Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG SUNGAI BONGKOK,


08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN
email: kbd3079@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM BIL 1


SESI 2023/2024

Tarikh : 15.03.2023 ( Rabu)


Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 9.00 am – 11.30 am
Pengerusi : Guru Besar

KEHADIRAN GURU

1. PN.V.SELVANAYAGI (GURU BESAR)


2. EN.S.VASUDEVAN ( PK PENTADBIRAN)
3. PN.K.KALAISELVI ( PK HEM)
4. PN.V.RENGGAMAH ( PK KOKURIKULUM )
5. PN.P.SARKUNAVATHY
6. EN.S.SOMESUNTHER
7. PN.R.BANU

TIDAK HADIR
-

I. Ucapan Aluan
En.S.Vasudevan, Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru
Besar dan guru-guru ke Mesyuarat Induk Kurikulum Kali ke-1 bagi sesi akademik
2023/2024. Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua
guru yang menjayakan semua aktiviti serta program di bawah unit kurikulum.

II. Perutusan Pengerusi


1. Pn.V.Selvanayagi, Guru Besar SJK(T) Ladang Sungai Bongkok mengucapkan
salam dan terima kasih atas keperihatinan guru kerana hadir pada Mesyuarat
Induk Kurikulum kali Pertama bagi sesi akademik 2023/2024.
2. Beliau menjelaskan bahawa kurikulum merupakan asas kepada pendidikan dan
semua murid berhak mendapat pendidikan tersebut.
3. Beliau juga mengingatkan agar guru-guru perlu peka terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.
4. Guru Besar menjelaskan matlamat dan fokus Program ABC (Anak Yang Baik lagi
Cerdik) kepada semua guru.

1
5. Beliau berbincang dengan guru-guru mengenai cadangan aktiviti akan dijalankan
pada minggu pertama Program Pembukaan sekolah bagi sesi akademik
2023/2024.
6. Beliau meminta semua guru perlu bersedia dengan bahan-bahan untuk aktiviti
pada hari pertama persekolahan.
(Makluman semua guru)

III. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


8. Pn.R.Banu mencadangkan Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Keempat
2022/2023 disahkan.
9. Cadangan ini disokong oleh Pn.K.Kalaiselvi.

IV. Perkara Berbangkit


10. Menurut perkara 47, laporan program HIP telah dihantar secara online dan data
disimpan dalam fail HIP.
(Tindakan : Pn.P.Sarkunavathy).
11. Menurut perkara 48, Markah UASA dan tahap penguasaan PBD telah diisi dalam
Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB). Slip keputusan belum dicetak.
Su PBD perlu selsaikan masalah ini dengan kadar segera.
(Tindakan : En.S.Somesunther)
V. Visi, Misi, Matlamat Perancangan Strategi Sekolah
12. Guru Besar mengulas mengenai visi dan misi sekolah. Beliau turut mengingatkan
guru-guru supaya menghayati visi,misi, Falsafah Pendidikan Negar

1.1 VISI : PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA


SEJAHTERA

1.2 MISI: MELESTARIKAN SISITEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI


UNTUK MEMBANGUKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENIHI
ASPIRASI NEGARA

13. Guru perlu berusaha untuk memastikan murid-murid bertutur dengan lancar dalam
Bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Guru-guru perlu
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perancangan dan perlaksanaan Pdpc
bagi memastikan pencapaian cemerlang murid-murid.
14. Masa Pengajaran yang berkesan perlu ditingkatkan bagi mencapai objektif Pdp.
Penyelewengan masa Pdp tidak seharusnya berlaku disekolah.
15. Pemantauan Perlaksanaan Insiatif KPM. Guru-guru perlu explore akses-akses
seperti KBAT, dan i-Think dalam Pdp dari masa ke semasa untuk mencapai
objektif Pdp
(Makluman semua guru)

2
VI. Pengoperasian Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024

16. En.S.Vasudevan menjelaskan Program Pembukaan Sekolah sesi akademik


2023/2024 kepada semua guru.
17. Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama
Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada
minggu pertama persekolahan
18. KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu
pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi.
Pihak sekolah boleh menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik),
biar mereka baik dahulu baru cerdiktara murid dan guru.
19. Jadual Program Pembukaan Sekolah telah diedarkan kepada semua guru.
(Tindakan semua guru)
VII. Persediaan Sumber untuk awal tahun Persekolahan
20. Fail untuk buku ringkasan mengajar telah diedarkan kepada guru. Bahan
Maklumat Fail RPH akan diberikan kemudian.
21. Buku teks adalah mencukupi bagi Tahun 1 hingga Tahun 6. Pemurniaan Buku
teks telah dibuat pada cuti sekolah.
22. Buku teks telah diedarkan kepada murid tahun 4 hingga 6. .
23. Guru-guru diminta menyediakan DSKP dan RPT bagi subjek yang di ajar oleh
mereka.
24. PKP meminta guru kelas memastikan bilangan kerusi meja di kelas cukup untuk
menampung bilangan murid di kelas masing-masing.
25. Guru kelas diminta menggunakan meja dan kerusi baru yang diterima dari
sumbangan Mitra.
26. Guru Besar memberitahu bahawa hari pertama mungkin ada Pegawai dari
JPN/PPD akan melawat ke sekolah. Oleh itu, guru-guru perlu
mengemaskinikan bilik darjah masing-masing dan memastikan murid-murid
mempunyai buku teks. Kelas juga perlu lengkap dengan Jadual Waktu.
(Makluman semua guru)

VIII. Perancangan Kurikulum Tahun 2023/2024


27. Takwin Kurikulum
27.1 En.S.Vasudevan membentangkan takwim kurikulum 2023/2024. Beliau
telah membacakan perlantikan Ketua Panitia bagi tahun ini dan
menyerahkan surat lantikan Jawatan Kuasa Kurikulum. Beliau memohon
kerjasama guru bagi mematuhi perlantikan jawatan kuasa seperti yang
tertera dalam Buku Pengurusan. Kerjasama para guru penting bagi
melancarkan pengurusan sekolah dan membentuk kemenjadian murid.
(Makluman semua guru)

28. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


28.1 En.S.Vasudevan memberitahu bahawa penulisan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) perlu selaras dan mengikut format yang ditentukan oleh
panitia masing-masing.

3
28.2 Guru-guru perlu mengikut format RPH yang lama sehingga menerima surat
pekeliling iktisas baru dari JPN Kedah.
(Makluman semua guru)
29. Pengurusan Mesyuarat
29.1 Penolong Kanan Pentadbiran meminta guru-guru perlu menyediakan minit
mesyuarat mengikut pekeling ditetapkan. Beliau menegaskan surat
panggilan mesyuarat perlu diedar 10 hari sebelum bermesyuarat supaya guru
bersedia untuk hadir ke mesyuarat.
(Makluman semua guru)
30. Pengagihan Jadual Waktu
30.1 En.S.Vasudevan menjelaskan bahawa jadual waktu bagi tahun 2023/2024
adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 8 Tahun 2016 yang menggunakan peruntukkan waktu jam setahun
untuk pelaksanaan PdPc. Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dirangka
untuk 40 minggu pembelajaran. Minggu persekolahan adalah sebanyak 42
minggu.
30.2 Jadual minggu pertama perlu mengikut Proram Pembukaan Sekolah yang
ditetapkan oleh KPM.
(Makluman semua guru)

30.3 Pengerusi turut menegaskan waktu terluang adalah masa bekerja. Guru
hendaklah menggunakan masa terluang tersebut dengan mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas bil. 3/1981. Antara kandungan surat pekeliling tersebut
adalah seperti berikut:
30.3.1 Menggantikan kelas bagi guru yang tidak hadir.
30.3.2 Membuat persediaan mengajar.
30.3.3 Memeriksa buku latihan.
30.3.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah
pembelajaran.
(Makluman semua guru)

31. Transisi Tahun Satu 2023/2024


31.1 Tiada pendaftaran tahun satu sehingga tarikh 15.03.2023.
(Tindakan : Pn.R.Banu)
IX. PBPPP
32. Perlantikan Jawatankuasa telah dibuat dan masih menunggu pengesahan dari PPD
untuk membuat senarai nama Pegawai Penilai dan Pegawai yang dinilai.
33. Semua guru boleh menghantar borang keberhasilan bagi sesi pertama 2023/2024
kepada Pegawai Penilai.
(Makluman semua guru)

4
XI. SKPM Kualiti@Sekolah
34. SKPMg2 digantikan dengan versi baru SKPM Kualiti@Sekolah.
35. Instrumen SKPMg2 yang disemak semula dan diperbaharui dengan format
baharu, tambahan komponen Kekuatan Kami dan tambahan aspek dalam Standard
5
36. Kaedah pelaksanaan penilaian kendiri sekolah dan penetapan taraf sekolah yang
diperbaharui sepenuhnya.
37. Data SKPM Kualiti@Sekolah akan diisi dalam sistem Moeis setelah surat arahan
dikeluarkan oleh KPM
(Makluman semua guru)

XII. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


38. Pelaporan PBD akhir tahun 2022/2023 telah diberi kepada kepada semua waris
murid.
39. Markah PBD telah dikemaskini dalam sistem Sistem Pengurusan Pentaksiran
Bersepadu (SPPB) oleh semua guru.
40. Data pelaporan telah difailkan oleh Setiausaha PBD, En.S.Somesunther.
(Tindakan: Setiausaha PBD)

XIII. Mesyuarat Panitia


41. Penolong Kanan Pentadbiran turut memperingatkan para guru untuk
melaksanakan mesyuarat Panitia yang pertama mengikut Takwim 2023/2024
42. Mesyuarat Panitia Pertama perlu diadakan selepas Mesyuarat Kurikulum Pertama
dan mesyuarat- mesyuarat panitia yang seterusnyan sebelum mesyuarat kurikulum
yang berikutnya.
43. Ketua Panitia diminta merancangkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
melaksanakannya dengan efisien untuk meningkatkan kualiti PdPc.
(Tindakan Semua Ketua Panitia)

XIV. Agihan Tugasan/ Bidang Guru.


44. Guru Besar berharap agar tugas yang diamanahkan kepada guru-guru akan
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi menjayakan kelancaran
persekolahan.

5
BIL TUGAS NAMA GURU
1. GURU PENYELARAS BESTARI (GPB) / ICT EN.S.SOMESUNTHER
2. PENYELARAS TS25 EN.S.VASUDEVAN
SETIAUSAHA SISTEM PENGURUSAN
3. EN.S.VASUDEVAN
IDENTITI (IDME)
4. GURU DATA EN.S.VASUDEVAN
5. GURU PEMULIHAN PN.P.SARKUNVATHY
6. JADUAL WAKTU & GURU GANTI EN.S.VASUDEVAN
EN.S.SOMESUNTHER
7. MBMMBI
PN.P.SARKUNAVATHY
8. NILAM & PSIKOMETRIK PN.R.BANU
9. GURU SPBT EN.S.SOMESUNTHER
10. PENYELARAS PBD EN.S.SOMESUNTHER
11. PENYELARAS PEKA PN. K. KALAISELVI
12. PROGRAM KECEMERLANGAN MURID PN.V.RENGAMAH
13. PPDa & 3K PN.P.SARKUVATHY
14. PUSAT SUMBER SEKOLAH PN.R.BANU
15. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PN.P.SARKUNAVATHY
(Makluman semua guru)

XV. Pencerapan Guru/ Penyemakan Buku Latihan Murid/ Penentuan Kontrak Latihan.
45. Jadual penceparan dan penyemakan buku latihan telah diedarkan kepada guru.
Guru Besar meminta guru bersedia mengikut jadual pencerapan. Buku-buku
latihan perlu dihantar untuk semakan mengikut jadual. Semasa menghantar buku
latihan borang PKB untuk semakan buku latihan perlu diisi dan sertakan dengan
buku latihan.
46. Borang penentuan kontrak latihan perlu dihantar setiap minggu.
(Makluman semua guru)

XVI. LADAP
47. Guru-guru telah menyerahkan borang TNA kepada Pn.R.Banu , Setiausaha LDP.
48. Setiap Panitia perlu melaksanakan PLC dan perlu calonkan seorang guru untuk
mengendalikan PLC.
49. Lesson Study perlu dijalankan dua kali dalam setahun dan data perlu dihantar
kepada PPD.
50. Pelan Operasi Latihan (POL) dibentang oleh SU LDP dan disahkan oleh Guru
Besar.
(Tindakan: Setiausaha LDP)

XVII. Persediaan dan Perkhidmatan PSS


51. Pn.R.Banu selaku pengerusi PSS menyatakan akan menyediakan jadual
penggunaan PSS mengikut kelas. Beliau turut meminta guru-guru agar
merekodkan kehadiran mereka dalam buku pengunaan PSS.
52. Murid-murid tidak boleh berada dalam PSS tanpa pengawasan guru.
53. Beliau turut meminta jasa baik guru-guru untuk mendaftar dan merekodkan buku
baru.

6
54. Proses peminjaaman dan pemulangan akan bermula diawal minggu kedua sesi
akaemik 2023/2024.
55. Bahan CEFR telah diedarkan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
Pn.P.Sarkunavathy dan dikembalikan kepada Penyelaras PSS pada akhir sesi
akademik
(Tindakan: SU PSS)

XVIII.Program HIP
56. SU HIP Pn.P.Sarkunavathy mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua warga
sekolah yang menyokong dan melaksanakan program HIP sepanjang waktu sesi
akademik 2022/2023.
57. Beliau turut meminta sokongan padu semua pihak untuk sesi akademik
2023/2024. Pada sesi akademik ini, atas nasihat gurubesar HIP in English akan
bergabung dengan semua panitia dan menganjurkan aktiviti seminggu setiap bulan
sebagai contohnya Reciting TimesTable in English, ‘Converting sentences in
Tamil’ dan sebagainya.
58. Persekitaran fizikal ‘HIP in English’ juga akan dimantapkan dari masa ke semasa
dengan kerjasama pekebun. Sementara itu seperti biasa Panitia BI diberi mandat
untuk menjalankan aktiviti HIP dalam Bahasa Inggeris.
(Tindakan: Pn.P.Sarkunavathy)
XIX. Pemulihan
59. Guru Penyelaras Pemulihan Khas Pn.P.Sarkunavathy memaklumkan bahawa
selepas ujian saringan kedua, B.Yathesh ( Thn 1) telah melepasi ujian dan masuk
kelas perdana untuk kedua-dua matapelajaran iaitu Matematik dan Bahasa
Melayu.
60. Sementara itu, B.Hitesh (Thn 2) pula masih belum melepasi untuk kedua-dua
matapelajaran tersebut. Oleh yang demikian guru-guru matepelajaran berkenaan
harus menjalankan kelas pemulihan untuk murid tersebut.
61. Manakala, P.Premkumar (Thn 6) pula akan diikuti oleh SMK Bedong yang beliau
ditempatkan ke kelas peralihan.
(Tindakan: Pn.P.Sarkunavathy)
XX. Bilik-bilik Khas
62. Semua bilik khas berada dalam keadaan baik.
63. Bilik BOSS dan Bilik Stor Pejabat perlu membuat pemantaun dari masa ke
semasa untuk memastikan keselamatanya.
64. Pn.R.Banu diminta sediakan jadual penggunaan bilik PSS dan edarkan kepada
semua guru pada minggu pertama pesekolahan.
65. En.S.Somesunther diminta sediakan jadual penggunaan bilik ICT dan rekod
penggunan bahan-bahan ICT.
66. Guru Besar memberi arahan kepada semua guru bahawa Pdpc tidak boleh
dijalankan dalam bilik-bilik khas ini.
7
67. Guru-guru wajib mengikut jadual yang disediakan.
(Tindakan: En.S.Somesunther / Pn.R.Banu)
XXI. Program Transformasi Sekolah TS25
68. Modul satu dalam program TS25 telah berjaya selsai dan modul dua bermula dari
bulan Mac 2023.
69. Guru besar meminta semua guru kelas menyediakan sudut TS25 di kelas masing-
masing.
70. Beliau bercadang mengubahsuai bilik darjah tahun 2/3 menjadi bilik TS25.
En.S.Vasudevan dilantik untuk mengurus bilik tersebut.
71. Semua guru diminta memberi idea dan kerjasama dalam proses pengubahsuain
bilik TS25.
(Tindakan: Semua guru)

XXII. Hal-Hal Lain


72. Guru besar berharap semua guru memberi komitmen yang tinggi dalam
pencapaian murid walaupun bilangan murid kurang dalam setiap kelas.
73. Guru Besar meminta semua guru perlu mematuhi waktu bertugas yang ditetapkan
dan elakkan kerap keluar semasa waktu bertugas untuk urusan peribadi.
74. Bagi guru yang mempunyai kelas, elakkan melakukan kerja-kerja perkeranian
sewaktu PdPc.
75. Beliau memberikan panduan tentang tanggungjawab guru masuk ke kelas dan
melaksanakan PdP :
i. Menepati masa /elak kelewatan/terlupa
ii. Merekod kehadiran pelajar dalam buku rekod disiplin kelas
iii. Membuat persediaan mengajar
iv. Melaksanakan PdP dengan berkesan
v. Mengawal kelas semasa PdP
vi. Memastikan kebersihan kelas
vii. Menegur kesalahan disiplin pelajar
(Tindakan: Semua guru)

76. Penutup
77. Pengerusi berharap agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan
prestasi STSB akan meningkat pada tahun ini serta boleh mencapai
kecemerlangan.
78. Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan
sokongan penuh dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.
(Tindakan : Makluman)

8
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………………. ……………………………..
(VASUDEVAN A/L SUBRAMANIAM) (SELVANAYAGI A/P VADIUALOO)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK (T) LDG SG BONGKOK SJK (T) LDG SG BONGKOK

You might also like