Text Program Khatam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum wbr…

Yang dihormati Pengerusi PIBG

Encik Mohd Aidil b. Abdullah

Yang berusaha

Guru Besar Sra Jaim Merlimau Pasir

Ust Mohd Talha b. Mohd Rasep

Barisan para guru dan

Anak murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah dapat kita berkumpul pada petang ini untuk menjayakan majlis Penutup Ihya Ramadan
1444H. Untuk pengetahuan tuan Pengerusi. Sekolah telah mengadakan program ihya ramadan bermula
hari Selasa 11/4/2023. Iaitu Pertandingan mewarna untuk tahap 1. Seterusnya ceramah dan kuiz
ramadan yang diadakan semalam dan pada hari ini diteruskan dengan program khatam Al-Quran.

Majlis hari ini dimulakan dengan nyanyian nasyid asmaul husna, lagu negaraku dan melaka maju jaya.
Diminta semua untuk berdiri.

Asmaul Husna 1,2,3

Negaraku 1,2,3

Melaka Maju Jaya 1,2,3

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin diminta duduk.


Kalau pergi Kampung Keramat,

Jangan lupa membeli tongkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Seterusnya, majlis mempersilakan ________________________________ untuk membacakan doa.


Dipersilakan.

Amin² ya rabbal alamin. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, Majlis menjemput guru besar SRAMEPS untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar.

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pengerusi PIBG Srameps. Encik Aidil b Abdullah untuk
merasmikan majlis pada hari ini.. Dipersilakan.

Terima kasih encik aidil atas ucapan.

Seterusnya majlis menjemput Encik Aidil diiringi guru besar untuk memberikan cenderahari
kepada___________________.

Terima kasih kepada encik aidil dan guru besar. Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi
maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekian, Assalamualaikum wbr .

You might also like