Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat

Jawatankuasa Kelab Badminton

Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, KL

Tarikh : 8 April 2023

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Tempat masing-masing

Kehadiran :

Sdr LEONG YIK KAI

Sdr KHU YI KAI

Sdr YEW CHUN YUEN

Sdri SAM XIN YAO

Sdr WONG QI ZHI

Sdri SITI SALEHA BT SADELI

Sdri WAN PUTERI IRDYNA BINTI WAN AHMAD FARHAN

Sdri SOW XI YING

Sdri SHARIFAH NUR QISTINA BINTI SYED NASIR

Sdri AFIFA BINTI ROSLAN

Sdri MAULIDIYATUL BINTI MAHMUD

Sdri SYAHIRAH SYAZDWANI BINTI SAIFUDDIN

Sdr LAU JUN HAO

Sdri WONG YUN YING

Sdri CHAN WEN YU

Sdri SOO KAI MIN

Sdri TAN YOU XUAN

Sdri PAN EE VIN

Sdri PETRINA LIM XINNI

Sdri YAP KA YAN

Sdri YAP EN TONG


Sdri CHING AI LEE

Sdri JOEY TAN WEI XIN

Sdri CECILLIA TAN YING XUAN

Sdr YEE JUE REN

Sdr H’NG YU JIN

Turut hadir :

CIKGU SITI NOOR WAHEEDA HASANUDIN – Guru Penasihat Kelab Badminton

CIKGU MAGISSUARE a/p BATU MALAI– Guru Penasihat Kelab Badminton

1. Ucapan Pengerusi.

1.1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr Leong Yik Kai.

1.2. Memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengucapkan
terima kasih di atas kehadiran guru penasihat kelab ini.

Tindakan : Makluman

2. Mengesahkan minit yang lalu.

2.1. Sdr CECILLIA TAN YING XUAN mencadangkan minit mesyuarat yang lalu untuk di
sahkan dan disokong oleh Cikgu Siti Noor Waheeda binti Hasanudin.

Tindakan : Makluman

3. Perkara-perkara berbangkit.

- Tiada.

4. Laporan Kewangan.

- Tiada.

Tindakan : Makluman

5. Penubuhan Biro-biro.

5.1. Pengerusi meminta cadangan daripada ahli untuk penubuhan biro-biro dalam Karnival
Sukan 2023 yang akan diadakan pada 18 Mei 2023

5.2. Sdri CHAN WEN YU mencadangkan penubuhan Biro Penjaga Garisan dan Sdri CECILLIA
TAN YING XUAN menyokong cadangan tersebut.

5.3. Sdri WONG YUN YING juga memaklumkan bahawa penubuhan Biro Penjaga Garisan
perlu membuat jadual bertugas kepada ahli-ahli kelab.

5.4. Majlis sebulat suara bersetuju dengan penubuhan biro tersebut.


5.5. Sdr LAU JUN HAO mencadangkan penubuhan Biro Kedatangan dan Sdri PETRINA LIM
XINNI menyokong cadangan tersebut.

5.6. Sdri YAP KA YAN menjelaskan bahawa biro Keselamatan dan Peralatan amat perlu untuk
menjaga keselamatan pemain-pemain dan kesempurnaan Karnival sukan.

5.7. Majlis bersetuju dengan penubuhan biro berkenaan.

5.8. Pengerusi mencadangkan Sdri SOO KAI MIN menjadi Ketua Penjaga Garisan dan Sdr
YEW CHUN YUEN menjadi Ketua Biro Keselamatan dan Sdr H’NG YU JIN menjadi Ketua
Biro Keselamatan dan majlis sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tindakan : Makluman

6. Hal-hal lain.

6.1. PN SITI NOOR WAHEEDA HASANUDIN selaku Guru Penasihat Kelab Badminton
mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana dapat
menjalankan peranan dan tugas masing-masing semasa bermesyuarat.

6.2. Beliau juga berharap agar semua ahli persatuan dapat menjalankan tugas masing-masing
dengan baik agar aktiviti persatuan boleh dilaksanakan dengan berkesan.

6.3. PN MAGISSUARE a/p BATU MALAI selaku Guru Penasihat Kelab Badminton juga
mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana berjaya mengadakan
mesyuarat tersebut.

6.4. Beliau juga menyarankan kepada semua ahli jawatankuasa supaya setiap biro yang
ditubuhkan itu dapat menjalankan aktiviti khusus untuk kebaikan semua ahli.

6.5. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penasihat Kelab Badminton di
atas saranan dan nasihat yang amat bermakna kepada semua ahli jawatankuasa dan juga
semua ahli persatuan ini.

6.6. Pengerusi mengakhiri mesyuarat tersebut pada 2.00 petang.

Tindakan : Makluman

7. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... .............................................
(CECILLIA TAN YING XUAN) (SITI NOOR WAHEEDA HASANUDIN)
Setiausaha Karnival Sukan, Ketua Guru Penasihat,
Kelab Badminton, Kelab Badminton,
KTE Desa Mahkota, KL KTE Desa Mahkota , KL

You might also like