Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

226

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

PERSEPSI GURU TERHADAP CIRI-CIRI INOVASI VLEFROG


DI SEKOLAH DI WP KUALA LUMPUR, WP PUTRAJAYA DAN NEGERI
SELANGOR

Shahfiezul Shahaimi
Kementerian Pendidikan Malaysia
shahfiezul.ukm@gmail.com

Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
fariza.khalid@ukm.edu.my

ABSTRAK
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru melalui kewujudan ciri-ciri inovasi yang terdapat di dalam
aplikasi VLEFROG. Selain itu kajian ini juga akan mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi
VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan pengalaman mengajar guru. Kajian ini merupakan kajian berbentuk
tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 416 orang guru terdiri daripada 17 buah
sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Selangor dijadikan sebagai sampel kajian. Data diproses dan
dianalisis menggunakan perisian statistik IBM SPSS Versi 23.0. Terdapat lima aspek ciri ciri inovasi VLEFROG yang
dikaji iaitu melalui aspek kelebihan relatif, aspek keserasian, aspek boleh dicuba uji, aspek boleh diperhatikan dan
aspek kerumitan. Kesemua aspek ini akan mengukur persepsi guru terhadap penggunaan aplikasi VLEFROG dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap kewujudan ciri-
ciri inovasi aplikasi VLEFROG ini adalah di tahap sederhana. Aspek kelebihan relatif, aspek keserasian, aspek boleh
dicuba uji dan aspek kerumitan mendapat skor min pada tahap sederhana. Hanya aspek boleh diperhatikan mendapat
skor min pada tahap tinggi. Untuk analisis ujian perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi berdasarkan
kelulusan akademik guru pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri
inovasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik. Manakala perbezaan persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi
VLEFROG berdasarkan pengalaman mengajar pula menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan.

Kata Kunci : VLEFROG, Ciri-Ciri Inovasi, Teori Difusi Inovasi

PENGENALAN

Transformasi pendidikan seperti yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
20132025 baru sahaja selesai pelaksanaannya melalui Gelombang 1 (2013-2015) yang lebih memfokus kepada usaha
memperbaiki sistem dengan memberi sokongan dengan tumpuan kepada kemahiran asas. Kini Gelombang 2
(20162020) di teruskan dengan fokus utamanya mempercepatkan penambahbaikan dalam sistem pendidikan.
Berdasarkan 11 anjakan yang diperkenalkan dalam PPPM, salah satu darinya iaitu anjakan yang ke tujuh adalah
dengan memanfaatkan ICT dengan meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Ini memperjelaskan pada kita
betapa pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam mengubah corak sistem pendidikan negara.

Melalui projek 1Bestarinet iaitu antara usaha sama YTL Communication dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menambah baik sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan persekitaran pembelajaran maya
(VLEFROG) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Maka melalui Gelombang 2 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memberi fokus kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman, sekolah kurang guru dan
sekolah kurang murid dengan melaksanakan inovasi ICT secara berterusan. Ini bagi memastikan jurang berbezaan
kapasiti keperluan ICT dalam pembelajaran di sekolah kawasan luar bandar dapat dikecilkan dan ini secara tidak
langsung melancarkan proses pembelajaran VLEFROG di sekolah-sekolah tersebut serata seluruh Malaysia

Untuk memetik artikel ini:


227
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Shahaimi, S. & Khalid, F. (2017). Persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi vlefrog di sekolah di wp kuala lumpur, wp putrajaya dan negeri selangor.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLEFROG)
Pembelajaran tanpa sempadan amat sinonim dengan sistem pendidikan masa kini. Keperluan mencari ilmu bukan
sahaja terletak pada satu tempat malah boleh berlaku di mana sahaja di seluruh dunia pada bila-bila masa. Menurut
Rheingold (2004) sesuatu persekitaran berkonsepkan pembelajaran maya dibina untuk menghubungkan ahli-ahlinya
agar dapat berbincang malah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan dengan syarat setiap ahli
tersebut perlu mempunyai akses kepada talian internet. Menurut Norazilawati et. al (2013) mahu atau tidak,
kebergantungan pembelajaran secara maya ini harus disertakan dengan akses internet agar setiap ahli komuniti maya
yang terlibat secara aktif dalam persekitaran pembelajaran maya ini akan dapat berkongsi dan bertukar-tukar
pandangan serta pendapat berkenaan tugasan masing-masing.

Di bawah projek 1Bestarinet ini, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa
wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog
Virtual Learning Environment (VLEFROG) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (VLEFROG) merupakan satu sistem pembelajaran yang berasaskan web. Kaedah
pembelajaran ini menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pembelajaran
konvensional dengan kaedah maya. VLEFROG ini diistilahkan sebagai intranet, pembelajaran bilik darjah online dan
juga ruang sosial untuk sekolah berhubung hanya di dalam satu bumbung (FrogAsia 2014).

Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG


Inovasi boleh diistilahkan sebagai satu penemuan baru yang berbeza dari yang sedia ada atau yang sudah dikenali
sebelum ini. Menurut Jacobs dan Snijders (2008) inovasi merupakan satu perubahan yang berlaku kepada nilai tambah
sesuatu produk. Manakala menurut Hartley (2006) pula menyatakan bahawa inovasi merupakan suatu hasil
pembangunan yang berjaya diimplimentasi dan ditambah baik terhadap produk, proses dan juga perkhidmatan.

Melalui perspektif sistem pendidikan masa kini, persekitaran pembelajaran maya merupakan antara agenda utama
yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempersiapkan generasi masa kini ke arah abad
ke 21. Sistem pembelajaran ini dianggap sebagai inovasi baru dengan memperkenalkan murid dan guru kepada
pembelajaran secara konvensional kepada pembelajaran berbentuk maya. Platform pembelajaran yang terkandung di
dalam VLEFROG merupakan yang terbaik yang dapat disediakan oleh YTL Communication selaku pembangun
kepada sistem pembelajaran ini.

Dalam kajian Noraini et. al (2013) telah melihat sumbangan attribut atau ciri-ciri inovasi terhadap teknologi
EduWebTV. Melalui analisis kajian tersebut menunjukkan bahawa guru yang mempunyai persepsi berguna dan
persepsi mudah guna positif terhadap inovasi teknologi, maka individu ini lebih bersedia menggunakan teknologi
dalam pengajaran mereka di sekolah. Berdasarkan dapatan kajian itu, persepsi berguna memberi sumbangan paling
besar iaitu sebanyak 14.5 % dan diikuti oleh persepsi mudah guna yang menyumbang sebanyak 2.2%.Dapatan kajian
ini selari dengan dapatan kajian terdahulu bahawa persepsi berguna dalam penggunaan sistem mempunyai kesan
positif terhadap sikap guru dalam penerimaan web (Noraini et al 2012, Gong et al. 2004; Abdul Hadi et al. 2010),
komputer (Hu et al. 2003), pembelajaran atas talian (Saade & Bahli 2005) dan pengajaran menggunakan blog (Lai &
Chen 2011).

Manakala Fariza (2007) hasil kajiannya terhadap penggunaan komputer oleh guru telah menunjukkan terdapat satu
kondisi lain yang berbeza dari lapan kodisi Ely yang telah dikemukakan respondennya. Kondisi tersebut berkaitan
attribut atau ciri berkaitan komputer, mudah disimpan, menarik minat pelajar serta menjadikan pengajaran lebih
berkesan. Innovation characteristics atau ciri-ciri inovasi yang dinyatakan Rogers (2003) telah menyatakan bahawa
antara elemen yang mempengaruhi tahap persepsi dan tahap penggunaan sesuatu inovasi adalah melalui ciri-ciri
inovasi itu sendiri.

Menurut Rogers (2003) penerimaan dan penolakan sesuatu inovasi itu adalah bergantung kepada keputusan yang
dibuat oleh individu atau pengguna dalam menerima inovasi tersebut. Persepsi guru selaku pengguna kepada
VLEFROG ini memainkan peranan penting dalam membuat keputusan sama ada menerima atau menolak sistem
inovasi baru ini. Rogers (2003:5) pula mentakrifkan terdapat beberapa ciri-ciri intrinsik inovasi yang mempengaruhi

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
228
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

keputusan seseorang individu untuk menerima pakai atau menolak inovasi. Attribut atau ciri-ciri tersebut boleh di lihat
melalui Rajah 1 di bawah.

Gambar rajah 1. Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG

Menurut Rogers (2003) di dalam kajiannya menyatakan kemungkinan bahawa satu inovasi akan diguna pakai
bergantung pada ciri-ciri yang terdapat pada tahap persuasi. Lima ciri yang dinyatakan oleh Rogers (2003) adalah (a)
Kelebihan relatif (relative advantage) iaitu adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai lebih baik daripada idea
inovasi yang akan menggantikannya, (b) Keserasian (compatibility) adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai
konsisten dengan nilai-nilai yang sedia ada, pengalaman lepas pengguna dan kesesuaian terhadap keperluan penerima,
(c) Kerumitan (complexity) iaitu adalah sejauh mana inovasi yang dilihat sebagai sukar untuk difahami dan diguna
pakai. (d) Dicuba guna (trialability) adalah sejauh mana inovasi boleh di cuba uji. (e) Mudah diperhatikan
(observability) iaitu adalah sejauh mana hasil inovasi yang dilihat oleh orang lain. Semakin mudah inovasi tersebut
untuk individu melihat hasil inovasi, semakin besar kemungkinan pengguna untuk menerimanya.

Sepanjang empat tahun pelaksanaan VLEFROG ini, terdapat pelbagai isu yang telah diutarakan oleh penggunanya
iaitu guru, murid, ibu bapa dan pentadbir sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap
kelemahan dan kekangan yang dihadapi sepanjang pelaksanaan VLEFROG ini. Proses penambahbaikan sedang
dijalankan berperingkat-peringkat dan yang terkini bagi menggalakkan penggunaan VLEFROG ini di kalangan guru
maka KPM telah melancarkan program Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) kepada 2500 buah sekolah perintis seluruh
Malaysia. Seorang wakil guru muda dari sekolah tersebut akan diberi pendedahan berkaitan VLEFROG dan akan
menjadi pakar rujuk apabila selesai berkursus untuk guru sekolah mereka.

Guru berperanan penting sebagai penggerak utama kepada kejayaan sistem pembelajaran persekitaran maya ini. Guru
masa kini adalah guru berpengetahuan tinggi di samping mempunyai pelbagai latar belakang kelulusan akademik.
Guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ini dijangkakan mampu mengintegrasikan pembelajaran
maya dalam persekitaran sebenar pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun Fariza (2007) telah menyatakan
bahawa kekerapan guru menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah bergantung pada
pengalaman mengajar mereka. Manakala Othman dan Lukman (2011) guru yang lebih muda mempunyai minat yang
lebih tinggi terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
229
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kajian lepas berkaitan VLEFROG menyorot pelbagai aspek antaranya berfokus kepada tahap penggunaan VLEFROG
dalam kalangan guru ( Hasnuddin et al 2015 ; Ummu Salma 2014; Ida Norini, 2013) , persepsi guru terhadap
penggunaan VLEFROG (Ana Haziqah 2014; Nurul Farhana 2013; Aman Shah 2013) serta melihat kepada faktor
kekangan atau penghalang kepada pelaksanaan VLEFROG (Norazilawati et al. 2014; Nurul Farhana 2013;
Nurul Juzailah 2013). Namun demikian, elemen-elemen yang terlibat dalam kajian-kajian lepas dilihat hanya
menyentuh beberapa pecahan kecil daripada faktor keseluruhan yang boleh menyumbang kepada inovasi teknologi
VLEFROG.

Untuk memastikan pelaksanaan yang lebih menyeluruh terhadap inovasi pembelajaran persekitaran maya ini, maka
banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Antaranya attribut atau ciri-ciri inovasi yang terdapat pada aplikasi
VLEFROG ini boleh dijadikan kajian (Rogers 2003). Berdasarkan kepada ciri-ciri inovasi yang terdapat pada aplikasi
ini akan dijadikan kayu ukur untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan VLEFROG dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti sejauh mana wujudnya ciri-
ciri inovasi pada aplikasi VLEFROG yang boleh mempengaruhi penggunanya. Kajian ini turut mengkaji perbezaan
persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi berdasarkan kelulusan akademik dan juga pengalaman mengajar.

METODOLOGI

Kajian secara deskriptif dan inferensi ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Instrumen kajian
dengan menggunakan skala likert lima mata ( 1- Sangat Tidak Setuju (STS), 2- Tidak Setuju (TS), 3- Kurang Setuju
(KS), 4- Setuju (S), 5- Sangat Setuju (SS) ) telah digunakan. Kajian ini melibatkan 416 orang guru dari 17 buah sekolah
di 3 buah negeri iaitu di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Selangor yang terlibat secara langsung dalam
Program Guru Muda 1 Malaysia. Pemilihan sekolah dipilih menggunakan secara rawak berstrata berdasarkan Jadual
Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Data yang diperolehi hasil dari soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS versi 23.0 dengan menggunakan
analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratus dan min untuk mengukur ciri-ciri inovasi VLEFROG. Manakala bagi
analisis inferensi pula, Ujian ANOVA sehala telah digunakan. Tahap interpretasi bagi setiap skor min diukur melalui
Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 Interpretasi Skor Min

Julat
Interpretasi skor min
1.00 – 2.34 Rendah
2.35 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber : Hamzah (2001)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan kepada objektif kajian iaitu mengenal pasti sejauh mana wujudnya ciri-
ciri inovasi pada aplikasi VLEFROG yang boleh mempengaruhi guru dan melihat perbezaan antara persepsi guru
terhadap ciri-ciri inovasi yang ada pada aplikasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan pengalaman
mengajar guru.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
230
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Analisis Deskriptif Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Yang Ada Di Dalam Aplikasi VLEFROG
Jadual 2 Tahap persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG
Frekuensi (N)
Bil Item ( Peratus % ) Min SP
STS TS KS S SS

ASPEK KELEBIHAN RELATIF

1. VLEFROG menjimatkan masa saya 19 60 140 188 9 3.26 .89 dalam menjalankan P&P (4.6%) (14.4%) (33.7%)
(45.2%) (2.2%)
2. VLEFROG menjadikan pengajaran saya 8 52 136 200 20 3.41 .84 lebih berkesan. (1.9%) (12.5) (32.7%)
(48.1%) (4.8%)
3. VLEFROG memudahkan saya 9 53 161 175 18 3.34 .83 berkomunikasi dengan pelajar. (2.2%) (12.7%) (38.7%
(42.1%) (4.3%)
4. VLEFROG adalah cara yang cepat 9 54 116 215 22 3.45 .86 untuk saya mencari bahan maklumat (2.2%)
(13.0%) (27.9%) (51.7%) (5.3%) pengajaran

ASPEK KESERASIAN

5. Saya boleh menerima email dari pelajar 11 58 126 204 17 3.38 .87 dengan mudah. (2.6%) (13.9%) (30.3%)
(57.7%) (4.6%)
6. Saya sentiasa bersedia mengambil 4 39 114 240 19 3.56 .77 bahagian dalam perbincangan melalui (1.0%)
(9.4%) (27.4%) (57.4%) (4.6%) VLEFROG
7. VLEFROG adalah platform yang mudah 4 53 155 186 18 3.39 .80
untuk saya aplikasikan dengan cara kerja (1.0%) (12.7%) (37.3%) (44.7%) (4.3%) saya.
8. Penggunaan VLEFROG telah 11 52 156 178 19 3.34 .85
meningkatkan penguasaan saya terhadap (2.6%) (12.5%) (37.5%) (42.8%) (4.6%) mata pelajaran
yang diajar.

ASPEK BOLEH DICUBA UJI

9. Saya tidak bimbang melakukan 3 26 123 231 33 3.64 75 kesalahan sekiranya saya klik pada (0.7%) (6.3%)
(29.6%) (55.5%) (7.9%) mana-mana item yang salah apabila menggunakan VLEFROG
10. Saya boleh berlatih menggunakan 2 18 85 275 36 3.78 .68
VLEFROG mengikut kadar kebolehan (0.5%) (4.3%) (20.4%) (66.1%) (8.7%) saya sendiri.
11. VLEFROG adalah platform yang mudah 7 38 122 227 22 3.53 .80 untuk dicuba. (1.7%) (9.1%) (29.3%)
(54.6%) (5.3%)
12. Saya tidak teragak-agak untuk 3 26 110 246 31 3.66 .74 menggunakan VLEFROG walaupun (0.7%) (6.3%)
(26.4%) (59.1%) (7.5%) mungkin saya melakukan kesilapan.

ASPEK BOLEH DIPERHATIKAN

13. Saya telah melihat guru lain di sekolah 2 16 71 274 53 3.87 .69 saya menggunakan VLEFROG. (0.5%) (3.8%)
(17.1%) (65.9%) (12.7%)
14. Saya telah melihat guru dari sekolah lain 11 48 111 206 40 3.52 .92 menggunakan VLEFROG (2.5%) (11.5%)
(26.7%) (49.5%) (9.6%)
15. Saya telah melihat cara menggunakan 16 46 107 215 32 3.48 .93
VLEFROG oleh pengguna lain di You (3.8%) (11.1%) (25.7%) (51.7%) (7.7%)

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
231
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Tube.
16. Saya menyedari bahawa VLEFROG 6 11 65 261 73 3.92 .75
telah digunakan di sekolah-sekolah di (1.4%) (2.6%) (15.6%) (62.7%) (17.5%) Malaysia.

ASPEK KERUMITAN

17. VLEFROG adalah mesra pengguna 47 22


173 158 16 3.24 .90
(5.3%) (11.3%) (41.6%) (38.0%) (3.8%)
18. Mengendalikan VLEFROG dalam P&P 17 57 160 170 12 3.25 .88 tidak mengecewakan saya (4.1%) (13.7%)
(38.5%) (40.9%) (2.9%)
19. Saya yakin dengan keupayaan saya 3 42 155 201 15 3.44 .75 mengendalikan VLEFROG. (0.7%) (10.1%)
(37.3%) (48.3%) (3.6%)
20. Apabila menggunakan VLEFROG saya 14 51 148 190 13 3.33 .86 dapati ia sangat mudah dikendalikan dari
(3.4%) (12.3%) (35.6%) (45.7%) (3.1%) satu paparan kepada paparan yang lain.

Jadual 2 adalah merupakan analisis dan data keputusan tahap persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi yang ada pada
aplikasi VLEFROG. Terdapat lima aspek ciri inovasi yang dilihat merangkumi 20 item soal selidik keseluruhan. Lima
aspek tersebut terdiri daripada aspek kelebihan relatif (4 item), aspek keserasian (4 item), aspek boleh dicuba uji (4
item), aspek boleh diperhatikan (4 item) dan aspek kerumitan (4 item).

Berdasarkan aspek kelebihan relatif menunjukkan bahawa keempat-empat item yang terdapat di dalam aspek ini
berada pada tahap sederhana dengan skor min antara 3.26 -3.45. Item bernombor 1 mendapat nilai skor min paling
rendah di mana lebih 50% guru menyatakan VLEFROG tidak menjimatkan masa dalam menjalankan PdP mereka. Ini
kerana guru-guru yang mengajar di dalam kelas kerapkali menghadapi masalah dan mengambil masa yang lama untuk
memasang LCD dan laptop pada troli yang disediakan di dalam kelas. Menurut Rohani (2011) kurangnya masa dalam
jadual pengajaran sekolah untuk guru menggunakan kemudahan teknologi. Batasan waktu yang dikatakan termasuklah
dari segi persiapan peralatan teknologi sebelum proses pembelajaran bermula. Ini pastinya mengambil masa kerana
guru tidak begitu mahir mengendalikan peralatan tersebut

Selain itu jika berlaku kerosakan atau kesulitan kecil, guru memerlukan bantuan juruteknik dan hal ini mengganggu
tempoh pengajaran mereka. Pendapat ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan Norazilawati (2013) yang mana
menurut beliau guru telah diberi kemudahan dan latihan namun tidak semua guru selesa menjalankannya di sebabkan
kekangan masa mengurusnya. Namun kelebihan yang dapat dilihat di sini adalah hampir separuh daripada guru-guru
ini menyatakan persetujuan bahawa VLEFROG ini adalah cara yang cepat untuk mencari bahan maklumat pengajaran.
Ini kerana beberapa aplikasi yang tersedia ada di dalam platform VLEFROG ini antaranya widget sites dan widget pin
point dapat membantu guru berkongsi laman pembelajaran dari guru-guru lain untuk mengajar.

Aspek keserasian pula menunjukkan bahawa kesemua empat item tersebut berada pada tahap sederhana dengan skor
min antara 3.34-3.56 di mana seramai 259 orang guru daripada 416 guru keseluruhan iaitu hampir 63% guru
menyatakan setuju bahawa mereka bersedia mengambil bahagian dalam perbincangan melalui VLEFROG. Ini
menunjukkan pada kita bahawa guru mampu mempertingkatkan kemahiran profesionalisme mereka jika itu kaedah
atau cara terbaik untuk mereka menarik minat murid agar faham untuk terus belajar. Ini bermakna kebanyakan guru
tidak kisah jika sebarang perbincangan dijalankan melalui forum atau email sebagai medium komunikasi mereka.
Guru boleh berinteraksi dalam alam maya bersama murid-murid menerusi forum jika mereka ada kemusykilan
berkaitan pembelajaran mereka. Ini selari dengan pendapat yang diutarakan oleh Mohd. Aizuddin (2013) iaitu dalam
kajian beliau tentang peningkatan profesionalisme guru dalam penggunaan VLEFROG mendapati, guru yang
menguasai penggunaan VLEFROG akan lebih mudah dalam mengendalikan aktiviti PdP mereka. Maklumat atau isi
kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan cepat dan lebih sistematik. Ini secara tidak langsung
meningkatkan profesionalisme seseorang guru. Ini akan menggalakkan penggunaan yang optimum dalam kalangan
guru-guru dan murid.

Manakala melalui aspek boleh dicuba uji pula menunjukkan bahawa skor min keseluruhan masih di tahap sederhana
namun terdapat peningkatan skor min antara 3.53-3.56 untuk tiga item di tahap sederhana. Namun melalui aspek boleh

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
232
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

dicuba uji ini terdapat satu item yang menunjukkan skor min pada tahap tinggi iaitu item bernombor 10 dengan skor
min (M=3.78, SP=.68). Berdasarkan pada item tersebut menunjukkan bahawa guru-guru selesa untuk menggunakan
aplikasi VLEFROG ini mengikut kadar kebolehan diri mereka sendiri. Walaupun guru-guru ini bersedia mencuba
sesuatu yang baru namun persepsi mereka terhadap VLEFROG ini yang menyatakan bahawa platform ini bukanlah
sebuah platform pembelajaran yang mudah untuk dikendalikan menunjukkan bahawa guruguru ini masih perlu diberi
pendedahan sama ada melalui kursus berkaitan VLEFROG. Dapatan ini dilihat selaras dengan dapatan Azmi (2013)
yang mana menurut beliau jika guru terus diberi pendedahan melalui kursus-kursus berkaitan VLEFROG maka ia
secara tidak langsung dapat memotivasi, merangsang minat guru dan memberi inspirasi pada guru tersebut untuk terus
meningkatkan kemahiran mereka menggunakan platform ini dengan lebih berkesan.

Untuk aspek boleh diperhatikan pula menunjukkan bahawa item bernombor 14 dan 15 memperoleh skor min pada
tahap sederhana iaitu masing-masing (M=3.52, SP=.92) dan (M=3.48, SP=.93). Melalui aspek ini dapat dikenal pasti
bahawa walaupun guru-guru kurang menggunakan aplikasi VLEFROG ini namun mereka lebih berminat memerhati
rakan guru lain menggunakannya terlebih dahulu sebelum mereka betul-betul bersedia menggunakannya. Selain itu
seramai 52% guru menjadikan laman You Tube sebagai sumber rujukan untuk mencari maklumat berkaitan
VLEFROG terutamanya yang membabitkan cara-cara atau langkah menghasilkan laman pembelajaran. Ini kerana
terdapat banyak video tutorial yang dapat membantu guru dan murid menerangkan cara menguruskan aplikasi
VLEFROG mereka.

Aspek kerumitan pula menunjukkan bahawa skor min untuk keempat-empat item adalah yang paling rendah
diperolehi. Keseluruhan skor min untuk keempat-empat item tersebut adalah antara 3.24-3.44. Melalui aspek ini
hampir majoriti berpendapat bahawa platform VLEFROG adalah bukan sebuah platform yang mesra pengguna. Ini
mungkin disebabkan paparan awal sebelum pengguna log masuk ke dalam akaun mereka memerlukan beberapa
langkah untuk diakses. Selain itu paparan yang pelbagai ikon di dalam platform VLEFROG ini mungkin mengelirukan
sesetengah penggunanya terutama yang beginner. Di sebabkan itu, hampir 57% guru menyatakan kecewa terhadap
kerumitan yang mereka hadapi sepanjang menggunakan platform aplikasi VLEFROG ini.

Jadual 3. Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Ciri-Ciri Inovasi Pada Aplikasi VLEFROG

Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG Min Sisihan Interpretasi


Piawai

Aspek Kelebihan Relatif 3.36 .77 Sederhana


Aspek Keserasian 3.41 .68 Sederhana
Aspek Boleh dicuba uji 3.65 .62 Sederhana
Aspek Boleh diperhatikan 3.70 .64 Tinggi
Aspek Kerumitan 3.31 .72 Sederhana
Keseluruhan 3.35 .55 Sederhana

Berdasarkan kelima-lima aspek tersebut dapat disimpulkan bahawa penerimaan guru terhadap ciri-ciri yang terdapat
di dalam aplikasi VLEFROG masih di tahap sederhana dengan skor min keseluruhan (M= 3.35, SP=.55). Namun
melalui aspek boleh diperhatikan telah menunjukkan kepada kita bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah rendah
mahupun menengah ini amat minat untuk mengetahui berkaitan VLEFROG tidak kira sama ada ketika mereka
memerhati guru lain menggunakannya ataupun mencari sendiri tutorial di laman You Tube. Ini kerana berdasarkan
analisis terhadap aspek boleh diperhatikan ini menunjukkan seramai 80% guru telah tahu bahawa berdasarkan
pemerhatian mereka, VLEFROG ini telah digunakan di dalam PdP di sekolah-sekolah di Malaysia.

Persepsi guru yang masih menganggap pembelajaran berkonsepkan maya ini adalah sebagai satu kaedah yang kurang
berkesan dilihat selari dengan kajian Norazilawati (2013) di mana berdasarkan kajian beliau menerusi temu ramah
menunjukkan bahawa hampir kesemua responden beliau menyatakan bahawa pendekatan berkonsepkan konvensional
atau pembelajaran secara bersemuka menerusi chalk and talk adalah lebih baik dan selesa kerana mereka merasakan
penyampaian isi kandungan pengajaran lebih bermakna dan lebih mudah difahami murid.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
233
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Secara keseluruhannya persepsi guru berdasarkan kewujudan ciri-ciri inovasi VLEFROG telah menunjukkan bahawa
guru masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan sistem pembelajaran yang diperkenalkan ini. Ia selari
dengan apa yang diperkatakan oleh Norazilawati (2013) di mana guru tidak menganggap pembelajaran VLEFROG
ini sebagai satu keutamaan atau prioriti guru untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perbezaan Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi VLEFROG Berdasarkan Kelulusan Akademik dan
Pengalaman Mengajar.
Analisis ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa guru yang mempunyai kelulusan akademik Ijazah Sarjana
Muda merupakan majoriti yang terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 347 orang responden dengan nilai skor (M=3.36,
SP=.54)( Jadual 4.). Manakala guru yang berkelulusan Sarjana seramai 35 orang responden dengan nilai skor min
(M=3.46, SP=.50) dan guru yang berkelulusan Diploma seramai 32 orang responden dengan nilai skor min (M=3.11,
SP=.69). Manakala guru yang mempunyai kelayakan akademik PhD pula seramai 2 orang responden dengan nilai skor
min paling tinggi iaitu (M=4.19, SP=.56).
Jadual 4 Min dan Sisihan Piawai Tahap Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi pada Aplikasi VLEFROG
Berdasarkan Kelulusan Akademik

Kelulusan Akademik N Min SP


Diploma 32 3.11 .69
Ijazah Sarjana Muda 347 3.36 .54
Ijazah Sarjana 35 3.46 .50
PhD 2 4.19 .56
Jumlah 416 3.53 .57

Berdasarkan jadual 5 di bawah, hasil keputusan analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi aplikasi VLEFROG F (3, 412) = 4.064, p < 0.05) berdasarkan
kelulusan akademik guru.

Jadual 5. Ujian ANOVA Perbandingan Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan
Kelulusan Akademik

Perbandingan persepsi guru Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Signifikan


terhadap ciri-ciri VLERROG Kuasa Kebebasan Dua
berdasarkan Kelulusan Dua
Akademik
Antara Kumpulan 3.672 3 1.224 4.064 .007
Dalam Kumpulan 412 .301
JUMLAH 415
*Signifikan pada aras p < 0.05

Berdasarkan Jadual 6 di bawah, perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey menunjukkan guru yang
mempunyai kelulusan akademik Diploma (M = 1.50, SP = .43) berbeza secara signifikan daripada guru yang
mempunyai kelulusan akademik ijazah sarjana muda (M = 1.65, SP = .43), sarjana (M = 1.80, SP = .35) dan PhD (M
= 1.50, SP = .24).

Jadual 6 Post Hoc Perbezaan yang Signifikan Persepsi Guru terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG
Berdasarkan Kelulusan Akademik
Kelulusan Akademik Kelulusan Akademik Perbezaan Min Ralat Piawai Sig. P
Diploma Sarjana -.34835* .13423 .048
Phd -1.07639* .40000 .037
Sarjana Diploma .34835* .13423 .048
PhD Diploma 1.07639* .40000 .037
*Signifikan pada aras p< 0.05

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
234
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Manakala Analisis ANOVA di dalam Jadual 7 di bawah pula menunjukkan bahawa guru yang mempunyai pengalaman
mengajar 8-15 tahun adalah yang teramai terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 121 orang responden dengan skor
(M=3.32, SP= .54). Seterusnya kumpulan guru yang mempunyai pengalaman 16-23 tahun adalah kedua teramai iaitu
102 orang responden (M=3.40, SP=.57). Kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun
adalah merupakan kumpulan yang mendapat skor min tertinggi iaitu (M=3.42, SP=51). Manakala kumpulan guru yang
mempunyai pengalaman mengajar 24-30 tahun merupakan kumpulan yang mendapat skor min keseluruhan paling
rendah iaitu (M=3.22, SP=62).

Jadual 7. Min dan Sisihan Piawai Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG Berdasarkan
Pengalaman Mengajar Guru

Pengalaman Mengajar N Min Sisihan Piawai


0-3 tahun 34 3.36 .70
4-7 tahun 88 3.34 .50
8-15 tahun 121 3.32 .54
16-23 tahun 102 3.40 .57
24-30 tahun 31 3.22 .62
Lebih 30 tahun 40 3.42 .51

Berdasarkan jadual 8 di bawah, hasil keputusan analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi aplikasi VLEFROG F(5, 410) = .728, p < 0.05) berdasarkan
pengalaman mengajar guru.

Jadual 8. Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Persepi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Aplikasi VLEFROG
Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Perbandingan penggunaan Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Signifikan


VLERROG berdasarkan Kuasa Kebebasan Dua
pengalaman mengajar Dua
Antara Kumpulan 1.124 5 .225 .728 .603
Dalam Kumpulan 410 .309
JUMLAH 415
*Signifikan pada aras p < 0.05

Maka berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang memiliki kelulusan akademik diploma lebih
rendah tahap persepsi mereka menerima inovasi VLEFROG ini di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
mungkin disebabkan oleh guru-guru yang berkelulusan diploma ini terdiri dari guru-guru yang hanya memiliki sijil
perguruan pada satu ketika dahulu dan telah dinaik taraf ke peringkat diploma. Mereka ini adalah guru-guru lama yang
berumur 40an ke atas. Mentaliti dan tanggapan guru-guru lama ini selalunya akan menolak sebarang perubahan di
dalam sistem pendidikan. Ini bertentangan dengan kajian oleh Sritharr (2016) di mana kelulusan akademik dan tahap
umur tidak membezakan seseorang guru dengan persepsi dan kemahiran ICT mereka. Di mana dengan ini boleh
dikatakan bahawa kelulusan akademik yang tinggi belum pasti cukup untuk menerima dan menguasai tahap
penggunaan komputer.

Selain itu tidak ada perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi VLEFROG
berdasarkan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan bahawa pengalaman mengajar setiap guru tidak mempengaruhi
persepsi mereka terhadap inovasi VLEFROG ini. Ini bermakna setiap guru sama ada guru yang baru berkhidmat atau
yang sudah lama berkhidmat tidak mempunyai masalah untuk menerima inovasi VLEFROG ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Ini selari dengan kajian oleh Fariza (2007) yang menyatakan semakin lama seseorang itu
bertugas di sesebuah sekolah, semakin banyak peluang yang didapati untuk melibatkan diri dalam proses membuat
keputusan berkaitan penggunaan teknologi di sekolah mereka.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
235
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

KESIMPULAN

Kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi yang ada pada aplikasi VLEFROG
dan melihat perbezaan antara persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLEFROG berdasarkan kelulusan akademik dan
pengalaman mengajar guru yang dijalankan di sekolah-sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya da Negeri
Selangor telah berjaya mencapai objektif dengan menjawab soalan kajian yang berkaitan.

Dapatan kajian menunjukkan penerimaan dan persepsi guru terhadap ciri-ciri VLEFROG masih di tahap sederhana.
Secara keseluruhannya persepsi guru berdasarkan ciri-ciri inovasi VLEFROG telah menunjukkan bahawa guru masih
belum dapat menerima sepenuhnya perubahan sistem pembelajaran yang diperkenalkan ini. Selain itu dapatan kajian
seterusnya menunjukkan terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan kelulusan akademik di mana guru yang
memiliki kelulusan akademik diploma lebih rendah tahap persepsi mereka menerima inovasi VLEFROG ini di dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru
terhadap inovasi VLEFROG berdasarkan pengalaman mengajar di mana boleh rumuskan bahawa setiap guru tidak
kira guru yang baru berkhidmat atau sudah lama berkhidmat mempunyai persepsi yang sama terhadap kewujudan
inovasi VLEFROG ini.

Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh diambil ialah jika tahap persepsi guru terhadap kewujudan
ciri-ciri inovasi ini semakin tinggi, maka secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi penggunaan VLEFROG
ini dalam kalangan guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan melalui pembelajaran
persekitaran maya di sekolah-sekolah menjadi penanda aras kepada kemajuan sistem pendidikan negara. Melalui
teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi terhadap guru dalam menyediakan pelajar ke arah kehidupan
abad ke 21 (Ghavifekr, et al. 2012). Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu terus mencari resolusi
terbaik dalam menyelesaikan masalah yang memperlahankan momentum proses pelaksanaan VLEFROG dalam
sistem pendidikan di Malaysia ini.

Rujukan
Azuriana Md. Tahar. 2014. Aplikasi Frog VLE dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tingkatan 3. Diakses pada 20 Julai 2015.
https://www.academia.edu/7349217/Aplikasi_Frog_LE_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_
Pendidikan_Sivik_dan_Kewarganegaraan_Tingkatan_3
Cohen, L. Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed. Ke-5. London:Routledge falmer.
Frog VLE Panduan Jurulatih. 2013. Diakses pada 28 Jun 2014. http:// www.frogasia.com
Frog VLE Panduan Dan Ciri-Ciri Baru. 2014. Diakses pada 13 Ogos 2015. http:// www.frogasia.com
Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N.Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. 2012 ICT
Integration in Education Incorporation for Teaching & Learning Improvement. The MalaysianOnline Journal
of Educational Technology
Gong, M., Xu, Y & Yu, Y.H. 2004. An Enhanced technology acceptance model for webbased learning. Journal of
Information Systems Education 15(4): 365-347.
Hu, P. J., Clark, T. H. K. & Ma, W. W. 2003. Examining technology acceptance by school teachers: a longitudinal
study. Information & Management 41(2): 227-241
Hartley, J. 2006 Innovation and its Contribution to Improvement: A Literature Review for Policy-makers, Policy
Advisors, Managers and Academics, London: Department of Communities and Local Government
Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor, Zawiyah M. Yusof. 2012 Jurang digital dan
pendidikan di luar bandar: tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Asia-Pacific Journal of
Information Technology and Multimedia, 1 (2). pp. 1-13. ISSN 2289-2192
Ida Norini Mahamad Tajudin. 2013. Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan Konsep Persekitaran
Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek
Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Jacobs, D., & Snijders, H. 2008. Innovation routine: how managers can support repeated innovation. In Stichting
Management Studies. Assen: Van Gorcum.
Mohd Aizuddin 2013. Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle.
Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.
Mohammad Azmi bin Muda. 2013. Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada http://www.iab.edu.my/kict2013/.
Mohamed Noor, H. 2001. Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam Ahmad Zaharudin Idrus.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor
236
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM, Skudai, Johor. Penerbitan
UniversitiTekonologi Malaysia, Johor.
Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. 2008. Persepsi guru-guru pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Journal of Social Science, 3 (Sept):
179-205.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Hj Ismail & Jamil Ahmad 2010. Tahap penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan
Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5):118-128/.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya
(Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7 th International Malaysian Education Technology
Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf. 2013 . Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya
(Frog VLE) Dalam Kalangan 7th Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational Volume 3
September 2011, Pages 132-147 /ISSN: 2231-7376
Nurul Juzailah Jemain. 2013 . Faktor-Faktor Mempengaruhi VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah
,Kertas Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia
Rheingold H. 2004, Virtual Learning Environment (VLE), Diakses pada 13 Mei 2015 .
http://www.thefeature.com/articleid=10049 9&ref=2337881
Rogers, E.M. 2003. Diffusion of innovations (5th ed.). New York: Free Press.
Rohani Ahmad. 2011. Pengetahuan, Sikap, & Kemahiran )CT di kalanganGuru-guru Matematik Sekolah menengah
Negeri Pahang, UniversitiKebangsaan Malaysia.
Sritharr a/l Jahanadan 2016. Literasi Pengguna Komputer Dalam KalanganGuru Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Daerah Hulu Selangor, e Proceeding of the Social Sciencer Research (ICSSR 2016) (eISBN 978-967-
0792-09-5). 18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Saade, R. & Bahli, B. 2005. The impact of cognitive absorption on perceived usefulness and perceived ease of use in
on-line: an extension of the technology acceptance model. Information and Management 42: 317-327
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah dalam penggunaan VLE
FROG untuk pengajaran & pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD
2014)
Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. 2010. E- Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang
Hayat, Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 Guru Sains. Prosiding 7
InternationalMalaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16- 18
September.

Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi Vlefrog Di Sekolah Di Wp Kuala Lumpur, Wp Putrajaya Dan Negeri Selangor

You might also like