Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

NAMA

NO. KAD PENGENALAN


ANGKA GILIRAN

SKIMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN T4 SPM 2022

SEJARAH 1249 / 2
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian


iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Untuk Kegunaan Pemeriksa

2. Jawab semua soalan daripada Bahagian A Kod Pemeriksa:

dan tiga soalan daripada Bahagian B. Bahagian Soalan Markah Markah


Penuh Diperoleh
3. Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis di dalam 1 10
ruang yang disediakan dalam kertas soalan. A 2 10
4. Jawapan Bahagian B hendaklah ditulis pada 3 10
kertas jawapan berasingan yang disediakan. 4 10
5. Kertas soalan hendaklah diikat dan dihantar 5 20
bersama dengan kertas jawapan Bahagian B. 6 20
7 20
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH
B 8 20
9 20
MOHD ZULHELMI BIN MANSOR NORLIZA BT RAMLAN
Jumlah

Kertas peperiksaan ini mengadungi 8 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah]


1249/2 @2022 Hak Cipta Akademi Menara Gading
SULIT
Bahagian A

[40 markah]

Jawab semua soalan

1. “Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka


memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pembinaan dan
perkembangan sesebuah negara bangsa.””

a) Nyatakan dua ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

i) ………………………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………………….
[2 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 6-7)
1- Raja
2- Undang-undang
3- Wilayah pengaruh
4- Rakyat
5- Kedaulatan
6- Lambang Kebesaran

b) Jelas Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………..
[4 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 8)
1- Sistem Pembesar Empat Lipatan
2- Bendahara/ Penghulu Bendahari/Laksamana/ dan Temenggong

1249/2 SULIT
Contoh Kerangka Huraian Holistik Fakta Umum tersebut
KS - Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ialah
Fakta 1 - Sistem Pembesar Empat Lipatan
Contoh/What - contohnya diketuai oleh Raja dibantu oleh Orang Besar
Berempat seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong,
dan Laksamana, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Enam
Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua
Why 1 - untuk menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka lancar
dan tersusun serta sistematik
How 1 - Raja berkuasa mutlak dan memberikan kuasa memerintah
atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada
para Pembesar Berempat yang dikenali sebagai kawasan
pegangan pembesar.
Inference - Ini menunjukkan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah
kerajaan yang unggul.

#Tambahan pelajar juga boleh menjelaskan peranan pembesar secara khusus


seperti peranan Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana, dan Temenggong
KS - Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ialah
Fakta 2 - peranan Bendahara
Contoh/What - contohnya Tun Perak
Why 1 - untuk membolehkan Melaka menjadi kerajaan yang kuat dan
berpengaruh sehingga terbina sebuah empayar Melaka di Tanah
Melayu dan Sumatera
How 1 - menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir, ketua angkatan
tentera, menasihati sultan dan pemangku sultan ketika baginda
gering atau mangkat.
Inference - Ini menunjukkan jawatan Bendahara sama penting dengan jawatan
Perdana Menteri Malaysia hari ini.

1249/2 SULIT
c) Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih kekal sehingga hari ini.
Buktikan.

…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
[4 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Holistik KBAT
KS - Bukti warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih kekal
sehingga hari ini ialah
Fakta 1 - kewujudan institusi beraja di beberapa negeri
Contoh/What - contohnya di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu,
Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
Why 1 - kerana bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
How 1 - melalui perkahwinan sahsiah melibatkan keluarga diraja antara
putera Raja Melaka dengan puteri raja negeri lain.
How 2 - melakukan perluasan kuasa oleh Kesultanan Melayu Melaka ketika
zaman Bendahara Tun Perak yang mempunyai tanah jajahan di
seluruh Tanah Melayu dan Sumatera Timur.
Inference - Ini menunjukkan Raja-raja ini diterima sehingga kedatangan
penjajah British mengiktiraf kedudukan Raja-raja ini melalui
perjanjian dan Perlembagaan Malaysia hari ini sebagai Ketua
Negara dengan panggilan Yang di-Pertuan Agong.

KS - Bukti warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih kekal


sehingga hari ini ialah
Fakta 2 - pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi
Contoh/What - contohnya termaktub dalam Perlembagaan Negara Perkara 3
Why 1 - kerana dipersetujui oleh Suruhanjaya Reid dalam penggubalan
undang-undang Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957

1249/2 SULIT
How 1 - melalui perjuangan UMNO yang mengusulkan cadangan
menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah
Melayu
How 2 - bermula dengan pemerintah Melaka memeluk Islam dan diikuti
oleh rakyat Melaka sebagai tanda taat setia kepada raja.
How 3 - mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi Melaka oleh
Sultan Muzaffar Shah
How 4 - memasukkan unsur-unsur hukuman Islam dalam Hukum Kanun
Melaka bagi jenayah mencuri dengan memotong tangan
pencuri yang didapati bersalah.
Inference - Ini menunjukkan pengaruh Islam keka l sehingga kini melalui
pelaksanaan undang-undang syariah serta undang-undang
keluarga Islam bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia.

2. “Idea nasionalisme bermula di negara barat”

a) Apakah maksud nasionalisme?

…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
[2 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 22-23)
1- semangat kebangsaan

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Maksud nasionalisme ialah
Fakta 1 - semangat kebangsaan
Contoh/What - contohnya sayang dan cinta akan negara dan bangsa
Why 1 - untuk mendapat kemerdekaan politik ekonomi dan sosial
Why 2 - untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara atau bangsanya

1249/2 SULIT
Why 3 - untuk menghadapi ancaman terhadap hak kepentingan orang
Melayu segi sosial dan ekonomi akibat sekularisme dan
imperilaisme barat
Why 4 - untuk menzahirkan suatu bangsa yang tegap, kuat dan
bersatu yang boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri
Why 5 - untuk menubuhkan negara sendiri dan memindah kedaulatan
kepada rakyat
Why 6 - untuk menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan bersifat ke Tanah
Melayuan
Why 7 - untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara
sendiri
How 1 - sanggup menentang penjajah.
Inference - Ini menunjukkan nasionalisme berkait rapat dengan peristiwa dan
pengalaman sejarah yang dialami oleh rakyat sesebuah negara
yang menuju matlamat yang sama iaitu membina bangsa yang
bersatu dan negara berdaulat.

b) Jelas rentetan peristiwa penting yang membawa kepada perkembangan


idea tersebut
…………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[4 markah]
Jawapan Fakta Umum
(Buku Teks KSSM M/S 24-25)
1- Revolusi Keagungan
2- Revolusi Amerika
3- Revolusi Perancis

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Rentetan peristiwa penting yang membawa kepada perkembangan
idea nasionalisme di barat ialah

1249/2 SULIT
Fakta 1 - Revolusi Keagungan
Contoh/What - contohnya peristiwa peralihan kuasa yang berlaku secara aman
tanpa pertumpahan darah melibatkan raja dan ahli parlimen
Why 1 - untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
Why 2 - kerana Raja James II yang berkuasa mutlak membelakangkan
parlimen semasa menggubal undang-undang.
Why 3 - kerana pemikiran John Locke yang menghasilkan karya Two
Treatises of Government yang mempopularkan konsep raja
berpelembagaan.
How 1 - penentangan ahli parlimen dengan sokongan Mary II dan suaminya
Raja William of Orange dari Belanda terhadap Raja James II
sehingga memaksa beliau melarikan diri ke Perancis
How 2 - memantapkan konsep kedaulatan parlimen dan raja
berpelembagaan semasa pemerintahan Mary II dan William of
Orange.
How 3 - menggubal Bill of Rights yang memberi keutamaan kepada
parlimen memperkenalkan undang-undang hak mengutip
cukai.
Inference - Ini menunjukkan kuasa rakyat mengatasi kuasa mutlak seorang
raja yang akhirnya mewujudkan sistem raja berpelembagaan.

c) Bagaimanakah peristiwa penting yang berlaku di barat ini membangkitkan


semangat nasionalisme

…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………..

[4 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Peristiwa revolusi yang berlaku di Eropah ini membangkitkan

1249/2 SULIT
semangat nasionalisme melalui
Fakta 1 - perjuangan menuntut kemerdekaan
Contoh/What - contohnya penyatuan orang Amerika menentang penjajah
British
Why 1 - kerana memberi inspirasi untuk bersatu padu menentang kuasa
penjajah bagi mencapai kemerdekaan
How 1 - membuat perbincangan dengan kuasa penjajah bagi menuntut
kemerdekaan
How 2 - mengangkat senjata menentang penjajah yang enggan
memberi kemerdekaan
Inference - Ini menunjukkan perlunya keberanian dan sanggup berkorban
dalam memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara.

KS - Peristiwa revolusi yang berlaku di Eropah ini membangkitkan


semangat nasionalisme melalui
Fakta 2 - perjuangan hak rakyat
Contoh/What - contohnya penyatuan orang Perancis menentang kuasa mutlak
Raja Perancis dan Raja Britain
Why 1 - kerana keunggulan suara rakyat sebagai kumpulan majoriti
dalam sesebuah negara
How 1 - menjadikan pemerintah raja sebagai Raja Berpelembagaan
bukan lagi raja berkuasa mutlak yang membuat keputusan
tanpa menurut undang-undang negara
Inference - Ini menunjukkan tradisi pemerintahan beraja masih kekal dan
utuh sehingga hari ini di negara kita dengan adanya
pemerintahan Raja Berpelembagaan Demokrasi Berparlimen.

1249/2 SULIT
3. “Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara
lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah dan memperjuangkan
kemerdekaan. Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan
kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.”

a) Namakan dua tokoh nasionalisme Thailand

i) ……………………………………………………………………………
ii) ……………………………………………………………………………
[2 markah]
Jawapan
Raja Mongkut,
Raja Chulalongkorn,
Nai Pridi Phanomyong dan
Phibulsongkram

b) Bagaimanakah Thailand berjaya mengekalkan kedaulatan negara daripada


penjajahan asing?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[4 markah]
Jawapan
How 1 - melakukan usaha diplomasi dan permodenan melalui hubungan
baik dengan negara barat seperti British, Perancis dan Amerika
Syarikat.
How 2 - memperkenalkan sistem birokras barat dengan membawa masuk
penasihat barat untuk melatih pegawai tempatan dalam kewangan,
pelabuhan, kastam, ketenteraan, dan polis.
How 3 - melaksanakan sistem pendidikan barat dengan membawa masuk
guru dari Britain
How 4 - melancarkan Revolusi Thai 1932 melalui Parti Rakyat untuk
menamatkan kuasa mutlak Raja Vajiravudh dengan pengenalan
sistem Raja Berperlembagaan

1249/2 SULIT
How 5 - meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi orang
Cina dan Barat di Thailand
How 6 - menggalakkan penyertaan peribumi dalam kegiatan ekonomi
How 7 - bekerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia ke 2 dengan
membenarkan tentera Jepun mendarat di Selatan Siam untuk
menyerang British di Tanah Melayu
How 8 - berjaya mendapat semula hak mentadbir ke atas wilayah Indochina
dan negeri utara Tanah Melayu.

c) Pada pandangan anda, bagaimanakah penglibatan rakyat hari ini dapat


mempertahankan kedaulatan sesebuah negara?

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[4 markah]
Jawapan

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Penglibatan rakyat hari ini dapat mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara dengan
Fakta 1 - menjadi sukarelawan mempertahankan keselamatan negara
apabila diperlukan oleh pihak kerajaan
Contoh/What - contohnya menjadi askar atau polis bantuan
Why 1 - untuk menghadapi musuh yang menyerang negara
How 1 - memikul tanggungjawab menjadi pasukan barisan hadapan dalam
peperangan sehingga sanggup menggadaikan nyawa demi negara
tercinta
Inference - Ini menunjukkan pengorbanan pasukan keselamatan negara begitu
besar jasa mereka untuk keamanan negara yang dikecapi hari ini.

1249/2 SULIT
KS - Penglibatan rakyat hari ini dapat mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara dengan
Fakta 2 - bekerjasama dengan kerajaan menjadi mata-mata
menyalurkan maklumat ancaman keselamatan negara
Contoh/What - contohnya aktiviti jenayah seperti rompakan, pengedaran dadah
dan penyeludupan pendatang tanpa asing
Why 1 - kerana memudahkan pihak kerajaan membanteras perbuatan tidak
bertanggungjawab ini.
How 1 - membuat panggilan kepada pihak polis dengan kadar segera untuk
menangkap penjenayah yang terlibat.
How 2 - tidak menerima rasuah untuk menutup mulut memberi maklumat
aktiviti jenayah atau melindungi penjenayah
Inference - Ini menunjukkan pentingnya sikap rakyat bertanggungjawab demi
agama bangsa dan negara untuk kesejahteraan dan keselamatan
rakyat dan negara ini.

4. “Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941,


manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada l6 Disember
1941.”

a) Nyatakan dua faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu?

i) ………………………………………………………………………….
ii) …………………………………………………………………………..
[2 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 64-65)
1- keperluan perindustrian dan pasaran baru
2- pengaruh golongan tentera
3- Orde Baharu Asia
4- sekatan ekonomi terhadap Jepun

Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 68)


5- mengeksploitasikan sumber bahan mentah
6- kepentingan strategik ketenteraan

1249/2 SULIT
b) Huraikan salah satu faktor yang dinyatakan di jawapan di atas.

………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………...............
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
[4 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Di antara faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu ialah
Fakta 1 - mengeksploitasikan sumber bahan mentah
Contoh/What - contohnya bahan mentah seperti bijih timah, getah, emas, bijih besi,
arang batu, bauksit dan petroleum
Why 1 - kerana keperluan perindustrian dan pasaran baru
Why 2 - untuk mengurang pergantungan bahan mentah terhadap negara
barat supaya dapat bersaing dengan barat dalam bidang
perindustrian
How 1 - melakukan dasar perluasan kuasa dengan propaganda
Lingkuran Sekemakmuran Asia Timur Raya.
Inference - Ini menunjukkan kepentingan ekonomi Jepun sebagai negara
perindustrian mendorong ke kancah peperangan untuk menguasai
Tanah Melayu.

KS - Di antara faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu ialah


Fakta 2 - kepentingan strategik ketenteraan
Contoh/What - contohnya kedudukan Tanah Melayu di tengah-tengah rantau
Asia Tenggara
Why 1 - untuk memudahkan menguasai Sumatera dan Pulau Jawa yang
kaya dengan minyak dan bahan mentah
How 1 - menyerang melalui Utara Tanah Melayu

1249/2 SULIT
How 2 - menguasai Singapura yang juga merupakan pusat pengkalan
tentera laut British yang membolehkan operasi tentera menawan
Sumatera yang kaya telaga minyak
How 3 - menguasai Pulau Borneo memudahkan Jepun menakluki Pulau
Jawa
Inference - Ini menunjukkan strategi ketenteraan penting kepada Jepun
memenangi perang di rantau ini.

c) Pada pendapat anda, mengapakah penduduk di Tanah Melayu menerima


kehadiran Jepun sehingga dengan mudah menguasai negara ini dalam
Perang Dunia Kedua?

………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
[4 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Pada pendapat saya, penduduk di Tanah Melayu menerima
kehadiran Jepun sehingga dengan mudah menguasai negara ini
dalam Perang Dunia Kedua kerana
Fakta 3 - propaganda Jepun
Contoh/What - contohnya “Asia untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
Why 1 - untuk mendapat sokongan rakyat menentang British
How 1 - menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia menentang
penjajah Barat
Inference - Ini menunjukkan propaganda Jepun di Tanah Melayu berjaya
menyakinkan penduduk untuk menyokong Jepun menentang
British.

1249/2 SULIT
KS - Pada pendapat saya, penduduk di Tanah Melayu menerima
kehadiran Jepun sehingga dengan mudah menguasai negara ini
dalam Perang Dunia Kedua kerana
Fakta 2 - mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu
Contoh/What - contohnya sebagai Ketua Agama dan Adat Melayu
Why 1 - kerana menyedari yang Raja-raja mempunyai pengaruh yang kuat
dalam kalangan masyarakat Melayu
How 1 - dilakukan semasa persidangan Raja-raja Melayu dan Sumatera di
Singapura
Inference - Ini menunjukkan kebijaksanaan pemerintah Jepun menggunakan
Raja-raja Melayu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu
menentang British.

Bahagian B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagaian ini.


5.

Gambar ini menunjukkan model Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi


asas pembentukan negara dan bangsa Malaysia

1249/2 SULIT
a) Jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka peringkat
pentadbiran pusat. [6 markah]

Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 9)
Peringkat Pusat
1- dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
2- peranan Bendahara
3- peranan Penghulu Bendahari

Contoh Kerangka Huraian Holistik Fakta Umum tersebut


KS - Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka peringkat pusat
ialah
Fakta 1 - dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
Contoh/What - contohnya Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong, dan
Laksamana
Why 1 - untuk menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
lancar,tersusun, sistematik dan sempurna
How 1 - mengadakan hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan
dengan pembesar melalui permuafakatan.
Inference - Ini menunjukkan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah
kerajaan yang unggul.

KS - Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka peringkat pusat


ialah
Fakta 2 - peranan Bendahara
Contoh/What - contohnya Tun Perak
Why 1 - untuk membolehkan Melaka menjadi kerajaan yang kuat dan
berpengaruh sehingga terbina sebuah empayar Melaka di Tanah
Melayu dan Sumatera
How 1 - menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir, ketua angkatan
tentera, menasihati sultan dan pemangku sultan ketika baginda
gering atau mangkat.

1249/2 SULIT
Inference - Ini menunjukkan jawatan Bendahara sama penting dengan jawatan
Perdana Menteri Malaysia hari ini.

KS - Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka peringkat pusat


ialah
Fakta 3 - peranan Penghulu Bendahari
Contoh/What - contohnya mengurus perbendaharaan negeri
Why 1 - untuk membolehkan Melaka mempunyai sistemkewangan dan
perbendaharaan yang teratur untuk kepentingan kerajaan
membeli senjata, membina istana dan menjadi maju dan makmur
How 1 - menjalankan tugas merekod dan menyimpan segala jenis
cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan
yang dipungut oleh Syahbandar di Pelabuhan dan pembesar
lain di kawasan pegangan.
Inference - Ini menunjukkan jawatan Penghulu Bendahari sama penting
dengan jawatan Menteri Kewangan negarahari ini.

b) Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa


raja dan pembesar, hukuman terhadap jenayah dan aspek ekonomi.
Bincangkan. [8 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 10)
1- Jenayah
2- peranan raja dan pembesar
3- ekonomi

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Kandungan penting Hukum Kanun Melaka ialah terdapat 44
Fasal iaitu
Fakta 1 - jenayah
Contoh/What - contohnya mencuri, menikam, membunuh dan menderhaka
kepada Raja
Why 1 - kerana menggugat ketenteraman dan keharmonian awam
Why 2 - untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mangsa

1249/2 SULIT
How 1 - mengenakan hukuman bunuh apabila seseorang didapati
membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar
berdasarkan Fasal 5.1
How 2 - mengenakan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang ingkar
arahan dan memalsukan titah sultan berdasarkan Fasal 4.
Inference - Ini menunjukkan sehingga kini perbuatan jenayah boleh disabitkan
hukuman penjara atau hukuman bunuh.

KS - Kandungan penting Hukum Kanun Melaka ialah terdapat 44


Fasal iaitu
Fakta 2 - peranan raja dan pembesar
Contoh/What - contohnya Sistem Pembesar 4 Lipatan
Why 1 - untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap dan sistematik
How 1 - memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik para pembesar
seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari, dan
Laksamana.
How 2 - pembahagian tugas Sultan, Bendahara, Temenggung, Penghulu
Bendahari berdasarkan Fasal 1
Inference - Ini menunjukkan sehingga kini raja di negara kita mempunyai
kuasa memberi perkenan melantik Perdana Menteri dan jemaah
menteri

KS - Kandungan penting Hukum Kanun Melaka ialah terdapat 44


Fasal iaitu
Fakta 3 - ekonomi
Contoh/What - contohnya aktiviti perdagangan
Why 1 - untuk mengawal perdagangan berjalan dengan lancar dan
tidak bertentangan ajaran islam
How 1 - mengharamkan aktiviti riba dalam perniagaan dan orang yang
menjalankan pernigaan mesti akil baliq dan tidak gila berdasarkan
Fasal 30
Inference - Ini menunjukkan hukum kanun Melayu telah ada pengaruh
Islam dan sehingga kini amalan riba adalah haram dalam
islam sehingga wujudnya sistem perbankan Islam.

1249/2 SULIT
c) Bagaimanakah undang-undang dapat mewujudkan sebuah negara yang
sejahtera? [6 markah]

6.
a) Mengapakah perkembangan nasionalisme di Asia memberi inspirasi
kepada gerakan nasionalisme di negara kita. [4 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Perkembangan nasionalisme di Asia memberi inspirasi kepada
gerakan nasionalisme di negara kita kerana
Fakta 1 - perjuangan menuntut kemerdekaan
Contoh/What - contohnya kejayaan India merdeka daripada British
Why 1 - kerana dapat menyakinkan penduduk di negara ini bahawa Barat
bukannya sebuah kuasa yang tidak boleh dikalahkan
How 1 - menyatupadukan rakyat kunci kepada kejayaan ini
Inference - Ini menunjukkan pentingnya perpaduan dan kerjasama semua
pihak untuk mencapai kemerdekaan.

KS - Perkembangan nasionalisme di Asia memberi inspirasi kepada


gerakan nasionalisme di negara kita kerana
Fakta 2 - peranan cendiakawan Melayu yang belajar di Timur
Tengah
Contoh/What - contohnya daripada Universiti Al-Azhar Mesir
Why 1 - kerana mereka terdedah dengan idea Pan Islamisme iaitu
penyatuan umat Islam menentang penjajah
How 1 - menerapkan idea-idea ini apabila pulang ke Tanah Melayu
melalui ceramah-ceramah di masjid, surau dan madrasah
How 2 - memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan karisma sebagai
golongan intelektual yang dihormati dan amat berpengaruh
dalam kalangan orang kampung
How 3 - memudahkan mendapat sokongan masyarakat untuk bangkit
bersama mereka menentang penjajah barat

1249/2 SULIT
Inference - Ini menunjukkan sehingga kini agama begitu dekat di jiwa orang
Melayu dan mudah mendapat sokongan rakyat sehingga ada
ramai di kalangan pemimpin negara ini terdiri daripada tokoh-
tokoh agama berjawatan penting dalam kerajaan.

b) Jelaskan sebab-sebab kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu


pada abad ke-20. [8 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 33-35)
1- peranan agama
2- penulisan kreatif
3- peranan media cetak
4- peranan sistem pendidikan

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Di antara sebab kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu pada abad ke-20 ialah
Fakta 1 - peranan agama
Contoh/What - contohnya idea gerakan islah iaitu kembali kepada ajaran Islam
yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis dan idea Pan-
Islamisme iaitu penyatuan umat Islam menentang penjajahan
Barat.
Why 1 - kerana terdedah dengan idea-idea yang disampaikan oleh Sayyid
Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid
Rida.
How 1 - dengan cara melanjutkan pelajaran ke Mesir bertemu dengan
tokoh-tokoh tersebut.
How 2 - menyebarkan idea-idea ini melalui karisma mereka sebagai
pemimpin dalam memberi ceramah dan dakwah kepada rakyat
apabila mereka pulang ke Tanah Melayu
Inference - Ini menunjukkan kesedaran nasionalisme ini datangnya dari luar
negara.

KS - Di antara sebab kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah


Melayu pada abad ke-20 ialah
Fakta 2 - penulisan kreatif

1249/2 SULIT
Contoh/What - contohnya novel, cerpen dan puisi seperti Melur Kuala Lumpur,
Cerita Awang Putat, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela
Gila.
Why 1 - untuk menimbulkan kesedaran pentingnya orang Melayu
menentang penjajah British
How 1 - menceritakan keperitan, kesusahan dan penderitaan hidup
rakyat yang dijajah oleh Barat melalui sindiran yang tajam
How 2 - menerangkan pentingnya erti kebebasan dan kemerdekaan
Inference - Ini menunjukkan penulisan kreatif adalah seni yang dapat
menyampaikan mesej secara berkesan menaikkan semangat
rakyat melalui pembacaan memahami realiti hidup dijajah.

KS - Di antara sebab kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah


Melayu pada abad ke-20 ialah
Fakta 3 - peranan media cetak
Contoh/What - contohnya akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neraca,
Pengasuh, Fajar Sarawak dan Sekola Melayu
Why 1 - untuk menimbulkan kesedaran pentingnya orang Melayu
menentang penjajah British.
How 1 - menyampaikan berita dan pelbagai maklumat tentang isu
bahasa, campur tangan British dalam agama Islam, keperitan,
kesusahan dan penderitaan hidup rakyat yang dijajah oleh Barat.
How 2 - menerangkan peri pentingnya erti kebebasan dan kemerdekaan
How 3 - mengkritik dasar pemerintahan British yang mengabaikan hak dan
kepentingan rakyat peribumi
Inference - Ini menunjukkan media cetak berperanan dalam memberi info
untuk menaikkan semangat rakyat melalui pembacaan memahami
realiti hidup dijajah.

c) Apakah semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh


generasi muda? Berikan pendapat anda. [8 markah]

Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut

1249/2 SULIT
KS - Pada pendapat saya semangat perjuangan pemimpin tempatan
yang wajar dicontohi oleh generasi muda ialah
Fakta 1 - sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
Contoh/What - contohnya Tok Janggut
Why 1 - kerana menentang sistem cukai
How 1 - berperang dengan pihak British sehingga terkorban.
Inference - Ini menunjukkan keberanian menghadapi pihak luar demi
mempertahankan tanah air daripada dijajah

KS - Pada pendapat saya semangat perjuangan pemimpin tempatan


yang wajar dicontohi oleh generasi muda ialah
Fakta 2 - memiliki semangat bekerjasama
Contoh/What - contohnya kerjasama Raja dan pembesar di Perak
Why 1 - kerana mempertahankan kuasa dan hak pembesar memungut
cukai
How 1 - bangkit menentang dan berperang dengan British sehingga
terbunuhnya JWW Birch.
Inference - Ini menunjukkan hubungan raja, pembesar dan rakyat begitu erat
dalam mempertahankan tanah air untuk tidak memberi jalan mudah
kepada penjajah British menguasai tanah air.

7. “Sistem pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan


orang tempatan. Mereka mula terdedah kepada idea dan pandangan baru.

a) Jelaskan perkembangan nasionalisme yang dimainkan oleh golongan


intelektual di Tanah Melayu pada abad ke-20. [8 markah]
Jawapan

Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 36-37)


1- berpendidikan agama
2- berpendidikan Inggeris
3- berpendidikan Melayu

1249/2 SULIT
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Perkembangan nasionalisme yang dimainkan oleh golongan
intelektual di Tanah Melayu pada abad ke-20 ialah
Fakta 1 - berpendidikan agama
Contoh/What - contohnya Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-
Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha.
Why 1 - untuk menimbulkan kesedaran awal membangkitkan semangat
nasionalisme.
How 1 - menyampaikan idea gerakan islah iaitu kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis dan idea
Pan-Islamisme iaitu penyatuan umat Islam menentang penjajahan
Barat.
How 2 - pelajar-pelajar ini yang melanjutkan pelajaran ke Mesir
terdedah dengan idea-idea yang disampikan oleh Sayyid Jamal
al-Din al-Afghani, Rashid Rida dan Sheikh Muhammacl Abduh.
How 3 - Apabila pulang ke Tanah Melayu mereka menyebarkan idea-idea
ini melalui karisma mereka sebagai pemimpin menyampai ceramah
dan dakwah kepada kepada rakyat
How 4 - Menggunakan Madrasah al-Attas, Madrasahal-Masyhur,
Madrasah al-Idrisiyah, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah dan
Maahad al-Ehya Assharif untuk menyebarkan idea fahaman
Islah
How 5 - memberi peluang wanita belajar di madrasah
How 6 - menggunakan akhbar al-Imam, al-Ikhwan, Neraca dan Tunas
Melayu menyalurkan idea-idea gerakan Islah dan Pan Islamisme
kepada rakyat
Inference - Ini menunjukkan pengaruh agama Islam mempunyai pengaruh
yang besar dalam masyarakat Melayu untuk menentang British
sehingga berlaku penentangan awal di Kelantan oleh Tok Janggut
dan Terengganu oleh Haji Abdul Rahman Limbong.

KS - Perkembangan nasionalisme yang dimainkan oleh golongan


intelektual di Tanah Melayu pada abad ke-20 ialah
Fakta 2 - berpendidikan Inggeris

1249/2 SULIT
Contoh/What - contohnya Raja Chulan, Raja Uda, Mahmud Mat dan Mohammad
Eunos Abdullah yang mendapat pendidikan awal di Maktab
Melayu Kuala Kangsar.
Why 1 - kerana mereka mulai sedar tindakan British yang mengabaikan
kebajikan orang Melayu harus disuarakan secara berdiplomasi
sesuai dengan peranan mereka sebagai pegawai kerajaan
British
How 1 - menyuarakan hak mendapat pendidikan untuk orang Melayu
How 2 - menuntut British memperbaiki taraf hidup orang Melayu
How 3 - menuntut peluang pekerjaan kepada orang Melayu khasnya
anak bangsawan dalam jabatan kerajaan
How 4 - menggunakan akhbar Warta Malaya, Utusan Melayu dan
Lembaga Malaya untuk menyampaikan idea-idea dan tuntutan
mereka.
Inference - Ini menunjukkan golongan bangsawan Melayu yang selama ini
pro British mula bertindak menyuarakan ketidakadilan kerajaan
British terhadap orang Melayu

b) Jelaskan kesan perkembangan nasionalisme dari aspek politik pada abad


ke-20. [6 markah]
Jawapan

Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 42)


1- meningkatnya peluang pekerjaan orang Melayu dalam pentadbiran
British
2- mendorong orang Melayu lebih peka tentang masa depan politik mereka
3- British berhati-hati dan menggunakan sekatan terhadap pemimpin
nasionalisme
4- Persatuan Masyarakat Cina dan India

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Di antara kesan perkembangan nasionalisme dari aspek politik
pada abad ke-20 ialah
Fakta 1 - meningkatnya peluang pekerjaan orang Melayu dalam
pentadbiran British

1249/2 SULIT
Contoh/What - contohnya dalam Malayan Civil Service (MCS) iaitu daripada
tujuh orang kepada 20 orang
Why 1 - kerana usaha dilakukan oleh golongan intelektual berpendidikan
Inggeris dan KMS (Kesatuan Melayu Singapura)
How 1 - menggesa British melalui perbincangan dan diplomasi
Inference - Ini menunjukkan perjuangan mereka mula menampakkan
kejayaan sehingga berjaya mempengaruhi keputusan British
membeli peluang kepada orang Melayu mentadbir.

KS - Di antara kesan perkembangan nasionalisme dari aspek politik


pada abad ke-20 ialah
Fakta 2 - mendorong orang Melayu lebih peka tentang masa depan
politik mereka
Contoh/What - contohnya mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri yang tercabar
Why 1 - kerana pembentukan NNMB (Negeri-negeri Melayu Bersekutu)
pada tahun 1896 yang memusatkan kuasa kepada Residen Jeneral
di Kuala Lumpur.
How 1 - melalui tindakan British memperkenalkan dasar desentralisasi iaitu
pengagihan kuasa pusat dan kerajaan negeri dari aspek
pentadbiran, perundangan dan kewangan.
Inference - Ini menunjukkan orang Melayu mula menyuarakan kepentingan
berpersatuan di peringkat negeri bagi menyatukan orang
Melayu.

c) Bagaimanakah semangat nasionalisme mempengaruhi kemajuan sesebuah


negara? [6 markah]
Jawapan
KS - Semangat nasionalisme mempengaruhi kemajuan sesebuah
negara dengan
Fakta 1 - melakukan yang terbaik dari aspek politik iaitu keselamatan
Contoh/What - contohnya angkatan tentera berani berjuang untuk menentang
musuh
Why 1 - kerana sayang dan cinta akan negara sanggup berkorban demi
negara

1249/2 SULIT
How 1 - memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara
Inference - Ini menunjukkan kepentingan negara mengatasi kepentingan
peribadi.

KS - Semangat nasionalisme mempengaruhi kemajuan sesebuah


negara dengan
Fakta 2 - melakukan yang terbaik memajukan ekonomi negara
Contoh/What - contohnya bekerja bersungguh-sungguh
Why 1 - untuk meningkatkan produktiviti
How 1 - melakukan kerja lebih masa
Inference - Ini menunjukkan dispilin pekerja yang tinggi memberi keyakinan
kepada para pelabur untuk melabur di negara ini.

8.

Aldolf Hitler melakukan pembarisan ke atas pasukan tentera Jerman dalam


persediaan mereka terlibat dalam kancah Perang Dunia Kedua

a) Mengapakah berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah? [ 6 markah]


Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 58-60)

1249/2 SULIT
1- kemunculan ideologi baharu
2- ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
3- kegagalan peranan Liga Bangsa-Bangsa
4- penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
5- pengeboman ke atas Britain
6- penyertaan Itali dalam perang di Eropah
7- serangan Jerman ke atas Rusia

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Di antara faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah ialah
Fakta 1 - kemunculan ideologi baharu
Contoh/What - contohnya fasisme iaitu kepentingan negara melebihi
kepentingan individu dan nasionalisme melampau dan nazisme
iaitu mengagungkan bangsa Jerman.
Why 1 - kerana mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
Why 2 - untuk memulihkan imej negara
How 1 - peranan Benito Mussolini melalui Parti Fasis berjaya memenangi
pilihanraya dan melakukan perluasan kuasa dengan menguasai
Habshah dan Albania
How 2 - peranan Hitler melalui Parti Nazi berjaya dalam pilihanraya dan
melanggar Perjanjian Versailles dengan membentuk angkatan
tentera yang besar menguasai wilayah Rhineland semula.
Inference - Ini menunjukkan kedua-dua negara mula menjalinkan hubungan
yang rapat membentuk pakatan tentera baru sehingga terdapat di
atas setem slogan “Dua orang dan satu perjuangan”.

KS - Di antara faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah ialah


Fakta 2 - ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
Contoh/What - contohnya Jerman dan Itali
Why 1 - kerana Jerman beranggapan perjanjian ini tidak adil
Why 2 - kerana menjejaskan kedaulatan negara Jerman sehingga
kehilangan tanah jajahan
Why 3 - kerana terpaksa membayar pampasan yang tinggi yang
memberi kesan yang buruk kepada ekonomi Jerman iaitu inflasi

1249/2 SULIT
Why 4 - kerana Itali tidak berpuashati apabila tidak diberi tanah jajahan
seperti yang diperolehi Perancis dan Poland
How 1 - menjalinkan pakatan ketenteraan bersama antara Jerman dan
Itali.
Inference - Ini menunjukkan kedua-dua negara menjadi kuasa utama dalam
Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Kuasa Paksi
berperang dengan Kuasa Bersekutu yang diketuai oleh Britain
dan Amerika Syarikat.

KS - Di antara faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah ialah


Fakta 3 - kegagalan peranan Liga Bangsa-Bangsa
Contoh/What - contohnya dalam menangani krisis di Manchuria, Habsyah dan
pematuhan Perjanjian Perlucutan Senjata
Why 1 - untuk mewujudkan keamanan dunia dan kerjasama antarabangsa
How 1 - tindakan Jepun menakluki Manchuria yang berada dibawah
penguasaan China
How 2 - tindakan Itali menyerang Habsyah di Afrika
How 3 - tindakan Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan
memperbesarkan angkatan tenteranya secara terbuka.
Inference - Ini menunjukkan sehingga hari ini dunia masih terdedah dengan
konflik berterusan yang boleh mencetuskan peperangan.

b) Jelaskan faktor-faktor kekalahan kuasa paksi yang diketuai oleh Jerman


dalam Perang Dunia Kedua. [8 markah]
Jawapan

Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 62-63)


1- kerjasama kuasa besar
2- keberkesanan strategi serangan ketenteraan
3- kegagalan operasi menawan Rusia
4- kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut

1249/2 SULIT
KS - Di antara sebab kekalahan Kuasa Paksi yang diketuai Jerman
dalam Perang Dunia Kedua ialah
Fakta 1 - kerjasama kuasa besar
Contoh/What - contohnya Amerika Syarikat, Britain dan Rusia
Why 1 - kerana dapat memperkukuhkan kekuatan tentera Bersekutu
How 1 - mengadakan pertemuan melibatkan ketiga-tiga pemimpin ini
iaitu Roosevelt, Churchill dan Stalin berbincang membuat
keputusan politik dan tentera bersama.
How 2 - menyelaras tindakan operasi peperangan tentera bersekutu
melibatkan darat, udara dan laut di bawah Komander Tertinggi
Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat
Inference - Ini menunjukkan kerjasama adalah kunci kejayaan terpenting
dalam sesuatu peperangan.

KS - Di antara sebab kekalahan Kuasa Paksi yang diketuai Jerman


dalam Perang Dunia Kedua ialah
Fakta 2 - keberkesanan strategi serangan ketenteraan
Contoh/What - contohnya pendaratan ketenteraan Bersekutu di Normandy
Why 1 - kerana memperdayakan pihak Jerman dengan pendaratan tentera
Bersekutu di Calais bukannya di Normandy
How 1 - menggunakan kod “D-Day”
Inference - Ini menujukkan pihak Bersekutu berjaya memasuki Jerman dari
arah Barat dan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat
daripada penaklukan Jerman.

KS - Di antara sebab kekalahan Kuasa Paksi yang diketuai Jerman


dalam Perang Dunia Kedua ialah
Fakta 3 - kegagalan operasi menawan Rusia
Contoh/What - contohnya musim sejuk banyak tentera Jerman terbunuh
Why 1 - kerana kehabisan peluru, minyak, ubat-ubatan danmakanan
How 1 - tindakan Jeneral Von Paulus menyerah kalah di Stalingrad dan
tidak meneruskan arahan Hitler melancarkan serangan ke atas
Rusia

1249/2 SULIT
Inference - Ini menunjukkan Jerman menghadapi dua ketumbukan serangan
dari arah Timur dan Barat yang akhirnya membawa kepada
kekalahan dalam perang tersebut.

c) Bagaimanakah dunia dapat mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga


pada masa hadapan? [6 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Dunia dapat mengelakkan berlakunya Perang Dunia ke-3 dengan
Fakta 1 - menghormati dan mematuhi Piagam PBB
Contoh/What - contohnya tidak menceroboh sempadan negara lain
Why 1 - kerana negara diceroboh boleh bertindak balas
How 1 - melancarkan serangan mempertahankan kedaulatan negara
How 2 - menjalinkan kerjasama negara-negara lain bagi saling bantu
membantu dalam serangan tersebut
Inference - Ini menunjukkan bila berlakunya peperangan akan melibatkan
banyak negara yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia
ke-3

KS - Dunia dapat mengelakkan berlakunya Perang Dunia ke-3 dengan


Fakta 2 - membawa sebarang sengketa atau perbalahan ke meja
rundingan
Contoh/What - contohnya berkaitan masalah pertindihan kawasan sempadan
antara dua negara
Why 1 - untuk mendapat persetujuan bersama
How 1 - membawa masalah tersebut untuk diadili oleh Mahkamah
Keadilan Antarabangsa
How 2 - menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah
Keadilan Antarabangsa
How 3 - menggunakan orang ketiga untuk menjadi pihak pendamai
kepada dua negara yang bersengketa ke meja rundingan
Inference - Ini menunjukkan tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan di
meja rundingan

1249/2 SULIT
9.

Gambar menujukkan tentera Jepun memerintah dengan zalim sewaktu


menguasai Tanah Melayu semasa Perang Dunia kedua

a) Jelaskan dasar pentadbiran Jepun semasa Perang Dunia Kedua di negara


kita. [8 markah]
Jawapan
Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 70-71)
1- dasar pentadbiran tentera
2- dasar terhadap Raja-raja Melayu
3- dasar kepimpinan tempatan

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Di antara dasar pentadbiran Jepun semasa Perang Dunia Kedua di
negara kita ialah
Fakta 1 - dasar pentadbiran tentera
Contoh/What - contohnya diketuai Panglima Agung Japanese Southern Army dan
dibantu oleh beberapa orang pegawai dan askar Jepun.
Why 1 - untuk memastikan Jepun terus berkuasa dan mengekalkan
keamanan

1249/2 SULIT
How 1 - menggabungkan Tanah Melayu dan Sumatera dibawah
Kawasan Pertahanan Khas dengan ditadbir oleh pasukan
tentera ke-25 yang berpusat di Singapura.
How 2 - memisahkan semula Tanah Melayu dan Sumatera kerana
perbezaan sistem politik dan ekonomi dengan mewujudkan
pentadbiran di bawah dua pasukan tentera ke-25 di Sumatera
dan pasukan tentera Jepun ke-29 di Tanah Melayu
How 3 - menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu kepada Thailand sebagai tanda terima
kasih atas kerjasama membenarkan tentera Jepun mendapat
menyerang Tanah Melayu
How 4 - memberi gelaran baru kepada nama Singapura di kenali sebagai
Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan), Tanah Melayu dikenali
sebagai Malai Baru (Melayu Baru) dan Sarawak, Sabah dan
Brunei dikenali sebagai Kita Boruneo
How 5 - menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei sebagai satu unit
pentadbiran yang dikenali diketuai Gabenor Jeneral dan pasukan
tentera Jepun ke-37
Inference - Ini menunjukkan idea pemerintah tentera Jepun menggabungkan
Tanah Melayu dan Sumatera mengembalikan semula keagungan
Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai propaganda Jepun
mendapatkan sokongan penduduk tempatan

KS - Di antara dasar pentadbiran Jepun semasa Perang Dunia Kedua di


negara kita ialah
Fakta 2 - dasar terhadap Raja-raja Melayu
Contoh/What - contohnya mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam
hal ehwal agama Islam dan adat Melayu dan diberi bayaran
pencen
Why 1 - untuk memastikan Jepun terus mendapat sokongan orang Melayu
dan berkuasa
How 1 - dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan
Sumatera di Singapura.
How 2 - meletakkan pengawasan Raja-raja Melayu di bawah Gabenor
Jepun

1249/2 SULIT
Inference - Ini menunjukkan Jepun sedar pengaruh raja yang mempunyai
sokongan penduduk tempatan khususnya orang Melayu

“Pemerintahan tentera Jepun yang kejam dan kesengsaraan hidup yang


dihadapi oleh rakyat kemudiannya telah mencetuskan penentangan
terhadap pendudukan Jepun yang merupakan manifestasi nasionalisme di
Tanah Melayu”
b) Berdasarkan kenyataan ini, bagaimanakah gerakan nasionalisme yang
berlaku semasa pendudukan Jepun di negara kita? [8 markah]
Jawapan

Fakta Umum (Buku Teks KSSM M/S 74-77)


1- penentangan oleh Rejimen Askar Melayu
2- penentangan oleh Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
3- penentangan oleh Force 136

Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut


KS - Gerakan nasionalisme yang berlaku semasa Pendudukan Jepun
di negara kita ialah dengan
Fakta 1 - penentangan oleh Rejimen Askar Melayu
Contoh/What - contohnya pertempuran di Pasir Panjang, Bukit Candu di Singapura
dan Pantai Johor
Why 1 - kerana mereka dilatih untuk berkorban demi agama, bangsa dan
negara.
How 1 - mempamerkan semangat juang tinggi menentang Jepun oleh
Leftenan Adnan Saidi, Leftenan lbrahim Alla Ditta MC dan Koperal
Yaakob Bidin
Inference - Ini menunjukkan keberanian mereka sehingga sanggup
menggadaikan nyawa mempertahankan tanah air menjadi sumber
inspirasi kepada generasi akan datang.

1249/2 SULIT
KS - Gerakan nasionalisme yang berlaku semasa Pendudukan Jepun
di negara kita ialah dengan
Fakta 2 - penentangan oleh Malayan People’s Anti-Japanese Army
(MPAJA)
Contoh/What - contohnya sebuah pasukan sukarela yang dianggotai oleh orang
Cina yang lari ke dalam hutan yang berlindung di bawah Parti
Komunis Malaya (PKM)
Why 1 - untuk menentang tentera Jepun bertindak kejam ke atas orang
Cina.
How 1 - mendapat latihan perang daripada pihak British dengan
persetujuan PKM seramai 165 orang di Sekolah Latihan Khas
Singapura
How 2 - membekalkan kelengkapan senjata melakukan kerja sabotaj
How 3 - melancarkan serangan secara gerila yang menjadi asas
pembentukan lapan rejimen MPAJA.
Inference - Ini menunjukkan MPAJA diberi kepercayaan oleh pihak British
untuk melancarkan serangan terhadap Jepun sehingga diadakan
satu perjanjian kerjasama ketenteraan antara kedua-dua pihak.

KS - Gerakan nasionalisme yang berlaku semasa Pendudukan Jepun


di negara kita ialah dengan
Fakta 3 - penentangan oleh Force 136
Contoh/What - contohnya unit khas Force 136 Kedah- Gerila Melayu Kedah, Force
136 Ulu Perak-Askar Melayu Setia, dan Force 136 Pahang-
Wataniah Pahang.
Why 1 - kerana mendapat sokongan orang Melayu dengan diketuai oleh
beberapa pegawai kanan tentera Melayu seperti Mejar Tengku
Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub,
Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd
Jiwa.
How 1 - mendapat latihan perang daripada pihak British Yang
menubuhkan South East Asia Command (SEAC) di Sri Langka
dan India
How 2 - melancarkan operasi perang dengan pendaratan pasukan payung
terjun

1249/2 SULIT
How 3 - melakukan serangan secara gerila
How 4 - menyebarkan propaganda anti Jepun
How 5 - melancarkan operasi Zipper iaitu serangan secara besar-
besaran menawan semula Tanah Melayu
Inference - Ini menunjukkan penglibatan kerabat di raja dan golongan
bangsawan dalam pasukan keselamatan untuk mempertahankan
tanah air.

c) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh nasionalisme


semasa pendudukan Jepun. [6 markah]
Jawapan
Contoh Kerangka Huraian Fakta Umum tersebut
KS - Di antara iktibar yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh
nasionalisme semasa pendudukan Jepun ialah
Fakta 1 - menjadi pemimpin yang bijak mengikut keadaan
Contoh/What - contohnya menyokong Jepun
Why 1 - untuk merealisasikan cita-cita memerdekakan Tanah Melayu
How 1 - mengadakan pakatan bersama Indonesia untuk mencapai
kemerdekaan bersama yang dikenali sebagai Melayu Raya atau
Indonesia Raya
How 2 - menubuhkan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung)
sebagai persediaan bersama-sama merdeka
Inference - Ini menunjukkan percubaan menghidupkan semula kegemilangan
empayar Melayu melalui kemerdekaan bersama.

KS - Di antara iktibar yang boleh diambil daripada perjuangan tokoh


nasionalisme semasa pendudukan Jepun ialah
Fakta 2 - tidak mudah percaya kepada kuasa asing
Contoh/What - contohnya propaganda “Asia untuk Asia” dan “Bersama
Kesemakmuran Asia Raya”
Why 1 - kerana kuasa penjajah ini mempunyai agenda tersendiri untuk
kepentingan negara mereka

1249/2 SULIT
Why 2 kerana Jepun hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yang
menyokongnya sahaja dan bergerak di bawah pengawasannya.
How 1 - menunjukkan sikap bermuka-muka dengan Jepun dan pada masa
yang sama menentang melalui gerakan bawah tanah.
Inference - Ini menunjukkan kita mesti berwaspada dengan kuasa asing dan
tidak mudah mempercayai mereka yang banyak tipu muslihat.

1249/2 SULIT

You might also like