Morfologi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANITIA BAHASA MELAYU LATIH TUBI/ SPM

SMK SEBAUH 2022/2023 1103/2

[Soalan 1- Morfologi
Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan dua kata akronim dan dua kata majmuk.
Kemudia, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang di pilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, beberapa inisiatif bakal dilaksanakan seperti
menggalakkan kedai serbaneka, pasar raya, pusat beli belah dan kedai runcit untuk mengetengahkan
produk tempatan. Menerusi kempen ini, kerajaan akan cuba meningkatkan pembelian dan
penggunaan barangan jenama tempatan. Kerjasama antara kementerian perlulah dipergiat dengan
penguatkuasa melakukan pemantauan. Masyarakat juga seharusnya menyokong filem tempatan
yang ditayangkan di pawagam.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Usahawan, Produk Tempatan Diutamakan’
oleh Wartawan BH, Berita Harian Online, 19 June 2020
setelah jumpa bina ayat baharu menggunakan kata tersebut.

Cara menjawab
Kenal pasti kata akronim, dan kata majmuk dalam petikan.

Kata akronim :
i) ______________
ii)______________
Ayat
i)________________________________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________________________

Kata majmuk: Kata majmuk berlaku apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.
Terdapat kata majmuk yang bercantum dan terpisah.
i) _______________ Kata majmuk boleh dibahagikan ke beberapa jenis iaitu:
Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas: Jalan raya, Beg tangan, Jam tangan, Bandar raya,
ii) _______________ Kata majmuk kiasan (peribahasa): Batu api, Berat tangan, Anak Emas, Kaki bangku
Kata majmuk istilah khusus: Mata pelajaran, Kertas kerja, Reka bentuk
Kata majmuk mantap: Antarabangsa, Bumiputera, Warganegara, Kakitangan

Ayat:
i) ________________________________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________________________

kata akronim: Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal, (iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. i) - tadika – taman didikan kanak- kanak
kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan. - pawagam – panggung wayang gambar
- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji. - kugiran – kumpulan gitar rancak
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia - cerpen – cerita pendek.
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.
(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan. bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. - jentolak – jentera tolak
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional - debunga – debu bunga
- Mara – Majlis Amanah Rakyat. - purata – pukul rata
- Halaju – hala laju - jalurah – jalan lurah
PANITIA BAHASA MELAYU LATIH TUBI/ SPM
SMK SEBAUH 2022/2023 1103/2

SOALAN 1: Morfologi
1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk mantap. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa mempunyai potensi besar dalam perkembangan
industri pelancongan negara. Bagi mempromosikan acara sukan sebegini, Kerjasama daripada
syarikat-syarikat besar sebagai penaja amatlah diharapkan. Sebagai warganegara yang patriotik,
mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu penjanaan ekonomi yang lebih baik
dengan kemasukan pelancong. Oleh itu, pelibatan mereka secara sukarela dapat menaikkan imej
syarikat dan juga negara kita. Bagi melancarkan penganjurannya, sebuah jawatankuasa akan
dibentuk untuk mengendalikan pertandingan yang berkala besar ini.
(Dipetik dan di ubah suia daripada
“Penganjuran Sukan Antarabangsa Bantu Promosi Malaysia”
oleh Mohamed Razip Hassan, Berita Harian Online, 11 Disember 2019)

1. Baca petikan dibawah dengan teliti dan senaraikan empat kata berimbuhan apitan. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini yang diperuntukkan dalam
Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu pada zaman
dahulu menjadi bahasa perantaraan yang digunakan secara meluas dan sistematik oleh penduduk
Tanah Melayu dan pedagang. Walaupun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang menganggap
bahawa bahasa melayu hanya berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dan menjadi
bahasa komunikasi dalam kehidupan sehari-hari. terdapat juga masyarakat yang tidak mahu
mendalami bahasa Melayu yang indah.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Bahasa Menyeramkkan Perpaduan Bangsa”
oelh Lutfi Zahid, Dewan Siswa, bil.11/2019)

1. Baca petikan dibahaw ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja aktif
transitif dan satu kata kerja tak transitif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap
kata kerja aktif transitif dan kata kerja tak transitif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Dominasi Wanita. Begitulah yang boleh dikaitkan apabila johan, naib johan, dan tempat ketiga
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-32 dimenangi oleh peserta wanita. Siti Nur Zafran
Zainal Abidin, wakil negeri Pahang menggondol anugerah johan sayembara ini menerusi puisi
“Dialah Pemikir Bangsa” karya Ab. Rani Embi. Beliau telah memenangi hadiah berupa wang tunai
RM5000, hadiah iringan, dan sijil. Sayembara yang berlansung pada 5 oktober 2018 itu diadakan di
Balai Raya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Sayembara ini
dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan DBP.
PANITIA BAHASA MELAYU LATIH TUBI/ SPM
SMK SEBAUH 2022/2023 1103/2

You might also like