berfikiran kolot
sedangkan telah disebut dalam al-Quran bahawa perbuatan homoseksual ini adalah
salah dari segi agama dan haram bagi orang Islam untuk mengamalkannya dalam
kehidupan seharian. Peristiwa kaum Nabi Luth yang disebut dalam al-Quran perlu
dijadikan pengajaran kepada umat Islam supaya kita sentiasa berpegang kepada
ajaran agama Islam yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
sebagai panduan hidup.

Rasulullah SAW telah bersabda:


"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat
selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah
Nabi "
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)

10
Bahaya hubungan songsang dalam kalangan masyarakat ialah seseorang itu akan
menghidapi penyakit HIV AIDS. HIV adalah Human Immunodeficiency manakala virus
adalah virus yang melemahkan sistem ketahanan dalam badan seseorang dan juga
boleh menyebabkan AIDS. Pesakit akan mudah mendapat jangkitan kuman dan
kanser. ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ merupakan singkatan bagi
AIDS. Kementerian Kesihatan melaporkan kes pertama penyakit HIV/AIDS di
Malaysia dikesan pada tahun 1986. Penyakit HIV AIDS boleh tersebar melalui cecair
faraj, air mani, darah, susu, cecair rektal dalam badan pesakit. Virus ini boleh tersebar
melalui kegiatan seksual di antara pesakit dan pasangannya. Risiko untuk menghidapi
penyakit ini lebih tinggi sekiranya dia melakukan kegiatan seks yang tidak sihat seperti
melakukan seks dengan banyak pasangan. Seterusnya, melakukan seks tanpa
menggunakan perlindungan. Kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi untuk
menghidap penyakit ini adalah pekerja seks dan transgender.

Daripada Abu Said al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu kepenatan, atau penyakit, atau
kebimbangan, atau kesedihan, atau kesakitan, atau gangguan, bahkan duri yang
melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (dengan
kesusahan itu).”
(Sahih al-Bukhari)

11
5.2 Punca-Punca Berlakunya Hubungan LGBT Dalam Kalangan Masyarakat
Menurut M Ahmad, Haikal Adnan, Abd Satar, Wan Shahrazad, Wan Sulaiman, Wan
Azreena, Zainal Abidin, dan Wan Mohd (2015), soalan-soalan yang dikemukakan
kepada mereka adalah berdasarkan amalan agama mereka, hubungan mereka
dengan keluarga, berkaitan hubungan mereka dengan pasangan atau rakan.
Berkenaan dengan amalan agama, 5 daripada 6 responden menunjukkan bahawa
mereka jarang melakukan amalan agama seperti solat, dan 1 menjawab bahawa
mereka tidak lagi mengamalkan amalan agama.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa amalan agama yang rendah merupakan salah
satu punca responden mengalami gejala lesbian. Amalan agama adalah salah satu
aspek kehidupan yang paling penting. Individu dalam sesuatu agama boleh
membezakan antara yang baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu (Khadijah Alavi
et al., 2012). Hasil kajian ini mendedahkan bahawa gaya hidup umum responden
bukan beragama sebenarnya menyebabkan mereka terlepas daripada batasan
normal kehidupan manusia. Hal ini termaktub dalam hadis Nabi Muhammad SAW:

“Aku tinggalkan kamu selagi mana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu
tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis, jelas menunjukkan bahawa umat Islam yang mengamalkan al-
Quran dan al-Sunnah setiap hari tidak melakukan maksiat. Orang beragama,
sebaliknya kurang berkemungkinan untuk membunuh diri, kurang menggunakan
tembakau dan ganja, dan kurang berkemungkinan melakukan aktiviti seksual
(Donahue & Bonson 1995). Ini menunjukkan bahawa amalan agama yang kurang
diamalkan oleh responden menyumbang kepada penglibatan dalam gejala lesbian.

12
Pengaruh internet juga turut menyumbang kepada peningkatan homoseksual di
Malaysia yang mungkin disebabkan pelbagai media hiburan menyebarkan perkara
yang tidak baik terhadap masyarakat pada masa kini khususnya dalam kalangan
remaja.Faktor keluarga yang bermasalah juga antara faktor yang menyumbang
kepada gejala lesbian. Berdasarkan temu bual, tiga orang responden menyatakan
mereka mempunyai masalah dan kurang komunikasi dengan keluarga
mereka.Persekitaran keluarga yang kurang sihat menyebabkan kanak-kanak kurang
mendapat perhatian dan secara tidak langsung membantutkan perkembangan dan
pertumbuhan seseorang kanak-kanak (Gartrell et al. 2000; Patterson 2000; Perrin
2002; Stacey & Biblarz 2001; Tasker & Golombok 1995). Jadi mereka akan
membentuk perwakilan mental yang tidak sihat (Bowlby 1973).Tinjauan itu
mendedahkan perkara yang ditunjukkan oleh responden.Ibu bapanya selalu
bergaduh, mementingkan kerja dan sering alpa.

Menurut Khadijah Alavi et al. (2012), hubungan yang renggang antara ibu bapa dan
anak-anak menyebabkan anak-anak berani untuk keluar dan melakukan hubungan
seksual.Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan remaja. Remaja secara umumnya merupakan satu peringkat di mana
mereka sering memerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan dan isi hati mereka
(Remafedi et al. 1998).Sebagai contoh, rumah keluarga sering menjadikan ibu
sebagai tempat di mana wanita muda boleh berkongsi sebarang masalah yang
timbul.Namun, ibu bapa yang tidak memberikan perhatian ini telah menyebabkan
remaja ini mencari rakan mereka sebagai alternatif untuk meluahkan perkara tersebut.

13
Disamping itu, Menurut Kurdex (2004) pula, dalam perhubungan sesama sejenis,
pasangan lesbian bertindak sebagai kawan dan bukannya sebagai keluarga.
Kurangnya penglibatan ibu bapa dalam komunikasi dengan anak-anak juga boleh
menyebabkan kurangnya rasa kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Menurut
Carlson dan Lewis (1988), komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak merupakan
salah satu aspek yang penting dalam menzahirkan kasih sayang.Ini kerana kasih
sayang boleh diwarisi semasa proses interaksi daripada ibu bapa kepada anak atau
anak kepada ibu bapa.Sekiranya interaksi yang kurang berkesan dalam sistem
kekeluargaan, ia menjadi sukar untuk terbentuknya kasih sayang dalam keluarga.Hal
ini secara tidak langsung akan menyebabkan ahli keluarga akan melibatkan pihak luar
untuk mendapatkan kasih sayang (Nichols 2014).Oleh itu, remaja yang tidak disayangi
oleh ibu bapa mereka mencari cinta sebegitu daripada pasangan lesbian mereke .

14
5.3 Cabaran-Cabaran Dalam Menangani Hubungan LGBT Daripada Menjadi
Normalisasi Dalam Kalangan Masyarakat
Menurut Mohamad Afandi Md Ismail dan Mohd Sabree Nasri (2019), usaha ratusan
aktivis dan profesional untuk mempertahankan dan mempromosikan hak LGBT di
seluruh dunia telah menjadikan isu berkaitan sebagai fenomena global. membuktikan
(Javaid & Eleni, 2013:20). Ingat bahawa golongan LGBT benar-benar menentang
budaya, tradisi, kepercayaan dan agama Malaysia.

Undang-undang anti-maksiat sering berurusan dengan tingkah laku dan standard


moral yang dianggap sebagai isu peribadi. Namun begitu, ia masih menjejaskan
kesucian agama, mengancam keamanan, dan menjejaskan moral dan moral
masyarakat. Sama ada pihak berkuasa menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran
unik (Mohd Farok et.al, 2017:230).Bagi jenayah moral, sebagai contoh, terdapat
langkah-langkah yang diambil untuk menangani suspek di tempat kejadian, yang
kadang-kadang dilihat sebagai sia-sia.Cukup sesuai untuk membuat mereka yang
terlibat tidak selesa. Namun begitu, terdapat banyak cabaran dalam menangani isu
LGBT ini. Sebagai contoh, daripada mereka yang menuduh penguatkuasa undang-
undang agama campur tangan dalam kehidupan peribadi dan kebebasan mereka
apabila penguatkuasa undang-undang agama menangkap dan menyiasat orang yang
disyaki terlibat secara moral dalam kesnya. Terdapat kritikan terhadap menipu.
Sebaliknya, kredibiliti pegawai penguatkuasa agama sendiri khususnya yang baru
dilantik ke jawatan mereka juga bermasalah kerana kurang kefahaman dan latihan
mengenai undang-undang yang akan dikuatkuasakan.Kakitangan yang
berpengalaman, sebaliknya, berpindah ke jabatan lain kerana kenaikan pangkat dan
pertukaran, membawa bersama mereka semua kemahiran dan pengalaman
mereka.Operasi, penyiasatan dan pengumpulan bukti tidak boleh dibangunkan (Mohd
Farok et.al, 2017:235).

Banyak isu dan aduan dalam masyarakat berkisar tentang perkara ini.Kaedah dan
prosedur yang dilaksanakan oleh PPA yang dilihat sebagai tidak sistematik, sering
tersasar dan di luar mandat mereka.Prosedur pra-perbicaraan yang dikritik secara
meluas seperti penyiasatan, penangkapan, penggeledahan dan soal siasat; kes

15
pengintipan, penggunaan kamera video untuk merakam perbuatan lucah suspek,
ugutan, tuntutan rasuah, dll. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat atas. Diterbitkan
dalam media massa (Utusan Malaysia, 2005:Lima). Secara umumnya, terdapat kira-
kira 45 jenayah di bawah undang-undang jenayah Syariah, termasuk jenayah yang
berkaitan dengan akidah, akhlak, dan kesucian Islam. Penapisan mendapati kira-kira
20 kerosakan dengan unsur kerosakan yang kurang jelas. Akibatnya,
penguatkuasaan menjadi lebih sukar dan pegawai penguatkuasa agama (PPA) sering
bergelut untuk menjalankan tugas mereka (Mohd Farok et.al 2017:240).

Pada masa hak asasi manusia dilihat sebagai agama baru (oleh sekular), agama
(Islam) dilihat sebagai penghalang yang tidak mencukupi untuk kehidupan moden.Ia
dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan dan kebebasan kerana ia mengajar
anda untuk mengambil. Falsafah moral dan akhlak Barat yang merendahkan fungsi
undang-undang kepada ranah akhlak peribadi diraikan tanpa mengambil kira
kepentingan umum (Siti Zubaidah, 2018:Lima). Maksiat moral atau maksiat yang
diketahui berlaku di sebalik pintu tertutup atau di depan mata sering dilaporkan atau
dikeluhkan oleh rakyat biasa yang melaporkan kepada pihak penguatkuasa.Pihak
eksekutif yang bertanggungjawab menjalankan fungsi Munkar menghadapi pelbagai
cabaran (Siti Zubaidah et.al, 2014:170)

Jenayah moral dan etika berkait rapat dengan isu hak asasi manusia. Tidak hairanlah
NGO menggesa pemansuhan undang-undang yang melanggar hak asasi individu
(Nasimah 2007:ke-8).Oleh itu, Suruhanjaya Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada
14 April 2005 mengisytiharkan tanggungjawab Kerajaan untuk melaksanakan prinsip
'Amar Makruf Nahi Munkar' kerana keruntuhan akhlak boleh meruntuhkan negara.
Saya memutuskan ada. Penguatkuasaan undang-undang syariah mungkin
menghadapi kesukaran apabila terdapat masyarakat yang percaya bahawa undang-
undang Islam melanggar hak asasi mereka (Hasliza, 2010:3).

16
6.0) KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, LGBT merujuk kepada golongan masyarakat yang
mengamalkan perhubungan secara gay, lesbian, biseksual, dan transeksual.
Hubungan berikut adalah diharamkan dan bertentangan dengan syariat islam. Pada
era globalisasi ini, golongan LGBT semakin berleluasa saban hari malah dilakukan
secara terbuka oleh semua kaum dan budaya termasuklah segenlintir golongan
masyarakat yang berstatuskan agama islam. Terdapat negara yang menerima
golongan LGBT secara baik seperti Argentina, Perancis, dan Turki namun tidak
semua negara memandang ringan tentang permasalahan golongan LGBT dan
menentangnya secara besar-besaran.

Di samping itu juga, melalui tugasan yang telah dijalankan ini dapatlah kita mengenal
pasti secara mendalam tentang keburukan dan bahayanya perhubungan LGBT dalam
hubungan masyarakat. Sebagai contoh perhubungan LGBT boleh menimbulkan
masalah kecelaruan pewarisan keluarga. Ini kerana golongan LGBT yang berkahwin
sesama jantina tidak akan dapat melahirkan anak yang menyebabkan mereka
mengambil jalan untuk melakukan permanian beradas iaitu pemasukan mani secara
sengaja ke dalam faraj perempuan.

Sesuatu yang berlaku pasti ada puncanya, salah satu punca utama berlakunya
kemunculan golongan LGBT sudah semestinya berkait rapat dengan pegangan
agama. Seseorang yang lemah ilmu agamanya akan mudah terpengaruh dengan
gejala sosial yang membawa kepada kemudaratan dari segi kerohanian dan
keagamaannya.

Untuk menghapuskan golongan ini daripada menjadi normalisasi dalam kalangan


masyarakat, pelbagai cabaran perlu dihadapi antaranya ialah berlakunya penuntutan
hak daripada golongan LGBT. Golongan LGBT menuntut hak kebebasan mereka dari
segi undang-undang untuk tidak di siasat dan tidak mengambil tindakan terhadap
mereka. Ini kerana terdapat negara yang meletakkan undang-undang yang ketat
terhadap golongan LGBT termasuklah Malaysia.

17
7.0) RUJUKAN

Mohamad Afandi Md Ismail, (2018), Gejala Lgbt Di Malaysia: Isu Dan Cadangan
Penyelesaian.
https://www.researchgate.net/publication/342588387_GEJALA_LGBT_DI_MA
LAYSIA_ISU_DAN_CADANGAN_PENYELESAIAN

Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan Sulaiman,
Wan Azreena, J., Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S, (2015), Faktor
Dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan
Lesbian: Satu Kajian Kes. http://journalarticle.ukm.my/9323/1/001-
015_Ahmad_et_al._Gaya_Hidup_Lesbian.pdf

Mohamad Razif, (2017), Perangai Homoseksual Dalam Islam.


https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/847-bayan-linnas-siri-
ke-92-perlakuan-homoseksualiti-dalam-islam

Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayub, (2017), Kedudukan Sunnah Di Sisi
Al-Qur’an. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/660-bayan-linnas-
siri-ke-116-kedudukan-sunnah-di-sisi-al-qur-an

Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayub, (2019), Hadis Penyakit Berubat.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3528-irsyad-al-hadith-siri-ke-389-
hadith-penyakit-bersama-penawar

Zaman Keemasan Islam, allahitukasih.com. https://allahitukasih.com/zaman-


keemasan-
islam/?gclid=CjwKCAiAkfucBhBBEiwAFjbkrxlxq4DzOn500dIHdmtR4dzxehB3
BEmU8U4U2WOCM5MRxYpYnHDR-RoCNdQQAvD_BwE

Unit Perhubungan Masyarakat, (2011), Perhubungan Songsang. .: 2011


(uumvkmb2031.blogspot.com)

18

You might also like