Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH 20

PENTAKSIRAN BERTERUSAN SEMESTER 1 / 2020


BAHASA MELAYU-KUIZ 1
MASA : 40 MINIT

Nama Pelajar: THARUNRAJ A/L RAGU Kursus: ISK

Nama Pensyarah: Pn. Fadilah binti jantan Tarikh: 15 / 4 / 2020

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_____________________ _____________________ ________________


( FAUZIAH BT MOHD NAWI ) ( RAFIDAH BT SULAIMAN) ( ZARINA BT IBRAHIM )
PENSYARAH BAHASA MELAYU KETUA UNIT BAHASA KETUA. JAB. PEND. UMUM
__________________________________________________________________________________

Soalan 1 : Ringkasan
(15 markah )

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerja rumah adalah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak
semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu,
kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan murid. Kerja rumah
juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah
perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah
menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah ‘merompak’ masa anak-anak
untuk berkembang dari segi jasmani.

Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa
menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun,
perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada
ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama anak-anak semasa mereka belajar. Kerja
rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara –perkara yang
dipelajari oleh anak-anak di sekolah.

Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada
tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja
rumah merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana
mereka sentiasa belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan
tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Perkembangan multimedia seperti televisyen, komputer, internet, dan
sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan akhbar pula menjadi sumber
sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang
diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada
sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah.

Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid.
Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti
yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaran.

Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah,
namun hakikatnya kerja rumah memberi kesan positif kepada murid-murid.

( Dipetik dan diubahsuai daripada


‘Pengurusan Kerja Rumah yang Elektif’
Oleh Dr. Hj.Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil .14, 2005 )

Soalan 2 : Pemahaman
( 5 markah )

1.Apakah yang telah dimaksudkan dengan rangkai kata ‘merompak’ masa. ( 2 markah )

2. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah ( 3 markah )

Tandatangan Pemeriksa
Nama Pemeriksa
Tarikh
RINGKASAN
Tujuan pemberian kerja rumah adalah untuk dapat memupuk unsur pembelajaran kendiri
dalam kalangan murid. Seterusnya , kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu , kerja rumah dapat membuka peluang kepada ibu
bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama anak-anak semasa mereka belajar. Kemudian,
kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara –perkara
yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah. Selain itu , kerja rumah dapat membantu murid
meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di
bilik darjah. Akhirnya , kerja rumah dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti
yang berfaedah.

80 Patah Perkataan

PEMAHAMAN

1) Apakah yang telah dimaksudkan dengan rangkai kata ‘merompak’ masa?


Maksud rangkai kata merompak masa ialah mengambil masa untuk melakukan sesuatu.

2) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah ?
Pada pendapat saya faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak menyiapkan kerja
rumah ialah pelajar tidak dapat menguruskan masa mereka dengan betul. Selai itu ,
pelajar juga meluangkan banyak masa mereka untuk menggunakan gadget-gadget yang
berada di depan mata mereka seperti komputer riba dan telefon pintar. Akhirnya , untuk
menyelesaikan masalah ini , pelajar boleh menghasilkan atau membina jadual rumah
untuk menggunakan gadget pada masa yang tertentu sahaja.

You might also like