Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SULIT [02/1]

Bahagian A

[15 markah]

Soalan 1-3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Mereka yang bercita-cita untuk menjadi doktor haruslah bersedia dari aspek _______ fizikal dan
mental.

A kebolehan C kecekapan
B ketahanan D kemampuan

Soalan 2 berdasarkan gambar dibawah.

2. Cikgu Lisa tercari-cari kunci keretanya yang _______ ketika dia tergesa-gesa keluar dari pejabat.

A tercicir C tertanggal
B terlucut D tertumpah

3. Dr. Zurinah Hassan merupakan _______ wanita pertama yang mendapat anugerah Sasterawan
Negara.

A penyair C pensyarah
B pendebat D penceramah

4. Edward ditugaskan ________ Cikgu Amirul untuk menjaga kawasan kantin pada waktu rehat.

A tentang C pada
B demi D oleh

5. Usahawan tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan _________ produk keluaran mereka
ke pasaran antarabangsa.

A masing-masing C semua
B pelbagai D para

2
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

Soalan 6

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

6. I Saya kenal benar akan pemuda itu kerana dia sekampung dengan saya.
II Sejak kecil lagi Syazwan di didik oleh ibunya supaya sentiasa bercakap benar.
III Amir benar insaf akan perbuatanya terhadap kedua-dua ibu bapanya selama ini.
IV Nasihat daripada penceramah itu telah meninggalkan kesan yang benar dalam hati kami.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 7

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan
dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Mereka yang mengalami kemurungan sentiasa gelisah

A Kamu yang alami kemurungan

B Kalian yang alami kemurungan
C Engkau yang mengalami kemurungan
D Mereka yang mengalami kemurungan

Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang betul.

8. I Kita perlu menukar pakaian yang bersih selepas mandi.

II Jika kebersihan terjaga, sudah tentu badan kita sihat.
III Saya akan memberus gigi selepas makan.
IV “Kamu perlu mandi setiap hari untuk mengelakkan badan berbau,” kata ayah kepada kami.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

3
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

9. Kemudahan awam yang disediakan di kawasan rekreasi di negara kita sering dirosakkan
oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

A Akibat sering dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kemudahan awam
disediakan di kawasan rekreasi di negara kita.
B Golongan yang tidak bertanggungjawab di kawasan rekreasi di negara kita telah
merosakkan kemudahan awam yang disediakan.
C Golongan yang tidak bertanggungjawab sering merosakkan kemudahan awam yang
disediakan di kawasan rekreasi di negara kita.
D Kerosakan kemudahan awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab berlaku
dikawasan rekreasi di negara kita.

Soalan 10

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

10. Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu pekerjaan separuh jalan sahaja. Sebaliknya, setiap
pekerjaan itu perlu kita lakukan hingga selesai.
Jika tidak berbuat demikian, kita akan dikatakan

A seperti rumput di tepi jalan.

B seperti kera mendapat bunga
C bagai melepaskan batuk di tangga
D bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Soalan 11-15

Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Senja di Palang Besi

Senja mula menangis Tanpa pasir pantai atau silir angin
remang membongkar sendu rentet susun bibir palang besi dingin itu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya menjerut resah berteleku dalam hening
berlari di celah jambangan bunga dedawai bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menari mengikat ramah kekosongan menghantar pergi erti keriuhan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
Bersama riak samudera jiwa Bernama kesunyian
Pilu wajahmu sang senja hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
yang dulu melakar Bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam Pena Alam
dalam keterbuangan yang merangkum dipetik daripada sajak ‘Senja di Palang Besi’
dalam keterasingan yang mencengkam antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
dalam kesakitan yang membungkam. Kementerian Pendidikan Malaysia

4
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

11. Antara yang berikut ialah perasaan penyajak ketika berada di dalam penjara, kecuali

A sayu
B reda
C terasing
D terbuang

12. Apakah maksud senja mula menangis?

A Berasa sunyi pada waktu senja.

B Bermuram sepanjang waktu senja.
C Menitiskan air mata ketika waktu senja.
D Berasa sangat kecewa setiap kali tiba waktu senja.

dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam

13. Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam ketiga-tiga baris sajak di atas?

A Anafora
B Simile
C Metafora
D Epifora

14. Pilih nilai murni yang terkandung dalam sajak ini.

A keinsafan
B kesyukuran
C kebebasan
D kekesalan

15. Yang berikut ialah gambaran kehidupan penyajak di dalam sel penjara kecuali

A perasaannya sangat sunyi dan sepi

B terputus hubungan dengan orang lain
C menyesali kesilapan yang telah dilakukannya
D menyalahkan orang lain terhadap takdir dalam kehidupannya.

5
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF

Nama : ………………………………………..

Kelas : ………………………………………..

ARAHAN
1. Gunakan pensil 2B atau BB sahaja.
2. Tentukan tiap-tiap tanda itu hitam dan memenuhi ruang.
3. Padamkan hingga habis mana-mana tanda yang anda ubah.
4. Hitamkan jawapan dibawah mengikut huruf yang anda pilih.

A B C D
1.

2. A B C D
3. A B C D
4. A B C D
5. A B C D

6. A B C D
7. A B C D
8. A B C D
9. A B C D
10. A B C D

11. A B C D
12. A B C D
13. A B C D
14. A B C D
15
15. A B C D

6
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

Bahagian B
[30 markah]

1. Dalam setiap ayat dibawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Jika tiada seberang halangan, Aiman akan melanjutkan pelajarannya ke negara luar.
____________________________________________________________________
(ii)Rahsia kecermerlangan Reachel dalam industri tenusu disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa.
____________________________________________________________________
(iii) Mavina menyiapkan manuskripnya sebelum tarikh peraduan mengarang carpen itu tamat.
____________________________________________________________________
[3 markah]
2. Dalam setiap ayat dibawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) “Jika ingin berjaya dalam kerja nanti, beliau mestilah berusaha menimba ilmu dengan
menghadiri karnival kerjaya nanti,” kata guru kaunseling kepada Shanti.
_____________________________________________________________________

(ii)Kekangan masa paling kerap sekali dijadikan alas an oleh individu yang kurang bersenam.
_____________________________________________________________________
[2 markah]

7
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

3. Baca ayat-ayat dibawah dengan telitinya. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat
tersebut. Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruangan yang disediakan.

(i) Para nelayan akan turun ke laut pada awal pagi.

Subjek: ___________________________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________________________
(ii)Projek perumahan di kampung itu sudah tergendala selama empat tahun.
Subjek: ___________________________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________________________
(iii) Helmi dan rakan-rakannya akan menyiapkan tugasan itu dengan segera.
Subjek: ___________________________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________________________
(iv) Kumpulan pelancong asing itu kelihatan gembira.
Subjek: ___________________________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________________________
[4 markah]

4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis peribahasa yang
sesuai.

(i) ____________________________________________________________

(ii)____________________________________________________________
[2 markah]
8
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

5. Baca maklumat di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Bahan 2
Santap nasi suap pertama, Tabiat Makan yang Sihat
Berturut dengan suap kedua;
 Amalkan makan yang seimbang bagi
Dua suap, ketiga sudah,
mengelakkan berlakunya pengambilan
Keempatnya basuh tangan;
makanan secara berlebihan atau
Kelima halwa juadah,
kekurangan nutrien yang diperlukan
Keenam mengiring buah-buahan.
oleh tubuh.
 Makanan yang dimakan perlu dapat
Dipetik daripada ‘Seloka Santap Isitadat’,
membekalkan tenaga yang mencukupi
antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
untuk keperluan individu ketika
Kementerian Pendidikan Malaysia
menjalankan aktiviti seharian.
 Minum air sebanyak enam hingga lapan
gelas sehari kerana air penting dalam
proses metabolisme tubuh.

Bahan 3

9
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

(i) Berdasarkan bahan 2 dan bahan 3, nyatakan tabiat-tabiat pengambilan makanan yang dapat
memastikan kesihatan seseorang terjaga. [3 markah]
___________________________________________________________________________

(ii)Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam bahan 1. [3 markah]

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(iii) Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengambil makanan secara seimbang dan
berkhasiat dalam setiap sajian? [4 markah]
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

10
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i. Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim

)
Penulis sesuatu karya akan
menerapkan pelbagai pengajaran dalam karya yang dihasilkannya. Pengajaran ini digambarkan
melalui sesuatu peristiwa dan melibatkan watak tertentu dalam karya tersebut.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan pengajaran yang sesuai dengan contoh
peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua contoh peristiwa lain yang bersesuaian
dengan pengajaran tersebut.

NOVEL CONTOH PERISTIWA

Farid mengurus Syarikat Batik Nusantara

HEMPASAN OMBAK milik arwah bapanya walaupun dia baru
berusia 19 tahun.

[10 markah]
_____________________________________________________________________________

11
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023
SULIT [02/1]

Bahagian C
[15 markah]
Lihat rajah dibawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
AKTIVITI MENYATUKAN RAKYAT BERBILANG BANGSA

[ ______ patah perkataan]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

12
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3/2023

You might also like