Gkko 1062

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 1

Bagaimanakah aktiviti kokurikulum seperti yang telah ditonton dapat memupuk modal
insan yang menyeluruh dalam kalangan murid-murid?

Aktiviti kokurikulum dapat memupuk modal insan yang menyeluruh dalam kalangan
murid-murid kerana mereka belajar untuk mengendalikan diri menerusi maklum balas
secara spontan dalam penyertaan kokurikulum. Selain itu, kemahiran insaniah mereka akan
berkembang untuk memilih tindak balas secara negatif atau positif. Hal ini demikian kerana,
aktiviti kokurikulum melibatkan kecerdasan dalam mengawal emosi.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga menyemai semangat bekerjasama dan saling


membantu dalam kalangan murid-murid. Antaranya aktiviti seperti kawad kaki, berbalas
pantun dan sebagainya. Tambahan pula, kourikulum juga dapat mencungkil bakat dan minat
murid-murid serta membina personaliti diri mereka.

Akhir sekali, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid-murid
melatih diri untuk berdisiplin dan berfikiran secara terbuka tanpa sentiasa bergantung
terhadap ahli keluarga mereka. Contoh aktiviti adalah seperti kem kemahiran hidup,
pertandingan ‘spellings bee’ dan lain-lain.
Soalan 2

Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk

memastikan murid/anak dapat melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.

Bincangkan.

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah menubuhkan lebih banyak
persatan dan kelab baharu yang dapat menarik minat murid-murid. Pihak sekolah juga boleh
menjalankan kajian tentang minat murid-murid agar dapat membentuk kelab dan persatuan
yang sejajar dengan mereka. Selain itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan medium
untuk setiap kelab dan persatuan. Sebagai contoh, pihak sekolah menyediakan beberapa
kamera bagi kelab fotografi agar setiap ahli mereka dapat menonjolkan bakat masing-
masing.

Seterusnya, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa ialah memastikan
anak-anak menyertai kegiatan kokurikulum dan menyediakan peralatan atau pakaian yang
diperlukan dalam aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, ibu bapa menyediakan set lengkap
pakaian unit beruniform kepada anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
memberi sokongan kepada anak mereka seperti melihat penglibatan anak mereka dalam
kegiatan kokurikulum.Sebagai contoh, pertandingan kawad kaki, hari sukan dan sebagainya.
Ibu bapa yang memberi sokongan padu terhadap anak mereka akan memberika semangat
kepada mereka untuk memberi pencapaian terbaik dalam bidang kokurikulum.

You might also like