Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

TUTORIAL UNTUK HASILKAN


KUIZ ONLINE MENGGUNAKAN

GOOGLE FORM

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

TUTORIAL UNTUK HASILKAN KUIZ ONLINE (MENGGUNAKAN GOOGLE FORM)

1. Pertama sekali, pastikan anda memiliki akaun Google (atau bahasa mudahnya, ada GMAIL).
Buka Google > Klik New Tab … atau..
Dalam search bar warna putih tu, taip [ Google Form ]
Tekan [ Enter ]

2. Klik Pilihan [ Google Forms: Free Online Surveys for Personal Use ]

3. Anda akan di bawa ke Page Google Form


Pada [ Personal ] > Klik [ Go to Google Form ]

4. Start a new form > Klik [ Blank Quiz ]

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

5. Satu paparan [ Blank Quiz ] akan dipaparkan seperti berikut.

6. Klik pada [ Blank Quiz ] > Taipkan nama Kuiz anda.


Contoh : KUIZ PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 SMKSAB.
* Ini merupakan nama fail kuiz anda.

7. Sebelum mula menaip soalan, sebaiknya kita buat siap2 beberapa setting untuk set kuiz ini.
Klik [ 3 titik ] dibahagian kanan atas skrin..

8. Satu senarai pilihan akan dipaparkan, pilih [ Setting ]

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

9. Satu paparan Setting akan dipaparkan.


Pada menu [ General ], Tick pada [ See summary charts and text responses ]

10. Seterusnya, klik pada menu [ Quizzes ]

11. Pada menu [ Quizzes ], tick pada [ Make this a quiz ].


Seterusnya klik [ Save ]

12. Anda akan kembali ke paparan [ Blank Quiz ].

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HABIS BAB SETTING, SO… JOM MULA TAIP SOALAN ….
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk makluman anda, ada beberapa bentuk soalan boleh dipilih, antaranya :

Cuma sebagai permulaan ni, saya cadangkan kita pilih [ Multiple Choice ], sebab auto marking… terus
dapat result.
Kalau untuk essay, pilih [ Short answer ] atau [ Pharagraph ], Cuma.. nanti cikgu perlu semak jawapan
satu-satu….ala2 marking manual….

Jom mula…

1. Pertama sekali, tuliskan tajuk Kuiz kita..


Klik pada [ Blank Quiz ]

2. Taipkan tajuk kuiz anda.


Contoh : KUIZ PEND ISLAM TINGKATAN 5 : TOPIK HADIS : KEHIDUPAN DUNIA IBARAT PERANTAU

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

3. Seterusnya, anda boleh masukkan catatan ringkas di bahagian [ Form description ]


Contoh : Disediakan oleh Ustazah Liyana SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah

============================================================================
SEKARANG, JOM MULA..
Anda perlu sediakan ruangan untuk pelajar isikan maklumat diri, seperti nama pelajar, kelas,
sekolah dan lain… ikut citarasa cikgu @ panitia @ sekolah..
============================================================================

1. Klik pada [ Untitled Question ]

2. Taipkan [ Nama Pelajar ] dan pilih bentuk soalan jenis [ Short answer ]

3. Seterusnya, tick [ Required ] di sudut kanan bawah.


* Ini bermaksud, ruangan ini WAJIB diisi oleh pelajar.

4. Dah siap ruangan [ Nama Pelajar ], sekarang kita nak hasilkan ruangan baru pula..
Klik simbol Duplicate seperti di bawah..

5. Satu set ruangan baru akan dipaparkan.


Taipkan [ Kelas ]

6. Dah siap ruangan [ Kelas ], sekarang kita nak hasilkan ruangan baru pula..
Klik simbol Duplicate seperti di bawah..

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

7. Satu set ruangan baru akan dipaparkan.


Taipkan [ Sekolah ]

8. Dah siap ruangan [ Kelas ], sekarang kita nak hasilkan ruangan baru pula..
Klik simbol Duplicate seperti di bawah..

9. Satu set ruangan baru akan dipaparkan.


Taipkan [ Negeri ]

Dah siap bahagian maklumat diri pelajar. Memang nampak mcm banyak step, Cuma untuk makluman,
kuiz ini nanti boleh di copy paste… so.. next time.. tak perlu dah ulang step2 nih..

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

Alhamdulillah, dah selesai bahagian asas…


Hasilnya adalah seperti paparan di bawah..

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

Amboi.. banyak nye step … sementara nak mahir je..

Relax… nampak banyak step sebab kami cuba terangkan langkah demi langkah sedetail yang mungkin..
Harapannya, kalau ada sesiapa yang takde asas sekalipun, kalau ikut langkah-langkah dalam tutorial
ni, InsyaAllah, beliau mampu hasilkan soalan sendiri… dan menyebarkan manfaat pada orang lain..
khususnya para pelajar..

Bila anda dah mahir nnt, sebenarnya step dia ringkas je.. maklumlah.. anak murid pelbagai aras…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM MULA BUAT SOALAN …
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Kita mula dengan tambah soalan. Klik pada simbol tambah dalam bulatan di sebelah tepi skrin.

2. Satu paparan soalan baru akan dipaparkan.

3. Anda boleh mula taip teks soalan di bahagian [ Question ]

4. Seterusnya, Klik pada [ Option 1 ] untuk memasukkan pilihan jawapan pertama (A)..
Contoh : Ebola * tidak perlu taip huruf [ a ], [ b ], [ c ] atau [ d ].

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

5. Seterusnya, klik [ add “Other” ] untuk masukkan pilihan jawapan (b), (c) dan (d).

6. Selepas selesai memasukkan semua pilihan jawapan.


Klik ikon [ Answer key ] untuk menanda jawapan yang betul (skema).

7. Tick pada jawapan yang betul.

8. Seterusnya, tetapkan nilai markah bagi soalan tersebut. Klik pada [ …. points ]
Contohnya : 2 markah…

9. Klik Done.

10. Anda akan kembali ke paparan soalan. Tick ikon [ Required ] di kanan bawah skrin.

11. Selesai soalan pertama anda.

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

12. Untuk soalan kedua dan seterusnya, anda hanya perlu klik simbol Duplicate… dan edit soalan
tersebut…

13. Jangan lupa untuk kemaskini pilihan jawapan (skema) bagi setiap soalan. Nilai markah masih
sama iaitu [ 2 points ].

14. Buat permulaan, anda boleh mula hasilkan 5 hingga 10 soalan Multiple Choice dahulu. Bila dah
mahir nanti, baru kita upgrade kepada bentuk soalan lain dan jumlah soalan yang lebih banyak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN DAH SIAP, CAMNA NAK BAGI STUDENT JAWAB ?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Mudah je… Klik button [ Send ] pada penjuru atas kanan skrin.

2. Satu paparan akan dipaparkan seperti berikut.

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

3. Klik pada simbol [ link ] seperti di bawah

4. Satu paparan akan dipaparkan seperti berikut.


Tick pada [ Shorten URL ] untuk memendekkan link yang diberikan.

5. Link ke kuiz anda telah dipendekkan.


Seterusnya klik [ Copy ] untuk copy link tersebut.

6. Sekarang anda sudah boleh share kan kuiz anda kepada para pelajar..
Hanya copy n paste link ke group whatsapp, telegram, facebook dan lain-lain..
Rupa link tersebut … ala-ala macam ni..
[ https://forms.gle/u7MGPD5eawE9fwuJ8 ]

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
STUDENT DAH JAWAB KUIZ, CAMNA NAK TENGOK JAWAPAN DAN SKOR PELAJAR ?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Dalam Google Chrome > Klik New Tab


Klik pada simbol [ 9 titik ] di penjuru kanan atas skrin.

2. Satu paparan senarai aplikasi Google akan dipaparkan.


Klik pada ikon [ Google Drive ] seperti di bawah.

3. Anda akan di bawa ke akaun Google Drive anda.

4. Klik pada Kuiz yang anda hasilkan tadi.

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

5. Googla akan memaparkan semula soalan kuiz yang anda hasilkan sebelum ini.
Klik pada [ Responses ].

6. Satu paparan keseluruhan Responses akan dipaparkan seperti berikut.

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)
SIRI TUTORIAL ICT : KUIZ ONLINE (GOOGLE FORM)

7. Untuk melihat skor semua pelajar yang menjawab kuiz, anda boleh paparkan hadil tersebut
dalam bentuk Google sheet (mcm Microsoft Excel).
Klik pada ikon hijau [ create spreadsheet ] seperti di bawah.

8. Pilih [ Create a new spreadsheet ]


Klik [ Create ]

9. Satu paparan spreadsheet macam Excel akan dipaparkan.

10. Di sini anda dapat melihat senarai nama pelajar yang menjawab kuiz anda dan butiran-butiran
lain seperti, kelas, sekolah, tarikh dan jawapan yang dijawab oleh mereka.

TAHNIAH !!
ANDA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN SENDIRI SOALAN KUIZ ONLINE MENGGUNAKAN MEDIUM
GOOGLE FORM.

GOOD LUCK !!

Ustazah Liyana Binti Abdul Halim (SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah)
Ustaz Husba Khairi bin Hussin (Kolej Komuniti Baling, Kedah)

You might also like