Pqi 6005 Biro Multimedia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PQI6005

ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 2:
FESTIVAL PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

NAMA PENSYARAH:
DR. NORFAEZAH BINTI MD KHALID

BIRO:
MULTIMEDIA

NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR

LEONDY PADAN ANAK JAME (KETUA) S2162334

NILI AMAL BINTI MOHAMAD RUZUKI S2157835

ZUNAIRAH BINTI AFANDI S2167554

NOOR SYAMIMIE BINTI MAT JANI S2135921

AYREEN SOFEA BINTI ABDUL RASHID S2172655


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN UNIT MULTIMEDIA 1

PERSIAPAN SEBELUM PROGRAM 1

PERSIAPAN SEMASA PROGRAM 4

PERSIAPAN SELEPAS PROGRAM 5

AKTIVITI BOOTH 5

KESIMPULAN 10
1.0 PENGENALAN UNIT MULTIMEDIA

Unit Multimedia merupakan unit sokongan yang sangat penting dalam


sesuatu program. Hal ini demikian kerana Unit multimedia menjadi
perhubungan di antara program yang dijalankan dengan para peserta melalui
bahan media. Unit Multimedia ini terdiri daripada 5 orang yang diketuai oleh
Leondy Padan Anak Jame, Nili Amal Ruzuki, Syamimie Mat Jani, Nur
Zunairah Afandi dan Ayreen Sofea Abdul Rashid. Bagi memastikan program
ini berjalan dengan lancar kami telah membahagikan tugas kepada beberapa
bahagian.

2.0 PERSIAPAN SEBELUM PROGRAM

2.1 Kain Rentang atau “Banner”

 Kain rentang atau lebih dikenali sebagai “Banner” merupakan salah


satu media promosi yang akan dipasang untuk mempromosikan
program yang dijalankan. Bagi program Festival Psikologi dan
Kaunseling ini, kain rentang telah direka secara digital oleh Biro
Multimedia dengan menggunakan aplikasi Canva dan telah dicetak
di kedai percetakan iaitu “Print Expert”. Hasil rekaan kain rentang
yang telah siap di reka menggunakan aplikasi Canva adalah seperti
yang terdapat dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Rekaan Kain Rentang

1
2.2 Poster Hebahan

 Poster hebahan merupakan salah satu media promosi yang


digunakan untuk mempromosikan aktiviti atau program yang
diadakan kepada orang ramai. Poster hebahan ini boleh digunakan
secara fizikal dan digital. Poster boleh dicetak dan dilekatkan di
papan kenyataan yang menjadi kawasan laluan utama untuk dilihat
oleh orang lain. Manakala secara digital pula adalah melalui
hebahan di sosial media bagi menarik perhatian pengguna media
sosial seperti “WhatsApp”, “Telegram”, “Instagram”, emel dal
pelbagai lagi. Bagi Program Festival Psikologi dan Kaunseling ini,
poster hebahan ini hanya digunakan menggunakan kaedah hebahan
digital yang disertakan dengan ayat hebahan yang lengkap dengan
tarikh, masa, aktiviti, tajuk ceramah, pautan pendaftaran, penganjur
dan lain-lain. Rekaan poster hebahan ini hampir sama dengan rekaan
kain rentang, namun berbeza dari segi informasi dan saiz. Aplikasi
yang digunakan juga adalah sama iaitu aplikasi Canva. Rajah
dibawah menunjukkan rekaan poster hebahan bagi program ini.

Rajah 2: Rekaan Poster Hebahan

2
2.3 Ayat Hebahan

 Ayat hebahan merupakan suatu ayat yang ringkas dan padat


mengenai program yang dijalankan. Ayat hebahan ini perlu
disediakan beberapa hari sebelum program berlangsung. Ia
mengandungi maklumat program seperti nama program, tempat,
tarikh, masa dan beberapa maklumat acara program seperti cabutan
bertuah, sijil penyertaan dan pautan pendaftaran peserta. Ayat
hebahan ini diwar-warkan melalui aplikasi “WhatsApp” dan
“Telegram”.

2.4 Video Montaj

 Video montaj merupakan satu video pendek yang dipaparkan


sebelum memulakan hujahan daripada panel program. Video Montaj
ini berdurasi selama 3 minit dan ia berkisahkan mengenai kesihatan
mental. Video Monaj telah dibuat menggunakan aplikasi
“Powtoon”.

2.5 Bahan Paparan

 Terdapat beberapa bahan paparan yang diperlukan semasa program


berlansung. Unit multimedia menyediakan bahan yang diperlukan
iaitu slaid aturcara program mengikut sususan unit protokol. Rajah 3
menunjukkan slaid program yang dibuat oleh unit multimedia.
Seterusnya, unit multimedia juga menyediakan video bagi nyanyian
lagu Negaraku dan juga lagu Universiti Malaya mengikut tentatif
program. Apabila pengacara majlis meminta hadirin untuk
menyanyikan dua buah lagu ini, unit multimedia bersedia untuk
memainkan kedua-dua video tersebut. Selain itu, bahan dari
penceramah juga diberikan kepada unit multimedia supaya
dipaparkan semasa penceramah mengulas topik-topik berkaitan
kecelaruan dan kemurungan. Unit multimedia memasukkan
kesemua bahan paparan yang diperlukan di dalam ‘Google Drive’

3
dan semasa program berlansung, semua bahan itu dimuat turun di
dalam komputer yang disediakan di dalam Dewan Bestari.

Rajah 3: Slaid Program

3.0 PERSIAPAN SEMASA PROGRAM

3.1 Setup PC dan Teknikal

 Unit multimedia adalah satu unit yang penting dalam program ini
kerana setiap aturcara yang dilakukan memerlukan pengawalan
alatan bunyi atau “sound system” bagi memastikan setiap peralatan
bunyi berada dalam keadaan baik dan tidak mengganggu
semasa program berlangsung. Persediaan komputer dan alatan
teknikal berlaku semasa program dijalankan dimana setiap ahli
jawantankuasa multimedia harus memastikan tiada masalah teknikal
berlaku. Skop kerja semasa persediaan komputer dan alatan teknikal
adalah:

1. Memastikan peralatan mencukupi seperti peralatan sistem pembesar


suara.
2. Melaras dan memastikan sistem PA dalam keadaan baik seperti sistem
pembesar suara, sistem audio sepanjang program berlangsung.
3. Mengawal paparan komputer seiring dengan protokol dan aturan
program.
4. Memastikan bekalan elektrik tidak terputus sepanjang program dan
pencahayaan yang bagus sepanjang program berlangsung.

4
5. Memantau peralatan yang digunakan oleh unit lain yang berada di bawah
pengelolaan unit teknikal agar dalam keadaan baik dan mencukupi.

3.2 Mengambil Gambar dan Merakam Video

 Semasa program tengah berlangsung, kami sebagai unit multimedia


telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video
sepanjang program. Kami telah bahagikan tugas masing-masing
untuk mengambil gambar dan ada yang merakam video. Untuk
gambar, kami unit multimedia telah pun mengambil banyak gambar
sepanjang program berlangsung terutamanya gambar para hadirin,
pensyarah kami, tetamu jemputan, gambar kumpulan dan juga
gambar setiap booth pameran yang ada pasal masa itu. Tidak juga
dilupakan dengan rakaman video sepanjang program berjalan untuk
digunakan sebagai video montaj sepanjang program berlangsung
dan juga kenangan.

4.0 PERSIAPAN SELEPAS PROGRAM

4.1 Pemberian gambar dan video

 Selepas tamatnya program, unit multimedia telah ditugaskan untuk


menghantar segala gambar dan juga video yang telah diambil
ataupun dirakam sepanjang program kepada para peserta. Jadi, dari
gambar dan juga video yang dirakam sepanjang program ini akan
dijadikan kenangan yang manis dicipta bersama kepada kami dan
juga serta para peserta.

5.0 AKTIVITI BOOTH

AJK Multimedia membuka Booth bertemakan Pengurusan Stress


(“Stress Management”) semasa program berlangsung. Terdapat pelbagai
aktiviti yang dijalankan semasa pembukaan booth antaranya adalah pameran
poster, aktiviti kuiz dan sebuah diari. Tujuan pembukaan Booth ini adalah

5
untuk memberi pendedahan tentang apa aitu stress dan kesedaran tentang cara
dan panduan pengurusan stress.

5.1 Pameran Poster

 Kandungan yang terdapat dalam poster Pengurusan Stres ini adalah


pengertian pengurusan stres, kepentingan pengurusan stres dan
panduan pengurusan stres. Pengurusan stres adalah proses
memperoleh dan mempraktikkan pelbagai teknik kognitif dan
tingkah laku dengan matlamat mengurus dan mengatasi tekanan.
Pengurusan stres merupakan proses yang membantu individu untuk
memikirkan kaedah serta jalan penyelesaian bagi mengatasi tekanan
dan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan diri daripada
mengalami kemudaratan. Setiap individu perlu mempunyai teknik
untuk menghadapi dan menguruskan stres atau tekanan yang
dihadapi. Teknik pengurusan stress membantu seseorang untuk
kembali tenang daripada stres yang dialami. Namun, perlu difahami
bahawa teknik pengurusan tidak menjadi penghalang kepada stres
untuk berlaku tetapi hanya boleh membantu seseorang untuk
menenangkan diri, fikiran dan bertindak dengan betul.

 Terdapat beberapa panduan aktiviti dan amalan yang boleh


dilakukan ketika menghadapi tekanan. Yang pertama ialah bernafas
dengan teratur supaya dapat mengawal pemikiran diri dengan lebih
baik. Yang kedua beritahu diri supaya sentiasa tenang disamping
sentiasa berfikiran positif apabila menghadapi masalah. Aktiviti lain
yang boleh dilakukan termasuk bersenam untuk membantu tubuh
badan menjadi cergas dan bertenaga untuk meneruskan aktiviti
harian. Rehat yang cukup juga dapat membantu seseorang dalam
pengurusan stres supaya dapat mengurangkan kepenatan tubuh
secara fizikal dan mental. Selain itu, seseorang juga boleh berkongsi
perasaan dan masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai
untuk mengurangkan beban sekiranya dapat meluahkan perasaan
dan kebimbangan yang dialami. Di samping itu, melakukan aktivit

6
yang disukai turut membantu seseorang untuk menguruskan tekanan
yang dihadapi. Akhir sekali, beribadah dan berdoa kepada Tuhan
supaya diberikan ketenangan dan petunjuk jalan penyelesaian
merupakan kaedah pengurusan yang banyak diamalkan oleh setiap
individu yang mempunyai pegangan agama.

Rajah 4: Poster Pengurusan Stress

5.2 Kuiz Blooket

 Kuiz Blooket ini mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan


dengan kesihatan mental dan melalui kuiz ini para peserta akan
dapat banyak kebaikan. Antara kebaikannya adalah akan memberi

7
kesedaran kepada para peserta. Kuiz kesihatan mental dapat
membantu meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan mental.
Ia membolehkan para peserta untuk memahami pentingnya menjaga
kesihatan mental dan mengetahui tentang pelbagai gangguan
kesihatan mental yang mungkin dialami.

 Selain itu, ia juga akan menambahkan ilmu para peserta tentang


mengenai kesihatan mental ini. Hal ini demikian kerana kuiz
kesihatan mental akan memberikan peluang untuk para peserta
belajar tentang konsep-konsep asas kesihatan mental, seperti tanda-
tanda dan simptom gangguan mental, faktor-faktor risiko, strategi
pengurusan, dan sumber sokongan yang ada. Seterunya, kuiz
kesihatan mental ini akan memberikan penilaian tentang kesihatan
mental para peserta. Ini demikian kerena kuiz kesihatan mental juga
dapat berfungsi sebagai alat penilaian diri. Ia membolehkan individu
menilai keadaan kesihatan mental mereka sendiri dengan menjawab
soalan-soalan yang berkaitan. Ini dapat membantu individu menilai
tahap kecemasan, stres, kemurungan, atau gangguan mental yang
mungkin dialami.

Rajah 5: Kuiz Blooket

8
5.3 Diari Pengurusan Stres

 Diari sememangnya sinonim dengan catatan peristiwa/kenangan


harian, antaranya peristiwa suka, duka, sedih, gembira, bosan dan
sebagainya. Tujuan bagi diari pengurusan stres ini adalah mengenai
perbuatan yang dilakukan dalam menguruskan stres. Diari ini
dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti kotak, surat khabar
dan kertas warna. Setiap peserta yang mengunjungi Booth pameran
akan mencatat aktiviti yang dilakukan jika mereka stres pada kertas
stiker dan menempelnya di dalam diari tersebut. Rajah 4
menunjukkan hasil daripada diari Pengurusan Stres.

Rajah 6: Diari Pengurusan Stres

9
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, unit multimedia telah menjalankan semua tugasan


secara berkumpulan bagi melancarkan program ini. Bermula dari sebelum
program, unit multimedia menyediakan banner, poster dan ayat untuk hebahan
kepada peserta serta video montaj dan bahan paparan yang diperlukan.
Seterusnya, semasa program, unit multimedia menyiapkan segala yang
diperlukan dari segi teknikal. Selain itu, gambar dan juga video turut diambil
oleh unit multimedia semasa program berlangsung. Aktiviti booth bertemakan
“Pengurusan Stress” juga dilaksanakan semasa program. Manakala, selepas
program, gambar dan video diagihkan oleh unit multimedia dengan memuat
naik semua gambar program di dalam ‘Google Drive’ supaya semua pelajar
dapat mengaksesnya. Akhir sekali, program ini berjalan dengan lancar hasil
daripada kerjasama dan komitmen yang baik dari semua unit yang terlibat
bagai aur dengan tebing.

10

You might also like